kreativiti dan kanak
DESCRIPTION
cthTRANSCRIPT
Kreativiti dan kanak-kanak
Menurut kebanyakkan penyelidik, kreativiti selalunya dikaitkan dengan kanak-kanak, ini
adalah kerana biasanya kanak-kanak bermain dengan idea dan mempamerkan ciri-ciri kreatif
secara berperingkat. Albert Einstien (schilpp 1949), pemikir saintifik terkenal, menyatakan
perkara yang paling kreatif pada diri kanak-kanak adalah apabila mereka bermain dengan
fikiran.
E. Paul Torrance (1964) menyatakan pula, kanak-kanak menunjukkan tahap paling
kreatif pada usia empat tahun. Sekiranya perkara yang dikatakan itu benar, perkara ini
mungkin menarik untuk kita mengklasifikasikan ciri-ciri kanak-kanak yang menunjukkan
kreativiti yang ada pada diri mereka.
Kebanyakkan kanak-kanak seawal usia empat tahun;
Bebas
Seronok memperlajari perkara baru
Sifat ingin tahu
Suka keseronokkan / bermain
Peserta yang aktif
Bagi kanak-kanak yang baru mengenali dunia, ciri-ciri kreativiti mereka lebih
terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Walau bagimanapun, kanak-kanak ini mempunyai
sifat meniru, mengikut apa yang kerap kali mereka lihat terutamanya sifat orang dewasa.
Sifat kreatif ini mungkin akan hilang sekiranya perkara yang diperlihatkan oleh ibu bapa
berbeza. Kreativiti sangat susah untuk kita fahami, tetapi perkembangannya boleh dilihat dari
usia kanak-kanak secara berperingkat.
Kreativiti kanak-kanak
Menurut Lowenfeld (1975), Setiap kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan yang
kreatif . manakala Guiford (1964) menerangkan bahawa intelektual atau minda mempunyai
lima bentuk operasi yang terdiri daripada;
1. Kognitif, yang menerima dan memproses maklumat
2. Memori, yang menerima dan menyimpan maklumat
3. Pemikiran kovergen, keupayaan pemikiran penyelesaian masalah secara
khusus
4. Pemikiran divergen, kebolehan pemikiran yang bersifat pelbagai atau
bercapah yang selari dengan pemikiran kreatif
5. Penilaian, yang merupakan hasil pertimbangan sesuatu tindakan.
Aktiviti-aktiviti yang boleh merangsang pemkira kreatif kanak-kanak
Menurut Garder (1980), orang dewasa perlu menyediakan peluang kepada kanak-
kanak untuk melakukan seni tanpa sekatan supaya kanak-kanak meluahkan apa yang mereka
rasai dan mempunyai cerita sendiri menerusi lukisan. Adalah sangat penting menggalakkan
perkembangan kecerdasan vidual ruang dari segi meningkatkan daya upaya kognitif dan
kreativiti kanak-kanak. Kecerdasan visual ruang banyak digunakan dalam seni visual.
Menurut Gardner (1993) untuk meningkatkan kecerdasan ini ialah dengan mendedahkan
kanak-kanak kepada aktiviti seni visual atau pendidikan seni visual.
Untuk memupukkan kreativiti dan imaginasi kanak-kanak, guru boleh mengadakan
aktiviti seperti menconteng, melukis, mewarna, menyanyi, menari dan bermain permainan
kata-kata. Aktivit seperti drama, bercerita, memasak, pakaian beragam, aktiviti visualisasi,
literasi, numerasi, aktiviti mendapat informasi, mengenali mesin serta aktiviti penulisan
kreatif yang juga merupakan aktiviti yang sesuai bagi memupuk kreativiti dan imaginasi
kanak-kanak.
Pengajaran seni lukis kanak-kanak
Kreatifnya seorang kanak-kanak boleh dikenalpasti semasa mereka sedang melaksanakan
aktiviti seni visual dan seni persembahan dengan mengambil kira sikap, motivasi,
kemampuan dan kemahiran mereka.
