#3. travelog jejak patani 2013-ummah

14
 TRAVELOG JEJAK PATANI 2013 

Upload: gptd-unisel

Post on 03-Apr-2018

250 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

7/28/2019 #3. Travelog Jejak Patani 2013-Ummah

http://slidepdf.com/reader/full/3-travelog-jejak-patani-2013-ummah 1/14

 

TRAVELOG JEJAK PATANI 2013 

7/28/2019 #3. Travelog Jejak Patani 2013-Ummah

http://slidepdf.com/reader/full/3-travelog-jejak-patani-2013-ummah 2/14

Sukarelawan Jejak Patani 2013

Izwan Suhadak bin Ishak (Penasihat GPTD UNISEL)

Tengku Farhanan binti Tengku Mohamed (Wakil GPTD, Pengarah)

Mohd Rizaman Mohd Sukri (Wakil GPTD) 

Ili Akmal binti Mohd Razif (Wakil GPTD)

Muhammad Farid Salman Al-Farisi (Wakil PII)

Amalina binti Ismail (Wakil PKPIM)

Ummahatul Hamimah binti Yatim (Wakil GPTD)

7/28/2019 #3. Travelog Jejak Patani 2013-Ummah

http://slidepdf.com/reader/full/3-travelog-jejak-patani-2013-ummah 3/14

19 Mei 2013 (Ahad) | Hari Pertama

“Jika bukan kita siapa lagi, jika bukan sekarang bila lagi”. Kata -kata ini merupakan salah satu perkara

yang membuat saya terpanggil untuk menyertai misi Jejak Patani pada kali ini. Memang pelbagai

halangan yang datang sebelum tibanya hari untuk pergi ke misi ini. Cabaran untuk mencari dana,

mencari sukarelawan dan juga cabaran untuk mendapatkan izin orang tua untuk pergi ke SelatanThailand. Cabaran dari segi mencari sukarelawan, mulanya ramai yang ingin menyertai tapi akhirnya

hanya 7 orang yang benar-benar menyertai. Biasalah pergi ke tempat-tempat darurat biasanya bukanlah

pilihan kepada kebanyakan orang. Tetapi tidak mengapa kadang-kadang kualiti lebih diperlukan

daripada kuantiti. Jadi yang ada itu harus dimaksimakan kualitinya.

Cumanya sekali-kali kita perlu keluar daripada zon selesa. Harus berada di dunia yang nyata. Misi pada

kali ini agak sedikit istimewa kerana disertai oleh sahabat daripada Pelajar Islam Indonesia (PII) saudara

Faris dan sahabat daripada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) iaitu saudari Amalina.

Manakala kami daripada Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) Unisel pula terdiri daripada Farhanan, Ili

Akmal, Rizaman, saya Ummah dan seorang pengiring Encik Izwan Suhadak yang juga merupakan

pensyarah UNISEL merangkap penasihat GPTD UNISEL. Sebelum berangkat ke Kelantan kami

berkampung terlebih dahulu di Pejabat GPTD pusat di Gombak. Di sana kami membuat persiapan

terakhir sebelum memulakan perjalanan kami. Kami juga sempat bertemu dengan presiden GPTD

saudara Suhail bin Ahmad dan Presiden PKPIM saudara Ahmad Fahmi bin Samsudin untuk

mendengarkan pesan-pesan daripada mereka sebelum kami bermusafir. Pukul 9.00 malam kami

bertolak dengan menaiki bas dari Green Wood Gombak untuk menuju ke Pankalan Kubor Kelantan.

Pemusafiran kami kali ini dihantar oleh sinior-sinior GPTD saudara Huzaifah dan Hakim serta saudari

Dalilah dan Hawa. Sempat mendengarkan beberapa pesan penting daripada mereka sebelum kami

bertolak antaranya ialah pesan untuk sentiasa berzikir dan memperbetulkan niat. Yang pastinya pesanan

itu sangat berguna untuk pemusafiran kami dan kami sangat menghargai kehadiran mereka pada malam

ini. Tiba sahaja bas yang bakal kami naiki kami pun menaiki bas tersebut. Bas tersebut bertolak kira-kira

pukul 10.30 malam. Dengan diiringi doa daripada teman-teman dan berbekalkan pesan-pesan daripada

senior-sinior GPTD dan PKPIM maka bermulalah pemusafiran kami untuk menjalankan misi Jejak Patani

pada tahun ini. Besar harapan di hati berdoa agar misi kali ini berjalan dengan lancar dan dapat

mencapai objektifnya.

