budaya ilmu kecemerlangan ummah

64
“Dialah (Allah) yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang yang mengetahui.” - Maksud surah Yunus : ayat 5 “Dialah (Allah) yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang yang mengetahui.” - Maksud surah Yunus : ayat 5 Dicetak oleh Percetakan Haji Jantan Sdn. Bhd.

Upload: krull-hzm

Post on 06-Jun-2015

5.104 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

“Dialah (Allah) yangmenjadikan matahari bersinar dan

bulan bercahaya dan ditetapkan-Nyamanzilah-manzilah (tempat-tempat)

bagi perjalanan bulan itu, supaya kamumengetahui bilangan tahun dan perhitungan

(waktu). Allah tidak menciptakan yangdemikian itu melainkan dengan hak.

Dia menjelaskan tanda-tanda(kebesaran-Nya) kepada orang

yang mengetahui.”

- Maksud surah Yunus : ayat 5

“Dialah (Allah) yangmenjadikan matahari bersinar dan

bulan bercahaya dan ditetapkan-Nyamanzilah-manzilah (tempat-tempat)

bagi perjalanan bulan itu, supaya kamumengetahui bilangan tahun dan perhitungan

(waktu). Allah tidak menciptakan yangdemikian itu melainkan dengan hak.

Dia menjelaskan tanda-tanda(kebesaran-Nya) kepada orang

yang mengetahui.”

- Maksud surah Yunus : ayat 5

Dicetak oleh Percetakan Haji Jantan Sdn. Bhd.

Page 2: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Budaya IlmuAsas

KecemerlanganUmmah

PenerbitBahagian Dakwah dan KepimpinanJabatan Pendidikan Islam dan MoralKementerian Pendidikan Malaysia

Bil. 4 Tahun 1999/1420

i

Page 3: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

ii

Cetakan Pertama 1999

Hak cipta terpelihara,tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarangbentuk dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan caraelektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaranbertulis daripada penerbit terlebih dahulu.

Diterbitkan olehBahagian Dakwah dan KepimpinanJabatan Pendidikan Islam dan MoralKementerian Pendidikan Malaysia

Dicetak olehPercetakan Haji Jantan Sdn. Bhd.No. 12, Jalan 4/118C, Desa Tun Razak,Cheras, 56000 Kuala Lumpur.Tel :03-9731997, 9732004Fax : 603-9731835

Page 4: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

iii

Kandungan Halaman

Kata PengantarKetua Pengarah Pendidikan Malaysia .............................. v

Ilmu pengetahuan adalah milik Mu .................................. 1 - 5

Kepentingan ilmu ............................................................... 6 - 11

Mengapa saya mesti belajar? ............................................ 12 -20

Alam persekolahan yang menyeronokan ........................... 21 -25

Kaedah belajar yang berkesan .......................................... 26 -28

Membaca dan menulis kunci ilmu ..................................... 29 -33

Membentuk budaya berfikir ................................................ 34 -38

Menyelesaikan masalah dalam kehidupan ........................ 39 -41

Memerangi kejahilan ......................................................... 42 -44

Menangani ajaran sesat dan penyelewengan akidah ......... 45 -49

Kisah tauladan dan mutiara kata ....................................... 50 -57

Page 5: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

iv

Page 6: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

1

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Alhamdulillahi Rabbilalamin,

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi MahaPenyayang. Kami bersyukur ke hadrat Mu yang telahmencipta diri kami dari segumpal darah. Engkau Tuhan

Yang Maha Pemurah, yang memiliki ilmu pengetahuan. Engkauwahai Tuhan yang mengajar kami sesuatu yang tidak diketahui denganperantaraan membaca serta menulis. Sesungguhnya Engkau TuhanYang Maha mengetahui lagi Maha bijaksana.

Subhanallah!

Maha Suci Engkau wahai Tuhan yang telah melanjutkan usia kamimenjadi remaja yang berilmu, beriman dan berbakti. Sesungguhnyazaman remaja banyak pancaroba. Apa lagi dalam menghadapikehidupan di zaman pembangunan dan kemajuan. Kehidupan duniaglobal menyebabkan banyak perubahan dan pergolakan yang hebatdan mencabar. Perubahan dan pergolakan yang mencabar itu hanyadapat diselesaikan dengan kebijaksanaan ilmu dan kemahiran yangkita miliki. Justeru itu ia menuntut supaya kami mengamalkan budayailmu untuk menghadapi hari-hari seterusnya. Kami masih ingat lagi

Ilmu pengetahuanadalah milik Mu

Page 7: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

2

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

di waktu kecil dahulu, ayah ibu serta guru sentiasa berpesan danmenasihati kami agar belajar bersungguh-sungguh supaya menjadiorang yang pandai dan bijaksana. Kami belajar di rumah daripadaibu, ayah serta keluarga. Manakala di sekolah, kami belajar pelbagaiilmu daripada guru. Kami sentiasa menyayangi dan menghormatimereka.

Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! Berikanpertunjuk dan hidayah Mu di hati kami. Pancarilah nur ilmupengetahuan Mu dalam sanubari kami, tanamkanlah kesedaran dankeinsafan ke jiwa kami betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalamkehidupan ini. Sesungguhnya tanpa anugerah ‘nur’ ilmu pengetahuandari Mu, nescaya hiduplah kami dalam kegelapan. Hidup kamisentiasa dalam kejahilan dan kepapaan. Kami tidak dapatmembezakan yang baik dengan yang buruk dan yang halal denganyang haram. Alangkah zalimnya kami ketika itu. Akibat kejahilandalam agama, hidup kami bergelumang dengan dosa dankemungkaran. Bagaimanakah kami dapat menjadi insan yang baikdan sentiasa mengharapkan keredaan Mu di samping merealisasikankemakmuran dan kesejahteraan di bumi Mu ya Allah!

Wahai Tuhan!

Kami sedar bahawa perjuangan untuk mendapatkan ilmu pengetahuanMu masih jauh lagi. Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan,namun kemampuan kami untuk memiliki ilmu pengetahuan Musangat terbatas. Untuk mencapai semuanya itu kami tidak boleh lekadan lalai, kerana zaman persekolahan kami berlalu begitu pantas.Kini kami mengetahui hanya ilmu sahaja yang dapat membimbingkami ke jalan yang benar dan selamat. Tanpa mengira lelaki atauwanita, tua atau muda, Engkau telah mewajib kepada kami supayamempelajarinya selagi hayat di kandung badan. Kami menyedari

Page 8: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

3

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

bahawa pengiktirafan dan jaminanMu di dalam al-Quran terhadapkedudukan yang tinggi keatas orang yang berilmu pengetahuanadalah ternyata tepat dan benar.

Dalam firman Mu Engkau menjelaskan bahawa Engkau akanmengangkat darjat orang yang beriman dan yang mempunyai ilmupengetahuan dengan beberapa kelebihan, sama ada semasa merekahidup di dunia dan di akhirat. Ketika kami meneliti dalam suatufirman Mu yang lain, Engkau menjelaskan pula tentang perbandinganorang yang berilmu pengetahuan adalah berbeza dengan orang yangtidak berilmu. Buktinya jelas ternyata orang berilmu, kehidupannyalebih baik daripada orang yang tidak berilmu. Apa lagi dalammenghadapi kehidupan di zaman yang penuh cabaran dan pergolakan.

“... Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah Ku) dan hendaklahmereka beriman kepada Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”

- Maksud Surah al-Baqarah : ayat 186

Page 9: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

4

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Tanpa ilmu, nescaya kami akan tenggelam lemas dalam gelora aruslautan dan badai yang mengganas.

Wahai Tuhan!

Tambahkanlah ilmu pengetahuan Mu kepada kami supaya kami dapatmengamal dan manfaatkannya dalam kehidupan ini. Semogakeberkatan ilmu pengetahuan yang Engkau anugerah itu dapatmemandu kami ke jalan yang benar, di samping dapat kami mengajar,mendidik dan membimbing anak-anak kami. Sesungguhnya ilmupengetahuan itu adalah milik Mu. Berbahagialah orang yang berjayamemperolehi ilmu, kerana ia dipilih oleh Mu untuk menerimapertunjuk dan kurniaan dari Mu kepada sesiapa yang dikehendaki.Hanya dengan ilmu sahaja kami dapat memartabatkan diri, keluarga,ummah dan negara. Sungguh malang sekali kerana ada sesetengahdi kalangan pelajar yang meremehkan ilmu dan tidak ada usaha untukmempelajari bagi meningkatkan ilmu, sebaliknya mereka lebihmementingkan kesenangan dan kemewahan. Hidup mereka untukmengejar kebendaan. Sikap dan gelagat sebilangan kecil pelajar dananak muda hari ini tidak menyanjung ilmuwan amatmembimbangkan. Bagi mereka yang bersikap demikian, ilmumerupakan ‘barang’ yang telah hilang daripada kehidupan mereka.Kalau begini sikap dan bentuknya para pelajar dan remaja, tunggulah,di suatu masa nanti umat Islam akan hilang kekuatan, hilangkemuliaan, menjadi hamba dan melarat di tanah air sendiri, tenagamereka akan diperas, kuasa mereka akan ditindas, mereka hidupdalam kehinaan dan kepapaan. Semua ini kerana mereka jahil dalammelaksanakan kewajipan diri mereka terhadap Islam. Biarpun banyakilmu yang kami perolehi, namun keberkatannya tidak akan diperolehijika sekiranya kami tidak beramal dengannya. Apa lagi jika kamimenyalahgunakan ilmu tersebut untuk menipu dan mengkhianatiorang lain. Akhirnya ilmu tersebut akan menghilangkan diri danmemudaratkan tuannya .

Page 10: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

5

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Wahai Tuhan, Ampunilah segala dosa kami, kedua ibu bapa kami,guru-guru kami yang telah banyak berjasa kepada kami. Merekamengajar ilmu pengetahuan kepada kami. Mereka telah mendidikkami sehingga kami dapat mengetahui dan mengenal siapa diri kami.Mereka meneruskan tugas rasul Mu, menyampaikan amanat yangtelah mereka perolehi daripada al-Quran dan sunah rasul Mu. Kinikami menyedari mengapa kami dilahirkan? Apakah peranan kamisebagai hamba Mu dan ke manakah matlamat kehidupan kami?Lantaran itu kami berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuansemata-mata untuk mengejar keredaan Mu ya Allah! Tanpa didikandaripada mereka siapalah kami. Sesungguhnya jasa mereka sangatbesar.

Page 11: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

6

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

I lmu bermaksud tibanya makna yang benar dalam diri seseorang.Ini bererti bahawa seseorang yang mempunyai ilmu, ia akanmencapai sesuatu kebenaran yang akan membuahkan keyakinan

ke dalam dirinya. Melalui ilmu pengetahuan, seseorang itu dapatmembebaskan dirinya dari belenggu kejahilan, kesangsian,kekeliruan, ragu-ragu dan rasa was-was. Sesuatu yang benar ituadalah datangnya daripada Allah s.w.t. Justeru itu ilmu adalah menjadimilik Nya. Allah s.w.t. mencipta manusia pertama iaitu Nabi Adamalaihissalam sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi. Sesuaidengan fitrah kejadian dan keistimewaan tarafnya yang telahdikurniakan akal untuk memikul tanggungjawab tersebut, Allah s.w.t.telah mengajar ilmu pengetahuan kepadanya, sehingga beliau dapatmenyebut semua nama benda yang telah diajarkan kepadanya.

Mafhum firman Allah s.w.t. dalam al-Quran :

“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudianmengemukakannya kepada para malaikat laluberfirman: Sebutkanlah kepada Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang yang benar.”

