isu isu kontemporari

20
Isu-isu Halal Dalam Sektor Industri Makanan Di Malaysia BAB SATU PENGENALAN 1.1 latar Belakang Masalah Keperluan kepada ijtihad kontemporari bagi masyarakat Islam sekarang ini sudah berada pada tahap yang mendesak, kegagalan memenuhi keperluan ini bolehmenyebabkan banyak agenda kemajuan masyarakat menjadi terbengkalai danpengaruh hukum Islam dalam masyarakat akan bertambah pudar. Bagimemenuhi keperluan ini pihak yang berkenaan perlu memikul tanggungjawab sewajarnya bagi menjamin reformasi hukum Islam berlaku dengan sempurna . Era kemajuan yang dialami oleh masyarakat Islam oleh dunia kini telah menimbulkan banyak persoalan baharu dalam pelbagai aspek atau bidang kehidupan. Ia bukan sahaja mencabar warisan tradisi masyarakat dan agama,tetapi juga nilai hidup kontemporari. Kemajuan ini telah mengakibatkan perubahan yang ketara dalam banyak perkara sama ada dari segi fizikal atau material dan juga dari segi moral serta spiritual. Secara umumnya, kebanyakan persoalan baharu ini tidak pernah ada pada waktu hukum Islam disimpulkan dalam kitab-kitab fiqh klasik. Ia benar- benar bersifat kontemporari dan juga tidak pernah diketahui oleh para fuqaha terdahulu, malah sesetengahnya mungkin tidak pernah terfikir oleh mereka akan terjadi. Dewasa ini pelbagai isu berkaitan halal-haram dibincangkan oleh para sarjana hukum Islam. Di antara isu tersebut adalah penggunaan perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (bone ash) yang diperbuat daripada serbuk tulang babi, makanan terubah suai secara genetik melibatkan pemindahan gen-gen yang halal dan juga tidak halal sama ada dari haiwan dan juga tanaman, penggunaan vaksin biothrax dan vaksin rotateq yang menggunakan unsur babi, penggunaan Pneumatic Percussive Stunning Page 1 of 20

Upload: has-alqis

Post on 22-Dec-2015

233 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

report

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Isu Kontemporari

Isu-isu Halal Dalam Sektor Industri Makanan Di Malaysia

BAB SATU

PENGENALAN

1.1 latar Belakang Masalah

Keperluan kepada ijtihad kontemporari bagi masyarakat Islam sekarang ini sudah berada

pada tahap yang mendesak, kegagalan memenuhi keperluan ini bolehmenyebabkan banyak

agenda kemajuan masyarakat menjadi terbengkalai danpengaruh hukum Islam dalam

masyarakat akan bertambah pudar. Bagimemenuhi keperluan ini pihak yang berkenaan perlu

memikul tanggungjawab sewajarnya bagi menjamin reformasi hukum Islam berlaku dengan

sempurna.

Era kemajuan yang dialami oleh masyarakat Islam oleh dunia kini telah menimbulkan

banyak persoalan baharu dalam pelbagai aspek atau bidang kehidupan. Ia bukan sahaja

mencabar warisan tradisi masyarakat dan agama,tetapi juga nilai hidup kontemporari.

Kemajuan ini telah mengakibatkan perubahan yang ketara dalam banyak perkara sama ada

dari segi fizikal atau material dan juga dari segi moral serta spiritual. Secara umumnya,

kebanyakan persoalan baharu ini tidak pernah ada pada waktu hukum Islam disimpulkan

dalam kitab-kitab fiqh klasik. Ia benar-benar bersifat kontemporari dan juga tidak pernah

diketahui oleh para fuqaha terdahulu, malah sesetengahnya mungkin tidak pernah terfikir oleh

mereka akan terjadi. Dewasa ini pelbagai isu berkaitan halal-haram dibincangkan oleh para

sarjana hukum Islam.

