konsep wakalah dan isu isu semasa dalam ibadah korban azman

17
1 ISU ISU SEMASA DALAM PELAKSANAAN IBADAH KORBAN SECARA WAKALAH Prof Madya Dr Azman Mohd Noor 1 Drazman.net PENDAHULUAN Pada dasarnya, orang yang berkorban digalakkan untuk menyembelih sendiri binatang korbannya jika berkemampuan kerana ianya adalah satu ibadah sperti ibadah-ibadah yang lain yang bertujuan untuk taqarrub kepada Allah. 2 Bahkan Rasulullah SAW sendiri pernah menyembelih beberapa ekor binatang korban dengan tangannya sendiri. 3 Namun, tidak menjadi kesalahan jika orang yang berkorban mewakilkan kepada orang lain untuk menjalankan ibadah korban bagi pihaknya. 4 Para Fuqaha berpendapat bahawa sah dan harus berwakil membeli binatang korban dan aqiqah dan begitu juga untuk menyembelihnya sekalipun di negeri yang bukan negeri orang yang berkorban dan beraqiqah itu. 5 Sekarang, ibadah korban dijalankan oleh beberapa syarikat atau organisasi yang bertanggungjawab menguruskan ibadah korban dan aqiqah. Pada kebiasaannya organisasi ini akan menjadi wakil kepada orang yang hendak menunaikan ibadah korban. Mereka bertanggungjawab untuk membeli, menyembelih dan mengedarkan daging-daging korban tersebut. Manakala orang yang berkorban hanya perlu menyediakan wang untuk membeli bahagiannya sahaja tanpa perlu menguruskan segala urusan penyembelihan, perlaksanaan yang sedemikian itu melibatkan hukum wakalah. KONSEP WAKALAH 1 . Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Email: [email protected], drazman.net. 2 . . Abu Ishaq Al-Syairazi, Al-Muhadzdzab fi Fiqhil Imam Al-Syafai‟i, (Darul Kutub Al-„Ilmiah, tanpa tahun cetak), vol. 1, p. 435. 3 . Abu Daud Sulaiman bin Al-Asy‟ats, Sunan Abi Duad, (Bairut: Al-Maktabah Al-Ashriah, tanpa tahun cetak), vol. 3, p. 95. Lihat pula di Ahmad bin Syu‟aib An-Nasa`i, Sunan Al-Nasa`i, (Halb: Maktab Al-Mathbu‟at Al- Islamiyyah, 1406 H/1986 M), vol. VII, p. 231. 4 . Ahmad ibn Al-Naquib Al-Rumi, „Umdatus Salik wa „Iddatun Nasik, (Qatar: Asy-Syu`un Ad-Diniyyah, 1982), p. 145. 5 . Abdullah bin Bayyah, Sina‟atul Fatwa wa Fiqh al Aqalliyyat, (Jeddah: Dar Al-Minhaj, 1428 H/2007 M), p. 343. Abu Bakr bin Ahmad Al-Hishni, Kifayatul Akhyar, (Damaskus: Dar Al-Khair, 1994), p. 534.

Upload: vannguyet

Post on 09-Dec-2016

590 views

Category:

Documents


134 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Wakalah Dan Isu Isu Semasa Dalam Ibadah Korban azman

1

ISU ISU SEMASA DALAM PELAKSANAAN IBADAH KORBAN SECARA

WAKALAH

Prof Madya Dr Azman Mohd Noor

1

Drazman.net

PENDAHULUAN

Pada dasarnya, orang yang berkorban digalakkan untuk menyembelih sendiri binatang

korbannya jika berkemampuan kerana ianya adalah satu ibadah sperti ibadah-ibadah yang

lain yang bertujuan untuk taqarrub kepada Allah.2 Bahkan Rasulullah SAW sendiri pernah

menyembelih beberapa ekor binatang korban dengan tangannya sendiri.3 Namun, tidak

menjadi kesalahan jika orang yang berkorban mewakilkan kepada orang lain untuk

menjalankan ibadah korban bagi pihaknya.4 Para Fuqaha berpendapat bahawa sah dan harus

berwakil membeli binatang korban dan aqiqah dan begitu juga untuk menyembelihnya

sekalipun di negeri yang bukan negeri orang yang berkorban dan beraqiqah itu.5

Sekarang, ibadah korban dijalankan oleh beberapa syarikat atau organisasi yang

bertanggungjawab menguruskan ibadah korban dan aqiqah. Pada kebiasaannya organisasi ini

akan menjadi wakil kepada orang yang hendak menunaikan ibadah korban. Mereka

bertanggungjawab untuk membeli, menyembelih dan mengedarkan daging-daging korban

tersebut. Manakala orang yang berkorban hanya perlu menyediakan wang untuk membeli

bahagiannya sahaja tanpa perlu menguruskan segala urusan penyembelihan, perlaksanaan

yang sedemikian itu melibatkan hukum wakalah.

KONSEP WAKALAH

1. Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Email: [email protected],

drazman.net. 2.. Abu Ishaq Al-Syairazi, Al-Muhadzdzab fi Fiqhil Imam Al-Syafai‟i, (Darul Kutub Al-„Ilmiah, tanpa tahun

cetak), vol. 1, p. 435. 3. Abu Daud Sulaiman bin Al-Asy‟ats, Sunan Abi Duad, (Bairut: Al-Maktabah Al-Ashriah, tanpa tahun cetak),

vol. 3, p. 95. Lihat pula di Ahmad bin Syu‟aib An-Nasa`i, Sunan Al-Nasa`i, (Halb: Maktab Al-Mathbu‟at Al-

Islamiyyah, 1406 H/1986 M), vol. VII, p. 231. 4. Ahmad ibn Al-Naquib Al-Rumi, „Umdatus Salik wa „Iddatun Nasik, (Qatar: Asy-Syu`un Ad-Diniyyah, 1982),

p. 145. 5. Abdullah bin Bayyah, Sina‟atul Fatwa wa Fiqh al Aqalliyyat, (Jeddah: Dar Al-Minhaj, 1428 H/2007 M), p.

