risalah khas wasatiyyah tonggak kesatuan ummah

Upload: muhammad-nurridzwanz

Post on 04-Apr-2018

247 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Risalah Khas Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

    1/26

    SAMBUTAN

    PERINGKAT KEBANGSAAN1434HMAAL HIJRAH

    WASATIYYAH TONGGAK

    KESATUAN UMMAH

    Prof. Dato Dr. Ismail bin IbrahimMajlis Universiti Islam Malaysia

  • 7/29/2019 Risalah Khas Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

    2/26

    JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

    www.islam.gov.my

    Cetakan Pertama 2012Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagianartikel, illustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dengan cara apa

    jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelummendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

    Direka bentuk dan Dicetak OlehVERMILLION NETWORKNo. 4 & 4A, Jalan LP 1A/3, Taman Lestari Perdana43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.Tel : 03-8958 3273 Faks : 03-8941 4831

  • 7/29/2019 Risalah Khas Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

    3/26

    ISI KANDUNGAN

    TAJUK

    Muqaddimah Konsep Wasatiyyah

    Umat yang Adil dan Terpilih

    Sistem yang Terbaik

    Umat Sederhana dan Seimbang

    Umat yang Menuntut Dunia dan Akhirat

    Umat yang Bermaruah dan Mempunyai Jati Diri

    Peranan Umara dan Ulama

    Mempertahankan Prinsip Maqasid al-Syariah

    Wasatiyyah dan Moderation

    Islam dan Dunia Luar

    RUJUKAN

    MUKA SURAT

    23

    5

    5

    8

    8

    10

    12

    13

    15

    18

    21

  • 7/29/2019 Risalah Khas Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

    4/26

    WASATIYYAH : TONGGAK KESATUAN UMMAH

    2

    WASATIYYAH: TONGGAK KESATUAN UMMAH

    Muqaddimah

    Firman Allah SWT ayat 143 Surah al-Baqarah (2) yang maksudnya :Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yanglurus) Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagiadil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umatmanusia (tentang yang benar dan yang salah), dan Rasulullah (Muhammad)

    pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.

    (Tasir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran)

    Demikianlah pula Kami telah jadikan kamu satu umat yang adil supayakamu menjadi saksi terhadap manusia dan supaya Rasulullah menjadi saksiterhadap kamu (Tafqsir Fi Zilalil-Quran Di Bawah Bayangan al-Quran Sayyid Qutub Terjemahan Yusoff Zaky Haji Yacob)

    Dan demikianlah Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umatyang adil supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepadaumat manusia dan supaya Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang

    menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Tafsir Pedoman Muttaqin Dr.Abdul Hayei bin Abdul Sukor)

    Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat yangadil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia, dan agarRasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu (al-Quran danterjemahannya Percetakan al-Malik Fahd, al-Madinah al-Munawwarah,Arab Saudi)

    Thus We have made you (true Muslims a real believers o Islamic Monotheism,true ollowers o Prophet Muhammad and his Sunnah, legal ways) a just (andthe best) nation , that you be witnesses over mankind, and the Messenger(Muhammad) be a witness over you (English Translation o al-Quran, al-MalikFahd Printing, al-Madinah al-Munawwarah, Kingdom o Saudi Arabia)

  • 7/29/2019 Risalah Khas Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

    5/26

    WASATIYYAH : TONGGAK KESATUAN UMMAH

    3

    Konsep Wasatiyyah

    Keterangan yang dipelajari dari berbagai-bagai tafsiran tentang ayat ini,ternyata bahawa ummatan wasatan ialah merupakan sifat utama umat Islamiaitu umat bagi Rasulullah SAW sebagai umat Rasul yang terakhir setelahsebelumnya tertera berbagai cerita dari al-Quran sendiri tentang pelbagaikaum dan umat manusia sebelum umat Rasulullah yang rata-ratanyamerupakan umat yang mengingkari perintah Allah SWT dan menderhakakepada Nabi-nabi yang diutuskan kepada kaum dan umat tersebut tanpasebarang anasir yang menyatukan mereka seperti konsep dan sistemwasatiyyah yang menyatupadukan keseluruhan umat Muhammad SAW.

    Umat Islam yang menerima syariat Nabi Muhammad SAW inilah yangmerupakanummatan wasatanyang diberikan pentafsiran oleh para pentafsirsebagai umat yang adil lagi terpilih. Pentafsiran inilah yang diberikan olehTafsir Pimpinan al-Rahman, Jabatan Perdana Menteri yang mencatatkanjuga nota kaki tentang maksud ummatan wasatan dengan penjelasan yangberikut:

    Ummatan wasatan bermakna umat pilihan lagi adil dan juga bermaknaumat yang pertengahan iaitu pertengahan segala pembawaannya,tidak melampaui dan tidak keterlaluan di dalam sebarang menganut

    kepercayaannya demikian juga akhlak dan amalannya, segala-galanyaberkeadaan di tengah-tengah, sama-sama dipandang dan dipelajari sertadiusahakan meliputi soal-soal dunia dan akhirat. Tiap-tiap orang yangberdiri di tengah-tengah dengan mengambil tahu secara mendalam danmemandang berat kepada perkara-perkara yang berlaku di sekelilingnya,maka pertimbangannya serta pengetahuannya mengenai baik buruknyaperkara-perkara itu adalah adil, benar dan sah. Dengan sedemikianlayaklah ia memberi keterangan kepada orang-orang yang keadaannyatidak seperti dia.

    Dengan ini ternyata bahawa konsep wasatiyyah inilah yang merupakanprinsip dan sifat utama umat Islam keseluruhannya walau di mana sekalipun mereka berada.

  • 7/29/2019 Risalah Khas Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

    6/26

    WASATIYYAH : TONGGAK KESATUAN UMMAH

    4

    Ayat 143 dari surah al-Baqarah ini merupakan sambungan daripembicaraan tentang perintah Allah SWT kepada Rasulullah SAW

    mengenai perubahan Kiblat dari arah Baitul-Maqdis ke Kabah atauBaitullah yang tersebut di dalam beberapa ayat sebelum ini khususnyaayat 142. Perintah Allah tentang perubahan kiblat ini bakal menjadi isu yangdiekploitasikan oleh musuh-musuh umat Islam untuk menjadikannyasatu isu permusuhan dan bantahan kepada Baginda Rasulullah SAWsendiri.