Di antara isu tersebut adalah penggunaan perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk

tulang haiwan (bone ash) yang diperbuat daripada serbuk tulang babi, makanan terubah suai

secara genetik melibatkan pemindahan gen-gen yang halal dan juga tidak halal sama ada dari

haiwan dan juga tanaman, penggunaan vaksin biothrax dan vaksin rotateq yang menggunakan

unsur babi, penggunaan Pneumatic Percussive Stunning dalam sembelihan lembudan

binatang halal, kaedah thoracic sticking dalam sembelihan haiwan,penggunaan electrical

stunning dalam penyembelihan lembu, penggunaan bakteria yang diambil daripada najis bayi

sebagai agen pemangkin dalam yogurt,

Page 1 of 18

Page 2: Isu Isu Kontemporari

Isu-isu Halal Dalam Sektor Industri Makanan Di Malaysia

penyuntikan hormon FSH-P tersebut kepada binatang ternakan yang halal untuk tujuan

pembiakan, penggunaan alkohol dalam produk minuman,makanan, pewangi dan ubat-ubatan,

pemprosesan wine vinegar  yang dicampur dengan bahan-bahan sintetik, ternakan ikan yang

diberi makanan najis dan kotoran bersumberkan khinzir serta organnya, penternakan ayam

yang diberi makanan dan suntikan hormon bersumberkan khinzir untuk tujuan

menggemukkan, penggunaan new water  daripada sisa kumbahan yang dirawat dan diproses

kembali sebagai air bersih dan seumpamanya.

Islam adalah agama atau cara hidup yang disediakan dan ditentukan oleh Allah. Setiap

orang Islam hendaklah sentiasa akur dan taat terhadap semua hukum dan peraturan yang telah

ditetapkan oleh Allah termasuklah dalam hal yang berkaitan dengan makanan, minuman dan

penyediaannya. Panduan utama yang ditetapkan oleh Allah ialah makan dan minum hanya

yang halal. Sesuatu yang diharamkan oleh Allah, maka hukumnya adalah haram kecuali jika

dalam keadaan darurat.

Memandangkan hampir semua penyediaan makanan harian menggunakan bahan

mentah yang datangnya dari daging binatang seperti ayam, lembu, kerbau, dan kambing,

maka faktor penyembelihan adalah amat penting sama ada sesuatu masakan atau produk

boleh diambil atau sebaliknya mengikut syariat Islam. Penyembelihan yang dilakukan secara

tradisi atau manual yang diamalkan dalam masyarakat zaman-berzaman tidak begitu

menimbulkan kekeliruan. Ini kerana kerja penyembelihan hanya melibatkan beberapa ekor

binatang dan sekadar memerlukan seorang dua tenaga manusia. Apabila penyembelihan yang

melibatkan pengeluaran komersial, amalan secara tradisi tidak lagi ekonomik, cepat dan tidak

mampu menampung permintaan masyarakat, negara malahan pengguna muslim antarabangsa.

Sungguhpun demikian keunggulan dan ketetapan syariat Islam wajib dipatuhi dan

dijaga. Masyarakat Islam dan pihak yang terlibat dalam industri produk halal tidak kira sama

ada muslim ataupun bukan muslim sekarang mempunyai kesedaran terhadap sumber makanan

yang halal.

Page 2 of 18

Page 3: Isu Isu Kontemporari

Isu-isu Halal Dalam Sektor Industri Makanan Di Malaysia

Sehubungan dengan itu, konsep makanan yang tidak halal dalam Islam ialah apa jua

makanan yang diharamkan seperti anjing dan babi dan makanan-makanan yang halal tetapi

diperolehi dengan cara yang haram seperti mencuri, rasuah, menipu, hasil perjudian dan lain-

lain, termasuk juga dalam jenis makanan yang haram ialah daging haiwan yang tidak

disembelih atau disembelih tetapi tidak mengikut kehendak syarak.

Oleh itu, perkara-perkara yang dibincangkan dapat memberikan panduan dan

pengetahuan dalam menangani isu pemakanan yang halal khususnya mengenai

penyembelihan. Apa yang menarik dalam kajian ini, ialah isu yang disentuh adalah menjadi

topik utama dalam kemusykilan masyarakat masa kini. Tujuan kajian ini juga untuk memberi

kesedaran kepada orang ramai mengenai penyembelihan halal, yang menepati syarak dan

sebagai sumber makan yang bersih. Melalui sumber makanan yang halal dapat membentuk

peribadi yang berakhlak dan akhirnya membentuk sebuah masyarakat yang harmoni.

Page 3 of 18

Page 4: Isu Isu Kontemporari

Isu-isu Halal Dalam Sektor Industri Makanan Di Malaysia

BAB DUA

DEFINISI KONSEP PENYEMBELIHAN

2.1 Pendahuluan

Penyembelihan halal atau zabihah adalah perkara yang amat penting dalam syariat

Islam. Aspek ini begitu ditekankan secara khusus dalam hadis Rasulullah S.A.W., malah ia

sebagai penentu terhadap sesuatu produk makanan halal. Memandangkan hampir semua

penyediaan makanan harian menggunakan bahan mentah yang datang dari daging binatang

seperti ayam, lembu, kerbau, dan kambing, maka faktor penyembelihan adalah amat penting

sama ada sesuatu masakan atau produk boleh diambil atau sebaliknya mengikut syariat Islam.