343. Abu Bakr bin Ahmad Al-Hishni, Kifayatul Akhyar, (Damaskus: Dar Al-Khair, 1994), p. 534.

Page 2: Konsep Wakalah Dan Isu Isu Semasa Dalam Ibadah Korban azman

2

Wakalah dari segi bahasa bererti menyerahkan kuasa, pengawasan, penjagaan dan

pemeliharaan.6 Dari segi istilah fiqh pula ialah seseorang itu menyerahkan kuasa bertindak

untuk melakukan sesuatu perkara ketika hidupnya kepada orang lain dalam hal-hal yang

boleh diwakilkan.7 Hukum wakalah adalah harus berdasarkan Al-Qur‟an, sunnah dan ijma„

ulama. Wakalah mempunyai empat rukun iaitu:

1. Muwakkil (orang yang berwakil)

2. Wakil /Muwakkal (orang yang dijadikan wakil)

3. Muwakkal fihi (sesuatu yang diwakilkan)

4. Shighah (ijab dan qabul)8

Syarat-syarat wakil dalam ibadah korban:

1. Hendaklah seorang Muslim dan bukannya ahli kitab kerana sembelihan ahli kitab adalah

makruh.9 Tambahan pula tujuan sembelihan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Adapun Majusi dan orang kafir, adalah diharamkan sembelihannya.10

2. Hendaklah mendapat keizinan orang yang berkorban.11

3. Memenuhi syarat-syarat mukallaf.12

Wakalah Dalam Ibadat

Tidak semua amalan ibadat boleh diwakilkan. Sembahyang dan puasa sebagai contoh tak

boleh diwakilkan.13

Ibadat umrah, haji dan sesetengah kerja haji boleh diwakilkan bagi

6. Ahmad bin Muhammad Al-Fayyumi, Al-Mishbahul Munir, (Bairut: Al-Maktabah Al-„Ilmiah, tanpa tahun

cetak), jil. 2, p. 670. Lihat pula: Abu Hafsh Umar Al-Nasafi, Thalabuth Thalabah fil Ishthilahatil Fiqhiyyah,

(Baghdad: Al-Bathba‟ah Al-„Amirah, 1311 H), p. 138. 7. Ahmad ibn Hajar Al-Haitami, Tuhfatul Muhtaj fi Syarhil Minhaj, (Mesir: Al-Maktabah At-Tijariah Al-Kubra,

1357 H/1983 M), vol. 5, p. 294. 8. Muhammad bin Ahmad Al-Khathib Al-Syirbini, Mughni al-Muhtaj ila Ma‟rifati Alfadhil Minjah, (Darul

Kutub Al-„Imiah, 1415 H/1994 M), vol. 3, p.232. 9. Hukumnya makruh dalam Madzhab Syafi‟i, sedangkan menurut Madzhab Maliki hukum korbannya tidaklah

sah. Lihat; Abu Bakar Al-Qaffal Al-Syasyi, Hilyatul Ulama‟ fi Ma‟rifati Madzahibil Fuqaha`, (Bairut:

Mu`assasah Al-Risalah, 1980), vol. 3, p. 324. 10

. Wahbah al-Zuhayli, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, (Damaskus: Dar Al-Fikr, tanpa tahun cetak), jil. 3, p.

603. 11

. Abul Husain Yahya Al-„Imrani, Al-Bayan fi Madzhabil Imam al-Syafi‟i, (Jiddah: Dar Al-Minhaj, 1421

H/2000 M), vol. 4, p. 449. 12

. Abu Yahya Zakariyya Al-Anshari, Al-Ghurarul Bahiyyah fi Syarh Bahjatil Wirdiyyah, (Al-Mathba‟ah Al-

Maimaniyyah, tanpa tahun cetak), vol. 3, p. 179. 13

. Badruddin Az-Zarkasyi, Al-Mantsur fil Qawa‟idil Fiqhiyyah, (Kuwait: Wizaratul Awqaf Al-Kuwaitiyyah,

1405 H/1985 M), vol. 3, p. 312.

Page 3: Konsep Wakalah Dan Isu Isu Semasa Dalam Ibadah Korban azman

3

mereka yang keuzuran.14

Wakalah juga dibenarkan untuk membayar zakat, menunaikan nazar

dan melakukan ibadat korban.15

Syeikh Wahbah al-Zuhaily membuat kesimpulan berkenaan ibadat yang boleh dan yang tidak

boleh diwakilkan sebagai berikut:

Ibadat yang tidak boleh diwakilkan: Ia adalah ibadat badaniyah seperti iman kepada Allah,

salat (fardu dan sunat) dan puasa (fardu dan sunat).

Ibadat yang boleh diwakilkan: Setiap pelaksanaan ibadat Maliyah seperti pembayaran

zakat.

Ibadat yang boleh diwakilkan kerana disebabkan adanya udzur: Ia adalah ibadat yang

memiliki dua aspek, aspek badaniyah dan aspek maliyah seperti haji. Ibadah ini boleh

diwakilkan apabila tak ada upaya/kekuatan untuk melaksanakannya16

.

Adakah Aqad Wakalah Satu Aqad Yang Lazim (Mengikat)?

Di dalam fiqh muamalat, ada aqad yang mengikat dan ada yang tidak mengikat (ghair

lazim).17

Kebiasaannya aqad yang mengikat (lazim) adalah aqad yang melibatkan pertukaran

(mu„awadhah). Contoh aqad yang mengikat ialah aqad jual beli dan sewaan. Contoh aqad

yang tidak mengikat pula adalah pinjaman (barang atau duit), wakalah dan wadiah. Secara

umumnya signifikan pembahagian aqad ini boleh dilihat pada kesan aqad yang berbeza. Pada

aqad lazim, tidak boleh dibatalkan aqad kecuali dengan persetujuan pihak berkontrak yang

lain. Contohnya dalam kes jual beli atau sewaan, apabila salah seorang daripada pihak

berkontrak contohnya penyewa ingin batalkan kontrak sewaan, maka dia perlu mendapatkan

persetujuan daripada pihak yang berkontrak dengannya (pemilik asset sewaan). Adapun pada

aqad tidak mengikat (ghair lazim), maka ia boleh dibatalkan tanpa persetujuan kedua dua

belah pihak. Contohya jika A pinjam buku dari B (akad I„arah/‟Ariyah), pada bila bila masa

sahaja B boleh ambil balik bukunya dan membatalkan akad pinjaman tersebut. Contoh lain

Sekiranya A mewakilkan B melaksanakan ibadah korban, tanpa sebarang upah, A atau B

14

. Jalaluddin Abdurrahman As-Suyuthi, Al-Asybah wan Nadha`ir, (Darul Kutub Al-„Ilmiah, 1411 H/1990 M),

p. 463. 15

. Hasan bin Ahmad Al-Kaff, Al-Taqrirat al-Sadidah qism al-Buyuu‟ wal Fara`id, (Yaman: Darul Mirats An-

Nabawi, 1434 H/2013 M), p. 91. 16

Wahbah al-zuhaily, Usul al-fiqh al-Islami, volume 1, p. 68-69. 17

. Muhammad bin Ahmad Al-Syathiri, Syarh al-Yaqut al-Nafis, (Yaman: Dar Al-Hawi, 1418 H/1997), vol. 2, p.

