takwinul ummah

40
Takwinul Ummah Membangun Semula Ummah

Upload: azmi-bahari

Post on 26-Oct-2015

132 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Membangun semula ummah setelah melalui fasa-fasa keruntuhan

TRANSCRIPT

Page 1: Takwinul Ummah

Takwinul UmmahMembangun Semula Ummah

Page 2: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

Muqaddimah Pendahuluan

Sudah menjadi kehendak Allah SWT, kita dilahirkan dan membesar dalam zaman yang begitu mirip zaman awal pengutusan Rasulullah SAW. Zaman yang dipenuhi kezaliman, dipadati oleh kebodohan dan dikuasai oleh kerosakan. Zaman dimana tidak ada lagi ajakan atau dorongan untuk manusia patuh dan tunduk kepada kehendak dan perintah Allah SWT. Masyarakat di zaman ini bagaikan haiwan ternak yang tidak mengenal kebenaran dan membiarkan kezaliman menguasai dan mengembala mereka. Dunia seakan-akan hutan belantara yang dikuasai hukum rimba; yang berkuasa menentukan segala hukum dan peraturan hidup. Said nursi Badi’uzzaman menyebut:

“Ummat manusia pada zaman ini sedang mencari satu cahaya iman yang sebenarnya. Fikiran mereka telah tenggelam dalam kekusutan faham falsafah kebendaan (materialisme). Fikiran yang gelap penuh dengan keraguan. Hati yang luka parah oleh cara hidup tidak bertujuan yang diilhamkan oleh tamaddun yang kejam. Mereka tidak sedar akan maksud penciptaan mereka dan seluruh ‘alam semesta ini. Mereka sunyi dan amat dahagakan belaian kasih sayang”

Setelah memahami keadaan ummat hari ini, banyaknya permasalahan yang ada di dalam diri kita, pada peribadi muslim, ummat dan dakwah secara keseluruhan, kemudian di perkuat dengan berbagai serangan dari musuh-musuh Islam maka jawaban atau penyelesaian dari permasalahan ini adalah perlunya suatu usaha membentuk semula ummah (takwinul ummah).

Penyakit yang dideritai oleh ummat Islam hari ini sebenarnya adalah penyakit lama yang berulang kembali akibat dari kecuaian dan kealpaan ummat ketika sihatnya. Penyakit ini dulunya hampir memusnahkan ummat manusia tetapi Allah yang Maha Penyayang telah mengutuskan rasulnya lalu membimbing ummat manusia yang sedang dalam kegelapan menuju kepada cahaya dan keluasan hidup, dari penyembahan kepada sesama mahkluk kepada penyembahan Allah yang Maha Esa. Tetapi kini penyakit ini semakin merebak dan makin hari makin tenat, hingga ada organ-organ yang lemah dan tak berfungsi, bahkan Tauhid ataupun keimanan kepada Allah yang menjadi jantung Islam itu sendiri telah tenat dan makin kehilangan fungsinya. Kini tanda-tanda kelemahan dan kehancuran ummat mula tampak dalam tingkahlaku dan pergerakan ummat itu sendiri.Ummat Islam hari ini telah mula menolak Syariat dan Hakimiyyah Allah taala,

Abu Umar 1

Page 3: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

Deen Allah serta janji-janji dan ancaman-ancaman Allah. Dimana ini bermakna kita juga telah menolak redha,rahmat dan bantuan Allah taala; oleh itu hari ini kita melihat Ummat Islam telah hilang Daulah Islamiyyah, Syariat Islamiyyah, Ahklak Islam, Tamadun Islam, Tarbiyyah dan Keperibadian sebenar Islam.

Penyakit ini tidak akan sembuh melainkan kita merawatnya sebagaimana Rasulullah s.a.w merawatnya dahulu; kita mesti bermula pada titik permulaan dakwah Rasulullah s.a.w. Ummat ini perlu dididik sebagaimana Rasulullah s.a.w mendidik generasi awal dahulu dengan manhaj dan uslub Rasulullah s.a.w.

Jika kita meneliti sirah Rasulullah SAW, kita akan melihat bagaimana Rasulullah SAW memulakan dakwah dengan membina ummah. Memang pada mulanya kita tidak melihat sebarang tanzim kerana strategi dakwah Rasulullah SAW pada tahapan ini adalah sirrul dakwah dan sirrul tanzim (dakwah secara rahsia dan tanzim rahsia). Pada tahapan ini tampak seolah-olah Rasulullah SAW bergerak secara sendirian sehingga masyarakat Quraisy pada masa itu tidak rasa terancam dengan kerja-kerja yang dijalankan oleh Rasulullah SAW. Hanya apabila islamnya Saidina Hamzah diikuti oleh keislaman Saidina Umar barulah mula tampak satu tanzim atau harakah yang tersusun; tahap ini disebut sebagai tahap Jahrul Dakwah Jahrul Tanzim ( Dakwah secara terang-terangan dan Tanzim secara terang-terangan).

Oleh itu takwinul ummah melalui tarbiyah, dakwah dan jihad adalah cara yang di contohkan oleh Rasulullah SAW. Namun demikian tidak ramai yang mahu menoleh kebelakang untuk melihat proses pembinaan ummah pertama ini dan menggali khazanah yang berharga berupa fiqh dakwah, fiqh harakah, fiqh tarbiyyah dan berbagai fiqh yang merupakan modal besar untuk menyelesaikan masalah yang menimpa ummat hari ini.

Ummat Islam sekarang ini banyak yang terpedaya dengan keadaan dunia yang cenderung menipu. Ummat yang sedar dan berusaha bergerak pun nampak tidak memenuhi ciri syakhsiyah Islamiyah sehingga menjejaskan dakwah yang di bawanya. Ada juga mereka yang serius berjamaah tetapi tidak beramal jama’ie di dalam konteks berjamaah. Usaha tarbiyah dan dakwah yang diamalkan oleh sebahagian aktivis dakwah tidak membuahkan hasil yang membahagiakan.

Oleh itu kita perlu kembali meneliti generasi awal al Quran, menggali semula manhaj dakwah dari zaman ini yang merupakan perencanaan Allah SWT. Kita perlu melaksanakan proses yang sama sekiranya kita menghajati natijah yang sama.

Abu Umar 2

Page 4: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

Dengan keadaan yang sedemikian maka di perlukan usaha yang berterusan dalam membangunkan kesedaran Islam, pemahaman manhaj dakwah, memahami sunnah Rasulullah SAW dalam berdakwah dan semangatnya yang tinggi sebagai pendorong.

Buku takwinul ummah ini selain memberikan wawasan dakwah bagi menyelesaikan permasalahan ummat, juga ditujukan untuk memberikan motivasi kepada da’ie untuk berdakwah dan mengetahui bagaimana berdakwah. Takwin ummat di mulai dengan takwin syakhsiyah Islamiyah dengan ciri iman, Islam dan takwa. Ciri ini merupakan syarat utama seorang muslim yang Allah redhai. Terbentuknya muslim dengan ciri demikian maka di harapkan peribadi muslim dapat mengatasi masalahnya dan bersifat proaktif untuk mengembangkan dakwah. Peribadi muslim tidak akan lengkap apabila tidak diikat pula dengan berjamaah.

Perubahan-perubahan pada diri ummat akan tercapai apabila peribadi muslim terbentuk dengan pembentukan yang baik melalui tarbiyah kemudian mereka berdakwah dan berjihad. Perubahan ummat melalui marhalah dakwah dan di warnai dengan manhaj yang benar akan mendapatkan hasil yang lebih baik. Pembentukan peribadi yang dapat melakukan perubahan melalui aplikasi syahadah di dalam kehidupan, membentuk kesatuan ummat dan mengikuti model Rasulullah SAW dalam segala aspek.

Para Rasul/nabi dan juga Rasulallah SAW juga menegakkan kalimat laa ilaha illallah. Dengan kalimah ini muncul berbagai perubahan-perubahan di dalam masyarakat dan peribadi. Perubahan dari masyarakat jahiliyyah kepada masyarakat Islamiyah adalah suatu bukti kejayaan dan kesan kalimah syahadah ini. Para sahabat RA dengan mengenal kalimah syahadah ini bersegera merubah dirinya dan juga merubah masyarakatnya. Hal demikian disebabkan kerana mereka memahami syahadat dengan benar dan baik. Kalimah syahadah sebagai inti dari perubahan dan dengan kalimah ini pula di wujudkan suatu perubahan yang menyeluruh di dalam masyarakat. Peribadi muslim dan ummat mesti di warnai syahadah ini. Pembentukan peribadi muslim, jamaah dan ummah mesti tertumpu kepada pemahaman syahadah dan aplikasinya.

Takwinul ummah merupakan gerakan penyelamatan keatas keadaan ummat saat ini sehingga muncul sebahagian ummat yang menyeru masyarakat kepada kebaikan , menyeru kepada yang ma'ruf dan melarang yang mungkar. Apabila sebahagian ummat melakukan dakwah demikian maka akan terbentuk ummat yang baik dan akhirnya muncul kemenangan.

Abu Umar 3

Page 5: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

Buku takwinul ummah ini selain menjelaskan bahan-bahan mengenai bagaimana membentuk ummat juga menjelaskan perubahan yang akan di capai, bagaimana mengikatkan hati, sebab-sebab perpecahan dan rawatannya, kemudian diakhiri dengan ukhuwah Islamiyah.

Perubahan-perubahan yang di kehendaki berlaku di kalangan ummat saat ini berkaitan dengan aqidah, ruhaniah, fikrah, suluk, tsaqofah, ijtima', siyasi dan iktisodi. Dengan perubahan ini muncullah ummat yang menjalankan Islam secara kaafah (menyeluruh) dan kemudian tegak Islam. Syakhsiyah Islamiyah, syakhsiyah da’ieyah yang kemudian diikat dengan jamaah melalui ikatan hati dan ukhuwah Islamiyah.