Seni lukis sememangnya dapat meningkatkan sensitiviti kanak-kanak terhadap dunia
fizikal dan juga dapat mengembangkan bakat mereka. Menerusi idea dan imaginasi, kanak-
kanak dapat menghasilkan apa yang ingin digambarkan menerusi bentuk seni yang unik.
Bidang seni lukis dapat memperkembangkan kebolehan kreativiti kanak-kanak kerana proses
penghasilan lukisan itu sendiri misalnya dapat mengganbungjalinkan emosi, sosial dan nilai
estetika. Lukisan juga merupakan simbolik grafik awal bagi kanak-kanak terhadap benda
yang terdapat di sekeliling mereka. Proses estetika dan daya kreativiti kanak-kanak boleh
dibahagikan kepada empat bahagian iaitu proses penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi
dan konsepsi.
Menurut Lowenfeld (1947), sejak kecil lagi proses pembelajaran kanak-kanak dibantu
dengan penggunaan alat bantuan sensori seperti peta, gambar-gambar dan peralatan-peralatan
sains. Ini kerana pemikiran abstrak tanpa representasi visual bukanlah sesuatu yang mudah
untuk ditangani. Semakin kanak-kanak membesar, seni visual semakin banyak membantu
perkembangan minda yang lebih menyeluruh.
Lowenfeld juga menyatakan bahawa dalam bidang seni lukis, pengetahuan teknik-
teknik seni halus serta kemahiran memanipulasikan ciri-ciri lukian dan seni dapat memainkan
peranan yang penting bagi meningkatkan kemahiran seni melukis serta imej artistik yang
dihasilkan di kalangan kanak-kanak. Pengetahuan yang lebih mendalam dan berstruktur dari
segi konvensi-konvensi artistik mewujudkan bahan perantara untuk kanak-kanak
mengembangkan lagi kreativiti mereka. Pengetahuan ini memerlukan penganalisisan,
kemahiran pemikiran rasional dan pemprosesan maklumat secara kognitif. Keupayaan
kognitif ini dapat ditingkatkan melalui keupayaan individu untuk membentuk dan
mencipta,memahami dan menginterpretasikan hasil atau karya seni.
Proses aktivit seni dapat membantu kanak-kanak untuk mereka cipta sesuatu dengan
menggunakan idea. Kreativiti kanak-kanak ini bermula dengan berimaginasi, mengeluarkan
idea, menerokai dan membuat keputusan daripada proses aktiviti seni yang dilaksanakan.
Kanak-kanak akan mengeluarkan semua deria ketika belajar dan menunjukkan ekspresi seni.
Kanak-kanak juga dapat meningkatkan sensitiviti terhadap dunia fizikal untuk memberikan
makna dan meluahkan perasaan. Jika diberikan perhatian, seni lukis juga boleh
memperkembangkan kebolehan kreativiti semulajadi kanak-kanak kerana proses penghasilan
lukisan misalnya dapat menggabungjalinkan emosi, sosial dan nilai estetika. Proses estetika
dan daya kreativiti kanak-kanak ini boleh dibahagiakan kepada empat iaitu proses penajaman
daya intuisi, persepsi imaginasi dan konsepsi.
Pelbagai teknik teknik yang boleh dilakukan bagi membantu kanak-kanak untuk
menghasilkan garisan yang baik seperti teknik koyakan, tampalan, kolaj dan gosokkan. June
King McFee pula menyatakan bahawa kreativiti itu adalah sebagai satu keupayaan seseorang
mencipta atau menghasilkan sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mempu mengolah
idea yang baru. Seni juga merupakan salah satu cara terbaik untuk mengekspresi diri.
Manakala mengecat, melukis, mewarna dan menulis merupakan bentuk-bentuk luahan yang
kukuh untuk pelbagai emosi yang kanak-kanak rasai atau rasai di dalam aktiviti hariannya.