20.

Page 4: Konsep Wakalah Dan Isu Isu Semasa Dalam Ibadah Korban azman

4

boleh sahaja membatalkan aqad wakalah tersebut tanpa persetujuan kedua dua belah pihak.

Tetapi, sekiranya ada upah, ia hanya boleh dibatalkan sekiranya ada perstujuan daripada

kedua dua belah pihak.

Wakalah Bersama Dengan Upah (wakalah bi al-ajr)

Apabilah wakalah disertakan dengan upah, hukumnya bertukar kepada ijarah „ala al-„amal,

iaitu upah kepada sesuatu pekerjaan.18

Ini dianggap sebagai aqad mu„awadah seperti jual beli.

Di antara kesan fiqh ialah ia berubah daripada kontrak yang tidak mengikat (non

binding/ghair lazim) kepada kontrak yang mengikat (binding/lazim), dengan erti kata

pembatalannya mestilah dengan persetujuan kedua-dua pihak (muwakkil dan wakil). Jumlah

upah dan skop pekerjaan perlu dilakukan juga mestilah diketahui dan dipersetujui kerana

gharar (ketidaktentuan) di dalam aqad mu„awadah membatalkan kontrak.19

Sebagai contoh, sekiranya disebut harga kambing seekor RM500, perlu dijelaskan berapa

upah kepada wakil yang akan melakukan kerja penyembelihan dan pengurusan ibadah

korban.

Bentuk Wakalah di dalam Ibadah Korban:

1. Wakalah Berbentuk Penyerahan Binatang Korban:

Wakalah terbatas kepada kerja penyembelihan sahaja. Penyerahan binatang korban kepada

wakil haruslah melalui pernyataan yang jelas berkenaan dengan jenis korban yang

diniatkannya samada sunat atau wajib dan urusan kerja yang diwakilkan samada

menyembelih saja atau memotong daging korban dan membahagikan dagingnya kepada

pihak ketiga. Dengan itu, perlu ada shighah yang jelas antara orang yang berkorban

dengan wakilnya. Wakalah tersebut mestilah memenuhi rukun-rukun wakalah iaitu

Muwakkil (orang yang berwakil), wakil (orang yang dijadikan wakil), Muwakkal fihi

sesuatu yang diwakilkan) dan shighah (ijab dan qabul).20

Sighah boleh dilakukan dengan

lafaz lisan seperti “Saya mewakilkan kamu untuk meyembelih kambing korban saya”, atau

dalam bentuk bertulis. Melalui perkembangan teknologi sekarang, wakalah boleh

dilakukan melalui telefon bimbit, sms, wassap, dan lain lain cara dan bentuk komunikasi.

18

. Muhammad ibn Qasim Asy-Syafi‟i, Fathul Qarib Al-Mujib, (Bairut: Dar Ibn Hazm, 1425 H/2005 M), p. 197. 19

. Syamsuddin Muhammad bin Ahmad Ar-Ramli, Niyatul Muhtaj ila Syarhil Minhaj, (Bairut: Dar Al-Fikr,

1404 H/1984 M)vol. 5, p. 266. 20

. Ibrahim Al-Bajuri, Hasyiat al-Bajuri, vol. 1, p. 296.

Page 5: Konsep Wakalah Dan Isu Isu Semasa Dalam Ibadah Korban azman

5

أركاهنا اربعة موكل ووكيل وموكل فيو وصيغة ويكفى فيها اللفظ من أحدمها وعدم الرد من األخر .او فوضتو إليك ولو مبكاتبة او مراسلةاملوكل وكلتك بكذا كقول

( 292ص : 1)الباجورى جزء Wakalah bagi melakukan sembelihan korban, pelaku ibadat korban dan wakilnya mestilah

sama sama setuju bagi wakalah tersebut dan skop kerja yang diwakilkan. Binatang yang

hendak disembelih mestilah diketahui dan ditentukan (ta‟yin).

2. Wakalah Melaksanakan Ibadah Korban Berbentuk Penyerahan Wang:

Cara ini adalah lebih umum tanpa menentukan (ta‟yin) binatang tertentu untuk

dikorbankan. Urusan ibadah korban dapat dilakukan dengan mudah. Melalui cara ini orang

yang ingin melakukan ibadat korban akan menyerahkan sejumlah wang yang sama nilai

dengan sebahagian atau seekor binatang korban kepada wakil. Wakil tersebut akan

menguruskan segala urusan ibadah korban bagi pihaknya. Kebanyakan ulama

mengharuskan wakalah sedemikian apabila ia memenuhi syarat syaratnya.

Penjelasan tentang keharusan wakalah melalui penyerahan wang dijelaskan di dalam kitab

kitab Fiqh, di antaranya kitab I‟anah al-Talibin:21

العالمة الشيخ حممد بن سليمان الكردي حمشي شرح ابن حجر على املختصر لصواب: يف فتاوي اما نصو: )سئل( رمحو اهلل تعاىل: جرت عادة أىل بلد جاوى على توكيل من يشرتي هلم النعم يف مكة للعقيقة أو األضحية ويذحبو يف مكة، واحلال أن من يعق أو يضحي عنو يف بلد جاوى فهل

)اجلواب( نعم، يصح ذلك، وجيوز التوكيل يف شراء األضحية والعقيقة يصح ذلك أو ال؟ أفتونا. ويف ذحبها، ولو ببلد غري بلد املضحي والعاق كما أطلقوه فقد صرح أئمتنا جبواز توكيل من حتل ذبيحتو يف ذبح األضحية، وصرحوا جبواز التوكيل أو الوصية يف شراء النعم وذحبها، وأنو يستحب

وال جيب. وأحلقوا العقيقة يف االحكام باألضحية، إال ما استثين، وليس حضور املضحي أضحيتو. ىذا مما استثنوه، فيكون حكمو حكم األضحية يف ذلك. وبينوا تفاريع ىذه املسألة يف كل من

.باب الوكالة واإلجارة فراجعو

Dalam kitab Fatawa Syeikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi Muhsyyi Syarah Ibn Hajar

„ala al-Mukhtashar terdapat suatu pertanyaan: Beliau telah ditanya:

21

. Al-Bakri al-Dimyati, I‟anat al-Tholibin, (Dar Al-Fikr, 1997), vol. 2, p. 381.