Takliful qulub sebagai dasar jamaah dan dakwah perlu di bentuk dengan rasa cinta, ketaatan dan diaplikasikan kedalam dakwah dan jihad. Ukhuwah Islamiyah merupakan kekuatan ummat setelah kekuatan aqidah. Ukhuwah diantara aktivis perlu di tingkatkan dengan usaha mengenali keperibadian dan pemikiran yang lain sehingga muncul tafahum sebagai jalan memperlancar hubungan sesama muslim. Dari tafahum muncul taawun dan akhirnya terbentuk tauhidul ummah.

Abu Umar 4

Page 6: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

Sinopsis

Takwin ummat (membentuk ummat) mengikut kepada cara Rasulallah SAW adalah dengan membentuk aqidah dengan iman yang lurus. Iman seseorang akan membawanya kepada ibadah dan amal sholeh sehingga akan menghasilkan iman yang sebenar-benarnya. Penghayatan Islam dalam kehidupan sebagai hasil dari pembentukan peribadi muslim adalah muslim yang menjadikan seluruh kehidupannya Islam dan mewarnai kehidupannya dengan nilai Islam.

Ciri lainnya yang diperlukan oleh ummat adalah membentuk semangat berjamaah. Semangat berjamaah perlu ditumbuhkan dengan berpegang teguh kepada tali Allah, tidak berpecah belah/bersatu padu; kesatuan hati, dan melakukan ukhuwah Islamiyah. Peribadi Islam yang terbentuk akan di kuatkan dengan semangat berjamaah shingga muncul ummat yang kuat dan kemudian dapat memunculkan suatu gerakan penyelamatan.

Kedua pembentukan tersebut merupakan langkah penyelamatan yang dilakukan oleh orang yang mendapat hidayah untuk membentuk ummah Islam yang menyeru kebaikan, memerintahkan yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar. Ummat Islam yang melakukan aktiviti dakwah ini akan mencapai kejayaan.

1. Takwinul Ummah

Syarah

Allah SWT telah menyuruh kita untuk melakukan pembentukan atau pembinaan terhadap ummat sehingga tercapai peribadi da'ie yang mempunyai cirri amar ma'ruf dan nahi munkar. Beberapa hadits dan ayat menyebutkan bahawa pembentukkan ummat ini tidak dilakukan oleh semua ummat tetapi sebahagian saja atau sekumpulan kecil dari umat yang sadar dan kemudian berdakwah membentuk manusia yang berkualiti sehingga mencapai kadar sebagai umat yang terbaik (khoiru ummah). Secara reality dan juga melihat kepada sejarah nabi bahawa manusia yang dapat menerima dakwah Islam adalah tidaklah semuanya, dipastikan ada yang menentang dan ada yang sebagai pengikut pasif dan ada yang telibat penuh sebagai kader yang aktif. Keadaan ini menggambarkan bahawa hidayah Allah SWT mempunyai peranan penting terhadap dorongan seseorang terhadap Islam dan juga kehendak membentuk ummat atau berdakwah.

Abu Umar 5

Page 7: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

Dalil

3:104; Dan hendaklah ada di antara kamu satu kaum yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian adalah orang-orang yang berjaya.

2. Takwin keperibadian Islam

Syarah

Beberapa ciri-ciri yang di gambarkan di dalam surah 3:102 mengenai peribadi muslim adalah mereka yang beriman, bertakwa dan menjadikan segala kehidupannya Islam.

Iman yang lurus berarti peribadi yang mempunyai pemahaman aqidah yang bersih dan benar. Individu dengan iman yang suci dan bersih dari segala kemusrikan akan mewarnai segala amal dan tingkah lakunya sehingga boleh mendapatkan redha dari Allah SWT. Iman merupakan bahan asas bagi terbentuknya peribadi muslim. Iman yang kurang kepada Allah,Rasul dan kitab akan mengakibatkan kita mengalami kecelaruan peribadi dan tingkah laku sehingga muncul peribadi yang buruk. Sahabat-sahabat Rasululallah SAW adalah contoh pembentukan iman yang berjaya. Begitu juga contoh yang di bawa oleh Nabi dan Rasul dalam memberikan contoh peribadi muslim sentiasa merujuk kepada imannya.

Dengan beriman maka peribadi muslim akan menjalankan ibadah dan amal soleh yang diperintahkan Allah samada amalan wajib ataupun sunnah. Setiap amalan dan ibadah ini akan menghasilkan taqwa. Taqwa sebagai hasil dari ibadah. Taqwa yang sebenar-benarnya merupakan ciri peribadi muslim. Darjah taqwa merupakan kemuliaan yang Allah berikan dan taqwa ini sebagai bekal kehidupan kita di dunia dan juga yang akan di bawa ke akhirat.

Keimanan dan ketaqwaaan seorang muslim akan mewarnai semua kehidupannya dan juga akan membentuk segala aktiviti dengan celupan Islam. Allah menyuruh kita untuk menjadikan hidup kita Islam samada berdiri, duduk atau berbaring, juga di suruh untuk hidup dan mati di dalam Islam. Bahkan Allah SWT menyuruh kita agar jangan mati kecuali di dalam keadaan Islam. Islam mengajak manusia untuk mangamalkan semua ajarannya samada dari bangun tidur hingga tidur kembali adalah bahagian kehidupan yang mesti diisi dengan Islam. Islamisasi kehidupan sebagai suatu keharusan manusia agar mendapatkan redha dari Allah SWT.

Abu Umar 6

Page 8: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

Dalil

5:54; wahai orang-orang yang beriman ! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), makaa Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut pada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang di berikanNya, lagi meliputi pengetahuanNya.

49:15; Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imanNya).

3:102; Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

2:208; Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu kedalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu mnurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaithan itu musuh bagi kamu yang terang lagi nyata.

3.Takwin ruhul jamaah Islamiyah

Syarah

Setelah peribadi muslim terbentuk maka peribadi ini perlu diikat dengan tali agar kuat dan dapat di gunakan untuk berbagai tujuan dan aktiviti. Tali ini adalah jamaah, sehingga dengan jamaah dapat terlaksananya kerja sama dan sama-sama kerja sehingga mewujudkan saling membantu dan ukhuwah Islamiyah. Dakwah tidak akan mungkin berjaya tanpa diikat dengan jamaah. Setiap individu yang bekerja di dalam dakwah akan rugi dan tidak berjaya apabila tidak dilakukannya dengan berjamaah. Ciri lainnya di dalam jamaah adalah peribadi yang berpegang teguh dengan tali Allah, tidak berpecah belah dan menjalankan ukhuwah Islamiyah.

Berpegang dengan tali Allah merupakan prinsip di dalam Islam. Ikatan jamaah Islamiyah di laksanakan dengan mengikat keatas tali aqidah Islamiyah. Persatuan dan kesatuan Islam yang berdasarkan aqidah ini

Abu Umar 7

Page 9: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

akan menyatukan semua muslim di dunia sehingga memudahkan tegaknya khilafah di muka bumi. Dengan ikatan aqidah ini juga akan mewujudkan suatu kejayaan muslim yang mungkin memiliki perbedaan dari segi furu, pemikiran dan uslub. Persatuan kita keatas yang asas dan prinsip dan menerima perbedaan yang bukan prinsip sebagai suatu khasanah Islam dan penggabungan ke pelbagaian potensi ummat.

Ummat yang bersatu dengan membentuk model jamaah adalah tidak ada perpecahan dan pertembungan, mereka bersatu padu di dalam aqidah yang mewarnai bentuk kerja sama yang tolong menolong keatas kelemahan dan kelebihan masing-masing. Perbedaan sebagai sarana taawun yang akan menguatkan jamaah Islam. Tidak berpecah belah tetapi bersatu padu dengan kesatuan hati aktivis Islam merupakan ciri utama jamaah Islam.

Untuk memperlancar dan memperbagus jamaah Islam ini maka jamaah perlu di warnai dengan suasana ukhuwah Islamiyah. Persaudaraan Islam selain kewajiban dan hidayah dari Allah SWt juga suatu nikmat yang membahagiakan kita. Dengan ukhuwah Islamiyah maka keperluan fitrah manusia dan juga keperluan asas manusia dapat di terpenuhi. Manusia pada dasarnya menyenangi untuk berkumpul dan selalu berkumpul tetapi berkumpulnya manusia tidak membawa kepada kebaikan. Berkumpul di dalam Islam akan membawa kepada kebahagiaan.

Dalil

3:195; Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya):"Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amalan orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari stengah yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya), dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya, dan juga yang di sakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur syahid dalam perang sabil)- sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi-Allah.Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal sholeh)".

9:71; Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat,

Abu Umar 8

Page 10: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

serta taat kepada Allah dan RasulNya.Mereka itu akan di beri rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah maha kuasa, lagi maha bijaksana.

3:103; dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan diantara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada ditepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (di sebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

30:31-32; Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) senantiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik-yaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berkaum-kaum; tiap-tiap kaum bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu).

8:63 Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan diantara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, niscaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan diantara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu padukan diantar (hati) mereka. Sesungguhnya Ia maha kuasa , lagi maha bijaksana.

49:10; Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara , maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

4.Gerakan penyelamatan

Syarah

Takwin syaksiyah Islamiyah dan takwin ruhul jamaah merupakan langkah penyelamatan terhadap kejayaan ummat saat ini dan juga akan memperkuat kekuatan Islam. Keadaan ummat yang telah terbentuk dengan tarbiyah Islamiyah sehingga wujud peribadi Islam dan peribadi dai di dalam jamaah ini berperanan sangat besar di dalam menghadapi musuh-musuh Islam samada menghadapi serangan dari ghazwul fikri atau hizbus syaitan. Peribadi yang terbina ini merupakan

Abu Umar 9

Page 11: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

peribadi yang mendapatkan hidayah dari Allah SWT. Peribadi Islam dan kekuatan jamaah senantiasa juga melakukan dakwah, pembinaan dan pembentukan keatas umat Islam yang sadar dengan dakwah dan Islam.

