nota asas pengurusan sekolah - azman

47
PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL KEPENGETUAAN KEBANGSAAN (NPQH) INSTITUT AMINUDIN BAKI SRI LAYANG, GENTING HIGHLAND KUMPULAN 3 AMBILAN 1/1999 KURSUS PENGURUSAN DAN KEPEMIMPINAN SEKOLAH(KHAS) KOMPONEN ASAS PENGURUSAN SEKOLAH Azman bin Hj. Adnan PENSYARAH: EN. SHAMSUDIN SAID, EN. GURCHARAN SINGH & HJ. ABAS AWANG Bil. Tajuk 1 Organisasi Pembelajaran 2 Pengurusan Latihan & Perkembangan Staf 3 Pengurusan Fizikal sekolah 4 Pengurusan Keselamatan Sekolah 5 Pengurusan Projek 6 Penyelidikan 7 Pengurusan Masa 8 Kreativiri Dalam Pengurusan 1

Upload: azman

Post on 06-Jun-2015

13.859 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

PENGURUSAN SEKOLAH

TRANSCRIPT

Page 1: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL KEPENGETUAAN KEBANGSAAN (NPQH)

INSTITUT AMINUDIN BAKI

SRI LAYANG, GENTING HIGHLAND KUMPULAN 3 AMBILAN 1/1999

KURSUS PENGURUSAN DAN KEPEMIMPINAN SEKOLAH(KHAS)

KOMPONEN ASAS PENGURUSAN SEKOLAH

Azman bin Hj. Adnan

PENSYARAH:

EN. SHAMSUDIN SAID, EN. GURCHARAN SINGH & HJ. ABAS AWANG

Bil. Tajuk 1 Organisasi Pembelajaran 2 Pengurusan Latihan & Perkembangan Staf 3 Pengurusan Fizikal sekolah 4 Pengurusan Keselamatan Sekolah 5 Pengurusan Projek 6 Penyelidikan 7 Pengurusan Masa 8 Kreativiri Dalam Pengurusan

1

Page 2: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

1. ORGANISASI PEMBELAJARAN

1.1 Apakah Organisasi Pembelajaran?

Ialah pembelajaran yang sistematik dan ‘accelerated’ yang dicapai oleh sesebuah organisasi secara menyeluruh dan bukan secara individu. Sesebuah organisasi pembelajaran itu hendaklah dapat mengubah (transform) data dan pengalaman kepada pengetahuan yang boleh digunakan (accessible) oleh keseluruhan ahli organisasi dan yang relevan kepada matlamat organisasi. Secara amnya, sesebuah organisasi pembelajaran akan mengamalkan prosedur pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning procedures), dan secara berterusan mengembangkan kapasitinya untuk membentuk masa depan organisasi.

1.2 Asas Organisasi Pembelajaran

Asas organisasi pembelajaran adalah berpandukan 5 disiplin pembelajaran (“learning disciplines”) seperti berikut :

1.2.1 Kepakaran Individu (Personal Mastery)

• mengembangkan kapasiti kendiri untuk mencapai objektif yang

dihasratkan serta mewujudkan suasana persekitaran organisasi yang menggalakkan ahli-ahlinya untuk mempertingkatkan diri mereka.

1.2.2 Model Mental (Mental Models)

• merenung kembali, memperjelas dan menambahbaikkan

gambaran tentang keadaan sekeliling untuk melihat bagaimana ia mempengaruhi keputusan dan tindakan kita.

1.2.3 Perkongsian Visi (Shared Vision)

• memupuk komitmen di kalangan ahli organisasi dengan

berkongsi visi tentang hala tuju organisasi.

1.2.4 Pembelajaran Secara Kumpulan (Team Learning)

• memupuk kemahiran berfikir secara berkumpulan agar dapat meningkatkan ketrampilan yang lebih ketara.

2

Page 3: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

1.2.5 Pemikiran Sistem (Systems Thinking)

• cara untuk memikirkan dan memahami faktor-faktor yang membentuk tingkah laku serta hubungan antara ahli-ahli organisasi agar sistem organisasi dapat bergerak dengan lebih berkesan.

Organisasipembelajaran

Pela

jar y

ang

tera

ngsa

ng

Budaya Mendidik

Visi untuk pembelajaran

Peningkatan Pembelajaran

Sokongan pihak pengurusan

Struktur perubahan

Organisasi Pembelajaran Berdasarkan Model INVEST

3

Page 4: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

1.3 Mengapa perlu Organisasi Pembelajaran?

• pelaksanaan tugas yang lebih cemerlang (superior) • peningkatan kualiti • kepuasan pelanggan • mewujudkan daya saing • menghasilkan tenaga kerja yang komited • pengurusan perubahan • menegakkan kebenaran • memenuhi kehendak keadaan semasa • menimbulkan kesedaran tentang konsep saling bergantung

(interdependence) antara ahli-ahli organisasi • organisasi berkehendakkannya

1.4 AKTIVITI : Mendefinisikan Organisasi Pembelajaran

1.4.1 Langkah 1 : ‘Kalau saya ingin mewujudkan organisasi

pembelajaran ..................’

(Bayangkan anda sedang berkhidmat dalam sebuah organisasi pembelajaran dan jawab soalan-soalan yang berikut :)

a. Apakah polisi, aktiviti atau aspek-aspek yang diperlukan

untuk memastikan kejayaan organisasi anda? b. Bagaimanakah tingkah laku/amalan ahli-ahli dalam

organisasi tersebut? c. Apakah caranya ahli-ahlinya berinteraksi dengan

organisasi-organisasi luar? d. Apakah perbezaan di antara organisasi yang ideal ini

berbanding dengan organisasi yang sedia ada?

1.4.2 Langkah 2 : Memperjelaskan Definisi Organisasi Pembelajaran

(Pilih pernyataan-pernyataan yang anda fikirkan sesuai daripada senarai yang berikut dan tambah pernyataan-pernyataan yang lain jika perlu)

Dalam sesebuah organisasi pembelajaran ..........................

a. Ahli-ahlinya merasakan mereka melakukan sesuatu yang

bermakna kepada diri mereka sendiri dan juga kepada persekitaran luar organisasi.

4

Page 5: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

b. Setiap individu dalam organisasi meningkatkan kapasitinya

untuk menyumbang kepada organisasi.

c. Tahap intelek ahli-ahli organisasi adalah lebih terserlah secara berkumpulan. Sesuatu tugasan akan lebih baik dan kreatif jika dilakukan dalam kumpulan berbanding dengan secara individu.

d. Organisasi lebih prihatin terhadap asas pengetahuannya

(knowledge base) di kalangan ahli-ahlinya. e. Visi organisasi akan wujud daripada semua peringkat

organisasi. Visi yang wujud adalah visi bersama. f. Semua ahli organisasi akan diberi peluang untuk

mengetahui apa yang berlaku pada semua tahap organisasi supaya mereka faham kesan daripada tindakan mereka terhadap ahli-ahli yang lain.

g. Ahli organisasi tidak merasa terbatas untuk mengetahui

tentang anggapan (assumptions) orang lain. h. Ahli-ahli organisasi sentiasa saling menghormati dan

mempercayai antara satu sama lain tanpa mengira kedudukan/pangkat masing-masing.

i. Ahli-ahli organisasi lebih cenderung untuk mencuba

perkara-perkara baru serta mengambil risiko kerana tiada individu yang dihukum kerana membuat kesilapan.

1.4.3 Langkah 3 : ‘Apakah manafaatnya kepada saya .........................?’

Fikirkan secara teliti setiap daripada pernyataan yang anda telah pilih/penyataan yang ditambah daripada Langkah 2. Jika organisasi yang sedia ada sekarang memiliki ciri-ciri yang telah anda pilih tadi, apakah manafaatnya kepada diri anda/organisasi anda.

1.4.4 Langkah 4 : ‘Memilih 5 Ciri Yang Utama’

Berdasarkan Langkah 3, pilih 5 ciri yang dianggap paling penting bagi sesebuah organisasi. (Jangan hiraukan jika ada ciri-ciri yang difikirkan sukar untuk dicapai).

5

Page 6: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

1.4.5 Langkah 5 : ‘Apakah yang menjadi penghalang ..........................?’

Huraikan apa yang wajar anda lakukan untuk mencapai 5 ciri-ciri yang telah anda pilih tadi. Fikirkan juga halangan/kekangan yang mungkin dialami untuk mencapainya.

1.4.6 Langkah 6 : ‘Saya tahu organisasi saya berjaya jika ....................?’

Setelah mengenalpasti halangan.dan kekangan untuk mencapai kelima-lima ciri organisasi yang diingini, nyatakan indikator (tanda) yang dapat menunjukkan jika perubahan atau kemajuan (progress) telah berlaku.

1.5 Sekolah Sebagai Organisasi Pembelajaran

• Sekolah mesti menjadi pusat ‘inquiry’ pengetahuan dan penyebar sistem nilai. • Sekolah hendaklah menjadi inovatif, kreatif dan dapat menyesuaikan diri

dengan perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan sistem pendidikan. • Fokus bukan sahaja kepada isi kandungan dan produk tetapi juga kepada

proses-proses yang terlibat. Proses ini akan menjadi landasan kepada budaya dan ethos organisasi.

• Setiap orang dalam organisasi dihargai dari segi pengetahuan dan pengalaman

yang unik yang ada padanya. • Konsep pelajar sepanjang hayat (life long learners) di kalangan guru dan

pengetua. • Sentiasa merenung (reflective thinking) tentang cara bagaimana untuk

meningkatkan pengetahuan tentang proses belajar-mengajar. • Penglibatan semua ahli komuniti seperti ibu bapa dan ahli-ahli yang

terpenting dalam komuniti sekolah. • Budaya sekolah yang mendokong budaya permuafakatan, penambahbaikan

dan renungan kritikal dalam alam sekitar yang terbuka dan saling mempercayai.

