perpaduan asas kekuatan ummah - terengganu

9
1 KHUTBAH PERTAMA TAJUK KHUTBAH JUMAAT PERPADUAN ASAS KEKUATAN UMMAH Siri: 21/2021 02 Syawal 1442 H Bersamaan 21 MEI 2021 DIKELUARKAN OLEH: JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU PERINGATAN: Adalah diingatkan bahawa sebarang penambahan dan pemindaan terhadap isi kandungan teks khutbah yang telah disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu adalah DILARANG. Khatib yang bertugas hendaklah menyemak kembali RUKUN, AYAT AL-QURAN dan helaian muka surat yang diterima. Pastikan teks dibaca terlebih dahulu sebelum menyampaikan khutbah.

Upload: others

Post on 19-Nov-2021

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERPADUAN ASAS KEKUATAN UMMAH - Terengganu

1

KHUTBAH PERTAMA

TAJUK KHUTBAH JUMAAT

PERPADUAN ASAS KEKUATAN UMMAH

Siri: 21/2021

02 Syawal 1442 H

Bersamaan

21 MEI 2021

DIKELUARKAN OLEH:

JABATAN HAL EHWAL AGAMA

TERENGGANU

PERINGATAN: Adalah diingatkan bahawa sebarang penambahan dan

pemindaan terhadap isi kandungan teks khutbah yang

telah disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama

Terengganu adalah DILARANG. Khatib yang bertugas

hendaklah menyemak kembali RUKUN, AYAT AL-QURAN

dan helaian muka surat yang diterima. Pastikan teks

dibaca terlebih dahulu sebelum menyampaikan khutbah.

Page 2: PERPADUAN ASAS KEKUATAN UMMAH - Terengganu

2

KHUTBAH PERTAMA

زاب ده، صدق وعحده، ونصر عبحده، وأعز جنحده، وهزم الأحح د لله وحح مح الحده. وحح

د و مح ده لا شريك له، له الحملحك وله الح هد أنح لا إله إلا الله وحح هو على كل أشحباح الحمنيح. داة، والحمصح هد أن ممدا عبحده ورسوله، الرححة الحمهح ء قدير. وأشح شيح

اللهم صل وسل مح وبركح على سي دن ممد نب الرححة وشفيع الأمة، وعلى آله به ومنح تبعه ونصره ووالاه أما ب عحد...ف يا عباد الله، .وصحح

ن. ى بت قحوى الله وطاعته ف قدح فاز الحمت قوح أوحصيحكمح واي وت زودوحا فإن خيح الزاد الت قحوى

Wahai hamba-hamba Allah, saya berpesan kepada kamu dan diri saya sendiri

supaya bertakwa kepada Allah, dan mengikut segala perintahNya dan meninggal

segala laranganNya, maka sesungguhnya berjayalah orang yang bertakwa.

Carilah bekalan, sebaik-baik bekalan itu ialah bertakwa kepada Allah.

Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT kerana dengan bertaqwa, Dia akan

menyelesaikan masalah-masalah yang sedang kita hadapi sekarang ini seperti

masalah kesihatan, keselamatan, ekonomi yang tidak stabil dan sebagainya.

FirmanNya dalam surah At-Thalaq: 2-3 :

ڻ ڻ ڻ ۀ ۀ ہ ہ ہ ہ ھ ڱ ڱ ڱ ڱ ں ں ڻ

ھ ھ

Page 3: PERPADUAN ASAS KEKUATAN UMMAH - Terengganu

3

Maksudnya: “dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan

mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Dan memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa

berserah diri kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya

Sidang jemaah yang dirahmati Allah!

Khutbah pada hari ini akan membicarakan tajuk:

“Perpaduan Asas Kekuatan Ummah”.

Hadirin sekelian, marilah juga kita bersyukur kepada Allah SWT kerana dalam

walaupun dalam suasana menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,

dan mungkin sebahagian daripada kita terpaksa berjauhan daripada ahli keluarga

tercinta, kita masih lagi berpeluang menyambut hari raya Idulfitri dalam keadaan

harmoni dan tenteram, tidak sebagaimana saudara kita di Palestin yang terpaksa

menjalani Ramadan dan Hari Raya dengan dihujani bom dan peluru. Semoga

berkat kesabaran dan syukur, Allah SWT akan menambahkan lagi nikmat

kepada kita. FirmanNya dalam surah Ibrahim: ayat - 7 :

ڦ ڦ ڦ ڄ ڄ ڤ ڦ

ڄ ڄ ڃ ڃ ڃ ڃ

Ertinya:Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu: Sesungguhnya! Jika kamu

bersyukur nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya,

jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.