5.Kejayaan

Syarah

Kejayaan yang akan di capai ummat Islam adalah mereka yang melaksanakan pembentukan ummat dan melakukan amar makruf nahi mungkar.

Dalil

3:104; Dan hendaklah ada diantara kamu satu kaum yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan(mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang alah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian inilah orang yang berjaya.

Ringkasan

Takwin ummat (3:104); iman yang lurus (5:54; 49:15); taqwa yang sebenar-benarnya(3:102); Islamisasi kehidupan (2:201); ini semua keperibadian Islam.

Ciri lainnya adalah berpegang teguh dengan tali Allah (3:103); Ikhlas berpecah belah/bersatu padu (30:31-32); kesatuan hati (8:63); ukhuwah Islamiyah (49:10). Ini di sebut dengan takwin ruhul jamaah Islamiyah (3:195; 9:71)

Keduanya merupakan langkah penyelamatan yang dilakukan orang yang mendapat hidayah untuk membentuk umat Islam yang menyeru kebaikan, memerintahkan yang makruf dan mencegah dari yang munkar. Ketiganya merupakan factor kejayaan (3:104).

Abu Umar 10

Page 12: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

Takwin Syakhsiyah Islamiyah

Sinopsis

Takwin keperibadian Islam mengikut kepada bagaimana Rasulallah SAW melakukan dakwah ialah dengan membentuk iman. Iman yang di bentuk ini mempuyai ciri-ciri yaitu iman yang dinamik, yakin, menyerah, mendekat dan taat; tidak keberatan, dan tidak ada pilihan lain.

Iman yang sedemikian akan memunculkan taqwa. Taqwa bagi muslim merupakan landasan hidup, sebagai ukuran/timbangan, taqwa sebagai bekal kehidupan dan pakaian. Dengan taqwa ini seorang peribadi akan menjadikan seluruh kehidupannya sebagai muslim. Inilah cirri dari keperibadian muslim yang sempurna.

1.Takwin keperibadian Islam

Syarah

Membentuk keperibadian ini mesti berasaskan pada keimanan. Iman sebagai faktor utama di alam membina dan menjadikan diri peribadi sebagai muslim yang sejati. Rasulallah SAW mendatangi manusia dengan membawa iman dan menyampaikan keimanan. Kalimat yang di bacakan pertama adalah kalimah syahadatain. Kalimah ini mengajak manusia untuk menjadikan Allah sebagai ilah dan Muhammad sebagai rasul. Keimanan yang akan di wujudkan adalah iman kepada Allah dan RasulNya. Perubahan keperibadian menjadi Islam akan berlaku sehingga para sahabat mempunyai berbagai ciri keimanan yang dapat membawa kejayaan Islam. Abu zar Al gifari yang baru menerima kalimah iman terus berdakwah di masyarakat umum , para sahabat lainnya yang telah menerima kalimah iman ini juga merubah dirinya menjadi peribadi muslim.

Dalil

3:102-104; Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-sekali kamu kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan hendaklah ada diantara kamu satu kaum yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian inilah orang yang berjaya.

Abu Umar 11

Page 13: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

2.Iman

Syarah

Pembentukan imaniyah keatas peribadi manusia dan juga pembangunan iman keatas diri muslim merupakan suatu jalan yang di contohkan kepada kita oleh nabi untuk menjadikan peribadi muslim dan diredhai oleh Allah SWT. Pendekatan imaniah biasanya dilakukan dengan memberikan firman-firman Allah dan dalil nabi yang dapat menjadikan hujjah dan media turunnya hidayah dari Allah ke atas hati yang mendengarnya. Dengan iman akan mucul beberapa ciri-ciri sepserti iman yang dinamik, keyakinan yang kuat, menyerah diri kepada Allah, mendengar dan taat dan tidak keberatan melaksanakan apapun arahan.

Dinamika iman atau iman yang hidup merupakan hasil dari keimanan yang benar. Dengan keimanan ini akan wujud sifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut terhadap celaan orang yang mencela. Keimanan ini akan menambahkan wala kepada Allah dan Rasul selain ciri-ciri ibadah dan sholatnya.

Yakin terhadap Allah dan RasulNya juga mebentuk kepercayaan kepada jihad dan tadhiyah yang akan kita sumbangkan ke jalan Allah SWT. Iman kepda Allah dan RasulNya secara benar akan menghasilkan keyakinan yang menjadikan kita serius untuk berjihad, tidak ragu-ragu dan penuh keyakinan dalam beramal dan berkorban bagi kepentingan Islam.

Menyerahkan diri kepada Allah SWT sebagai hasil iman kepada Allah. Mengerjakan peritahnya, arahan, aturan dan nilai dari Allah SWT merupakan tanda pasrah, tunduk dan menyerahkan diri kepadaNya. Bentuk menyerahkan diri kepada Islam ini adalah siap megorbankan diri dan harta bagi kepentingan Islam, dan juga bersedia menjalankan semua suruhan dan meninggalkan semua larangannya.

Mendengar dan taat juga sikap orang yang beriman. Orang beriman sebagai jundi senantiasa mendapatkan perintah dari Allah dalam bentuk arahan dan kewajiban. Misalnya di dalam berpusa, jihad, sholat dan sebagainya dirahkan kepada orang yang beriman apabila mendapatkan perintah akan menjawab:"Kami dengar dan kami taat, kemudian (kami pohonkan ) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah kami kembali".

Abu Umar 12

Page 14: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

Tidak keberatan menjalankan semua perintah merupakan ciri orang yang beriman. Orang yang beriman rela menjalankan semua perintah dan tidak merasa beban apabila menjalankan semua aktiviti Islam yang di gariskan di dalam Islam.

Bagi orang beriman tidak ada pilihan lain kecuali mengembalikan dirinya kepada Islam dan juga tidak menjadikan alternatif lain selain Islam. Islam sebagai satu-satunya panduan hidup dan Allah sebagai tempat pengabdian sedangkan rasul sebagai tempat menjadikan uswah.

Dalil

5:54; wahai orang-orang yang beriman ! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut pada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang di berikanNya, lagi meliputi pengetahuanNya.

49:15; sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benar beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasulnya, kemudian (mereka terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

2:4; Dan juga kepada orang-orang yang beriman kepada kitab "Al Qur'an" yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad), dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu , serta mereka mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

4:65; Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka tidakpun merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.

2:285; Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya,dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata):"Kami tidak membedakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya".

Abu Umar 13

Page 15: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".

5:7; Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah di kurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata:"kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

24:51; Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu diantara mereka, hanyalah mereka berkata:"Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.

4:65; Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka tidakpun merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.

33:36; Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan-Apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara -(tidak harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.

3.Taqwa

Syarah

Iman yang benar dan membuahkan hasil berupa ciri-ciri keimanan yang wujud di dalam tingkah laku seperti keyakinan, menyerah diri dan taat. Iman juga akan wujud di dalam ibadah dan amal soleh yang kemudian akan mewujudkan taqwa. Taqwa yang sebenar-benarnya adalah idaman setiap mukmin yang beribadah dan beramal. Dengan taqwa maka akan menjadikan hidup mulia di sisi Allah dan akan mendapatkan kebahagian di dunia dan di akhirat.

Taqwa sebagai landasan hidup manusia. Dengan taqwa di dada dan di setiap amal kita maka akan mewujudkan peribadi muslim. Taqwa adalah hasil ibadah dan dengan ibadah menjadikan diri kita bertaqwa.

Abu Umar 14

Page 16: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

Taqwa atau takut bermakna diri kita senantiasa takut kepada Allah apabila tidak mengerjakan perintah Allah dalam kehidupan. Takut kepada Allah apabila tidak meninggalkan laranganNya. Dengan takut maka setiap langkah kehidupan kita di jaga, dikawal dan dikendalikan oleh Islam. Taqwa sebagai landasan dalam kehidupan kita.

Ibadah manusia yang di terima adalah ibadahnya orang yang bertaqwa. Ibadah yang di dasarkan dengan taqwa juga tidak mendapatkan balasan yang sempurna dari Allah SWT. Taqwa merupakan ukuran/timbangan amal dan ibadah seseorang. Perkara ini dapat di jelaskan dengan cerita Habil dan Qabil.

Sebaik-baik bekal adalah taqwa. Dibandingkan dengan bekal lainnya seperti makan, minum, pakaian ,tempat tinggal maka bekal tawa lebih diutamakan lagi. Semua bekal selain taqwa dapat habis dan mungkin tidak dapat di dapati. Dengan taqwa setiap mukmin dapat memenuhi keperluannya dengan baik. Orang bertaqwa apabila tidak ada makan dan minum ia tetap bertahan dan selalu menghadapi masalahnya dengan tenang. Menerima taqdir dan kenyataan yang berlaku di dalam kehidupan kita adalah hasil taqwa.

Allah juga menjadikan taqwa sebagai pakaian. Pakaian bermakna sesuatu yang dipakai dan digunakan. Maka taqwa juga bermakna pakaian yang dilihat orang lain dan yang menjadikan ciri dan wujud penampilan kita yang sebenarnya. Pakaian taqwa sebagai sesuatu yang nampak dan senantiasa hadir bersama kita, merupakan penampilan pertama yang dilihat orang. Pakaian taqwa bukan pakaian yang bermakna secara fisikal tetapi pakaian maknawi yang diibaratkan sebagai pakaian.

