dinamika ilmu sebagai warisan intelektual ummah

12
DINAMIKA ILMU SEBAGAI WARISAN INTELEKTUAL UMMAH: PANDANGAN ALAM, BUDAYA, DAN KETAMADUNAN 1 Mohammad Fazril Mohd Saleh 2 Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Kiranya engkau berhajatkan mutiara, maka akan padang pasir itu tinggalkanlah ia, dan berlayarlah engkau di lautan samudera; Dan kira-kira tiada kaujumpa, barang mutiara yang engkau cita-cita, paling tidak mencecah air telah kau berjaya. Muqaddimah Manusia merupakan makhluk Tuhan yang paling sempurna, yang diciptakan-Nya dengan kurniaan-kurniaan istimewa yang membolehkan ia menentukan nasib hidupnya sendiri. Keupayaan manusia membina peradaban sepanjang sejarahnya adalah suatu pencapaian yang selayaknya. Walau bagaimanapun, nasib sejarah manusia ini tidak selamanya cemerlang. Pasang surutnya tetap ada, dan itu juga fitrah ketamadunan yang sewajarnya diterima umat manusia sebagai „ibrah dan pedoman bersama. Justeru, dalam makalah yang sederhana ini, kami cuba mengungkap beberapa idea peradaban khususnya yang terakam dalam sejarah peradaban umat Islam. Tanpa menafikan peranan dan sumbangan tamadun lain, makalah ini memugar beberapa aspek ketamadunan Islam dengan memfokus kepada ciri unggulnya: ilmu. Bertitik-tolak dari sini, pengembangan horizon pemikiran manusia Muslim membentuk bangunan konsep yang terkembang secara gradual seterusnya membina pandangan alam. Pandangan alam, sebagai suatu mental framework membantu manusia mengkonsepsikan dirinya dalam interaksi dengan kewujudan yang terdapat di sekitarnya. Dalam interaksi manusia sesama manusia dan juga interaksi manusia dengan persekitarannya, suatu fenomena pengembangan sosial berlaku, dikenali sebagai budaya. Budaya adalah suatu fenomena yang wujud dalam perkumpulan manusia atau masyarakat. Perkembangan budaya akan mempengaruhi gaya hidup dan keadaan kehidupan sesuatu masyarakat sehinggakan perkembangan budaya yang maju menandai kewujudan sesuatu tamadun. Oleh yang demikian, dalam kondisi semasa, sedar atau tidak kita juga sedang hidup dalam suatu kendera tamadun yang tersendiri. Kami meyakini, bahawa tamadun bukan sekadar 1 Dibentangkan dalam Simposium Anak Muda 2014 anjuran Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM) yang diadakan pada 17hb Ogos 2014, bertempat di Rumah Pena, Bukit Petaling, Kuala Lumpur. 2 Penulis merupakan Timbalan Presiden PKPIM sesi 2013/2014. Boleh dihubungi di [email protected].

Upload: fazril-saleh

Post on 12-Aug-2015

52 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah

DINAMIKA ILMU SEBAGAI WARISAN INTELEKTUAL UMMAH:

PANDANGAN ALAM, BUDAYA, DAN KETAMADUNAN1

Mohammad Fazril Mohd Saleh

2

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Kiranya engkau berhajatkan mutiara,

maka akan padang pasir itu tinggalkanlah ia,

dan berlayarlah engkau di lautan samudera;

Dan kira-kira tiada kaujumpa,

barang mutiara yang engkau cita-cita,

paling tidak mencecah air telah kau berjaya.

Muqaddimah

Manusia merupakan makhluk Tuhan yang paling sempurna, yang diciptakan-Nya dengan

kurniaan-kurniaan istimewa yang membolehkan ia menentukan nasib hidupnya sendiri.

Keupayaan manusia membina peradaban sepanjang sejarahnya adalah suatu pencapaian yang

selayaknya. Walau bagaimanapun, nasib sejarah manusia ini tidak selamanya cemerlang.

Pasang surutnya tetap ada, dan itu juga fitrah ketamadunan yang sewajarnya diterima umat

manusia sebagai „ibrah dan pedoman bersama.

Justeru, dalam makalah yang sederhana ini, kami cuba mengungkap beberapa idea peradaban

khususnya yang terakam dalam sejarah peradaban umat Islam. Tanpa menafikan peranan dan

sumbangan tamadun lain, makalah ini memugar beberapa aspek ketamadunan Islam dengan

memfokus kepada ciri unggulnya: ilmu. Bertitik-tolak dari sini, pengembangan horizon

pemikiran manusia Muslim membentuk bangunan konsep yang terkembang secara gradual

seterusnya membina pandangan alam. Pandangan alam, sebagai suatu mental framework

membantu manusia mengkonsepsikan dirinya dalam interaksi dengan kewujudan yang

terdapat di sekitarnya. Dalam interaksi manusia sesama manusia dan juga interaksi manusia

dengan persekitarannya, suatu fenomena pengembangan sosial berlaku, dikenali sebagai

budaya. Budaya adalah suatu fenomena yang wujud dalam perkumpulan manusia atau

masyarakat. Perkembangan budaya akan mempengaruhi gaya hidup dan keadaan kehidupan

sesuatu masyarakat sehinggakan perkembangan budaya yang maju menandai kewujudan

sesuatu tamadun.