Pertemuan Bersama Presiden GPTD Saudara Suhail Bersama Presiden PKPIM Saudara Ahmad Fahmi di

di Pejabat GPTD, Gombak UIA Gombak

7/28/2019 #3. Travelog Jejak Patani 2013-Ummah

http://slidepdf.com/reader/full/3-travelog-jejak-patani-2013-ummah 4/14

20 Mei 2013 (Isnin) | Hari Kedua

“Pangkalan Kubor, Pangkalan Kubor” suara pakcik driver bas itu mengejutkan saya dan teman-teman

daripada tidur. Kami telah tiba di Pangkalan Kubor, Kelantan rupanya. Jam menunjukkan pukul 6.30

pagi, kami tiba agak lewat setengah jam daripada masa yang dijangkakan. Biasanya akan tiba kira-kira

pukul 6.00 pagi. Tetapi kali ini kami tiba lewat setengah jam. Tiba saja kami terus bersolat Subuh disurau di kedai makan berhampiran dan bersarapan pagi di sana. Kami tidak jadi untuk turun ke Masjid

Huda seperti yang kami rancangkan sebelum ini. Selesai semuanya kami terus menuju ke imigresen

Malaysia untuk mencop passport. Seperti kebiasaannya kami masuk ke Selatan Thailand menaiki bot

dengan nilai harga Rm1.00 seorang untuk dewasa. Nampaknya untuk kali keempatnya saya ke sini

harganya masih sama seperti kali pertama masuk ke Selatan Thailand dahulu. Perjalanan menaiki bot

hanya mengambil masa kira-kira 2 minit sahaja.

Di Takbai kami disambut oleh Ustaz Nawawi. Beliau merupakan antara orang yang sangat komited

dalam menguruskan kebajikan Persatuan Anak Yatim Takbai (AYATA). Kami disambut dengan begitu

mesra sekali oleh ustaz Nawawi. Saya secara peribadinya sangat kagum dengan ustaz Nawawi atas

komitmennya membantu anak-anak yatim di sekitar Takbai. Ustaz Nawawi membawa kami singgah ke

pusat operasi AYATA sesudah selesai urusan mencop passport di imigresen Thailand. Di sana kami

bertemu dengan Encik Wan Abdul Rahman “Che We”. Beliau merupakan salah seorang wakil Global

Peace Mission (GPM) sebuah NGO yang komited dalam misi-misi kemanusiaan yang konsisten

membantu masyarakat di Selatan Thailand ini. Che We juga merupakan individu yang selalu membantu

kami dalam merangka perancangan dan pergerakan program di Selatan Thailand ini. Di sana kami

membuat perbincangan mengenai pergerakan kami sepanjang berada di sini nanti.

Selesai perbincangan kami terus bergerak menuju ke Princess Of Naradhiwat University (PNU). Seperti

yang dirancangkan sebelum ini kami akan membuat sedikit diskusi bersama wakil pelajar mereka. Kami

tiba di PNU kira-kira pukul 10 pagi. Kami disambut mesra oleh sahabat-sahabat di PNU. Tersenyum

melihat kelibat Bukhoree, Syuhaida dan Naimah kerana kami sudah pernah berjumpa sebelum ini ketika

kami melakukan tinjauan Jejak Patani bulan Januari yang lalu. Selepas bersalam-salaman kami terus

menuju ke ruangan perbincangan untuk sesi taaruf dan dialog kami. Ketika sedang rancak berbincang

tiba-tiba kami tersentap mendengar soalan daripada salah seorang pelajar di PNU. Soalannya “kenapa

kamu semua pilih Selatan Thailand untuk buat khidmat seperti ini, kamu semua tidak takut datang ke

mari?” Memang sebelum ini juga pernah dilontarkan dengan soalan seperti itu oleh sahabat-sahabat di

Malaysia. Jawapan kami tetap sama seperti yang kami katakana kepada orang yang bertanya kepada

kami sebelum ini.

Umat Islam itu semuanya bersaudara walaupun sempadan memisahkan. Umat Islam dengan umat Islam

yang lainnya itu umpama satu jasad, jika sakit salah satu anggota maka terasa sakit keseluruhan

anggota. Jika persoalan takut menjadi persoalan jawapannya hanya satu, perkara yang kita takuti itu

tidak akan terjadi tanpa izinNYA. Hampir dua jam setengah kami melakukan perbincangan akhirnya kami

mengakhiri perbincangan kami kerana kami perlu bergegas menuju ke Masjid Nurul Islam untuk

menghadiri majlis jamuan rakyat bersama penduduk di sana. Agak meriah majlisnya, menurut Che We

majlis itu dibuat untuk mengutip sumbangan untuk membina Masjid Nurul Islam tersebut.