Dalil

3:102; Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-sekali kamu kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

5:27; Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, yaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu di terima korban salah satu diantaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil), Berkata (Qabil):"Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab:"Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa;

Abu Umar 15

Page 17: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

22:37; Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah , tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlash yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.

49:13 Wahai umat manusia sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku kaum, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara yang satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

2:97; Katakanlah (wahai Muhammad):" Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al Qur'an ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi kabar gembira bagi orang-orang yang beriman".

7:26; Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangNya dan bersyukur.

4.Penghayatan Islam dalam kehidupan

Syarah

Peribadi muslim yang beriman dan bertaqwa kepada Allah akan menjadikan keseluruhan hidup sebagai muslim. Warna keIslaman pada diri muslim dengan mengamalkan segala aspek dan bidang kehidupan merupakan perintah Allah agar kita masuk kedalam Islam secara keseluruhan dan tidak setengah-setengah.

Dalil

2:208; Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syetan; sesungguhnya syetan musuh bagi kamu yang terang nyata.

Abu Umar 16

Page 18: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

5. Wujud peribadi Islam yang sempurna.

Syarah

Objektif dari pembentukan peribadi Islam dengan pendekatan iman adalah mendekatkan peribadi Islam yang sempurna di segala aspek kehidupan. Peribadi Islam yang sempurna bermaksud mengamalkan segala perintah dan meninggalkan segala larangan dengan suasana takut kepada Allah SWT.

Ringkasan

Takwin keperibadian Islam: iman yaitu dinamika iman (5:54; 49:15); yakin (2:4; 49:15); menyerah (4:65), mendengar dan taat (2:285; 5:7; 24:51); tidak keberatan (4:65); tidak ada pilihan lain (33:36).

Taqwa yang sebenar-benarnya(3:102): landasan hidup (5:27); 22:37); sebagai ukuran/timbangan (49:13,hadits); bekal tawa (2:97); sebagai pakaian (7:26)

Penghayatan Islam dalam kehidupan (2:208) sehingga wujud peribadi Islam yang sempurna.

Abu Umar 17

Page 19: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

I'tisom bi Hablillah

Sinopsis

Meningkatkan diri kita kepada tali Allah adalah menjadikan diri kita beraqidah yang benar. Ikhtisam bihabibillah ini sebagai satu dasar pembentukan ummat yang satu. Mengikat diri kita kepada tali Allah melaui Laa ilaha illa-lLah dan Rasulallah SAW.

Laa ilaha illa-lLah adaalah dasar tauhidullah yang bermakna kesatuan niat, kesatuan akhlaq, kesatuan fikrah, kesatuan kalimat/bahasa, kesatuan ummat, kesatuan gerak. Keseluruhan ini merupakan kesatuan pengabdian.

Manakala Rasulallah SAW adalah menjadikan risalah ini satu (tauhid risalah) yaitu risalah Islam yang di bawa oleh Rasulallah SAW, akhirnya wujud kesatuan uswah kepada Rasulallah SAW.

1.Tali Allah

Syarah

Berpegang kepada tali Allah bermaksud memegang kepada aqidah Islam. Aqidah Islam yang benar mendasarkan kepada kalimah syahadatain yaitu Laa ilaha illa-lLah dan Rasulallah SAW. Tali Allah atau aqidah Islamiyah yang di pegang oleh ummat manusia telah membuktikan kejayaannya. Dengan berpegang kepada tali Allah, kita akan menjadikan Allah sebagai tauhidul ibadah dan menjadikan Muhammad SAW sebagai tauhid uswah. Dengan demikian berpegang kepada tali Allah akan wujud kesatuan yang tidak menjadikan kita berpecah belah dan senantiasa menjalinkan hubungan ukhuwah Islamiyah.

Dalil

3:103; dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan diantara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada ditepi jurang neraka (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

Abu Umar 18

Page 20: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

2.Laa ilaha illa-lLah

Syarah

Peribadi sahabat-sahabat Rasulallah SAW yang terkena dengan dakwah baginda yaitu dakwah mengajak keimanan dengan seruan Laa ilaha illa-lLah maka akan menghasilkan peribadi-peribadi yang unggul Tarbiyah Islamiyah yang mendekatkan manusia kepada Allah akan menjadikan kita beriman kepada Allah yang Esa, merujuk kepada satu rujukan, beramal dengan satu arahan, beribadah dengan satu tuntutan dan akhirnya juga akan membentuk satu ummat.

Laa ilaha illa-lLah adalah dasar tauhidullah yang bermakna kepada kesatuan niat, kesatuan akhlak, kesatuan fikrah, kesatuan kalimah/bahasa, kesatuan ummat dan kesatuan gerak.

Dengan menjadikan Allah sebagai ilah dalam sembahan, pengabdian, ikutan, yang dicenderungi, yang dijadikan panduan dan yang di rujuk maka akan berlaku kesatuan niat dari setiap individu. Niat yang satu akan menghasilkan amal dan pelaksanaan yang juga satu. Niat ikhlas adalah penyatuan setiap amalan kita.

Aqidah mesti satu kerana inilah yang di jadikan buhul atau ikatan kesatuan. Tanpa aqidah yang satu ukhuwah dan penyatuan tidak akan wujud. Aqidah yang mengandungi prinsip Islam dan dasar-dasar yang perlu diamalkan oleh muslim mestilah satu dan tidak berbeda. Perbedaan aqidah akan membedakan kita di dalam Islam.

Kesatuan fikrah yang dipentingkan disini adalah fikrah-fikrah asas dan prinsip. Manakala fikrah yang bersifat operasional dan yang dipengaruhi oleh uslub mungkin akan berbeda tetapi kita perlu memahami bagi keperluan taawun dan amal jama'ie. Fikrah yang dilandasi aqidah yang bersih biasanya akan mewujudkan fikrah yang sihat dan bersih. Fikrah yang sihat ini akan menyihatkan fikrah ummat dan masyarakat.

Satu sebutan, satu kalimah dan satu bahasa. Tauhidul kalimah juga berarti satu matlamat, satu misi dan visi. Kesatuan kalimah di perlukan bagi munculnya kesatuan ummat dan harakah.

Ummat yang satu kemudian muncul dengan kesatuan-kesatuan di atas. Ummat yang bersatu dengan dasar kesatuan niat, aqidah, fikrah dan kalimah. Ummat satu berdasarkan kesatuan aqidah bukan berdasarkan masalah cabang/furu’. Dengan fikrah demikian kesatuan ummat di dunia ini akan dapat tercapai dan boleh mencapai kejayaan

Abu Umar 19

Page 21: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

di masa hadapan. Ummat tidak akan bersatu apabila kita tidak menjadikan asas aqidah sebagai alat penyatuan.

Kesatuan harakah wujud dari kesatuan ummat. Ummat dengan berbagai harakah yang mempunyai beberapa kaidah dan manhaj mungkin bersatu dengan isu aqidah dan kesamaan matlamat yaitu menegakkan Islam. Harakah mungkin muncul di dalam Islam dengan berbagai fokus tetapi bagaimanapun harakah Islam yang betul akan fokus kepada pembangunan dan pembenaran aqidah. Harakah yang berdasarkan aqidah Islam akan mudah disatukan sebagai kekuatan ummat.

Dalil

98:5; Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.

39:11,14; Katakanlah lagi (Wahai Muhammad): " Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya; Katakanlah lagi : " Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan agamaku kepadaNya.

2:163; Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang maha esa ; Tiada Tuhan (yang berhak di sembh) selain dari Allah , yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

112:1; Katakanlah (wahai Muhammad):"(Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa".

6:153; Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

2:142; Orang-orang yang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata : "Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?" Katakanlah (Wahai Muhammad):"Timur dan barat adalah kepunyaan Allah-(maka kepihak mana saja kita di arahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita memaatuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang di kehendakiNya kejalan yang lurus".

Abu Umar 20

Page 22: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

21:90; Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan istrinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka senantiasa berlomba-lomba dalam mengerjakan kebaikan, Dan senantiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka senantiasa pula senantiasa khusuk(dan taat) kepada Kami.

22:78; Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrohim. Ia menamakan kamu :"orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam Al Qur'an ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dialah saja sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik pemberi pertolongan.

3:32; Katakanlah (wahai Muhammad) :" Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (mendurhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.

3.Kesatuan pengabdian

Syarah

Dengan memahami aqidah yang betul, khususnya memahami makna Laa ilaha illa-lLah akan membentuk kesatuan pengabdian. Kita sama mengabdi kepada Allah. Hanya kepada Allah saja kita merujuk dan mengabdikan segala urusan, maka Allah akan menyatukan hati manusia. Apabila kita tidak mengembalikan urusan ini kepada Allah tetapi kepada yang lainnya misalnya wala kepada keduniaan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya maka akan menjejaskan persatuan ini. Apabila senantiasa mengembalikan kepada Allah maka Allah SWT akan menyatukan hati kita dan juga akan menyatukan pengabdian kita.

Aqidah yang sehat yang dianut oleh setiap muslim membuahkan kesatuan pada setiap fikrah, amal dan harakahnya. Aqidah yang di jadikan rujukan dapat menyatukan ummat. Dengan aqidah pula maka

Abu Umar 21

Page 23: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

kita akan mengabdi kepada Allah yang satu dan kepada bentuk pengabdian yang sama.

Dalil

39:64-65; Katakanlah (wahai Muhammad, kepada orang-orang musyrik itu:" Sesudah jelas dalil-dalil keesaan Allah yang demikian), patutkah kamu menyuruhku menyembah atau memuja yang lain dari Allah, hai orang-orang yang jahil?" Dan sesungguhnya telah di wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada nabi-nabi yang terdahulu daripadamu:"Demi sesungguhnya! Jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.