Oleh yang demikian, dalam kondisi semasa, sedar atau tidak kita juga sedang hidup dalam

suatu kendera tamadun yang tersendiri. Kami meyakini, bahawa tamadun bukan sekadar

1 Dibentangkan dalam Simposium Anak Muda 2014 anjuran Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM) yang

diadakan pada 17hb Ogos 2014, bertempat di Rumah Pena, Bukit Petaling, Kuala Lumpur. 2 Penulis merupakan Timbalan Presiden PKPIM sesi 2013/2014. Boleh dihubungi di [email protected].

Page 2: Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah

suatu konsep akademik, tetapi juga hakikat dan realiti. Justeru, usaha kita dan masyarakat

hari ini adalah sewajarnya ditumpukan kepada aspek-aspek positif ketamadunan dan pola-

pola perkembangan peradaban yang boleh dipelajari daripada tamadun Islam. Malah menjadi

mesej utama dalam makalah ini bahawa aspek positif tamadun Islam itu adalah bertitik tolak

daripada kecenderungan terhadap ilmu serta sikap terhadapnya, dan kegiatan ilmiah yang

aktif, dinamik dan progresif.

“Mereka itu adalah satu umat yang telah berlalu sejarahnya, bagi mereka (balasan) apa

yang telah diusahakan oleh mereka...”

Surah al-Baqarah (2): 134

Islam dan Peradaban Manusia

The Arabs, a semibarbaric race in ancient times, entered into world history

after their conversion to Islam in the 7th

century A.D. Muhammad, the

Prophet of Allah, transformed the heathen Arabs into an Islamic nation.

Almost immediately after the prophet‟s death, the Islamized Arabs emerged

as a conquering nation which gradually overran the centres of ancient

civilizations such as Syria, Egypt, Iraq, Persia as well as Central Asia, Sind,

North Africa, and Spain within eight decades, and thus established one of the

greatest medieval empires. They also devised new social, economic, political

and legal institutions to implement the ideals of Islam. Soon after the first

century Hijrah, the Arabs began to translate (into Arabic) and master the

scientific and literary works of ancient civilized Greece, Persia and India. In

the process of these energetic and creative activities, the Arabs created a

new civilization.

M.A.J. Beg

Sebelum kemunculan tamadun Islam, telahpun wujud pelbagai tamadun dalam lintasan

sejarah peradaban manusia. Sejarah telah membuktikan wujudnya tamadun-tamadun besar

seperti Babylon, Assyria, Chaldea, Israel, Sumeria, Mesir Purba, Phoenicia, Carthage, Parsi,

Sasani, Achaemenia, Arya, Parthia, India, Yunani, Rom, Byzantin, Jepun, China dan lain-lain

lagi. Banyak tamadun yang hanya tinggal dalam lipatan sejarah. Oleh sebab yang demikian,

sesetengh orang menganggap tamadun Islam juga merupakan salah satu peradaban tinggalan

sejarah. Mungkin kemusykilan ini wajar direnung semula. Perbezaan ketara antara tamadun

Islam dengan tamadun-tamadun lainnya ialah ia berorientasikan agama dan bersifat universal,

sedangkan tamadun lain bersifat regional dan berorientasikan perkauman atau kebangsaan.3

3 Untuk bacaan lanjut, rujuk M.A.J. Beg, The Image of Islamic Civilization, (KL: Universiti Kebangsaan Malaysia,

1980), hal. 18.

Page 3: Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah

Malah, boleh dikatakan bahawa Islam adalah suatu civilizing force yang sanggup dan mampu

membangun peradaban di atas prinsip-prinsip ajarannya. Islam menggariskan tujuan

kewujudan sesebuah tamadun adalah untuk kepentingan manusia. Justeru, manusia menjadi

fokus utama dalam ketamadunan, bukannya material, kebendaan mahupun teknologi. Sesuatu

tamadun yang menitikberatkan pembangunan kebendaan sehingga melupakan pembangunan

spiritual dan moral manusia merupakan tamadun yang tidak memberi keuntungan kepada

manusia, sebaliknya mendatangkan derita dan tragedi.

Tamadun Islam Sebagai Karya Cipta Manusia Muslim

Islam adalah al-DÊn. Ini merupakan istilah yang digunakan oleh al-Qur‟an, yang tidak hanya

merujuk kepada hubungan manusia dengan Tuhan sahaja, atau terbatas dalam aspek ritual

dan spiritual sahaja, ataupun melibatkan individu atau bersifat peribadi semata. Al-DÊn

mempunyai peranan dan pengaruh yang besar terhadap setiap aspek kehidupan manusia:

aspek spiritual, moral, ekonomi, sosial, politik, perundangan dan lain-lain.

