tugasan pengajian asia ucs103 cikgu azman

37
TUGASAN : PENGAJIAN ASIA ( UCS103 ) TUGASAN JANUARI 2013 SEMESTER KOD KURSUS UCS103 NAMA KURSUS PENGAJIAN ASIA PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN NAMA PELAJAR NO. MATRIK NAMA FASILITATOR PUSAT PEMBELAJARAN AEU KUDAT | 0

Upload: norafsah-awang-kati

Post on 01-Jun-2015

273 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan pengajian asia ucs103 cikgu azman

TUGASAN : PENGAJIAN ASIA ( UCS103 )

TUGASAN

JANUARI 2013 SEMESTER

KOD KURSUS UCS103

NAMA KURSUS PENGAJIAN ASIA

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN(PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH

RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR

PUSAT PEMBELAJARAN AEU KUDAT

| 0

Page 2: Tugasan pengajian asia ucs103 cikgu azman

TUGASAN : PENGAJIAN ASIA ( UCS103 )

ISI KANDUNGAN

Perkara : Muka Surat :

Pendahuluan 2

BAHAGIAN A

RENCANA ‘‘ CHINA : Latar Belakang dari sudut sejarah, sejarah politik,

demografi, agama & kepercayaan ”

1. PENGENALAN : Latar Belakang China 3

2. NAMA : ‘Zhongguo’ & ‘China’ 5

3. SEJARAH POLITIK 8

4. DEMOGRAFI 15

5. AGAMA & KEPERCAYAAN 16

BAHAGIAN B

RANCANGAN PELAJARAN 1 17

BAHAN MEDIA (SUMBER P&P) 19

RANCANGAN PELAJARAN 2 20

BAHAN MEDIA (SUMBER P&P) 23

Rumusan 24

Bibiliografi 25

Pendahuluan

| 1

Page 3: Tugasan pengajian asia ucs103 cikgu azman

TUGASAN : PENGAJIAN ASIA ( UCS103 )

Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas Nabi

Muhammad s.a.w, juga ke atas keluarga dan para sahabat baginda. Setinggi-tinggi

kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T di atas hidayah dan izin-Nya, tugasan bagi kursus

Pengajian Asia (UCS103) ini dapat disempurnakan sepenuhnya.

Objektif tugasan ini adalah untuk mengenali Negara-negara Asia sama ada dari sudut

latar belakang, sejarah, demografi, politik, agama & kepercayaan dan sebagainya. Namun

begitu, dalam tugasan ini, saya telah memilih untuk membuat rencana bertajuk ‘‘ China :

Latar Belakang dari sudut sejarah, sejarah politik, demografi, agama & kepercayaan ”

Tugasan ini terbahagi kepada Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A

memperincikan penjelasan tentang latar belakang China, nama (‘zhongguo’ & ‘china’),

sejarah, sejarah politik, demografi, agama & kepercayaannya. Manakala Bahagian B

melampirkan dua set Rancangan Pelajaran Harian yang memberi tumpuan kepada

Pengisian yang terkandung dalam rencana di Bahagian A tugasan ini.

Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan setingi-tinggi ucapan terima kasih

kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini terutamanya kepada

pihak pensyarah dan penyelia tugasan di atas tunjuk ajar yang diberikan. Ucapan terima

kasih tak terhingga juga kepada rakan-rakan seperjuangan di atas sumbangan idea dan

pendapat kalian.

Tugasan ini telah memberi banyak pengetahuan tentang kepelbagaian benua asia dari

sudut geografi, bahasa, agama budaya, ekonomi dan politik. Semoga Allah S.W.T.

memberkati usaha murni ini dalam menimba ilmu tanpa sempadan seterusnya untuk

dimanfaatkan kepada yang lain.

Disediakan oleh :

AEU Kudat

1. PENGENALAN : CHINA

| 2

Page 4: Tugasan pengajian asia ucs103 cikgu azman

TUGASAN : PENGAJIAN ASIA ( UCS103 )

China atau Tionghua (Cina tradisional : 中 國 ; Cina Ringkas : 中 国 ; Pinyin :

Zhongguo; Wade-Giles : Chung-kuo) merujuk kepada beberapa negeri, negara dan budaya

yang telah wujud selama kira-kira 3,500 tahun di Asia Timur. China yang wujud pada hari ini

dikenalpasti wujud sebagai suatu tamadun, negeri atau negara mahupun beberapa tamadun,

negeri atau negara yang berkecimpung di tempat yang sama.

Rajah 1 : Peta China yang dilukis oleh ROC dan PRC

Rajah 2 : Bendera Republik Rakyat China

Dengan kewujudannya sebagai salah suatu entiti yang paling lama wujud di

permukaaan dunia ini dan pengamalan salah satu daripada sistem tulisan paling lama di dunia

| 3

Page 5: Tugasan pengajian asia ucs103 cikgu azman

TUGASAN : PENGAJIAN ASIA ( UCS103 )

Sejarah China seringkali dikarekterkan sebagai satu yang dipenuhi nostalgia divisi dan

penggabungan semula diantara masa-masa peperangan atau keamanan dan penukaran dinasti

yang ganas. Keluasan kawasan negara ini berkembang daripada satu titik tolak punca di

Kawasan Rata Utara China dan keberkesanan/kelajuannya bergantung kepada nasibnya untuk

menelan kawasan-kawasan timur,timur laut dan Asia Tengah. Selama beberapa abad

lamanya, Empayar China juga merupakan antara tamadun yang termaju di dunia dan pusat

pengaruh Asia timur dengan kesan kuat yang masih dirasai pada hari ini.