4.Rasulallah SAW SAW

Syarah

Rasulullah SAW sebagai uswah. Bagaimana kita beribadah menyembah Allah maka Rasulullah SAW sebagai model dan contohnya. Mentafsirkan perintah Allah hanya melalui Nabi, tanpa nabi maka tidak akan mendapatkan tafsir yang sebenarnya. Bagaimana berimanpun mesti mengikuti bagaimana Rasulallah SAW beriman dan kita mengikuti cara-cara yang ditunjukkannya. Al Qur'an yang berjalan adalah Rasulallah SAW, sehingga tidak ada jalan lain sehingga kita mengikatkan diri kepada Allah atau mencintaiNya mesti juga mengikat diri kepada Rasulallah SAW.

Rasulallah SAW sebagai pembawa risalah yang satu yaitu Islam. Tauhid iaitu risalah yang dibawa Nabi SAW adalah juga penyatu manusia beragama semenjak Nabi Adam AS. Tauhid adalah risalah yang dibawa oleh Rasulallah SAW adalah tali penyatuan dikalangan harakah. Islam dengan manhaj yang dibawa Rasulallah SAW perlu di jadikan contoh.

Dalil

2:143; Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah ka'bah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau menghadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk

Abu Umar 22

Page 24: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk di terima) kecuali kepada orang-orang yang telah di berikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).

33:45-47; Wahai nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada Allah dengan taufiq yang di beriNya; dan sebagai lampu yang menerangi. Dan (dengan itu) sampaikanlah berita yang menggembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya mereka akan beroleh limpah kurnia yang besar dari Allah.

34:28; Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).

21:107; Dan tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

5. Uswah Hasanah

Syarah

Rasulallah SAW membawa suatu manhaj yang sifatnya wajib dan di sunnahkan dilaksanakan oleh kita manusia, tetapi ada juga yang dilaksanakan atau melekat pada dirinya sesuatu yang bersifat wasail atau fasiliti. Uswah kepada nabi lebih kepada manhaj bukan kepada wasail. Bagaimana nabi menggunakan unta/kuda, alat persenjataan yang digunakan nabi dan sebagainya adalah wasail yang tidak perlu diikuti, tetapi bagaimana sembahyang dan sebagainya perlu dan wajib diikuti. Allah menurunkan manhaj bukan wasail. Wasail hanya di suruh Allah untuk kita fikirkan dan cari pengembangannya dengan menggunakan alam semesta dan ciptaan Allah. Sedangkan manhaj hayah yang dijadikan panduan ini perlu dan wajib diikuti kalau tidak diikuti akan mencapai kesesatan dan kerugian.

Dalil

Abu Umar 23

Page 25: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

33:21; Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, yaitu bagi orang yang senantiasa mengharapkan (keredhaan ) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

Ringkasan

Tali Allah: Laa ilaha illa-lLah adalah dasar tauhidullah yang bermakna kesatuan niat (98:5; 39:11,14;); kesatuan akhlak (2:163; 112:1); kesatuan fikrah (6:153); kesatuan kalimat/bahasa (2:142); kesatuan ummat (21:90; 22:78); kesatuan gerak (3:32), keseluruhannya merupakan kesatuan pengabdian (39:64-65)

Rasulallah SAW (2:143; 33:45-47); tauhid risalah (934:28; 21:107); kesatuan uswah (33:21).

Abu Umar 24

Page 26: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

Al Inqilab Al Islami

Sinopsis

Laa ilaha illalLah Muhammadurrasulullah membawa makna kepada inqilab Islami. Contoh dan bukti ini dapat dilihat dari perjalanan Rasulallah SAW. Sahabat nabi yang telah menerima syahadatain akan merubah dirinya menjadi Islam dan bahkan merubah cara atau gaya kehidupannya secara keseluruhan mengikuti Islam. Perubahan ini di sebut dengan inqilab Islam. Inqilab Islam yaitu perubahan total yang dilaksanakan dalam berbagai bidang misalnya bidang aqidah, ruh/kejiwaan, fikrah/pemikiran, syuur/perasaan/selera, tingkah laku, tsaqofah/pengetahuan, masyarakat.

Semua perubahan ini akan membawa pada perubahan yang menyeluruh kedalam gerakan untuk menuju kepada Islam yang kaafah.

1.Laa ilaha illallah

Syarah

Laa ilaha illallah Muhamadurrasulullah sebagai dasar perubahan peribadi dan ummat. Kalimat ini mempunyai makna yang revolusioner yaitu perubahan yang menyeluruh dan mendasar. Walaupun demikian perubahan yang di kehendaki Islam adalah perubahan yang bertahap dan mengikuti fitrah Islam dan fitrah manusia yang dilengkapi dengan kesedaran Islam yang sempurna. Kalimah syahadah sebagai kalimat perubahan dapat dibuktikan oleh banyak sahabat nabi yang baru menerima Islam melaui syahadah terus berubah dan mempunyai azam untuk dan mengamalkan Islam. Laa ilaha illalLaah Muhammadurrasulullah telah terbukti memiliki makna yang sangat besar sehingga Rasulallah SAW memberikan tumpuan kepada kepentingan syahadat di dalam dasar Islam, sebagai pintu gerbang, syahadat akan membawa kebahagiaan dunia dan akhirat, syahadat akan menjauhkan diri dari neraka dan keutamaan lainnya. Kepentingan syahadah yang besar ini sangat sesuai dengan arti dan makna syahadat yang juga besar. Hanya kepada Allah saja kita menjadikan ilah dan hanya kepada Muhammad sebagai model. Pengertian ilah dan rasul yang kemudian diteruskan dengan pengakuan kepada kalimah Laa ilaha illallah Muhammadurrasulullah menjadikan perubahan-perubahan peribadi. Dari syahadah Laa ilaha illallah ini di dapati banyak aplikasi dan implikasi kedalam kehidupan yaitu perubahan total dan mengikuti Islam secara keseluruhan.

Abu Umar 25

Page 27: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

Dalil

Rujuk kepada bahan-bahan Makna syahadatain

2.Inqilab Islami

Syarah

Dengan syahadah atau pengamalan Laa ilaha illallah Muhammadurrasululah akan bermakna inqilab Islami. Inqilab Islami yaitu perubaha secara total di dalam berbagai bidang misalnya bidang aqidah, ruh/kejiwaan, fikrah/pemikiran, syuur/perasaan/selera, tingkah laku, tsaqofah/pengetahuan, masyarakat, politik dan ekonomi.

Perubahan yang menyeluruh dan total adalah buah dari syahadat dengan memahami secara benar Laa ilaha illallah Muhammadurrasulullah. Kafir qurais dan pemuka-pemuka jahiliyah mengenal pasti arti implikasi Laa ilaha illallah Muhammadurrasulullah, sehingga mereka boleh membuat ramalan-ramalan keatas pengikut dan pembawa kalimat Laa ilaha illallah Muhammadurrasulullah. Mereka meramalkan bahawa Islam akan menguasai dunia , Islam dimusuhi oleh para raja dan sebagainya.

Kalimah Laa ilaha illallah Muhammadurrasulullah yang dipahami oleh muslim menjadi ruh dan inspirasi menggerakkan amal dan ibadah. Dengan syahadah pula kita dapat merubah peribadi-peribadi ke segala aspek kehidupan. Islam yang membawa panduan kehidupan secara keseluruhan akan mudah di simpulkan di dalam kalimah Laa ilaha illallah Muhammadurrasulullah. Dengan faham dan amalkan kalimah syahadah akan didapati perubahan-perubahan pada individu.

Dalil

Sirah nabawiyah

3.Islam yang kaafah

Syarah

Perubahan Islam melalui pemahaman dan amalan syahadah akan membawa manusia kedalam perubahan yang menyeluruh di dalam seluruh kehidupan. Inqilab Islam akan membawa pada perubahan menyeluruh dalam gerakan menuju pada Islam yang kaafah. Islam kaafah seperti yang di kehendaki oleh Allah SWT. Memasuki Islam secara menyeluruh berarti siap berhadapan dengan langkah syetan. Langkah syetan yang sistematik dengan hizbnya senantiasa membawa

Abu Umar 26

Page 28: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

kepada kejahiliyahan dan menjauhkan diri dari Islam kaafah. Islam kaafah berarti menerima semua aturan Islam dan mengamalkan Islam ke dalam kehidupannya.

Dalil

2:208; wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syetan; sesungguhnya syetan musuh bagi kamu yang terang nyata.

Ringkasan

Laa ilaha illallah Muhammadurrasulullah membawa makna inqilab Islami yaitu perubaha secara total di dalam berbagai bidang misalnya bidang aqidah, ruh/kejiwaan, fikrah/pemikiran, syuur/perasaan/selera, tingkah laku, tsaqofah/pengetahuan, masyarakat. Semuanya membawa pada perubahan menyeluruh dalam gerakan menuju pada Islam yang kaafah(2:208).

Abu Umar 27

Page 29: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

Takliful Qulub

Sinopsis

Ummat Islam perlu diikat dengan aqidah. Ikatan aqidah akan berjaya apabila ikatan keatas hati ummat. Aqidah yang bertahkta keatas hati yang bersih dan salim. Kesatuan hati ini bermakna bertemu dengan landasan cinta, berjumpa dalam rangka taat, saling bersatu untuk dakwah dan saling berjanji untuk jihad.

Semua ciri ikatan hati ini adalah ciri untuk mengukuhkan ikatan hati. Dengan ikatan hati ini maka senantiasa berada dalam harapan, selalu di berikan cinta, diberikan bimbingan jalan-jalan keselamatan, dipenuhi cahaya, dilapangkan dada, di bangkitkan dengan makrifatullah, dan diwafatkan dalam keadaaan syahid. Pemberian ini semuanya merupakan kurnia Allah.

Bahan takliful qulub ini merupakan bahan yang diambil dari inti sari do'a rabithah yang di susun oleh imam syahid Hasan Al Banna.

