prof. madya dr. azman mohd noor

23
SAHAM KEUTAMAAN (PREFERENCE SHARES): ANTARA HUTANG DAN EKUITI PROF MADYA DR AZMAN BIN MOHD NOOR (II I BF) MUHAMMAD NAJIB BIN ABDURRAHIM (IBFIM)

Upload: vanphuc

Post on 19-Jan-2017

265 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor

SAHAM KEUTAMAAN (PREFERENCE SHARES): ANTARA HUTANG DAN EKUITI PROF MADYA DR AZMAN BIN MOHD NOOR (II IBF)

MUHAMMAD NAJIB BIN ABDURRAHIM (IBFIM)

Page 2: Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor

Pengenalan Saham Keutamaan Seksyen 4 Akta Syarikat 1965:

“Satu saham dengan apa-apa pun namanya dipanggil, yang tidak memberikan hak kepada pemegangnya hak untuk mengundi di dalam mesyuarat agung atau kepada apa-apa hak untuk memiliki melebihi amaun yang ditetapkan dalam apa-apa pembahagian sama ada secara dividen atau ke atas penebusan, dalam sesuatu penggulungan atau selainnya .”

Page 3: Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor

Saham Keutamaan menurut SC Saham keutamaan adalah antara instrumen kacukan (hybrid), yang menggabungkan ciri ekuiti dan hutang dalam pasaran modal. Ia berbentuk ekuiti kacukan, yang membolehkan pemegangnya menerima dividen tetap yang tidak dinikmati oleh pemegang saham biasa. Biasanya dividen tetap ini digambarkan sebagai peratusan daripada nilai nominal saham.

Page 4: Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor

Definisi Dr. Hosyiar al-Ma’ruf :

وهي األسهم التي تلجأ إليها الشركات عند محاولتها تحفيز المستثمرين لالكتتاب بالمساهمة في توسيع رأسمالها وتمويل مشروعاتها الجديدة أو في مواجهة بعض

.صعوباتها المالية

“Saham yang ditebitkan oleh syarikat dalam usaha menarik pelabur membeli saham yang diterbitkan bagi mendapatkan modal dan membiayai projek-projek baru atau ketika berhadapan dengan beberapa masalah kewangan”

Page 5: Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor

Definisi Dr. Fahad Salih

وهي األسهم التي تخول أصحابها حق الحصول على أولوية في قبض ربح معين، أو أولوية في استرداد ما دفع من رأس المال عند التصفية، أو أولوية في األمرين معا، أو

.أية مزية أخرى ال تتوفر ألصحاب األسهم العادية

“Saham yang telah memberikan pemegangnya hak untuk menerima dividen mendahului pemegang saham biasa, atau mendapat kembali modal yang telah dilaburkan ketika penggulungan syarikat, atau kedua-duanya, atau keistimewaan lain yang tidak dimiliki oleh pemegang saham biasa”

Page 6: Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor

Kelebihan Saham Keutamaan 1. Pemegang saham keutamaan akan menerima dividen mereka lebih awal

berbanding pemegang saham biasa.

2. Sekiranya syarikat dibubarkan, pemegang saham keutamaan akan mendapat keutamaan dari sudut pengagihan aset. Ini bermaksud, risiko yang ditanggung oleh pemegang saham keutamaan lebih rendah berbanding pemegang saham biasa kerana mereka mempunyai kelebihan untuk mencairkan aset syarikat yang dibubarkan tersebut lebih awal berbanding pemegang saham biasa, sedangkan pemegang saham biasa hanya boleh mencairkan aset yang berbaki daripada keseluruhan aset.

3. Pemegang saham keutamaan juga berhak untuk menerima kadar dividen yang tetap dan tidak bergantung kepada jumlah keuntungan yang diperolehi oleh syarikat. Dividen yang diterima adalah tetap dan terjamin.

Page 7: Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor

Contoh Jenis-jenis Saham Keutamaan 1. Callable (Boleh Panggil)

Saham ini memberikan kelebihan kepada syarikat yang mengeluarkan saham untuk membeli kembali saham yang diterbitkannya pada harga yang tetap pada masa akan datang. Saham jenis ini memberikan kelebihan kepada syarikat pengeluar saham kerana mereka boleh membeli semula saham yang diterbitkan dengan nilai yang lebih rendah berbanding harga pasaran mengikut nilai yang telah ditetapkan.

2. Convertible (Boleh Ubah)

Pemegang saham ini mempunyai pilihan, bukan kewajipan untuk menukar sahamnya kepada saham biasa pada jumlah yang sama. Saham jenis ini menguntungkan pemegangnya apabila nilai saham biasa naik melebihi saham keutamaan.

Page 8: Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor

Sambungan

3. Cumulative (Kumulatif)

Sekiranya syarikat gagal membayar dividen kepada pemegang saham keutamaan pada tahun tersebut, syarikat tersebut akan dianggap sebagai berhutang dengan pemegang saham tersebut dan syarikat tersebut juga tidak boleh membayar dividen kepada pemegang saham yang biasa sehinggalah dividen yang sepatutnya diterima oleh pemegang saham keutamaan dilangsaikan.