Page 4: PERPADUAN ASAS KEKUATAN UMMAH - Terengganu

4

Walaupun kita masih terikat dengan SOP, namun hari raya ini tetap memberi

makna yang sangat besar. Ia merupakan lambang kesatuan umat Islam dan

persaudaraan ukhuwwah sesama kita.

Ukhuwwah dan perpaduan adalah penting kerana memberi kekuatan kepada

umat Islam. Jika kita tidak bersatu, umat Islam menjadi lemah dan mudah diratah

oleh musuh-musuh kita. Persaudaraan adalah tonggak kekuatan umat Islam.

Agama kita sangat menitikberatkan persaudaraan dan perpaduan. Perpaduan

atas nama akidah Islam memberi kebaikan kepada kita di dunia dan akhirat.

Perpaduan selain itu mudah pecah dan hancur.

Ikatan persaudaraan Islam menjadi asas utama pembentukan masyarakat Islam.

Rasulullah SAW ketika berhijrah ke Madinah meletakkan persaudaraan dan

perpaduan sebagai agenda yang utama. Baginda mempersaudarakan antara

golongan Muhajirin dengan golongan Ansar sehingga ukhuwwah mereka sangat

kukuh dan tiada tandingannya dalam sejarah Islam.

Contoh yang terkenal ialah, Baginda saw mempersaudarakan Saad bin Ar-Rabi’

dari golongan Ansar dengan Abdul Rahman bin ‘Auf dari golongan Muhajirin.

Saad menawarkan rumah kediaman dan harta kepada Abdul Rahman. Malah

beliau bersedia menceraikan salah seorang dari isterinya supaya dapat dikahwini

oleh Abdul Rahman. Namun, Abdul Rahman tidak mengambil kesempatan,

sebaliknya dia mengucapkan terima kasih dan hanya meminta Sa’ad

menunjukkan pasar Madinah untuk dia memulakan perniagaan. Semangat

persaudaraan yang ditanam oleh Rasulullah SAW itu mendorong orang Ansar

berlumba-lumba menerima orang Muhajirin dan memberikan pertolongan kepada

mereka. Marilah kita mengambil contoh ukhuwwah orang Ansar dan Muhajirin

untuk kita bina ukhuwwah dan perpaduan di kalangan masyarakat kita di sini.

Page 5: PERPADUAN ASAS KEKUATAN UMMAH - Terengganu

5

Sidang jemaah yang dirahmati Allah SWT,

Disamping kita bergembira pada hari yang mulia ini, janganlah lupa ancaman

Covid-19 yang sedang kita hadapi sekarang ini. Virus itu merupakan musibah

yang dihantar oleh Allah SWT ke dunia ini sebagai amaran kepada manusia.

Sebenarnya virus tersebut adalah kesan dari aktiviti manusia sendiri yang

bercanggah dengan ajaran Allah SWT. FirmanNya dalam Surah Rom: ayat-41 :

ی ی ئج ئح ئم ئى ئي بج بح بخ بم بى بي تج

تح تخ

Ertinya: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut

dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah

hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk mereka,

supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”

Allah SWT membinasakan kaum Nabi Nuh as, kaum Nabi Hud as, kaum Nabi

Soleh as, kaum Nabi Lut as dan lain-lain lagi kerana mereka syirik, durhaka

kepada Allah SWT dan melakukan berbagai-bagai perbuatan mungkar seperti

melakukan kezaliman, khianat, zina, liwat, minum arak dan sebagainya.

Perbuatan keji kaum Nabi Lut (as) terdapat juga di dalam masyarakat kita

sekarang ini, sedangkan perbuatan itu dikutuk oleh Allah SWT. Sabda Rasulullah

SAW:

م عمل عمل من الله لعن ط قو رواه أحمد(. )لهو

Maksudnya: “Allah melaknat perbuatan kaum Nabi Lut.” (HR: Ahmad).

Page 6: PERPADUAN ASAS KEKUATAN UMMAH - Terengganu

6

Marilah kita insaf dan sedar bahawa perbuatan zalim, mungkar, maksiat dan lain-

lain perbuatan keji itu mengundang kemurkaan Allah SWT. Covid-19 tidak

mampu ditolak dengan vaksin sahaja. Kita perlukan bantuan Allah SWT yang

mencipta dan menghantar virus itu kepada manusia. Marilah kita berdoa dan

memohon kepada Allah SWT supaya Dia menarik Covid-19 dengan sepenuhnya

di dunia ini. Di samping itu, kita hendaklah juga mematuhi SOP sebagai langkah

ikhtiar untuk menghindari dari jangkitan virus tersebut.