• Budaya sekolah yang mewarisi kesanggupan dan komitmen semua pihak

dalam komuniti untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama untuk membuat keputusan secara efektif.

6

Page 7: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

• memerlukan konsep ‘reculturing’ dan ‘restructuring’.

7

Page 8: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

2. PENGURUSAN LATIHAN DAN PERKEMBANGAN STAF

2.1 Pengenalan

Mengagihkan tugas dan tanggungjawab kepada pekerja belum boleh memastikan ianya dilaksanakan dengan lebih baik. Kehendak dan keperluan tugas perlu diseimbangkan dengan kebolehan seseorang. Kedua-duanya adalah sama penting. Setelah seseorang itu mahir dalam sesuatu bidang kerja potensinya masih boleh dibangunkan dan kemahirannya diperkembangkan bagi menghadapi tanggungjawab yang lebih besar dan lebih mencabar lagi. Latihan diberikan kepada pekerja bagi membolehkannya memikul sesuatu tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan. Namun begitu, manafaatnya boleh dirasai seterusnya apabila pekerja tersebut mampu membangunkan atau memperkembangkan potensi dirinya untuk memikul lain-lain tanggungjawab yang lebih mencabar pada masa hadapan. Bagi tujuan ini, program-program perkembangan staf adalah perlu dilaksanakan.

Program-program latihan dan perkembangan staf boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk seperti: • ceramah dan aktiviti dalam bilik darjah • simulasi tentang sesuatu situasi • bimbingan kerja atau latihan semasa kerja • pengagihan tugas secara putaran atau giliran yang berubah-ubah • permainan menguji akal (management games) • sesi perbincangan atau mesyuarat pembangunan staf

2.2 Fungsi Latihan dan Perkembangan Staf

Walaupun program latihan dan perkembangan staf bukan merupakan jawapan kepada kesemua masalah, ianya berupaya memberi sumbangan dalam menguruskan sesebuah organisasi. Program latihan dan perkembangan staf yang dirancang dan dilaksanakan dengan baik akan menguntungkan kedua-dua pihak; pekerja dan organisasi.

8

Page 9: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

2.2.1 Meningkatkan Ilmu dan Kemahiran

Melalui latihan, pekerja-pekerja berpeluang meningkatkan ilmu dan kemahiran diri. Contohnya, sewaktu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Menengah (KBSR dan KBSM) diperkenalkan pada akhir tahun 80an dahulu, ramai guru-guru di sekolah telah dihantar berkursus. Hasilnya ialah guru-guru tersebut telah mendapat pengetahuan tentang kandungan KBSR dan KBSM serta bagaimana melaksanakannya selaras dengan apa yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan. Sesetengah sekolah turut menjalankan program-program latihan secara dalaman yang dikendalikan samada oleh guru sumber maupun Pengetua sekolah sendiri.

2.2.2 Persediaan Untuk Tugas atau Tanggungjawab Baru

Program-program latihan dan perkembangan staf juga berfungsi menyediakan pekerja untuk memikul tugas dan tanggungjawab yang baru dan berbeza daripada yang biasa dilakukannya. Seseorang bakal pemimpin diperingkat rendah sekalipun akan lebih yakin memegang jawatan barunya jika dibekalkan dengan pengetahuan dan pendedahan awal yang mencukupi.

2.2.3 Membangunkan Kemahiran dan Kepakaran Pekerja

Dalam organisasi yang dinamik yang mana anggotanya boleh berfungsi dengan berkesan, program-program perkembangan staf dalam bidang-bidang tertentu akan membantu membangunkan kebolehan atau kemahiran sedia ada. Kemahiran dan bakat maupun kecenderungan pekerja dalam pelbagai bidang, jika digilap dengan baik akan menjadi aset berguna bagi organisasi. Ini adalah kerana ahli-ahli yang berkemahiran tinggi mampu menyumbang secara lebih berkesan ke arah kemajuan organisasi yang dianggotainya.

2.2.4 Menyelesaikan Masalah Dalam Organisasi

Walaubagaimana lancarnya perjalanan sesebuah organisasi itu, ianya tidak terkecuali daripada menghadapi masalah. Kerapkali masalah-masalah ini boleh dikaji dan punca-puncanya boleh dikenalpasti. Sekiranya masalah itu berpunca daripada kekurangan ilmu, pendedahan tentang sesuatu bidang maupun kurang kemahiran tertentu, maka program-program latihan yang spesifik boleh diatur untuk menyelesaikannya.

9

Page 10: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

2.2.5 Menangani Perubahan

Dengan arus perubahan baik dalam organisasi maupun persekitarannya, pada masa kini, kemahiran dan pengetahuan sedia ada kadangkala tidak memadai untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan lancar. Banyak isu-isu baru, konsep-konsep pengurusan terkini serta kemahiran-kemahiran baru yang canggih turut menyumbang kepada perubahan struktur dan persekitaran organisasi masa kini. Setiap ahli perlu mengetahui peranan baru mereka serta kesan daripada perubahan ini ke atas kerja mereka serta organisasi keseluruhannya. Dalam hal ini sesi-sesi latihan dan perkembangan staf perlu sentiasa diadakan bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran setiap anggota organisasi. Seseorang pemimpin memainkan peranan utama dalam menyedari perubahan yang berlaku di sekitar organisasinya dan bagaimana perubahan ini dapat dihadapi dengan lebih baik.

2.2.6 Kenaikan Pangkat

Anggota-anggota atau ahli organisasi yang berkaliber dan berbakat sebagai pemimpin mungkin menerima kenaikan pangkat pada sesuatu tahap dalam kerjayanya. Bagi menyediakan diri dari segi pengetahuan tentang tugas dan tanggungjawabnya yang lebih mencabar dan memerlukan daya pemikiran yang lebih tinggi, maka kursus-kursus secara formal akan diatur. Bidang yang dipelajari mungkin mencakupi pelbagai aspek sosial dan profesional.

2.2.7 Pengiktirafan

Terdapat ramai pekerja dan ahli organisasi yang bekerja keras dan cemerlang dengan semangat profesionalisme yang tinggi. Namun, atas sebab-sebab tertentu mereka mungkin tidak dinaikkan pangkat. Ini tidak bermakna pihak pengurusan tidak menghargai kesungguhan, dan kepakaran kerja yang mereka telah tunjukkan. Untuk tujuan ini, banyak organisasi yang menghantar pekerja-pekerja yang cemerlang berkursus di luar sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan ke atas kecemerlangan yang telah mereka tunjukkan. Pengiktirafan sebegini walaupun tidak mendatangkan keuntungan dari segi kewangan, masih dapat memberi kepuasan kepada pekerja-pekerja atau ahli-ahli berkenaan di mana mereka berpeluang meluaskan pengetahuan dan memperolehi pengalaman baru.

10

Page 11: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

2.3 Langkah-Langkah Pelaksanaan Program Latihan dan Perkembangan

2.3.1 Menentukan Keperluan

Langkah pertama sebelum membuat perancangan jangka panjang program-program latihan ialah menentukan keperluan organisasi. Ini adalah bertujuan memastikan hanya jenis latihan yang benar-benar perlu dan sesuai ke arah mencapai matlamat organisasi sahaja yang dijalankan. Ini dapat mengelakkan pembaziran masa, tenaga dan kewangan organisasi tersebut. Maklumat tentang keperluan latihan boleh diperolehi dengan cara mengenalpasti kesesuaian tugas dengan latar belakang dan kemahiran pekerja. Sesebuah organisasi yang mempunyai ahli-ahli yang muda dan kurang pengalaman dalam banyak bidang tentu sahaja mempunyai keperluan latihan yang berbeza berbanding dengan organisasi yang lebih mantap dan mempunyai ahli-ahli yang telah lama bertugas.

2.3.1.1 Penilaian Prestasi

Satu lagi sumber bagi mengetahui keperluan latihan dan perkembangan staf ialah melalui penilaian prestasi tahunan staf. Penilaian prestasi yang baik akan memberi maklumat tentang bidang-bidang kemahiran yang diperlukan oleh anggota-anggota dalam organisasi. Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya perlulah menyedari kepentingan penilaian prestasi dari segi perkembangan potensi individu dan juga organisasi yang mereka anggotai.

2.3.1.2 Cadangan Ketua

Pemimpin atau ketua yang peka serta mempunyai matlamat yang jelas seharusnya boleh mengenalpasti siapakah di antara ahli-ahli di bawahnya serta bidang-bidang latihan yang boleh mereka ikuti. Latihan-latihan ini mungkin bagi tujuan mendapatkan kemahiran baru, melicinkan tugas dan mengelak masalah berulang maupun meningkatkan potensi individu dan organisasi. Ketua kemudiannya akan mencadangkan mana-mana ahli dan bidang-bidang latihan yang diperlukannya.

11

Page 12: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

2.3.1.3 Merancang Program Latihan

Setelah keperluan latihan dikenalpasti dari segi bidang, individu atau kumpulan terlibat, perancangan perlulah dibuat. Beberapa faktor yang perlu diambilkira ialah sama ada latihan akan memerlukan sumber-sumber dalaman atau luaran dan kos yang diperlukan. Sekiranya sesuatu program itu dibuat secara dalaman dan di premis sendiri, kosnya mungkin rendah berbanding dengan program yang melibatkan pihak luar. Aspek keberkesanan sesuatu program juga perlu diambilkira dalam membuat perancangan .