7/28/2019 #3. Travelog Jejak Patani 2013-Ummah

http://slidepdf.com/reader/full/3-travelog-jejak-patani-2013-ummah 5/14

Satu budaya yang agak baru bagi saya dan teman-teman. Sangat ramai orang yang datang berkunjung

untuk memberi sumbangan dalam majlis tersebut. Daripada majlis tersebut saya dapat lihat kerjasama

yang sangat tinggi antara masyarakat dan budaya mewakaf yang masih diamalkan. Kami tiba di

kampung Datok sebelum Asar. Kami disambut oleh Tok Nebeng (Ketua Kampung) Encik Abdul Rahim.

Ketika kedatangan kami penduduk kampung sedang melakukan pertemuan dan perbincangan bersama

wakil daripada kerajaan Thailand. Kami sempat mengikuti pertemuan tersebut tapi sayangnya tidak

banyak isi perbincangan mereka yang kami fahami kerana bahasa yang digunakan tidak begitu kami

fahami. Petang itu kami dipertemukan dengan Cikgu Din. Beliau merupakan Ketua Mudir sekolah Tadika

Kg Datok.

Beliaulah orang yang akan menjadi sumber rujukan kami sepanjang kami berada di sini. Kira-kira pukul

5.00 petang kami berkesempatan pergi ke laut bersama CIkgu Din. Air lautnya sangat bersih dan jernih.

Untuk makluman Kg Datok ini merupakan perkampungan yang dikelilingi laut. Penduduknya kebanyakan

bekerja sebagai nelayan dan pengusaha kilang keropok ikan. Pada sebelah malam selepas solat maghrib

sekolah tadika dipenuhi oleh kanak-kanak yang datang untuk belajar Qiraati. Menurut Cikgu Din kelas

Qiraati akan dijalankan pada setiap malam Isnin hingga Jumaat antara Maghrib dengan Isyak. Saya dankak Ana sempat mengambil kesempatan untuk ikut serta mengajar adik-adik dalam kelas Qiraati pada

malam ini.

Hampir semua adik-adik yang mengaji dengan saya lancar bacaannya. Sememangnya adik-adik di Patani

ini sangat hebat dan berpotensi tinggi. Tidak mustahil suatu hari nanti mereka akan menjadi insan yang

hebat kerana beberapa tokoh ulama Nusantara lahir daripada bumi Patani contohnya Syeikh Ahmad Al-

Fathoni dan Syeikh Daud Al-Fathoni. Semoga adik-adik ini suatu hari nanti mampu membangun semula

bumi Patani menjadi sebuah negeri yang maju dan hebat terutama dari segi bidang keilmuan.

Kanan : Ustaz Nawawi (Pengurus AYATA) Tok Nebeng (tengah), Encik We (kiri) di hadapan

Kiri : Encik Izwan (Penasihat GPTD UNISEL) bangunan Tadika Kampung Datok

21 Mei 2013 (Isnin) | Hari Ketiga

Kelas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang sepatutnya kami jalankan pada hari ini tidak dapat kami

laksanakan kerana adik-adik kampung Datok sudah mula bersekolah ketika kedatangan kami. Sama

7/28/2019 #3. Travelog Jejak Patani 2013-Ummah

http://slidepdf.com/reader/full/3-travelog-jejak-patani-2013-ummah 6/14

seperti di Malaysia mereka sekolah setip hari Isnin hingga Jumaat bermula seawal jam 8.00 pagi

hinggalah ke petang. Sebelah malam pula mereka akan menghadiri kelas Qiraati di tadika. Oh ya,

sebelumnya untuk makluman sahabat-sahabat istilah “tadika” yang digunakan di Patani ini berbeza

dengan istilah tadika di Malaysia. Di sini ”tadika” itu maksudnya ialah kelas KAFA iaitu tempat untuk

belajar mengaji Al-Quran, ilmu-ilmu agama dan Bahasa Melayu. Ilmu-ilmu ini biasanya tidak diajarkan di

sekolah-sekolah harian biasa yang juga dikenali sebagai “sekolah Siam” di sini. Itulah sebabnya sekolah

tadika diwujudkan oleh masyarakat Selatan Thailand untuk memberikan pendidikan agama kepada

anak-anak di sini.

Usia pelajarnya sekitar 7-12 tahun sama seperti kelas KAFA di Malaysia. Oleh kerana kelas yang bakal

kami adakan belum dapat dilaksanakan pada hari ini jadi kami mengadakan pemetaan komuniti di

kampung Datok ini. Pemetaan ini juga merupakan antara misi kami ke sini. Pemetaan kami bermula

seawal pukul 9.00 pagi. Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada dua

orang sukarelawan. Misi kami adalah untuk membuat pemetaan kawasan kampung serta mendapatkan

data penduduk kampung yang kami kunjungi rumahnya. Selain itu, pemetaan ini juga sebenarnya

bertujuan untuk membina silaturrahim bersama penduduk kampung ini.