Tamadun atau peradaban Islam ialah hasil karya cipta manusia Muslim yang komited kepada

agamanya. Oleh sebab adanya komitmen keagamaan itu, maka terbinanya tamadun Islam,

iaitu tamadun yang dibangunkan di atas landasan akidah, tumbuh berkembang dalam acuan

syariat dan terkawal dalam nilai-nilai akhlak Islamiah. Dalam erti kata lain, tamadun Islam

adalah “penjelmaan semangat ajaran Islam: pandangan sarwanya (worldview),

epistemologinya (falsafah ilmu) dan aksiologinya (sistem nilai).”4

Suatu hakikat sejarah yang tidak dapat dinafikan: kemunculan Islam sebagai suatu kuasa

politik dan kekuatan spiritual adalah suatu peristiwa agung dalam sejarah dunia. Dalam

pengalaman sejarahnya yang panjang, Islam telah membentuk jati diri bangsa Arab, Parsi,

Barbar, Turki, Sudan, Swahili, Hausa, Bengoli, Sindhi, Melayu, dan banyak lagi kumpulan

etnik dan linguistik – memberikan mereka suatu kematangan spiritual dan kemantapan identiti

sosio-budaya.

Kemunculan Islam dan perkembangannya memberikan insentif kepada kaum Muslimin untuk

membina empayarnya yang tersendiri; membangunkan kerangka politiknya, dan

menghasilkan teori dan amalan perundangannya, dengan berbasiskan wahyu. Masyarakat

Muslim menghasilkan makalah-makalah saintifik dan wacana falsafah serta literatur-literatur

penting merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia. Mereka juga membina monumen

dan binaan ketamadunan yang hebat dan menjuarai kegemilangan kesenian halus tersendiri.

Al-Qur‟Én dan Pengaruh Ketamadunannya

Asas utama kepada tamadun Islam ialah sumber agungnya: Al-Qur‟Én. Tidak sekadar sebuah

kitab suci yang menggarispandukan aspek spiritual, ritual dan moral, al-Qur‟Én memberikan

4 Siddiq Fadzil, “Sains dan Teknologi: Isu Penislaman dan Pemeribumiannya” dalam Ahmad Mohamad Said et

al. (ed.), Dinamika Ilmu: Memugar Warisan Intelektual Ummah, (Kajang: Kolej Dar al-Hikmah, 2005), hal. 29.

Page 4: Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah

satu suntikan motivasi ketamadunan kepada manusia. Banyak bangsa dunia yang menerima

Islam, dengan suluhan cahaya al-Qur‟an, ia membentuk keutuhan jati dirinya yang tersendiri,

seperti yang diungkapkan oleh Zeki Velidi Tongan: “The Qur‟Én had given to the Turks the

courage for mastering over the vast steppe and mountain regions of Asia, a unique thought

system and a unique literary language.”5

Al-Qur‟Én dan Al-Sunnah sebagai sumber waÍyu merupakan asas epistemologi yang

membawa kepada kejayaan pertumbuhan dan perkembangan tamadun Islam. Wahyu (al-

Qur‟Én dan Al-Sunnah) telah membentuk mental framework manusia Muslim, bersama-sama

pengalaman kehidupannya yang berteraskan prinsip ajaran Islam akhirnya menyempurnakan

binaan bangunan konsep dalam pemikiran manusia Muslim sehingga terbentuk suatu

weltanschauung (worldview) – pandangan alam yang lengkap, integral dan komprehensif.

Pandangan Alam: Mempersepsi Manusia dan Hakikat Dirinya

The marvellous effect produced by the Holy Qur‟Én on the

minds of those who first came into contact with it, the

unparallel revolution brought about in the world, the uplift of

not one but revolution brought about in the world, the uplift of

not one but many nations from the depth of degradation to the

height of civilization is,...

M. Ali

Pandangan alam (weltanschauung/ worldview) merupakan suatu bangunan konsep yang

terbentuk dalam pemikiran manusia, seterusnya membentuk suatu kerangka mental (mental

framework) yang membantu manusia memahami hakikat-hakikat yang wujud dalam alam ini.

Pandangan alam membolehkan seseorang menanggapi dan mempersepsikan segala sesuatu,

yang akhirnya akan membawa kepada natijah tindakan atau perbuatannya, yang berasaskan

tanggapan dan persepsinya terhadap sesuatu. Perbahasan mengenai pandangan alam terkait

dengan perbahasan falsafah tentang ontologi, epistemologi dan aksiologi.

Pandangan alam Islam seseorang manusia terbentuk secara gradual – melalui pembelajaran,

pengalaman dan interaksinya dengan persekitaran. Dalam Islam, pandangan alam seseorang

Muslim dibentuk oleh pengetahuannya tentang hakikat alam – tidak sekadar yang dilalui dan

dirasai berdasarkan interaksi dan pengalamannya semata-mata, tetapi juga melalui maklumat-

maklumat yang diperoleh daripada sumber wahyu.

Manusia, Kebebasan dan IkhtiyÉr

5 M.A.J. Beg, The Image of Islamic Civilization, (KL: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1980), hal. 45.

