peranan zakat dalam pembangunan ummah

43
FAKULTI INOVASI PERNIAGAAN DAN PERAKAUNAN (FIPP) SUBJEK: ASAS EKONOMI ISLAM (BPE 2033) TAJUK: PERANAN ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN UMMAH PENSYARAH: PUAN DINA SYAFINI BINTI ZAID DISEDIAKAN OLEH: NORASHIKIN BINTI MOHAMAD RASOL (111231) NOR ZAHAIDA BINTI MD ZAID (111229) NUR WAHYUNI BINTI HUSIN (120009) ASAS EKONOMI ISLAM (BPE 2033) Page 1

Upload: yuni-wahyu

Post on 21-Nov-2015

449 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Peranan Zakat Dalam Pembangunan Ummah

TRANSCRIPT

FAKULTI INOVASI PERNIAGAAN DAN PERAKAUNAN(FIPP)

SUBJEK:ASAS EKONOMI ISLAM(BPE 2033)

TAJUK:PERANAN ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN UMMAH

PENSYARAH:PUAN DINA SYAFINI BINTI ZAID

DISEDIAKAN OLEH:NORASHIKIN BINTI MOHAMAD RASOL (111231)NOR ZAHAIDA BINTI MD ZAID (111229)NUR WAHYUNI BINTI HUSIN (120009)

TARIKH HANTAR:30 SEPTEMBER 20131.0 ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN2

Penghargaan3 Pendahuluan44.0 PERANAN ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN UMMAH4.1 Definisi Pembangunan Ummah Dan Zakat64.2 Sejarah Pembagunan Zakat Dalam Pembagunan Tamadun Ummah84.3 Program Pembangunan Ummah Melalui Zakat94.3.1 Program Pembangunan Sosial104.3.2 Program Pembangunan Ekonomi134.3.3 Program Pembangunan Pendidikan164.3.4 Program Institusi Keagamaan174.3.5 Program Pembangunan Modal Insan205.0 KESIMPULAN ATAU CADANGAN236.0 RUJUKAN247.0 LAMPIRAN25

2.0 PENGHARGAANAlhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah tuhan sekalian alam. Selawat salam ke atas Junjugan Besar Nabi Muhammmad SAW beserta ahli keluarga baginda dan sahabatnya. Seterusnya kepada keluarga, dan sahabat-sahabat kami. Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kertas kerja ini dapat disiapkan. Kepada pensyarah pula, berbanyak terima kasih kerana memberi kami tugasan ini, kerana melalui tugasan ini, kami memperolehi pengalaman dan pengetahuan yang lebih mendalam berkaitan dengan subjek yang kami pelajari. Tugasan ini banyak memberi input-input yang berkesan. Selain itu juga kami, mengetahui dengan lebih mendalam tetang makna Ekonomi Islam dan seterusnya tentang peranan zakat yang sebenarnya dalam pembangunan Ummah.Secara keseluruhannya, jika kita meneliti secara mendalam dan meluas tentang zakat adalah membawa satu definisi serta perspektif yang sangat meluas. Dari sejarah awal, zakat merupakan peranan dalam membantu saudara sesama kita dari segi ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya. Hal ini untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh saudara yang lain. Terdapat satu hadis yang bermaksudSeorang Muslim itu merupakan saudara kepada Muslim yang lain. Dia tidak boleh menganiayainya atau membiarkannya (teraniaya).Akhir kata daripada kami, ekonomi Islam merupakan satu bidang yang penting bagi pembanguan ekonomi untuk tidak menganiayai saudara sesama kita. Terima kasih lagi kepada yang terlibat dalam penghasilan kertas kerja ini. sekian.

3.0 PENDAHULUANFirman Allah Taala dalam surah At-Taubah ayat 30 :Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang yang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang baru, untuk memerdekakan hamba, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang wajibkan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.Ayat diatas menerangkan tentang kepentingan berzakat dalam masyarakat dan juga kewajipan mendahulukan pembayaran zakat serta golongan yang layak menerima zakat. Antaranya ialah orang miskin (masaqin), golongan ini merupakan seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung tanggunganya. Selain itu Amil juga adalah golongan yang menerima zakat. Mereka adalah golongan yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samaada individu atau organisasi bagi menguruskan mentadbir zakat. Disamping itu juga golongan Muallaf pula merupakan mereka yang menjinakkan hati mereka untuk menerima Islam tetapi belum kukuh Islamnya. Selain itu golongan yang layak menerima zakat ialah mereka yang merdeka dari penghambaan. Memerdekakan orang Islam daripada cengkaman penghambaan dan penaklukan samada dari segi fizikal atau mental.Seterusnya, orang yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri dan golongan yang dibenarkan oleh hukum syarak. Golongan penerima zakat yang lain ialah orang yang berjihad dijalan Allah ( Fisabilillah). Golongan ini merupakan orang atau pihak yang melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti atau aktiviti yang menegak, mempertahankan dan mendakwahkan Islam serta kebajikannya. Musafir (Ibnu Sabil) ialah orang yang dalam perjalanan bagi maksud yang dibenarkan oleh hukum syarak dari mana-mana jua negeri atau negara yang memerlukan bantuan.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah SAW mengutus Umar untuk menarik zakat. Lalu dikatakan bahawa Ibnu Jamil, Khalid Al walid dan Abba, bapa saudara Nabi SAW enggan mengeluarkan zakat. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Penolakan Ibnu Jamil tidak lain hanyalah pengingkaran terhadap nikmat, dahulu ia melarat, lalu Allah menjadikannya kaya. Adapun Khalid, maka kalianlah yang menganiayai Khalid. Dia telah mewakafkan baju besi dan peralatan perangnya pada jalan Allah S.W.T. Sedangkan Abbas, maka zakatnya menjadi tanggunganku begitu pula zakat. Kemudian beliau bersabda: Hai Umar, tidakkah engkau merasa bahawa bapa saudaraku seseorang itu mewakili ayahnya? (Sahih Muslim no. 1634)Hadis menerangkan tentang mendahulukan zakat keenggangan mengeluarkan zakatnya. Hadis riwayat Abu Hurairah ra:Bahwa Nabi SAW bersabda: Allah S.W.T berfirman: Hai anak cucu Adam, berinfaklah kamu, maka Aku akan memberikan ganti kepadamu. Rasulullah SAW bersabda: Anugerah itu penuh deras. Idnu Numair berkata: Malaan adalah pemberian yang banyak dan mendatangkan keberkatan, tidak mungkin kurang oleh apapun di waktu malam dan siang. (Sahih Muslim)