Bagi sesi perkembangan staf yang bersifat latihan semasa kerja, objektif-objektif yang jelas dan jangkamasa pelaksanaan perlu dirangka. Pihak yang bertanggungjawab melaksanakan sesi-sesi ini, seperti kakitangan sumber, maupun ketua jabatan sendiri perlu dikenalpasti dan terlibat membuat perancangan.

Bagi tujuan melaksanakan program latihan di luar pula, butir-butir lanjut tentang peserta, penganjur, pemudahcara, tempat latihan dan kos perlu diambilkira. Sekiranya butir-butir yang tepat tidak diperolehi, anggaran boleh digunakan.

2.3.2 Mentadbir/Melaksanakan Program

Perancangan yang teliti sebaik-baiknya diikuti pula oleh pelaksanaan atau pentadbiran yang kemas dan teratur. Sekiranya melibatkan sumber-sumber dari luar organisasi, pihak-pihak terlibat perlulah dimaklumkan terlebih dahulu. Kepastian perlu dibuat seawal mungkin supaya tidak menimbulkan banyak masalah di luar jangkaan. Sekiranya menggunakan sumber dalaman, persetujuan dan kepastian semua pihak dari segi masa dan bidang latihan masih perlu dibuat lebih awal. Ini memudahkan semua pihak yang berkenaan membuat perancangan dan pengubahsuaian awal tentang kerja-kerja dan tanggungjawab mereka yang lain. Makluman dan tindakan yang telah dan akan dijalankan hendaklah direkodkan dengan kemas. Surat-menyurat, sijil-sijil dan semua urusan sebelum dan selepas latihan perlulah diuruskan sebaik-baiknya. Bahan-bahan bercetak, peralatan dan kemudahan seperti alat pandang dengar, alat-alat bantu mengajar dan bilik darjah yang sesuai perlu disediakan seawal yang mungkin. Lain-lain hal yang

12

Page 13: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

perlu diambilkira ialah persediaan makanan (jika ada), kemudahan untuk pemudahcara/penceramah, dan lain-lain hal berkaitan keselesaan dan kelancaran perjalanan kursus atau sesi latihan. Satu cara yang mudah untuk memastikan kelicinan sesi latihan atau kursus ialah dengan menyediakan senarai semak yang ringkas dan lengkap.

Seperkara yang amat penting ialah menyimpan dan mengemaskini rekod-rekod latihan walau apa juga bentuknya. Rekod-rekod ini akan menyatakan individu yang terlibat beserta bidang-bidang latihan yang telah dilaksanakan. Maklumat sebegini adalah amat berharga bagi membantu sesebuah organisasi dalam membuat perancangan strategik. Ianya akan menyatakan bidang-bidang kemahiran dan kepakaran yang wujud dalam sesuatu organisasi. Kemahiran dan kepakaran ini hendaklah dipergunakan secara yang ‘optimum’ bagi mencapai matlamat organisasi.

2.3.3 Menilai Keberkesanan Program

Bagi memastikan organisasi mendapat pulangan yang maksimum daripada pelaburannya dalam program latihan dan perkembangan staf, penilaian yang sistematik mestilah dijalankan. Langkah pertama ialah menentukan kriteria yang hendak diukur atau dinilai dengan penetapan objektif perlakuan yang jelas dan sebaiknya boleh ukur secara pemerhatian maupun bertulis. Di mana sesuai, ujian pra dan pasca latihan boleh digunakan. Ini bertujuan untuk mengetahui pengetahuan sedia ada dan sebarang nilai tambah yang diperolehi hasil daripada program latihan yang telah diikuti oleh peserta. Penilaian dari segi keberkesanan kandungan dan penyampaian kursus dan sesi perkembangan staf boleh diperolehi melalui maklumbalas peserta atau ahli yang terlibat. Maklumbalas mungkin berbentuk perbincangan selepas sesuatu sesi, atau penilaian bertulis dengan menggunakan objektif-objektif yang telah ditentukan.

Penilaian dari segi sumbangan terhadap organisasi pula boleh dibuat dalam jangkamasa yang agak panjang. Keberkesanan sesuatu program atau beberapa siri latihan boleh diukur dengan melihat penurunan atau kenaikan kadar-kadar tertentu dalam organisasi. Misalnya penurunan kadar peratusan kemalangan atau kecederaan, kadar cuti sakit, kadar ponteng, peningkatan prestasi bidang-bidang tertentu dan lain-lain lagi.

13

Page 14: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

Sekiranya kriteria yang hendak dinilai melibatkan kemahiran kerja seperti cara mengendalikan pelanggan, serta cara berkomunikasi, maka perubahan tingkahlaku dan keupayaan seseorang pekerja memindahkan ilmu kepada tugas boleh juga digunakan sebagai ukuran. Misalnya seorang telefonis yang dahulunya sering gagal mengendalikan pelbagai karenah pelanggan, setelah menerima latihan, berubah menjadi pekerja yang lebih berkesan, membuktikan keberkesanan latihan yang telah diikutinya.

2.3.4 Kesimpulan

Walaupun kebanyakan pekerja telah menerima latihan awal bagi menjalankan tugas, program-program perkembangan staf boleh menyediakan mereka dengan kemahiran bagi tugas yang lebih mencabar pada masa hadapan. Dalam banyak hal, latihan adalah juga bertujuan untuk perkembangan dan pembangunan staf atau pekerja.

Bagi memaksimumkan program-program latihan dan perkembangan, kajian keperluan perlulah dibuat terlebih dahulu. Keperluan yang dikenalpasti melibatkan bidang-bidang kemahiran dan kumpulan sasaran atau individu tertentu. Hasilnya membolehkan penentuan objektif-objektif yang jelas dan selari dengan keperluan organisasi.

Perancangan jangka panjang dan pendek bertujuan memastikan kelicinan perjalanan program-program latihan dan perkembangan staf. Ia juga di buat berdasarkan kemampuan, matlamat dan keperluan organisasi.

Pelaksanaan dan pentadbiran latihan dan perkembangan staf perlu dikawalselia dengan baik bagi melicinkan perjalanan program dan memastikan organisasi mendapat manafaat sepenuhnya. Akhir sekali, tiada ertinya sesuatu latihan dijalankan sekiranya keberkesanan dan pulangan kepada organisasi tidak dapat dilihat maupun diukur. Untuk tujuan ini, satu bentuk penilaian keberkesanan program latihan perlu dirangka bagi memastikan pekerja mendapat kemahiran baru, atau nilai tambah dan mampu menggunakannya dalam menjalankan tugas.

14

Page 15: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

Walaupun kebanyakkan pekerja telah menerima latihan awal bagi menjalankan tugas, mereka yang berpotensi untuk maju akan memerlukan program perkembangan staf. Melalui perkembangan staf mereka akan dilengkapkan dengan kemahiran dan pengetahuan yang lebih mencabar.

Bagi memaksimumkan program-program latihan dan perkembangan staf, keperluan bidang-bidang latihan perlu dikenalpasti dan perancangan jangka panjang serta pendek perlu dibuat. Objektif-objektif yang jelas perlu digariskan selari dengan matlamat organisasi. Pelaksanaan dan pentadbiran latihan dan perkembangan staf perlu dikawalselia dengan baik bagi melicinkan perjalanan program.

2.4 Pengurusan Latihan Dan Perkembangan Staf

2.4.1 Kes 1: Aktiviti Kokurikulum Yang Terabai

Encik Ahmad baru setahun bertukar ke Sekolah Menengah Seri Aman, sebuah sekolah gred A di pinggi bandar. Pengetua terdahulu, yang kini telah bersara merupakan seorang yang kurang ‘commitment’ terhadap pencapaian Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hasilnya, kegiatan kokurikulum di sekolah itu tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Murid-murid kurang bergiat dalam aktiviti luar bilik darjah. Sudah beberapa tahun Sekolah Menengah Seri Aman tidak pernah memasuki pusingan akhir sebarang pertandingan jauh sekali memenanginya. Guru-guru penasihat, sebahgian besarnya kurang berminat. Sebahagian lagi kurang faham tentang selok-belok mengendalikan aktiviti kokurikulum secara berkesan.

Soalan:

a) Kaji faktor-faktor yang mungkin menyumbang kepada

tidak berkesannya aktiviti kokurikulum. b. Jika anda adalah Encik Ahmad, apakah langkah-langkah

atau tindakan yang anda akan ambil bagi membangunkan guru-guru penasihat bagi menghidupkan kembali aktiviti kokurikulum di Sekolah Menengah Sri Aman?

15

Page 16: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

2.4.2 Kes 2: Mencurah Air Di Daun Keladi

Cikgu Asnah telah melaksanakan pelbagai jenis latihan berbentuk kursus-kursus dalaman untuk pekerja-pekerja di sekolahnya, termasuk guru dan staf sokongan. Objektifnya hanya satu; bagi meningkatkan prestasi pelajar-pelajarnya di bidang kurikulum. Kelas-kelas tambahan untuk murid-muridnya turut berjalan seperti dijadualkan.

Cikgu Asnah merasa agak kecewa setelah mendapati kesemua usaha dan penat lelahnya selama ini tidak membuahkan hasil. Bila dikaji keberkesanan program-program tersebut, ibarat mencurah air di daun keladi. Kelihatannya hanya beliau seorang sahaja yang bersemangat hendak menjayakan matlamat sekolah. Guru-gurunya, walaupun akur dan menghormatinya, bersikap acuh tak acuh sahaja. Mereka mengajar seperti biasa, tetapi prestasi murid-murid masih tidak meningkat langsung.