    Musuh-musuh Islam itu adalah terdiri dari kaum musyrikin kar Quraisy,munafkin dan Yahudi. Allah SWT amat mengetahui akan isi hati paramusuh Baginda Rasulullah SAW ini maka ayat 142 ini diturunkan kepada

    Baginda sebelum lagi turunnya perintah Allah supaya Baginda mengubaharah kiblat ini iaitu sebagai memberi amaran awal kepada Baginda bahawaperintah perubahan kiblat ini akan dijadikan isu oleh pihak musuh Baginda.(Tafsir Pedoman Muttaqin-Dr. Abdul Hayei bin Abdul Sukor)

    Ayat 142 surah al-Baqarah bermaksud

    Orang-orang dungu di antara manusia akan berkata: Apa sebabnya yangmemalingkan orang Islam dari kiblat yang mereka hadapi selama ini?Katakanlah (Wahai Muhammad) sesungguhnya timur dan barat adalah

    kepunyaan Allah. Dia yang memberikan hidayat kepada sesiapa yangdikehendaki-Nya ke jalan yang lurus

    Ayat 141 dari surah yang sama pula menjelaskan tentang golonganpelampau ini supaya Baginda dapat memahami bahawa mereka adalahsatu umat yang telah berlalu sejarahnya bagi mereka apa-apa yang telahdiusahakan oleh mereka dan bagi kamu pula apa-apa yang kamu usahakandan kamu tidak akan dipersoalkan tentang apa-apa yang telah merekakerjakan.

    Sebab itulah, ayat 143 yang tersebut di atas Allah SWT telah menerangkantentang kedudukan umat Muhammad sebagai umat yang adil dan terpilihlalu disambungkan dengan rman Allah yang bermaksud:

    ...dan tidak Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dulu itu (wahaiMuhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi (melahirkan) pengetahuanKami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul dan siapa pula yang

  • 7/29/2019 Risalah Khas Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

    7/26

    WASATIYYAH : TONGGAK KESATUAN UMMAH

    5

    berpaling tadah (balik kepada kekuurannya) dan sesungguhnya soal peralihanarah kiblat itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali ke atas orang orang

    yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak sekali-kali akanmensia-siakan iman kamu. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan MahaPengasih kepada manusia.

    Umat yang Adil dan Terpilih

    Dalam konteks ini maka tafsiran ummatan wasatan bagi umat Muhammadsebagai umat yang adil dan terpilih adalah sebagai perbandingan terhadapumat-umat lain, yang dalam sejarah mereka ternyata bahawa merekayang terdahulu itu merupakan penentang dan pendurhaka terhadap Rasul-

    rasul yang diutuskan Allah untuk mengajak mereka kepada agama tauhid.Malah Allah SWT berulang-ulang kali menerangkan di dalam al-Quranbahawa mereka sering mendustakan para Rasul yang diutuskan kepadamereka malah ada di antaranya yang diseksa dan dibunuh.

    Oleh itu dalam konteks ini umat Muhammad adalah umat yang terbaikkerana mereka menerima ajaran Rasulullah SAW dan mereka dengan itutelah berlaku adil terhadap ajaran Allah SWT yang disampaikan kepadamereka. Maka dalam keadaan ini mereka adalah layak menjadi saksikepada manusia seluruhnya dan Rasulullah SAW menjadi saksi kepada

    mereka iaitu umat Islam atas dasar bahawa mereka adalah umat yangterpilih lagi adil.

    Sistem yang Terbaik

    Syeikh Mutawalli Al-Syarawi cuba mentafsirkan umat yang adil danterpilih ini dengan membawa beberapa konsep dan ideologi pemikiranmanusia moden dalam melaksanakan beberapa sistem kehidupan mereka.Umpamanya dalam sistem ekonomi ciptaan manusia moden terdapatsistem yang berbentuk kapitalis dan sosialis yang hanya akan membawa

    kepada berlakunya krisis dalam masyarakat umat manusia dan yang tidakmungkin dapat diselesaikan kecuali dengan mencari jalan penyelesaiandari sistem umat Nabi Muhammad sebagai ummatan wasatan. Oleh itusistem ekonomi Islam merupakan satu sistem yang adil bagi semuaumat manusia.

  • 7/29/2019 Risalah Khas Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

    8/26

    WASATIYYAH : TONGGAK KESATUAN UMMAH

    6

    Syeikh Al-Syarawi membuat pentafsiran ini ketika beliau masih hidupdan sempat menyaksikan kejatuhan sistem komunis sungguh pun beliau

    tidak dapat menyaksikan krisis ekonomi dunia akhir-akhir ini yang tidakdapat diselesaikan oleh sistem kapitalis Barat atau sistem sosialis ataukomunis malah sistem Islam telah berjaya menunjukkan kemampuannyabagi menyelesaikan krisis ekonomi dunia ini.

    Hal ini membuktikan bahawa sistem syariah umat Islam ini lebih baikdari sistem yang lain yang lebih sesuai dengan kehendak manusia bagimencapai kehidupan dunia akhirat yang sejahtera. Sistem syariah inimenyahut segala keperluan manusia secara individu atau kelompok dansesuai dengan keperluan yang seimbang di antara rohani dan jasmani,

    akal dan zikal manusia. (Abdul Hayei)

    Agama Islam adalah agama tauhid yang merupakan satu sistem akidahyang adil kewujudan Tuhan Yang Maha Esa dan dalam masa yang samamenolak kepercayaan kepada Tuhan yang berbilang. Umat yang diserukanoleh para Nabi dan Rasul terdahulu supaya menyembah Tuhan Yang MahaEsa menentang seruan ini malah meneruskan amalan yang merekawarisi dari nenek moyang mereka dengan mempersekutukan Allah ataumengubah konsep Tuhan Yang Maha Esa kepada konsep berbilang Tuhanseperti konsep triniti.

    Kisah penentangan dan pendurhakaan kaum-kaum yang lalu terhadappara Nabi dan Rasul yang diutuskan kepada mereka banyak dijelaskanoleh Allah SWT di dalam al-Quran. Surah al-Syuara (26) menyebuttentang keingkaran Firaun terhadap Nabi Musa dan akibat yang diterimaoleh Firaun dan pengikut setianya, yang dihancurkan begitu rupa sepertiyang tersebut di dalam ayat 10 hingga 68 dalam surah yang tersebut iaituketika Firaun mengemukakan hujah yang palsu untuk menakan kerasulandan amanah Allah yang dibawa oleh Nabi Musa kepada mereka sehinggaakhirnya Firaun dan pengikutnya ditenggelamkan ke dalam lautan.