4. Non-cumulative (Bukan Kumulatif)

Berbeza dengan saham keutamaan jenis cumulative, sekiranya syarikat gagal untuk membayar dividen kepada pemegang saham keutamaan pada tahun tersebut, syarikat tidak dianggap berhutang dengan pemegang saham keutamaan.

Page 9: Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor

Fatwa Pengharaman Saham Keutamaan 1. AAOIFI

Penerbitan saham keutamaan yang mempunyai keistimewaan dari sudut kewangan yang memberi kelebihan kepada pemegangnya apabila berlaku pencairan aset atau pengagihan keuntungan adalah dilarang

“It is not permitted to issue preference shares, i.e. shares that have special financial characteristics that give them a priority at the date of liquidation of the company or at the date of distribution of profit. However, in addition to being entitled rights attached to common shares, certain procedural and administrative privileges, such as right of vote.”

[Piawai Syariah Nom. 21 (2/6)]

Page 10: Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor

Sambungan 2. Majma’ al-Fiqh al-Islami

يجوز إصدار أسهم ممتازة، لها خصائص مالية تؤدي إلى ضمان رأس المال أو ضمان قدر من الربح ال .أو تقديمها عند التصفية، أو عند توزيع األرباح

.ويجوز إعطاء بعض األسهم خصائص تتعلق باألمور اإلجرائية أو اإلدارية

“Penerbitan saham keutamaan adalah dilarang kerana sifatnya yang menjamin modal atau jaminan terhadap pemberian dividen yang telah dinyatakan sejak penerbitannya atau ketika pengisytiharan dividen.

Walaubagaimanapun, dibenarkan untuk menerbitkan saham yang memberikan kelebihan kepada pemegangnya dari sudut pentadbiran (seperti kelebihan suara dalam mesyuarat agung tahunan)”. [Majma’ Fiqh Islami: 63 (1/7) ]

Page 11: Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor

Saham Keutamaan yang Diharuskan 1. Islamweb

“Antara jenis saham keutamaan adalah saham yang memberikan pemegangnya keistimewaan yang bukan bersifat kewangan, kan tetapi memberikan keistimewaan kepada pemegangnya dari sudut suara berbanding pemegang saham biasa pada mesyuarat agung tahunan. Terdapat dua pandangan ulama kontemporari mengenai penerbitan saham keutamaan jenis ini:

Penerbitan saham keutamaan adalah tidak dibenarkan kerana pada saham ini terdapat perbezaan yang tidak munasabah dari sudut keistimewaanya berbanding saham biasa, sedangkan kaedah sebenarnya adalah perkongsian hak antara pemegang saham.

Dibenarkan untuk menerbitkan saham keutamaan kerana keistimewaan yang diterima oleh pemegang saham keutamaan bukanlah pada hak kewangan, tetapi hanya berbentuk pentadbiran. Walaubagaimanapun, disyaratkan bahawa keistimewaan ini hendaklah termaktub di dalam perjanjian saham.” [Fatwa nom.128940.]

Page 12: Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor

“Keistimewaan” yang dibenarkan 2. Majma’ al-Fiqh al-Islami

.ويجوز إعطاء بعض األسهم خصائص تتعلق باألمور اإلجرائية أو اإلدارية

“Walaubagaimanapun, dibenarkan untuk menerbitkan saham yang memberikan kelebihan kepada pemegangnya dari sudut prosedur dan pentadbiran”. [Majma’ Fiqh Islami: 63 (1/7) ]

Page 13: Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor

Faktor Pengharaman Saham Keutamaan 1. Bertentangan dengan konsep musyarakah.

Di dalam kontrak musyarakah, setiap peserta di dalam kontrak bersetuju untuk bersama menanggung risiko kerugian dan berkongsi keuntungan yang telah dipersetujui melalui perjanjian ketika menandatangani kontrak.

2. Transaksi ribawi.

Bagi pemegang saham keutamaan, mereka mendapat keistimewaan dari sudut jaminan dividen tanpa mengira sama ada syarikat pengeluar sahabat tersebut untung atau rugi. Dari sudut syarak, jaminan keuntungan adalah dilarang sama sekali kerana ia membawa kepada berlakunya riba.

3. Layanan tidak adil terhadap pemegang saham

Page 14: Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor

Saham Keutamaan Patuh Syariah (Islamic Preference Share) Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di dalam mesyuarat yang ke-20 pada 14 Julai 1999, telah membenarkan saham keutamaan bukan kumulatif yang tempoh pegangan saham oleh pelabur adalah kekal. Ia menyamai ciri-ciri saham biasa kerana saham biasa tidak mempunyai tempoh matang dan pembayaran dividennya tidak kumulatif. Kategori saham keutamaan bukan kumulatif tergolong dalam kumpulan ekuiti dengan kadar dividen yang tetap.