Surah al-Baqarah : ayat 31

Kepentinganilmu

Page 12: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

7

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Kemudian Allah s.w.t. mengajarkan ilmu pengetahuan tersebut kepadaNabi Muhammad s.a.w. melalui wahyu yang terkandung di dalamal-Quran. Dalam al-Quran Allah s.w.t. telah berfirman :

“Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidakdiketahui.”

Maksud surah al-Alaq : ayat 5

Mahfum firman Allah s.w.t. dalam surah yang lain :

“(Tuhan) Yang Maha Pemurah, yang telahmengajarkan al-Quran. Dia menciptakan manusia,mengajarnya pandai berbicara.”

Surah ar-Rahman : ayat 1-4

Al-Quran, kitab suci umat Islam hendaklah dibaca, difahami dan dihayatipengajarannya.

Page 13: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

8

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Justeru itu al-Quran adalah merupakan sumber ilmu yang tepat danbenar kerana ia datang daripada Allah s.w.t. Ilmu pengetahuan sangatpenting dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara kerana iasebagai pembimbing, penunjuk jalan kebenaran untuk menghadapiliku kehidupan di dunia dan untuk mencapai kebahagiaan hidup diakhirat. Ilmu pengetahuan milik Allah s.w.t. sangat luas. Ia tidakdapat diukur; dihitung; ditimbang dan tidak ada had dansempadannya. Sedangkan ilmu pengetahuan yang diperolehi manusiahanya sedikit sahaja. Al-Quran telah menjelaskan kenyataan ini.

Mafhum firman Allah s.w.t. :

“Kalau sekiranya air di lautan dijadikan tinta untukmenuliskan kalimah-kalimah Allah, nescaya akankering seluruh lautan sebelum habis kalimah-kalimah Allah itu dituliskan sekalipun di tambah lagitinta sebagai air seluruh lautan itu pula.”

Surah al-Kahfi : ayat 109

Secara umumnya ilmu dikategorikan kepada dua: Ilmu fardu aindan ilmu fardu kifayah. Ilmu fardu ain lebih menjurus kepadaperhubungan secara langsung antara manusia dengan Allah s.w.t.Bidang ilmu tersebut mengajar dan membimbing kita untukmelaksanakan kewajipan dan amalan pengabdian seorang hambakepada Allah s.w.t. secara mutlak.

Mafhum firman Allah s.w.t. :

“Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia, melainkanuntuk beribadat kepada Allah.”

Surah az-Zariyat : ayat 56

Page 14: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

9

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Tahukah anda? Orang yang memiliki ilmu-ilmu tersebut danmengamalkannya di kenali sebagai ulama. Mereka memperolehikedudukan yang tinggi di sisi Allah s.w.t.

Mafhum firman Allah s.w.t. :

“Dan demikian (pula) di antara manusia binatang-binatang melata dan binatang ternakan ada yangbermacam-macam warna (dan jenisnya).Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antarahambaNya hanyalah ulama. Sesungguhnya AllahMaha Perkasa lagi Maha Pengampun.”

Surah Fatir : ayat 28

Sebagai seorang pelajar, kita wajib mempelajari ilmu fardu ain yangterdiri daripada ilmu Akidah, Syariah dan Akhlak. Ketiga-tiga bidangilmu tersebut penting kerana ia merupakan asas untuk menanamakidah dan keimanan dalam hati dan jiwa manusia untuk melahirkaninsan yang baik dan sentiasa mengharapkan keredaan Allah s.w.t.Walau bagaimanapun, setiap muslim juga wajib menuntut ilmu fardukifayah kerana ia sebagai pelengkap kepada ilmu fardu ain yangbertujuan untuk memakmurkan alam ciptaan Allah s.w.t. Tuntutanuntuk menguasai kedua-dua kategori bidang ilmu tersebutdipertanggungjawabkan ke atas kita untuk mencapai kesejahteraanhidup individu, membangun masyarakat dan negara, selarasmemenuhi tuntutan Allah s.w.t. di dalam al-Quran :

“... Sesungguhnya Aku menjadikan manusia dimuka bumi ini sebagai khalifah ...”

Surah al-Baqarah : ayat 30

Page 15: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

10

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Apabila kemahiran daripada kedua-dua kategori bidang ilmu tersebutdiperolehi dan dikuasai, martabat umat Islam dan negara dapatdipertingkatkan. Dengan penguasaan ilmu pengetahuan tersebutnegara dapat menampung keperluan sumber tenaga manusia yangcukup dan tidak lagi bergantung kepada kepakaran sumber tenagadaripada luar negara.

Cuba anda senaraikan bidang-bidang ilmu dalam kategori ilmu farduain dan fardu kifayah yang telah anda pelajari di sekolah. Nyatakanmanfaat yang anda perolehi daripada setiap ilmu tersebut di dalammerealisasikan kehidupan anda seharian.

Akal pemikiran dan ilmu merupakan kriteria utama yang membezakandi antara manusia dengan haiwan. Dengan kurniaan akal fikirandan ilmu yang dipelajari, manusia menjadi lebih hebat daripadalatihan yang diperolehi oleh haiwan. Buktinya manusia yang berilmudan berfikir mampu melakukan perubahan terhadap diri danpersekitarannya, sedangkan haiwan hanya mampu mengikutketetapan yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepadanya. Melaluiilmu pengetahuan, manusia dapat melakukan pengkajian danpenganalisaan terhadap ilmu sehingga mampu menghasilkanpenemuan-penemuan baru. Selain daripada itu mereka berjayamerekacipta teknologi baru bagi memenuhi keperluan hidup semasa.Sekali gus mereka telah berjaya menyumbang ilmu yang telah merekapelajari ke arah pembangunan ummah, negara serta tamadun bangsa.Lebih bernilai lagi jika ilmu dan kepakaran yang mereka miliki inidapat di ajar dan diperkembangkan kepada pewaris generasi ummahsupaya mereka dapat mewarisi dan menghayati ilmu tersebut. Sejarahtelah membuktikan bahawa kewujudan tamadun awal di dunia adalahkerana ketinggian ilmu pengetahuan yang mereka miliki. Walaupunkemudian tamadun tersebut dibinasakan Allah s.w.t. kerana perbuatandan tindakan mereka yang menyalahgunakan ilmu serta sikap engkardan sombong mereka terhadap perintah Allah s.w.t.

Page 16: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

11

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Tokoh-tokoh ilmuwan dan ulama silam seperti Imam asy-Shafie,Imam al-Ghazali dan ilmuwan lain sentiasa diabadikan dan menjadisebutan sejarah tamadun umat sejak zaman berzaman. Bagi kitasebagai pelajar perlu mencontohi kesungguhan, kegigihan dankeikhlasan mereka semasa berusaha menuntut ilmu. Mereka belajarsecara tidak formal, kemudahan-kemudahan asas dalam pembelajaranpada masa itu sangat terbatas. Mereka menjadikan kesusahan hidupsebagai cabaran serta menghadapinya dengan penuh sabar dan tekununtuk belajar. Setelah mendapatkan ilmu, mereka tidak merasasombong. Sebaliknya mereka manfaatkan ilmu tersebut untukmengajar dan menyampaikannya kepada orang lain. Kemampuanmereka untuk mengarang dan menulis kitab-kitab supaya dapat dibacaoleh pewaris generasi yang akan datang. Sehingga kini kitab-kitabtersebut menjadi rujukan muktabar kepada seluruh umat Islam didunia.

Page 17: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

12

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

?Tahukah anda? Ilmu itu tidak boleh diwarisi secara turun

temurun. Ia hanya layak diwarisi oleh mereka yang baik danmemiliki sifat seperti bercakap benar, cerdik, amanah dan

menyampaikan kebenaran ilmu tersebut kepada orang lain. Orangyang berilmu dipanggil ‘alim, intelektual atau cendekiawan. Insanberilmu akan dapat mengguna dan mengamalkan ilmu yang dipelajaridalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kehidupansehariannya. Ini bererti insan tersebut akan dapat membuatpertimbangan dan keputusan yang wajar dalam sesuatu tindakan.Secara spontan mereka dapat memanfaatkan ilmu tersebut, walaupundalam keadaan yang genting.

Bagaimanakah cara anda memperolehi ilmu pengetahuan? Terdapatbeberapa cara untuk kita memperolehi ilmu. Ada yangmemperolehinya melalui proses pembelajaran, pembacaan,penulisan, pengkajian, pemerhatian, pendengaran dan pengalaman.Dalam Islam, kewajipan belajar merupakan proses pembelajaranyang berlangsung di sepanjang hayat seseorang individu.

Mafhum sabda Rasulullah s.a.w :

“Tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke lianglahad”

Riwayat Muslim

Mengapa sayamesti belajar

Page 18: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

13

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Kewajipan menuntut ilmu diwajibkan ke atas setiap muslim tanpamengira lelaki atau perempuan.

Mafhum sabda Rasulullah s.a.w :

“Menuntut ilmu diwajibkan ke atas setiapmuslim”

Riwayat Ibnu Majah

Saya bersyukur dan berbangga dengan hasrat kerajaan yang sentiasamemberi perhatian terhadap sistem pendidikan di negara ini.Berbagai usaha yang serius telah dijalankan bagi membolehkanrakyatnya dari berbagai bangsa mendapat pelajaran dan pendidikansecara percuma. Justeru itu, saya sebagai warga negara perlu merebutkesempatan yang berharga ini untuk belajar bersungguh-sungguh.Kesempatan ini hanya diberi sekali sahaja di sepanjang hayat saya di

Gambar hiasan : Universiti Islam Antarabangsa

Page 19: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

14

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

dunia ini. Saya bimbang kalau saya lepaskan peluang keemasan ini,nescaya diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara akan rugi.Saya akan menjadi orang yang jahil di dalam agama. Apabila jahildi dalam agama, tentu saya tidak tahu melaksanakan tanggungjawabdiri saya dengan Allah s.w.t. Saya tidak dapat menyelesaikan masalahdiri dalam menghadapi situasi kehidupan seharian yang penuhmencabar. Saya akan ketinggalan untuk mengejar kejayaan hidup didunia dan kebahagiaan hidup yang berkekalan di akhirat.

Mafhum sabda Rasulullah s.a.w :

“Siapa yang berkehendakkan dunia, dia mestilahmempunyai ilmu; siapa yang berkehendakkanakhirat, dia hendaklah mempunyai ilmu; siapayang berkehendakkan kedua-duanya makahendaklah ia mempunyai ilmu.”

Riwayat Muslim

Hadis di atas menjelaskan, bahawa setiap muslim hendaklah berilmu.Apa lagi untuk menyumbangkan bakti kepada masyarakat dan negara.Lebih menakutkan saya, apabila mengingatkan, di suatu masa nantisaya akan mengadap Allah s.w.t., Tuhan yang menghidup danmematikan saya. Di sanalah tempat saya akan disoal, dihisab dandihitung segala amalan selama hidup di dunia ini. Ke manakah usiatelah saya habiskan? Kemanakah ilmu itu saya manfaatkan?Mengapa saya tidak menyampai ilmu kepada orang lain? Mengapasaya tidak mengamalkan ilmu yang telah dipelajari? Apakah cukupsekadar ilmu yang saya miliki selama ini sebagai persiapan danbekalan amalan yang akan saya persembahkan kepada Nya nanti?