1. Kesatuan Hati

Syarah

Takliful qulub berarti kesatuan hati. Peribadi-peribadi muslim menjadikan kesatuan hati sebagai kekuatan ukhuwah dan kekuatan Islam. Dakwah dan jamaah bersatu berdasarkan peribadi-peribadi yang hatinya bersatu. Kesatuan hati manusia adalah urusan Allah kerana hanya dengan autoriti dan kehendakNya saja hati manusia bersatu.

Dakwah Islam yang dibawa oleh para aktivis dan da'i diikat dengan kesatuan hati. Aktivis dakwah di dalam menjalankan dakwahnya mesti menjadikan pertemuannya berdasarkan dengan landasan cinta. Mereka berjumpa dalam rangka taat kepada Allah, saling bersatu untuk menjalankan dakwah dan saling berjanji untuk menjalankan jihad.

Ikatan hati tidak mungkin tercapai apabila tidak diiringi dengan amal dan dakwah. Beramal, berdakwah dan jihad adalah media untuk bersatunya hati. Fizikal dan jasad boleh bersatu tetapi tidak menjamin kekuatan apabila tidak di kaitkan dengan ikatan hati.

Cinta kepada Allah adalah dasar ikatan kerana sama-sama mencintai Allah maka Allah SWT akan meyatukan hati manusia. Kesamaan mencintai Allah berarti kita bersedia menerima Islam berarti pula

Abu Umar 28

Page 30: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

kesatuan hati akan mudah terpaut menjadi satu. Tanpa cinta maka tidak ada tempat bermuara yang kemudian akan meyulitkan ikatan dan kesatuan.

Setelah mencintai dan sama-sama cinta maka kita bersama di dalam taat. Taat kepada Allah SWT sebagai kunci wujudnya ikatan hati yang di kehendaki. Allah SWT berfirman bahawa setelah islah maka taat kepada Allah adalah cara yang sesuai untuk menggerakkan hidayah ikhwana (persaudaraan) sampai kepada kita.

Dakwah dan jihad adalah implikasi cinta kepada Allah. Dengan dakwah dan jihad, ikatan hati semakin di perkuat kerana bentuk tafahum, taawun dan takaful akan di capai dan lebih dirasakan bagi semua aktivis. Tanpa dakwah dan jihad akan susah berlakunya persatuan. Tidak ada media pemersatu sehingga akan menghasilkan pertembungan di kalangan sendiri.

Dalil

2:165;(Walaupun demikian), ada juga dari manusia yang mengambil selain Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagai mana mereka mencintai Allah; sedangkan orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat, bahawa sesungguhnya dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah maha berat azab dan siksaNya, (Niscaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)

3:32; Katakanlah (wahai Muhammad) "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (mendurhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.

41:33; Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri yang mengerjakan amal sholeh, sambil berkata:"Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"

hadits

5:7; Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah di kurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata:"kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" Dan bertaqwalah kamu kepada Allah,

Abu Umar 29

Page 31: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

kerana sesungguhnya Allah maha mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

29:2, 6, 69; Patutkan manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah maha kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian mahluk. Dan orang-orang yang berusaha dengan sungguh-sungguh kerana hendak memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka gembira dan beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalanya.

2. Mengukuhkan ikatan hati

Syarah

Ikatan hati yang dilandasi cinta dan taat kemudian di implikasikan kepada dakwah dan jihad akan menghasilkan ikatan hati yang kukuh. Sehingga, ikatan yang kukuh ini akan membuahkan hasil berupa harapan-harapan.

Harapan-harapan yang kita kehendaki dari ikatan hati di dalam dakwah dan jihad ini adalah agar selalu diberikan cinta, di berikan bimbingan jalan-jalan keselamatan, dipenuhi oleh cahaya, dilapangkan dada, dibangkitkan dengan makrifatullah dan kemudian diakhiri dengan harapan di wafatkan dalam keadaan syahid.

Dalil

5:54; Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa diantara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut pada celaan yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia yang diberikanNya kepada sesiapa yang di kehendakiNya; kerana Allah maha luas limpahan kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya.

hadist

Abu Umar 30

Page 32: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

5:16; Dengan Al Qur'an itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya, dan dengannya Tuhan keluarkan mereka dari gelap gulita kufur kepada cahaya iman yang terang benderang, dengan izinnya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.

29:69; dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana hendak memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya pertolongan dan bantuan Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

2:257; Allah pelindung yang mengawal dan menolong orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan kufur kepada cahaya iman dan orang-orang kafir penolong-penolong mereka adalah taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya iman kepada kegelapan kufur mereka itulah ahli neraka mereka kekal di dalamnya.

24:35-37; Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingkan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al Qur'an) adalah sebagai sebuah misykaat yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyak itu -dengan sendirinya- memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturaNnya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh ALlah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan

6:125; Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memeberi hidayah petunjuk kepadanya niscaya ia melapangkan dadanya (membuka

Abu Umar 31

Page 33: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik kelangit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.

6:122; Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membedakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan seluruh cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkanlah pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat).

42:52-53; Dan demikianlah kami wahyukan kepadamu (Muhammad) Al Qur'an sebagai roh yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Qur'an) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al Qur'an: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengan sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al Qur'an itu ke jalan yang lurus, iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! kepada Allah jualah kembali segala urusan.

3:154; Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, yaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlash), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyah. Mereka berkata: "Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang di janjikan itu?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya (perkara (yang telah di janjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dialah saja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang di tetapkanNYa)". Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri): "Kalaulah ada sebahagian sedikit dari kita pertolongan yang di janjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?" katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang -orang yang telah di takdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati

Abu Umar 32

Page 34: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

masing-masing". Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah), Allah senantiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

3:169-170; Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Dan juga) mereka bersuka cita dengan kurnia Allah (balasan mati syahid) yang telah di limpahkan kepada mereka, dan mereka gembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang ), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka,(yaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita

3. Keseluruhanya merupakan kurnia dari Allah

Syarah

Keseluruhan harapan ini hanya Allah saja yang dapat mengabulkannya. Kurnia Allah berupa cinta, di berinya jalan keselamatan, cahaya Islam dan mati syahid adalah balasan bagi yang berdakwah dan berjihad. Tidak berjihad, kita tidak mendapatkan mati syahid, tidak berdakwah maka kita tidak dapat mengukur sejauh manakah peranan musuh-musuh Islam. Harapan dan balasan apapun juga hanya didapati oleh muslim yang bersatu hatinya dan berdakwah.

Ringkasan

Kesatuan hati : bertemu dengan landasan cinta (2:165); berjumpa dalam rangka taat (3:32); saling bersatu untuk dakwah (41:33); saling berjanji untuk berjihad (hadits; 5:7; 29:2;,6,69).

Semuanya ini untuk mengukuhkan ikatan hati sehingga senantiasa dalam harapan : selalu diberikan cinta (5:54; hadits); diberikan bimbingan jalan-jalan keselamatan (5:16; 29:69); dipenuhi cahaya (2:257; 24:35-37); dilapangkan dada (6:125); dibangkitkan dengan makrifatullah (6:122; 42:52-53); diwafatkan dalam keadaan syahid (3:154; 3:169-170). Keseluruhannya merupakan kurnia dari Allah.

Asababu Tafriqah Wa 'Ilajuha

Sinopsis

Abu Umar 33

Page 35: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

Kita selain memahami bagaimana cara dan usaha untuk membentuk umat juga di perlukan pemahaman apa sebab munculnya perpecahan dikalangan ummat. Sebab-sebab perpecahan tersebut dapat di gambarkan dalam proses perpecahan yang dimulai oleh melanggar perjanjian, kemudian mendapatkan laknat dari Allah, kesal hatinya, mempermainkan manhaj, melupakan konsepsi, berkhianat; tumbuh kebencian satu dengan yang lain dan saling bermusuhan sehingga terjadi perpecahan.

Proses ilajnya (rawatannya) adalah dengan cara menepati perjanjian sehingga memperoleh rahmah (kasih sayang) Allah, komitmen dengan manhajnya, senantiasa ingat manhaj, sikap amanah, menumbuhkan saling kasih sayang dan terjalin berkelindan (mendarah daging) dan akhirnya timbullah kesatuan.

1. Sebab-sebab perpecahan dan ilajnya

Syarah

Kelemahan yang paling besar yang senantiasa menjejaskan kekuatan Islam adalah perpecahan di kalangan umat. Perpecahan ini banyak sebab selain factor dalaman (dari kaum munafik, sebahagian kaum fasik) juga faktor luaran seperti kafir dari musyrikin dan ahli kitab. Musuh-musuh Islam adalah mereka yang menentang Islam sama ada dari dalaman atau dari luaran Islam. Musuh-musuh Islam secara hakikatnya mereka di ciptakan oleh Allah mengikut fitrah dan mengikut sunatullah yang Allah telah tentukan, namun demikian musuh Islam telah melanggar janji dengan tidak mengakui fitrah yang ada pada dirinya dan juga tidak mengamalkan janjinya kepada Allah ketika menyatakan Allah sebagai Rabb di masa manusia di dalam rahim ibunya.

Perpecahan di sebabkan juga oleh kerana orang-orang fasik yaitu orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah di perteguhkanya, dan memutuskan perkara yang di suruh Allah supaya di perhubungkan, dan mereka pula membuat kerusakan dan bencana di muka bumi.

Dalil

22:26-27; yaitu orang yang melanggar janji Allah (perintahNya) setelah tegunya dan mereka itu memutuskan silaturrahmi yang di suruh Allah memperhubungkannya, lagi mereka berbuat bencana di muka bumi. Mereka itulah orang yang merugi..