Soalan:

a) Baca dan teliti kes Cikgu Asnah dan kaji kemungkinan

faktor-faktor kegagalan program-program latihan di sekolahnya.

b) Apakah syor anda kepada Cikgu Asnah?

3. PENGURUSAN FIZIKAL SEKOLAH

3.1 Pendahuluan

Oleh sebab tanggungjawab kerajaan semakin bertambah pentadbiran semakin rumit, dengan ini bertambah bilangan orang-orang yang mengetahui perkara-perkara rasmi. Keselamatan perkara-perkara rasmi ini bukan sahaja penting untuk menjaga rahsia kerajaan supaya tidak jatuh ke tangan pihak yang tidak berkenaan, tetapi juga untuk mengawal supaya perkara-perkara terperingkat tidak diperolehi tanpa kebenaran kerana kelemahan manusia. Mungkin dengan jatuhnya maklumat terperingkat rasmi ini ke tangan mereka yang mempunyai kepentingan, mereka boleh mendapat faedah-faedah kewangan daripadanya. Dalam konteks sekolah, perkara-perkara ini tidak dikecualikan. Pihak sekolah juga mestilah menjaga keselamatan fizikal dan dokumen dengan cara yang betul dan mengikut panduan.

16

Page 17: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

3.2 Menjaga Kawasan Terperingkat Langkah-langkah dibawah perlu diambil untuk mencegah kemasukan orang yang tidak dibenarkan:- a. adakan pagar dan lampu keselamatan serta hadkan pintu keluar masuk. b. adakan pengawal keselamatan. c. adakan papan-papan kenyataan di tempat-tempat yang sesuai bagi

menunjukkan kawasan / tempat adalah kawasan larangan. d. ujudkan sistem pas keselamatan / kad pengenalan.

3.3 Kawalan Kunci Keselamatan

Kunci keselamatan merupakan antara perkara yang menjadi benteng perantara di dalam peraturan keselamatan. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk memberi kawalan yang rapi terhadap kunci-kunci keselamatan serta mengeluarkan arahan keselamatan berkaitan dengannya. Peraturan-peraturan berikut mesti dipatuhi untuk menentukan kunci keselamatan adalah terkawal setiap masa. - Pegawal keselamatan Jabatan di pertanggungjawabkan atas perkara-perkara

berkaitan kunci keselamatan dan anak kunci. Beliau mestilah menyenggara sebuah buku daftar kunci, mengemaskinikannya dan membuat pemeriksaan.

- Semua pegawai yang memegang anak kunci dipertanggungjawabkan menjaganya.

- Semua kunci yang tidak digunakan termasuk kunci pendua disimpan dalam peti keselamatan.

- Anak kunci keselamatan tidak boleh dilabelkan dengan nama dan alamat pengguna, serta tidak dirangkai bersama kunci persendirian.

- Anak kunci pendua tidak boleh dibuat tanpa kebenaran. - Pegawai pemegang kunci yang bertukar / meninggalkan perkhidmatan

hendaklah menyerahkan balik semua anak kunci. - Kehilangan anak kunci keselamatan hendaklah dengan segera dilaporkan

kepada Pegawai Keselamatan Jabatan / Ketua Jabatan.

3.4 Kawalan Mesin Penyalin Semua Jabatan yang dibekalkan mesin penyalin termasuk mesin pendua atau fotostat hendaklah sentiasa mengawasi penggunaan mesin-mesin tersebut terutama jumlah mengeluarkan dokumen-dokumen terperingkat. Peraturan-peraturan tersebut hendaklah dipatuhi:- - Ketua Jabatan hendaklah melantik seorang yang bertanggungjawab mengawasi

mesin-mesin penyalin. Sediakan sebuah buku daftar. - Semua mesin disimpan dalam bilik yang boleh dikunci. - Hanya staf yang tertentu yang boleh ditugaskan untuk membuat salinan

dokumen terperingkat.

17

Page 18: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

3.5 Penyenggaraan

Semua Ketua Jabatan dikehendaki menyediakan satu prosedur penyenggaraan bangunan/pekakasan/kemudahan sekolah supaya: - berfungsi - selamat digunakan Penyenggaraan bangunan sekolah dan perabot yang rosak hendaklah disegerakan supaya tidak terganggu perlaksanaan Proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi melicinkan proses penyenggaraan ini, pemeriksaan ke atas bangunan/perkakasan/kemudahan hendaklah diperiksa setiap masa. Pemeriksaan ke atas bangunan/dan kemudahan sekolah hendaklah meliputi perkara-perkara berikut: • Bumbung bangunan • Pagar • Tangki air • Pendawaian letrik • Pemadam api

3.6 Keceriaan dan keindahan

Ketua Jabatan hendaklah memastikan kawasan sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan indah supaya dapat membangkitkan minat murid untuk ke sekolah dan seterusnya belajar.

3.7 Persediaan sebelum sekolah dibuka:

Ketua Jabatan hendaklah memastikan semua kelengkapan dan kemudahan disenggara supaya sebaik sahaja sekolah dibuka, proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan licin.

3.8 Persediaan sebelum sekolah ditutup:

Ketua Jabatan hendaklah memeriksa semua kemudahan dan kelengkapan sekolah sebelum sekolah ditutup supaya gantian dan penyenggaraan dapat dilakukan semasa cuti persekolahan.

3.9 Mengurus permohonan penggunaan bangunan dan kawasan sekolah oleh pihak

luar.

Satu prosedur hendaklah diwujudkan supaya semua staf faham tindakan yang perlu diambil apabila adanya permohonan sedemikian.

18

Page 19: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

4. PENGURUSAN KESELAMATAN SEKOLAH

4.1 Keselamatan sekolah berhasil apabila pengetua/guru besar melaksanakan perkara-perkara berikut:

• Mewujudkan suasana kesedaran keselamatan. • Melaksanakan program pendidikan keselamatan. • Menyediakan program keselamatan pendidikan. • Meningkatan program keselamatan dan perhimpunan khas. • Mengadakan rondaan keselamatan sekolah. • Mengambil bahagian dalam kempen keselamatan. • Menggunakan sumber personal kominiti. • Secara aktif menunjukkan keperihatinan tentang keselamatan semua

orang di sekolah.

4.2 Senarai semak sendiri

Sebagai seorang pengetua/guru besar, anda mungkin mahu menyemak senarai item-item. senarai semak ini membolehkan anda mengingat kembali apa yang anda buat tahun lepas, jika anda ras item-item itu mempunyai kebaikan rangcangkanlah sesuatu untuk dilaksanakan.

Senarai semak keselamatan

Semasa tahun sudah Ya Tidak Cadangan

Tahun Depan 1. Saya jemput pegawai Bomba melawat sekolah 2. Saya selalu memeriksa bangunan sekolah atas

keselamatan kebakaran. 3. Saya selalu periksa alat pemadam api. 4. Saya sedia ceklis barang-barang yang akan

diperiksa oleh penjaga. 5. Saya sediakan prosedur bertulis untuk kaki

tangan sekolah. 6. Saya sediakan senarai aktiviti supaya guru dan

pelajar dapat menggunakannya dalam darjah. 7. Saya masukkan (promote) topik keselamatan

dan pencegahan kemalangan dalam mesyuarat-mesyuarat guru.

8. Saya cuba mewujudkan suasana kesedaran keselamatan.

10. Saya galakkan penggunaan topik keselamatan dalam kurikulum.

19

Page 20: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

4.3 Pemeriksaan kebakaran

Kepentingan pemeriksaan bangunan haruslah tidak diabaikan. Selain daripada meminta pegawai bomba memeriksa bangunan, pengetua/guru besar sendiri boleh dapat faedah dari pemeriksaan itu.

4.4 Drill kebakaran dan pengosongan bangunan (evacuation)

Pengetua /guru besar bertanggungjawab memahami undang-undang dan ordinance berkaitan dengan kebakaran dan peraturan kemalangan untuk bangunan sekolah. Drill kebakaran adalah amalan keperluan dan prosedur pengosongan bangunan (evacuation) hendaklah diberi keutamaan, tambah-tambah lagi kalau terjadinya ancaman bom. Menguruskan prosedur untuk kecekapan pengosongan tidak harus diabaikan. Untuk membantu anda dalam tugas ini, soalan-soalan berikut perlu dapat perhatian.

• Adakah kakitangan sekolah anda tahu apa yang harus dibuat apabila

bunyi (locing) amaran pengosongan dibunyikan, tidak kira di mana saja mereka berada di sekolah?

• Tahukah semua kakitangan sekolah bunyi amaran pengosongan? Keluar? Kembali?

• Anda ketahuikah bahawa guru-guru harus diperingatkan, di awal dan di pertengahan tahun mengenai prosedur untuk pengosongan bangunan sekolah.

• Adakah guru dan pelajar tahu apa yang hendak dibuat semasa pengosongan bilik.

• Adakah arahan pengosongan menekankan aturan, kepentingan dan kesedaran akan mara bahaya

• Adakah salinan prosedur pengosongan bangunan diberi kepada setiap guru dan staf sekolah.

• Adakah setiap arahan pengosongan bangunan dilekatkan di setiap bilik darjah?

• Adakah anda merancang drill pengosongan bangunan setiap bulan, di masa-masa yang berlainan atau di bawah keadaan tertentu setiap bulan?

• Adakah anda simpan rekod drill pengosongan bangunan? Anda masukkah tarikh, masa dan keberkesanannya?