Page 20: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

15

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Proses pembelajaran di negara ini diperolehi melalui pendidikansecara formal dan tidak formal. Kedua-dua bentuk pendidikantersebut anda dan saya telah lalui. Pendidikan formal ialah sepertipembelajaran yang telah dijalankan di sekolah, kolej dan universiti.Kebanyakan ilmu dari pelbagai mata pelajaran yang terdapat diinstitusi pendidikan tersebut diajar oleh guru dan pensyarah.Manakala pendidikan tidak formal pula ialah ilmu yang diperolehimelalui pembelajaran sendiri, sama ada secara perbincangan,pembacaan, pemerhatian, penjelajahan dan sebagainya. Banyakilmu yang diperolehi semasa kita menjalani proses pembelajaran disekolah. Saya berkeyakinan bahawa ilmu pengetahuan itu merupakananugerah Allah s.w.t. kepada hamba Nya yang mempunyai akhlakmulia dan terpuji. Dengan keberkatan ilmu pengetahuan tersebut,seseorang itu dapat mengenal diri; membentuk sikap; membinaminda serta potensi dan dapat mengubah tingkah laku daripada negatifkepada positif. Perubahan-perubahan yang dilalui itu adalah berbezadi antara satu sama lain. Ini bergantung kepada masa, tempat dankeadaan. Ada di kalangan pelajar, dapat belajar di sekolah denganpenuh semangat yang gigih sehingga memperolehi kejayaancemerlang, walaupun terpaksa menghadapi kesulitan dan penderitaanhidup. Mereka dikurniakan Allah s.w.t. ketabahan hati, kekuataniman dan ketaqwaan. Mereka sentiasa mendirikan solat fardu,melaksanakan perintah Allah s.w.t, dan menjauhi segala laranganNya. Mereka tidak pernah menjadikan kemiskinan dan kesusahanitu sebagai faktor penghalang untuk mengejar kejayaan semasabelajar. Sebaliknya mereka menjadikan kemiskinan dan kesusahanitu sebagai cabaran dan ujian bagi menghadapi kehidupan untuk hari-hari seterusnya. Lantaran itu mereka mengharungi pembelajaranmereka dengan jiwa yang sabar. Mereka memahami bahawakehidupan itu sebagai suatu perjuangan yang memerlukanpengorbanan dari tuannya. Di hati kecil mereka tersemai kesedaran,hanya ilmu pengetahuan sahaja yang dapat mengubah sikap,

Page 21: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

16

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

membentuk akhlak dan mencorak kehidupan mereka di masahadapan. Saya begitu kagum dan ingin mencontohi amalan sikapgigih dan istiqamah yang mereka miliki.

Di sepanjang masa persekolahan yang pernah anda dan saya lalui,ada di kalangan pelajar yang terpaksa mengharungi pelbagai rintangandan halangan demi untuk mengejar kejayaan yang cemerlang di dalampelajaran. Ada pula yang terus kecewa kerana menghadapi kegagalandi dalam ujian dan penilaian. Akhirnya mereka mengambil jalanmudah. Mereka berhenti meninggalkan alam persekolahan yangbegitu indah. Tanpa mereka sedari, setelah berhenti daripadapersekolahan, mereka menghadapi pelbagai masalah sosial danbudaya hidup. Sebagai seorang muslim anda dan saya perlu sedarbahawa setiap kegagalan dan kejayaan itu tersirat beberapa hikmahdan rahsia yang boleh dijadikan iktibar serta pengajaran kepada dirikita dan generasi yang akan datang. Sebaliknya anda dan saya engganmenceritakan pengalaman yang telah kita tempuhi kepada mereka.Anda dan saya jarang menyedari dan bermuhasabah kepada dirisendiri mengapa kita gagal? Mengapa orang lain boleh berjaya? Apabezanya kita dengan orang lain? Pernahkah anda mengingati kembalizaman persekolahan yang pernah kita lalui? Setelah dikaji dan diteliti,akhirnya anda dan saya baharu menyedari bahawa kegagalan ituberpunca daripada beberapa kesilapan yang telah kita lakukan sendiri.

Cuba anda ingat kembali peristiwa itu …

Di suatu ketika anda telah mengabai masa persekolahan anda.Kesempatan masa yang diberikan sewaktu berada dipersekolahantelah anda persia-siakan. Anda enggan belajar bersungguh-sungguh.Di sekolah anda menjadi pelajar yang selalu menimbulkan masalahdisiplin kepada orang lain. Anda ponteng kelas jika mata pelajaranyang dipelajari tidak anda minat dan sukar difahami. Jauh sekali

Page 22: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

17

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

untuk menghayati dan mengamalkan segala ilmu yang dipelajari.Pada masa itu anda tidak mengetahui bahawa ilmu itu juga memilikiperasaan seperti mana perasaan anda. Kalau anda tidak berminatuntuk menerimanya, maka ilmu tersebut juga engan menerima andasebagai penuntutnya. Malah dia akan menyimpang jauh dari anda,lantaran itu anda tidak mendapat pertunjuk dan “nur” daripada ilmuyang telah dipelajari. Laksana masuk telinga kanan, keluar telingakiri. Di suatu masa yang lain, anda juga pernah menyakiti hati ayah,ibu dan guru. Banyak ajaran dan nasihat mereka anda tidak hormatdan patuhi. Anda rasa sombang diri, anda enggan mendengar nasihatmereka kerana menganggap anda sudah dewasa dan lebih pandaidaripada mereka. Bukan itu sahaja, ketika anda gagal anda menyalahguru dan sekolah yang tidak sistemetik. Sepatutnya anda mesti lihatkepada kejayaan yang telah dicapai oleh rakan-rakan anda yang lain.Ada juga di kalangan pelajar yang belajar dengan tujuan semata-mata untuk mendapat jawatan dan pekerjaan yang baik. Ingatlahbahawa niat dan tujuan tersebut tidak diredai Allah s.w.t.

Luqman al-Hakim pernah menasihati anak-anaknya :

“Wahai anakku sayang! Kalau sewaktu kecilengkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmusebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasakelak (hari tua) kamu akan memetik buahnya dankamu akan menikmatinya.”

Apakah maksud buah ilmu?

Buah ilmu yang dimaksudkan itu ialah hasil atau kesan ilmu yangtelah dipelajari itu dapat dimanfaatkan kepada diri sendiri,terutamanya untuk mentadbir dan mengurus penjagaantanggungjawab diri sendiri. Selain daripada itu, ilmu tersebut dapatmemanfaatkan keluarga, masyarakat dan membangunkan negara

Page 23: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

18

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

serta ummah. Melalui ilmu juga kita dapat melaksanakantanggungjawab kepada Allah s.w.t., contohnya di dalam mengerjakanibadat-ibadat khusus, kita mesti mempunyai ilmu. Kalau tidak berilmubagaimana kita boleh melaksanakan amal ibadat tersebut denganbetul. Kita tidak dapat mengetahui sama ada ianya rukun atau syaratsahnya ibadat-ibadat tersebut. Jika tertinggal salah satu rukun didalam ibadat tersebut, nescaya ia tidak sah dan tidak diterima olehAllah s.w.t. Justeru rugilah amalan yang telah dilakukan itu. Selaindaripada itu, dengan memiliki ilmu, kita dapat mengajarkannyakepada orang lain.

Mafhum sabda Rasulullah s.a.w :

“Apabila seorang anak Adam telah mati, makaterputuslah segala amalannya, kecuali tiga perkarayang dapat menghubungkan pahalanya, iaitu anakyang soleh, sedekah jariah dan ilmu yangdimanfaatkan.”

Riwayat Muslim

Ilmu dan guru adalah merupakan dua elemen yang tidak dapatdipisahkan. Ada sesetengah di kalangan kita menganggap bahawailmu dapat diperolehi melalui sumber multimedia seperti internet,pembacaan, pengkajian dan pengalaman. Walaupun anggapantersebut ada kebenarannya, namun bagi memastikan kebenaransesuatu ilmu yang dipelajari, dibaca dan didengar itu betul untukpengamalan dan penghayatannya, kita memerlukan kepada guru,ulama dan para bijak pandai untuk mengajar, membimbing danmenerangkan ilmu tersebut supaya kita menjadi lebih faham danjelas.

Page 24: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

19

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Mafhum firman Allah s.w.t. :

“... Maka bertanyakanlah para ahli ilmupengetahuan sekiranya kamu tidak mengerti.”

Surah an-Nahl : ayat 43

Justeru itu seorang pelajar hendaklah bertanya gurunya jika sekiranyaia rasa ragu-ragu dan tidak faham. Jangan kita rasa malu untukbertanya. Pepatah Melayu ada menyatakan : “Malu bertanya sesatjalan” . Begitulah tingginya martabat ulama, intelektual dancendekiawan menurut Islam, kerana mereka akan menjadi rujukankepada orang ramai bagi memastikan kebenaran sesuatu ilmu.

Ukuran untuk menentukan sesuatu ilmu dan amalan itu betul ataubenar adalah berdasarkan al-Quran, hadis dan ijmak ulama. Kitabimbang dan khuwatir jika sekiranya ilmu tersebut disalahgunakanamalannya, ia akan menjadi syirik dan sesat. Apa lagi, jika ilmutersebut bercanggah dengan akidah dan perundangan Islam yangsuci. Di sinilah pentingnya peranan guru untuk menyampai danmengajar sesuatu ilmu kepada orang yang tidak mengetahui danmemahami mengenai sesuatu perkara.

Mafhum hadis Rasulullah s.a.w :

“Tidak wajar bagi orang yang bodoh berdiam diriatas kebodohannya dan tidak wajar orang yangberilmu berdiam diri dengan ilmunya.”

Riwayat at-Tabrani

Page 25: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

20

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Pantun Melayu ada menjelaskan :

Berburu di padang datar,Dapat rusa berbelang kaki,

Berguru kepalang ajar,Bagaikan bunga kembang tak jadi.

Sebagai seorang pelajar yang masih berada di alam persekolahan,kita mempunyai tanggungjawab mempelajari ilmu pengetahuanmelalui bimbingan guru. Mereka bertanggungjawab untuk mengajardan mendidik murid dan pelajar di sekolah. Justeru itu, pelajarberkewajipan pula menghormati dan mematuhi ajaran guru, semogakita mendapat keberkatan daripada ilmu yang telah dipelajari.

Saya menyedari betapa besarnya jasa dan sumbangan bakti guruterhadap pembangunan insan dan negara. Bukannya senang untukmendidik dan membina manusia menjadi insan, kerana proses untukmengubah sikap dalam diri manusia memerlukan jangka masa yangpanjang. Dalam hal ini, memang wajar sekali KementerianPendidikan Malaysia memberikan pengiktirafan kepada merekadengan mengadakan sambutan hari guru pada setiap tahun bagimemperingati jasa mereka. Kepada guru-guru yang telah mengajardan mendidik kami, biarpun di mana sahaja mereka berada, kamiingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan :

“Selamat hari guru, sambutlah salam dan doa daripada kami.Semoga guru-guru aman dan sejahtera selalu.”

Page 26: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

21

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

K enangan sepuluh tahun yang lalu masih lagi saya ingatisehingga hari ini. Pesanan dan nasihat ayah, ibu serta guru-guru masih terngiang-ngiang di telinga saya. Mereka

sentiasa menyuruh saya supaya belajar bersungguh-sungguh semasaberada di bangku persekolahan. Ketika itu saya belum mengerti lagiapakah tujuan saya disuruh belajar. Bagaimana dengan anda? Adakahanda mengalaminya bersama seperti mana yang saya alami?