Selesai pemetaan kami berkumpul semula di hadapan sekolah tadika untuk membincangkan resolusi

pemetaan kami dan membuat penggabungan maklumat yang kami perolehi. Kemudian setelah selesai

kami solat dan makan tengah hari seterusnya beristirehat sebentar. Slepeas Asar kami membuat sedikit

gotong-royong membersihkan kawasan tadika. Mengagumkan ketika melihat kami sedang memungut

sampah beberapa orang adik yang sedang bermain di hadapan tadika tersebut terus sahaja mengikuti

kami memungut sampah tanpa diarahkan oleh kami. Benarlah kadang-kadang kita tidak perlu berbicara

untuk membawa seseorang melakukan perkara baik. Cukup hanya dengan menunjukkan teladan yang

baik mereka akan mengikuti langkah kita.

Selesai gotong-royong tadi kami pun bermain bersama adik-adik dan bertegur sapa dengan ibu bapa

yang datang ke tadika untuk menghantar anak mereka. Selepas maghrib kelas Qiraati dijalankan seperti

biasa. Kira-kira beberapa minit selepas solat Maghrib kami semua dikejutkan dengan terputusnya

bekalan elektrik. Seluruh kampung terputus bekalan elektrik untuk seketika. Tetapi agak beruntung

kerana cahaya bulan sangat terang pada malam ini jadi keadaan tidaklah terlalu gelap. Oleh kerana tiada

elektrik jadi adik-adik yang datang untuk belajar Qiraati diarahkan untuk pulang ke rumah masing-

masing.

Kebetulan pada malam ini makanan malam kami dihantar agak lewat jadi kami terpaksa makan dalam

keadaan sedikit gelap. Saya telah mendapat khabar daripada salah seorang sahabat kami di PNU bahawa

bekalan elektrik ini terputus bukan hanya di Kampung Datok tetapi di seluruh kawasan tiga wilayah

Selatan Thailand. Lebih kurang beberapa jam kemudian barulah bekalan elektrik kembali ada.

7/28/2019 #3. Travelog Jejak Patani 2013-Ummah

http://slidepdf.com/reader/full/3-travelog-jejak-patani-2013-ummah 7/14

 

Bergotong-royong Membersihkan Kawasan Tadika Antara Adik-adik Yang Hadir Untuk Belajar

Qiraati di Tadika

22 Mei 2013 (Rabu) | Hari Keempat

Kami bertolak seawal pukul 8.00 pagi menuju ke Masjid Kerisik. Perjalanan kami pada hari ini ditemani

oleh Cikgu Din. Kami dihantar oleh Tok Nebeng menuju ke masjid Kerisik dengan menaiki kenderaan

pacuan empat rodanya. Di majid kerisik kami dipertemukan dengan Pak Cik Husin bin Jamal. Usia beliau

sudah mencecah 80an. Beliau menceritakan tentang sejarah Masjid Kerisik kepada kami. Yang agak

istimewanya sebelum bercerita beliau menyampaikan pantun kepada kami. Walaupun tidak semua

perkataan beliau saya fahami tetapi wajahnya yang begitu semangat ketika bercerita membuatkan saya

menumpukan sepenuh perhatian mendengar ceritanya. Kami sempat membuat sedikit rakaman di

masjid kerisik sementara menunggu kedatangan Encik Ismail daripada Yayasan FEHRD.

Setibanya Encik Ismail beliau memberikan sedikit penerangan mengenai Yayasan FEHRD dan bercerita

serba sedikit mengenai peristiwa di Masjid Kerisik Tersebut. Yayasan FEHRD merupakan sebuah badanorganisasi yang menjaga kebajikan anak-anak yatim di sekitar Yala. Kemudian beliau membawa kami ke

Kampung Kota untuk menziarahi rumah salah seorang mangsa tembakan iaitu adik Moktar. Sangat

terkesan melihat keadaan beliau. Daripada wajahnya tergambar kesedihan walaupun sepanjang

pertemuan bersama kami dia sentiasa tersenyum. Biasanya sahabat seusianya akan melanjutkan

pengajian dan bekerja tetapi dia tidak dapat berbuat demikian kerana kedua belah matanya buta kesan

tembakan yang berlaku ketika usianya 13 tahun.

