kae3013 ekspresi kreativiti kanak-kanak (nor lela mohamat d20102045763 (phg 06)

Upload: nor-lela-mohamat

Post on 03-Apr-2018

269 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Kae3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak (Nor Lela Mohamat d20102045763 (Phg 06)

    1/22

    1

    PEMARKAHAN

    1 TUGASAN 1

    JUMLAH

    KAE3013EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

    TAJUK TUGASAN

    KUMPULAN:_ PAHANG 06___

    DISEDIAKAN OLEH:

    NAMA NO. ID NO.TELEFON

    NOR LELA BINTI MOHAMAT

    NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK NORDIN BIN MAMAT

    TARIKH SERAH: __28 APRIL 2012

    TUGASAN INDIVIDU 1

  • 7/29/2019 Kae3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak (Nor Lela Mohamat d20102045763 (Phg 06)

    2/22

    2

    ISI KANDUNGAN

    1. PENDAHULUAN2 - 13

    2. TARIAN DAN PERGERAKAN KREATIF KANAK-KANAK.13 - 15

    3. ELEMEN ASAS PERGERAKAN KREATIF15 - 16

    4. CIRI-CIRI PERGERAKAN KREATIF16 - 17

    5. SUMBANGAN TARIAN DAN PERGERAKAN KREATIF TERHADAP

    PERKEMBANGAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK.17 19

    6. MENINGKATKAN KESEDARAN TERHADAP KEPELBAGAIAN BUDAYA DI

    MALAYSIA MELALUI TARIAN DAN PERGERAKAN KREATIF..20

    7. PENUTUP.21

    8. RUJUKAN21

  • 7/29/2019 Kae3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak (Nor Lela Mohamat d20102045763 (Phg 06)

    3/22

    3

    1.PENDAHULUAN

  • 7/29/2019 Kae3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak (Nor Lela Mohamat d20102045763 (Phg 06)

    4/22

    4

    Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni.

    Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini

    selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80

    kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya,

    Kadazandusun dan Iban. Pelbagai adat dan budaya yang dapat dipelajari daripada masyarakat

    pelbagai kaum ini terutama daripada tariannya Secara umumnya, kepelbagaian warisan budaya

    dan kaum di Malaysia paling ketara dilihat pada tarian-tarian yang terdapat di sini. Tarian yang

    dipersembahkan dari setiap kaum mempunyai asal usul dan tujuannya tersendiri dan diwarisi

    secara turun temurun.Setelah sekian lama kaum Cina dan India menetap di Malaysia, tarian-

    tarian tradisi negara asal mereka juga menjadi sebahagian daripada warisan dan budaya

    Malaysia. Tugasan ini akan mengupas tentang bidang seni kreatif tarian dan menghuraikan

    sejauhmana bidang seni kreatif tarian dapat menyumbang kepada perkembangan dan

    pembelajaran kanak-kanak serta meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di

    Malaysia. Sebelum itu, mari kita kenal beberapa contoh tarian yang diwarisi oleh suku kaum

    yang terdapat di negara kita.

    1) TARIAN ZAPIN

    Tarian Zapin terkenal di negeri Johor. Ia dikatakan telah dibawa masuk dari Hadramaut, yaman

    oleh para pedagang arab pada awal abad ke 16.Zapin telah dijadikan tarian hiburan di istana.

    Pada masa itu, negeri Johr telah menggantikan peranan Melaka sebagai pelabuhan Entrepot

    pada abad ke 16. Tarian ini mementingkan pergerakan berkumpulan. Anatar alat muzik yangmengiringi tarian zapin ialah gambus, rebana , gendang dan marakas.

    2) TARIAN KUDA KEPANG

  • 7/29/2019 Kae3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak (Nor Lela Mohamat d20102045763 (Phg 06)

    5/22

    5

    Tarian ini diwarisi dari Jawa dan turut mengandungi pengaruh Islam. Pakaian penari-penarinya

    diadaptasi daripada kebudayaan Jawa. Unsur islam kjelas terserlah pada jalan cerita tarian ini

    kerana ia menisahkan situasi peperangan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dan para

    sahabat baginda. Tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam untuk menarik perhatian

    penduduk setempat datang beramai-ramai untuk menyaksikan persembahan mereka.

    Pendakwah akan berdakwah sebelum atau selepas tarian kuda kepang. Props kuda kepang

    digunakan dalam tarian ini. Penari-penari kuda kepang menggunakan alat-alat muzik seperti

    gendang, gong dan angklung untuk mengiringi gerak geri tarian. Tarian ini sangat terkenal di

    negeri Johor.