Saya memulakan pra sekolah di sebuah taman didikan kanak-kanak(TADIKA) yang terletak berhampiran dengan rumah saya. Ketikaitu usia saya sudah lima tahun. Ayah dan ibu menghantar saya keTADIKA tersebut untuk membiasakan saya bersiap sedia apabilamemasuki sekolah rendah. Di sana kami dididik dan diajar mengenaiasas-asas agama, menulis, membaca dan bermain. Ada empat orangguru perempuan yang mengajar kami secara bergilir-gilir. Pertamakali saya dapat mengenali ramai kawan sebaya. Pada mulanya sayamerasa malu dan enggan bergaul dengan mereka. Tetapi apabilabanyak aktiviti pembelajaran yang dijalankan secara bersama-sama,telah menjadikan saya mula mesra dan berkenalan rapat denganmereka.

Alam persekolahanyang

menyeronokan

Page 27: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

22

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Hari demi hari telah berlalu, sedikit demi sedikit saya dapatmengetahui, mengenal menyebut dan menulis huruf-huruf abjad rumidan jawi. Perubahan diri dan sikap semakin jelas. Itulah kesandaripada ilmu. Ayah dan ibu begitu gembira sekali apabila melihatperubahan yang berlaku kepada diri anak mereka yang sudah bolehmembaca doa ketika makan bersama keluarga, membaca al-Quran,menunaikan solat fardu secara berjemaah bersama ayah apabila masukwaktu. Masa terus berlalu begitu pantas. Dari pra sekolah sayameneruskan persekolahan di sekolah rendah. Di situ saya telahmempelajari beberapa mata pelajaran secara sistemetik. Kemahiranmenulis, membaca dan mengira masih diteruskan lagi. Aktivitikemahiran menghafaz ayat al-Quran dan menghayati akhlak Islamditambah lagi melalui mata pelajaran Pendidikan Islam yangdisampaikan oleh guru semakin jelas. Saya dan rakan-rakan yanglain mesti memberikan perhatian dan penumpuan belajar secaraserius.

Selama enam tahun berada di sekolah rendah, banyak juga ilmu yangtelah saya perolehi. Lebih mengembirakan hati apabila saya telahmencapai kejayaan cemerlang di dalam Ujian Penilaian SekolahRendah dengan mendapat lima A. Saya bercita-cita menjadi seorangpensyarah. Selepas itu saya meneruskan pelajaran di sekolahmenengah aliran agama. Saya terpaksa tinggal di asrama. Kalipertama saya terpaksa berjauhan dengan ayah, ibu dan adik-adikyang saya cintai. Walaupun hati saya sedih setiap kali meninggalkanmereka, namun saya menganggapnya itu hanya sebahagian kecilpengorbanan yang mesti saya tempohi semasa menuntut ilmu. Lebihmenguatkan kesabaran jiwa ini, apabila saya mengingatkan kisah-kisah pengembaraan ulama-ulama Islam di zaman silam yangmenghadapi pelbagai kesulitan dan kesusahan demi untuk mencariilmu. Mereka sanggup meredah padang pasir, berjalan kaki beberapahari dari satu negara ke negara yang lain. Inikan pula kita yang

Page 28: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

23

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

menghadapi kehidupan di zaman moden. Berbagai kelengkapan dankemudahan telah disediakan demi untuk memberi pendidikan danpembelajaran. Bukankah pengorbanan itu sebahagian daripada jihad?

Saya bersyukur kerana dapat mengurus dan menyesuaikan diri dengansuasana kehidupan di asrama. Kehidupan di sini telah banyakmengajar saya dan rakan-rakan menjadi pelajar yang berilmu,beriman, bertaqwa, berdikari, berdisiplin dan berbakti. Kenanganindah bersama guru-guru dan rakan-rakan semasa kami sama-samabelajar tidak akan saya lupakan. Suasana persekitaran sekolahnyayang ceria dan tenteram, disusuli pula dengan budaya penghayatannilai-nilai murni yang diamalkan oleh semua warga sekolah tersebut,telah menjadikan kami terasa sungguh gembira belajar di situ.

Tahun demi tahun berlalu, usia saya dan rakan-rakan kini menjadiremaja. Kami telah mencapai kejayaan cemerlang di dalam PenilaianMenengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia. Jelas terbayangkegembiraan di hati ayah ibu dan juga adik-adik. Kejayaan ini telahmelayakkan saya melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading.Saya bersyukur kerana sepanjang masa berada di bangkupersekolahan, saya dapat menjadi pelajar yang baik, mentaatiperintah dan menghormati ayah, ibu dan guru. Saya dapatmenghindarkan diri daripada budaya hidup yang tidak sihat. Disamping itu saya dapat mengajar dan menyampaikan ilmu kepadaadik-adik di sekolah. Semua itu adalah berkat daripada ilmu yangtelah saya pelajari daripada guru. Kini jelas terbukti bahawa pesanandan nasihat daripada ayah, ibu dan guru-guru semasa kami berada disekolah dahulu ada kebenarannya. Insya Allah! Saya bercita-citauntuk melanjut pelajaran saya dalam pelbagai bidang agar saya dapatmenyumbang ilmu tersebut ke arah pembangunan ummah dan negara.

Page 29: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

24

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Sesungguhnya sumbangan ilmu terhadap diri anda dan saya sangatbanyak. Dengan ilmu anda dan saya dapat mengenal diri, mengetahuitanggungjawab, menginsafi mengapa kita dijadikan dan ke manakahkesudahan kehidupan ini? Sehubungan dengan itu, ilmu juga telahmenggerakkan diri saya untuk berusaha menghampirkan diri denganAllah s.w.t. Tuhan Yang Maha Kuasa. Dengan ilmu saya dapatmengerjakan segala perintah Nya dan menjauhi segala larangan Nya.Selain daripada itu, ilmu pengetahuan juga telah mendidik saya untukmenjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri sepertimenjaga kebersihan fizikal dan rohani supaya sihat, kemas dan ceria.Tahukah anda bahawa kebersihan itu sebahagian daripada iman?Saya berharap melalui ilmu yang telah dan sedang diperolehi akandapat mendidik saya menjadi muslim yang berilmu, beriman danbertaqwa. Insya Allah!

Page 30: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

25

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Sampel tisuasal diambildari badanmanusia

tisu berkenaandihadamkan denganmenggunakanenzim

sel dan biomaterial tersebut boleh juga ditumbuhkandi dalam bioreaktor khas dan kemudiaan setelahlengkap menjadi organ barulah dipindahkandi dalam tubuh manusia

sel dan biomaterial tersebut boleh ditanam dan ditumbuhkan di tubuhmanusia itu semula

Menumbuhkan telinga baruKAEDAH KEJURUTERAAN TISU

sel terhasil dibiakkandengan penelitian DNA

sel diambil dan dimasukkanke dalam biomaterial dengankaedah bioengineering

Sumber Berita Harian 16 Mei 1999

Kaedah Kejuruteraan Tisu : Dengan ilmu pengetahuan, manusia dapat menumbuhkantelinga melalui tisu. Gambar kecil di atas ialah Dr. Aminuddin bin Saim, pakar yangtelah berjaya mencipta kaedah ini.

Page 31: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

26

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Semasa belajar saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan danperkembangan minda. Ada beberapa kaedah yang telah sayalakukan semasa saya menjalankan proses pembelajaran di

sekolah. Selain daripada belajar secara individu, saya juga belajarsecara berkumpulan bersama dengan rakan yang lain. Kami telahmembentuk kumpulan secara tidak formal dengan matlamat yang sama.Banyak kebaikan yang didapati semasa aktiviti pembelajaran secaraberkumpulan dijalankan. Ia lebih berkesan daripada belajar secaraindividu. Banyak idea dan pemikiran serta pengalaman dapat dikongsibersama. Selain daripada itu ia melatih diri supaya beradab danmemiliki disiplin diri yang tinggi, kerana semasa perbincanganberkumpulan ini dijalankan, kita hendaklah serius berbincang mengenaiperkara yang penting dan dapat dimanfaatkan. Bukannya bercakapkosong dan bergurau senda. Percakapan dan tutur kata dapat dikawal.Dapat mengemukakan pandangan secara teratur. Dapatmenyumbangkan idea secara mudah dan senang, kerana salingbekerjasama. Dapat berfikir secara aktif dan kritis, sentiasa berfikiranterbuka, prihatin mendengar idea serta menghargai dan menghormatipandangan orang lain. Pembelajaran secara berkumpulan dapatmencetuskan lagi semangat saya untuk berlumba-lumba mendapatkanilmu lebih daripada rakan-rakan yang lain. Ia akan menjadi pemangkinkepada diri saya supaya rajin berusaha dan banyak membaca.

Kaedahbelajar yang

berkesan

Page 32: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

27

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Menghadiri majlis-majlis ilmu

Majlis ilmu ialah suatu majlis perjumpaan ilmu yang diadakan disuatu tempat. Didalamnya dijalankan suatu aktiviti untukmenyampaikan ilmu pengetahuan atau sesuatu maklumat baru supayadapat dikongsi dan diperbincangkan bersama. Biasanya dibuat dalambentuk persidangan. Ia merangkumi ceramah, seminar, kolokium,wacana, bengkel dan dialog. Pernahkah anda menghadiri suatupersidangan ilmu? Dalam mengurus dan mengendalikan sesuatupersidangan ini, pihak penganjur akan menjemput penceramah yangterdiri daripada ilmuwan yang arif dalam sesuatu bidang untukmembincang topik-topik tertentu. Kemudian topik tersebut dibentang,dibahas, dibincang dan seterusnya penceramah dapat berinteraksidengan pendengar. Di samping itu pendengar pula berpeluangmengemukakan pandangan dan bersoal jawab. Melalui majlis ilmuseperti ini, orang ramai dapat mengetahui, memahami maklumatdan ilmu pengetahuan yang telah disampaikan, malahan mereka dapatmenjadi seorang pendengar, pemerhati yang prihatin, aktif menyoaldan bertanya kerana ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenaisesuatu perkara yang mereka kurang jelas. Mereka juga menghormatiidea dan pandangan orang yang lebih arif. Disamping itu kita dapatmenggunakan pendengaran dan penglihatan untuk mendengar danmelihat sesuatu yang baik dan bermanfaat. Dalam hal ini, Imam al-Ghazali r.a. pernah berkata :

“Jangan sekali-kali kamu menyangka bahawa dosaitu akan menimpa si pembicara semata-mata,malahan si pendengar juga berkongsi dosanyakerana mendengar si pembicara mencaci danmengata keburukan orang lain.”

Page 33: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

28

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Telinga dan mata adalah nikmat kurnian Allah s.w.t. yang terbesarkepada manusia agar manusia dapat mendengar dan melihat sesuatuperkara yang baik bagi mendapat keredaan Allah s.w.t. Kedua-duapancaindera tersebut menjadi saksi serta pengakuan terhadap amalantuannya di akhirat kelak. Semoga dengan ilmu pengetahuan yangtelah dipelajari, saya akan manfaatkan pemikiran, anggota tubuhbadan dan nikmat-nikmat kurniaan Allah yang lain kepada saya sepertialam sekitar dengan sebaik-baiknya, demi untuk mencapaikesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Melalui majlis-majlis ilmu, saya dapat mengenali tokoh-tokohilmuwan yang lebih dekat. Selain daripada itu, saya dapat mengutipisi-isi penting daripada ceramah yang telah disampaikan. Kertas kerjayang diberikan boleh dibaca. Disamping itu saya tidak lupa bahawaorang yang hadir dalam majlis ilmu sentiasa mendapat rahmat danganjaran pahala daripada Allah s.w.t.

Gambar hiasan : Menghadiri majlis ilmu dapat menambahkan lagi maklumat danilmu pengetahuan.