Page 5: Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah

Insan yang hidup berlandaskan agama yang benar adalah pengabdian diri yang sebenar-

benarnya. Ia satu bentuk kemuliaan yang tertinggi. Bersandarkan kepada ilmu yang hak,

insan berikhtiar memilih yang lebih baik dengan membuat pertimbangan yang adil

menggunakan akal yang sihat dalam menyerah dirinya secara sukarela dalam pengabdian

kepada Allah swt. Inilah erti kebebasan (freedom) yang sebenar yang terpancar daripada

pandangan alam Islam – ikhtiyÉr yang sebenar dalam memilih yang terlebih baik untuk

kesejahteraan diri – pertimbangan dan tinjauan akal yang mengarah diri kepada

mengamalkan perilaku terpuji dan menzahirkan akhlak mulia.6 Dalam mengukuhkan ide

kebebasan ini, S.M.N. al-Attas menegaskan:

“Freedom is to act as one‟s real and true nature demands and so

only the exercise of that which is of what is good can properly be

called „free-choice‟. A choice for the better is therefore an act of

freedom… Whereas a choice for the worse is not a choice as it is

grounded in ignorance… it is then also not an exercise in freedom

because freedom means precisely being free from domination by

the powers of the soul that incites to evil.”7

Bukanlah kebebasan sebenar jika diri dibiarkan liar tanpa pengawasan peraturan yang dapat

membendung segala naluri dan tabiat haiwaniyah dalam diri: “barangsiapa yang terjerumus

ke jurang kehinaan yang sedemikian maka ia bukanlah insan yang sebenar tetapi hanyalah

insan dalam rupa bentuk dan adalah terlebih rendah dari segala haiwan yang rendah.”8

Dalam erti kata lain, kebebasan itu bukan sebenarnya bebas, kerana diri yang liar itu

sebenarnya berada di bawah pengaruh dan bawaan hawa nafsu, dan keadaan diri yang seperti

itu sebenarnya meletakkan martabat insan itu pada kedudukan yang paling hina dan rendah9

walaupun asalnya manusia itu mulia dan berada pada darjat yang tinggi.

Tuntasnya, insan akan bebas dalam erti kata yang sebenar apabila berpegang pada simpulan

yang kukuh iaitu pandangan alam dan akidah yang benar bertunjangkan al-TawÍÊd:

“Bagaikan pohon yang tegap berdiri, segar, teguh, dan kukuh kerana akarnya mencengkam

bumi dengan cabang-cabangnya menjulang ke langit biru, begitulah cabang-cabang

kehidupan insan yang berpandukan akidah dan pandangan alam yang ÎaÍÊÍ.”

Dengan pandangan alam yang benar, manusia akan tetap teguh berbekalkan nilai-nilai wahyu

yang dipegangnya. Jelas, dalam tradisi Islam, tidak berlaku sebarang gejala negatif seperti

6 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam, (Penang: USM, 2007),

hal. 66 7 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Prolegomena to the Metaphysics of Islam, (Kuala Lumpur: ISTAC, 1995),

hal. 33. 8 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Ma’na Kebahagiaan dan Pengalamannya dalam Islam (Kuala Lumpur:

ISTAC, 2002), hal. 28

9 Al-Quran al-Karim, Surah al-Tin (95) ayat 5, “Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-

rendahnya (neraka),” dan al-Furqan (25) ayat 44, “atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu)”

Page 6: Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah

keruntuhan akhlak, krisis identiti dan jurang antara generasi melainkan setelah insan

mengambil tindakan menjauhi realiti dan hakikat dirinya sendiri.

Jiwa Manusia Menurut Islam

Manusia dikurniai kebolehan untuk mencapai ilmu. Tempat letak ilmu dalam diri manusia

adalah unsur rohaniahnya yang disebut dalam al-Qur`an dalam pelbagai kalimah iaitu sebagai

„hati‟ (al-qalb) „jiwa/diri‟ (al-nafs), „roh‟ (al-rËÍ), dan „akal‟ (al-‘aql), tetapi kesemuanya itu

merujuk kepada hakikat yang sama iaitu unsur rohaniah manusia.10

Pada asalnya, manusia

mengetahui Hakikat Tuhan dan kesatuan Mutlak-Nya (al-tawÍÊd) sebagaimana yang disebut

dalam al-QurÉn, surah al-A‘rÉf (7), ayat 172 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-

anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian

terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini

Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami

menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari

kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam)

adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan).”