Walaupun dia tersenyum dan bergelak ketawa bersama kami ketika kami mengunjunginya tetapi saya

yakin jauh di sudut hatinya pasti ingin menjalani kehidupan normal seperti rakan-rakan seusianya yang

lain. Semoga hati beliau akan lebih tabah dalam menghadapi ujian tersebut. Pertemuan dengan keluargabeliau sememangnya memberikan satu kesan yang besar kepada kami. Pertemuan kami bersama Encik

Ismail berakhir di situ, beliau terpaksa pulang ke Yala kerana ada urusan yang lebih penting untuk

diselesaikan. Daripada kampung Kota kami menuju ke Prince Songkla University (PSU) untuk

mengadakan pertemuan bersama mahasiswa di sana. Kedatangan kami disambut oleh Husen dan

Zuhree.

7/28/2019 #3. Travelog Jejak Patani 2013-Ummah

http://slidepdf.com/reader/full/3-travelog-jejak-patani-2013-ummah 8/14

Husen merupakan ketua dewan pelajar di PSU. Sampai di sana kami dibawa menuju ke kantin untuk

makan tengah hari. Kemudian setelah selesai kami pun menuju ke “Student Union Building”  pusat

kegiatan pelajar di PSU. Di sana kami mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama wakil-wakil

pelajar mereka. Selesai pertemuan itu kami dibawa pula bertemu dengan kakitangan Deepsouth.

Deepsouth merupakan salah sebuah organisasi yang mengeluarkan majalah dan buletin khusus untuk

Selatan Thailand yang antara tujuan penulisannya adalah untuk memartabatkan semula Bahasa Melayu

dalam kalangan masyarakat di sana serta penyebaran maklumat. Pertemuan kami berakhir agak lewat di

PSU. Kira-kira pukul 5.30 petang barulah kami bertolak pulang semula ke Kampung Datok.

23 Mei 2013 (Khamis) | Hari Kelima

Termasuk hari ini sudah empat hari kami berada di Kampung Datok Patani ini. Alhamdulillah setakat ini

semuanya berjalan lancar walaupun ada beberapa perubahan perancangan yang perlu kami lakukan

secara mendadak. Pagi ini kami ke Nad Tanjung untuk datang melawat dan menyampaikan sumbangan

kepada Persatuan Anaka Yatim Nad Tanjung. Di Nad Tanjung hari ini kami bertemu dengan Datok

Bandar, Tok Nebeng Nad Tanjung, Ustaz Osman, mama dan beberapa orang warga Nad Tanjung yang

pernah kami temui sebelum ini. Di sebelah sekolah Tadika Nad Tanjung ini ada Surau Aur. Surau ini

merupakan antara surau yang tertua.

Usianya sudah mencecah ratusan tahun. Nad Tanjung ini merupakan tempat di mana Jejak Patani tahun

2012 yang lalu dilaksanakan. Nad Tanjung ini merupakan tempat yang kami akan singgahi setiap kali

datang ke Patani. Selesai sedikit pertemuan bersama wakil warga Nad Tanjung dan menyampaikan

sumbangan kami pun melawat ke Surau Aur. Setelah mendapatkan maklumat dan mengambil gambar

surau tersebut kami pun bertolak pulang semula ke Kampung Datok kerana ada tetamu daripada

Deepsouth akan datang untuk menemu ramah wakil kami berkenaan projek Jejak Patani ini. Dalamperjalanan pulang kami sempat singgah ke Pantai Nad Tanjung. Pantainya sangat cantik dan jernih.

Petang itu selepas solat Zohor kami terus menuju ke salah sebuah kelas di Tadika Kampung Datok ini

untuk membuat simulasi dan latihan modul yang akan kami gunakan untuk mengajar adik-adik di sini.

Selepas solat Asar kami bersiap untuk menuju ke rumah Kamnan Encik Nik Mat bin Nik We untuk

memenuhi jemputan makan malam di rumah beliau. Kami dijemput oleh Ustaz Osman dengan

keretannya. Tempat yang sangat cantik daripada tempat ini terlihat pemandangan Bandar Patani.

Selesai solat Maghrib kami mengadakan sedikit mesyuarat bersama Kamnan. Kak Ana menyampaikan

hasil resolusi pemetaan kami kepada beliau. Kemudian kami pulang semula ke Kampung Datok.