    3) TARIAN JOGET

    Joget merupakan tarian yang paling popular di seluruh tanahair Malaysia. Ia sering

    dipersembahkan di festival kesenian, upacara perkahwinan dan majlis-majlis keramaian. Tarian

    joget merupakan tarian kacukan Portugis yang dibawa ke Melaka semasa zaman perdagangan

    rempah.Joget dipersembahkan oleh beberapa pasangan penari dengan pergerakkan kaki dan

  • 7/29/2019 Kae3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak (Nor Lela Mohamat d20102045763 (Phg 06)

    6/22

    6

    tangan yang lincah. Ini berikutan tempo lagu joget yang selalunya laju. Di Melaka, joget dikenali

    sebagai Chakunchak.

    4) TARIAN ASLI

    Tarian ini adalah berdasarkan lagu Melayu asli seperti Makan Sireh, Gunung Banang dan Sapu

    Tangan, Asli Selendang, Bentan Telani dan Asli Abadi. Dalam tarian Tepak Sireh contohnya,

    semua penari memakai pakaian Melayu dan membawa set tepak sireh di atas pentas sambil

    membuat pergerakan yang lemah gemalai mengikut irama asli.Tarian ini popular di seluruh

    Malaysia terutamanya di semenanjung. Tarian ini merangkumi pergerakan yang perlahan,berterusan dan lemah lembut dan menghampiri tarian Asyik tetapi bunga tarinya lebih mudah.

  • 7/29/2019 Kae3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak (Nor Lela Mohamat d20102045763 (Phg 06)

    7/22

    7

    5) TARIAN ASYIK

    Tarian ini adalah merupakan tarian istana diraja Kelantan. Ia bermula di Pattani pada 1644

    berikutan kehilangan burung kesayangan permaisuri. Dayang-dayang baginda mencipta tarian

    ini untuk menghiburkan hatinya yang sedang berdukacita.Asyik bermaksud kekasih yang jugamerupakan nama burung tersebut. Tarian ini dimulakan dengan 10 orang dayang yang

    berpakaian cantik, duduk dengan sopan sambil menunggu primadona tarian muncul. Bila dia

    tiba,tarian ini dimulakan dengan pergerakan dan lenggok badan yang lembut. Pada hari ini,

    tarian ini dipersembahkan semasa upacara rasmi dan festival. Ia juga turut dipersembahkan di

    majlis-majlis perkahwinan di istana Melayu.

    6) TARIAN AYAM DIDIK

    Tarian Ayam Didik merupakan sejenis tarian Melayu dikatakan berasal daripada gerakan

    berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau.Tarian

    ini dicipta oleh ahli tarian di negeri Perlis dan masyhur di kalangan masyarakat terutama di

    Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan bahagian utara Perak.Tarian Ayam Didik ini berasal daripada

    gerakan perlawanan melaga ayam iaitu satu permainan tradisional orang-orang Melayu dahulu.

  • 7/29/2019 Kae3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak (Nor Lela Mohamat d20102045763 (Phg 06)

    8/22

    8

    Tarian ini telah dicipta oleh satu kumpulan penari di Kangar, Perlis. Tarian ini diringi dengan

    nyanyian lagu ayam didik.

    7) TARIAN CANGGUNG

    Tarian Canggung amat popular di bahagian Utara Semenanjung Malaysia seperti Negeri Perlis

    dan Kedah. Dalam bahasa Thai, canggung bermaksud menari. Tarian Canggung biasanya

    ditarikan pada musim-musim keramaian seperti selepas musim menuai. Tarian ini bertujuan

    meghiburkan para petani. Tarian ini disertakan dengan berbalas-balas pantun oleh pemuda dan

    pemudi yang menarikannya.

    8) TARIAN CERACAP INAI

    Tarian Ceracap Inai ini dikaitkan dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, semasa Sultan

    Mahmud Shah mudik ke hulu Sungai Muar. Tarian Ceracap Inai ini dikatakan berasal dari tarian

    istana dan ditarikan di hadapan Sultan dan pembesarpembesar negeri di dalam sesuatu

  • 7/29/2019 Kae3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak (Nor Lela Mohamat d20102045763 (Phg 06)

    9/22

    9

    keramaian. Oleh kerana itu, Tarian Ceracap Inai adaunsur-unsur 'menyembah duli'

    (sembah/ampun), merendahkan diri dan ditarikan pula kebiasaannya di hadapan 'Raja

    Sehari'/Pengantin. Tarian Ceracap Inai dipersembahkan dengan hiasan seperti 'Bunga-

    bungaan Emas' dan bercahayakan api lilin yang memberikan erti membawa kepada sinaran

    kebahagiaan dan kesejahteraan. Tarian ini asalnya ditarikan oleh bilangan penari yang ganjil

    atau ditarikan berpasangan oleh penari lelaki dan wanita dan boleh juga ditarikan oleh penari-

    penari wanita sahaja, Bilangan penari biasanya terdiri dari 5 - 8 orang. Tarian ini amat terkenal

    di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar.