Page 6: Konsep Wakalah Dan Isu Isu Semasa Dalam Ibadah Korban azman

6

“Telah berlaku kebiasaan penduduk Jawa mewakilkan kepada seseorang agar membelikan

haiwan ternakan untuk mereka di Makkah sebagai aqiqah atau korban dan agar

menyembelihnya di Makkah, sementara orang yang melakukan ibadat tersebut berada di

Jawa. Apakah hal demikian itu sah atau tidak? Mohon diberikan fatwa. Jawabannya “Ya,

demikian itu sah. Diperbolehkan mewakilkan dalam pembelian binatang korban dan

aqiqah dan juga penyembelihnya sekalipun tidak dilaksanakan di negara orang yang

berqorban atau beraqiqah itu.”..

Dalam kontek sekarang, lafaz wakalah dengan serahan wang boleh dilakukan dengan

membuat bayaran atau memindahkan wang melalui cara perkhidmatan perbankan online,

wakalah boleh disahkan melalui email, sms, wassup, facebook dan lain-lain bentuk

komunikasi. Sebaik baiknya dinyatakan aqad wakalah secara bertulis dengan menyatakan

dengan jelas harga binatang korban, berapa upah dan skop kerja yang dilakukan dan

dipersetujui atau ditandatangai oleh kedua-dua pihak.

Hukum Mengambil Upah Bagi Wakil Yang Melaksanakan Ibadat Korban:

A: Upah Diambil Daripada Binatang Korban

1. Ulama‟ sepakat mengatakan bahawa wakil atau penyembelih tidak boleh mengambil

bahagian daripada sembelihan korban sebagai upah22

kerana terdapat larangan yang

keras daripada Nabi SAW di dalam hadis Sayyidina Ali:

أمرني رسول هللا صلى هللا عليه وسلم أن أقوم على بدنه ،: رضي هللا عنه قالعلي بن أبي طالب عن

.ن أتصدق بلحمها وجلودها وأجلتها ، وأن ال أعطي الجزار منها شيئا . وقال : نحن نعطيه من عندناوأ

“Rasulullah telah memerintahkanku supaya menguruskan ibadah korban untanya

(pada ketika hari Nahar/raya), dan supaya aku membahagikan kulitnya dan anggota

badannya, dan supaya tidak memberikan kepada penyembelih/pemotong daging

sesuatu daripadanya”. (Muttafaq „Alaih)23

Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa wakil atau penyembelih tidak boleh menetapkan

anggota badan atau daging daripada binatang korban itu sebagai upahnya.

2. Jika hendak memberi upah hendaklah menggunakan peruntukkan lain selain dari

daging korban. Sayyidina Ali r.a berkata:

“Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan korban seekor unta milik Baginda

kemudian menyedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta

itu (seperti pelana dan seumpamanya) serta aku juga tidak memberi apa pun kepada

22

Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf An-Nawawi, Raudhatuth Thalibin wa „Umdatul Muftien, (Bairut: Al-

Maktab Al-Islami, 1412 H/1991 M), vol. 3, p. 222. 23

. Muhammad bin Isma‟il Al-Bukhari, Shahih Al-Bukhari, (Dar Thauqin Najah, 1422), no. 1716, vol. 2, p. 172.

Page 7: Konsep Wakalah Dan Isu Isu Semasa Dalam Ibadah Korban azman

7

tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberikannya dari harta kami sendiri

(secara berasingan)”. (Riwayat Muslim24

)

Larangan dijadikan upah sebahagian daripada daging korban adalah kerana daging daripada

penyembelihan korban adalah bertujuan untuk ibadah korban dan kebajikan.25

Dengan itu ia

tidak boleh dijadikan balasan/upah kepada kerja (pengurusan penyembelihan). Ini kerana

upah bagi sesuatu pekerjaan adalah aqad mu‟awadhah yang melibatkan pertukaran dan

timbal balas dua gantian (bilateral compensation). Kedua-dua pihak yang memeterai akad

akan mendapat manfaat dengan persetujuan dan suka sama suka. Membuat bayaran atau

penyerahan barang yang dibeli dalam aqad mua„wadah adalah satu obligasi. Dengan kata lain

penyerahan itu sekiranya tertangguh, dianggap sebagai hutang.

Ia berbeza dengan aqad tabarru yang bersifat unilateral dan tidak perlu kepada balasan.

Larangan ini juga ada kaitan dengan salah satu gambaran larangan gabungan dua kontrak di

dalam satu kerana tujuan dan spesifikasi yang berbeza. Contoh yang hampir sama ialah jika

membayar upah kepada tukang gunting RM10 pada masa yang sama dia niat bayar zakat atau

sedekah. Dalam contoh ini, zakat atau sedekah tidak sah.26

Begitulah juga dalam konteks sembelihan korban yang merupakan satu aqad taqarrub dan

tabarru„, tidak boleh disalahgunakan daging korban yang pada asasya bertujuan melakukan

kebajikan untuk membayar upah pekerja. Upah tersebut mestilah diberikan berasingan.

Larangan ini di sokong juga oleh hadith Abu Hurairah Seperti berikut:

)من باع جلَد ُأضحيِتو فال ُأضحيَة لو( . 1011رواه احلاكم يف املستدرك وحسنو األلباين يف صحيح الرتغيب، حديث رقم

Maksud:

“Sesiapa yang menjual kulit binatang korbannya, maka tidak ada korban baginya”.