    Mulai ayat 69 sehingga ayat 104 surah yang sama Allah SWTmenceritakan tentang kelebihan agama Allah dan kesuciannya sepertiyang dibawakan oleh Nabi Allah Ibrahim kepada kaumnya termasuk kepadabapanya sendiri yang juga berakhir dengan penentangan dan bagaimanaamaran yang diberikan oleh Nabi Ibrahim tidak dihiraukan oleh kaumnya.

  • 7/29/2019 Risalah Khas Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

    9/26

    WASATIYYAH : TONGGAK KESATUAN UMMAH

    7

    Demikian juga dalam surah yang sama mulai dari ayat 105 hingga ayat122 diceritakan pula tentang risalah Allah yang dibawakan oleh Nabi Nuh

    kepada kaumnya dan akhirnya kaum ini juga dibinasakan oleh Allahkerana keingkaran mereka yang melampau.

    Seterusnya surah yang sama menceritakan tentang kaum Ad, Thamud, kaumNabi Saleh, Lut, dan Syuaib yang menentang utusan-utusan Allah ini danberakhir dengan kehancuran kaum itu sendiri. Para pentafsir menyatakanbahawa tujuan kisah-kisah keingkaran umat terdahulu itu diperihalkankepada Baginda Rasulullah SAW bukan hanya untuk menceritakan tentangkemungkaran kaum tersebut tetapi untuk melembutkan hati RasulullahSAW dalam menjalankan amanah Allah kepada umat manusia seluruhnya

    yang juga menerima tentangan dari kaum yang tertentu.

    Maka umat yang sanggup menerima agama tauhid yang dibawakan olehRasulullah SAW sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir itu meyakinibahawa Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Esa, yakin dengan akidah,syariah dan akhlak agama suci ini serta beramal dengan segala ajarannyayang akan bertahan buat selama-lamanya, maka mereka itulah umat yangterpilih dan umat yang telah melakukan keadilan kepada Allah kepadaNabi Muhammad dan kepada umat manusia lainnya tidak seperti umatyang sebelum ini yang terpaksa dihancurkan oleh Allah SWT kerana sifat-

    sifat keji yang mereka lakukan dalam menentang agama Islam ini.

    Mereka yang ingkar itu juga telah bertindak di luar bidang ajaran agamaTauhid dengan meminda dan menyelewengkan kitab-kitab suci yangditurunkan kepada mereka dan mengingkari kerasulan Nabi Muhammadsebagai Nabi yang terakhir sedangkan umat Muhammad tidak bertindakmeminda kitab suci al-Quran atau mengubah konsep ketuhanan bahawaAllah adalah esa yang tidak mempunyai sekutu untuk mengubah sistemkepercayaan dan amalan mereka.

    Dengan itu jika dibandingkan umat Islam dengan umat lain yangmenentang perintah Allah dan segala ajaran yang disampaikan oleh paraNabi dan Rasul utusan Allah kepada mereka maka ternyata bahawa umatNabi Muhammad telah bertindak dengan adil sebagai satu umat yangterbaik lagi terpilih dalam pengertian bahawa umat ini adalah satu-satunyayang berhak disifatkan sebagai ummatan wasatan.

  • 7/29/2019 Risalah Khas Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

    10/26

    WASATIYYAH : TONGGAK KESATUAN UMMAH

    8

    Umat Sederhana dan Seimbang

    Kecenderungan untuk mentafsirkan ummatan wasatan sebagai umat yangsederhana dan seimbang juga mungkin mempunyai kewajarannya iaituberdasarkan kepada penjelasan beberapa pentafsiran tentang istilah inidalam ayat 143 surah al-Baqarah tersebut yang menyebut bahawa umatIslam adalah umat yang mengikut jalan tengah iaitu jalan yang tidak beratke kiri dan tidak berat ke kanan tidak terlalu kebendaan seperti Yahudi,dan tidak terlalu kepaderian seperti Nasara antara kebebasan yangmelampau atau kongkongan secara zalim.

    Syariat agama Islam menyahut segala keperluan manusia, sama adaindividu atau pun kumpulan, kesepaduan antara kehendak akal, tubuhbadan dan roh manusia, tanpa ada keterlaluan dan kecuaian, memenuhituntutan jasmani dan rohani atau zikal dan spiritual. Maka dalamkonteks ini umat Islam adalah merupakan umat yang sentiasa seimbangdi antara dua sifat melampau atau ekstrem dalam keseluruhan sistemhidupnya.

    Konotasi bahasa:

    Wasatiyyah adalah berasal dari perkataan Arab wasat iaitu di tengah-tengah atau pertengahan, malah terdapat satu pecahan kalimah

    wasat ini di dalam Hadith Nabi Muhammad SAW yang menyatakanbahawa (Sebaik-baik perkara itu ialah pertengahan nya) dan pengertianpertengahan ini disebutkan di dalam Hadith tersebut dalam bahasaArab sebagai ausat yang juga pecahan daripada kalimah wasat yangbererti bahawa sebaik-baik sesuatu amalan, perkataan, pekerjaan dansebagainya itu adalah yang berasaskan kepada konsep pertengahan.

    Berdasarkan Hadith ini juga dan pengertian ayat al-Quran yang menyebuttentang orang Islam sebagai Ummatan Wasatan (Surah al-Baqarah ayat143) maka konsep wasatan ini sering diterjemahkan sebagai umat

    pertengahan

    Bagaimanapun konsep pertengahan ini haruslah ditafsirkan secara yangpositif, terutamanya dalam meletakkan kedudukan umat Islam di dalamdunia global, teknologi dan ilmu serta di dalam persaingan ekonomi,juga dalam membina peradaban dan tamadun manusia sejagat sesuaidengan risalah atau misi Islam itu sendiri iaitu dalam pengertian bahawadalam merealisasikan matlamat kehidupan umat Islam ini maka jalan

  • 7/29/2019 Risalah Khas Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

    11/26

    WASATIYYAH : TONGGAK KESATUAN UMMAH

    9

    pertengahan bukanlah bererti jalan yang lemah, kuno dan mundur tetapijalannya ialah jalan kemajuan, tamadun dan kecemerlangan di dalam

    segala bidang kehidupan mereka.

    Umat yang Menuntut Dunia dan Akhirat

    Ummatan wasatan bukan bererti umat yang meninggalkan duniaseluruhnya yang hanya melihat kepada kehidupan akhirat tanpamengusahakan peluang yang diberikan Allah kepada manusia di dunia iniatau tanpa menggunakan kelebihan akal kiran yang dikurniakan Allahkepada mereka yang berbeza dari makhluk-makhluk yang lain.