Menjelang abad ke19 dan 20, pengaruh politik, ekonomi dan kententeraan China

jatuh,dan pada masa yang sama,kuasa-kuasa Barat dan Jepun muncul sebagai kuasa baru

dunia.Semi-Kolonisme muncul di sesetengah kawasan-kawasan China pada akhir abad ke 19

dengan pengambilan Hong Kong oleh British,Makau oleh Portugis dan taiwan oleh Belanda

dan sepanyol.Empayar Jepun juga mencerobohi China pada Perang Dunia2.Empayar China

musnah dengan penubuhan Republik China pada tahun 1912 oleh Sun Yat-sen.Kendatipun

begini,empat dekat yang berlalu selepas itu menampakkan kegagalan negara baru ini

mempertahankan dirinya diserang pemberontak,Perang China-Jepun2 dan Perang Saudara

China dimana ahli kuomintang nasionalis terpaksa bertempur dengan Parti Komunis China

Gongchandang.

Selepas kemenangan Komunis di China berikutannya perang itu, pemimpinnya Mao

Zedong mengistiharkan republik Rakyat China pada tahun 1949 dan memaksa Republik

China bersama kerajaanKuomintangnya berundur ke pulau Taiwan yang di perintah ia sejak

berakhirnya Perang Dunia.Dalam satu pertikaian yang terus berlangsung. Kuomintang yang

kini kehilangan mandat memerintah di Taiwan diganti pemimpin baru yang mahu

mewujudkan Republik Taiwan yang merdeka bagi pulau itu. Kerajaan komunis di tanah besar

menentang ini dan berjanji akan berperang dengan Taiwan semula jika ia berlaku.Kerajaan di

Taiwan juga masih memerintah cebisan pulau wilayah Fujian China dan secebisan kepulauan

di Laut China Selatan.

2. NAMA : ‘Zhongguo’ & ‘China’

‘Zhongguo’

| 4

Page 6: Tugasan pengajian asia ucs103 cikgu azman

TUGASAN : PENGAJIAN ASIA ( UCS103 )

Rajah 3 : Istana Musim Panas

China di panggil Zhongguo dalam bahasa China Mandarin (Jhongguo atau Chung-

kuo), yang biasanya diterjemaahkan sebagai ‘Negara Tengah’, tetapi juga boleh diterjemaah

sebagai `Negeri Pusat’ atau ‘Negara Pusat’ atau ‘negeri’, merujuk kepada dakwaan yang

China merupakan negara yang berada pada ‘kawasan yang diketahui dunia’ dan dikelilingi

oleh negara-negara yang berstatus rendah lain yang memberi penghormatan bunga emas.

Gelaran ini tidak digunapakai sepanjang sejarah kewujudan China dan membawa

beberapa takrifan yang positif serta negatif terhadap penggunaannya, merangkumi ideologi,

politik dan budaya. Negeri-negeri pada awal sejarah China tidak dipanggil ‘‘Zhongguo’’.

Semasa musim bunga dan musim luruh, ia hanya digunakan merujuk negeri-negeri yang

berketurunan daripada Disnasti Zhou Barat di lembah sungai Huang He dan tidak termasuk

negeri-negeri lain yang wujud pada ketika itu juga, seperti negeri Qin dan Chu. Orang Cina

dengan ini menganggap negara mereka sebagai suatu yang berasingan dari

segi budaya dan politik daripada negara-negara sekelilingnya, suatu konsep yang terus wujud

sehingga Dinasti Qing, sekalipun sewaktu keluasannya ia menelan pengaruh asing yang

dijumpainya.

| 5

Page 7: Tugasan pengajian asia ucs103 cikgu azman

TUGASAN : PENGAJIAN ASIA ( UCS103 )

Zhonggua dengan serta merta merujuk kepada kawasan sebelah selatan, semasa unit

budaya dan politik belum lagi menjadi “negara” namun ia menelan kawasan sungai Yangtze

dan sungai Mutiara. Apabila tibannya waktu Dinasti Tang ia mula merangkumi rejim-rejim

“negara bawahan” seperti Xianbei dan Xiongnu. Mongolia dalam wilayah Xinjiang dan

wilayah Xizang (Tibet) serta pulau Taiwan, pengaruh China amat kuat dan kerajaannya mula

secara langsung memerintah tempat-tempat ini. Perkataan Zhongguo pada hari ini

dipertikaikan pengunaannya yang betul terutama apabila ia merujuk kepada kerajaan PRC di

tanah besar China.

Sebelum dan semasa Dinasti Han, Zhongguo mempunyai tiga maksud berbeza:

1. Kawasan dipersekitaran ibu negara dan kawasan jajahan. Buku Pantun memberikan

maksud ini secara khusus dan terang.

2. Kawasan yang didalam genggaman pemerintah “pusat”. Rekod Sejarah mengatakan

bahawa lapan gunung adalah terkenal dalam empayar ini, tiga daripadanya merupakan

milik orang bawahan Man dan Yi, manakala lima berada di dalam Zhongguo.

3. Kawasan yang kini dipanggil Kawasan Datar China Utara. Buku Sanguo Zhi

merekodkan monolog berikut : Jika kita mahu memujuk hos Wu dan Yue (kawasan di

selatan wilayah Jiangsu dan utara wilayah Zhejiang) untuk menentang Zhongguo, kita

mestilah memutuskan hubungan dengan mereka pada masa terdekat.``Dalam maksud

ini, perkataan ini sama dengan maksud Hua (華) dan Xia (夏).