Hadith ini dengan jelas menunjukkan tujuan sebenar korban adalah untuk taqarrub dan

bersedekah, maka ia tidak boleh digunakan bagi tujuan “mu„awadah” pertukaran yang

mendatangkan keuntungan kepada pelaku korban. Ia bercanggah dengan tujuan korban.

24

. Muslim bin Al-Hajjaj An-Naisaburi, Shahih Muslim, (Bairut: Dar Ihya`ut Turats Al-„Arabi, tanpa tahun

cetak), no. 1317, jil. 2, ms. 954. 25

. Abu Ishaq Asy-Syairazi, Al-Muhadzdzab fi Fiqhil Imam Asy-Syafi‟i, vol. 1, p. 437. 26

. Muhammad Mushtafa Az-Zuhaili, Al-Qawa‟id Al-Fiqhiyyah wa Tathbiqatuha fil Madzahib Al-Arba‟ah,

(Damaskus: Dar Al-Fikr, 1427 H/2006 M), vol. 1, p. 79.

Page 8: Konsep Wakalah Dan Isu Isu Semasa Dalam Ibadah Korban azman

8

Kulit tersebut boleh disedekahkan atau dipakai untuk kegunaan sendiri dan tidak sepatutnya

dibazirkan.

Alasan („illah) lain kepada larangan tersebut adalah kerana unsur gharar pada daging korban

dan kualitinya. Contohnya sekiranya dikatakan kepada tukang sembelih dan pelapah, “upah

bagi kamu adalah paha lembu”, belum pasti lagi upah itu setimpal dan sudah pasti terdedah

kepada gharar.

Penulis berpandangan alasan larangan gabungan dua kontrak dalam satu atau salah guna aqad

tabarru„ dan taqarrub adalah lebih kuat.

B. Upah Diberi Secara Berasingan

Ini adalah harus berdasarkan kepada athar Sayyidina Ali di atas: “Kami memberikannya dari

harta kami sendiri (secara berasingan).”

C. Mengambil Upah ke atas wakalah Korban

Oleh kerana kerja pelaksanaan korban boleh diwakilkan kepada orang lain untuk

melaksanakannya, wakalah tersebut boleh berlaku samada dengan upah atau tanpa upah.

Sekiranya ada upah, upah tersebut mestilah diketahui dan dipersetujui oleh wakil dan

muwakkil.

Cara Cara Pelaksanaan Program Ibadah Korban Semasa Secara Wakalah

1. Program Ibadah Korban Secara Komersial Yang Dianjurkan oleh Organisasi Yang

Terlibat Secara Langsung.

Disebut dengan jelas harga penyelenggaraan (pakej) satu bahagian lembu atau seekor

kambing untuk ibadah korban contohnya RM500 tanpa dinyatakan upah dan kos

pengurusan dan keuntungan (walaupun ia sudah diambil kira dalam menentukan harga).

Ini harus bagi penganjur korban yang melakukan sendiri kerja kerja penyembelihan,

melapah dan mengagihkan daging korban, yang pada kebiasaanya mempunyai petugas

petugas sendiri. Jadi harga RM500 sudah merangkumi semua perkara dalam pakej

tersebut. Ini berbeza dengan mewakilkan kerja tersebut kepada pihak ke tiga dengan

harga yang lebih murah untuk mengambil untung di atas angin. Sekiranya

diletakkan harga RM500, tetapi diwakilkan pula pihak ketiga dengan harga RM400,

tanpa pengetahuan pewakil yang melakukan ibadah korban, maka akan menimbulkan

Page 9: Konsep Wakalah Dan Isu Isu Semasa Dalam Ibadah Korban azman

9

masalah hukum. Ini kerana wakalah ke atas wakalah adalah tidak sah kecuali dengan

keizinan pewakil asal (principal).

Di Mekah sebagai contoh, Syarikat Al-Rajhi ada menawarkan khidmat sembelihan

korban dan melakasanakan dam haji di mana pelanggan hanya membeli kupon korban.

Segala kerja penyelenggaraan dan agihan dilaksanakan oleh syarikat tersebut. Boleh

dianggap jualan kupon tersebut sudah merangkumi wakalah.

Bagi penngajur ibadah korban yang memiliki ladang, rumah sembelih dan prasarana

sendiri, sebaik baiknya dinyatakan di dalam kupon atau resit wakalah melaksanakan

ibadah korban tersebut wakalah daripada pelanggan kepada pengurus untuk melakukan

kerja korban dan mengagihkan dagingnya kepada fakir miskin. Mengambil upah ke atas

khidmat menawarkan pelaksanaan ibadah korban yang terjamin dan dilakukan dengan

penuh amanah adalah harus dan tidak menimbulkan isu Syariah sekiranya ada lebihan

daripada kos, bahkan ia boleh dianggap sebagai keuntungan kepada penganjur.

Adapun pengajuran wakalah ibadah korban secara individu atau berukumpulan tanpa

memilik prasarana seperti di atas, perlu dinyatakan sekiranya kerja kerja

penyelenggaraan dilakukan oleh pihak lain, maka ia termasuk di dalam hukum wakalah

ke atas wakalah, di mana ia perlu kepada kebenaran muwakkil/principal.

Samada dilakukan sendiri oleh wakil, atau wakil lapis kedua, perlu dinyatakan juga apa

yang dilakukan kepada lebihan baki penyelenggaraan ibadah korban. Ia boleh dianggap

hibah kepada wakil atau disalurkan kepada aktiviti kebajikan. Sekiranya tidak

dinyatakan, maka perlu dikembalikan kepada peserta.

2. Pengajuran Program Ibadah Korban Bukan Secara Komersial yang Dilakukan

oleh Surau, Masjid atau Organisasi.

Disebut bahawa RM500 adalah harga sebahagian lembu atau seekor kambing korban.

Perlu disebut kos adalah termasuk kos pengurusan, dan sekiranya ada lebihan duit, maka

ia disedekah kepada badan kebajikan/sekolah agama/rumah anak yatim, surau atau untuk

aktiviti agama dan kebijakan. Sudah tentu kos ini merangkumi upah kepada petugas.

Upah kepada petugas adalah aqad yang berasingan di antara penganjur dan petugas.

Contohnya aqad di antara Masjid (AJK surau) dengan petugas, di mana upah dan skop

Page 10: Konsep Wakalah Dan Isu Isu Semasa Dalam Ibadah Korban azman

10

kerja mestilah diketahui dan dipersetujui awal awal lagi. Ia akan diambil daripada kos

pengurusan tersebut.