    9) TARIAN SINGA

    Tarian Singa merupakan sejenis tarian tradisional kaum Cina. Tarian ini biasanya ditarikan

    semasa perayaan-perayaan kebesaran masyarakat Cina seperti Tahun Baru Cina. Kaum Cina

    percaya bahawa tarian ini boleh membawa tuah. Ditari oleh 2 orang dan diiringi oleh alat muzik

    seperti gendang, gong dan dentuman bunga api. Banyak menggunakan warna-warna yang

    dikatakan bertuah seperti warna merah, jingga dan kuning. Penari-penari tarian singa meniru

    pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Tarian singa merupakan tarian yang

    bertenaga dan menghiburkan dalam adat warisan masyarakat Cina. Penari-penari perlu ada

    keberanian dan penataan gerak tarian yang tepat untuk persembahan tarian singa. Alat-alat

    muzik yang mengiringi tarian ini ialah gendang tagu cina dan simbal.

  • 7/29/2019 Kae3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak (Nor Lela Mohamat d20102045763 (Phg 06)

    10/22

    10

    10 ) TARIAN NAGA

    Tarian naga juga merupakan tarian tradisi masyarakat berketurunan Cina. Menurut

    kepercayaan orang Cina, tarian naga dipersembahkan dengan tujuan memohon sesuatu yang

    lebih baik dengan memberikan kesenangan, kemakmuran dan kejayaan. Tarian ini ditarikan

    pada hari perayaan terutama pada Tahun Baru Cina. Tariannya hampir sama dengan tarian

    Singa tetapi jumlah penarinya lebih ramai. Patung naga menjadi alat utama dalam tarian ini dan

    diperbuat daripada buluh dan dibalut dengan kain. Di bahagian kepala hingga ekor kain ini

    dilukis seperti sisik naga. Tarian ni diketuai oleh seorang penari utama yang membawa

    sebatang kayu di depan naga. Jumlah penari yang mengambil bahagian bergantung kepada

    saiz ukuran panjang dan pendeknya naga yang digunakan dalam tarian ini. Alat muzik yang

    digunakan semasa tarian ini dipersembahkan ialah gendang tagu cina dan simbal.

    11) TARIAN BHARATA NATYAM

  • 7/29/2019 Kae3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak (Nor Lela Mohamat d20102045763 (Phg 06)

    11/22

    11

    Tarian ini merupakan tarian tradisional kaum India. Tarian tradisi ini memerlukan latihan

    bertahun-tahun untuk menguasainya. Gerak geri tarian ini tertumpu pada kepala, tangan dan

    kaki. Rentak tarian ini dikenali sebagai Jatis. Muzik yang mengiringi tarian ini adalah

    berdasarkan suku kata rentak Shollukatus. Tarian ini dipersembahkan oleh penari wanita

    secara solo berasal dari Negeri Tamil Nadu di Selatan India.

    12) TARIAN BHANGRA

    Bhangra memaparkan tarian serta muzik masyarakat Sikh. Pada mulanya Banghra adalah

    sebuah tarian menyambut musim menuai, tetapi kini ianya memainkan peranan dalam pelbagai

    sambutan kemasyarakatan termasuk majlis perkahwinan dan sambutan Tahun Baru. Tarian ini

    lazimnya adalah berdasarkan tema-tema romantis, di mana nyanyian serta tarian yang diiringi

    paluan dholo, iaitu sejenis gendang bermuka dua, menjadikan tarian Banghra sangat

    menghiburkan.

    13) TARIAN NGAJAT

  • 7/29/2019 Kae3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak (Nor Lela Mohamat d20102045763 (Phg 06)

    12/22

    12

    Ngajat adalah sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak. Tarian ini

    lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang. Pada masa dahulu, pemburu

    kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak, diraikan

    dengan perayaan Gawai Kenyalang. Pahlawan lelaki mempertunjukkan pergerakan yang

    tangkas di sepanjang persembahan tarian ini, sambil memakai topi tradisional yang panjang

    dan memegang sebuah perisai panjang yang berukir. Alat-alat muzik yang digunakan dalam

    tarian ini adalah seperti gong, gendang, bebendai, tawa kengkurumong dan sapeh. Tarian ini

    sangat popular dikalangan Orang Ulu di Sarawak.