• Adakah pintu-pintu keluar jelas ditandakan? • Adakah perhatian khas diberi kepada pengosongan tempat-tempat khas

seperti gym, auditorium dll? • Adakah prosedur khas membantu pelajar, guru dan kaki tangan cacat? • Adakah guru dan orang lain tahu apa hendak dibuat jika sekiranya

jalan keluar terhalang? • Adakah terdapat prosedur untuk kembali ke bangunan sekolah diberi

kepada guru-guru dan staf.

20

Page 21: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

4.5 Pencegahan Kemalangan

Sebahagian dari tanggungjawab pengurusan sekolah dipikul oleh pengetua/ guru besar ialah menentukan keselamatan anak buahnya terjamin. Kemalangan yang berlaku kerana kelalaian, atau kerana tidak sengaja. Cara yang paling baik dilakukan oleh pengetua / guru besar ialah memberi penekanan kepada jabatan-jabatannya, kaki tangan dan pelajar akan konsep pencegahan kemalangan.

Be prepared! Think before you act! Be safety minded! Don’t be negligent

Perkara ini bukannya mudah, kadang-kadang kita lihat murid-murid bakar getah pemadam, berlari-lari di tempat letak kereta atau melihat mereka berlari kejar-mengejar. Cubalah untuk memberhentikannya. Bagi mereka yang bertugas atau ‘incharge’ mestilah selalu memeriksa keadaan-keadaan atau aktiviti yang boleh menyebabkan kemalangan. Pemerhatian khas patut diberi kepada pancor air, gym, tandas, dewan, tangga, bilik masak, kolam tempat parking, kawasan mainan dan lain-lain. Guru-guru mata pelajaran khas seperti seni perusahaan, fizik, kimia,harus menyedari akan bahaya alat kuasa letrik, elemen-elemen kimia seperti asid dan lain-lain.

4.6 Mengurus Perkhimatan Petugas (Custodian)

Tanggungjawab terus terhadap penyenggaran sekolah terletak di atas bahu pengetua/guru besar tetapi kerja-kerjanya dilakukan oleh kaki tangan yang ditugaskan. Kepentingan kaki tangan ini tidak boleh dibiarkan saja ke peringkat minima dan mereka sebenarnya mempunyai tanggungjawab tertentu dalam pendidikan.

4.6.1 Tanggung jawab pengetua/guru besar

Ada tiga tanggung jawab utama: menyelia, mentadbir dan menilai. Sebagai penyelia, pengetua/guru besar menghuraikan tugasnya jika tiada terdapat senarai tugas baginya. Agihan kerja patut dibuat jika terdapat lebih dari satu petugas. Sebagai pentadbir, pengetua/guru besar patut menyempurnakan juga tugas-tugas ini:

21

Page 22: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

• Bekerjasama dengan petugas. • Bantui petugas dengan mengadakan jadual kerja. • Berkomunikasi dengan mereka cara terbuka, dengari masalah

dan keperihatinan mereka tentang berbagai maklumat mengenai pokok-pokok dan fasiliti pengurusan.

• Wujudkan kebanggaan setiap kedudukan dan usaha mereka. • Jadilah pengantaran jika ada konflik antara mereka dengan

kaki tangan sekolah. • Sediakan pejabat dan tempat kerja untuk menyimpan rekod dan

laporan serta menyimpan alat-alat.

4.6.2 Tanggung jawab petugas (custodian)

Jika pengetua / guru besar ada tanggunjawab begitulah juga petugas.

• Mereka mesti bekerjasama dengan pengetua, guru-guru dan

personel sekolah. • Mereka mesti menunjukkan kebanggaan sendiri akan jawatan

dan tugas mereka. • Mereka mesti menunjukkan keperihatinan tentang kesihatan

dan keselamatan semua kakitangan sekolah. • Mereka mesti mudah membantu dalam keadaan kecemasan,

masalah dan aktiviti-aktiviti khas di sekolah. • Mereka mesti membersih, memperbaiki, mengganti dan

mengamalkan keadaan baik fasiliti-fasiliti sekolah. • Dari masa ke masa memeriksa kelengkapan dan bangunan. • Mereka mesti menyimpan inventori bekalan dan alatan dengan

kemaskini. • Mereka mesti mengendali terlebih awal dan mencegah dari

berlaku berbagai masalah penyelenggaran. • Mereka harus menilai diri mereka dan menggalakkan orang

lain menilai kerja sendiri.

4.7 Perbincangan

• Keselamatan bilik darjah • Keselamatan bilik makmal • Pendidikan Jasmani • Undang-undang dan peraturan senjata • Kerjasama antara keselamatan sekolah dengan polis dalam mencegah

dan menyelesaikan kes-kes jenayah • Lantai basah • Pokok-pokok berbahaya/beracun • Dawai kawat

22

Page 23: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

• Kecurian • Tampat-tempat berbahaya • penceroboh

5. PENGURUSAN PROJEK

5.1 Definisi

5.1.1 Projek adalah suatu kerja yang kompleks, mengandungi pelbagai aktiviti, finit iaitu ada mula dan akhirnya, mempunyai sumber-sumber dan kewangan yang terhad, ramai tenaga kerja, aktivitinya tersusun, berorientasikan matlamat dan menampakkan hasil terakhir (Weiss & Wysocki, 1992)

5.1.2 Pengurusan projek pula adalah suatu kaedah dan teknik-teknik

berasaskan prinsip-prinsip pengurusan digunakan untuk menganggar, merancang dan mengawal aktiviti-aktiviti dalam mencapai hasil terakhir mengikut masa, perbelanjaan yang dijangka dan spesifikasi tertentu.

Pengurusan projek sebenarnya melibatkan :

i) perancangan - objektif dan skop yang jelas ii) Pengelolaan - struktur yang berkesan iii) Kepemimpinan - stail iv) Pengawalan - laporan & prestasi

Dalam pengurusan projek, ia menitikberatkan kos, jadual pelaksanaan dan kualiti.

5.2 Komponen-komponen dalam Sistem Pengurusan Projek

• Pengawalan - mengawal aktiviti yang berlangsung secara

berkala dan berterusan.

• Perancangan - mengatur aktiviti-aktiviti mengikut skop dan objektif projek.

• Maklumat - mengumpul semua maklumat yang ada (lakukan

‘environmental scanning’)

• Kaedah - menentukan kaedah-kaedah yang boleh digunapakai dalam semua aktiviti

23

Page 24: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

• Budaya - mengkaji dan menyesuaikan aktiviti yang

dirancang dengan budaya organisasi

• Organisasi - mengambil kira tenaga kerja yang ada dalam organisasi, struktur organisasi dan pembahagian tugas yang perlu

• Faktor

Manusia - mengandaikan batasan tenaga kerja dalam semua

aktiviti. (Memilih ‘the right people’ dan ‘the right type of management tool’)

5.3 Perancangan Projek

Perancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

i. Perancangan strategik

- menyatakan arah tuju dan hasil yang diingini untuk mencapai misi

organisasi. Ianya selalu mengambil masa 3 hingga 5 tahun.

ii. Perancangan Taktikal

- menghuraikan keseluruhan aktiviti, hasil, tanggungjawab individu dan tarikh menyiapkan projek tersebut yang selalunya berlaku dalam tempoh 1 tahun.

iii. Pelan Tindakan

- menghuraikan tindakan jangka pendek oleh ahli kumpulan yang

dipertanggungjawab melaksanakan sesuatu kerja yang diberi. (menjawab : What, Who, When, How)

- perlu menghuraikan aktiviti-aktiviti, tanggungjawab siapa, masa

atau tarikh projek perlu disiapkan, bagaimana melakukannya dan berapa banyak kos setiap aktiviti.

Kenapa perancangan projek itu penting?

• untuk mengurangkan risiko dan ketidakpastian sesuatu perkara itu ke

tahap minimum.

• untuk mempastikan kefahaman yang jelas tentang objektif dan arah tuju projek.

24

Page 25: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

• untuk menetapkan standard/piawai tertentu dalam prestasi kerja projek.

• untuk memberikan asas struktur dalam menjalankan tanggungjawab

tertentu. • untuk menghasilkan prosedur-prosedur dalam menjalankan kerja yang

efektif. • untuk mendapat hasil/keputusan optimum dengan usaha yang

minimum dan juga kos serta masa yang minimum.

5.4 Langkah-langkah Menguruskan Projek

1. Mengenal pasti masalah yang timbul (bermula dari masalah, sesuatu projek dirancang) - bina alternatif-alternatif penyelesaian.

2. Membuat perancangan projek 3. Melaksanakan perancangan projek 4. Mengawal perjalanan projek 5. Projek ditamatkan - menilai projek untuk penambahbaikan projek yang

baru

5.5 Langkah-langkah dalam perancangan projek

• Mengenal pasti masalah. • Bina misi organisasi, objektif umum dan kriteria kejayaan (success

criteria).

• Bina strategi-strategi projek. • Nyatakan skop projek. • Bina Struktur Pecahan Kerja (SPK).

• Menggunakan SPK, buat anggaran yang melibatkan masa dan kos

serta aktiviti-aktiviti yang perlu.

• Sediakan jadual pelaksanaan dan anggaran perbelanjaan.

25

Page 26: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

• Mengenal pasti bentuk struktur organisasi projek melibatkan staf tertentu - berapa ramai dan tanggungjawab masing-masing.

• Sediakan nota catatan tentang perjalanan projek.

• Dapatkan persetujuan/tandatangan staf yang terlibat.