    Kemunduran negara-negara Islam dalam membangunkan ekonominya,berkemungkinan besar kerana umat Islam merasakan bahawa merekatidak seharusnya mengejar kebendaan dan terlalu ghairah untuk mencarikekayaan dunia ini. Demikian juga ketinggalan mereka dalam bidangteknologi dan ilmu pengetahuan, mungkin juga kerana sikap merekayang tidak bersungguh-sungguh dalam menuntut kepelbagaian ilmu,sedangkan kemiskinan dan kejahilan adalah merupakan bidang kehidupanyang diperangi oleh Islam dan segala institusi ilmu dan ekonomi yangdiasaskan oleh Islam adalah bertujuan untuk memerangi dua jenis penyakitini iaitu kemiskinan dan kejahilan di samping meningkatkan tamadun

    dan peradaban umat itu sendiri.

    Perangkaan yang dibuat oleh World Bank menunjukkan bahawa 53peratus dari ahli Persidangan Negara Islam (OIC) adalah termasuk didalam kategori negara-negara yang berpendapatan rendah iaitu kira-kira separuh daripada negara-negara dunia yang berpendapatan rendah.Negara-negara OIC yang berpendapatan tinggi pula hanya terdiri daripadasembilan peratus sahaja dari keseluruhan negara anggota OIC. Hal inimenunjukkan bahawa rata-rata negara Islam masih berada di dalamkategori negara miskin dan mundur. Rakyatnya pula hidup sengsara dalam

    keadaan taraf kesihatan yang daif, buta huruf, kebuluran, ketinggalandalam pendidikan dan berbagai masalah lain lagi.

    Oleh itu konsep wasatiyyah tidak seharusnya ditafsirkan sebagai carahidup yang membawa umat Islam ke belakang ke arah kemunduran danketinggalan di dalam segala bidang kehidupan mereka dunia dan akhirat.Ini kerana dasar wasatiyyah lebih menjurus kepada pembentukan umat

  • 7/29/2019 Risalah Khas Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

    12/26

    WASATIYYAH : TONGGAK KESATUAN UMMAH

    10

    Islam yang mempunyai sikap dan tindakan serta amalan yang tidak ekstrematau condong kepada sikap radikal dan melampaui batas dalam semua

    keadaan dan bidang kehidupannya, melupakan nilai-nilai akhlak danmoral kerohanian dalam segala tindakan dan amalannya tidak melampauibatasan akhlak dan nilai-nilai tamadun dalam memperjuangkan hak danmenunaikan tanggung jawabnya.

    Umat yang Bermaruah dan Mempunyai Jati Diri

    Dalam salah satu siri program terkenal media eletronik Barat selepasperistiwa 11 September, seorang pendeta Yahudi memetik beberapa ayat

    al-Quran untuk menegakkan hujahnya bahawa Islam adalah satu agamayang keras, tidak toleran dan tidak mesra dengan umat lain denganmengambil contoh dari ayat 51 Surah al-Maidah di luar konteks. Ayat itubermaksud:

    Wahai orang-orang yang beriman, janganlah menjadikan Yahudi dan Kristiansebagai teman rapat, kerana sesetengah dari mereka menjadi teman rapatkepada sesetengahnya yang lain, dan sesiapa di antara kamu yang menjadikanmereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan merekaitu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan pertunjuk kepada kaum yangberlaku zalim

    Ayat ini yang digunakan oleh pendeta Yahudi itu untuk mengatakan bahawaIslam tidak bertolak ansur dengan mereka dan pengikut agama Kristian.Tetapi ayat ini sebenarnya merupakan amaran Allah kepada umat Islamtentang tindakan ekstrem sebahagian dari kaum tersebut yang mempunyaipermusuhan terhadap agama Islam dan umatnya, iaitu mereka yangternyata mempunyai niat yang jahat dan berusaha untuk menghancurkanumat Islam dan agamanya, seperti yang pernah berlaku terhadap RasulullahSAW yang sebelumnya telah membuat perjanjian damai dengan mereka,tetapi kemudiannya mereka mengkhianati Rasulullah SAW sehingga

    Baginda terpaksa mengambil tindakan tegas kepada mereka.

    Malah dalam konteks hari ini pun ternyata bahawa sesetengah golonganekstrem kaum tersebut masih menaruh permusuhan yang amat jahatterhadap agama dan umat Islam dan terdapat pula sekutu-sekutu merekayang berusaha mempertahankan gerakan jahat mereka, seperti yangberlaku di bumi Palestin yang dilakukan oleh puak Zionis.

  • 7/29/2019 Risalah Khas Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

    13/26

    WASATIYYAH : TONGGAK KESATUAN UMMAH

    11

    Dalam konteks ini eloklah kita cuba memahami ajaran Islam dalamkonteks umat pertengahan ini iaitu seperti yang terkandung dalam ajaran

    al-Quran, surah al-Baqarah ayat 190 :Perangilah pada jalan Allah (kerana menegak dan mempertahankan agama

    Allah) mereka yang memerangi kamu, tetapi janganlah kamu menceroboh(dengan memulakan peperangan) kerana sesungguhnya Allah tidak sukakepada orang-orang yang menceroboh

    Ayat ini menjelaskan bahawa umat pertengahan dalam konteks iniakan menerima semua kaum dan agama, selagi agama dan umat Islamtidak dicerobohi. Maksudnya penerimaan pengikut agama lain tetap

    merupakan ajaran umat Islam tetapi sekiranya umat Islam dan agamanyadicerobohi, maka umat Islam haruslah bangun mempertahankan dirinya.Sebab itulah ayat ini menyebut bahawa peperangan tidak seharusnyadimulakan tanpa sebab tetapi sekiranya mereka diperangi, maka merekawajib mempertahankan dirinya tanpa melampaui batas-batas yangditetapkan oleh agama.

    Hal ini juga merupakan satu konsep yang seharusnya difahami dalamkonteks lain yang sering juga terdapat beberapa pihak yang cubamenyalahkan agama Islam dan umatnya dan menggambarkan imej Islam

    dengan gambaran yang buruk.