    14) TARIAN SUMAZAU

    Sumazau adalah sebuah tarian kaum Kadazan yang lazimnya dipersembahkan sewaktu acara-

    acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas

    hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit.

    Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-

    geri yang perlahan serta pergerakan yang menngambarkan burung yang sedang terbang.

    15) TARIAN BULUH

  • 7/29/2019 Kae3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak (Nor Lela Mohamat d20102045763 (Phg 06)

    13/22

    13

    Tarian Buluh, satu lagi tarian tradisional yang popular serta menghiburkan, menggunakan

    sepasang buluh panjang yang dipegang mendatar pada paras buku lali. Kedua-dua buluh

    tersebut diketuk antara satu sama lain dengan rentak yang pantas. Penari perlu tangkas

    bergerak sambil melompat di antara kedua-dua batang buluh tersebut tanpa tersepit. Tarian ini

    ditarikan oleh gadis-gadis kaum Kwijau dari Keningau Sabah. Di antara alat muzik yang

    digunakan ialah gong dan buluh. Kedua alat ketukan ini dibunyikan untuk emndapat tempo

    untuk tarian ini. Pakaian tradisional masyarakat pendalaman Sabah digunakan dalam tarian ini.

    16) TARIAN ORANG ASLI

    Tarian Orang Asli Semenanjung Malaysia mempunyai kaitan rapat dengan kepercayaan

    kerohanian mereka. Tarian ini lazimnya digunakan oleh pawang dalam upacara menghubungi

    dunia roh. Tarian tersebut termasuklah tarian Genggulang kaum Mah Meri, tarian Berjerom

    kaum Jah-Hut, serta Sewang oleh kaum Semai dan Temiar.

    2.TARIAN DAN PERGERAKAN KREATIF KANAK-KANAK

    Seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah memberikan

    definisi seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia

    melalui gerak geri berirama yang indah. Dalam kebudayaan melayu terdapat berbagai bagai

    jenis tarian , sama ada tarian asli ataupun tarian yang telah dipengaruhi oleh unsur unsur

    moden. Menurut Jaafar Mampak, tarian melayu asli terbahagi kepada dua jenis. Pertama ,

  • 7/29/2019 Kae3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak (Nor Lela Mohamat d20102045763 (Phg 06)

    14/22

    14

    tarian yang bercorak lemah lembut seperti tarian mak inang dan siti payung. Kedua , tarian

    rancak yang merupakan hasil daripada pengaruh tarian Portugis seperti tarian Ronggeng ,

    Serampang Laut dan Singapura Dua.

    Seni tari boleh dikategorikan dalam berbagai bagai jenis. Antara pembahagian yang

    boleh dibuat terhadap seni tari melayu adalah seperti berikut :

    i)Tarian tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada waktu perkahwinan,

    pertabalan , istiadat menyembah dan sebagainya.Tarian tarian ini termasuklah tarian siti

    payung , mak inang , asyik , gamelan dan sebagainya.

    ii)Tarian tarian yang memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan Parsi seperti tarian rodat ,

    hadrah dan sebagainya.

    iii)Tarian rakyat seperti dondang sayang , ronggeng , joget dan sebagainya.

    iv)Tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda kepang , tarian labi

    labi , tarian berdayung dan sebagainya.

    2.1TARIAN KANAK-KANAK

    Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap

    pergerakkan berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang semulajadi. Potensi

    pergerakkan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tari. Kanak-

    kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan sentiasa aktif. Salah satu cara untuk

    memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi tarian. Kanak-kanak dapat menikmati

    kepuasan melalui gerak-geri yang berentak dan berirama dalam tarian. Aktiviti tarian sesuai

    untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak.

    2.2PERGERAKAN KREATIF KANAK-KANAK

    Pergerakan kreatif adalah salah satu kaedah pembelajaran yang boleh membantu

    meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai tindak balas terhadap

    rentak dan irama, pergerakan yang berirama dan kemampuan kreativiti yang bersifat

    semulajadi.

  • 7/29/2019 Kae3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak (Nor Lela Mohamat d20102045763 (Phg 06)

    15/22

    15

    Menurut teori Emile Jaques Dalcroze (1950), pergerakan adalah asas kepada kreativiti.