Penyembelihan yang dilakukan secara tradisi atau manual yang diamalkan dalam

masyarakat zaman-berzaman tidak begitu menimbulkan kekeliruan. Ini adalah kerana kerja

penyembelihan hanya melibatkan beberapa ekor binatang dan sekadar memerlukan seorang

dua tenaga manusia. Apabila penyembelihan yang melibatkan pengeluaran komersial, amalan

secara tradisi tidak lagi ekonomik, cepat dan tidak mampu menampung permintaan

masyarakat, negara malahan pengguna muslim antarabangsa, sungguhpun demikian

keunggulan dan ketetapan syariat Islam wajib dipatuhi dan dijaga.

Masyarakat Islam dan pihak yang terlibat dalam industri produk halal tidak kira sama

ada muslim atau bukan muslim sekarang mempunyai kesedaran terhadap sumber makanan

yang halal. Sehubungan dengan itu, penulis akan membincangkan panduan dan pengetahuan

dalam menangani isu pemakanan yang halal khususnya mengenai penyembelihan binatang.

Penulis juga berharap dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai

penyembelihan yang halal, yang menepati syarak dan sebagai sumber makanan yang bersih.

Melalui sumber makanan yang yang halal dapat membentuk peribadi yang berakhlak dan

akhirnya membentuk sebuah masyarakat yang harmoni.

Page 4 of 18

Page 5: Isu Isu Kontemporari

Isu-isu Halal Dalam Sektor Industri Makanan Di Malaysia

2.2 Pengertian Penyembelihan

Penyembelihan dari segi bahasa ialah potong atau belah bagi menghilangkan nyawa

binatang. Dari segi syarak pula ialah menyembelih binatang yang mampu dikuasai dan harus

dimakan dengan memutuskan urat halkum, urat mari’ dan dua urat darah di kiri dan kanan

leher binatang tersebut.

Ini adalah berasas pada sabda Rasulullah S.A.W. :

الذكاة مابين اللبة واللحية

Maksudnya :

“Sembelihan adalah di antara pangkal dagu dan pangkal leher.”

(Riwayat Ibnu Abbas)

2.3 Hukum Penyembelihan

Hukumnya adalah wajib bagi binatang-binatang yang dapat dikuasai dan harus

dimakan. Bagi binatang-binatang yang tidak dapat dikuasai boleh disembelih atau ditikam

pada mana-mana bahagian tubuhnya untuk dimatikan seperti dalam memburu.

Selain itu, menyembelih haiwan yang halal dimakan seperti ayam, lembu dan kambing

untuk dijadikan makanan kepada orang Islam adalah wajib sekiranya haiwan-haiwan tersebut

mati tanpa disembelih atau disembelih tetapi tidak mengikut kehendak syarak, ia dinamakan

bangkai. Memakan bangkai hukumnya haram kecuali bangkai ikan dan belalang. Menurut

hukum Islam haiwan-haiwan yang mati tidak kerana disembelih sama hukumnya dengan

bangkai, iaitu haram memakannya.

Page 5 of 18

Page 6: Isu Isu Kontemporari

Isu-isu Halal Dalam Sektor Industri Makanan Di Malaysia

2.4 Cara Penyembelihan

Penyembelihan ke atas binatang yang kita berkuasa iaitu berkeupayaan untuk

menangkapnya dan menyembelihnya adalah dengan memutuskan halqum dan urat mari’nya.

Halqum ialah saluran pernafasan dan mari’ pula ialah saluran makanan dan minuman ianya

terletak di bawah halqum.

Bagi penyembelihan cara luar biasa, iaitu binatang yang sukar ditangkap sama ada

semasa perburuan atau binatang jinak yang lari dan sukar ditangkap atau binatang yang tidak

dapat disembelih dilehernya seperti terjatuh ke dalam perigi dan sukar dikeluarkan,

penyembelihannya hanya memadai dengan melukakan mana-mana bahagian pada tubuhnya

dan menyebabkan ia mati.

2.5 Hikmah Penyembelihan

Untuk melepaskan nyawa binatang dengan jalan yang paling mudah, yang dapat

meringankan dan tidak menyakiti atau meyeksanya. Dengan ini disyaratkan alat yang

digunakan itu hendaklah tajam. Sehubungan dengan itu, hikmat diharamkan menggunakan

alat-alat penyembelihan yang di tegah adalah kerana ianya menyakitkan binatang, sedangkan

Islam menyuruh mematikan binatang secara baik dan sopan, dengan ini akan melahirkan rasa

ihsan ke atas binatang bagi memupuk jiwa yang baik.