Semasa waktu divisi selepas kejatuhan Dinasti Han, panggilan Zhongguo

ditukar maksudnya disebabkan kemasukan beramai-ramai pengembara nomad

daripada sempadan utara dan kehilangan lembah sungai Kuning iaitu asal tamadun

China. Sebagai contoh, golongan Xianbei memanggil rejim Wei Utara mereka sebagai

Zhongguo dan membandingkan ia dengan dinasti-dinasti selatan yang mereka panggil

Yi yang bermaksud ``orang bawahan``. Dinasti-dinasti selatan pula menggelar rejim

utara tadi sebagai Lu, yang bermaksud ``banduan`` atau ``pesalah``. Dalam hal ini,

Zhongguo merupakan suatu cara pengesahan kewujudan politik. Gelaran ini

digunapakai sejak daripada abad ke-10 keatas daripada dinasti-dinasti yang

berlawanan Liao, Jin dan Song. Gelaran Zhungguo merujuk kepada kedudukan

geografi, budaya dan identiti politik serta tidak kepada bangsa etnik asal.

| 6

Page 8: Tugasan pengajian asia ucs103 cikgu azman

TUGASAN : PENGAJIAN ASIA ( UCS103 )

Pada pemerintahan tanah besar China oleh Republik China dan kemudiannya,

Republik Rakyat China kesemuanya telah menggunakan Zhongguo sebagai entiti

secara teori merujuk kepada semua kawasan negara China yang berada di bawah

kekuasaan mereka disamping kawasan diluar pemerintahan mereka. Dengan ini,

kesemua 56 bangsa etnik dikenali sebagai Zhongguo ren atau orang

Zhongguo.Sejarah kolektif mereka dikenali sebagai sejarah bersama Zhongguo.

‘China’

Rajah 4 : Bandar Xian sebelumnya dikenali sebagai Chan`an merupakan ibu negeri 13 dinasti berasingan

termasuk Dinasti Han dan Dinasti Tang di negara China.

Bahasa Melayu dan berapa bahasa lain yang menggunakan nama China yang

dipercayai datang daripada gelaran Dinasti Qin yang menyatukan negara ini walaupun teori

ini masih belum diterima secara keseluruhan.Walaupun Dinasti Qin dianggap kejam dan

tidak tahan lama, ia telah menstandardisasikan bahasa bertulis China dan memberikan gelaran

“Maharaja” kepada pemerintahan tertinggi China. Para pedagang Jalan Sutera menggunakan

turut menggunakan nama itu. Dengan itu, teori alternatif kewujudan nama “China” pun

wujud.

Dalam apa hal sekalipun, perkataan China telah memasuki pelbagai bahasa merentasi

lautan sebelum memasuki kepulauan Nusantara dan memasuki tanah Melayu. Orang Jepun

| 7

Page 9: Tugasan pengajian asia ucs103 cikgu azman

TUGASAN : PENGAJIAN ASIA ( UCS103 )

menggunakan nama Shina semenjak kurun ke19. Kini ia merupakan perkataan yang

mempunyai maksud tidak sopan dalam bahasa mereka.

Perkataan “China” boleh bermaksud kawasan China ataupun Manchuria,

Mongalia, Xizang (Tibet) dan Xinjiang sebagaimana peta politik negara ini pada masa

ini. Akan tetapi, sempadan kawasan-kawasan ini tidak sepatutnya dianggap sebagai

sempadan politik. Dalam konteks hari ini, perkataan “China” bererti negara tanah besar

China atau Republik Rakyat China, manakala “Taiwan” digunakan untuk merujuk

Republik China. Secara tidak Rasmi, seperti dalam konteks ekonomi atau perniagaan,

“kawasan besar china” merujuk tanah besar China, HongKong, Makau dan Pulau Taiwan.

Ahli Sinologi mengunakan nama ``China`` dalam maksud yang lebih konservatif,

seakan-akan pengunaan klasik Zhongguo atau merujuk kepada Bangsa Han Cina, yang

merupakan majoriti penduduk China.

Dalam sesetengah keadaaan ia merupakan lebih sesuai mengunakan``tanah besar

China`` (zhongguo dalu dalam bahasa Mandarin), terutama apabila membandingkan antara ia

dan kawasan pentadbiran politik lain seperti Hong Kong,Makau dan kawasan yang diperintah

Republik China Di Taiwan.

3. SEJARAH

Rajah 5 : Maharaja pertama China, Qin Shi Huang.

China merupakan antara pusat terawal tamadun manusia. Tamadun China juga

merupakan salah satu tamadun yang menciptakan sistem tulisannya yang tersendiri. Tamadun

| 8

Page 10: Tugasan pengajian asia ucs103 cikgu azman

TUGASAN : PENGAJIAN ASIA ( UCS103 )

lain yang menciptakan tulisan tersendiri hanyalah mesopotamia (Golongan Sumer), Tamadun

Lembah Indus, India, para Maya di Amerika Selatan dan tamadun Mesir purba.