Page 34: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

29

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Selain daripada belajar, ilmu juga dapat diperolehi melaluipembacaan dan penulisan. Ini bererti bahawa untukmendapatkan ilmu setiap kita perlu banyak membaca dan

menulis. Orang yang tidak tahu menulis dan membaca dikenalisebagai buta huruf. Usaha-usaha telah dijalankan bagi membasmibuta huruf di kalangan penduduk di negara ini melalui kempenmembaca dan menulis. Melalui pembacaan dan penulisan, kita bolehmembentuk budaya ilmu dan budaya berfikir secara kritis agar dapatmenghasilkan reka cipta baru dalam bidang teknologi. Wahyupertama diturunkan kepada Rasulullah s.a.w menggesa supayaumatnya membaca, kerana dengan membaca banyak ilmu akandiketahui. Membaca dapat menjana minda untuk berfikir, memerhatidan menginsafi diri sebagai hamba Allah s.w.t. sebagaimana mafhumfirman Allah s.w.t :

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yangmenciptakan, Dia telah menciptakan manusia darisegumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu YangMaha Pemurah, yang mengajar (manusia) denganperantaraan kalam. Dia mengajar manusia apayang tidak diketahui.”

Surah al-Alaq : ayat 1-5

Membacadan menuliskunci ilmu

Page 35: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

30

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Al-Quran adalah kitab suci diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.Ia wajib dipelajari, dibaca, difahami dan dihayati oleh setiap umatIslam. Tahukah anda? Apabila kita melihat al-Quran, mempelajaridan membacanya dengan bertajwid dikira sebagai ibadat. Setiapibadat yang diniatkan kerana Allah s.w.t. akan diberi ganjaran pahala.Beruntunglah mereka yang sentiasa membacanya, apa lagi merekayang memahami isi kandungannya. Mukmin yang membaca al-Quran, hati dan jiwanya sentiasa tenang dan damai, wajahnya ceriadan berseri-seri. Galakan membaca serta menghayati al-Quran telahdijelaskan oleh hadis Rasulullah s.a.w :

“Bacalah al-Quran, kerana dia akan datang padahari kiamat sebagai pembela kepada orang yangmempelajari dan mentaatinya.”

Riwayat Muslim

Dalam hadis yang lain lagi Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamutidak akan sesat jika kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu al-Quran dan sunahku.”

Riwayat Ibnu Majah

Justeru itu sebagai seorang pelajar, kita hendaklah mampu membacaal-Quran, walaupun satu ayat pada setiap hari. Di samping itu kitahendaklah berusaha memahami dan menghayati pengajaran daripadaayat-ayat yang telah dibaca melalui kitab-kitab tafsir al-Quran.Percayalah, semua pengajaran al-Quran yang dibaca akan menjadipanduan dan pertunjuk di dalam kehidupan kita, kerana ayat al-Quranitu sendiri memberi pertunjuk, membawa rahmat dan penawar kepadaseluruh mukmin.

Page 36: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

31

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Mafhum firman Allah s.w.t. :

“Wahai manusia! Sesungguhnya telah datangkepadamu pengajaran dari Tuhanmu dan penawarbagi penyakit dalam dada (kamu) dan pimpinanserta rahmat bagi orang yang beriman.”

Surah Yunus : ayat 57

Isi kandungan al-Quran lengkap dalam segenap aspek kehidupan samaada di dunia dan di akhirat. Semua keterangan dan penjelasan yangterkandung di dalam al-Quran adalah merupakan sumber ilmu yangtepat dan benar. Selain daripada membaca ayat-ayat al-Quran,memahami kitab tafsir dan kitab-kitab hadis, di sana masih ada lagibahan bacaan lain yang perlu kita baca. Semasa berada di sekolah,banyak bahan bacaan dapat diperolehi. Buku-buku seperti majalah,akhbar dan maklumat-maklumat yang dapat diperolehi diPerpustakaan. Berapa kalikah seminggu anda pergi ke Perpustakaan?

Kebanyakan ibu bapa telah mewujudkan mini perpustakaan di rumah-rumah. Ini bertujuan menggalakkan budaya membaca di kalangansemua anggota keluarga. Usaha seperti ini perlu dicontohi oleh orangramai bagi melahirkan masyarakat yang cintakan budaya ilmu.Sebagai seorang pelajar juga, kita hendaklah bijak memilih bahanbacaan. Sesetengah bahan bacaan ringan yang berfungsi hanyamenyalurkan hiburan sahaja seperti akhbar, majalah hiburan, novel-novel yang popular serta menyentuh isu-isu semasa yang sensasi danfantasi. Ini termasuklah kisah-kisah yang menyentuh tentang artis,penyanyi, bintang sukan dan seni. Pada kebiasaannya, bahan-bahanbacaan seperti ini tidak membawa apa-apa mesej tertentu kepadapembaca, selain daripada dapat memenuhi kepuasan dan kehendakpembaca dalam bidang hiburan. Ia tidak dapat menjana pemikiran

Page 37: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

32

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

dan idea baru. Ada di kalangan pelajar yang membaca bahan-bahantersebut semata-mata untuk mengisi masa lapang. Rata-rata parapelajar dan remaja amat gemar membaca bahan-bahan seperti ini.

Pilihlah sumber bacaan maklumat yang ilmiah

Bahan bacaan maklumat dan ilmiah perlu saya cari dan saya pilih.Bahan-bahan bacaan ini dapat membina minda saya. Isi kandunganbuku tersebut dapat menambah pengetahuan dan maklumat barudalam pelbagai bidang. Kadang-kadang apabila dibaca, iamemerlukan kepada analisis, kefahaman dan tumpuan pemikiranyang sepenuhnya. Saya mengakui walaupun bahan bacaan tersebutperlu diberikan perhatian yang serius, kerana ia sukar untuk difahamidan kadang-kadang amat membosankan, namun saya mesti bersabaruntuk membacanya dengan penuh tekun dan teliti. Saya bersyukurke hadrat Allah s.w.t. kerana telah memberikan semangat yakin, gigih,dan istiqamah semasa menghadapi kesukaran untuk memahamisesuatu yang saya baca. Saya berjanji pada diri saya, demi untukmendapatkan idea dan ilmu yang baru, saya mesti sanggup membacabuku-buku tersebut walaupun terpaksa berulang beberapa kali.Sebaliknya kalau tidak memberikan perhatian yang serius, saya tidakdapat meningkatkan pengetahuan dan maklumat terbaru untukmenjana ilmu tersebut ke dalam minda saya. Kadang-kadang sayadapat meluangkan masa untuk mengingat semula fakta dan maklumat-maklumat yang telah dibaca. Dengan cara ini saya dapat berfikirtentang sesuatu yang telah saya baca. Lebih menyeronok lagi apabilasaya dapat mencetuskan idea baru yang boleh dikongsi bersamadengan orang lain. Kebanyakan hasil penulisan yang telah ditulis,akan diserahkan kepada guru Bahasa Melayu di sekolah saya untukdisemak. Dengan ini saya dapat mempelajari dan memperbaikikelemahan bahasa dalam penulisan tersebut. Semasa menulis, bahan-bahan bacaan ilmiah sangat penting sebagai rujukan untuk

Page 38: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

33

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

mendapatkan maklumat yang tepat. Maklumat dan fakta yang tepatakan menambahkan lagi daya kesungguhan dan keupayaan seseoranguntuk menulis.

Bagaimanakah cara anda membuat rujukan terhadapbuku bacaan?

Cara membuat rujukan terhadap sesuatu buku bacaan adalah mudah.Walaupun mudah, namun ia memerlukan kepada ilmu dan pemikiranjuga. Pastikan anda telah mendapatkan buku yang dicari. Adaketikanya kita perlu membaca semua halaman daripada buku tersebut.Ini bergantung kepada tajuk yang akan dibincang atau ditulis. Adaketika lain kita hanya perlu melihat pada tajuk-tajuk di dalam daftarisi kandungan buku bacaan tersebut untuk mendapat isi-isi pentingdaripada topik yang akan dibincangkan. Cara yang baik, hendaklahdibaca semua halaman daripada buku tersebut, supaya kita dapatmenambah ilmu dan mengambil kefahaman daripada isi kandunganyang terdapat di dalam buku tersebut.

Page 39: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

34

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

I lmu pengetahuan sangat penting untuk menjana perkembanganakal dan minda supaya berfikir dengan baik. Akal atau mindamerupakan nikmat kurniaan Allah s.w.t. yang amat besar kepada

manusia. Di manakah tempat letaknya akal dan minda manusia? Iaterletak di otak dalam tengkorak kepala manusia. Lihatlah betapatinggi nilai serta kedudukan akal kepada setiap individu. Tempatletak dan kedudukannya yang teratas, membuktikan bahawa manusiadiberikan kemampuan dan kebolehan yang sangat istimewa untukmembezakan taraf manusia dengan haiwan. Buktinya manusia dapatmenamakan benda-benda yang telah dilihat dan diceritakankepadanya. Sedangkan makhluk lain tidak berupaya berbuatdemikian. Manusia dapat mengenal kualiti sesuatu benda, sehinggamereka mampu mencipta sesuatu ciptaan baru, mereka boleh berfikiruntuk merancang kehidupan masa hadapan, berdasarkan realitisemasa, walaupun pada realitinya kita menerima hakikat tiada siapayang boleh menentukan masa hadapan mereka sendiri kecuali Allahs.w.t. Tetapi sayangnya kebanyakan di kalangan kita melupai danmengabaikan kekuatan minda kurniaan Allah s.w.t. yang ada padadirinya. Justeru itu tidak hairanlah al-Quran menempelak golonganyang tidak menggunakan akal lebih buruk tindakan mereka daripadahaiwan.

Membentukbudaya berfikir

Page 40: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

35

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Mafhum firman Allah s.w.t. :

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi nerakaJahanam kebanyakan dari jin dan manusia, merekamempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untukmemahami (ayat-ayat Allah) dan merekamempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannyauntuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) danmereka mempunyai telinga (tetapi) tidakdipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayatAllah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkanmereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yanglalai”.

Surah al A’raf : ayat 179

Berfikir secara proaktif merupakan salah satu syarat motivasi untukkita mencapai kejayaan yang cemerlang. Hari ini kita dapat melihatsendiri realiti terhadap kenyataan tersebut. Orang yang proaktifberfikir, sentiasa terbayang dalam fikirannya sesuatu yang ingindicapainya pada masa hadapan. Lantaran itu ia sentiasa berfikir sertaberusaha mencari jalan bagaimanakah cara untuk mencapai hasratdan cita-citanya itu. Tetapi sebaliknya bagi mereka yang malasberfikir, khayalan dan imaginasi tersebut mungkin hanya menjadiangan-angan sahaja.

Akal fikiran dan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh manusia,menjadi unsur dalaman yang sangat penting kepada dirinya sendirikerana ia dapat mengawal seluruh anggota fizikal individu. Selaindaripada itu akal juga dapat mencorak dan mempengaruhi perwatakanserta kehidupan individu. Contohnya jika sekiranya fikiran seseorangindividu itu berfikir secara laju dan cepat, ia boleh membawa kepada

Page 41: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

36

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

fizikal individu menjadi cergas dan bertenaga serta dapat menjayakansesuatu yang dirancang itu dengan berkesan. Dengan itu tidakhairanlah jika sekiranya seseorang itu dapat merasakan bahawa apayang diusahakan selama ini telah membuahkan hasil kejayaannya.

Bilakah masa anda berfikir? Mengapa mesti berfikir?