Selain itu, membezakan cara penyembelihan yang sah dan cara penyembelihan yang

tidak sah serta perbezaan cara penyembelihan orang-orang bukan Islam. Ini menunjukkan

Islam itu satu sistem hidup yang sempurna dan tersusun rapi, disamping itu melatih manusia

supaya mematuhi suruhan Allah S.W.T. sewaktu mendapat makanan.

Page 6 of 18

Page 7: Isu Isu Kontemporari

Isu-isu Halal Dalam Sektor Industri Makanan Di Malaysia

Disyaratkan supaya disembelih di leher kerana penyembelihan yang dilakukan pada

leher adalah untuk mempercepatkan matinya haiwan sembelihan dan cepat keluar roh

(nyawa). Selain itu juga, Darah yang mengalir keluar semuanya tidak mendatangkan bau

busuk berbanding dengan yang tidak keluar darah kerana memakan bangkai dan darah tak

ubah seperti haiwan. Sebahagian darah di tubuh haiwan yang halal dimakan harus dikeluarkan

dan nyawa haiwan itu keluar secara beradab.

Sehubungan dengan itu juga, untuk memastikan bahawa makanan yang dimakan oleh orang-

orang Islam suci dan halal serta bagi memelihara akidah umat Islam kerana penyembelihan

yang dilakukan itu atas nama Allah S.W.T. dan sebagai tanda penghormatan dan kesyukuran

manusia terhadap salah satu daripada sumber nikmat makanan yang dikurniakan oleh Allah

S.W.T.

Page 7 of 18

Page 8: Isu Isu Kontemporari

Isu-isu Halal Dalam Sektor Industri Makanan Di Malaysia

BAB TIGA

ISI DAN HURAIAN

2.1 Isu-isu Penyembelihan Haiwan Ternakan

Umumnya, penghasilan produk makanan di Malaysia sentiasa meningkat dari hari ke

hari. Keupayaan industri makanan dan menghasilkan pelbagai jenis produk makanan telah

memangkin serta mencorakkan pertumbuhan ekonomi negara kesuatu tahap yang

membanggakan. Walaupun begitu dalam kerancakan tersebut, para pengguna khususnya umat

Islam perlu berhati-hati dalam pemilihan produk makanan yang terjamin halal dan bersih

(tayyiban) daripada sebarang elemen yang meragukan.

Di antara aspek yang sering dibincangkan oleh para sarjana hukum Islam adalah

berkaitan isu sembelihan. Ia melibatkan haiwan yang disembelih tidak putus urat, mati

sebelum disembelih, penggunaan alatan sembelihan yang tidak tajam dan persekitaran

sembelihan yang kotor. Selain itu, terdapat juga isu penyembelihan yang bukan Islam

menyembelih untuk orang Islam, haiwan yang disembelih tidak cukup sifat, tidak

memperolehi sijil tauliah sembelihan daripada pihak berkuasa dan penggunaan alatan

teknologi dalam penyembelihan semasa.

Sembelihan pada zaman dahulu kebiasaannya dilakukan secara manual tanpa

melibatkan penggunaan alatan canggih. Namun begitu, perkembangan sains dan teknologi

telah memperkenalkan beberapa kaedah baru yang bertujuan untuk membantu proses

penyembelihan dapat dilakukan dengan lebih pantas dan berkesan. Ini juga berasaskan kaedah

kapasiti pengeluaran haiwan dahulu yang tidak begitu banyak permintaannya sebagaimana

sekarang. Misalnya, bagi sebuah rumah sembelihan seperti kerabat processing House (Pedas)

Sdn Bhd di Malaysia, purata pngeluaran ayamnya hampir 70,000-80,000 ekor sehari. Begitu

juga dengan peningkatan permintaan haiwan-haiwan lain seperti lembu, kambing dan

seumpamanya. Selaras dengan itu, penggunaan teknologi seperti stunning dan thoracic

sticking diperkenalkan untuk membantu pihak pengeluar rumah sembelih mampu memenuhi

permintaan pasaran yang semakin menggalakkan.