Abu Umar 34

Page 36: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

2. Proses dan sebab terjadinya tafriqah

Syarah

Proses dan sebab terjadinya tafriqah diawali oleh individu yang melanggar perjanjian dengan Allah. Keengkaran dan kerusakan yang dilakukan sebagai bentuk penolakan kepada hukum dan nilai-nilai Allah adalah satu bentuk melanggar perjanjian dengan Allah. Manusia secara umumnya pun dapat disebut melanggar janji dengan Allah kerana tidak mengikuti fitrah dan kecenderungan dirinya sebagai manusia yang Allah ciptakan. Selain itu bagi muslim yang sudah berjanji mengucapkan syahadah dengan sikap menjadikan Allah sebagai ilah dan juga menjadikan Muhammad sebagai rasul tetapi kemudian tidak menepatinya misalnya tidak mengikuti arahan, tidak mengerjakan ibadah, tidak beramal sholeh maka ini sebagai tanda munculnya pelanggaran. Muslim mestinya menepati janji untuk menjadikan Allah sebagai ilah satu-satunya dan tidak menjadikan ilah lain seperti hawa nafsu dan dunia sebagai tuhan sembahan dan ikutan. Begitu juga perjanjian terhadap menjadikan Muhammad sebagai Rasul dan uswah mesti diamalkan dengan meninggalkan segala uswah lain selain nabi. Pelanggaran ini juga bentuk tidak menepati janji syahadahnya.

Melanggar perjanjian akan mendapat laknat Allah SWT, Sehingga Allah SWT tidak memberikan berkah dan rahmah. Manusia yang dilaknati Allah berarti mendapatkan kemurkaan Allah di mana hidup kita menjadi susah, tidak tenang dan tidak bahagia.

Tidak dapat rahmah dan juga tidak dapat berkah akan menjadikan keras hatinya, ia mudah saja menjadi marah, gelisah, susah dan tidak tenang. Keadaan jiwa yang demikian mungkin akan menyebabkan hati rusak dan bahkan akan mengalami ganguan jiwa.

Manusia yang mendapatkan laknat Allah kemudian hatinya menjadi keras dan mengakibatkan tingkah lakunya mengikuti hawa nafsu akan jatuh kepada sikap mempermainkan manhaj Islam, Islam di permainkan kerana kecenderungan itu berdasarkan hawa nafsu yang tidak mempunyai prinsip dan kedudukan yang jelas. Islam dilaksanakan sebahagian dan ditinggalkan sebahagian, begitupun dengan bentuk pemikiran yang mungugat Allah dan Islam dalam berbagai pandangan dan cara berfikirnya.

Mereka yang melanggar janji ini akan sampai kepada melupakan manhaj dan konsep Islam yang mungkin di ketahuinya atau yang sudah di fahaminya. Melupakan konsep secara sengaja atau mungkin

Abu Umar 35

Page 37: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

tidak sengaja sebagai akibat maksiyat yang tumbuh di dalam dirinya akan menjejaskan ingatan dan kecenderungannya yang positif.

Akhirnya mereka berkhianat dan melakukan tindakan dan tingkah laku yang menentang Islam dan tingkah laku yang menyesatkan. Allah SWT berfirman mengenai bahaya gangguan syetan yang mempengaruhi manusia sehingga menjadi sesat jalan. Khianat adalah orang yang tidak menunaikan amanah yang Allah berikan atau yang manusia berikan. Keadaan khianat menunjukkan peribadi yang tidak bertanggung jawab, sehingga khianat ini akan dimusuhi oleh banyak orang dan juga di murkai oleh Allah SWT.

Dengan sifat khianat ini tumbuh sifat kebencian satu dengan yang lain dan saling bermusuhan. Peribadi yang tidak bertanggung jawab dan yang khianat kepada manusia dan Allah akan membuktikan kerusakan yang dilakukannya. Manusia akan saling benci dan permusuhan akan berlaku. Tindakan dan tingkah laku berdasarkan kemahuan sendiri dengan tidak mengambil kepentingan masyarakat atau orang lain.

Akhirnya terjadi perpecahan dikalangan manusia.

Dalil

2:26-27;Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa saja , (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmahnya), yaitu kalau yang orang-orang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan meeka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata "Apakah maksud Allah membuat perbandingan ini ?" (jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik;(yaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerusakan dan bencana di muka bumi. Mereka itulah orang-orang yang rugi .

5:13; Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran). Mereka senantiasa mengubah kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitab taurat dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar, dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka mereka dengannya. Dan engkau (wahai muhammad) senantiasa dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan,

Abu Umar 36

Page 38: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

kecuali sedikit dari mereka (yang tidak belaku khianat). Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka bersedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.

3. Proses ilaj

Syarah

Kerana sebab perpecahan adalah tidak menepati janji maka cara penyelesaian atau ubatnya adalah menepati janji. Proses ilajnya di awali dengan menepati perjanjian. Perjanjian sebagai manusia muslim dan beriman yang juga perjanjian sebagai manusia dalam mengikuti fitrah dan pengakuan kepada Allah sebagai Rabb. Dengan janji yang ditepati kepada Allah, juga akan menepati janji kepada manusia dalam hubungannya sesama manusia.

Usaha menepati janji ini kepada Allah SWT akan memperoleh rahmah (kasih saying) Allah. Allah mencintai manusia yang sportif dan jujur kerana mengakui keadaan dirinya dan komitmen kepda yang sudah di sepakati sehingga mengamalkanya. Rasa berterima kasih dan bersyukur kepada Allah juga merupakan sikap orang yang menerima keberadaan Allah dan manusia yang menepati janji. Mereka tentunya mendapatkan kasih sayang sebagai balasan atas komitmen dan usaha untuk menepati janji.

Muslim yang senantiasa menepati janji dan mendapatkan rahmah dari Allah akan menjadikan hatinya halus, tidak kasar, tidak keras dan tidak rusuh. Manusia yang mendapatkan rahmah dari Allah akan menjadikan dirinya tenang ,halus, baik, budi bhasa, tidak pemarah dan tenang. Hasil rahmah yang menenangkan hati ini akan menjadikan individu memberikan komitmen dengan manhajnya.

Komitmen dengan manhaj Islam adalah ciri mereka yang menepati janji terhadap manusia atau Allah SWT akan selalu mengikuti manhaj yang dijadikan panduan dan yang diterimanya.

Dengan demikian mereka pun senantiasa merujuk kepada aturan, bimbingan, arahan dan kesepakatan yang dibuat oleh kita bersama manusia ataupun kepada Allah yang sebelum kita dilahirkan berjanji kepada Allah.

Sikap amanah akan muncul pada peribadi yang menepati janji. Dengan amanah ini, manusia yang berhubungan dengannya dan membuat perjanjian dengannya akan merasakan kepuasan. Sedangkan amanah kepada tanggung jawab yang Allah berikan kepada manusia untuk

Abu Umar 37

Page 39: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

menjadi khalifah akan dapat dilaksanakan dengan cara yang baik. Peranan yang membangun (al imarah) dan peranan memelihara (ar ri'ayah) ini dapat dilaksanakan oleh mereka yang amanah.

Amanah akan menumbuhkan saling kasih sayang dan berjalin berkelindan (mendarah daging) yang kemudian timbullah kesatuan.

Ringkasan

Sebab-sebab perpecahan dan ilajnya: proses sebab terjadinya oleh melanggar perjanjian (2:26-27); mendapat taat kepada Allah (5:13); kesal hatinya; mempermainkan manhaj, melupakan kosepsi; berkhianat; tumbuh kebencian satu dengan yang lain dan saling bermusuhan sehingga terjadi perpecahan.

Proses ilajnya adalah menepati perjanjian sehingga memperoleh rahmah (kasih sayang) Allah; komitmen dengan manhajnya, senantiasa ingat manhaj; sikap amanah; menumbuhkan saling kasih sayang dan berjalin berkelindan (mendarah daging) dan timbulah kesatuan.

Abu Umar 38

Page 40: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

Ukhuwah Islamiyah

Sinopsis

Ukhuwah Islamiyah diawali dengan hubungan secara peribadi dan juga secara berjamaah (bersama-sama). Secara peribadi misalnya berjumpa di masjid, sekolah, kampus atau hubungan yang dilakukan secara fardiyah sedangkan hubungan berjamaah biasanya melalui program ammah. Dari hubungan ini maka muncul taaruf yang diawali dengan mengenal fizikal, kemudian melalui perjalanan masa juga akan mengenali pemikiran dan kejiwaannya. Taaruf pemikiran dan nafsiyah (personality, emosi dan kejiwaan) sangatlah penting bagi wujudnya persaudaraan muslim sehingga akan memperlancar perjalanan amal jama'i.

Dari taaruf ini muncul saling memahami (tafahum) yaitu dengan cara menyatukan hati, menyatukan pemikiran dan juga menyatukan amal. Tafahum lancar maka taawun pun dapat diamalkan secara baik. Taawun secara hati (saling mendoakan), secara pemikiran (berbincang dan menasehati), Dan secara amal (bantu membantu).

Berikutnya takaful muncul setelah taawun. Dengan takaful hati saling menyatu, saling menyayangi. Akhirnya muncul kesatuan barisan dan juga kesatuan ummat.

1.Ukhuwah Islamiyah

Syarah

Ukhuwah Islamiyah atau persaudaraan Islam merupakan ikatan yang akan mewujudkan kekuatan Islam. Aqidah yang sudah tertanam di hati aktivis dakwah tetapi tidak diikat dengan ukhuwah maka akan melemahkan kerja dakwah dan matlamat tidak akan tercapai. Persatuan atau jamaah tanpa menjadikan ukhuwah sebagai ikatan maka akan menjatuhkan harakah itu sendiri. Dengan ukhuwah pula kesatuan kerja, amal dan aktiviti akan berlaku. Selain itu juga kesatuan berfikir dan kesatuan di dalam hati akan menambah mantap kekuatan Islam.