    Pergerakan merupakan salah satu cara untuk kanak-kanak mengungkapkan perasaan melalui

    muzik. Kesemua aspek muzik perlu dimulai dengan gerakan tubuh badan. Tubuh badan adalah

    alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan pergerakan. Kanak-kanak akan

    mengembangakan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga, mata dan tubuh badan

    sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik. Walaupun kanak-kanak tidak boleh

    bertepuk dan menyanyi ikut rentak, tetapi meraka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak.

    Pergerakan adalah perlakuan atau aksi kanak-kanak yang boleh dilakukan secara automatik,

    spontan dan terancang.

    Margaret HDoubler (1925), berpendapat bahawa geraktari kreatif adalah sejenis tarian

    berunsur pendidikan yang membantu dalam proses tumbesaran individu. Proses ini membentuk

    pemikiran mental dan merencana aktiviti yang merangsang daya pemikiran, pertumbuhan fizikal

    dan spiritual. Apa yang dipersembahkan oleh kanak-kanak, bukanlah bertujuan untuk menarik

    perhatian atau mencetuskan sensasi tetapi untuk mencurahkan ekspresi emosi kendiri melalui

    pergerakan.

    Gladys Andrew Fleming (1976) telah menggunakan istilah Pergerakan Kreatif untuk

    pendidikan geraktari kanak-kanak. Beliau telah mentakrifkan istilah ini sebagai penghubung

    antara fikiran dan perasaan yang diluahkan melalui pergerakan anggota badan. Pergerakan

    kreatif adalah kaedah untuk menyelesaikan tiga komponen iaitu ekspresi, komunikasi dan

    kepuasan peribadi.

    3.ELEMEN ASAS PERGERAKAN KREATIF

    Pergerakan kreatif merangkumi empat elemen utama iaitu ruang, masa, tubuh badan,

    dan aliran. Ia melibatkan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor sama ada dengan atau

    tanpa muzik.

    Ruang

    Ruang adalah kawasan yang digunakan semasa melakukan gerakan. Terbahagi kepada

    dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu

    yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Manakala ruang am ialah kawasan yang

    digunakan semasa melakukan pergerakan.

  • 7/29/2019 Kae3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak (Nor Lela Mohamat d20102045763 (Phg 06)

    16/22

    16

    Masa

    Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-

    lambat dan serta merta. Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang yang

    ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat.

    Tubuh Badan

    Anggota tubuh badan seperti tangan dan kaki akan menghasilkan kualiti pergerakan

    seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan dapat dihasilkan dengan mengawal

    kekuatan dan keupayaan otot semasa melakukan pergerakan.

    Daya

    Elemen daya merangkumi pergerakan perkusif,pergerakan pendular,pergerakan

    staccato,pergerakan bergetar,pergerakan meruntuh dan pergerakan kawal-lambat. Pergerakan

    perkusif merujuk kepada pergeragakan yang bertenaga kuat dilepaskan dalam tempoh yang

    singkat, pergerakan pendular merujuk kepada pergerakan berayun, pergerakan staccato

    merujuk kepada pergerakan yang terputus-putus, cepat dan ringan, pergerakan bergetar

    merujuk kepada pergerakan yang menggigil ,pergerakan meruntuh merujuk kepada pergerakan

    yang lemah dan tidak bertenaga manakala pergerakan kawal-lambat merujuk kepada

    pergerakan yang dikekalka dalam tempoh yang panjang.

    4.CIRI-CIRI PERGERAKAN KREATIF

    Antara ciri-ciri pergerakan kreatif adalah :

    a) Penggunaan elemen-elemen pergerakan seperti anggota tubuh, ruang,dan daya usaha,

    bentuk, masa, tenaga dan hubungan di antara elemen-elemen tersebut sebagai asas

    perancangan kandungan kurikulum (Joyce, 1973; Dimondstein, 1983; Stinson 1982)

    b) Tumpuan adalah kepada pergerakan untuk kanak-kanak sebagai aktiviti yang bersifat

    semulajadi dan tidak formal, dan pada masa yang sama pengalaman-pengalaman

    dalam kegiatan pergerakan itu membantu kanak-kanak mengesan potensi-potensi

    mereka untuk melahirkan perasaan serta menjadikannya sebagai alat perhubungan

    (Combest,1975; Dimondstein, 1983).