Page 8 of 18

Page 9: Isu Isu Kontemporari

Isu-isu Halal Dalam Sektor Industri Makanan Di Malaysia

Walaupun begitu, penggunaan teknologi ini juga menimbulkan keraguan apabila tidak

dilaksanakan mengikut syariat Islam seperti yang digariskan di dalam al-Quran dan sunnah

Rasul SAW. Keraguan ini timbul apabila penggunaan kaedah stunning seperti penetrative

captivebolt dan non-penetrative captive bolt atau disebut sebagai mushroom head stunner

yang digunakan telah menyebabkan keretakan kepada tengkorak haiwan sebelum disembelih.

Stunning atau hentakan yang tujuan asal diberikan adalah untuk pelalian berubah menjadi satu

proses kematian segera kepada haiwan. Berasaskan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia

pada bulan Mac tahun 2006, penggunaan stunning yang dibenarkan hanyalah kepada

pneumatic percussive stunning dalam penyembelihan lembu dengan diisyaratkan ia tidak

merosakkan tengkorak haiwan tersebut serta haiwan itu mati disebabkan sembelihan yang

tidak sempurna. Selain itu, terdapat juga penggunaan air stunning (pelalian angin), electrical

stunning (pelalian elektrik termasuk berasaskan air) dan gas stunning (pelalian gas). Untuk

kategori stunning ini, fatwa telah mengharuskan penggunaannya dan perlu dikawal arus yang

dialirkan mengikut kategori haiwan dan saiznya.

Oleh yang demikian, sehingga kini belum ada fatwa terbaru di Malaysiayang melarang

penggunaan stunning jenis ini yang telah menyebabkan keretakanotak dan kesakitan kepada

haiwan. Namun begitu, beberapa kajian semasa telahdijalankan oleh para penyelidik daripada

Institut Penyelidikan Produk Halaldengan kerjasama Dr Mohamed Lutfi daripada University

Of Queensland,Australia di lapan buah pusat penyembelihan dalam masa 20 bulan pada tahun

2003 hingga 2004 mendapati bahawa 80% - 95% haiwan yang dikaji mengalami keretakan

dan pecah tengkorak dan 5% - 20% mengalami lekukan ditengkorak.

Begitu juga terhadap penggunaan thoracic stciking yang merupakan prosedur

tambahan selepas penyembelihan lengkap dilakukan. Isu ini timbul apabila kaedah ini

dilakukan sebelum penyembelihan tersebut berlaku dengan sempurna. Praktikalnya, bagi

haiwan besar seperti lembu yang telah disembelih, teknik ini dilakukan dengan memotong

urat utama sekitar jantung dengan menggunakan pisau, bertujuan mempercepat aliran darah

dengan memutuskan brachio cephalic trunk atau bicarotid trunk dan tidak bertujuan menikam

jantung haiwan. Berasaskan hal ini, fatwa juga telah memutuskan thoracic sticking dibenarkan

selagi memenuhi panduan yang digariskan.

Page 9 of 18

Page 10: Isu Isu Kontemporari

Isu-isu Halal Dalam Sektor Industri Makanan Di Malaysia

Ini bagi memastikan penggunaan kaedah ini yang kebanyakannyadilakukan di rumah-rumah

sembelihan di luar negara seperti New Zealand dannegara-negara Eropah memenuhi

kehendak Syariah.

 Di antara panduan tersebut adalah seperti berikut:

 1. Telah berlaku sembelihan yang sempurna (iaitu telah putus keempat-empaturat Mari',

haklum dan wadajain);

2. Kaedah tersebut dijalankan selepas berlaku pendarahan sempurna (completebledin) atau

selepas 30 saat penyembelihan berlaku;

3. Binatang tersebut disahkan mati akibat sembelihan dan kaedah hanya sekadarmembantu

mempercepatkan kematian

Kaedah ini perlu dikawal selia oleh petugas muslim yang bertauliah. Berdasarkan

fatwa yang sedia ada, fatwa telah mensyaratkan thoracic sticking boleh dilaksanakan selepas

30 saat penyembelihan. Hal ini berdasarkan ijtihad para mufti pada ketika itu bagi

memberikan ruang waktu di antara masa penyembelihan dan pendarahan berlaku. Melalui

kajian semasa yang dilakukan oleh para penyelidik Institut Penyelidikan Produk Halal, UPM,

tempoh masa 30saat selepas penyembelihan tersebut adalah masa yang ideal diperlukan bagi

memastikan haiwan tersebut sempurna disembelih. Ia bertujuan memastikanhaiwan itu tidak

mati kerana tikaman kali kedua sebaliknya kaedah thoracic sticking hanya prosedur tambahan

selepas sembelihan kali pertama dilakukan. Dalam tempoh tersebut, haiwan seperti lembu

juga akan hilang kesedarannyamanakala sebilangan daripada lembu yang lain akan hilang

sehingga tempohmasa 45 saat. Sedangkan kambing hanya memerlukan masa 20 saat.