5.6 Menyenaraikan Objektif

Objektif boleh dibina menggunakan kaedah SMART yang diperkenalkan oleh George Doran (1981) :

Specific - Spesifik dalam membuat target objektif

Measurable - Bina indikator yang boleh diukur

Assignable - Objektif yang dibina boleh dipertanggungkan kepada orang tertentu

Realistic - Nyatakan apa yang boleh dicapai dengan ralistik dalam masa dan dengan sumber yang ada

Time-related - Nyatakan objektif yang boleh dicapai dalam jangka waktu tertentu

5.7 10 sebab utama projek selalu gagal

Kurang jelas atau kurang faham tentang spesifikasi atau arahan Struktur tugas yang kurang jelas Kurang maklumat Dokumentasi tidak teratur (lemah) Lemah dalam komunikasi Objektif yang ditetapkan terlalu tinggi Kos tinggi/anggaran perbelanjaan kurang Terkeluar dari perancangan asal Tidak ada orang yang menjalankan tugas-tugas tertentu Terlalu pentingkan keputusan/hasil akhir

26

Page 27: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

27

Page 28: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

5.8 Radas-Radas (alat-alat) dalam Pengurusan Projek

Radas atau alat yang digunakan dalam pengurusan projek dapat memudahkan kerja-kerja atau aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam projek. Radas atau adat yang dimaksudkan adalah seperti :

a. Struktur Pecahan Kerja (SPK) b. Carta Aliran c. Carta Kawalan (Carta Gantt) d. Alat-alat kawalan kualiti :

• senarai semak • Carta Pareto • Gambarajah sebab dan akibat • Histogram • Gambarajah taburan • Graf

5.9 Struktur Pecahan Kerja (SPK)

SPK membahagikan projek kepada subunit atau aktiviti-aktiviti yang lebih banyak dan berhiraki. Ia juga memberi gambaran yang lebih jelas tentang aktiviti yang terlibat, masa, kos dan spesifikasi tertentu.

Contoh :

Encik Ahmad ingin membuat aktiviti perkhemahan untuk pelajar-pelajar tahun 6. Aktiviti yang difikirkan terlibat adalah :

• Mendapatkan persetujuan dari ibu bapa pelajar • Mendapat kebenaran guru besar/pihak pengurusan sekolah • Mendapatkan kelulusan Jabatan Pendidikan Negeri • Mengatur jadual/aturcara semasa perkhemahan • Mengenal pasti guru-guru yang terlibat dalam perkhemahan tersebut • Menetapkan struktur organisasi perkehmahan • Menyenaraikan peralatan/sumber yang perlu dibawa semasa

perkhemahan • Menganggar perbelanjaan • Mencari penyumbang/sumbangan untuk menampung kos

dan lain-lain. (fikirkan dengan lebih terperinci)

28

Page 29: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

Bagi memudahkan perancangan SPK, jadual seperti berikut boleh dibuat :

Perkhemahan

Mendapat persetujuan

Mengatur jadualperkhemahan

Mengenal pastiguru yang

terlibatMenyenaraikan

peralatan

Membuat anggaranperbelanjaan

gurubesar

ibu bapa

Menetapkanstruktur organisasi

perkhemahan

Cari sumbangan

PIBG Sekolah individu

Jabatan Pendidikan Negeri

* Jadual ini boleh dilanjutkan sehingga semua aktiviti telah diperincikan.

29

Page 30: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

Setelah diperincikan aktiviti-aktiviti yang terlibat, bolehlah disusun aktiviti yang perlu didahulukan dengan kos dan jangka waktu pelaksanaannya dalam jadual berikut:

Senarai Aktiviti Kos Jangkaan

dilaksana atau tempoh

Tanggungjawab siapa?

5.10 Carta Aliran

Carta Aliran digunakan untuk menunjukkan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang berlangsung secara teratur. Ia menggunakan simbol-simbol seperti berikut:

Mula atau berhenti aliran

Proses atau aktiviti berjalan

Membuat keputusan - Ya atau Tidak

Dokumen

Arah tindakan

30

Page 31: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

5.11 Analisis Keputusan

Langkah-langkah yang terlibat dalam menganalisis keputusan adalah seperti berikut:

5.11.1. Mengenal pasti masalah atau isu

- Pengenalpastian masalah adalah penting bagi melihat faktor luaran dalaman organisasi yang terdapat dalam persekitaran kini dan masa hadapan yang boleh menjejaskan tercapainya matlamat projek.

- Pengenalpastian ini boleh dibuat dengan menggunakan

pengesanan kepada perubahan-perubahan dalam persekitaran yang merangkumi langkah-langkah berikut:

• pengumpulan data • semak asas-asas perancangan lain • pengkelasan data • analisis agenda utama • analisis ‘cross impact’ iaitu dengan melihat jika faktor ‘a’

berlaku atau berubah, apakah kemungkinan berlaku perubahan terhadap faktor ‘b’.

- Maklumat ini boleh membantu dalam membina misi, nilai, faktor

kritikal kejayaan, objektif dan strategi projek. Ia juga boleh dijadikan sebagai asas untuk meningkatkan keberkesanan pengawalan dan penambahbaikan strategi dalam perancangan strategik.

5.11.2. Wujudkan alternatif untuk penyelesaian 5.11.3. Menilai dan memilih alternatif dengan kaedah SWOT atau KLAP

(Kekuatan, Kelemahan, Ancaman dan Peluang). Ianya digunakan umtuk menilai kemungkinan, kualiti, penerimaan, kos dan etika.

5.11.4. Proses Membuat Keputusan Setelah menilai alternatif tersebut, keputusan perlu diambil dengan mengambil kira langkah-langkah berikut: • Mengenal pasti masalah - kenal pasti percanggahan antara

keadaan sekarang dengan yang dikehendaki. • Kenal pasti kriteria penyelesaian • Memberi pertimbangan kepada kriteria (percambahan fikiran) • Memperkembangkan alternatif - senaraikan alternatif • Analisis alternatif -SWOT atau KLAP • Memilih alternatif • Melaksanakan alternatif • Menilai keberkesanan keputusan.

31

Page 32: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

32

Page 33: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

5.12 Pengawalan Dan Penilaian Projek

5.12.1. Definisi Pengawalan Pengawalan adalah proses memantau aktiviti bagi memastikan pencapaian berlaku seperti yang dirancang dan membetulkan apa juga penyelewengan yang ketara berlaku.

5.12.2. Mencapai Kawal Kendiri Ahli Kumpulan

• ahli tahu objektif projek • sediakan pelan untuk diri sendiri • ahli ada kepakaran • sediakan maklum balas terus • kuasa untuk penambahbaikan

5.12.3. Ciri-Ciri Sistem Kawalan Projek

• fokus kepada yang penting • mengambil tindakan pembaikan • penekanan terhadap masa • menggunakan usaha yang minimum dalam mencapai matlamat

projek.

5.12.4. Tujuan Penilaian Projek • untuk pembaikan • maklum balas berkala • audit berkala

5.12.5 Melaksanakan Audit

Audit membolehkan perkara-perkara berikut diperolehi: • status semasa projek • status masa depan • status tugas kritikal • penilaian risiko • maklumat yang perlu

5.12.6 Pelaksanaan audit berkala membolehkan kita:

• memperbaiki prestasi projek • kualiti kerja projek juga diutamakan disamping penjadualan

dan kos • mengenal pasti masalah yang timbul dapat dikesan lebih awal

untuk pembetulan atau penambahbaikan • dapat menyatakan status projek • komitmen ahli kumpulan projek

33

Page 34: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

5.13 Bahan Latihan

5.13.1 Latihan 1: Mengenal diri sebagai pengurus projek.

Tandakan kemahiran yang anda rasa boleh dijalankan. Bahagian yang tidak ditanda itu menandakan bahagian yang boleh diperbaiki pada masa hadapan.

Kemahiran Pengurusan Projek saya adalah:

Mengelola projek dari awal hingga akhir. Menstruktur perancangan yang boleh menghadapi sebarang tekanan. Mendapatkan orang yang boleh menerima perancangan saya dan menyokongnya. Menetapkan objektif projek yang boleh diukur. Memotivasikan ahli-ahli dalam pasukan. Menolong ahli-ahli menyelesaikan masalah. Menggunakan segala sumber yang ada. Mengelakkan pembaziran masa dan wang. Mengukur prestasi projek. Menggunakan sistem maklumat yang boleh disesuaikan dengan kehendak projek.

34

Page 35: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

5.13.2 Latihan 2: Bina Struktur Pecahan Kerja (SPK) dan Radas/Alat yang boleh digunakan.

• Bincangkan projek ‘Membina Pondok Ilmu’ di sekolah anda. • Apakah aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam menjalankan

projek tersebut. • Susunkan semula aktiviti-aktiviti tadi bermula dari awal hingga

akhir projek. • Rancangkan tenaga kerja yang terlibat, kos dan masa bagi

setiap aktiviti.

• Pilih radas/alat yang boleh digunakan dalam menjalankan projek.

5.13.3 Latihan 3: Analisis SWOT atau KLAP

Dalam membuat keputusan, berbagai alternatif akan timbul. Sekiranya dalam membina Pondok Ilmu di sekolah anda, anda terfikirkan alternatif berikut:

1) Membina pondok ilmu dengan menggunakan tenaga kerja

dari kalangan staf sokongan sahaja. 2) Membina pondok ilmu dengan tenaga guru dan staf

sokongan. 3) Membina pondok ilmu dengan tenaga guru, staf sokongan

dan pelajar.

35

Page 36: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

Hasilkan KLAP/SWOT bagi setiap alternatif tersebut:

Kekuatan (K) (senaraikan)

Kelemahan (L) (senaraikan)

Peluang (P) (senaraikan)

KP Apakah kekuatan yang ada untuk merebut peluang?