Sekiranya tidak dinyatakan ke mana atau apa yang akan dilakukan kepada duit lebihan

kos korban, penganjur perlu memulangkannya semula kepada peserta.

3. Individu atau Organisasi yang mengambil upah daripada kutipan penyertaan.

Dalam keadaan bertindak sebagai wakil kepada penganjur, dengan upah atau komisyen

yang sudah dipersetujui dengan penganjur. Sesetengah bank Islam di Timur Tengah

seperti Saudi dan Mesir menawarkan produk “sak al-adhahi” iaitu pakej ibadat korban

yang merangkumi wakalah untuk sembelihan pengurusan dan agihan daging korban. Ini

dibenarkan oleh kebanyakan ulama semasa. Sekiranya mereka mengabil komisyen

daripada jualan tersebut, perlulah dinyatakan berapada jumlah komisyen kerana ia

melibatkan upah, dan upah di dalam aqad mu‟awadah mestilah diketahui.

4. Hibah bersyarat ke atas lebihan kos korban. Hibah bersyarat tidak sepatutnya

dianggap sebagai upah. Ini kerana upah mestilah diketahui dan di persetujui. Hibah

bersyarat bagi lebihan kos penyelenggaraan ibadah korban boleh dibahagikan kepada

tiga keadaan:

(a) Hibah bersyarat disebut di samping upah yang ditentukan pada permulaan

(upfront), sekiranya ada baki, diberikan juga kepada wakil. Dalam hal ini ia boleh

diambil oleh wakil. Sama seperti no 3 di atas.

(b) Hibah bersyarat tidak bersama upah, (wakalah tanpa upah), tetapi lebihan

diberikan kepada penganjur. Sekiranya ada lebihan, maka ia boleh diambil oleh

wakil.

(c) Tidak dinyatakan upah dan tidak dinyatakan juga apa yang akan dibuat dengan

lebihan. Ini dikira wakalah tanpa upah. Dalam keadaan ini, haram bagi wakil

mengambil lebihan kos.

Page 11: Konsep Wakalah Dan Isu Isu Semasa Dalam Ibadah Korban azman

11

Dalam keadaan (b) seperti di atas, iaitu hibah bersyarat tanpa disebut atau diberikan

upah lain, ia boleh dilakukan dengan menganggarkan/menentukan nilai seekor

kambing atau 1/7 lembu, contohnya RM500, baki diberikan kepada wakil/penganjur.

Contoh: “Saya bayar duit RM500 ini untuk sebahagian lembu korban yang

dianggarkan lebih kurang RM460-RM480 atau ditetapkan seperti carilah kambing

dengan harga RM475, yang selebihnya/baki adalah untuk diberikan kepada

kamu/penganjur.”

Konsep ini disebut oleh fuqaha sebagai:

إذا قال املوكل للوكيل: بع العني بكذا، فما زاد فهو لك“Apabila berkata pewakil kepada wakil: “Juallah barang ini dengan sekian-sekian, apa

yang lebih adalah untukmu”

Di antara ulama yang yang mengharuskan konsep ini (upah bersyarat) ialah Ibn Abbas,

Al-Zuhri, Qotadah, Ayub al-Sakhtiyani, Ibn Sirin, Al-Sya‟bi, Hassan al-Basri, Ishaq Ibn

Rahawaih, Ahmad bin Hanbal, dan juga ulama mazhab Hanbali.27

Ulama yang

bersandarkan kepada pandangan ini juga mengharuskan membeli dengan harga sekian,

sekian, sekiranya harga yang diperolehi lebih rendah, maka perbezaan harga itu

deberikan kepada wakil. Contoh, “Belikan saya sebahagian lembu korban dengan

saiznya sekian sekian berat dalam kilo sekian sekian dengan harga RM500, sekiranya

kamu boleh dapatkan harga yang lebih rendah, perbezaan harga saya berikan kepada

kamu.”

Walaupun begitu, perlu diingatkan supaya tidak berlaku ghubn iaitu kerugian disebabkan

penipuan bagi muwakkil iaitu pelaku ibadah korban di mana, kadang kadang lembu yang

disembelih adalah yang kurus atau tidak cukup sharat sah sembelih, kerana dibeli dengan

harga yang begitu rendah disebabkan pengambilan upah yang tinggi.

Kaedah ini boleh dipakai sekiranya sesuatu yang dibeli (subject matter) diketahui kualiti,

spesifikasi dan harga di pasaran, terkawal dalam bagi transaksi biasa. Lebihan kos itu

27

Abdur Razzaq Al-Himyari Al-Yamani, Musannaf Abd Al-Razzaq, (15018), Ibn Qudamah, al-Kafi, (Darul

Kutub Al-„Ilmiah, 1414 H/1994 M) vol. 2, p. 252.

Page 12: Konsep Wakalah Dan Isu Isu Semasa Dalam Ibadah Korban azman

12

pula tidak sepatutnya dianggap sebagai keuntungan yang dicari dalam menunaikan

ibadah korban. Tidak salah memperolehi keuntungan, dan tidak salah mengambil

upah secara komersial dalam penawaran khidmat ibadah korban secara wakalah,

tetapi I amestilah melalui upah yang diketahui dan dipersetujui.

Walau bagaimanapun penulis tidak berapa menggalakkan kaedah ini dalam pelaksanaan

ibadah korban secara komersial kerana sebab sebab berikut:

a. Jumhur ulama tidak membenarkan kaedah ini kerana ada unsur gharar (ketidak

pastian) pada upah. Penetapan upah adalah penting untuk kebaikan dan keadilan

kedua dua pihak yang berkontrak, muwakkil dan wakil.

b. Ia boleh terdedah kepada penipuan (moral hazard). Munkin penganjur akan

mencari lembu yang jauh lebih murah atau tidak memenuhi syarat sah korban

untuk memaksimakan keuntungan.

Pandangan bekas Mufti Jordan Dr Noh Ali Salman berkenaan lebihan kos korban.