Dinasti pertama menurut sumber sejarah China merupakan Dinasti Xia, akan tetapi

tidak terdapat bukti arkeologi yang mengesahkan kewujudan dinasti ini. Dinasti pertama yang

dapat disahkan merupakan Dinasti Shang yang menduduki lembah sungai Huang He daripada

kurun ke-18 sehinggalah ke-12 sebelum Masihi (SM). Dinasti Shang pula digulingkan oleh

Dinasti Zhou yang mengambil alih pemerintahan daripada kurun ke-12 sehingga ke kurun ke-

5 SM. Kerajaan ini berpusat akan tetapi ini semakin terhampus dengan pemberian secara

bebas tanah jajahan kepada bangsawan-bangsawan sehingga timbulnya negeri-negeri bebas

dan kuat pada Era Musim Bunga dan Musim Luruh. Negeri-negeri ini hanya memberikan

sedikit pengiktirafan kepada kerajaan pusat Zhou. Negeri-negeri kemudian dipusatkan semula

dibawah pemerintahan satu maharaja China pada tahun 221 SM, iaitu maharaja Qin Shi

Huang yang membawa kepada penubuhan Dinasti Qin, iaitu penyatuan semua tanah jajahan

pertama dibawah China.

Rajah 6 : Dinasti Qin

Kerajaan ini tidak dapat bertahan lama oleh sebab pemerintahan kuku besinya dan

bertindak memusnahkan banyak sumber-sumber yang dianggap berbahaya kepada

pemerintahannya, iaitu para cendekiawan dan golongan terpelajar. Sumber-sumber ini tidak

sebagai boleh membantu kerajaan dalam pentadbiran,meskipun itulah salah-satu kegunaan

mereka.Selepas kejatuhan kerajaan Qin pada tahun 201SM, muncul pula Dinasti Han, yang

bertahan sehingga tahun 220 Masihi(M). Daripada dinasti inilah sumber kebanyakan orang

Cina memanggil diri mereka, iatu Bangsa Han. Selepas dinasti ini era perpisahan wujud

sekali lagi sehingga tahun 580, dengan penyatuan semula dibawah Dinasti Sui yang diikuti

Dinasti Tang dan Dinasti Song. Pada masa inilah, China mengalami zaman emasnya.

Daripada kurun ke-7 M sehinggalah kurun ke-14 M, China merupakan salah satu daripada

| 9

Page 11: Tugasan pengajian asia ucs103 cikgu azman

TUGASAN : PENGAJIAN ASIA ( UCS103 )

tamadun yang paling maju di dunia dari segi teknologi, satera dan seni lukis. Dinasti Song

tumpas di tangan penjajah Mongol daripada Mongolia pada tahun 1279. Para Mongol

dibawah Kublai Khan menubuhkan Dinasti Yuan, satu dinasti yang tidak disukai dan

dianggap asing oleh Cina Han. Seorang ahli golongan petani yang bernama Zhu Yuanzhang

mengulingkan dinasti Yuan dan menubuhkan Dinasti Ming iaitu pemulihan bangsa Han

terhadap negara China. Akan tetapi, China sekali lagi dijajah oleh orang asing dibawah

Dinasti Qing yang merampas kuasa pada tahun 1644. Dinasti Qing ini ditumpaskan sekali

lagi oleh bangsa Han pada tahun 1911 dengan kejatuhan maharaja terakhir mereka Puyi

daripada tahkta. Bangsa Han sekali lagi gembira dengan pengambilan semula China kedalam

tangan mereka,.

Proses penukaran pemerintahan daripada satu dinasti ke dinasti yang lain adalah

sesuatu yang ganas dan melibatkan rasa tidak puas hati terhadap golongan pemerintah. Oleh

sebab ini, para pemerintahan seringkali bertindak melakukan sesuatu yang akan memastikan

penerusan pemerintahan mereka, seperti penanaman sifat setia terhadap mereka kedalam jiwa

rakyat mereka. Sebagai contoh, selepas penggulingan dinasti Ming oleh seorang manchu,

disebabkan rasa sangsi mereka terhadap bangsa Han, mereka mengambil sikap berhati-hati

dalam perhubungan antara diri mereka dan bangsa tersebut, seperti memastikan semua

dokumen kerajaan rasmi menggunakan bahasa Manchu disamping bahasa Cina.

Akan tetapi, tindakan-tindakan preventif ini kelihatan tidak berhasil apabila para

Manchu lupa bahasa dan budaya mereka sepenuhnya dan menjadi sama dengan orang Cina

Han.

Dalam kurun ke-18, China mendapat mendapat kemajuan teknologi yang lebih

daripada musuhnya di kawasan Asia Tengah, iaitu bangsa-bangsa yang mereka cuba untuk

menjajah selama beberapa kurun kebelakangan itu. Pada masa yang sama, tamadun China

terjatuh dibelakang Eropah daripada segi kemajuan teknologi . Keadaan ini menyebabkan

situasi tegang pada kurun ke-19, di mana China mengambil pendekatan bertahan daripada

penjajahan barat pada masa yang sama ia menjajah kawasan Asia tengah. Lihat penjajahan di

Asia.

Akan tetapi, sebab utama penurunan standard tamadun China bukanlah pengaruh

Barat seperti didakwa para sejarawan Barat yang sengaja memutar-belitkan fakta. Secara

benarnya, penurunan tamadun ini disebabkan masalah politik dalaman. Paling utama adalah

pemberontakan Taiping yang bermula 1851 sehingga tahun 1862. Perang saudara ini telah

| 10

Page 12: Tugasan pengajian asia ucs103 cikgu azman

TUGASAN : PENGAJIAN ASIA ( UCS103 )

dimulai oleh pelampau ekstrimis Kristian Cina yang menganggap dirinya adik kepada Nabi

Isa A.S atau Jesus Christ, dan sejurus itu juga menganggap dirinya sebagai tuhan. Walaupun

kerajaan menang dalam pertempuran ini, ia dianggap sebagai salah satu perang saudara yang

paling ganas dalam sejarah manusia kerana mengorbankan sebanyak 20 juta nyawa (lebih

daripada jumlah terkorban dalam Perang Dunia 1). Sebelum ini, terdapat juga beberapa

pemberontakan oleh umat Islam terutama di Asia tengah. Satu lagi pemberontakan adalah

Pemberontakan Boxer yang timbul akibat kebencian terhadap barat yang suka menjajah.