Ayat di atas merujuk kepada perjanjian (al-mithÉq/ al-„ahd) manusia dengan Tuhan semasa

di alam roh. Manusia telah mengenali dan mengakui keadaan dan keesaan Tuhan lalu

mengikat perjanjian yang menentukan tujuan, tindakan dan sikap mereka terhadap diri dan

Tuhan. Ikatan perjanjian ini merupakan ikatan dan penentuan dalam agama (al-dÊn) yang

merupakan pengabdian sebenar (al-IslÉm). Tujuan kewujudan manusia adalah untuk

mengenal Allah dan mengabdikan diri kepada-Nya11

dan tugasnya adalah untuk taat (ÏÉ‘ah)

kepada Tuhan sesuai dengan fitrah insaniahnya.12

Hakikat Jiwa Manusia

Walau bagaimanapun, manusia juga mempunyai masalah „lupa‟ (nisyan). Menurut Abdullah

Ibn Abbas, merujuk kepada surah ÙÉhÉ (20), ayat 115: “Dan sesungguhnya telah Kami

perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati

padanya kemahuan yang kuat”, perkataan insan terbit daripada kalimah nasiya kerana kata

Ibn Abbas, manusia telah melakukan perjanjian dengan Tuhan tetapi mereka lupa (nasiya).

Kelupaan merupakan penyebab keengkaran, dan kesan penderhakaan ini menjatuhkan

manusia ke dalam kezaliman (Ðulm) dan kejahilan (jahl). Namun begitu, Tuhan telah

10

Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul, (Kuala Lumpur:

ISTAC, 1990), hal. 2 11

Al-Quran al-Karim, Surah al-Dzariyat (51) ayat 56, “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.” 12

Al-Quran al-Karim, Surah al-Rum (30) ayat 30, “Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”

Page 7: Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah

melengkapkan manusia dengan akal dan wahyu yang mampu melorongkan mereka ke jalan

yang benar. Untuk memilih kepada kebaikan (ikhtiyÉr), terserah kepada manusia itu sendiri.13

Hakikat diri manusia yang sebenar berasal dari alam tinggi (al-malakut) dan alam perintah

(al-amr). 14

Terdapat beberapa peringkat/ martabat (level/ stages) bagi jiwa manusia. Apabila

manusia cenderung kepada jalan yang benar, ketenangan sebenar yang transenden (al-

sakÊnah) akan hadir dan mereka akan berada dalam kebebasan dan ketenangan dalam ingatan

kepada Tuhan. Keadaan jiwa seperti ini dinamakan keadaan jiwa yang tenang (al-nafs al-

mutma‟innah) dan merupakan peringkat tertinggi jiwa manusia. Kadangkala, jiwa manusia

bergelora dan berlawanan antara daya akliahnya dan daya kebinatangannya. Apabila jiwa

berada dalam keadaan yang jahat, kemudian ia sedar lalu berusaha melawan kejahatan

tersebut dan mengutuk kelakuannya. Keadaan jiwa seperti ini dinamakan al-nafs al-

lawwÉmah iaitu jiwa yang mengutuk diri sendiri. Manakala, keadaan jiwa yang terperangkap

dalam kejahilan dan kejahatan dinamakan al-nafs al-amarah bi al-sË`.

Unsur-unsur dalam Diri Manusia

Jiwa manusia juga mengandungi beberapa „keadaan upaya‟ (quwwah) yang termanifestasi

dalam hubungannya dengan aspek jasmani manusia. „Keadaan upaya‟ tersebut ialah jenis-

jenis jiwa iaitu (1) jiwa tumbuhan (al-nafs al-nabÉtiyah), (2) jiwa haiwan (al-nafs al-

hayawÉniyah), dan (3) jiwa rasional (al-nafs al-nÉtiqah).15

Tumbuh-tumbuhan mempunyai

kekuatan untuk membesar, kekuatan kesuburan dan produktif. Kekuatan-kekuatan ini juga

terdapat pada haiwan dan manusia. Boleh dikatakan, manusia mempunyai jiwa-jiwa yang

sama dengan haiwan, Cuma yang membezakannya adalah jiwa rasional (al-nafs al-nÉtiqah)

yang hanya terdapat pada diri manusia, tidak haiwan mahupun tumbuhan. Keadaan inilah

yang menjadikan manusia itu sebagai „manusia‟ dan sekiranya manusia kehilangan keadaan

upaya ini, maka manusia tersebut tiada berbeza dengan haiwan.

Jiwa rasional (al-nafs al-nÉtiqah) merupakan petanda ciri-ciri unggul bagi manusia. Kalimah

Natiq (al-nÉtiqah) bermakna daya akliyah yang merujuk kepada fakulti rasional manusia,

selari maksudnya dengan perkataan logos (Greek) dan ratio (Latin). NÉtiq merupakan fakulti

dalaman yang menanggap dan memahami realiti-realiti seterusnya memformulasi makna

berkaitan membuat keputusan, pengelasan dan penjelasan.16

Al-nafs al-nÉtiqah juga merujuk

kepada akal.

Namun, akal (al-„aql) dalam Islam bukan seperti yang difahami dalam kebudayaan Barat.

Dalam kebudayaan Barat, akal hanya merujuk kepada ratio yang merupakan alat untuk

memahami dan menguasai alam zahir (aspek saintifik) semata-mata. Ratio dipisahkan

daripada intellectus yang bermaksud fakulti untuk merenungi hakikat rohaniah. Akal dalam

13

Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Nature of Man and The Psychology of The Human Soul, (Kuala

Lumpur: ISTAC, 1990), hal. 6 14

Al-Quran al-Karim, Surah Ya Sin (36) ayat 83; surah al-Mukminun (23): 88 15

Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul, (Kuala Lumpur:

ISTAC, 1990), hal. 8 16

Ibid. hal. 39

Page 8: Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah

Islam merangkumi sekaligus aspek ratio dan intellektus. Akal, menurut Islam, jika dijaga

dengan baik, akhirnya akan membawa implikasi akhlak yang penting.