جيوز للتكية أن تكون وكيلة عن حلمد هلل، والصالة والسالم على سيدنا رسول اهللااملضحني يف شراء وذبح األضاحي مقابل مبلغ حمدد من املال، كما جيوز للمضحي أن

اشرت بو أضحية واذحبها ووزعها عين". وما زاد عن الثمن يقول ملدير التكية: "ىذا مبلغ فهو للتكية، وعندئذ ينفق مدير التكية من ىذه املبالغ اليت قبضت )أجر شراء وذبح األضحية(، واليت زادت عن مثن األضحية ينفقها يف إدارة مشاريع التكية وتغطية

ضاحي أهنا عن فقراء املصاريف وزيادة عدد األضاحي، وينوي عند ذبح ما زاد من األمعينني أو عن جمموعة من شارك يف ىذه األضاحي، فقد ذبح رسول اهلل صلى اهلل عليو وسلم كبشني، أحدمها عن نفسو وأىل بيتو، وذبح اآلخر عن نفسو وعن أمتو. واهلل أعلم

10/7/2010: التاريخ ، 527: رقم الفتوى 28

28

. http://www.aliftaa.jo/index.php/fatwa/show/id/725. 27/9/13

Page 13: Konsep Wakalah Dan Isu Isu Semasa Dalam Ibadah Korban azman

13

Fatwa di atas, jelas menunjukkan keharusan memberikan (hibah) lebihan kos kepada

penganjur ibadah korban secara kebajikan, sekiranya ada lebihan, boleh dibeli lagi binatang

ternakan lain untuk dikorbankan dan boleh diniatkan bagi pihak peserta atau kumpulan fakir

miskin tertentu.

Boleh juga dirumuskan berdasarkan prinsip yang sama, adalah harus untuk

dihibahkan surplus bagi kerja kerja kebajikan seperti membina masjid, sekolah, kerja-

kerja kebajikan yang lain dan kos pengurusannya. Ini adalah kerana gharar di dalam

aqad tabarru‘ dimaafkan dengan syarat ia disebut dengan jelas di dalam aqad

wakalah/borang penyertaan. Perlu juga diambil kira bahawa tujuan asal (subject

matter) aqad wakalah adalah untuk melakukan kerja korban, bukannya tujuan kerja

kebajikan yang lain.

Di Antara Kesilapan Yang Kerap Berlaku Dalam Wakalah Korban adalah seperti berikut:

1. Tidak ada aqad langsung. Bayaran bagi 1/7 seekor lembu dilakukan tanpa aqad yang

jelas.

2. Di antara kesilapan yang biasa berlaku ialah tidak dinyatakan akad perwakilan

(wakalah) ketika mengambil tempahan. Tidak juga dibezakan antara wakalah secara

mutlak ataupun secara khusus. Perwakilan secara khusus berlaku apabila mereka yang

melakukan ibadat korban mewakilkan seseorang tukang sembelih yang dikenalpasti

untuk melakukan penyembelihan, di samping ditentukan haiwan sembelihan. Bagi

wakil yang akan melakukan ibadat korban di tempat lain atau tanpa kehadiran peserta,

ia boleh dianggap sebagai wakalah secara mutlak.

Page 14: Konsep Wakalah Dan Isu Isu Semasa Dalam Ibadah Korban azman

14

3. Tidak disebut berapa upah wakalah. Ini menyebabkan gharar dalam wakalah bi al-ajr.

Sekiranya wakil mengambil upah daripada kos korban tanpa pengetahuan muwakkil

dan keizinannya, maka pendapatan itu adalah haram.

4. Tidak dinyatakan apa akan dibuat dengan lebihan kos korban. Sekiranya tidak

dinyatakan, maka wakil perlu pulangkan balik duit lebihan tersebut kepada muwakkil.

5. Tidak dinyatakan wakalah ke atas wakalah di dalam aqad. Sesetengah

pengendali/pengajur yang melakukan ibadat korban luar Negara tidak menyatakan

dengan jelas yang mereka akan mewakilkan pihak ke tiga dalam melaksanakan ibadah

korban. Tanpa persetujuan Muwakkil, ia boleh menjejaskan kesahihan aqad.

6. Penipuan. Lembu atau kambing tidak disembelih langsung atau disembelih hanya

sebahagian sahaja daripada binatang korban. Kadang kedang binatang yang

disembelih tidak sampai umur atau terlalu kurus dan dibeli dengan harga yang murah

untuk memaksimakan keuntungan.

KESIMPULAN

Ibadah korban merupakan ibadah yang mulia di sisi Allah SWT dan ganjaran amatlah besar.

Di dalamnya terkandung seribu satu hikmah. Oleh kerana ianya adalah sunat muakkad29

,

umat Islam amat digalakkan untuk melaksanakan ibadah korban, tambahan pula pada masa

kini terdapat banyak kemudahan yang dapat membantu memudahkan lagi ibadah ini

dijalankan.

Namun, dalam kesibukan kita mengejar ibadah ini jangan sampai terlepas pandang akan

syarat-syarat dan sunnah-sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Supaya ibadat korban

dilaksanakan dengan sempurna, kefahaman tentang hukum hakam yang berkaitan dengan

ibadah korban sangatlah penting. Perhatian juga perlu diberikan dalam memenuhi tuntutan-

29

. Ibn Rusyd Al-Hafied, Bidayatul Mujtahid, (Kairo: Dar Al-Hadits, 1425 H/2004 M), jil. 2, p. 191.

Page 15: Konsep Wakalah Dan Isu Isu Semasa Dalam Ibadah Korban azman

15

tuntutan lain yang berkaitan seperti berwakil membeli dan menyembelih sebagaimana yang

dijelaskan di atas supaya amalan berkorban itu benar-benar menepati kehendak Syara‟.

Aqad wakalah, harga, upah dan lebihan kos mestilah disebut dengan jelas dan dipersetujui

oleh wakil dan muwakkil.

Dicadangkan bagi mereka yang menganjurkan ibadat korban secara komersial, agar mengabil

upah secara berpatutan menurut uruf, sebagaimana Al-Quran membenarkan penjaga anak

yatim mangambil upah di atas kerjanya sekiranya tidak ada kemampuan dengan syarat ianya

berpatutan menurut uruf semasa dan tempat pengurusan korban “bi al-makruf”.