Maharatu Ci Xi pada masa itu secara terangnya menentang pemberontakan ini walaupun dia

secara senyap menyokongnya.

Pada tahun 1912, selepas penurunan standard yang lama berlaku, empayar China

akhirnya roboh.Kemudian, Republik China satu negara mengikuti definisi moden sesebuah

negara pun muncul. Tiga dekad selepas itu merupakan dekad yang huru-hara sehingga

menyebabkan peperangan iaitu perang China-Jepun (1937-1945) dan perang Saudara China.

Perang saudara yang berlaku berakhir pada tahun 1949 dengan penubuhan Republik Rakyat

China. Negara Komunis yang baru ciptaan Parti Komunis China di tanah besar China.

mendakwa bahawa kewujudannya memansuhkan kesahihan Republik yang lama. Republik

yang lama pula berpindah ke pulau Taiwan dan terus diiktiraf sebagai kerajaan sah seluruh

China oleh blok Barat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sehingga dekad 1970-an.

Selepas dekad itu, kebanyakan negara memilih untuk mengiktiraf Republik China pula.

Negara Britain dan Portugal menyerahkan kembali Hong Kong dan Makau kepada

China pada tahun 1997 dan 1999. Nama China dalam konteks moden bermaksud kawasan

tanah besar China bukannya bermaksud dua bandar yang disebut diatas bersama Taiwan.

Republik Rakyat China (PRC) tidak mengiktiraf Republik China (ROC) kerana

mendakwa bahawa ia merupakan entiti yang tidak lagi wujud berikutan penggantiannya oleh

PRC. PRC menuntut hak perintah kesemua China termasuk Taiwan. ROC pula secara rasmi

masih menuntut hak perintah tanah besar termasuk Mongolia dan wilayah Xizang (tibet),

akan tetapi, gerak gerinya yang terbaru menampakkan pengalihan daripada posisi ini dan

kecenderungan terhadap menganggap dirinya sebagai satu entiti bebas Taiwan. PRC

membantah tindakan-tindakan ini dan berkata ia mengundang perang. Isu-isu ini diterangkan

| 11

Page 13: Tugasan pengajian asia ucs103 cikgu azman

TUGASAN : PENGAJIAN ASIA ( UCS103 )

secara lebih lanjut dalam rencana Kemerdekaan Taiwan, Penyatuan Semula dengan China

dan Status politik Taiwan.

4. SEJARAH POLITIK

Sebelum penyatuan oleh Dinasti Qin pada tahun 221 SM, “China” tidak wujud

sebagai entiti yang satu. Tamadun China adalah tamadun yang terdiri daripada negeri yang

diperintah oleh raja-raja dan bangsawan-bangsawan China. Walaupun terdapat satu raja pusat

yang berkuasa, sesetengah bangsawan tempatan mempunyai pengaruh yang kuat ke atas

kawasan tugasan mereka. Waktu inilah juga merupakan titik tolak permulaan pengaruh

falsafah konfuciusme dan falsafah-falsafah lain ke atas pemikiran China.

Keadaan ini tamat dengan penyatuan negara oleh Dinasti Qin. Pejabat maharaja

ditubuhkan dan sistem pentadbiran bureukratik dilaksanakan. Selepas dinasti Qin, China

mendapat 13 lagi dinasti yang terus melaksanakan dasar peluasan kawasan pemerintahan

berkonsepkan kerajaan dan bangsawan. Kawasan jajahan bergantung kepada kekuatan dan

kehebatan dinasti yang memerintah, dengan perluasan dang kurangnya tersendiri. Walau

bagaimanapun maharaja mempunyai kuasa mutlak sebagai pemimpin politik dan agama

China. Maharaja juga mempunyai jemaah mentrinya yang tersendiri untuk menasihati

baginda dalam perihal sivil dan martial, termasuk Perdana Menterinya. Ada masanya kuasa

politik jatuh ke tangan beberapan pegawai kerajaan, terutama apabila maharaja pada ketika

itu lemah dan masih budak dan pegawai kerajaan itu cekap dalam bidang politik. Kedudukan

maharaja yang jauh tersorok ke dalam istana dan terlindung daripada dunia luar sehinggakan

maklumat yang boleh diberitahu kepadanya diubah oleh pembawanya bagi muslihat juga

tidak membantu keadaan, terutama apabila umur pemerintahan tiada had bawahan dan

pentadbiran diberikan kepada saudara terdekat atas dasar “kepercayaan”.

Perhubungan politik dengan kawasan negara naungannya dikekalkan dengan

perkahwinan antarabangsa, pertolongan ketenteraan, perjanjian dan hadiah. Antara negara

naungan yang diperolah dengan cara ini adalah negara Melaka yang pada hari ini dikenali

sebagai Malaysia.

| 12

Page 14: Tugasan pengajian asia ucs103 cikgu azman

TUGASAN : PENGAJIAN ASIA ( UCS103 )

Bandar-bandar Luoyang, Chang’an, Xi’an atau Xijing (ibu negara barat) dan Nanjing

(ibu negara selatan) merupakan empat bandar yang paling banyak mendapat status sebagai

ibu negara China sepanjang sejarahnya.