Kelalaian Punca Keruntuhan Tamadun

Daripada perbincangan ini, dapatlah kita mengerti keadaan jiwa manusia yang sebenar

sebagaimana fitrah kejadian Tuhan. Kelupaan manusia dan keengkarannya untuk kembali ke

jalan kebenaran (al-inabah/ al-taubah) walapun dikurniakan Tuhan dengan keupayaan untuk

berbuat demikian, telah menenggelamkan manusia dalam lembah kehinaan yang meletakkan

martabatnya pada kedudukan yang rendah, malah lebih rendah daripada haiwan. Ini juga

yang menjadi punca kepada keruntuhan sesebuah tamadun.

Jelasnya, daripada perbahasan tentang manusia, dan fitrah diri manusia, dapat dibuat suatu

kesimpulan awal bahawa tamadun bukanlah bersifat organik, tetapi ia adalah suatu yang

bersyarat. Tamadun akan bertumbuh, berkembang dan maju dengan syarat-syarat yang

sewajarnya dan secocoknya yang menjadi sebab kepada pertumbuhan, perkembangan dan

kemajuannya. Sebaliknya, tamadun akan menguncup, merosot dan mati sekiranya ia

memenuhi syarat penguncupan, kemerosotan dan kematiannya.

Legasi Ummah: Intelektualisme dan Budaya Ilmu

“Demikianlah hakikatnya, sejarah kegemilangan Islam

menjadi saksi bahawa ia bermula dengan revolusi keilmuan

yang tercetus dari ayat mukjizat Iqra’ bi ‘smi rabbika

‘lladhi khalaq..., transformasi kemanusiaan dan revolusi

kebudayaan yang merubah pengembala unta menjadi

ilmuwan cendekia, manusia badawi-jahili menjadi Muslim

haÌari-madani.”

Siddiq Fadzil

Budaya Sebagai Manifestasi Pandangan Alam

Budaya adalah suatu fenomena sosial yang wujud dalam perkumpulan manusia atau

masyarakat. Budaya terdiri daripada dua patah kata: budi dan daya. Perkataan „budi‟

menggambarkan suatu konsep yang abstrak tetapi memberi makna yang cukup besar dan kuat

untuk menjadi faktor pencetus kepada suatu aspek yang lebih konkrit. Budi bermaksud

pemikiran, kepercayaan, anutan, fahaman, kecerdikan, kecerdasan, dan keluhuran. Manakala,

perkataan „daya‟ pula merujuk kepada suatu aspek luaran yang bersifat konkrit – gerak,

perbuatan, manifestasi, tajalli, penampakan, aksi dan sebagainya. Dalam erti kata lain, “budi”

adalah lambang aspek dalaman diri manusia yang merangkumi idealisme, intelektualisme dan

spiritualisme, manakala “daya” adalah manifestasi aspek dalaman tadi dalam perbuatan dan

Page 9: Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah

kegiatan (aktivisme).Oleh yang demikian, budaya adalah suatu adunan dua unsur ini –

pemikiran atau worldview yang termanifestasi dalam perbuatan atau kegiatan tertentu.

Justeru, budaya sebagai penjelmaan nilai-nilai yang dipegang adalah sangat menentukan

tahap pencapaian sesuatu masyarakat. Budaya yang kami maksudkan di sini bukanlah seperti

yang difahami umum sebagai seni hiburan heboh-hebohan semata. Budaya yang

dimaksudkan adalah suatu fenomena sosial penjelmaan nilai-nilai yang tercerna dalam

pandangan alam sesuatu masyarakat yang membantu masyarakat tersebut menentukan corak

hidup dan kegiatannya. Budaya seperti inilah yang terkembang menjadi maju dan seterusnya

membina tamadun. Seperti yang diungkapkan oleh Malik Bennabi bahawa tiada perubahan

sosial (al-taghyÊr al-ijtimÉ‟Ê) akan berlaku tanpa berlakunya perubahan budaya (al-taghyÊr al-

thaqÉfÊ).

Kecenderungan, Sikap, Rutin dan Pembinaan Budaya

Kata kunci yang penting untuk difahami dalam membangun ketamadunan Islam ialah

budaya. Persoalannya, bolehkah budaya dibina? atau ia berlaku secara alami tanpa perlu

kepada sebarang perancangan? Bagi kami, budaya boleh direncana.

Budaya hanya akan terbina dalam komuniti. Ini kerana manusia merupakan makhluk sosial

yang saling memerlukan satu sama lain. Sejarah ketamadunan bangsa-bangsa besar dunia

membuktikan tamadun berkembang daripada budaya, dan budaya dibangunkan dalam

masyarakat. Pembinaan watak masyarakat yang berbudaya inilah yang akan membantu

menjayakan pembinaan budaya dan tamadun.