Page 15: Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor

Pengenalan Konsep Tanazul Dari Perspektif Syariah Pengertian yang hampir tepat dengan tanazul adalah merujuk kepada penggunaan konsep tanazul dalam hutang yang memberi maksud ibra’ atau isqat.

Al-Hammad:

“Ungkapan ‘asqata’ bermakna (menggugurkan) hutang, dan ungkapan ‘wahaba’ (memberi) mana-mana daripada aset, jika meluluskannya dengan mengugurkan hutang atau memberikan beberapa aset dan meninggalkan yang lain adalah benar, dan ini adalah pandangan majoriti ulama berdasarkan hadith Ka'b bin Malik, dan tidak ada apa-apa padanya kecuali pemilik hak itu telah mengugurkan sesuatu dari haknya dengan keizinannya dan ianya dibenarkan.”

al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah: Istilah isqat berkait rapat dengan penggunaan istilah ibra’.

AAOIFI juga menggunakan istilah tanazul berselang ganti dengan ibra’ di dalam Piawai Syariah No.8, "Murabahah to the Purchase Orderer, perkara 5/9”

Page 16: Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor

Pandangan Syariah Berkenaan Isu Tanazul Di Awal Kontrak Untuk Hak Yang Belum Wujud (Future)

i. Tidak harus: pandangan jumhur

ibra’ hanya berlaku selepas sesuatu hak pendasar sudah wujud kerana ibra’ pada asalnya hanya melibatkan pelepasan hutang yang telah wujud

hadith : “Tidak ada talak kecuali pada yang kamu milik (melalui perkahwinan yang sah) dan tidak ada pembebasan hamba kecuali yang kamu miliki” [Sunan Abu Daud: 2/2190]

ii. Harus: satu pandangan dalam Maliki dan Hanbali dan Ibn Hazm

boleh memenuhi keperluan pihak yang berkontrak dalam membuat rangka kerja obligasi dan tanggungjawab masa depan untuk mengelakkan gharar

hadith: “Orang Muslim terikat pada syarat-syarat mereka (dalam kontrak) melainkan syarat menghalalkan yang haram dan syarat mengharamkan yang halal” [sunan al-Tirmidzi: 2/1352]

Page 17: Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor

Situasi 1 Tanazul yang diberikan oleh pemegang saham biasa kepada pemegang saham keutamaan bahawa pemegang saham biasa bersetuju untuk tanazul hak mereka untuk mendapat keuntungan sehinggalah pemegang saham utama mendapat keuntungan berdasarkan kadar tertentu (umpamanya 4%).

Tanazul melalui situasi ini diberikan secara awal kontrak (upfront) sebagaimana yang diputuskan di dalam Mesyaurat Agong Tahunan Syarikat.

Page 18: Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor

Situasi 2 Pemegang saham keutamaan bertanazul kepada pemegang saham biasa untuk menghadkan keuntungan mereka hanya untuk kadar tertentu sahaja (umpamanya 4%), dan mereka bersetuju untuk tanazul hak mereka bagi keuntungan selebih yang melebihi kadar tersebut (4%).

Page 19: Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor

Situasi 3 Tanazul yang diberikan oleh pemegang saham biasa kepada saham utama bahawa apabila berlaku situasi “winding-up” ke atas syarikat, pemegang saham biasa bersetuju untuk tanazul hak mereka kepada pemegang saham keutamaan, dengan itu pemegang saham keutamaan akan mendapat prioriti untuk mendapat kembali modal sumbangan mereka. Hanya setelah mereka mendapat kembali modal mereka, maka pemegang saham biasa akan mendapat hak untuk mendapatkan modal mereka secara pari passu antara mereka. Itupun jika terdapat baki. Jika tidak, mereka tidak akan mendapat apa-apa

Page 20: Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor

Bolehkan ditakyifkan sebagai Mudarabah?

Page 21: Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor

Bolehkan digunakan takyif Waad untuk penebusan pada nilai asal?

-Callable/Redeemable.

-Convertable

Page 22: Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor

Penutup Daripada perbincangan di atas, ada pendapat yang menggap saham keutamaan sebagai hutang, dengan itu pemegang saham keutamaan bukanlah pemilik sesebuah syarikat atau ekuitinya, tetapi memiliki kepentingan ke atas syarikat tersebut.

SC menganggapnya sebagai hybrid di antara hutang dan ekuiti, dibenarkan saham keutamaan yang bukan kumulatif dan pegangan saham oleh pelabur adalah kekal.

Page 23: Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor

Sambungan Penutup Bagi pandangan yang masih menganggap ia adalah ekuiti, berdasarkan perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa aplikasi tanazul daripada keuntungan yang memberi kesan kepada pembahagian keuntungan berdasarkan kadar dividen yang dipersetujui boleh dipertimbangkan di dalam saham keutamaan sekiranya keuntungan telah direalisasikan selagi mana tidak ada penafian perkongsian keuntungan ataupun penanggungan kerugian oleh sebahagian pemegang saham sahaja.