Membenarkan kanak-kanak mengecat atau melukis secara bebas sebenarnya dapat membantu
membuka mindanya. Ini adalah kerana salah satu komponen penting dalam perkembangan
seorang kanak-kanak dan mereka sering membentuk fikiran dan idea menerusi lukisan
mereka, walaupun hanya melukis objek atau benda-benda yang tidak berkaitan.
Pengajaran muzik, lagu dan nyanyian serta pantun dan sajak kanak-kanak
Muzik ialah satu cabang seni dan aspek yang penting dan ianya berkesan dalam
perkembangan emosi, sosial, fizikal dan kognitif kanak-kanak. Muzik, lagu dan nyanyian
serta pantun dan sajak dapat meningkatkan kemahiran muzikal dan juga kreativiti kanak-
kanak. Setiap aktiviti yang berkaitan dengan muzik, lagu dan nyanyian, sajak dan pantun,
kanak-kanak, ianya memerlukan kanak-kanak untuk berimaginasi dan berfikir secara kreatif
dalam membuat pergerakan dan menyampaikan mud.
Oleh yang demikian, guru hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran lagu,
pantun atau sajak untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk belajar. Guru juga perlu
member insentif kepada muridnya terhadap aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan supaya daya
kreativiti murid dipelihara dan dikekalkan.
Pengajaran lagu, sajak dan pantun boleh dilaksanakan dengan pelbagai kaedah. Antaranya
adalah seperti:
I. Kaedah pengajaran lagu, pantun atau sajak fasa demi fasa.
II. Kaedah pengajaran lagu, pantun pantun atau sajak lengkap
III. Kaedah pengajaran lagu, pantun atau sajak daripada rakaman
Pengajaran kraftangan kanak-kanak
Menurut Piaget dan Vgotsky, apabila bermain, kanak-kanak menggunakan daya imaginasi
mereka. Imaginasi terikat kepada cara bagaimana kanak-kanak memahami dunia
persekitarannya. Mereka juga perlu diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang
boleh digunakan dalam aktiviti bermain. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan murid-
muridn menjalankan aktiviti seperti melukis, menconteng, membuat kolaj, permainan pasir
dan sebagainya.
Aktiviti kraftangan juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
mengaplikasikan teknik dalam aktiviti menggambar, membuat corak dan rekaan serta bentuk
binaan. Aktiviti membuat corak menghasilkan corak dan rekaan adalah seperti ikatan, capan,
celupan, titisan, renjisan, percikan, lukisan, cetakan, capan, resis, catan, sulaman, guntingan,
kolaj dan lipatan. Aktiviti menggambar pula adalah terdiri daripada lukisan, stensilan, kolaj,
montaj, resis, catan, cetakan, gosokan, percikan, mozek capan dan gurisan. Manakala aktiviti
bentuk binaan adalah seperti topeng, origami, boneka, mobail dan diodrama.
Contoh kolaj kraf 2D dibuat dengan menggunakan perca kain, keratin akhbar, kertas
warna, kepingan besi, daun, ranting dan bahan-bahan seperti rempah ratus. Aktiviti membuat
kolaj memerlukan kesabaran dan kelelitian serta memerlukan kreativiti yang tinggi untuk
menghasilkannya. Kolaj mula diperkenalkan oleh Pablo Picasso pada tahun 1912. Boneka
pula adalah objek-objek yang diukur untuk watak-watak boneka. Kanak-kanak melakonkan
watak menggunakan boneka hasil karya masing-masing.
Pengajaran tarian dan pergerakan kreatif kanak-kanak
Kanak-kanak bergerak secara kreatif dan semulajadi mengikut kehendak dan irama muzik.
Setiap aktiviti pergerakan yang dilaksanakan oleh guru dapat mewujudkan bentuk
pengalaman yang kreatif kepada kanak-kanak dan ianya juga dapat melatih mereka untuk
menilai estetika gerak dalam persembahan tarian dan pergerakan kreatif. Aktivti pergerakan
kreatif dan tarian ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melakukan pergerakan
mengikut irama dan rentak muzik.