Aktiviti penganjuran ibadat korban secara komersial perlu kepada pematauan pihak berkuasa

untuk memastikan pelaksanaan dilakukan dengan sempurna termasuklah aqad wakalah,

penentuan harga dan upah dan pengagihan supaya patuh kepada Shariah dan tidak berlaku

penyelewangan dan penipuan. Pengajur juga mestilah berwaspada dan melaksanakannya

dengan cara yang penuh perihatin dan tekun kerana ia adalah amanah daripada orang ramai

dan dipersoalkan pada hari Qiyamat.

Wallahu a„lam.

SENARAI RUJUKAN

Al-Syairazi, Abu Ishaq. Al-Muhadzdzab fi Fiqhil Imam Asy-Syafai‟i. Darul Kutub Al-„Ilmiah.

tanpa tahun cetak.

Al-Asy‟ats, Abu Daud Sulaiman. Sunan Abi Duad. Bairut: Al-Maktabah Al-Ashriah. tanpa

tahun cetak.

Al-Nasa`i, Ahmad bin Syu‟aib. Sunan An-Nasa`i. Halb: Maktab Al-Mathbu‟at Al-

Islamiyyah. 1406 H/1986 M.

Al-Rumi, Ahmad ibn An-Naquib. „Umdatus Salik wa „Iddatun Nasik. Qatar: Asy-Syu`un Ad-

Diniyyah. 1982.

Ibn Bayyah, Abdullah bin Mahfudz. Shina‟atul Fatwa wa Fiqhil Aqalliyyat. Jeddah: Dar Al-

Minhaj. 1428 H/2007 M.

Page 16: Konsep Wakalah Dan Isu Isu Semasa Dalam Ibadah Korban azman

16

Al-Hishni, Abu Bakr bin Ahmad. Kifayatul Akhyar fi Halli Ghayatil Ikhtishar. Damsyik: Dar

Al-Khair. 1994.

Al-Fayyumi, Ahmad bin Muhammad. Al-Mishbahul Munir fi Gharib Asy-Syarh Al-Kabir.

Bairut: Al-Maktabah Al-„Ilmiah. tanpa tahun cetak.

Al-Nasafi, Abu Hafsh Umar. Thalabuth Thalabah fil Ishthilahatil Fiqhiyyah. Baghdad: Al-

Bathba‟ah Al-„Amirah, 1311 H.

Al-Haitami, Ahmad ibn Hajar. Tuhfatul Muhtaj fi Syarhil Minhaj. Mesir: Al-Maktabah At-

Tijariah Al-Kubra. 1357 H/1983 M.

Asy-Syirbini, Muhammad bin Ahmad Al-Khathib. Mughni al-Muhtaj ila Ma‟rifati Alfadhil

Minjah. Darul Kutub Al-„Imiah, 1415 H/1994 M.

Asy-Syasyi, Abu Bakar Al-Qaffal. Hilyatul Ulama‟ fi Ma‟rifati Madzahibil Fuqaha`. Bairut:

Mu`assasah Ar-Risalah, 1980.

Al-Zuhayli, Wahbah. Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu. Damsyiq: Dar al-Fikr, Edisi ke-6.

2008

________, Usul al-fiqh al-Islami.

Al-„Imrani, Abul Husain Yahya. Al-Bayan fi Madzhabil Imam Asy-Syafi‟i. Jeddah: Dar Al-

Minhaj, 1421 H/2000 M.

Al-Anshari, Abu Yahya Zakariyya. Al-Ghurarul Bahiyyah fi Syarh Bahjatil Wirdiyyah. Al-

Mathba‟ah Al-Maimaniyyah. tanpa tahun cetak.

Al-Zarkasyi, Badruddin. Al-Mantsur fil Qawa‟idil Fiqhiyyah. Kuwait: Wizaratul Awqaf Al-

Kuwaitiyyah. 1405 H/1985 M.

As-Suyuthi, Jalaluddin Abdurrahman. Al-Asybah wan Nadha`ir. Darul Kutub Al-„Ilmiah.

1411 H/1990 M.

Al-Kaff, Hasan bin Ahmad. At-Taqrirat As-Sadidah qism Al-Buyuu‟ wal Fara`idl. Yaman:

Darul Mirats An-Nabawi. 1434 H/2013 M.

Asy-Syathiri, Muhammad bin Ahmad. Syarh Al-Yaqut An-Nafis. Yaman: Dar Al-Hawi. 1418

H/1997 M.

Asy-Syafi‟i, Muhammad ibn Qasim. Fathul Qarib Al-Mujib fi Syarh Alfadhit Taqrib. Bairut:

Dar Ibn Hazm/ 1425 H/2005 M.

Ar-Ramli, Syamsuddin Muhammad bin Ahmad. Niyatul Muhtaj ila Syarhil Minhaj. Bairut:

Dar Al-Fikr, 1404 H/1984 M.

Al-Bajuri, Ibrahim. Hasyiat al-Bajuri

Ad-Dimyati, Abu Bakr bin Muhammad Syaththa. I‟anat al-Tholibin. Dar Al-Fikr, 1997.

Page 17: Konsep Wakalah Dan Isu Isu Semasa Dalam Ibadah Korban azman

17

An-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf. Raudhatuth Thalibin wa „Umdatul Muftien.

Bairut: Al-Maktab Al-Islami. 1412 H/1991 M.

Al-Bukhari, Muhammad bin Isma‟il. Shahih Al-Bukhari. Dar Thauqin Najah, 1422 H.

An-Naisaburi, Muslim bin Al-Hajjaj. Shahih Muslim. Bairut: Dar Ihya`ut Turats Al-„Arabi,

tanpa tahun cetak.

Az-Zuhayli, Muhammad Mushtafa. Al-Qawa‟id Al-Fiqhiyyah wa Tathbiqatuha fil Madzahib

Al-Arba‟ah. Damaskus: Dar Al-Fikr, 1427 H/2006 M.

Al-Yamani, Abdur Razzaq Al-Himyari. Musannaf Abd Al-Razzaq. Hind: Al-Majlis Al-„Ilmi.

1403 H.

Ibn Qudamah, Abdullah bin Ahmad, Al-Kafi. Darul Kutub Al-„Ilmiah, 1414 H/1994 M.

Ibn Rusyd, Muhammad bin Ahmad, Bidayatul Mujtahid wa Nihayatul Muqtashid. Kairo: Dar

Al-Hadits. 1425 H/2004 M.

http://www.aliftaa.jo/index.php/fatwa/show/id/725. 27/9/13