    Konsep jihad umpamanya telah disalah mengertikan juga sebagaipeperangan sabil untuk membunuh orang kar. Sedangkan seperti yangdijelaskan dalam ayat di atas dan ayat-ayat lain lagi, bahawa berjihadadalah dilakukan ketika menentang kekerasan yang dilakukan ke atasumat Islam dan gerakan yang dilakukan untuk menghapuskan Islam itusendiri, malah tidak timbul sama sekali tuduhan yang mengatakan bahawaumat bukan Islam itu harus diperangi dan dibunuh.

    Malahan jihad juga mempunyai konsep yang lebih luas, iaitu memerangihawa nafsu buas manusia, memerangi kemiskinan dan kefakiran,memerangi kejahilan dan kemunduran maka konsep jihad dalampengertian ini adalah lebih merupakan konsep jihad yang lebih utama lagi,yang seharusnya dilancarkan oleh umat pertengahan ini.

  • 7/29/2019 Risalah Khas Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

    14/26

    WASATIYYAH : TONGGAK KESATUAN UMMAH

    12

    Sudah sekian lama kita mendengar hadith yang amat mashyur tentangtiga orang sahabat Rasulullah SAW yang menceritakan tentang komitmen

    mereka kepada agama yang begitu kuat menurut dakwaan mereka.Seorang berkata bahawa ia berpuasa selama-lamanya, yang seoranglagi berkata bahawa ia setiap malam bangun bersembahyang dan yangakhir berkata bahawa ia tidak mahu berkahwin. Apabila Rasulullah SAWmendengar kenyataan ini lalu Baginda terus bersabda bahawa Bagindaadalah seorang yang paling hampir dan paling bertaqwa kepada Allah SWT,namun Baginda bangun bersembahyang malam dan tidur, berpuasa padahari-hari yang tertentu dan berbuka pada hari-hari yang lain, dan Bagindajuga berkahwin. Sesiapa yang tidak mengikut sunnahku, maka ia bukanlahdari golonganku sabda Baginda.

    Keseimbangan yang ditekankan oleh Baginda Rasulullah SAW di sinimerupakan satu perwatakan trah manusia yang seharusnya dilaksanakanuntuk kesejahteraan manusia itu sendiri dari segi rohani dan jasmaninya.Jasmani manusia tidak mungkin mengamalkan sesuatu yang mungkinmembawa kepada sejenis penyiksaan yang tidak tertahan secara tabienyaseperti yang terdapat di dalam amalan-amalan yang hanya berpusatkepada kerohanian oleh sesetengah kepercayaan manusia. Demikianlahsebaliknya amalan yang hanya mementingkan kehendak jasmani tanpamemberikan kepuasan kepada kerohanian adalah juga merupakan amalan

    melampau yang hanya membawa kepada kelemahan dalam kehidupankebendaan dan keduniaan umumnya.Peranan Umara Dan Ulama

    Reaksi umat Islam sendiri terhadap konsep umatan wasatan ini sebenarnyayang sering merosakkan konsep ini dan menjatuhkan imej agama Islamsebagai agama sederhana, toleran, seimbang dan pertengahan. Tekananpenjajah, yang menjajah negara dan minda umat Islam, terutamanyapara pemimpin Islam yang sedang mencari-cari identiti dan jati dirinya,

    sering memerangkap umat Islam dalam gerakan melampau, radikaldan ekstrem. Sejarah membuktikan, di antara lainnya bahawa tekanancara hidup dan budaya Barat mendorong dan mempengaruhi sesetengahpemimpin negara Islam seperti yang pernah berlaku di dalam sejarahpenjajahan Barat ke atas negara-negara Islam satu masa dahulu, yangbertindak menutup semua madrasah, menghapuskan tradisi berpakaiandan sesuatu yang menonjolkan cara hidup berdasarkan budaya Islamdengan cara hidup dan budaya Barat malah menekan para ulama.

  • 7/29/2019 Risalah Khas Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

    15/26

    WASATIYYAH : TONGGAK KESATUAN UMMAH

    13

    Tekanan dan paksaan yang dilakukan ini sebenarnya lebih banyakmenimbulkan akibat yang buruk terhadap gerakan keislaman kerana

    tekanan ini akan segera menimbulkan gerakan yang lebih radikal danmelampau terutamanya apabila gerakan itu mulai tumbuh dan lahir dimerata-merata tempat sebagai gerakan bawah tanah dengan agendakekerasan dan keganasan.

    Dari sudut yang lain, kita juga haruslah faham bahawa umatpertengahan ialah umat yang terbuka kepada pandangan dan pentafsiranserta ijtihad yang terbuka tanpa mengambil jalan yang keras dantertutup. Kelahiran para aktivis, ulama dan pejuang Islam tidak berertimelahirkan kumpulan-kumpulan tertentu sahaja yang memonopoli fatwa

    dan pentafsiran tentang beribadat, undang-undang, teori ekonomi, ilmudan isu-isu sosial mengikut pentafsiran mereka semata-mata, sehinggamengenepikan pihak yang mempunyai autoriti dan Kerajaan (Ulul-Amri)malah mereka akan menuduh golongan Islam lainnya yang berbezapandangan daripada mereka sebagai kar, murtad dan sebagainya.

    Hal ini biasanya timbul dengan subur di kalangan masyarakat Islam yangbergerak dalam kerangka politik yang sempit dan taksub, terutamanyabagi golongan yang terlalu ideal dalam memberikan pentafsiran tentangpolitik dan kerajaan Islam, iaitu bagi mereka yang sering menjelma menjadi

    hakim dan kadi dengan berfungsi untuk menjatuhkan hukuman kepadaorang lain, terutamanya kepada kerajaan sendiri yang dikendalikan olehorang Islam.

    Hal ini banyak sekali berlaku di dalam negara-negara Islam yang barumencapai kemerdekaan dalam kurun yang lalu dan dalam tahun-tahunkebangkitan Islam ketika umat Islam mempunyai kesedaran untukkembali kepada Islam, kembali kepada penghayatan Islam seperti yangtersebut di dalam al-Quran dan al-Sunnah.

    Maka pentafsiran tentang kebangkitan Islam atau Islamic revivalismeatau Islamic resurgence ini mulai menerima berbagai-bagai pentafsiran,termasuk pentafsiran yang agak radikal dan melampaui ajaran Islamtentang konsep wasatiyyah yang menjadi sifat umat Islam itu.