ڃ ڃ ڃ چ چ

ې ى ى ئا ئا ئە ئە ئو ئو ئۇ ئۇ ئۆ ئۆ ئۈ ئۈ

ئې ئې ئې ئى ئى ئى ی ی ی ی ئج

برك الله لح ولكمح بلقرآن العظيحم،ر الكيحم، كمح بلآيت والذ كح ون فعن ح وإي

هو السميحع العليحم.وت قبل من ومنحكمح تلوته إنه لمات إنه والمسح لميح ت غحفر الله العظيحم ل ولكمح ولسائر المسح ل هذا وأسح ل ق وح أق وح

ر الرحيحم هو الغفوح

Page 7: PERPADUAN ASAS KEKUATAN UMMAH - Terengganu

7

KHUTBAH KEDUA

د مح لل الح هد . رب الحعالميح ده الله إلا إله لا أن وأشح ،له شريحك لا وححهد له ه عبحد ممدا سي دن أن وأشح علىوبركح وسل مح صل اللهم . ورسوح وأصححابه آله وعلى ممد، سي دن .أجحعيح

لمون وأنتم إلا توتن ولا ت قاته حق الل ات قوا! الله عباد ف يا ب عحد، أما .مسح

معاشر لميح الله، رحكم الحمسح

Marilah kita memperbanyakkan ucapan selawat dan salam kepada Rasulullah

SAW sebagaimana firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 56: چ چ ڇ ڄ ڄ ڄ ڄ ڃ ڃ ڃ ڃ چ چ

ڇ ڇ

لى ع ت يح ل ا ص م ك ، د م م ن د ي س آل لى ع و ،د م م ن د ي ى س ل ع اللهم صل لى ع و ،د م م ن د ي س لى ع كح ر ب و ، م يح اه ر ب ح إ ن د ي س آل لى ع و ،م يح اه ر ب ح إ ن د ي س

م يح اه ر ب ح إ ن د ي س آل لى ع و ، م يح اه ر ب ح إ ن د ي س لى ع ت كح ر ا ب م ك ،د م م ن د ي س آل م ال ع الح ف يحد ميحد. ،يح إنك ح

Page 8: PERPADUAN ASAS KEKUATAN UMMAH - Terengganu

8

منيح منات، اللهم اغحفرح للحمؤح والحمؤح لميح لمات والمسح همح ،والحمسح ياء من ح الأححيحع قريحب م إنك ،والأمحوات .يحب الدعوات س

.ك يح غ ه ف ر صح لا ي ام اء ش حح ف الح و ء ب و الح و لء ب ا الح ن ع عح ف ادح م ه الل م ه الل . ام ق سح الأ ئ ي س من و ام ذ الح و ون ن الح و ص الب ن م ك ب وذ ع ن ن إ م ه الل .ان ب ل ز ا ن يم ا ف ن ب فح ط الح و ،ن ت وح م مح ح ارح و ان ض رح م ف اشح

فظح موحلان الحواثق بلله زان لحطان الس اللهم احح بحن ا ،زيحن الحعابديحن مي حم تفيح بلله شاه، وأنحزل الرححة محمود لحطان س الالحمرححوح عليحه وعلى الحمكح

.وانضغرت ن وحر زاهرة، سلحطانة لحطانة س الن حيا لمات ف الد والحمسح لميح له ورعايه من الحمسح فظح أوحلاده وأهح واحح

تك . والآخرة، برحح ي أرححم الراحيحفظح ول د اللهم احح اعيحل ممد وكغت الحعهح لحطان س ال بحن الحواثق بلله ا إسح

زان .زيحن الحعابديحن مي ح

Page 9: PERPADUAN ASAS KEKUATAN UMMAH - Terengganu

9

ن حيا حسنة وف الآخرة حسنة وقنا عذاب النار. رب نا آتنا ف الد .م ل س و ه ب حح ص و ه ل آ ىل ع و د م م ن د ي س ىل ع الله ىل ص و

د لله رب الحعالميح مح .والح

عباد الله!ه على نعمه يزدحكمح، كروح اذحكروحا الله الحعظيحم يذحكرحكمح، واشح

ن. ن عوح ب، والله ي عحلم ما تصح ر الله أكح ولذكح

ا إل صلت موح ي رحححكم الله. ،كمح ق وح