Setiap orang yang beriman adalah bersaudara, sedangkan perselisihan yang muncul diantaranya adalah sesuatu yang wajar. Sahabat nabi yang mempunyai kualitas aqidah yang tinggi dan sangat dekat dengan Rasulullah SAW pun masih didapati perselisihan. Perselisihan diantara manusia adalah sunnah dan biasa, hanya sahaja bagaimana sekarang ini kita menghadapi hubungan sesama manusia dan perselisihan ini dengan sikap saling memperbaiki dan mengembalikan diri kita kepada

Abu Umar 39

Page 41: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

Allah SWT melalui ketaatan sehingga Allah akan turunkan rahmah kepada kita.

Persaudaraan di dalam Islam adalah sesuatu yang wajib dan perlu diamalkan sehingga mendapatkan kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Namun demikian, ukhuwah Islamiyah ini banyak suka dukanya. Proses dan pelaksanaan ukhuwah Islamiyah ini di cabar oleh banyak perkara yang bersifat dalaman diri atau luaran diri. Hawa nafsu dan keadaan persekitaran juga mempengaruhi akidah ini.

Dalil

49:10; Orang-orang mukmin itu bersaudara, sebab itu perdamaikanlah antara dua orang bersaudara mu dan takutlah kepada Allah mudah-mudahan kamu mendapat rahmah

8:1; Mereka itu menanyakan kepada engkau tentang harta rampasan perang. Katakanlah: Harta rampasan perang itu adalah untuk Allah dan Rasul. Sebab itu takutlah kepada Allah dan perbaikilah urusan dintaramu dan ikutlah Allah dan Rasulnya, jika kamu orang beriman.

2.Hubungan peribadi dan secara berjamaah (bersama-sama)

Syarah

Sebagai manusia tentunya kita berhubungan dan bergaul dengan manusia. Tiada manusia yang tidak bergaul dengan manusia, hubungan ini merupakan keperluan dan tuntutan sebagai manusia hidup yang senantiasa saling membantu dan berinteraksi.

Hubungan sesama manusia dapat terlaksana melalui cara peribadi atau secara bersama-sama . Hubungan ini dapat dilaksanakan dimana saja, seperti di tempat bekerja ,di sekolah dan di masyarakat seperti di surau/masjid. Setiap hubungan manusia ini bagi seorang dai akan dijadikannya sebagai pintu untuk menjalankan dakwah.

Persaudaraan Islam akan menjadikan hubungan di antara manusia ini sebagai media untuk bertaaruf. Peluang bertaaruf dengan berhubungan sesama manusia secara peribadi biasanya lebih berkesan dibandingkan dengan cara jama’ie

Dalil

Sirah nabawiyah

3.Melaksanakan taaruf

Abu Umar 40

Page 42: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

Syarah

Hubungan sesama manusia akan menjadikan kita mengenal individu lainnya. Perkenalan pertama biasanya berhubungan dengan fizikal seperti tubuh, badan, muka, gaya pakaian, gaya berjalan, tingkah laku yang nampak, rumah, pendidikan, pekerjaan dan sebagainya. Melaksanakan taaruf di awali secara fizikal ini kemudian dilanjutkan mengenal secara pemikiran dan kejiwaan.

Mengenal pemikiran biasanya dilakukan dengan perbincangan, perbentangan, analisa isu semasa, memberikan pandangan, latar belakang pendidikan, kecenderungan berfikir, cara menanggapi sesuatu dan minat kepada tokoh pemikir tertentu.

Mengenal kejiwaan bermaksud mengenal keperibadian, emosi dan tingkah laku. Mengenal sifat dan watak merupakan bahagian mengenal kejiwaan ini. Tanpa mengenal ini maka ukhuwah Islamiyah akan mudah terjejas dan diganggu dengan tidak mengenal kejiwaan ini. Setiap manusia adalah unik dan setiap manusia mempunyai cirri-ciri khas tertentu yang membedakan dengan orang lain. Manusia dengan perbedaan latar belakang, perbedaan pendidikan, perbedaan ibu bapa, perbedaan gaya asuh, dan perbedaan-perbedaan lainnya akan membedakan kejiwaan seseorang.

Dalil

49:13;Wahai umat manusia sesungguhnya Kami tela menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku kaum, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsa). Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)

4.Saling memahami

Syarah

Setelah taaruf ini akan mewujudkan suatu keadaan saling memahami. Saling memahami (tafahum) adalah kunci ukuwah Islamiyah. Tanpa tafahum maka ukhuwah tidak akan berjalan. Proses taaruf boleh di jadualkan tetapi tafahum ini mesti berjalan seperti berjalannya ukhuwah itu sendiri. Dengan ukhuwah yang diwarnai oleh tafahum menjadikan suasana yang baik dan tenang. Masing-masing individu

Abu Umar 41

Page 43: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

memahami kekuatan dan kelemahan dan menerima keadaan masing-masing sehingga akan memunculkan taawun dan persaudaraan. Ukhuwah tidak akan berjalan apabila seseorang senantiasa ingin di pahami tetapi tidak berusha memahami orang lain. Ukhuwah berjalan dengan baik apabila muncul saling memahami dan saling menerima masing-masing. Mengenal kawan kita sensitive maka kita faham bagaimana berhubungan dengan dia, begitu juga kita mengenal bahawa teman kita cakapnya keras maka kita faham mengenainya dan tidak perlu marah pula.

Saling memahami terhadap setiap keadaan sahabat ini dilakukan dengan cara menyatukan hati menyatukan pemikiran dan menyatukan amal. Menyatukan hati sebagai langkah yang pertama kerana hati adalah asa persatuan. Allah saja yang akan menyatukan hati manusia , kuasa ini tidak pada manusia. Hati yang bersatu maka akan memudahkan persatuan lainnya. Keterikatan juga perlu diteruskan kepada pemikiran dan amal. Dengan tafahum ini maka muncul keterikatan hati, keterikatan pemikiran sesamanya dan keterikatan amal.

Dalil

8:60;Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahui nya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa saja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

5.Ta’awun

Syarah

Ta’awun muncul setelah terlaksananya tafahum sesama kita. Ta’awun dapat dilaksanakan melalui hati (saling mendoakan); pemikiran (berbincang dan menasehati); amal(bantu membantu). Saling membantu di dalam kebaikan adalah kebahagiaan tersendiri. Manusia tidak akan dapat hidup sendiri sehingga ia mesti hidup bersama-sama. Kebersamaan akan mempunyai nilai apabila kita saling membantu membantu.

Dalil

Abu Umar 42

Page 44: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

5:2;Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan percerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah maha berat azab dan siksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya)

6.Takaful

Syarah

Takaful muncul setelah taawun. Dengan takaful ini maka hati akan saling menyayangi. Takaful berarti merasakan senasib sepenanggungan. Rasa sedih dan susah sahabat kita dapat kita rasakan dan kita serta-merta membantunya. Takaful sebagai tingkat ukhuwah yang tinggi. Takaful terlaksana setelah proses sebelumnya berlangsung. Proses takaful sangat bergantung kepada pelaku-pelaku ukhuwah Islamiyah ini. Hadits nabi dan berbagai cerita hubungan para sahabat adalah menggambarkan bagaimana pelaksanaan takaful ini. Sahabat nabi yang merasa kehausan di masa perang kemudian mendengar sahabat lainnya merintih meminta minum maka ia berikan air kepada sahabatnya walaupun ia memerlukan. Contoh mementingkan sahabatnya terlebih dahulu (itsar) adalah ciri ukhuwah.

Dalil

Hadits; Tidak akan beriman seseorang diantaramu apabila kamu tidak mencintai saudaramu seperti kamu mencintai dirimu sendiri.

7.Akhirnya muncul kesatuan barisan dan juga kesatuan ummat

Syarah

Ukhuwah Islamiyah dimulai melalui hubungan manusia sebagai aktiviti fitrah manusia dan di warnai dengan huznuzon pada masa tafahum, dan disertai salamatusoddr di masa taawun. Setelah terbentuknya masa kesatuan di dalam berfikir, amal dan hati maka takaful akan menghantarkan kita kepada kesatuan barisan dan juga kesatuan ummat. Umat yang satu barisan dan ummat yang satu dimana satu dari segi fikrah dan matlamat tetapi berbeda dalam kejiwaan akan menjadikan suatu kekuatan Islam. Perbedan menjadikan media amal jama’ie dan menambah dinamik hubungan sesama manusia.

Ringkasan

Ukhuwah Islamiyah: hubungan peribadi dan secara berjamaah (bersama-sama)

Abu Umar 43

Page 45: Takwinul Ummah

Takwinul Ummah

Melaksanakan taaruf (49:13); secara fizikal, pemikiran dan kejiwaan

Saling memahami dan menyatukan hati (8:60); menyatukan pemikiran; meyatukan amal

Taawun (5:2) secara hati (saling mendoakan); secara pemikiran (berbincang dan menasehati); secara amal (bantu membantu)

Takaful muncul setelah taawun. Dengan takaful hati saling menyatu, saling menyayangi.

Akhirnya muncul kesatuan barisan dan juga kesatuan ummat.

TUGASAN

1. Jelaskan asas-asas pembentukan Harakah Islamiyah As-Sohihah.2. Jelaskan ciri-ciri yang perlu ada pada pendokong atau muharrik

dalam Amal Islami.3. Bincangkan faktor-faktor dalaman yang merencatkan atau

melemahkan suatu harakah Islamiyah.4. Bincangkan faktor-faktor luaran yang merencatkan atau

melemahkan suatu harakah Islamiyah.5. Bincangkan faktor-faktor yang menentukan kekuatan suatu

Harakah Islamiyyah.

Abu Umar 44