  • 7/29/2019 Risalah Khas Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

    16/26

    WASATIYYAH : TONGGAK KESATUAN UMMAH

    14

    Mempertahankan Prinsip Maqasid al-Syariah

    Umat Islam mempunyai prinsip dalam mempertahankan maruah danhak asasinya sebagai khalifah dan hamba Allah di atas muka bumiini. Umat ini harus berusaha mempertahankan objektif hidupnyaberdasarkan syariahnya, iaitu yang terkandung di dalam maqasid al-syariah:mempertahankan 1)agama, 2)akal, 3)nyawa, 4)keturunan dan 5)harta. (Abdul Monir Yaacob)

    Maqasid al-Syariah merangkumi kehidupan individu dan kelompok,keilmuan dan keturunan, keagamaan dan keduniaan, maruah danketurunan, ekonomi dan harta benda. Keseluruhannya ini haruslah

    dipertahankan dengan penuh hikmah dan bijaksana, kecuali ketika berlakupencerobohan yang menuntut pertahanan diri yang sama.

    Umat Seimbang tidak mengizinkan kelahiran institusi-institusi Islamyang radikal dan melampau. Madrasah dan pondok serta institusi-institusipengajian Islam bukanlah didirikan untuk melatih para pejuang ataumujahidin untuk melakukan gerakan ganas dan keras atau bertindakmembunuh musuh sama ada musuh yang terdiri dari orang Islamatau bukan Islam. Perkhemahan Islam bukan bererti perkhemahanuntuk melatih para tentera dan gerila bagi memerangi sesiapa sahaja

    yang mereka anggap sebagai golongan lain dan golongan yang bukangolongan kita tanpa mengira latar belakang kaum dan agama musuhmereka itu.

    Umat pertengahan bukan bererti umat yang fanatik dan taksub meluluterhadap kaum dan agama atau ideologi politik kepartian mereka. Merekatahu membezakan di antara yang hak dan batil, yang benar dan salah,mengikut ajaran agama yang sah dan hakiki tanpa meletakkan sentimenkaum atau politik di atas ajaran agama yang sebenarnya.

    Umatan wasatan ialah umat yang dinamik, kuat dan maju dalam bentuk danagenda perjuangan yang sejajar dengan agama dan ajarannya yang lengkapdan menyeluruh bukan merupakan umat yang mengambil sesetengahbahagian sahaja dari ajaran agamanya.

  • 7/29/2019 Risalah Khas Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

    17/26

    WASATIYYAH : TONGGAK KESATUAN UMMAH

    15

    Oleh itu konsep wasatiyyah ini haruslah difahami secara menyeluruh,merangkumi kesederhanaan, perseimbangan, pertengahan, keterbukaan

    dan sebagainya dalam konteksnya yang tertentu.

    Umat Islam sebagai umatan wasatan tidak bererti umat yang lemah danumat yang sering ketinggalan dalam persaingan dengan umat lain yangpenuh dedikasi dan kesungguhan dalam segala usahanya di dunia ini.Umat Islam juga tidak bererti umat yang apabila dipukul pipi kanan, makaia akan menyerahkan pipi kirinya untuk dipukul lagi tetapi umat yangseharusnya mempertahankan tamadun, maruah dan segala sesuatu yangtersebut di dalam ajaran Islam sebagai maqasid al-syariah seperti hartabenda, akal kiran, maruah dan agama, jiwa dan keturunannya.

    Malah dalam hal ini al-Quran mengajar kita supaya mencari kebahagiaandan kebaikan di dunia dan akhirat. Dalam ayat yang menerangkan bahawaterdapat beberapa golongan manusia di atas muka bumi ini dalam konteksmendapatkan kebahagiaan hidupnya seperti yang terkandung di dalamSurah al-Baqarah ayat 200 bermaksud :

    Ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami,berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan (orang ini) tidak ada baginyasedikit pun kebaikan di akhirat

    Mereka mendapat kebahagian di dunia dengan usaha mereka yangbersungguh-sungguh tetapi tidak terdapat kebahagiaan di akhirat nantikerana mereka hanya berusaha untuk dunia sahaja.

    Ayat 201 Surah al-Baqarah pula menyebut begini,

    ...dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhankami, berikanlah kepada kami kebaikan (kebahagiaan) di dunia, dan kebaikandi akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka

    Dua ayat yang tersebut di atas merangka satu agenda umat pertengahanyang sebenarnya di samping ayat-ayat lain lagi bahawa contoh kehidupandunia dan kehidupan di akhirat yang seimbang dan sepadu itu haruslahdijadikan ukuran bagi semua bentuk dan corak kehidupan umat Islamuntuk mengecap kebahagiaan dunia dan akhirat.

  • 7/29/2019 Risalah Khas Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

    18/26

    WASATIYYAH : TONGGAK KESATUAN UMMAH

    16

    Wasatiyyah dan Moderation

    Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abdul Razak ketika berada di AmerikaSyarikat (2010) iaitu ketika menghadiri Persidangan Agong PertubuhanBangsa-Bangsa Bersatu dan menemui President Obama, telah membuatsatu seruan yang mengajak dunia seluruhnya supaya kembali menjadimakhluk yang rasional dan bertamadun, mengelakkan sebarang tindakanekstrem dan melampau yang selama ini lahir di sana sini di dalam duniaini dengan tindakan melampau mereka yang mengancam keamananmanusia dan dunia.

    Golongan pelampau ini sering mempunyai sikap dan sifat yang jauh

    menyimpang dari nilai-nilai moral kemanusiaan dan jauh sama sekali darinorma-norma kehidupan yang sihat.

    Seruan yang sama sekali lagi ditegaskan oleh Perdana Menteri ketikamenghadiri Sidang Kemuncak Asia Eropah (Asem) Kelapan di Brusselsawal bulan Oktober 2010 iaitu di dalam satu sidang media yang dihadirioleh perwakilan media antarabangsa.

    Isu ini juga telah ditimbulkan lagi oleh Perdana Menteri ketika berucapkepada para pelajar di Universiti Oxford dalam bulan Mei 2011 iaitu tentang

    kepentingan sikap moderation dan kesederhanaan manusia dalam segalatindakan mereka dengan mengelakkan sikap melampau, radikal danekstrem.

    Sememangnya pun manusia pada hari ini menjadi semakin buas, semakinkejam dan tidak berperikemanusiaan. Media sering memaparkan kisah-kisah tindakan ekstrem ini dalam bentuk pembunuhan dan pencabulanhak asasi manusia. Di sana sini lahir golongan pelampau yang mengambiljalan kekerasan untuk menyelesaikan konik dan masalah mereka.