Rajah 7 : Bahasa China

Bahasa China merupakan bahasa rasmi, meskipun pada waktu pemerintahan dinasti

asing seperti Dinasti Yuan (Mongol) dan Dinasti Qing (Manchu) bahasa-bahasa mereka ini

dijadikan bahasa rasmi.

Pada tarikh 11 Januari 1912, republik China muncul dan merupakan tanda tamatnya

pemerintahan Dinasti Qing yang didominasi bangsa Manchu. Sun Yat-Sen seorang yang

beragama Kristian dan berbangsa Han daripada parti Kuomintang (KMT atau parti Negara),

telah diistiharkan sebagai presiden provisyenal. Yuan Shikai yang mengambil alih daripada

Sun Yat-Sen bertindak tidak mengotakan janjinya dan berangan mahu menubuhkan dinasti

barunya tersendiri. Hasratnya tidak kesampaian apabila beliau telah mati secara tiba-tiba

sebelum sempat membawa pemerintahannya ke atas seluruh empayar China.

Selepas kematian Yuan, Chin terbelah dari segi politiknya, dengan satu kerajaan yang lemah,

meskipun diiktiraf barat. Kerajaan ini berpusat di beijing, akan tetapi, panglima perang

mempunyai kuasa sebenar di setiap kawasan takhlukan mereka.

| 13

Page 15: Tugasan pengajian asia ucs103 cikgu azman

TUGASAN : PENGAJIAN ASIA ( UCS103 )

Rajah 8 : Dewan Besra Rakyat di mana Kongres Rakyat Bersidang

Pada penghujung kurun 1920 an, parti Kuomintang dibawah Chiang Kai-shek sedikit

sebanyak dapat menyatukan negara dibawah kerajaan berpusat dibandar Nanjing. Beliau

melaksanakan rancangan politik pertengahan iaitu rancangan asal Sun Yat-Sen untuk

menjadikan China sebagai satu negara demokratik yang moden. Rancangan ini adalah

berteraskan pemerintahan satu parti Kuomintang dengan unsur-unsur ideologi lenin. Yang

menjadi ironi adalah pendekatan ini serupa dengan pendekatan parti komunis china (CCP)

pada masa sekarang. Pada tahun 1947, pemerintahan berasaskan perlembagaan diwujudkan

akan tetapi disebabkan perang saudara China yang meletus, ramai provisyen perlembagaan

ini tidak terlaksana ditanah besar China.

Menjelang tahun 1950, CCP telah berjaya mengalahkan Kuomintang, yang melarikan

diri ke pulau Taiwan. Pulau ini pula semenjak dekad ke 1970-an mengamalkan demokrasi

pelbagai parti di kawasan kawalan ROC. Pada hari ini, demokrasi di Taiwan berasaskan sama

ada mahu merdeka atau bersatu semula dengan tanah besar China.

Sementara ini, Mao Zedong, pemimpin komunis China mengistiharkan republik baru

bagi negara ini, Republik Rakyat China dengan katanya ‘orang China telah berdiri’. Pada

mulanya, PRC merupakan negara perintahan satu parti dibawah parti komunis. Namun, sejak

perlaksanaan libralisasi ekonomi oleh Deng Xiaoping pada dekad ke 1970 an, China kini

mempunyai kebebasan hidup yang lebih daripada dahulu. Parti komunis masih menguasai

pelbagai aspek politik negara China, dan sentiasa mengawal pemerintahan ini dengan

memenjarakan penentangnya, memerhati gerakan agama, menyekat dan menapis akhbar ,

filem juga media massa. Gerakan-gerakan kemerdekaan juga tidak dibenarkan. Satu

demonstrasi pro-demokrasi yang berlaku di Tian’anmen pada tahun 1989 dimusnahkan

kerajaan. Badan falun Gong, satu badan yang didakwa sesat oleh kerajaan, juga cuba

| 14

Page 16: Tugasan pengajian asia ucs103 cikgu azman

TUGASAN : PENGAJIAN ASIA ( UCS103 )

dihapuskan. Ahli Falun-Gong, bagaimanapun mendakwa bahawa ini disebabkan kerajaan

takut dengan pengaruh mereka. Namun, dalam bidang bukan politik, terdapat lebih kebebasan

berfikir dan propaganda semakin berkurangan.

5. DEMOGRAFI

Lebih daripada seratus etnik wujud di China. Walaubagaimanapun Bangsa Han tetap

merupakan bangsa terbesar. Bangsa ini mempunyai pelbagai ciri budaya dan bahasa sehingga

dianggap oleh sesetengah pihak sebagai satu gabungan bangsa-bangsa lebih kecil kedalam

bangsa lebih besar yang mempunyai bahasa dan budaya yang sama. Sepanjang sejarah China,

terdapat pelbagai bangsa yang wujud dan kemudiannya diasimilisasikan ke dalam Bangsa

Han atau terus lenyap tanpa meninggalkan sebarang kesan. Bangsa Han kemudiannya

mengalami lebihan populasi. Pada masa yang sama, ramai di dalam identiti Han ini telah

mengekalkan ciri-ciri bahasa dan budaya mereka yang tersendiri. Bangsa-bangsa asing yang

lain juga telah membantu membentuk identiti Han dari bahasa dan budaya sebagai contoh

menyimpan rambut dalam bentuk tocheng berasal daripada praktis Banga Manchu yang

memerintah Zhounada era Dinasti Qing. Terminologi Zhonghua Minzu merujuk ksemua

rakyat China tanpa mengira etnik mereka.