Manakala untuk kaedah kejutan pneumatic terdapat dua jenis bola besi (peluru) yang

digunakan iaitu peluru yang boleh merosakkan bahagian utama otak dan yang boleh memberi

gegaran kuat kepada otak. Dalam kaedeah ini haiwan ditembak bola besi ke otak diikuti

dengan mengenakan tekanan udara tinggi. Hal ini menyebabkan kerosakan tisu otak serta

saraf tunjang haiwan itu. Melalui proses stunning, haiwan dikenakan renjatan elektrik bagi

melemahkan sistem saraf sebelum memasuki proses sembelihan. Menurut pakar perubatan

hasil daripada kajian yang dilakukan, mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan

kejutan elektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat,

mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.

Page 10 of 18

Page 11: Isu Isu Kontemporari

Isu-isu Halal Dalam Sektor Industri Makanan Di Malaysia

Ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima

tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu. Jantung haiwan itu

berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih.

Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya

tidak selamat untuk dimakan. Justeru jelaslah kepada kita bahawa kaedah penyembelihan

secara stunning mendatangkan kemudaratan (kesakitan yang amat sangat) kepada binatang

dan juga kesihatan manusia dimana daging daripada sembelihan menggunakan kaedah

stunning ini didapati tidak segar, tidak selamat dan ada yang bercampur dengan darah (beku)

akibat daripada darah yang tidak mengalir ketika proses stunning dilakukan

Dalam industri penyembelihan, kebiasaanya haiwan yang tidak memenuhi syarat Halal

atau ditolak akan diletakkan di dalam bekas berwarna dan ditandakan sama ada melalui tag

dan label ‘Non-halal’ atau dipotong kaki sebelah serta diwarnakan dengan pewarna yang

meresap ke dalam daging haiwan tersebut. Tujuan dilakuakn proses ini adalah untuk

mengelakkan manipulasi sesetengah pihak yang ingin mengaut keuntungan melalui jalan

pintas dengan menjual hasil sisa haiwan yang ditolak kepada pasaran awam. Sedangkan

sumber perolehannya meragukan dan dijual dengan harga yang murah. Ini termasuklah

daging,karkas dan organ dalaman.

Isu berasaskan sembelihan ini juga termasuklah hasilan atau sisa daripada rumah

sembelihan seperti darah, bulu dan derivatif lainnya. Dalam industri pemprosesan produk

makanan, darah biasanya digunakan secara meluas khususnya sebagai bahan tambah. Ia

berfungsi sebagai agen pengental, penambahbaikan struktur, pengemulsi, perasa dan

seumpamanya. Menurut laporan Persatuan Pengguna Pulau Pinang, pada tahun 1998, plasma

darah atau enzim transglutaminase telah digunakan sebagai agen tambahan dalam makanan

seperti bebola ikan, surimi, yogurt dan sebagainya. Ia dieksploitasi oleh pengusaha-pengusaha

industri makanan bagi penyediaan produk yang lebih bermutu, mengelakkan kerugian dengan

meminimumkan kos pengeluaran oleh syarikat berkaitan rumah sembelihan.

Page 11 of 18

Page 12: Isu Isu Kontemporari

Isu-isu Halal Dalam Sektor Industri Makanan Di Malaysia

Umumnya, cara pemorelahan darah adalah melalui rumah sembelihan yang

kemudiannya diemper(centrifuged) untuk menyingkirkan darah. Seterusnya penghasilan

cecair berwarna kuning air yang kemudiannya dikeringkan secara semburan dn digunakan

sebagai sumber protein. Bagi makanan surimi, produk makanan tiruan berasaskan ikan,

plasma darah mempunyai dua fungsi utama iaitu mencegah enzim protease dan bertindak

seperti perekat yang menambah kekentalan gel. Ini kerana proses ini memberi kekuatan gel

protein dalam dalam makanan apablia dimasukkan ke dalam produk yang terdedah kepada

suhu melebihi 80 darjah celcius seperti produk yang disteril atau makanan dalam tin.