Bagaimana kita dapat membina budaya secara praktikal? Di sini terletaknya kepentingan

kesatuan pemikiran dan idealisme dalam masyarakat. Awal mulanya budaya akan mungkin

terbina dengan munculnya „kecenderungan‟ (tendency) dalam diri individu. Daripada

kecenderungan ini, maka „sikap‟ (attitude) mula dibina dalam diri individu tersebut. Sikap ini

akan membentuk „rutin‟ (routine) yang menjadi pengamalan harian oleh individu tersebut.

Justeru, apabila setiap individu mempunyai kecenderungan, sikap dan rutin yang sama, maka

budaya pun terbentuk. Dalam kata lain, budaya adalah manifestasi kesatuan pemikiran

individu-individu dalam sesuatu masyarakat yang menzahirkan pengamalan-pengamalan

tertentu dalam bentuk kegiatan dan perbuatan.

Intelektualisme dalam Tamadun Islam

Dalam memahami dinamika ilmu sebagai legasi keintelektualan ummah, S.M.N al-Attas

menegaskan:

“...rationality in Islam does not merely pertain to mind‟s systematic and

logical interpretation of the facts of experience or it‟s rendering

intelligible and manageable to reason the data of experience; or it‟s

abstraction of facts and data and their relationship; or the grasping of

Page 10: Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah

nature by the mind, and the law-giving operation the mind renders

upon nature. Since reason is a protection of the intellect, which is the

spiritual organ of cognition known as heart (al-qalb). Hence the

understanding of spiritual realities is also within the province of reason

and is not necessaricly divorced from rational understanding of

them.”17

Sejarah menyaksikan bahawa intelektualisme dalam tamadun Islam merupakan suatu tradisi

pengkajian ilmiah yang luas, merangkumi pelbagai disiplin ilmu. Penubuhan sebuah institut

dan kutub khanah untuk tujuan penterjemahan dan penyelidikan, Bayt al-×ikmah pada tahun

830 M oleh al-Ma’mËn misalnya menggambarkan kesungguhan mereka yang cukup luar

biasa.

Keluasan kajian intelektual para ilmuwan Islam dapat dilihat dari jumlah dan sifat karya-

karya yang dihasilkan oleh mereka. Sebagai contoh, al-Kindi dilaporkan menulis sejumlah

242 buah karya, Ibn Sina mengarang 220 buah karya, dan Zakaria al-Razi menulis sejumlah

236 buah tulisan. Tulisan dan karya-karya mereka yang ensiklopedik ini bukan hanya sekadar

dalam satu bidang, tetapi merangkumi pelbagai disiplin ilmu yang ada pada zaman mereka.

Beberapa ciri penting intelektualisme Islam yang dinamik digariskan seperti berikut: 1)

pendekatan TawÍÊd; 2) waÍyu sebagai asas pengkajian ilmiah; dan 3) sikap hormat-kritis

terhadap ilmu asing.18

1) Pendekatan TawÍÊd

TawÍÊd merupakan konsep asas dalam akidah Islam yang telah memberi kesan kepada

kesemua aspek kehidupan seseorang Muslim termasuk kegiatan intelektualnya. Pendekatan

TawÍÊd ini menjadi asas kepada pengembangan disiplin ilmu dan melandasi perbahasan-

perbahasan dalam ilmu-ilmu seperti falsafah, sejarah, sains, perubatan, senibina dan lain-lain.

Kecenderungan ini tidak memisahkan antara aspek-aspek yang bersifat duniawi dengan

ukhrawi, malah secara sedar mengaitkan segala upaya dan usaha mereka sebagai suatu

bentuk ibadah dan ketaatan kepada Tuhan. Ini diperakui oleh al-Attas:

“The representative of Islamic thought – theologians, philosophers,

metaphysicians – have all and individually applied various methods in

their investigations without preponderating on any one particular

method. They combined in their investigations and at the same time

their persons, the empirical and their rational, the deductive and

inductive methods and affirmed no dichotomy between the subjective

17

Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul, (Kuala Lumpur:

ISTAC, 1990), hal. 8. 18

Mohd Farid Mohd Shahran, Isu-isu dalam Pemikiran Islam, (KL: Angkatan Belia Islam Malaysia, 2008), hal. 37.