Kerajaan Republik Rakyat China mengiktiraf sebanyak 56 etnik. Bangsa Han adalah

etnik terbesar daripada jumlah tersebut. Jumlah penduduk China adalah 1.3 bilion. Dengan

populasi dunia kesemuanya dianggarkan sebanyak 7.2 bilion. China merupakan rumah

kepada lebih kurang 20% daripada manusia di dunia ini.

6. AGAMA DAN KEPERCAYAAN

| 15

Page 17: Tugasan pengajian asia ucs103 cikgu azman

TUGASAN : PENGAJIAN ASIA ( UCS103 )

Agama-agama utama di China adalah :

Taoisme

Buddha

Kristian

Islam

Falun Gong

Meskipun Republik Rakyat China secara rasminya merupakan negara ateis (tidak

beragama) namun kepercayaan agama masih diamalkan di bawah pengawasan ketat oleh

kerajaan. Mengikut Sejarah, Taoisme dan agama Buddha sejak sekian lama merupakan

agama-agama utama masyarakat Cina dan masih diamalkan oleh masyarakat Cina di luar

kawalan secara langsung daripada Republik Rakyat China.

BAHAGIAN B : RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

| 16

Page 18: Tugasan pengajian asia ucs103 cikgu azman

TUGASAN : PENGAJIAN ASIA ( UCS103 )

1. Rancangan Pelajaran I

Tema : Hidup berjiran sesama negara Asia

Tajuk : China dan latar belakangnya.

Peringkat Kelas : Tahun 6

Masa : 9.00 pagi -9.30 pagi (30 minit)

Objektif Pelajaran / Hasil

Pembelajaran :

Pada akhir pengajaran, murid dapat :

i. Menyatakan maksud ‘Zhongguo’ dan

maksud ‘China’.

ii. Menyenaraikan tamadun-tamadun yang

telah menciptakan sistem tulisan tersendiri.

iii. Memperincikan komposisi populasi

penduduk China.

Pengetahuan Sedia Ada : China merupakan salah satu Negara-negara Asia

Model /Teori/ KBKK/Nilai -Model Pembelajaran Kolaboratif

-Teori Pembelajaran Gagne

-Mencirikan, membuat gambaran mental,

menjana idea

-Nilai saling menghargai, saling menghormati,

tolong-menolong

Bahan Pembelajaran & Pengajaran : ICT, China Portal, Rencana ‘‘ CHINA : Latar

Belakang dari sudut sejarah, sejarah politik,

| 17

Page 19: Tugasan pengajian asia ucs103 cikgu azman

TUGASAN : PENGAJIAN ASIA ( UCS103 )

demografi, agama & kepercayaan ”

poster bergambar, laptop & LCD.

Prosedur atau Langkah-langkah :

a) Pembukaan

b) Aktiviti

a) Pembukaan

Bacaan doa (1 minit)

Set induksi (3 minit)

-Murid diminta mengamati poster bergambar

(Gambar peta, bendera lambing Negara

China)

-Murid diminta menjawab soalan guru ‘Peta

apakah ini?

-Guru mengaitkan jawapan murid yang betul

dengan tajuk pelajaran.

-KBKK : Gambaran mental

-Bahan : Poster bergambar

b) Aktiviti

Langkah 1 (2 minit) :

-Penerangan guru menggunakan Power Point

Presentation

-Murid diminta mendengar penerangan guru

-Isi pelajaran : Pengenalan “ China”

-Nilai : Saling Menghargai

-BBM : Power Point Presentation

Langkah 2 (20 minit) :

-Murid diminta berada dalam kumpulan

masing-masing (5 kumpulan)

-Dengan menggunakan laptop murid diminta

melayari tiga laman daripada China Portal

-Setiap kumpulan murid diminta membuat

pembentangan tentang apa yang mereka

| 18

Page 20: Tugasan pengajian asia ucs103 cikgu azman

TUGASAN : PENGAJIAN ASIA ( UCS103 )

c) Penyoalan

d) Penutup

peroleh daripada ketiga-tiga laman pada

China Portal.

-Isi pelajaran : China Portal & Wikipedia

tentang latar belakang dari sudut nama

(Zhongguo & China) sejarah & demografi.

-KBKK : Mencirikan dan menjana idea

-BBM : Laptop.

-Nilai : Saling menghormati & tolong

menolong

c) Penyoalan :

Murid-murid diminta menjawab kuiz ringkas

tentang China (2 minit)

d) Penutup :

Murid diminta menyebut semula isi utama

yang telah dipelajari hari ini.

(2 minit)

Penilaian : Lembaran kerja sebagai kerja rumah.

BAHAN / SUMBER P&P :

i. China Portal : http://www.chinaorbit.com/

ii. Sejarah China : http://www.chinaorbit.com/china-culture/chinese-history.html

iii. Sistem Tulisan : http://www.chinaorbit.com/china-culture/art-of-chinese-

calligraphy.html

iv. Demografi China : http://ms.wikipedia.org/wiki/China

Rancangan Pelajaran II

| 19

Page 21: Tugasan pengajian asia ucs103 cikgu azman

TUGASAN : PENGAJIAN ASIA ( UCS103 )

Tema : Hidup berjiran sesama negara Asia

Tajuk : China & Latar belakangnya.