Begitu juga, penggunaan bulu atau lecithin yang berasakan sumber haiwan atau

manusia. Haiwan ini boleh terdiri daripada yang halal dan haram. Ia merupakan sejenis asid

amino yang lazimnya digunakan dalam makanan seperti biskut, kerak pizza, donut dan

makanan bakar yang lain, ubatan dan kosmetik. Misalnya dalam pembuatan roti, ia berfungsi

sebagai agen pengurangan tempoh adunan doh, menghentikan pengecutan kerak piza selepas

dinipiskan serta menjadikan doh tidak mudah melekat. Selain itu, ia juga berperanan sebagai

bahan perisa bedaging sepeti ayam dan lembu.

Manakala, penggunaan organ dalaman haiwan seperti usus dan perut selepas

sembelihan diproses kembali sebagai baja atau makanan ternakan ikan dan seumpamanya.

Berdasarkan fakta-fakta tersebut, isu yang melibatkan penghasilan produk makanan

khususnya yang berkait dengan halal haram sentiasa berlaku dalam masyrakat. Oleh yang

demikian, satu kriteria dan panduan yang jelas berkaitan halal haram perlu diteliti supaya

selari dengan ketetapan di dalam al-Quran.

Page 12 of 18

Page 13: Isu Isu Kontemporari

Isu-isu Halal Dalam Sektor Industri Makanan Di Malaysia

BAB EMPAT

RUMUSAN

Tuntutan mendapatkan makanan yang halal menjadi satu tumpuan penting setiap

Muslim di seluruh dunia. Ini kerana ia merupakan salah satu perintah daripada Allah s.w.t.

melalui Rasul-Nya. Pemakanan yang halal merupakan salah satu ciri utama dalam

pembentukan fizikal yang sihat, khususnya bagi perkembangan minda serta hati manusia.

Pengetahuan yang tepat serta menyeluruh mengenai kaedah penyembelihan mengikut lunas-

lunas syariat, amat penting kerana ia berkait rapat dengan faktor-faktor kesihatan.

Tambahan pula konsep penyembelihan dalam Islam atau `zabiha' juga perlu

dilaksanakan sebaik mungkin, agar ibadah ini tidak dilihat sebagai satu aktiviti yang

menyeksa binatang secara kejam dan perlahan. Islam meletakkan garis panduan dalam

penyembelihan binatang. Oleh itu, Muslim perlu menilai dan meneliti sumber-sumber

pemakanannya agar datang dari sumber yang halal, bukan meragukan.

Melaksanakan penyembelihan binatang bermakna telah menunaikan satu ibadah yang

amat mulia disisi Allah s.w.t. kerana melalui penyembelihan dapat mengetahui sumber

makanan yang halal dan sah disisi syarak. Dalam konsep penyembelihan binatang mempunyai

rukun dan syarat-syaratnya yang tersendiri. Jika rukun dan syarat dipenuhi maka hukum

melaksanakannya adalah wajib bagi binatang-binatang yang dapat dikuasai dan harus

dimakan, begitulah juga sebaliknya.

Sebab itulah Islam menetapkan rukun-rukun penyembelihan iaitu wajib disembelih

oleh orang Muslim dengan niat semata-mata kerana Allah, mengguna pisau yang tajam iaitu

alat penyembelih, binatang yang halal dan mesti memutuskan dua urat saraf iaitu halkum,

saluran pernafasan dan marikh, saluran makanan.Penentuan halal dan toyyiban bagaimanapun

tidak hanya sekadar memenuhi rukun sembelihan tetapi turut melibatkan sumber pemakanan

ternakan, peralatan sembelihan, kawasan pemerosesan, bahan pembungkusan, urusan

pengangkutan dan cara penyediaan yang bebas dari sumber tidak halal.

Page 13 of 18

Page 14: Isu Isu Kontemporari

Isu-isu Halal Dalam Sektor Industri Makanan Di Malaysia

Seterusnya ialah kaedah penyembelihan binatang. Masyarakat bukan Islam tidak tahu

konsep penyembelihan binatang dalam Islam. Lebih menakutkan adalah sekiranya mereka

sendiri yang menyembelih haiwan tersebut dan menjual di pasaran terbuka. Sedangkan antara

syarat penyembelihan dalam Islam adalah penyembelih mestilah orang Islam. Selain itu,

peniaga makanan bukan Islam juga perlu memastikan daging binatang yang mereka beli di

pasaran dibeli daripada peniaga Islam atau dari syarikat penyembelihan yang mendapat

pengiktirafan halal oleh JAKIM.

