eed 3217 (ekspresi kreativiti kanak-kanak)

19
PROFESOR MADYA DR. ABDUL RASID JAMIAN JAB. PEND. BAHASA DAN KEMANUSIAAN FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN [email protected]

Upload: lorne

Post on 24-Feb-2016

77 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK). PROFESOR MADYA DR. ABDUL RASID JAMIAN JAB. PEND. BAHASA DAN KEMANUSIAAN FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN [email protected]. PENDEKATAN DAN TEORI DALAM SENI. PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME lahir daripada cara manusia belajar . - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)

PROFESOR MADYA DR. ABDUL RASID JAMIANJAB. PEND. BAHASA DAN KEMANUSIAAN

FAKULTI PENGAJIAN [email protected]

Page 2: EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)

PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME lahir daripada cara manusia belajar. Murid akan membina makna tentang dunia

dengan cara melakukan sintesis daripada pengalaman baharu terhadap perkara yang mereka telah fahami sebelumnya.

Menurut Vgostsky (1976), pelopor teori konstruktivisme, kanak-kanak berkembang secara sistematik, logikal serta rasional dengan bantuan dan bimbingan verbal orang lain.

Page 3: EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)

Seseorang murid akan cuba menyesuaikan sebarang maklumat baharu yang diperolehnya dengan pengetahuan sedia ada untuk membentuk pengetahuan baharu dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan guru.

Menurut Jonessan (1991), melalui prinsip kontruktivisme, ilmu pengetahuan dibina secara aktif oleh setiap individu berasaskan pengalaman yang dilaluinya

Page 4: EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)

Ausubel (1963), faktor paling penting dalam proses menerima maklumat adalah pengetahuan yang sedia wujud pada seseorang individu.

Pengetahuan ini menjadi asas pemprosesan maklumat dalam pemikiran murid-murid.

Page 5: EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)

Ciri pembelajaran secara konstruktivisme ialah: Menggalakkan murid bertanya dan berdialog

dengan guru. Menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan

oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran.

Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid.

Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid mempelajari sesuatu idea.

Page 6: EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)

Menggalak proses inkuiri melalui kajian dan eksperimen.

Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran.

Menyokong pembelajaran secara koperatif. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan

autonomi murid. Memberi peluang kepada murid membina

pengetahuan baharu dengan memahaminya melalui penglibatan murid dalam keadaan dunia sebenar.

Page 7: EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)

Gestalt, dalam bahasa Jerman bererti ”pola” atau ”konfigurasi”, adalah keseluruhan yang diintergrasikan dan mempunyai indentiti dan makan yang tersendiri.

Maka, bahagian-bahagian tertentu dapat diidentifikasikan sebagai unsur dan bahagian-bahagian tertentu dihubungkan dalam pola-pola yang berbentuk konfiguratif.

Page 8: EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)

Psikologi Gestalt untuk merumuskan garis-garis besar pengajaran.

Sinar-sinar berkekuatan tinggi, kerangka, kontras dan teknik ilustrasi dapat digunakan untuk membuat rangsangan visual.

Ini dapat menyedarkan murid terdapat hubungan antara unsur-unsur yang dapat disimpan sebagai ilmu pengetahuan yang tersusun dan teratur.

Page 9: EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)

Hamalik (1980) memberi prinsip-prinsip belajar Gestalt, iaitu belajar dimulai dari suatu keseluruhan.

Keseluruhan merupakan permulaan, kemudian menuju ke bahagian-bahagian dari hal-hal yang kompleks, menuju ke hal-hal yang sederhana.

Keseluruhan memberi makna terhadap suatu bahagian, individu adalah bahagian-bahagian dari keseluruhan.

Pendekatan adalah persamaan dengan dengan teori ”trial and error”.

Page 10: EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)

Prosedur Pembelajaran Gestalt sesuatu hasil karya itu dihubungkan

dengan latar belakang penciptaan, proses kreatif, konsep estetika, latar sosial budaya dan landasan falsafah.

Dalam bilik darjah, pendekatan Gestalt ini boleh diserapkan melalui beberapa kaedah berikut:

Page 11: EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)

Kita harus melihat karya itu secara keseluruhan dengan menghayati hasil karya itu. Hasil karya mesti difahami dan dihayati. Guru pula meminta muridnya menceritakan serba sedikit dengan karya yang telah dihasilkan.

Kita analisis tema, motif, gambaran atau mesej. Perhatikan struktur penghasilan karya itu.

Berikan interpretasi. Kegiatan di bilik darjah isikan diskusi untuk menyimpulkan terhadap karya yang dihasilkan.

Page 12: EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)

Murid ditugaskan mencari sendiri karya orang lain, membaca dan mengapresisasikannya.

Pembelajaran menggunakan pendekatan Getalt bertujuan:

Memudahkan murid memahami makna, baik yang berbentuk konvensional atau kontemporari.

Murid dapat membaca dan memahami karya dengan cepat dan baik.

Page 13: EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)

Murid dapat mengubah karya. Murid mendapat bekalan yang memadai

dan lebih trampil.

Page 14: EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)

TEORI SOSIAL-INTERAKSI PIAGET Jean Piaget ialah pakar biologi yang

berpendapat manusia mempunyai skema yang boleh membantu mereka mengatur dan memahami rangsangan yang diterima dari persekiataran.

Manusia mempunyai hubungan interaksi dengan persekitaran.

Page 15: EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)

Diperingkat bayi, didapati mahir dengan aktiviti menghisap. Bayi didedahkan kepada pengalaman yang dapat membezakan dan mengorganisasikan aktiviti mereka.

Skema pemikiran mental kanak-kanak: - Asimilasi - Akomodasi

Asimilasi ialah proses mendapatkan pengetahuan sebagai pengetahuan yang baharu untuk dimasukkan atau digabungkan dengan skema yang memang telah ada dalamdiri kanak-kanak. Ini termasuklah pengalaman yang dibina dari semasa ke semasa.

Page 16: EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)

Proses akomodasi pula adalah satu proses apabila kanak-kanak terpaksa membuat pengubahsuaian kepada skema pemikiran yang memang telah sedia ada kerana pengetahuannya yang baharu.

Dengan pengalaman baharu, kanak-kanak terpaksa mengakomodasikan maklumat yang ada dalam skema yang telah sedia ada untuk memahami keadaan yang sebenar.

Page 17: EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)

Menurut Piaget, terdapat EMPAT peringkat perkembangan intelektual kanak-kanak, iaitu:◦ Peringkat sendori motor◦ Peringkat praoperasi◦ Peringkat operasi konkrit◦ Peringkat operasi formal

Berikut ialah ciri perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori ini:

Page 18: EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)

Peringkat Umur Ciri-ciri Keupayaan KognitifSensori motor

0 – 2 tahun Pemikiran terhad kepada skema dan penggunaan deria untuk mengetahui dunia sekeliling.

Praoperasi 2 – 7 tahun Pemulaan pemikiran simbolikOperasi konkrit

7-12 tahun Pemulaan pemikiran logik yang terhad kepada objek maujud

Operasi formal

12 ke atas Pemikiran abstrak, meramal dan hipotetsikal.

Page 19: EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)

Teori ini, menganggap seni kreatif adalah fenomena pemikiran dan bukan mekanikal.

Kanak-kanak mempunyai suatu daya penguasaan kognitif yang bertindak melalui hipotesis dan cuba uji.

Dalam seni kreatif, kanak-kanak boleh memilih bentuk-bentuk yang diterima dan menolak bentuk-bentuk yang bukan struktur.