7/28/2019 #3. Travelog Jejak Patani 2013-Ummah

http://slidepdf.com/reader/full/3-travelog-jejak-patani-2013-ummah 9/14

 

Penyampaian Sumbangan Di Hadapan Surau Aur, Bersama Kam Nan Nik Mat

Kepada Nad Tanjung Nad Tanjung (hadapan tengah)

24 Mei 2013 (Jumaat) | Hari Keenam

Kami menjalankan rutin seperti biasa pada hari ini. Hari kami dimulakan dengan Solat Subuh berjemaah

kemudian kami membaca Ma’thurat dan membuat sedikit tazkirah berantai. Kemudian kami membuat

persiapan untuk menyambut adik-adik Kampung Datok yang akan datang ke Tadika untuk mengikuti

kelas kami. Sepatutnya pada hari Jumaat adik-adik ini akan bersekolah tetapi pada hari ini mereka cuti

kerana cuti umum bagi Thailand. Adik-adik mula datang seawal pukul lapan setengah pagi. Kami pun

memulakan sesi dengan slot Bahasa Inggeris yang diketuai oleh Kak Ili. Beliau mengajar adik-adik

tersebut sebuah lagu Bahasa Inggeris. Tajuk lagunya ialah “God is the creater”.

Kemudian setengah jam kemudian adik-adik tadi kami kumpulkan pula di kelas bahagian tingkat atas

kerana kelasnya lebih luas dan boleh menampung jumlah adik-adik yang bertambah ramai hadir. Sesi

kedua dimulakan dengan sesi Bahasa Melayu. Dalam sesi ini kami mengajar mereka menyanyikan lagu

“Rasulullah” dengan diketuai oleh saudara Faris sahabat kami daripada PII. Setengah jam kemudian kami

membahagikan adik-adik kepada enam kumpulan iaitu kumpulan Syeikh Daud, Syeikh Ahmad, Syeikh

Samad, Cheng Ho, Al-Fatih dan Haji Sulong. Dalam kumpulan setiap fasi mengajarkan adik-adik Bahasa

Melayu mengikut modul yang telah kami bincangkan sebelum ini.

Dimulakan dengan sesi taaruf bersama mereka kemudian setiap kumpulan diarahkan untuk memebuat

sorak kumpulan mereka masing-masing. Sangat bersemangat adik-adik itu membuat sorak kumpulan

mereka masing-masing. Sekitar pukul 11.30 pagi kami melepaskan adik-adik untuk pulang ke rumah

masing-masing kerana hari ini hari Jumaat bagi yang lelaki akan pergi bersolat Jumaat. Aktivis lelaki pergi

bersolat Jumaat di Masjid Besar patani kerana selepas solat mereka akan menghadiri satu jemputan

untuk ke udara di salah sebuah radio Selatan Thailand ini. Bagi kami yang perempuan pula kami solat

Zohor di Kampung Datok kemudian kami akan menghadiri pengajian bersama Ustazah Safiyyah. Topik

yang agak menarik pada hari ini.

7/28/2019 #3. Travelog Jejak Patani 2013-Ummah

http://slidepdf.com/reader/full/3-travelog-jejak-patani-2013-ummah 10/14

Ustazah membacakan dan menerangkan mengenai tafsir surah “Al-Qoriah” salah satu nama bagi hari

kiamat. Cara penyampaian beliau sangat menarik dan mudah difahami. Menurut penduduk di sini beliau

akan membuat pengajian untuk muslimat setiap hari Jumaat pukul 2.00 petang. Beliau akan

membincangkan mengenai tafsir Al-Quran dan mengupas kitab Penawar Bagi Hati karya Syeikh Abdul

Kadir bin Abdul Mutalib Al-Indonesi. Selepas selesai pengajian kami singgah ke rumah Cikgu Din yang

terletak berhampiran dengan kawasan tersebut. Oleh kerana hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya jadi

kami berteduh di rumah Cikgu Din agak lama. Kami sempat mendengarkan cerita mengenai kampung

Datok dan warganya daripada beliau. Selepas hujan reda kami pun pulang semula ke Tadika untuk

mempersiapkan diri.

Pada sebelah malam kami semua bersama-sama menyiapkan bahan yang bakal kami gunakan untuk sesi

pengajaran pada esok hari dan juga membungkus hadiah-hadiah. Agak panjang juga masa yang diambil,

kami berjaya menyiapkan semuanya kira-kira pukul 1.30 pagi. Selesai berkemas kami pun berehat untuk

menyimpan tenaga bagi aktiviti seterusnya pada esok hari.