Selain itu, di antara syarat-syarat sahnya penyembelihan juga ialah menyebut nama

Allah s.w.t. ketika menyembelih. Semua orang yang mampu melalakukan penyembelihan

dengan baik, dari kalangan orang tua ataupun masih muda, laki-laki ataupun perempuan,

dibolehkan untuk melakukan penyembelihan. Dan hasil sembelihan itu halal untuk dimakan

asalkan memenuhi syarat-syaratnya.

Jika penyembelihan tidak dilakukan menurut hukum syarak iaitu penyembelihan itu

tidak dilakukan oleh seorang Muslim dan tidak dibaca Bismillah ketika penyembelihan itu

dilakukan. Sungguhpun begitu terdapat perselisihan pendapat ulama’ yang mengatakan fardhu

dan wajib di baca, dan pula mengatakan fardhu tetapi tidak mengapa kalau terlupa

membacanya. Namun begitu lebih baik beramal dengan membacanya kerana itu adalah lebih

selamat. Berdasarkan kepada pandangan mazhab Syafei hukumnya sunat dan sebagai satu

syarat sah sahaja.

Kebanyakan ulama’ mengatakan boleh dimakan sesuatu sembelihan Ahli Kitab,

walaupun kita tidak mengetahui samada dia menyebut nama Allah s.w.t. atau tidak ketika

melakukan penyembelihan. Hal ini berdasarkan kepada nas al-Quran. Sebagai

kesimpulannnya boleh dikatakan bahawa penyembelihan secara Islam adalah satu syarat

penting untuk membolehkan orang-orang Islam memakan daging binatang samada binatang

ternakan atau binatang liar yang diburu. Binatang yang mati tidak disembelih atau disembelih

mengikut bukan cara Islam dianggap bangkai dan haram dimakan.

Page 14 of 18

Page 15: Isu Isu Kontemporari

Isu-isu Halal Dalam Sektor Industri Makanan Di Malaysia

Oleh itu, umat Islam hendaklah berhati-hati ketika membeli daging di pasar atau

membeli daging yang diimport dari luar negeri kerana banyak penipuan yang dilakukan oleh

pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mencari keuntungan.

Selain memahami konsep penyembelihan yang mengikut hukum syarak , umat Islam

juga disarankan agar memahami dan mendalami hukum-hukum yang berkaitan dengan

konsep penyembelihan binatang secara jelas dan terperinci agar ibadah penyembelihan

tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna dan mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Wujud disana sedikit perbezaan diantara Ulama’ empat mazhab tentang kaedah

penyembelihan seperti dalam masalah pemotongan urat mari’ dan lain-lain.

Walaubagaimanapun kesemuanya menuju matlamat yang satu iaitu mematikan binatang yang

disembelih dengan segera dan memastikan darah tidak terperap dalam binatang yang

disembelih.

Page 15 of 18

Page 16: Isu Isu Kontemporari

Isu-isu Halal Dalam Sektor Industri Makanan Di Malaysia

Rujukan

5.1 Buku

Jabatan Agama Islam. 1992. Penyembelihan Binatang Menurut Islam. Kuala Lumpur:

Perpustakaan Awam Islam

5.2 Temu bual

Mohd Najaie Bin Rizuwan. Halal Executive. Kaedah-Kaedah Penyembelihan Haiwan

Mengikut Sektor Industri Dan Isu Halal Mengenai Proses Penyembelihan.20 Mac 2014.

Kerabat Processing House (Pedas) Sdn Bhd

5.2 Internet

www.e-fatwa.gov.my, fatwa yang diputuskan pada 24 November 1988. Lihat juga

MS1500:2009, Halal  Food - Production, Preparation, Handling And Storage - General

Guidelines (Second Revision), Departmentof Standards Malaysia, h. 13.

Tan Chon Seng, “Jadikan Halal: Menggantikan Enzim Transglutaminase daripada Darah

Binatang MelaluiTeknologi Rekombinan”, dalam  Agromedia, bil. 21, h. 11.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (2006), Panduan Persatuan Pengguna Pulau

Pinang : Halal Haram , PulauPinang: Persatuan Pengguna Pulau Pinang, h. 29 - 30.

Page 16 of 18

Page 17: Isu Isu Kontemporari

Isu-isu Halal Dalam Sektor Industri Makanan Di Malaysia

Lampiran

Lawatan Temu bual di kerabat processing House (Peda) Sdn bhd

Tempat kajian Kerabat Processing House (Pedas) Sdn Bhd

Page 17 of 18

Page 18: Isu Isu Kontemporari

Isu-isu Halal Dalam Sektor Industri Makanan Di Malaysia

Laluan Utama penerima Ayam Dari luar

Page 18 of 18