LP Atasi kelemahan yang ada untuk mengambil peluang

Ancaman (A) (senaraikan)

KA Apakah kekuatan yang ada bagi menghadapi ancaman

LA Minimakan kelemahan disamping mengelakkan ancaman

6. PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

6.1 Konsep Penyelidikan 6.2 Konsep Pembangunan 6.3 Kajian Tindakan

• Pengenalan Kepada Kajian Tindakan • Definisi Kajian Tindakan

“suatu pendekatan penyelidikan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme guru - penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru”

(Elliot, 1981)

6.4 Ciri-Ciri Kajian Tindakan

i. Dari aspek Pendekatan Kajian ii. Dari Aspek Alam Persekitaran Kajian

36

Page 37: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

6.5 Kepentingan Kajian Tindakan

i. Sumber maklumat ii. Merancang dengan lebih berkesan iii. Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran iv. Penggunaan bahan v. Guru sebagai penyelidik vi. Mewujudkan budaya menyelidik vii Kerjasama antara guru-guru

6.6 Perbezaan Kajian Tindakan Dengan Kajian-Kajian Lain

6.6.1 Perbezaan dari aspek:

i. Tujuan Kajian ii. Rekabentuk Kajian iii. Subjek Kajian iv. Perkaedahan Kajian v. Laporan Hasil Kajian

6.7 Prinsip Pelaksanaan Kajian Tindakan

i. Gelungan Skema Kajian Tindakan Berterusan ii. Gelungan Skema Kajian Tindakan Generatif

6.8 Pelaksanaan Kajian Tindakan

i. Mengenal pasti isu/masalah ii. Merancang Tindakan iii. Pelaksanaan Tindakan iv. Meninjau dan mengutip data kajian v. Menganalisis data vi. Penilaian

6.9 Panduan Menulis Laporan

i. Tajuk ii. Abstrak iii. Isi Kandungan iv. Latar belakang kajian v. Pernyataan masalah vi. Metodologi kajian vii. Tinjauan bahan kajian viii. Perancangan tindakan ix. Pelaksanaan perancangan tindakan x. Refleksi

37

Page 38: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

xi. Kesimpulan xii. Bahan/buku rujukan xiii. Lampiran

7. PENGURUSAN MASA

7.1 Pendahuluan

“Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yang beriman, beramal soleh, berpesan sesama mereka tentang kebenaran dan berpesan sesama mereka tentang kebenaran dan berpesan sesama mereka tentang kesabaran” (Surah Al-Asr)

7.2 Pembaziran Masa

7.2.1 Berpunca Daripada Diri Sendiri

• Tiada kebolehan untuk mengatakan “Tidak”.

Takut menyinggung hati orang lain.

• Tidak teratur.

Bekerja dalam keadaan tidak teratur menyebabkan masa banyak terbuang, contohnya sistem fail yang berselerak, perkakas yang tidak tersusun dan persekitaran yang tidak kemas.

• Amalan menanguhkan kerja.

Kita sering menangguhkan kerja, terutama apabila perkara yang kita kendalikan itu membosankan, sukar, tidak seronok atau memerlukan usaha yang berterusan untuk menyiapkannya.

• Kekurangan minat (Sikap)

Kehilangan semangat untuk meneruskan kerja anda.

• Tidak mengamalkan disiplin diri.

Kebiasaan tidak mematuhi masa yang ditetapkan.

38

Page 39: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

7.2.2 Punca-Punca Lain

• Pelawat (visitor)

Sebagai seorang Pengurus/Pemimpin anda perlu melayan pelawat dengan bersopan. Pastikan anda melayan pelawat yang perlu dilayan sahaja jika anda kesuntukan masa.

• Panggilan Telefon

Panggilan daripada luar boleh menggangu kerja dan masa anda. Kadangkala panggilan telefon itu bukan untuk diri sendiri tetapi untuk orang lain. Lebih membazir masa lagi untuk mencari orang yang berkenaan.

• Surat

Surat yang tidak diundang atau kurang penting bertimbun banyak. Membalas dan mendraf surat juga memboleh mengambil masa anda.

• Menunggu

Kita banyak menghabiskan masa sebahagian besarnya untuk menunggu

Contohnya

- Temu janji - Menunggu kawan - Menunggu semasa perjalanan - Menunggu bas

• Mesyuarat

Mesyuarat yang dikendalikan sendiri.

∗ Mesyuarat yang dihadiri sendiri. ∗ Perbincangan yang terpesong atau berbelit-belit. ∗ Kekerapan mesyuarat kakitangan. ∗ Terlalu banyak perkara yang dibincangkan.

39

Page 40: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

• Krisis

∗ Melengahkan sesuatu kerja yang perlu disiapkan menimbulkan krisis masalah berulang/perkara berbangkit dalam mesyuarat.

∗ Krisis di luar kawalan. sebagai contoh:-

Mungkin terpaksa mematuhi tarikh akhir yang tidak realistik. Keutamaan mungkin berubah pada saat akhir. Kesilapan yang dilakukan oleh orang lain. Kerosakan jentera.

7.3 Cara Mengatasi Pembaziran Masa

• Letakkan kelengkapan seperti telefon, mesin kira, kedudukan barang yang sering digunakan dan fail yang aktif berhampiran dengan anda.

• Segala urusan yang berhubung dengan sesuatu projek yang sama hendaklah

disimpan dalam fail induk. Berikan indeks kepada fail supaya dapat memudahkan anda membuat rujukan dengan cepat. Satu fail induk untuk perkara semasa seperti pemerimaan melalui surat mesyuarat, telefon atau lawatan hendaklah disimpan dan disemak setiap hari untuk memastikan apa yang patut dilakukan.

• Pembersihan meja perlu dilaksanakan supaya kawasan kerja anda kemas dan

teratur. • Satu tempat untuk semua barang. Fail hendaklah digunakan untuk kerja

yang sedang dilaksanakan dan disimpan dengan baik supaya dapat digunakan pada bila-bila masa sahaja.

• Pastikan anda menyiapkan kerja. Jika ada gangguan jangan sekali-kali

memulakan tugas baru. Elakkan daripada terlibat dalam sesuatu aktiviti baru melainkan ia merupakan keutamaan yang tertinggi.

• Tetapkan tarikh akhir untuk menyiapkan tugas dan jangan mengubah

tarikh tersebut. • Bentuk satu sistem ganjaran, beritahu diri sendiri apabila saya menyiapkan

tugas ini, saya akan menikmati satu jamuan atau bersiar-siar bersama keluarga atau teman istimewa saya.

• Mengaturkan tindakan susulan seperti berbincang dengan orang tertentu

atau rakan sekerja untuk mengadakan tindakan susulan mengenai perkembangan tugas anda. Ini dapat mengelakkan tabiat suka menangguhkan tugas.

40

Page 41: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

• Buat kerja atau tugas yang kurang seronok pada awal setiap hari supaya dapat disiapkan dan tidak membosankan.

• Bahagikan tugas yang kecil dan setiap kerja ambil sikap - buat sekarang,

jangan ada istilah “nanti”. • Jangan takut menyatakan ‘Tidak’ apabila anda kesuntukan masa untuk

memenuhi permintaan yang berlebihan. Apa yang diterima melebihi kebolehan anda mengendalikannya, maka kualiti yang dapat anda sumbangkan pasti terjejas. Oleh itu ‘ya’ sesuatu yang dapat anda kendalikan dengan tenang dan selesa.

∗ Pastikan sama ada anda boleh bertukar tugas dengan rakan sekerja untuk

mempelbagaikan tugas anda. Ini boleh meningkatkan minat kerja anda. ∗ Tanya pihak tertentu, boleh atau tidak merombakkan semula kerja anda

atau berkongsi dengan orang lain.

∗ Jika kehilangan semangat untuk meneruskan kerja hendaklah mempertimbangkan beberapa ide. Jika ide tersebut tidak dapat membantu, cuba uruskan sesi bimbingan dengan pihak atasan. Nyatakan sebab yang mengakibatkan ketandusan pada diri anda.

∗ Hadkan bilangan palawat yang mengunjungi anda. ∗ Aturkan pertemuan dengan rakan sekerja di tempatnya. Dengan cara ini

anda boleh minta diri sebaik sahaja urusan yang berkenaan selesai. ∗ Meja diletakkan berhadapan dengan pintu masuk supaya pelawat melihat

anda sedang sibuk. Biasanya mereka tidak menganggu. ∗ Perlu menutup pintu pejabat supaya dapat memberi tumpuan kepada

sesuatu urusan. ∗ Berdiri apabila pelawat mengunjungi anda tanpa memaklumkan terlebih

dahulu. Berdirilah sambil bercakap. Jangan persilakan duduk kecuali anda mempunyai masa untuk melayannya.

∗ Biasanya apabila anda berdiri, pelawat anda juga berdiri. Ini akan

memendekkan tempoh lawatan. Jika tidak berkesan, cakap terus terang “Terima kasih kerana mengunjungi saya. Saya minta maaf kerana terpaksa menyiapkan projek ini sekarang”.

∗ Pastikan panggilan mana yang memerlukan tindakan susulan anda.

Agihkan tugas yang lain. ∗ Pesanan hendaklah diambil oleh orang lain ketika anda sedang sibuk dan

tidak mahu diganggu.

41

Page 42: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

∗ Hadkan perbualan sosial. Berikan jawapan pendek. Akhirlah perbualan dengan sopan jika tujuan anda sudah tercapai.

∗ Agihkan surat anda. Berilah panduan tentang jenis surat yang anda

hendak baca.

1. Surat untuk makluman sahaja. 2. Surat untuk tindakan. 3 Surat yang mesti dibuang. 4. Ketika membaca surat anda mestilah memikirkan tindakan yang

perlu diambil.