Berfikir secara rasional sangat dituntut dalam Islam. Banyak ayatal-Quran yang menggesa manusia supaya berfikir. Apabila berfikir,kita mestilah mempunyai matlamat semata-mata untuk mencapaikebenaran serta mendapat keredaan Allah s.w.t. Oleh itu semasaanda berfikir, rancanglah ia dengan rapi. Contohnya, denganmemerhati beberapa fenomena yang berlaku di persekitaran untukdiambil iktibar dan pengajaran sebaik mungkin. Sebaik-baiknyaberfikirlah sepanjang masa, apabila melihat, mendengar danmengambil keputusan atau tindakan terhadap sesuatu perkara. Apalagi semasa kita sedang belajar. Pelbagai masalah, ujian, dugaandan cabaran yang mesti ditempohi dan dialami. Setiap tindak tandukyang kita lakukan mestilah difikir terlebih dahulu supaya tidak timbulkeresahan dan penyesalan.

Para ilmuwan hendaklah sentiasa berfikir dengan lebih baik supayamereka dapat merealisasikan budaya ilmu dan budaya berfikir yangbaik dan sihat di kalangan masyarakat. Ada beberapa kelebihanjika sekiranya kita sentiasa mengguna minda untuk berfikir secarabaik dan sihat. Di antaranya ialah :

● Anda dapat membuat sesuatu keputusan dengan munasabah.Dalam hal ini, anda akan berhati-hati semasa membuat keputusan,mereka lebih teliti dalam mengkaji sesuatu keputusan agarkeputusan tersebut dibuat secara tepat.

Page 42: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

37

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

● Anda akan bertindak secara rasional, bukan semata-matamengikut perasaan dan hati. Ingatlah pepatah Melayu adamenyebut : “Ikut rasa binasa, ikut hati mati”

● Anda tidak akan membuat keputusan secara tergesa-gesa, keranakeputusan yang dibuat secara tergopoh-gapah adalah daripadahasutan syaitan. Ia boleh membawa kepada penyesalan.

● Membuktikan kematangan individu dalam melakukan sesuatutindakan. Anda tidak akan mudah terpengaruh dengan oranglain, kerana anda mempunyai pendirian serta istiqamah padadiri anda sendiri.

● Anda sentiasa dihormati kerana kebijaksanaan serta kematangananda dalam melaksanakan tugas serta tindakan secara berkesan.

● Anda akan menjadi orang yang sabar, beriman dan bertaqwaserta sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah s.w.t.Ini dapat mengelakkan diri daripada mudah marah, hilangpertimbangan dan suka menyalahkan orang lain.

● Anda akan bekerja kuat, tekun dan berusaha bersungguh-sungguhuntuk mencapai kejayaan. Sedangkan mereka yang tidak berfikir,kurang mempunyai daya inisiatif dan malas berusaha.

Bagaimanakah cara menjana minda yang sihat?

Mafhum firman Allah s.w.t :

“ … Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmupengetahuan dengan orang yang tidak berilmupengetahuan? Hanya orang yang menerimaperingatan ialah orang yang berakal.”

Surah az-Zumar : ayat 9

Page 43: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

38

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Gambar hiasan : Otak manusia terletaknya akal untuk berfikir.

Daripada maksud ayat di atas jelaslah bahawa orang yang berilmupengetahuan berupaya menggunakan mindanya untuk berfikir denganlebih baik. Kelebihan pemikiran dan minda mereka itu dapatmembantu mereka mengenali perbezaan di antara yang baik denganyang mungkar. Lantaran itu mereka berjaya membentuk diri merekauntuk menjadi insan yang baik, berakhlak mulia dan terpuji. Untukmenjana minda yang sihat, ia memerlukan kepada badan yang sihat.Aktiviti riadah perlulah diamalkan mengikut masa yang telahditetapkan. Amalan pemakanan yang berzat serta suci dapat membinapemikiran yang cergas dan sihat. Pepatah Arab ada menyebut : “Akalyang sihat berada dalam badan yang sihat”.

Serebrum kawasan pergerakan

kawasan deria kulitdan otot

kawasanfikiran

kawasanpercakapan

kawasanpendengaran

kawasanpenglihatan

serebelum

saraf tunjang

medulaoblongota

Bendalir antaramembran

Kranium (sebahagiandaripada tengkorak)

Serebrum

Bendalir

Serebelum

Saraf tunjang

Lapisanmembran

olalamusKelenjar pituari

Medulaoblongata

Tulangbelakang

Page 44: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

39

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Dalam menghadapi arus kebangkitan alaf baru, kehidupanindividu penuh dengan pelbagai liku dan cabaran. Arusglobalisasi, perkembangan teknologi maklumat yang

semakin hebat telah mempengaruhi budaya hidup sebahagianpenduduk di negara kita, terutamanya di kalangan golongan kanak-kanak dan remaja. Budaya hidup ini akan melahirkan generasi mudayang suka hidup secara senang, mewah, bergaya, leka dan malasuntuk belajar, berusaha dan bekerja. Walaupun perkembanganteknologi maklumat membawa faedah kepada kehidupan individu,masyarakat dan negara, terutamanya dalam menyampaikan ilmu danmaklumat terkini dengan secara pantas, namun perlu kita ingat, jikasekiranya disalahguna, ia akan memberi kesan yang parah kepadapengguna, kerana sesetengahnya menonjolkan unsur-unsur negatifyang boleh meruntuhkan akhlak. Sebilangan besar penggunanyaadalah terdiri daripada pelajar dan remaja. Mereka akan menjadileka, hanya asyik bermain dengan komputer, banyak wangdihabiskan, banyak masa dipersia-siakan untuk bermain dan melihatperkara-perkara yang boleh menghiburkan mereka. Kadang-kadangmereka mengabaikan kewajipan diri mereka terhadap Allah s.w.t,meninggalkan solat fardu, mengabaikan tugas dan kerja-kerjasekolah. Ada pula yang mengambil kesempatan bersama-samadengan rakan sebaya untuk ponteng kelas. Bukankah itu suatukesalahan dan kebodohan?

Menyelesaikanm a s a l a h

dalam kehidupan

Page 45: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

40

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Dalam menjalani kehidupan di rumah pula, pelbagai isu yang seringdiperkatakan. Dalam mengejar kemewahan hidup bersama keluarga,ibu bapa sentiasa sibuk dengan tugas dan bekerja. Anak-anakditinggalkan di rumah, membesar tanpa kawalan, didikan sertaperhatian yang sepenuhnya. Tiada siapa yang dapat menguruskehidupan, menegur dan menasihati kesilapan anak-anak semasamereka berada di rumah. Ada di kalangan mereka yang membawamasuk rakan-rakan ke rumah, tanpa mengira batas-batas pergaulanyang dibenarkan oleh Islam, melihat video lucah, bermain `game’,menyanyi karaoke dan sebagaiya. Semua ini boleh menyumbang kearah perlakuan yang melalaikan, menganggu ketenteraman oranglain serta melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam. Ada

sesetengah di kalangan remaja menjadikan teknologi internet inisebagai rakan untuk mencurahkan perasaan dan menyelesaikanmasalah mereka. Mereka akan terpengaruh dengan berita danmaklumat-maklumat yang ditonton daripada internet tersebut.

Gambar hiasan : Anak-anak yang berilmu boleh menguruskan rumah merekasemasa ketiadaan ibu bapa di rumah.

Page 46: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

41

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Bagi anak-anak yang berilmu, walaupun ibu bapa tiada di rumah,mereka akan dapat manfaatkan masa ketika berada di rumah dengansebaik-baiknya. Mereka akan mendengar nasihat daripada ibu bapa.Mereka akan menguruskan kebersihan bilik dan kawasan rumahmereka. Mereka akan mengajak rakan-rakan belajar bersama-sama,mengurus dan menjaga makan-minum adik-adik yang tinggalbersama-sama dan membaca bahan-bahan bacaan ilmiah.

Ada lagi beberapa bahaya dan jenayah yang sering menimpa anak-anak semasa mereka berada di dalam dan di luar rumah. Dari segikeselamatan mereka sering terdedah kepada kejadian-kejadianjenayah seperti culik, dera, rogol dan sebagainya. Bagi merekayang beriman dan berilmu, mereka akan dapat menghindarkan diridaripada kejadian jenayah tersebut. Mereka akan sentiasa berhati-hati semasa tinggal di rumah dan ketika berada di luar seperti di jalanraya yang penuh dengan kenderaan. Mereka menyedari bahawakeselamatan diri menjadi tanggungjawab mereka, di samping itumereka juga membantu orang lain dan menghargai alam sekitar.

Gambar hiasan : Anak yang berilmu pengetahuan sentiasa menghargai waktudan melaksanakan tanggungjawab.

Page 47: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

42

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Memerangikejahilan

Kejahilan merupakan suatu penyakit hati dan sosial yang perludibanteras oleh setiap individu. Ia amat merbahaya dan bolehmembawa implikasi buruk terhadap kehidupan individu,

masyarakat dan negara. Dalam hal ini, seorang yang jahil tidakdapat membeza di antara kebenaran dengan kepalsuan, sedangkankebenaran dan kepalsuan amat berbeza. Untuk mengenal sesuatukebenaran, seseorang itu mesti mempunyai ilmu dan menghayatikebenaran tersebut. Begitu juga jika sekiranya ia mengetahui sesuatuitu palsu (tidak benar) ia mestilah mengetahui apakah ciri-cirikepalsuan dan apakah ciri-ciri kesesatan. Dengan cara ini seseorangitu tidak mudah terjerumus ke dalam kancah kepalsuan dan kesesatan.

Menurut Islam, bagi menentukan sesuatu ilmu itu benar atau sesat,maka kita hendaklah berpandukan kepada al-Quran, as-Sunnah,ijmak ulama dan qiyas, sekiranya sesuatu itu bertentangan dengansalah satu daripada keempat-empatnya, maka itu adalah karut dantidak benar. Ini semua memerlukan kepada ilmu. Di dalam al-QuranAllah s.w.t. telah menjelaskan bahawa Islam adalah agama yang benar.Ia adalah jalan lurus yang boleh menyampaikan kehidupan kita kepadakeredaan Nya bagi mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan hidupdi dunia dan di akhirat.

Page 48: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

43

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Mafhum firman Allah s.w.t. :

“Sesungguhnya agama (yang di redai) di sisi Allahhanyalah Islam. Tiada berselisih orang yang telahdiberi al-kitab kecuali sesudah datang pengetahuankepada mereka …”

Surah ali-‘Imran : ayat 19

Tetapi malang sekali jika kita tidak memiliki ilmu dan tidak memahamiisi kandungan al-Quran, tentulah kebenaran agama Islam yang suciitu tidak akan diketahui dan difahami, jauh sekali untuk menghayatinya.Malahan boleh menimbulkan rasa ragu-ragu dan hilang keyakinanterhadap kebenaran dan kesuciannya. Apabila hilang keyakinan dankeimanan seseorang muslim, sudah tentu iman yang menjadi bentengpertahanan di hati dan jiwanya akan menjadi lemah dan menunggumasa untuk roboh. Apabila robohnya benteng pertahanan tersebut dijiwa seseorang, sudah tentu ia akan mudah terpengaruh dengan dakyahdan ancaman pihak musuh yang sedang berusaha untuk memesongkanakidah dan pegangan kepercayaan terhadap kesucian agama Islam.Justeru itu tidak hairan pada hari ini, ada di kalangan umat Islam telahhilang keyakinan dan keimanan mereka terhadap kesucian agama Islam.Mereka mengakui diri mereka beragama Islam, tetapi jarang-jarangmengerjakan solat fardu yang telah di fardukan ke atas setiap muslim.Dengan kata-kata lain mereka telah melanggar hukum Islam dan mudahterpengaruh dengan gejala-gejala negatif yang boleh meruntuhkanakhlak. Kejahilan menjadikan insan itu bodoh, tidak dapat berfikir,menolak segala bentuk yang baik, tidak dapat mengenal nilai-nilaikemanusiaan dan keagamaan. Rasulullah s.a.w. sendiri memerangikejahilan masyarakat Arab Jahiliah. Bukan itu sahaja, kejahilantersebut boleh menyekat dan membelenggu pemikiran sertamenghalang kemajuan hidup manusia yang dijadikan Allah s.w.t. untukmemakmurkan bumi ini.