  • 7/29/2019 Kae3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak (Nor Lela Mohamat d20102045763 (Phg 06)

    17/22

    17

    c) Tumpuan kepada pengalaman geraktari sebagai aktiviti yang menyeronokkan, sihat dan

    mudah dicapai. Ia membantu kanak-kanak menjalin paduan antara mental, fizikal dan

    persekitaran serta membantu mereka untuk melahirkan segala perasaan dalaman yang

    terpendam melalui perantaraan pergerakan. Ia melambangkan aktiviti yang menyentuh

    jiwa kanak-kanak (Brearly, 1970; Fleming, 1976)

    d) Tumpuan kepada matlamat yang sama, iaitu perkembangan personaliti kanak-kanak

    secara menyeluruh. Terdapat satu aspek penting berhubung dengan faktor ini.

    Perkembangan personaliti individu memberi kesan terhadap nilai diri yang merangkumi

    aspek-aspek fizikal, mental dan rohani. Faktor ini menjadi penggalak kepada

    pengembangan personaliti dengan meyakinkan ketiga-tiga aspek tersebut untuk

    memberi berbagai kemungkinan seperti merangsang daya imaginasi dan mencabar

    intelek. (HDoubler, 1972; Huskey, 1979; Joyce, 1984; Synder, 1975; Ayob 1986)

    e) Tumpuan kepada keupayaan individu untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang diberi

    mengikut caranya yang tersendiri dan pada masa yang sama, cuba mengekalkan

    hubungan baik dengan kumpulan rakan sebaya (Stinson, 1982; Dimondstein, 1983)

    f) Tumpuan kepada aktiviti motor yang bersifat halus dan kasar, latihan koordinasi,

    menghargai masa dan imbangan, pengetahuan tentang bahagian-bahagian tubuh,

    pengetahuan tentang mekanisma pergerakan, kesedaran yang mendalam terhadap

    hubungan perceptual dan peluang-peluang untuk meningkatkan kekuatan fizikal, daya

    ketahanan serta fleksibiliti (Arrow, 1981; Synder, 1975).

    5.SUMBANGAN TARIAN DAN PERGERAKAN KREATIF TERHADAP PERKEMBANGAN

    DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

    .

    Tarian merupakan gerak tubuh manusia. Melalui gerak tubuh, manusia mampu untuk

    mengungkapkan idea-idea, perasaan dan pengalaman penari kepada orang lain. Tarian

    mengandungi segala gerakkan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan. Seni tari

    ini dapat di lihat pada pergerakkan tangan, kaki, badan, mata dan anggota tubuh badan yang

    lain. Tarian dan pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan

    gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif. Pergerakan ini

    memberi imlikasi terhadap keempat-empat perkembangan iaitu perkembangan kognitif,

    psikomotor, afektif (sosial dan emosi) secara lansung mahupun tidak langsung.

  • 7/29/2019 Kae3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak (Nor Lela Mohamat d20102045763 (Phg 06)

    18/22

    18

    Perkembangan Psikomotor

    Perkembangan psikomotor merupakan perkembangan kemahiran dan kebolehan otot

    fizikal. Aspek psikomotor adalah berkaitan dengan pergerakan anggota fizikal. Terdapat tiga

    komponen utama perkembangan psikomotor yang dikemukan oleh Taksonomi Jewett dan

    diantaranya adalah pergerakan kreatif. Gabungan pergerakan yang dilahirkan melalui perasaan

    dan idea yang bernas ini dapat di aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat

    sekolah khususnya. Hal ini kerana, jika kita melihat dari konteks perkembangan psikomotor

    aktiviti seperti tarian dan drama dapat membantu pembentukan perkembangan psikomotor

    secara langsung melalui aktiviti tersebut. Contohnya seperti tarian zapin yang sesuai bagi

    peringkat kanak-kanak yang berusia 6 hingga 8 tahun. Tarian ini memerlukan kombinasi tangan

    serta kaki yang cekap agar gerakan tarian kelihatan harmoni, manakala tarian piring pula

    mampu menjana perkembangan motor halus dari segi genggaman jari kanak-kanak memegang

    ketika sedang menari. Terdapat pelbagai tarian lain yang dapat diaplikasikan oleh guru agar

    dapat membantu kelancaran perkembangan psikomotor, selain itu, aktiviti seperti ini juga, dapat

    mewujudkan suasana pembelajran yang menarik kerana lumrah kanak-kanak adalah mereka

    seronok bermain, menyanyi dan menari.