Sedang Melaksanakan Rutin Menyiapkan Bahan Bantuan Sesi Bahasa Inggeris

Harian Membaca Al-Mathurat Mengajar

Semasa Sesi Bahasa Melayu Pembahagian Kumpulan Pengajian Bersama Ustazah Safiyyah

25 Mei 2013 (Sabtu) | Hari Ketujuh

Selepas menjalankan rutin harian kami seperti biasa pagi ini kami berkesempatan untuk pergi ke teluk

yang terletak tidak jauh daripada tadika tempat kami bermalam. Berjalan kaki Cuma mengambil masa

sekitar lima minit untuk sampai ke teluk itu. Kami ke sana untuk berjumpa para nelayan. Kami sempat

melihat bagaimana mereka melakukan rutin mereka pada waktu pagi sebagai nelayan. Sebelum pukul8.30 pagi kami sudah kembali semula ke tadika. Hari ini merupakan hari kemuncak bagi projek Jejak

Patani kali ini sebenarnya kerana pada hari inilah kami akan mengajar adik-adik Kampung Datok

sepenuhnya. Hari ini kami bahagikan kepada dua sesi dimana pada waktu pagi sesi pembelajaran Bahasa

Melayu manakala pada waktu petang pula sesi Bahasa Inggeris.

Tepat pukul 9.00 pagi semua pelajar-prlajar tadika sudah berkumpul di hadapan bangunan sekolah

untuk menyayikan lagu, membaca doa dan membaca ikrar. Perhimpunan ini merupakan rutin mereka

7/28/2019 #3. Travelog Jejak Patani 2013-Ummah

http://slidepdf.com/reader/full/3-travelog-jejak-patani-2013-ummah 11/14

setiap hari Sabtu dan Ahad sebelum memulakan sesi pembelajaran di tadika. Daripada suara mereka

kedengarannya mereka sangat bersemangat pada hari ini. Selesai sahaja perhimpunan adik-adik yang

terlibat terus kami bawa ke kelas tingkat atas untuk masuk ke dalam kumpulan masing-masing seperti

yang telah ditetapkan pada hari sebelumnya. Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan agak

lancar walaupun kami menghadapi sedikit masalah dengan bahasa kerana kadang-kala adik-adik ini

kurang faham dengan apa yang kami katakan. Mungkin penambah baikan selepas ini sebelum ke misi di

sini perlu memperkasakan lagi penguasaan bahasa untuk berkomunikasi bersama masyarakat di sini.

Sesi kami bersama adik-adik tamat selepas solat Asar. Cabaran yang agak besar iailah bagaimana

mengawal adik-adik yang agak ramai ini.

Walaupun begitu sememangnya adik-adik ini anak-anak yang baik kerana mereka patuh kepada arahan.

Hal ini sedikit sebanyak memudahkan kami untuk mengawal mereka. Selesai sesi bersama adik-adik

sekali lagi kami pergi ke teluk. Kali ini kami berkesempatan untuk menaiki bot ke pulau seberang.

Sebelum Maghrib kami pulang semula ke tadika untuk bersiap kerana selepas solat Isyak kami harus ke

rumah Cikgu Din untuk makan malam di rumahnya. Di rumah Cikgu Din kami bertemu dengan Kak Yah

dan Kak Fatimah. Kak Yah merupakan isteri Cikgu Din. Kak Fatimah pula merupakan salah seorangustazah di Tadika Darul Huda Kampung Datok. Kak Fatimah juga merupakan salah seorang murid kepada

Ustaz Osman. Dia akan melanjutkan pengajiannya selama setahun ke Indonesia pada akhir bulan Jun

nanti. Kak Fatimah juga merupakan antara orang yang banyak membantu kami sepanjang keberadaan

kami di Kampung Datok ini khususnya dalam mengendalikan adik-adik di tadika.

Perhimpunan Harian  Ketika Sesi Pengajaran Kunjungan Ke Rumah Cikgu Din

Berlangsung 

26 Mei 2013 (Ahad) | Hari Kelapan

Hari ini merupakan hari terakhir projek Jejak Patani 2013. Hari ini kami pergi bersolat Subuh berjemaah

di Masjid Kg Datok. Segar sekali udara pagi tetapi dalam masa yang sama terasa sayu dalam hati kerana

pada hari ini kami akan kembali semula ke tanah air meninggalkan bumi Patani yang sangat

mendamaikan ini. Secara peribadinya bumi Patani ini sudah saya anggap seperti kampung halaman saya.

Sesuatu perkara yang agak baru melihat kambing bertempiaran tidur di sepanjang jalan raya di kampung

ini. Mulanya rasa takut juga untuk berjalan menuju ke masjid daripada tadika kerana banyak kambing

berkeliaran. Risau nanti ditanduk pula oleh kambing-kambing itu. Tapi kami beranikan juga berjalan

melalui kambing tersebut. Sudah berjalan barulah tahu rupa-rupanya kambing itu sangat sopan sekali.

Bila kami berjalan kambing tersebut akan beralih ke tepi dengan sendirinya.