Aktiviti pergerakan kreatif menggabungkan elemen-elemen pergerakan seperti tubuh
badan, ruang, masa dan daya. Aktivti pergerakan kreatif dapat meningkatkan estetika,
kreativiti dan imaginasi kanak-kanak semasa mereka menjalankan aktiviti gerakan,
menginterpretasi idea dan mengapreasiasi estetika. Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif dapat
membantu kanak-kanak untuk mengenalpasti tiap-tiap bahagian tubuh badan mereka sendiri.
Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kekuatan fizikal dan daya ketahanan, mengeksplorasi
dan menggunakan ruang dengan bijak, menghargai dan membahagikan masa mengikut
keutamaan.
(a) Elemen Tubuh Badan
Elemen tubuh badan ini meragkumi bahagian tubuh badan seperti kepala, bahu, kaki
dan tangan. Dengan mengguanakan elemen tubuh badan, kanak-kanak boleh
menggunakan imaginasi dan kreativiti mereka untuk mereka cipta gerak geri.
Contohnya gerak geri pusing kepala, turun naik bahu, berjalan dan melambai tangan.
Berdasarkan gerak geri yang telah dihasilkan, kanak-kanak pasti boleh meneka
maksud gerakan menilai estetika yang ada pada gerakan. Penggunaan tubuh badan
adalah melatih kanak-kanak untuk menjelajahi setiap ruang persembahan secara
kreatif.
(a) Elemen ruang
Dalam pergerakan kreatif, elemen ruang ini merangkumi ruang diri, aras dan arah.
Ruangan dalam pergerakan kreatif untuk kanak-kanak pula merujuk kepada ruang
pentas, padang atau bilik untuk melakukan aktiviti pergerakan. Ruang diri dalam
pergerakan kreatif merujuk kepada ruang yang digunakan oleh kanak-kanak untuk
melakukan aktiviti pergerakan. Aras dalam pergerakan kreatif merangkumi aras
rendah, sederhana dan tinggi. Arah dalam pergerakan kreatif meragkumi arah ke
depan, belakang, sisi, bawah dan ke atas. Proses pergerakan kreatif yang
menggunakan elemen ruang sebenarnya dapat melatih imaginasi dan kreativiti
kanak-kanak terhadap elemen ruang dalam pergerakan dan mencipta gambaran
dan mengamati dunia visual secara kreatif.
(b) Elemen masa
Di dalam pergerakan kreatif, elemen masa merangkumi tempo, retak, pola beritma,
aksen dan jangka masa. Tempo merujuk kepada kelajuan bagi muzik atau pergerakan
yang perlahan atau cepat. Rentak pula merujuk kepada ukuran masa tanpa mengira
masa dalam pergerakan kreatif; pola ritma merujuk kepada kronologi pergerakan atau
bunyi dalam jangka masa yang berubah; aksen merujuk kepada suatu pergerakan yang
lebih kuat daripada pergerakan sebelum atau selepasnya manakala jangka masa
merujuk kepada pendek atau panjang setiap rentak pergerakan.
Pengiraan bagi rentak dan tempo dalam pergerakan kreatif kanak-kanak dapat
mempertingkatkan kecerdasan logikal kanak-kanak. Melaluinya, kanak-kanak dapat
mempertingkatkan kecerdasan logikal mereka. Kanak-kanak juga dapat memahami
kiraan retak dan tempo dan seterusnya dapat membilang nombor dengan betul.