    Perkembangan Kognitif

    Perkembangan Kognitif merupakan cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan

    masalah. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan keupayaan penggunaan dalam

    perbualan untuk menunjukkan peningkatan yang pesat dalam memahami persekitaran dan

    pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling. Dalam konteks perkembangan ini, kita

    dapat lihat bahawa pergerakan kreatif memberi sumbangan dalam perkembangan kognitif ia

    dapat dilihat dalam persembahan yang mereka tunjukkan samada tarian, drama mahupun

    muzik. Aktiviti seperti ini memerlukan ingatan yang kuat seperti drama, memerlukan kanak-

    kanak untuk menghafal skrip begitu juga muzik yang memerlukan kanak-kanak memahami

    serta menghafal lirik lagu manakala tarian pula, memerlukan kanak-kanak mengingati estiap

    langkah dalam tarian yang diperlajari mahupun yang bakal dipersembahkan. Selain itu,

    pergerakan kreatif juga mencetuskan idea dalam membentuk kebolehan mengkomunikasikan

    idea-idea dengan menggunakan tubuh sebagai wadah ekspresi. Justeru itu, aktiviti-aktiviti ini

  • 7/29/2019 Kae3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak (Nor Lela Mohamat d20102045763 (Phg 06)

    19/22

    19

    dapat melahirkan kanak-kanak yang mampu berfikiran kritis serta memberikan pengalaman

    kepada pelajar bagaimana untuk menyelesaikan masalah serta dapat menonjolkan bakat

    kepimpinan kanak-kanak berinteraksi dengan ahli dalam kumpulan.

    Perkembangan Afektif ( Sosial dan Emosi )

    Lumrah kanak-kanak yang suka akan keseronokan permainan dan bersosialisasi

    bersama rakan. Namun begitu terdapat juga kanak-kanak yang sukar untuk berkomunikasi

    bersama rakan mahupun guru malahan ada sesetangah kanak-kanak yang duduk bersendirian

    tanpa menghiraukan sesi pembelajaran yang sedang diidkuti oleh mereka. Menurut Coplan et al

    (1994) kanak-kanak kelihatan seolah-olah tidak berinteraksi sosial dan kurang berhubung

    dengan orang lain, walaupun terdapat orang yang bermain berdekatan dengan mereka,

    manakala Pan (1994) mengatakan bahawa, dengan peningkatan umur mereka akan belajar

    berkomunikasi dan bekerjasama dalam aktiviti yang berbentuk permainan. Teori-teori tersebut

    jelas menunjukkan bahawa perkembangan sosial kanak-kanak perlu dibentuk dalam aktiviti

    yang mampu memberangsangkan mereka untuk bersosialisasi disamping dapat memberi

    keseimbangan dalam perkembangan emosi kanak-kanak. Jelaslah, pergerakan kreatif

    merupakan suatu pergerakan yang dapat mewujudkan suatu aktiviti-aktiviti yang menarik

    seperti tarian, drama dan muzik.

    Selain itu, jika dilihat dari dalam konteks pembelajaran, ketiga-tiga aktiviti seperti tarian,

    drama mahupun muzik memerlukan kerjasama dalam kumpulan. Semangat kerjasama diantara

    pelajar ini dapat diwujudkan dalam ketiga-tiga pembelajaran aktiviti ini. Ketika ini, guru perlu

    bijak mengambil kaedah berpusatkan murid dan mengetengahkan pendekatan berkumpulan

    dalam pengajaran, sebagai contoh tarian inang, yang memerlukan kerjasama daripada ahli

    kumpulan agar dapat menghasilkan persembahan yang serentak, sama dan menarik minat

    penonton. Aspek emosi juga turut menerima impaknya, ia dapat dilihat daripada pengamatan

    dan penghayatan pelajar dalam menjalankan aktiviti tersebut. Tarian, Drama dan Muzik

    merupakan antara aktiviti yang menjana kepada perkembangan emosi kanak-kanak, ia dapat

    ditunjukkan ketika kanak-kanak berlakon dalam drama yang memerlukan pengamatan dan

    penghayatan terhadap watak yang disampaikan, maka emosi atau perasaan kanak-kanak ini

    dapat diekspresikan dalam drama yang dilakonkan melalui watak yang dipegang. Begitu juga,

  • 7/29/2019 Kae3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak (Nor Lela Mohamat d20102045763 (Phg 06)

    20/22

    20

    tarian dan muzik, kedua-dua aktiviti ini menyumbang kepada perkembangan emosi kanak-

    kanak.

