konsep ummah

Upload: sapiyah-mdrangga

Post on 03-Nov-2015

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Rasululolah s.a.w. telah berjaya mempersaudarakan kaum muhajirin dan ansar sehingga terbentuknya satu ummah Islamiyyah yang teguh di bawah payung tauhid.

TRANSCRIPT

KONSEP UMMAH

KONSEP UMMAH

DEFINISI UMMAH Istilah ummah digunakan dalam Islam bagi membezakannya dengan istilah qaum dalam bahasa Arab yang bererti masyarakat atau komuniti. Konsep masyarakat terbatas dengan geopolitik, bahasa, negara dan bangsa tertentu. Dalam Islam konsep ummah bermaksud masyarakat universal yang dianggotai oleh berbagai jenis kaum dan bangsa disatukan oleh komitmen masing-masing terhadap Islam. Oleh itu, setiap individu Muslim secara otomatik, mahu tidak mahu, adalah seorang anggota dalam kesatuan Umat Islam. Dalam erti kata yang lain iman dan tawhid adalah faktor penyatuan dan bukan lagi warna kulit, bahasa dan bangsa.

Hakikat UmmahUmat Islam mengenal dua tingkatan persaudaraan. 1.Ukhuwwah insaniyyah (persaudaraan sesama manusia). Sistem sosial Islam adalah bersifat universal, ini kerana Islam menghormati setiap insan yang bernama manusia, tanpa mengambil kira warna kulit, bahasa dan bangsa.2. Ukhuwwah Islamiyyah (persaudaraan sesama Muslim). Setiap manusia yang lahir layak menjadi anggota kesatuan manusia ciptaan Allah dan dihormati, dipandang mulia sebagai saudara, sahabat (ukhuwwah). Seluruh umat Islam adalah bersaudara atas dasar keimanan dan kekhalifahan. Umat Islam perlu berkerjasama, saling membantu, peka dan prihatin terhadap apa yang berlaku sesama Muslim.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 10: 10. sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Islam menyeru Umatnya agar berada dalam satu kesatuan sosial yang diperintah dalam pemerintahan Islam (khilafah) dan menjalankan perintah Allah (hukum Islam, syariah) dan membina peradaban yang gemilang untuk menjadi contoh kepada tamadun yang lain.

Misi UmmahHanya dengan menghayati ajaran Islam sepenuhnya maka umat Islam akan menjadi umat yang terbaik sesuai dengan janji Allah SWT: ] [Yang bermaksud:"Kamu adalah sebaik-baik umat yang diutuskan kepada manusia, kamu (mempunayi sifat) menyeru kepada yang maruf dan mencegah daripada yang mungkar dan kamu beriman kepada Allah".

Konsep Persamaan Islam melarang Umatnya bersikap asabiyyah atau perkauman. Kerana sikap seperti ini hanya akan menimbulkan kebencian dan permusuhan di antara sesama umat sedangkan Islam menekankan persatuan dan perpaduan atas dasar iman dan taqwa.

Mafhum Firman Allah SWT dalam surah

Yang bermaksud:"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku sepaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".

Kelebihan dan Keistimewaan Umat Islam Rabbaniyyah: Islam adalah agama yang otentik (asli) daripada Allah SWT. Keaslian ini tidak dimiliki oleh agama-agama lain. Kerana keistimewaan ini Umat Islam adalah umat yang terbimbing.

Seimbang (al-wasatiyyah). Islam mengajarkan umat Islam agar bersikap seimbang (moderate). Tidak menumpukan pada material (kebendaan) sehingga melupakan spiritual (kerohanian) tidak mengutamakan kebebasan individu sehingga mengorbankan kepentingan masyarakat.

Kelebihan dan Keistimewaan Umat Islam Berdaya maju dan Cemerlang. Islam menetapkan peranan dan tanggungjawab kepada umat Islam untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi. Ini adalah kerana potensi yang dimiliki oleh Umat. Tanggungjawab ini meletakkan umat Islam sebagai umat yang sentiasa didorong untuk maju dan memimpin dunia kearah kebaikan bersama seluruh umat manusia. Berakhlak Mulia: Islam meletakkan akhlak dan moralitas sebagai salah satu tujuan risalah Rasulullah saw. Seorang Muslim sudah semestinya memiliki akhlak mulia. Apabila ada orang Islam yang tidak berakhlak maka ini bermakna terdapat kecatatan dalam iman dan ibadahnya.

Sesuai dengan peredaran zaman dan kemajuan: Islam menghormati dan menjunjung tinggi Ilmu pengetahuan. Ajaran Islam tidak ada yang bertentangan dengan sains dan teknologi. Bahkan Islam menyeru agar umatnya menguasai segala ilmu pengetahuan kerana hanya dengan itu umat Islam layak untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi. Kebebasan berfikir dan bertindak: Islam menentang keras kezaliman dan pemerintahan kuku besi. Dalam perkara-perkara yang dibenarkan ijtihad, setiap individu mempunyai hak untuk tidak bersetuju dan mengemukakan pendapat yang lebih baik dan benar. Dengan kebebasan bersuara ini sebuah masyarakat akan lebih dinamik dan progresif.Kelebihan dan Keistimewaan Umat Islam

Faktor Kemunduran Umat Islam Tidak memahami Islam dengan mendalam Tidak dapat merealisasikan ajaran Islam dalam kehidupan Tidak ada keseimbangan suka bersikap ekstrim. Tidak memberi perhatian kepada sains dan teknologi Terlalu menekankan terhadap bentuk dan bukan isi Terlalu sibuk dengan perkara khilafiyyah/ trivial Krisis Ilmu dan minda. Wujudnya rasa rendah diri atau inferiority complex khususnya terhadap tamadun Barat.Pemisahan di antara agama dan politik, ulama dengan umara. Kurangnya rasa persaudaraan Islam (ukhuwwah islamiyyah)

Faktor Kemajuan Umat IslamTawhid dan worldview Islam yang dapat membentuk sikap dan jati diri seorang Muslim.Penguasaan terhadap Ilmu pengetahuanTekad dan KesungguhanSyariah dan Disiplin yang tinggiAkhlak dan pendidikan bersepaduKreativiti dan produktiviti.

Kesimpulan Dalam diri umat Islam sepatutnya tidak wujud permusuhan dan saling membenci di antara satu puak terhadap puak atau kelompok yang lain. Ini kerana Islam menerima perbezaan dan kepelbagaian sebagai satu tanda kebesaran Allah SWT. Adanya kepelbagaian sepatutnya dilihat dari sudut positif iaitu untuk saling mengenali, memahami dan berkerjasama. Hanya dengan sikap terbuka terhadap perbezaan dan kepelbagaian ini maka sesebuah masyarakat akan dapat hidup dengan damai, harmoni dan dapat menciptakan tamadun yang gemilang. Sebagai seorang individu dalam kesatuan Umat Islam, kita perlu peka dan prihatin terhadap apa yang berlaku kepada Umat Islam lainnya dan bersikap saling tolong menolong, serta memikirkan apakah sumbangan yang dapat dilakukan oleh individu untuk kepentingan umat Islam dan bukan sahaja memikirkan diri masing-masing.