    Dalam konteks ini Malaysia atas nama Kerajaannya telah membawakonsep wasatiyyah ke persada antarabangsa iaitu konsep kesederhanaanyang berdasarkan keadilan dalam penyelesaian masalah dan perjuanganmenuntut hak serta menunaikan tanggungjawab manusia, mengelakkankekerasan dan keganasan malah mengambil jalan demokrasi dan syuraserta dialog sebagai asas menyelesaikan sebarang masalah dan krisis.

  • 7/29/2019 Risalah Khas Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

    19/26

    WASATIYYAH : TONGGAK KESATUAN UMMAH

    17

    Bagaimanapun konsep wasatiyyah yang dilihat sebagai istilah yangmenyamai moderation dan equilibrium atau keseimbangan dan

    kesederhanaan, mungkin agak tepat dalam sebahagian konsep danpengertian istilah wasatiyyah dari sudut syariahnya, iaitu dari segimengelakkan sikap melampau dan ekstrem atau sikap radikal dan ganasmanusia dalam pengurusan konik dan penyelesaian masalah mereka.

    Pengertian konsep wasatiyyah dalam akidah dan syariah Islam adalah lebihmenyeluruh yang merangkumi soal pengurusan individu dan kumpulanmanusia, rakyat dan Kerajaan dalam semua aspek kehidupan mereka agarmereka sebagai umat Islam menepati konsep ummatan wasatan dalamtafsiran yang diberikan terhadap sifat tersebut sebagai umat yang adil dan

    terpilih seperti yang dijelaskan di atas.

    Oleh itu konsep wasatiyyah yang cuba dipopularkan oleh negara kita diperingkat dalaman dan antarabangsa seharusnya difahami dalam konteksyang lebih khusus sesuai dengan senario dunia moden pada hari ini yangmenghadapi kepelbagaian krisis dan kemunculan golongan ekstremisdan radikal di arena antarabangsa. (Ismail Ibrahim-Wasatiyyah, TonggakKesatuan Ummah).

    Golongan radikal dan ekstremis ini yang walaupun merupakan golongan

    minoriti dalam masyarakat manusia pada hari ini telah bermaharajaleladi seluruh pelosok dunia yang mengakibatkan ketidaksetabilanmasyarakat manusia yang cintakan perdamaian dan keamanan.

    Maka dalam konteks inilah manusia yang bertamadun dan berperadaban,mahu melihat dunia ini diperintah oleh golongan sederhana mengatasigolongan pelampau yang lebih banyak mudaratnya. Aliran ekstremdan melampau hendaklah digantikan dengan aliran yang terbuka danadil, seimbang dan saksama, yang seharusnya termasuk dalam denisimoderat.

    Yang lebih penting bagi kita umat Islam pada hari ini ialah gambaranmasyarakat Islam itu sendiri yang seharusnya dapat menunjukkancontoh yang baik bagi konsep ummatan wasatan iaitu umat yang adil danterpilih itu, bagi meyakinkan dunia dan umat Islam sendiri bahawa konsepitu amat relevan dengan pembangunan dan perubahan yang dihadapi olehdunia global pada hari ini terutamanya oleh dunia Islam dan umatnya.

  • 7/29/2019 Risalah Khas Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

    20/26

    WASATIYYAH : TONGGAK KESATUAN UMMAH

    18

    Apakah dalam konteks ini kita dapat memenuhi keperluan yangdimaksudkan itu? Apakah kita mampu menunjukkan model masyarakat

    Islam yang melengkapi denisi umat yang adil dan terpilih itu?.Mungkin dengan meninjau perkembangan masyarakat Islam terkini, kitaakan dapat memeriksa tentang kriteria ummatan wasatan dan sejauhmanakah umat Islam pada hari ini mampu mencapai status ummatanwasatan itu.

    Islam dan Dunia Luar

    Islam merupakan agama yang paling pesat membangun di Barat. Tetapidi dalam masa yang sama Islam merupakan agama yang paling sukardifahami di sana dan banyak sekali menimbulkan kekeliruan dan tandatanya.

    Barat mempunyai gambaran stereotaip dan prasangka terhadap Islam,yang di antara sebabnya ialah kerana laporan media mereka yang seringmenonjolkan Islam sebagai agama extremist, undamentalist, terrorist dankepelbagaian label negatif lainnya.

    Apabila Islam ditonjolkan di dalam imej dan gambaran yang demikian,maka orang Barat membenci Islam dan umatnya, malah lebih daripada

    itu, tidak ingin memahami dan mendapatkan pengetahuan tentang ajaranIslam yang sebenarnya.(John Espesito)

    Hal ini menjadi lebih serius lagi, apabila Barat melihat realiti masyarakatdan negara Islam yang sering berada di dalam konik dan peperangansesama sendiri, jihad yang berdasarkan pengebom berani mati, peristiwa11 September dan sebagainya yang disalah mengertikan.Ramai para pengkaji Islam dan penulis yang telah memberikan istilahpeperangan dunia keempat ketika mengulas tentang pertembungan yang

    berlaku di antara Barat dan Islam atau yang lebih jelas lagi pertembungandi antara Islam dan Kristian. Barat sebenarnya telah mengharungi dua kaliperang dunia, dan peperangan ketiganya ialah menentang Soviet Union.

    Maka peperangan dunia keempat ialah peperangan terhadap Islam,sungguh pun mereka cuba memberi gambaran bahawa pertembungansekarang adalah merupakan pertembungan tamadun (The Clash ofCivilizations)

  • 7/29/2019 Risalah Khas Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

    21/26

    WASATIYYAH : TONGGAK KESATUAN UMMAH

    19

    Malah peperangan ini dilancarkan oleh Barat terhadap Islam bukanlahsepenuhnya berdasarkan pertembungan budaya dan agama dalam istilah

    The Clash of Civilizations, seperti yang ditonjolkan oleh Huntington itu,malah lebih kepada Islamophobia, iaitu rasa takut dan benci kepada Islamdan dalam masa yang sama merangkumi juga peperangan untuk mengautkekayaan minyak dari dunia Islam yang dianugerahkan Allah dengankekayaan hasil bumi ini.

    Peperangan dan serangan inilah yang dilancarkan oleh Barat terhadapAfghanistan dan Iraq yang telah berlarutan sehingga sekarang. Media Baratsering memutarbelitkan isu pendudukan Barat ke atas negara-negaraIslam di Timur Tengah atas alasan war on terror, fght against terrorisme,

    weapon o mass destruction, al-Qaedah dan berbagai-bagai alasan lain lagiyang diada-adakan oleh pihak Barat dan media mereka.