7/28/2019 #3. Travelog Jejak Patani 2013-Ummah

http://slidepdf.com/reader/full/3-travelog-jejak-patani-2013-ummah 12/14

Suatu pelajaran yang sangat berharga daripada kambing-kambing itu saya perolehi pagi ini. Kambing

 juga bisa memahami inikan pula kita manusia yang berakal. Selesai solat Subuh kami mempersiapkan

diri untuk menyambut adik-adik yang akan datang ke tadika. Sekitar pukul 8 pagi sudah ada adik-adik

yang hadir ke tadika bermain-main di gelangang yang terletak di hadapan tadika. Gelagat adik-adik itu

bermain sangat mencuit hati saya dan teman-teman. Hari ini seperti hari sebelumnya mereka

berhimpun di hadapan bangunan tadika menyayikan lagu sekolah, membaca ikrar dan berdoa. Selesai

sahaja perhimpunan kami pun membawa adik-adik masuk ke dalam kumpulan. Untuk hari yang terakhir

ini kami membawa adik-adik berlatih untuk pertandingan dan persembahan kumpulan.

Mereka semua nampak begitu bersemangat pada hari ini. Mereka menyanyikan lagu dengan begitu

semangat. Sekitar pukul 10.30 pagi majlis penutupan pun dilaksanakan. Dimulakan dengan ucapan

pengarah program saudari Farhanan, ucapan wakil GPM encik Wan Ab Rahman, wakil mudir Cikgu Din

dan Tok Nebeng Encik Abdul Rahim. Kemudian diikuti dengan persembahan adik-adik daripada

kumpulan Syeikh Daud yang memenangi pertandingan antara kumpulan yang telah dijalankan sebelum

majlis penutupan. Kemudian majlis tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan

penyampaian hadiah kepada peserta. Kami semua merasa sangat berbesar hati pada hari ini keranabeberapa orang sahabat-sahabat daripada PSU dan PNU datang ke Kampung Datok untuk bersama-

sama kami sebelum kami berangkat pulang. Syuhaida, Zuhree dan empat orang teman yang lain datang

bertemu dengan kami.

Selesai majlis kami pun bersalam-salaman bersama guru-guru, adik-adik dan teman-teman di Kg Datok

sebelum bertolak meninggalkan kampung tersebut. Aktivis lelaki bertolak dahulu mengikuti En We

manakala kami yang perempuan dihantar oleh Tok Nebeng dan keluarganya menaiki kereta beliau

menuju ke Sungai Golok. Dalam perjalanan ke Sungai Golok kami sempat singgah ke Masjid Teluk Manok

antara masjid tertua di Patani. Tapi sayangnya kami tidak berkesempatan untuk masuk ke dalam masjid

kerana pada masa itu ada majlis sedang dijalankan di masjid tersebut. Sampai sahaja ke sungai Golokkami pun bertemu dengan encik Wan. Beliau membelanja kami memakan “Som Tam” sebelum

menghantar kami ke imigresen Sungai Golok. Hujan turun sangat lebat petang ini sepertinya memahami

kesedihan yang muncul didalam hati.

Selepas selesai mencop pasport kami pun kembali semula ke Malaysia meninggalkan bumi Patani

dengan azam akan datang lagi pada lain waktu insha Allah. Sesungguhnya seminggu di bumi Patani

meninggalkan pelbagai pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Melalui perkongsian ini rasanya tidak

cukup untuk menggambarkan semua perkara yang berlaku sepanjang kami di sana. Anda semua harus

pergi sendiri ke Patani, anda pasti akan beroleh penggalaman yang sangat berharga dan pasti terpukau

dengan kemesraan dan kesantunan masyarakat di sana.

7/28/2019 #3. Travelog Jejak Patani 2013-Ummah

http://slidepdf.com/reader/full/3-travelog-jejak-patani-2013-ummah 13/14

 

Sahabat Daripada PSU Sahabat Daripada PNU Ketika Majlis Penutupan

Sesi Penyampaian Hadiah  Penyampaian Cenderahati Kepada

Wakil Tadika Kampung Datok Cikgu Din

7/28/2019 #3. Travelog Jejak Patani 2013-Ummah

http://slidepdf.com/reader/full/3-travelog-jejak-patani-2013-ummah 14/14

Saudari Ummahatul Hamimah Yatim adalah Timbalan Presiden Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD)

dan mahasiswa di Fakulti Sains dan Bioteknologi di Universiti Selangor. Beliau merupakan sukarelawan

yang mengikuti Misi Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosia Budaya pada 19-26

Mei 2013 di Wilayah Patani.