Page 11: Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah

and the objective, so that they all affected what I would call the tawhid

method of knowledge.”19

2) WaÍyu Sebagai Asas Pengkajian Ilmiah

Seperti yang telah disentuh sebelum ini, al-Qur‟Én menjadi asas kepada perkembangan

tamadun Islam. Apabila kita kaitkan asal mula tamadun Islam itu dengan dinamika ilmu dan

budaya intelektual, maka kita akan dapati, perkembangan intelektual Islam bermula dengan

al-Qur‟Én. Sebagai sumber rujukan utama, panduan, dan kitab suci, al-Qur‟Én menyuntik

motivasi dan keghairahan mencari dan menggali ilmu. Keyakinan seperti “al-Qur‟Én does not

provide a detailed science but the principles of all knowledge” merupakan suatu keyakinan

yang bermotivasi tinggi. Sheikh Ahmad Kiftaro menyatakan:

“Whosoever studies the chapter and the verses of the Qur‟Én will be

struck by the maner how the Qur‟Én combined religion and intellect

and how Muslim doctrines are compounded to motivate advancement

in civilization.”20

Intelektualisme sememangnya terkait dengan kegiatan akliyah, aktiviti pemikiran yang

berasaskan kepada keupayaan akal, walau bagaimanapun wibawa wahyu masih tetap kuat

dipertahankan. Malah, pengiktirafan wahyu terhadap keupayaan dan kemampuan akal

disahkan dalam karya-karya para ilmuwan Islam. Sebagai contoh, Ibn Rushd mengarang

sebuah karya yang menarik berjudul FaÎl al-maqÉl fÊ mÉ bayn al-×ikmah wa al-SyarÊ‘ah min

al-IttiÎÉl, yang mempertahankan keharmonian wahyu dengan akal, malah menjustifikasikan

akal sebagai salah satu jalan yang sahih untuk mencapai hakikat segala sesuatu.21

Malah, yang lebih penting dan utama, al-Qur‟Én memberikan panduan dan halatuju yang

memandu dinamika intelektualisme Islam. Melalui istilah-istilah penting – „ilm, ÊmÉn, adÉb,

Íikmah, ‘adl dan banyak lagi kata-kata kunci penting – membangun keutuhan pandangan

alam seorang ilmuwan Muslim dalam kegiatan ilmiahnya.

3) Sikap Hormat-Kritis Terhadap Ilmu Asing

Kebebasan akademik dan keterbukaan ilmiah adalah elemen penting dalam memastikan

dinamika ilmu terus berlangsung. Ilmuwan Islam mengambil langkah berani memperkaya

khazanah keilmuwan Islam dengan sumber-sumber luar atas keyakinan bahawa “hikmah

adalah barang yang hilang daripada orang beriman.” Sikap ini membawa kepada penekunan

terhadap karya-karya Yunani kuno, India, dan Parsi. Proses penterjemahan giat dijalankan.

19

Syed Muhammad Naquib al-Attas, Prolegomena to the Metaphysics of Islam, (Kuala Lumpur: ISTAC, 1995),

hal. 3. 20

M.A.J. Beg, The Image of Islamic Civilization, (KL: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1980), hal. 45. 21 Mohd Farid Mohd Shahran, Isu-isu dalam Pemikiran Islam, (KL: Angkatan Belia Islam Malaysia, 2008), hal. 41.

Page 12: Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah

Ini jelas ditunjukkan oleh para ilmuwan dalam tamadun Islam dan keterbukaan ini telah

memberi manfaat kepada tamadun manusia keseluruhannya. S.H. Nasr menyatakan:

“Altogether from the point of view of quality and quantity alike the

transmission of the learning of the ancient world to Muslims

through the medium of Arabic is one of the startling phenomena of

cultural history; for not only was it instrumental in bringing into

being Muslim sciences and philosophy but also it indirecty played a

vital role in the creation of medieval and renaissance science and

philosophy in the West and even influenced China and India.”

Khulasah

Tamadun merupakan buah hasil atau produk daripada pemikiran manusia. Semestinya

pemikiran manusia itu pelbagai dan nisbi (relative) sifatnya, walaupun begitu, dalam sejarah

peradaban manusia, terdapat masyarakat manusia yang disatukan oleh suatu bentuk

pandangan alam dan budaya yang unik dan tersendiri. Telahan kami, tamadun Islam telah

menampilkan pola dan trendnya yang tersendiri kerana dibentuk oleh pandangan alam dan

budaya yang berpaksi kepada prinsip-prinsip dan nilai-nilai asas yang dianut bersama dalam

masyarakatnya.

Tidak berniat untuk bernostalgia, kami paparkan objek perbahasan dalam makalah ini dengan

nada yang positif. Justeru, perbahasan tentang realiti dan cabaran ketamadunan semasa serta

prospek masa depan tamadun adalah suatu tuntutan mendesak. Makalah yang sederhana ini

sekadar melontarkan beberapa ide ketamadunan yang bersifat rencam dan umum. Tulisan ini

umpama sebuah compendium, tetapi perlu kepada penghuraian lanjut dan argumentasi yang

lebih kukuh. Banyak lagi yang perlu kami lakukan, bukan semata-mata melengkapkan

makalah ini, tetapi juga berusaha menyelesaikan semangat dan cita-citanya yang tersendiri.

Orang dagang mahu tundukkan dunia,

dengan kehendak dan kemahuan dhamirnya;

Apa yang kita tinggal kini,

hanya dunia khayalan dan mimpi-mimpi.

Wallahu a‟lam bi al-sowab

Mohammad Fazril Bin Mohd Saleh

14 Ogos 2014, 06:30 petang

Sungai Ramal Dalam, Kajang.

013-2775313 / [email protected] / fb: Peminggir Kota