    Namun begitu hukuman secara umum yang dilabelkan oleh Baratterhadap Islam dan umatnya adalah sesuatu yang melampaui batasankemanusiaan dan realiti agama Islam sendiri. Kecenderungan merekamelabelkan Islam sebagai agama kekerasan dan kemunduran serta tidakbertamadun itu adalah merupakan hukuman berdasarkan sentimenmelulu yang tidak berasaskan kepada ilmu dan hikmah yang seringditonjolkan oleh Islam tentang utusan-utusan Allah kepada manusia yang

    sering dilengkapkan dengan ilmu dan hikmah malahan Rasulullah SAWsebagai Nabi dan Rasul terakhir kepada umat manusia telah membentuksatu masyarakat manusia yang dilengkapkan dengan ilmu pengetahuandan hikmah untuk membangunkan satu tamadun manusia berlandaskanakidah dan syariah serta diungguli oleh akhlak manusia yang tinggi.

    Contoh terbaik yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah SAW dalammengantarabangsakan amanahnya dalam menyampaikan misi Islamkepada manusia seluruhnya ialah ketika Baginda merangka PiagamMadinah yang merupakan satu dokumen sejarah dan tamadun yang amat

    penting dalam peradaban manusia dengan berlakunya peristiwa HijrahBaginda dari Makkah ke Madinah dalam tahun 622 Masehi. (Abdul ManafAhmad-Wasatiyyah, Tonggak Kesatuan Ummah).

    Piagam ini merupakan dokumen bertulis dan disahkan oleh semuakalangan yang terlibat.

  • 7/29/2019 Risalah Khas Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

    22/26

    WASATIYYAH : TONGGAK KESATUAN UMMAH

    20

    Keterlibatan semua kaum dalam formula perpaduan, tanggungjawab,hak dan keistimewaan masing-masing merupakan perjanjian dan kontrak

    sosial yang harus dilaksanakan dengan mengakui kesahihan Piagam inidan keiltizaman masing-masing dengan segala kandungannya

    Semua warga haruslah mengiktiraf kekuasaan ketua negara danmemberikan taat setia kepada negara serta menerima dan mengiktirafakan kedaulatan Piagam ini untuk semua.

    Ciri-ciri kesatuan dan perpaduan ialah perkongsian nilai dan obligasisosial dan moral yang menjadi teras kehidupan semua kaum jugamengelakkan konik dan permusuhan.

    Piagam ini merupakan piagam yang mengandungi peraturan politik, sosial,pertahanan, tanggungjawab material dan moral dalam pertahanan dankemakmuran bersama.

    Persamaan hak dan tanggung jawab diberikan kepada semua kaumtanpa mengambil kira latar belakang agama dan sosial mereka yangberbeza-beza. Piagam ini mengandungi rukun-rukun perpaduan darisegi kebebasan akidah, melindungi maruah dan kehormatan, menjagakeselamatan harta benda dan kekayaan dan mencegah tindakan ganas,jenayah dan sebagainya.

    Piagam ini juga menanamkan semangat patriotik kepada setiap wargadan membangkitkan semangat kekitaan atau sense o belonging.

    Menjana pendapatan negara dari semua kaum iaitu zakat bagi orang-orang Islam, cukai (Kharaj) dari orang bukan Islam, juga harta rampasanperang (ghanimah) kaum Yahudi yang menguasai ekonomi haruslahmembantu dari segi tanggungan perbelanjaan kepada para pejuang Islamyang berjuang mempertahankan negara.

    Piagam Madinah ini adalah merupakan perlembagaan negara yang adil danseimbang iaitu yang membawa ciri-ciri wasatiyyah yang tulen dan sejatibagi umat yang disifatkan oleh Allah SWT sebagai ummatan wasatan dandalam masa yang sama umat Islam keseluruhannya pada hari ini haruslahmelihat ke dalam diri mereka sendiri apakah ciri-ciri wasatiyyah ini benar-benar telah mereka amal dan laksanakan dalam kehidupan ini sebagaisatu ikatan bersama yang menyatupadukan ummah ini.

    Konsep dan penghayatan wasatiyyah seperti yang dinyatakan di atas itulahyang dapat memenuhi cita-cita untuk mewujudkan kesatuan ummah yangsebenarnya.

  • 7/29/2019 Risalah Khas Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

    23/26

    WASATIYYAH : TONGGAK KESATUAN UMMAH

    21

    RUJUKAN

    Abdul Hayei Abdul Sukor (Dr) 2010, Tafsir Pedoman Muttaqin, Juz 2, JAKIM.

    Abdul Manaf Ahmad, 2003, Islam Hadhari Dalam Negara Islam, YayasanDakwah Islamiah (YADIM) Kuala Lumpur. Buku ini memetik sepenuhnyateks terjemahan Piagam Madinah yang diselenggarakan oleh Ustaz AbuBakar Hamzah Perlembagaan Islam (tt).

    Abdul Monir Yaacob, 1999, (ed) Prinsip-Prinsip Pemerintahan Dalam

    Masyarakat Majmuk, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) KualaLumpur.

    -------- --------2004 (ed) Konsep Ulilamri Di Malaysia, Institut KefahamanIslam Malaysia (IKIM) Kuala Lumpur.

    Al-Syarawi, Al-Mutawalli, Tafsir Al-Syarawi.

    Espesito, John, 1987, (ed) Islam in Asia: Religion, Politics and Society,

    Oxford University Press, New York.

    Faiza Tamby Chik, (tt), Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan danNegeri: Kesannya Dalam Pembangunan Ummah dalam PelaksanaanHukum Syarak Di Malaysia, (ed) Khairul Azmi Mohamad dan Abdul MonirYaacob, Pejabat Menteri Besar Johor.

    Ismail Ibrahim, 2005, Yang Tersirat...Dalam Negara Islam Membangun,

    Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Lumpur.

    --------2009, Falsafah Hijrah Dalam Gagasan 1Malaysia, Jabatan KemajuanIslam Malaysia (JAKIM) Kuala Lumpur.

  • 7/29/2019 Risalah Khas Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

    24/26

    WASATIYYAH : TONGGAK KESATUAN UMMAH

    22

  • 7/29/2019 Risalah Khas Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

    25/26

    WASATIYYAH : TONGGAK KESATUAN UMMAH

    23

  • 7/29/2019 Risalah Khas Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

    26/26

    WASATIYYAH : TONGGAK KESATUAN UMMAH

    24