Page 49: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

44

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Mafhum firman Allah s.w.t. :

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanatkepada langit, bumi dan gunung-gunung, makasemuanya enggan untuk memikul amanat itu danmereka khuatir akan mengkhianatinya, dandipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnyamanusia itu amat zalim dan amat bodoh”

Surah al-Ahzab : ayat 72

Individu dan masyarakat yang jahil tidak mampu untuk mengurusmasalah diri. Apa lagi menentukan perancangan dan pengurusanlain termasuk keluarga, masyarakat dan negara. Ia tidak akan mengertitanggungjawab tersebut. Dalam kehidupan bermasyarakat pulakejahilan akan mengakibatkan manusia boleh bertindak tidak waras,mencetuskan suasana tidak sihat seperti menipu, membunuh, fitnahdan memberontak. Semua perlakuan ini akan membawa kepadapergaduhan dan perpecahan di kalangan ummah. Akhirnya siapayang rugi?

Mafhum firman Allah s.w.t. :

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencanadi darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukanoleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian)kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagiandari balasan perbuatan-perbuatan buruk yangmereka telah lakukan, supaya mereka kembali insafdan bertaubat.”

Surah ar-Rum : ayat 41

Page 50: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

45

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Pernahkah anda mendengar dan mengetahui berkenaan ajaransesat dan penyelewengan akidah? Isu ini seringdiperbincangkan kerana ia boleh menjejaskan akidah umat

Islam tanpa mengira lelaki atau perempuan, tua atau muda di manasahaja kita berada. Ajaran sesat dan penyelewengan akidah adalahbertentangan dengan ajaran Islam. Ia boleh mengancam akidah umatIslam sekiranya tidak dibanteras dengan segera. Di antara ajaran-ajaran sesat dan penyelewengan akidah yang dikenal pasti ialahQadyani, Bahai, Syiah, Taslim dan lain-lain lagi. Ajaran inidisebarkan oleh golongan fasik iaitu orang yang telah rosak imandan pegangan agamanya. Apabila kita mengkaji sejarah, golonganini sudah mula menjalankan dakyah mereka selepas berlaku kewafatanRasulullah s.a.w. Golongan ini dikenali sebagai golongan murtad.Mereka mengakui diri sebagai nabi palsu dan enggan mengeluar zakat.Khalifah Abu Bakar telah berjaya memerangi golongan ini. Namundemikian dakyah ini terus disebarkan lagi oleh golongan sesat yangberada pada masa kini di seluruh dunia dengan tujuan dan niat yangsama iaitu untuk mencari pengaruh dan melakukan penjajahan. Initermasuklah menjajah pemikiran, ekonomi dan negara umat Islam.Sejarah telah membuktikan bahawa golongan ini telah gagal untukmenjajah negara, ekonomi dan pemikiran umat Islam. Kegagalandakyah dan pengaruh mereka adalah disebabkan umat Islam pada

Menangani ajaransesat dan

penyelewenganakidah.

Page 51: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

46

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

masa itu memiliki ilmu pengetahuan, kekuatan akidah dankeimanan yang kental. Akhirnya setelah golongan inimengetahui dan menyedari hakikat kekuatan tersebut, merekatelah mengambil langkah dan menukar strategi baru bagimemesongkan akidah umat Islam. Mereka memperkenalkanbudaya hidup yang boleh meruntuhkan umat Islam melaluimedia elektronik dan media cetak. Kebanyakan budaya hidupyang diperkenalkan itu boleh mempengaruhi minda danpemikiran umat Islam. Apabila minda dan pemikiran umatIslam berjaya dijajah dan dikuasai, nescaya dengan sendiriakidah umat Islam yang lemah dapat dipesongkan. Akhirnyatanpa disedari umat Islam itu mengikut kehendak dan telunjukmereka.

Walaupun zaman demi zaman telah berlalu, namun golonganini tetap terus menjalankan dakyah mereka dengan pelbagai caradan isu untuk memusnahkan akidah umat Islam supaya hasratdan matlamat mereka tercapai. Ada sesetengah golongan ajaransesat ini menjalankan dakyah dengan mengakui diri merekasebagai bomoh, nabi dan wali yang boleh mengubati penyakitdan memiliki keistimewaan sehingga boleh mengampun dosaorang lain. Mereka kini telah berjaya menyebarkan beberapaajaran dan amalan yang sesat dan karut. Kebiasaannya orangyang menjadi pengikut mereka terdiri dari golongan yang jahildi dalam memahami agama, mereka yang mempunyai masalahdalam hidup, mereka yang menghadapi kekecewaan dan merekayang mempunyai niat jahat untuk memusnahkan orang lain. Adapula golongan yang menggunakan ilmu sihir untuk menarikperhatian orang ramai supaya mempercayainya. Di dalam Islam,perbuatan sihir adalah perbuatan syaitan. Ia adalah perbuatankeji yang termasuk di dalam salah satu daripada dosa besar,kerana menyengutukan Allah s.w.t. Yang Maha Esa.

Page 52: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

47

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Mafhum sabda Rasulullah s.a.w. :

“Jauhilah kamu daripada tujuh perkara yangmembinasakan. Para sahabat bertanya baginda.Apakah perkara tersebut wahai Rasulullah?Baginda menjawab : Syirik dengan Allah, sihir,membunuh nyawa yang diharamkan oleh Allahkecuali dengan kebenaran, makan riba, makanharta anak yatim, pertuduhan zina tanpa bukti danlari dari medan perang.”

Riwayat Bukhari

Tahukah anda? Al-Quran telah menjelaskan bahawa syaitan adalahmusuh Allah dan musuh manusia.

Mafhum firman Allah s.w.t. :

“... Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yangnyata bagi manusia.”

Surah Yusuf : ayat 5

Apabila seseorang itu mempercayai sihir, ia boleh membawa kepadasyirik. Lebih membimbangkan lagi, apabila dakyah daripadagolongan yang menyebarkan ajaran sesat ini boleh memesongkanakidah dan pemikiran umat Islam.

Ada di kalangan mereka menggunakan alasan serta logik yang bolehmenimbulkan keraguan terhadap kebenaran ajaran Islam. Diantaranya ialah :

Page 53: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

48

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

● Nabi Muhammad s.a.w. tidak sejahtera, kerana itu umatnyadikehendaki bersalawat ke atas baginda.

● Umat Islam tidak dikasihi dan disukai Tuhan kerana itu umatIslam terjebak dengan maksiat dan kemiskinan.

● Islam agama yang menggalakkkan peperangan.

Ketiga-tiga dakyah dan tohmahan tersebut di atas adalah tidak benar.Ianya sengaja ditimbulkan untuk memesongkan akidah umat Islamsemata-mata. Bagaimanakah cara untuk menangkis serangandaripada golongan tersebut jika sekiranya kita tidak memiliki ilmupengetahuan dan memahami syariat Islam? Nescaya kita akanmenerima dan terpengaruh dengan dakyah tersebut.

Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan Ilmu dan pengajaran Islamkepada umat baginda, dengan menegaskan bahawa Islam adalahajaran yang benar.

Mafhum firman Allah s.w.t. :

“Dan sesungguhnya inilah jalan Ku (agama Ku)yang lurus, maka hendaklah kamu ikutinya danjanganlah kamu mengikut jalan-jalan lain, kelakakan memporak-perandakan kamu (menyesatkankamu) dari jalan Nya (Allah). Yang demikian itudiperintahkan kepadamu agar kamu bertaqwa.”

Surah al-An’am : ayat 153

Umat Islam hendaklah berbangga dan bersyukur kerana dilahirkandalam agama Islam. Sebagai muslim kita berkewajipan untukmenjaga dan mempertahan akidah Islam daripada dicemar dan dihina

Page 54: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

49

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

oleh pihak musuh. Semangat dan pengorbanan demi memeliharadan mempertahankan akidah serta kesucian agama Islam sangat muliadi sisi Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. telah mengajar umatnya supayasentiasa berdoa untuk menetapkan hati dan pegangan terhadap agamaIslam dan menjauhi diri dari kesesatan.

“Wahai Tuhan, tetapkanlah hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepada Mu, tunjukkanlah kamitentang kebenaran dan berilah kami habuan untukmengikutinya. Tunjukkanlah kami tentangkebatilan dan berilah kami habuan untukmenjauhinya.”

Page 55: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

50

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Mari kita renung dan fikirkan beberapa pengajaran yang dapatkita pelajari dan teladani daripada kisah-kisah dan mutiara katadi bawah ini.

Kisah pertama

Ilmu dicari bukan mencari

I mam Malik r.a. adalah seorang tokoh dan ulama yang terkenal.Beliau adalah salah seorang pengasas imam empat mazhab.Keupayaan dan kepintaran beliau dalam pelbagai bidang ilmu

pengetahuan, menyebabkan orang ramai datang mempelajari ilmuke rumahnya. Di samping mengajar ilmu kepada orang ramai, beliautelah berjaya menulis dan menyusun buku yang terkenal “al- Muwatta’” .Buku tersebut mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan agamaberdasarkan ilmu hadis dan pandangan-pandangan orang ramaimengenainya. Sehingga kini ia menjadi kitab rujukan muktabar kepadaseluruh umat Islam di dunia. Oleh kerana Imam Malik r.a. seorang ulamayang terkenal, timbul keinginan Khalifah Harun al-Rashid (khalifahyang memerintah Kerajaan Abbasiyah) untuk belajar dengan beliau.Khalifah Harun al-Rashid memerintah seorang utusan pergi menemuiImam Malik r.a. untuk menjemput beliau datang mengajar baginda diistana. Setelah utusan khalifah sampai ke rumah Imam Malik r.a., beliau

Kisah tauladandan mutiara kata

Page 56: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

51

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

segera menyampaikan salam takzim daripada khalifah danmenceritakan hasrat baginda kepada Imam Malik r.a. untukmenjemputnya ke istana. Imam Malik r.a. hanya tersenyum sambilberkata kepada utusan khalifah : “Ilmu itu dicari bukan mencari” .

Setelah mendengar kata-kata Imam Malik r.a., utusan tersebut teruspulang menemui khalifah di istana. Beliau menyampaikan kata-kataImam Malik r.a. kepada baginda. Khalifah Harun al-Rashidmemahami maksud kata-kata Imam Malik r.a. Lantas baginda bersiapdengan singgahsananya untuk berangkat ke rumah Imam Malik r.a.Sebelum baginda berangkat meninggalkan istana, tiba-tiba kelihatanImam Malik r.a. telah sampai ke istana. Khalifah menjemput ImamMalik masuk mengadap lalu baginda berkata : “Ilmu itu dicari bukanmencari”.

Mendengar kata-kata Khalifah Harun al-Rasyid itu, Imam Malik r.a.menjawab : “Tuanku seorang khalifah yang baik dan beriman.Justeru perintah Tuanku itu menjadi tanggungjawab hamba supayamentaatinya”.