5. Membalas surat melalui telefon. 6. Mencoretkan jawapan yang ringkas pada surat asal dan

mengirimkan kembali. 7. Surat untuk direkod, buat satu salinan sebelum ia dikirimkan.

• Jangan menghabiskan masa kerana menunggu orang untuk

temu janji. • Jika anda pergi ke pejabat seseorang dan tidak dapat

berjumpanya dengan segera, tinggalkan pesanan kepada kerani. Minta pihak berkenaan menghubungi anda jika sudah bersedia. Kembali terus ke pejabat anda.

• Apabila hendak mengadakan mesyuarat, rancangkan apa

yang hendak dicapai. Hadkan bilangan orang yang menghadiri mesyuarat tersebut.

• Terangkan agenda mesyuarat dan tujuan mesyuarat. • Pastikan perbincangan tidak terpesong dengan membuat

rumusan sepanjang mesyuarat. • Agihkan tanggungjawab. • Tetapkan tarikh tindakan susulan supaya keputusan yang

tercapai itu dapat dilaksanakan. • Senaraikan keutamaan perkara yang hendak dibincangkan. • Hentikan sebarang perbincangan yang melibatkan dua

orang peserta. Keadaan ini hanya dibenarkan dalam sesi perbincangan satu dengan satu.

42

Page 43: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

• Sebelum menghadiri mesyuarat pastikan sama ada kehadiran anda diperlukan atau tidak.

• Hadirlah tepat pada waktu. Bersedialah untuk melibatkan

diri dalam mesyuarat. 8. KREATIVITI DALAM PENGURUSAN

8.1 Pengenalan:

Sejak akhir-akhir ini aspek kreativiti dalam pengurusan organisasi telah diberi keutamaan. Keadaan ini berlaku kerana kreativiti boleh membantu sesebuah organisasi itu terus berkembang dan berupaya menyelesaikan masalah yang kecil-kecil hinggalah kepada melaksanakan projek-projek gergasi. Kreativiti bolehlah diibaratkan sebagai minyak pelincir dalam sesebuah kenderaan. Ianya tidak boleh diabaikan sekiranya kenderaan itu perlu berjalan lancar dan licin. Melalui kreativiti dalam pengurusan, adalah diyakini matlamat untuk melahirkan sekolah berkesan akan tercapai dengan mudahnya.

8.2 Definisi Kreativiti:

Kreativiti boleh ditakrifkan sebagai, “proses menghasilkan sesuatu idea yang baru dan bernilai”.

8.3 Kepentingan Kreativiti Dalam Pengurusan:

Semua organisasi memerlukan kreativiti dalam pengurusan masing-masing, terutama dalam menghadapi cabaran perubahan dunia yang tidak menentu dan sukar diramalkan.

Penggunaan prinsip kreativiti dalam pengurusan sekolah akan membolehkan pengurus sekolah menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan dan cekap. Melalui kreativiti segala program, projek dan aktiviti akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkualiti dan seterusnya dapat membantu mempertingkatkan kecemerlangan pendidikan dan pembangunan negara. Beberapa kajian mendapati bahawa kreativiti adalah merupakan faktor yang kritikal kepada kemajuan sesebuah organisasi. Kreativiti mempunyai pertalian rapat dengan produk berkualiti, penyelesaian masalah dan prestasi organisasi.

43

Page 44: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

8.4 Ciri-Ciri Organisasi Yang Menggalakkan Kreativiti:

Organisasi yang menggalakkan kreativiti mempunyai ciri-ciri berikut:

• Bersifat terbuka kepada idea dan konsep baru. • Menetapkan satu tahap prestasi yang tinggi. • Mempunyai nilai yang positif terhadap inovasi. • Menekankan kepada perkembangan ketrampilan ahli-ahli

organisasinya. • Ahli-ahli organisasinya mempunyai pelbagai pengalaman. • Unit-unit dalam organisasinya boleh berdiri dengan sendiri (loose

coupling). • Terdapat cabaran daripada pihak atasan. • Wujudnya komunikasi dua hala. • Mementingkan kepuasan pelanggan.

8.5 Bagaimanakah Mewujudkan Organisasi Kreatif:

Untuk melahirkan masyarakat organisasi yang kreatif, beberapa perkara berikut hendaklah diberi perhatian serius oleh pihak atasan, iaitu:

• Organisasi berkenaan hendaklah menyediakan sumber dan masa yang

mencukupi kepada ahli-ahli organisasinya. • Pihak pengurusan hendaklah memberi jaminan kerja (job security) ke

atas ahli-ahli organisasi yang kreatif. • Pihak pengurusan hendaklah mewujudkan perasaan percaya kepada

ahli-ahli organisasi. Mempunyai harapan yang tinggi kepada orang bawahannya dan bersifat terbuka kepada kritikan-kritikan.

• Pihak pengurusan hendaklah memberi kebebasan kepada ahli-ahli organisasi untuk berkreatif.

• Pihak pengurusan bersedia memaafkan dan tidak mengkritik ke atas mana-mana kegagalan.

• Pihak pengurusan hendaklah memupuk pertumbuhan iklim bekerja dengan ahli-ahlinya turut sama dalam membuat keputusan terutama tentang matlamat yang hendak dicapai.

44

Page 45: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

8.6 Iklim Organisasi Yang Kreatif:

Iklim kreatif biasanya mengandungi perkara-perkara berikut:

• Penuh kepercayaan dan keyakinan kepada orang-orang yang cuba berkreatif.

• Terdapat komunikasi dua hala yang membawa kepada kejelasan matlamat dan keperluan organisasi.

• Organisasi yang terdiri daripada ahli-ahli yang mempunyai pelbagai kebolehan dan pengalaman.

• Menyokong perubahan. • Terdapat satu sistem merit untuk idea-idea kreatif.

8.7 Aktiviti-Aktiviti Bagi Menjana Kreativiti:

Sambungkan 9 titik dibawah dengan empat garisan yang tidak putus.

Bahagikan petak di bawah menjadi 4 petak yang sama saiz.

45

Page 46: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

Bahagikan bulatan berikut menjadi 8 bahagian dengan 3 garisan sahaja.

Nyatakan kegunaan pen? Apakah definisi sederhana? Apakah definisi seimbang?

Bagaimanakah cara hendak mengatasi kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur?

8.8 Bengkel Penyelesaian Kreatif dalam Pengurusan Sekolah

Berikut ialah beberapa masalah yang wujud di dalam organisasi anda. Fikirkan bagaimanakah masalah-masalah ini dapat diselesaikan secara kreatif.

1. Sekolah anda mempunyai sebuah Pusat Sumber yang kecil,

berukuran 10 kaki x 25 kaki. Itulah sahaja bilik yang ada di sekolah anda. Sebagai seorang Pengetua, anda ingin jadikan Pusat Sumber ini aktif dan berfungsi seperti sebuah Pusat Sumber sekolah lain yang jauh lebih besar.

Cadangkan bagaimanakah cara Pusat Sumber Sekolah anda dapat berfungsi dengan baik.

2. Sekolah anda ialah sebuah sekolah berasrama yang menghadapi

masalah air yang berlarutan sejak setahun yang lalu. Punca anda ialah tekanan air sangat rendah, menyebabkan air tidak dapat naik ke tangki. Sejak akhir-akhir ini masalah ini semakin serius hingga menyebabkan murid-murid bukan sahaja tidak dapat mandi, tetapi beristinja pun tidak boleh.

Tugas anda ialah menyelesaikan masalah yang agak parah ini.

46

Page 47: NOTA ASAS PENGURUSAN SEKOLAH - AZMAN

3. Ada teori yang mengatakan bahawa kesediaan belajar adalah

penting kepada pelajar-pelajar. Jika pelajar sudah bersedia, dan sudah tahu apa yang akan dipelajari pada hari itu, tugas guru akan lebih senang, dan dipercayai objektif pengajaran/pembelajaran hari itu akan dapat dicapai dengan mudahnya.

Bagaimanakah teori ini dapat diaplikasikan dalam suasana sebenar di sekolah?

4. Sekolah anda melaksanakan semua kegiatan kokurikulum. Namun

begitu kegiatan persatuan/kelab di sekolah anda adalah tidak begitu menggalakkan. Cadangkan satu cara bagi mengatasi masalah kelembapan kegiatan persatuan/kelab supaya lebih aktif.

5. Sekolah anda mempunyai 1600 pelajar. Rumah sukan yang

dibentuk ialah 4 buah. Saban tahun Sukan Tahunan dilangsungkan. Namun begitu penyertaan pelajar tidaklah menyeluruh. Bagaimanakah cara supaya semua pelajar terlibat secara aktif dalam temasya Sukan Tahunan Sekolah anda?

6. Setiap sekolah sering menghadapi masalah guru ganti apabila

terdapat guru yang tidak hadir atas pelbagai sebab. Cadangkan cara-cara yang lebih efektif.

7. Masalah air di Malaysia ialah berpunca daripada masalah

pengurusan air. Bagaimanakah air hujan dapat dimanfaatkan di sekolah anda?

8. Bagaimanakah cara hendak menyimpan bunga manggar? 9. Bagaimanakah sekolah boleh melatih pelajar menjadi pemimpin?

Cadangkan program-program yang difikirkan sesuai. 10. Cadangkan program-program yang boleh melahirkan semangat

cintakan sekolah dan negara. 11. Berdasarkan pengalaman anda yang lalu, rakamkan satu

penyelesaian kreatif yang pernah dilaksanakan di sekolah anda. c(D):KPS/notakpks/Notaor2/nh//ct/mh

47