Peringkat Kelas : Tahun 6

Masa : 10.00 pagi -10.30 pagi (30 minit)

Objektif Pelajaran / Hasil

Pembelajaran :

Pada akhir pengajaran, murid dapat :

i. Menyatakan tiga dinasti terawal di China.

ii. Menyenaraikan empat Bandar besar yang

sering diberi status sebagai ibunegara China.

iii. Memperincikan agama dan kepercayaan

penduduk China.

Pengetahuan Sedia Ada : Menetahui tentang maksud ‘Zhongguo’&

maksud ‘China’, tamadun-tamadun yang telah

menciptakan sistem tulisan tersendiri dan

komposisi populasi penduduk China.

Model /Teori/ KBKK/Nilai

-Model Pembelajaran Kolaboratif

-Teori Pembelajaran Gagne

-Mencirikan, membuat gambaran mental,

menjana idea

-Nilai saling menghargai, saling menghormati,

tolong-menolong

Bahan Pembelajaran & Pengajaran : ICT, China Portal, Rencana ‘‘ CHINA : Latar

Belakang dari sudut sejarah, sejarah politik,

| 20

Page 22: Tugasan pengajian asia ucs103 cikgu azman

TUGASAN : PENGAJIAN ASIA ( UCS103 )

demografi, agama & kepercayaan ”

poster bergambar, laptop & LCD.

Prosedur atau Langkah-langkah :

a) Pembukaan

b) Aktiviti

a) Pembukaan

Bacaan doa (1 minit)

Set induksi (3 minit)

-Murid diminta mengamati poster bergambar

(Gambar peta, bendera dan lambing negara

China)

-Murid diminta menjawab soalan guru ‘Peta

apakah ini?

-Guru mengaitkan jawapan murid yang betul

dengan tajuk pelajaran.

-KBKK : Gambaran mental

-Bahan : Poster bergambar

b) Aktiviti

Langkah 1 (2 minit) :

-Penerangan guru menggunakan Power Point

Presentation

-Murid diminta mendengar penerangan guru

-Isi pelajaran : Pengenalan Sejarah China

(Versi Bahasa Inggeris)

-Nilai : Saling Menghargai

-Power Point Presentation

Langkah 2 (20 minit) :

-Murid diminta berada dalam kumpulan

masing-masing (5 kumpulan)

-Dengan menggunakan laptop murid diminta

melayari tiga bahagian daripada China Portal.

-Setiap kumpulan murid diminta membuat

| 21

Page 23: Tugasan pengajian asia ucs103 cikgu azman

TUGASAN : PENGAJIAN ASIA ( UCS103 )

c) Penyoalan

d) Penutup

pembentangan tentang apa yang mereka

peroleh daripada ketiga-tiga laman daripada

China Portal dan Wikipedia.

-Isi pelajaran : China Portal tentang sejarah,

sejarah politik dan agama di China.

-KBKK : Mencirikan dan menjana idea

-Nilai : Saling menghormati & tolong

menolong

-BBM : Laptop

c) Penyoalan :

Murid-murid diminta menjawab soalan kuiz

pendek tantang China (2 minit)

d) Penutup :

Murid diminta menyebut semula isi utama

yang telah dipelajari hari ini.

(2 minit)

Penilaian : Lembaran kerja sebagai kerja rumah.

BAHAN / SUMBER P&P :

| 22

Page 24: Tugasan pengajian asia ucs103 cikgu azman

TUGASAN : PENGAJIAN ASIA ( UCS103 )

i. China Portal : http://www.chinaorbit.com/

ii. Sejarah China : http://www.chinaorbit.com/china-culture/chinese-history.html

iii. Bahasa Rasmi China : http://www.chinaorbit.com/china-culture/chinese-

language.html

iv. Sejarah Politik : http://ms.wikipedia.org/wiki/China

v. Agama & Kepercayaan : http://ms.wikipedia.org/wiki/China

| 23

Page 25: Tugasan pengajian asia ucs103 cikgu azman

TUGASAN : PENGAJIAN ASIA ( UCS103 )

Rumusan

Secara konklusinya dapatlah disimpulkan bahawa negara China mempunyai latar

belakang tersendiri dari sudut sejarah, sejarah politik, demografi, agama & kepercayaan.

Malaysia sebagai salah sebuah Negara-negara Asia hendaklah menghargai kepelbagaian latar

belakang setiap negara Asia dan menghargai negara-negara tersebut sebagai negara jiran.

Dalam P&P pula, guru perlu menerapkan nilai-nilai murni di kalangan murid-murid sekolah

antaranya nilai saling menghargai, saling menghormati dan saling menolong. Seterusnya kita

sebagai rakyat Malaysia perlu mengambil ikhtibar dan inisiatif daripada peristiwa jatuh

bangunnya sesebuah negara itu.

Bibiliografi

| 24

Page 26: Tugasan pengajian asia ucs103 cikgu azman

TUGASAN : PENGAJIAN ASIA ( UCS103 )

http://www.chinaorbit.com/, diakses pada 07.03.2013.

http://www.chinaorbit.com/china-culture/chinese-history.html, diakses pada 07.03.2013.

http://www.chinaorbit.com/china-culture/art-of-chinese- calligraphy.html, diakses pada

07.03.2013.

http://www.chinaorbit.com/china-culture/chinese-history.html, diakses pada 07.03.2013.

http://www.chinaorbit.com/china-culture/chinese-language.html, diakses pada

07.03.2013.

http://ms.wikipedia.org/wiki/China, diakses pada 07.03.2013.

| 25