Akhirnya Khalifah Harun al-Rashid terus berangkat ke rumah ImamMalik r.a. untuk belajar ilmu daripada beliau. Apabila sampai,Imam Malik r.a. terus mengajar ilmu kepada pelajar-pelajarnyasambil duduk dibawah. Baginda terus masuk ke majlis tersebutmengikuti ilmu yang sedang diajar sambil duduk di atas singgahsanauntuk mendengar pengajaran yang disampaikan oleh Imam Malikr.a. Setelah menyedari keadaan tersebut, Imam Malik r.a. berkatakepada baginda : “Ilmu lebih mulia daripada pencari ilmu”.

Khalifah Harun terasa kebenaran kata-kata tersebut, lalu bagindaturun dari singgahsana tersebut untuk duduk di bawah bersama-samadengan orang ramai. Khalifah Harun al-Rasyid terus mempelajariilmu daripada Imam Malik r.a. sehingga tamat pengajiannya.

Page 57: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

52

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Ketokohan dan kehebatan Imam Malik r.a. sebagai seorang guru danulama terkenal di seluruh kota Baghdad. Khalifah Harun al-Rasyidtelah menawarkan jawatan hakim kepada beliau, tetapi beliau engganmenerima pelawaan tersebut. Bahkan beliau lebih suka meneruskantugasnya sebagai guru kerana ia suatu bidang kerjaya yang muliadan dapat berkhidmat dengan sempurna.

Kisah kedua

Menghormati kota Madinah

Khalifah Harun al-Rashid telah menghadiahkan seekor kuda kepadaImam Malik r.a. Kuda tersebut telah digunakan sebagai kenderaanbeliau dari sebuah negeri ke sebuah negeri. Suatu masa, ketikamemasuki kota Madinah, beliau turun daripada kudanya lalu beliauberjalan kaki. Penduduk kota Madinah hairan dengan sikap ImamMalik lalu bertanyakan beliau : “Mengapa tuan berjalan kaki tidakmahu mengenderai kuda?”.

Beliau menjawab : “Saya sangat malu dan tidak mahu hentakankaki kuda itu akan mengganggu ketenteraman guru-guru saya yangsedang berehat dalam pusara Madinah.”

Demikianlah sikap Imam Malik yang bijaksana dalam menyampaikankebenaran serta mengamalkan ilmu yang diajarkannya.

Page 58: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

53

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Dalam membicarakan kelebihan-kelebihan bidang ilmu pengetahuanImam asy-Syafie r.a. telah berkata :

“Siapa mempelajari al-Quran ilmunya menjaditinggi. Siapa mempelajari hadis, alasan pendapatnyakuat. Siapa yang membicarakan ilmu Fiqh, ia akanmenjadi orang yang pintar. Siapa yangmemperhatikan budi pekertinya ia akan menjadiorang yang baik dan jujur. Siapa yang banyakberhitung dan mempelajari ilmu Hisab,pemikirannya akan berkembang. Manakala siapayang tidak memelihara kehormatan dirinya, makailmunya tidak akan berguna sama sekali.”

Saidina Ali k.w. telah menjelaskan pandangan beliau ketika ditanyamengenai ilmu :

“Ilmu lebih baik daripada harta kerana ia adalahwarisan para nabi, manakala harta pula warisanQarun dan Fir’aun. Ilmu boleh menjaga diri kamu,sedangkan harta, kamu yang menjaganya. Orangyang memiliki ilmu mempunyai ramai teman,sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh.Ilmu pengetahuan itu akan bertambah jikadiamalkan, sedangkan harta akan berkurangan jikadibelanjakan. Pemilik ilmu pengetahuan sentiasadihormati, sedangkan pemilik harta akan dikenalisebagai si kedekut. Pemilik ilmu akan memberisyafaat, pemilik harta akan dihisab. Biarpun masaberlalu namun ilmu tidak lapuk ditelan zaman,tetapi harta itu semakin lama semakin usang, ilmupengetahuan dapat menyinari hati, tetapi harta

Page 59: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

54

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

mengeraskan hati. Orang berilmu mengakui dirinyasebagai hamba Allah, sedangkan orang berhartamengakui dirinya pemilik.”

Dalam memperkatakan tentang kelebihan orang yang menuntut ilmu,Muaz bin Jabal r.a. telah berkata :

“Pelajarilah ilmu, kerana mempelajarinya keranaAllah s.w.t. adalah tanda takut kepadaNya.Menuntut ilmu adalah ibadat, mengingatinyaadalah tasbih, menyelidikinya adalah jihad,mengajarkannya kepada orang yang belummengetahui adalah sedekah, memberikan kepadaahlinya adalah kebaktian sebab ilmu itu jalan untukke syurga. Dialah teman ketika keseorangan danpenghibur hati ketika kesepian. Dialah penunjukjalan kepada agama dan pendorong kesabaran padamasa kesusahan. Dia menjadi senjata ketikamenghadapi musuh. Allah mengangkat martabatkaum-kaum yang berilmu pengetahuan, sehinggadijadikan pemimpin yang dapat diikuti oleh orangramai. Orang yang berilmu pengetahuan menjadimodel utama dalam melakukan amalan kebajikan.Para malaikat serta makhluk di darat dan di airsentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Ilmudapat menghidupkan hati dari kebodohan, menjadipelita ketika dalam kegelapan, dapat mengenal yanghalal dan yang haram. Ilmu sebagai penunjuk amal,sedang amal tetap menjadi pengikutnya.Berbahagialah orang yang menerima ilham dariilmu dan celakalah orang yang terhalang dari ilmupengetahuan.”

Petikan daripada buku “Tanbihul Ghafilin”

Page 60: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

55

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Menghafaz Ilmu

Selepas belajar, kita hendaklah mengulangkaji semula pelajaran yangtelah diajar oleh guru. Kadang-kadang sesuatu ilmu itu perlu kitahafaz untuk kita ingat dan mudah menjadi amalan di dalam kehidupankita seharian. Proses menghafaz untuk mengingati semula ilmu yangtelah kita perolehi perlu dilaksanakan dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Walaupun ia kadang-kadang membosan dan menyulitkankita untuk melakukannya dengan secara berulang-ulang kali. Bagikita sebagai pelajar jangan mudah merasa malas dan engganmelaksanakannya. Sebaliknya jadikanlah kesulitan tersebut sebagaisuatu pengorbanan. Sebaik-baiknya berusahalah dengan mencarimasa, ruang tempat yang selesa dan tenang. Bangunlah diwaktupertengahan malam atau sebelum waktu Subuh. Tunaikanlah solattahajud dan solat hajat. Mohonlah keampunan segala dosa danmintalah pertunjuk dan hidayah kepada Allah s.w.t. Kemudianmulakan hafazan yang telah dirancangkan itu sehingga selesai danlancar. Adakah anda pernah membaca kisah Imam asy-Syafie r.a.yang menghadapi kesukaran ketika menghafaz dan mengingatiilmunya semasa beliau sedang belajar? Kata beliau :

“Aku mengadu kepada guruku Waki’ bin Jarrahtentang sukarnya menghafaz dan mengingatpelajaran. Beliau memberitahuku supayameninggalkan maksiat kerana ilmu itu nur (cahaya)dan cahaya Allah tidak akan masuk kepada orangyang berdosa.”

Saidina Ali k.w. berkata :

“Satu huruf yang diajar guru kepadaku, aku layakuntuk menjadi hamba kepadanya.”

Page 61: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

56

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Ilmu pengetahuan yang telah kita pelajari bukan sahaja dapatmeningkatkan perkembangan minda, bahkan jika kita melakukanpengkajian dan penyelidikan dengan bersungguh-sungguh, ia dapatmempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.Tuhan Yang Maha Besar lagi Maha Kuasa. Pada ketika itulah kitaterasa betapa kerdil dan lemah diri kita. Selama ini kita bersikapsombong, angkuh dan tidak tahu menghargai segala nikmat yangdianugerahkan Allah untuk kita manfaatkan. Mari kita bincang dantuliskan mengenai beberapa mafhum firman Allah s.w.t. sepertiberikut :

“Dan pada diri kamu apakah tidak kamuperhatikan?”

Surah az-Zariyat : ayat 21

“Dan demikian pula di antara manusia danbinatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak ada yang berlain-lain jenis danwarnanya. Sebenarnya yang menaruh bimbang dantakut (melanggar perintah) Allah dari kalanganhamba-hamba Nya hanyalah orang yang beriman.Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi MahaPengampun.”

Surah Fatir : ayat 28

Page 62: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

57

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Gambar hiasan : Menerima ijazah, kejayaan yang cemerlang sentiasa menjadiimpian setiap pelajar.

“Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas danmenjadikan padanya gunung-ganang (berdirikukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dandaripada tiap-tiap jenis buah-buahan ia jadikanpadanya pasangan, dua-dua. Dia juga melindungisiang dengan malam silih berganti. Sesungguhnyasemua itu mengandungi tanda-tanda kekuasaanAllah bagi diri kamu yang (mahu) berfikir.”

Surah ar-Ra’d : ayat 3

Page 63: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Kata PengantarKetua Pengarah Pendidikan Malaysia

Dalam menghadapi era perkembangan teknologi maklumatalaf baru, suasana dan budaya hidup terus bergolak danmencabar. Banyak cabaran dan dugaan akan dihadapi oleh

pelajar semasa berada di alam persekolahan. Semua cabaran dandugaan perlu dihadapi oleh para pelajar secara bijaksana. Para pelajarharus menyedari peranan dan tanggungjawab mereka untukmempertingkatkan ilmu pengetahuan, meningkatkan daya ketahananfizikal, rohani dan mental bagi menghadapi cabaran di alaf akandatang. Hadapilah segala cabaran dan ujian tersebut dengan penuhkesabaran dan ketabahan. Ingatlah bahawa semua itu adalah tuntutanperjuangan untuk membangun diri serta ummah yang cemerlang.Dengan pengalaman tersebut, pelajar akan menjadi orang yang bijak,beriman dan bertaqwa.

Ibu bapa, masyarakat dan negara menaruh harapan yang tinggi kepadapara pelajar sebagai pemimpin di masa hadapan. Justeru itu parapelajar perlu memiliki ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, agardapat menguasai kemahiran dalam teknologi, memiliki kekuatanakidah dan keimanan yang mantap serta nilai akhlak yang terpuji.Persiapan tersebut amat penting agar pelajar dapat menentukankejayaan di masa hadapan. Sesungguhnya ilmu pengetahuan,kemahiran dan kepakaran teknologi yang dimiliki akan dapatdimanfaatkan oleh para pelajar selepas mereka meninggalkan alampersekolahan kelak.

v

Page 64: Budaya Ilmu Kecemerlangan Ummah

Budaya Ilmu Asas Kecemerlangan Ummah

Risalah dakwah yang berjudul “Budaya Ilmu Asas KecemerlanganUmmah” merupakan siri keempat yang diterbitkan. Isi kandungannyamembicarakan tentang kepentingan ilmu pengetahuan dalamkehidupan individu, terutama dalam menghadapi cabaran di alaf baru.Saya berharap risalah ini bukan sahaja dapat menyemai budayamembaca, bahkan ia dapat menimbulkan kefahaman, kesedaran danpenghayatan Islam ke arah merealisasikan pelajar berbudaya ilmu,mampu berfikir, beriman dan bertaqwa.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Bahagian Dakwah danKepimpinan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, kerana berjayamenerbitkan risalah dakwah ini buat kali keempatnya. Semoga usahaseperti ini akan berterusan lagi pada masa akan datang. Saya berdoake hadrat Allah s.w.t. supaya risalah ini dapat memberi manfaat danpengajaran kepada semua pelajar.

DATUK DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAHKetua Pengarah Pendidikan Malaysia.Kementerian Pendidikan Malaysia.

vi