(c) Elemen daya
Elemen daya atau tenaga dalam pergerakan kreatif meragkumi pergerakan perkusif,
pergerkan pendular, pergerakan staccato, pergerakan bergetar, pergerakan meruntuh
dan pergerakan kawal-lambat. Pergerakan perkusif dalam pergerakan kreatif merujuk
kepada pergerakan yang bertenaga kuat dilepaskan dalam tempoh yang singkat.;
pergerakan pendular dalam pergerakan kreatif merujuk kepada pergerakan secara
berayun; pergerakan stacco merujuk kepada pergerakan yang bersifat terputus-putus,
cepat dan ringan; pergerakan bergetar dalam pergerakan kreatif merujuk kepada
pergerakan yang menggigil; pergerakan meruntuh dalam pergerakan kreatif merujuk
kepada pergerakan yang lemah dan tidak bertenaga manakala pergerakan kawal-
lambat merujuk kepada pergerakan yang dikekalkan dalam tempoh yang panjang
dalam aktiviti pergerakan kreatif.
Menurut teori Jaques Dalcroze (1950); pergerakan adalah asas kepada
kreativiti. Pergerakan merupakan salah satu cara untuk kanak-kanak mengungkapkan
perasaan melalui muzik. Kesemua aspek muzik perlu dimulai dengan gerakan tubuh
badan. Tubuh badan adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan
pergerakan. Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif yang dilaksanakan oleh guru dapat
menggalakkan kanak-kanak menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota
tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Sebagai contoh,
kanak-kanak dapat bergerak mengiringi muzik, sensitif dengan retak muzik serta
kecerdasan kinestik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Guru juga boleh
melaksanakan aktiviti pergerakan kreatif berdasarkan simbol dan teknik pergerakan
kreatif berdasarkan cerita. Muzik dan props dapat memberi mood dan emosi seperti
gembira, sedih, marah dan takut semasa aktiviti pergerakan kreatif.
Irama dan rentak muzik yang pelbagai dapat menarik perhatian kanak-kanak
untuk melakukan aktiviti pergerakan kreatif. Props yang boleh digunakan dalam
aktiviti pergerakan kreatif adalah seperti reben, bola dan gelung dapat melatih kanak-
kanak menumpukan perhatian dan membentuk pola-pola pada pergerakan yang
kreatif. Selain menyumbang kepada perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak,
tarian kebudayaan yang pelbagai di Malaysia seperti tarian kuda kepang, zapin, tarian
joget, tarian singa, tarian naga, tarian bharatna natyam, tarian buluh, tarian ngajat solo
AKTIVITI BERMAIN Bermain ialah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Mereka belajar dan meneroka melalui bermain kerana imaginasi mereka yang tinggi dan sejak mereka bayi lagi mereka sudah cenderung untuk memanipulasikan anggota
19. 19 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK badan mereka sendiri. Bermain dapat membantu kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. kanak- kanak dapat belajar pelbagai perkara dan isi dikenali sebagai pembelajaran tidak formal. Melalui bermain, kanak-kanak dapat memupuk rasa kegembiraan di yang boleh mempengaruhi kanak-kanak terbabit untuk berimaginasi, berkongsi, bergaul, berfantasi, berkomunikasi, bersosial dan berfikir di dalam pembelajaran. Satu permainan yang menyeronok dapat memupuk kreativiti dan imaginasi kanak-kanak ialah permainan lego. Untuk menyiapkan sesuatu model lego, kita amat memerlukan daya pemikiran dan imaginasi yang maksima. Secara jelasnya, kanak- kanak akan cuba mengimaginasi bentuk model dengan idea mereka sendiri sebelum membuatnya dengan sempurna. Dalam proses menyiapkan model ini keupayaan kognitif yang digunakan oleh kanak-kanak ini amat tinggi. Ini kerana, jika kepingan yang cuba dicantumkan atau bongkah yang cuba dibina tidak seperti yang mereka mahu, mereka akan cuba lagi untuk membuatnya banyak kali sehingga mereka selesai melengkapkan model tersebut dengan betul. Jelasnya melalui permainan lego, kanak- kanak bukan sahaja dapat mencipta daya kreatif mereka sendiri tetapi juga dapat memperkembangkan lagi kemahiran kognitif .
http://www.slideshare.net/keroppyteoh83/tugasan-a-kae-3013