    6. MENINGKATKAN KESEDARAN TERHADAP KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA

    MELALUI TARIAN DAN PERGERAKAN KREATIF

    Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa dan kaum, sudah

    tentulah negara kita kaya dengan adat resam dan budaya yang mewakili setiap bangsa di

    negara ini. Menurut J.S. Furnival (1939:2), masyarakat yang berbilang kaum atau majmuk

    adalah msyarakat yang setiap kaumnya berpegang teguh kepada kepercayaan, agama,

    bahasa, budaya dan amalan adat masing-masing. Walaupun mempunyai rakyat berlainan

    bangsa namun Malaysia tidak menghadapi masalah berkenaan perbezaan tersebut. Hal ini

    menjadikan Malaysia sebuah negara yang penuh warna-warni dan keunikan tersendiri. Budaya

    sesuatu kaum merangkumi tentang adat istiadat, pemakaian, persembahan kesenian,

    pemakanan dan sebagainya. Kepelbagaian bangsa, budaya dan fahaman agama di negara ini

    merupakan keunikan yang perlu dipertahankan sebagai asas perpaduan oleh setiap rakyat.

    Tarian menjadi tanda pengenalan kepada setiap kaum kerana ciri-ciri yang ada dalam

    setiap tarian menunjukkan ciri sesuatu bangsa. Melalui tarian, kanak-kanak dapat mengenali

    budaya sesuatu kaum itu dengan lebih mendalam lagi. Apatah lagi, setiap tarian ditarikan

    dengan pakaian tradisional kaum masing-masing.Contohnya tarian Joget. Pakaian yang

    digunakan dalam tarian ini adalah pakaian tradisional kaum melayu seperti kebaya. Dalam

    tarian Bharata Natyam, juga mengetengahkan pakaian tradisi kaum India. Tarian Sumazau pula

    ditarikan dengan menggunakan pakaian tradisional suku kaum kadazan. Pakaian yang mewakili

    suku kaum tertentu di Malaysia ini begitu unik dan berwarna warni. Apatah lagi, tarian yang

    dipersembahkan mempunyai pelbagai maksud jalan penceritaan yang tersendiri.

    Dewasa ini, seni tarian menarik minat ramai kanak-kanak untuk mempelajarinya. Malah,

    tarian kaum Melayu,Cina dan India turut ditarikan oleh pelbagai bangsa. Tarian Melayu tidak

    hanya ditarikan oleh orang melayu sahaja malah juga kaum Cina dan India. Begitu juga

    sebaliknya. Tarian dapat memupuk semangat bekerjasama dan perpaduan antara pelbagai

    kaum yang ada di negara kita.

  • 7/29/2019 Kae3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak (Nor Lela Mohamat d20102045763 (Phg 06)

    21/22

    21

    7.PENUTUP

    Tarian dan pergerakan kreatif dapat meningkatkan potensi sedia ada kanak-kanak

    berkaitan ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan. Terdapat banyak nilai-nilai positif yang

    dapat dipupuk dan diterapkan dariapada aktiviti yang memerlukan pergerakan kreatif ini iaituseperti mepertajamkan imaginasi dan sensitiviti, mengurangkan ketegangan emosi, membentuk

    personality dengan sifat jaya diri dan insiatif dan ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan

    seharian.

    Selain itu, penerapan nilai bekerjasama dalam kumpulan dapat memberi pengalaman

    yang menyeronokkan kepada kanak-kanak bersama rakan mereka. Kesimpulannya,

    pergerakan kreatif merupakan suatu elemen penting dalam menjana perkembangan

    psikomotor, kognitif dan Afekitif kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan ini

    perlu diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran untuk mewujudkan suasana yang lebih efisyen

    dan berkesan serta dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti pembelajaran yang

    diajar. Oleh itu, pergerakan kreatif yang merupakan tafsiran idea, perasaam atau tanggapan

    deria yang dilahirkan secara simbolik mampu membantu perkembangan psikomotor kanak-

    kanak dalam menjana perkembagan kehidupan yang sempurna.

    RUJUKAN

    1. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003).Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.

    2. Bandura, A (1971). Analysis of modeling processes. Psychological Modelling?Chichago.Alsine-Asherton

    3. Koehler, M & kravets, D. (1977). Social psychology: understanding humaninteractions (Edisi 2). Boston

    4. Salmah Ayub. (1992). Pergerakan kreatif dan pendidikan. Kuala Lumpur FloEnterprise.

  • 7/29/2019 Kae3013 Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak (Nor Lela Mohamat d20102045763 (Phg 06)

    22/22

    22

    5. Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani.

    Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.