4.0 PERANAN ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN UMMAH4.1Definisi Pembangunan Ummah Dan ZakatPembangunan ummah yang dimaksudkan disini ialah usaha secara berterusan sepanjang hayat untuk memupuk potensi-potensi yang ada dalam diri seseorang individu agar baik dan berpandukan dengan rukun-rukun dan syariat dalam Islam itu sendiri. Dalam pandangan Islam sendiri sememangnya ada menyebutkan tentang kejadian manusia dimuka bumi ini sebagai seorang khalifah. Allah S.W.T sebenarnya sangat melarang manusia yang diberikan akal fikiran ini terhasut oleh dorongan nafsu yang mana kebanyakkannya hanya menipu dan mempermainkan. Golongan yang hanya terpedaya oleh hawa nafsu ini tentu sekali tidak akan memberi sumbangan yang positif dan bernilai kepada kesejahteraan ummah. Yang ada hanya kepentingan untuk diri mereka sahaja. Pembangunan ummah sebenarnya merujuk kepada Tazkiyat al-Nafs iaitu pembersihan diri. Konsep ini diwarisi sejak zaman kenabian lagi untuk sekalian manusia dimuka bumi ini. Ianya bertujuan untuk membatalkan segala sifat-sifat mazmumah yang ada pada diri manusia. Pembangunan ummah ini adalah usaha untuk mengangkat sifat-sifat manusia daripada yang buruk kepada yang baik. Ianya juga bertujuan untuk melahirkan ummah yang maju dan berindentiti jelas serta mantap dan memiliki akhlak yang mulia. Ini juga menjadi matlamat yang utama yang sering dibangkitkan dan cuba disemarakkan oleh Rasulullah SAW sejak dulu lagi. Dalam sejarah ada juga mengatakan, bahawa usaha yang dilakukan oleh Rasulullah SAW diawal kebangkitan baginda di Kota Mekah, baginda cuba untuk memupuk dan membangunkan potensi diri manusia yang sememangnya menjadi satu tugas utama baginda SAW. Manusia juga sebenarnya memiliki hakikat dan kehebatan tersendiri. Kesemua ini dapat dijana dengan usaha membangunkan ummah dengan niat ikhlas kerana Allah serta dalaman seseorang individu tersebut yang memainkan peranan dalam proses pembangunan setiap individu ummah. Menurut al-Quran dalam surah al-Hijr ayat 15:28-9 ada menyebutkan bahawa manusia dicipta oleh Allah S.W.T daripada dua unsur iaitu fizikal yang berbentuk jisim dan abstrak yang merujuk kepada sifat-sifat yang hanya zahir daripada perlakuan. Kehebatan yang dianugerahkan kepada manusia sangat istimewa berbanding dengan makhluk-makhluk yang lain. Ianya juga dicatatkan di dalam al-Quran yang mana kisah berkaitan dengan Nabi Sulaiman a.s. dan Puteri Balqis dalam surah an-Naml 27:38-40. Daripada kisah yang diceritakan di dalam surah ini, ternyata Allah telah memberikan kelebihan kepada manusia, bukan sahaja dari fizikal malahan ianya juga meliputi rohani seseorang itu sendiri.Dari perspektif Islam, pembangunan ummah dikaitkan dengan peradaban juga berasal daripada perkataan umran, adab dan dinnum atau dainum. Umran membawa makna harta, kawasan yang didiami, berkembang subur dan maju. Konsep peradaban atau tamadun menerangkan tentang pencapaian dalam bidang material dan spiritual. Tamadun terbahagi kepada dua iaitu tamadun Islam dan tamadun jahiliyah. Zakat secara bahasa bermaksud tumbuh, berkembang dan berkah (H.R. At-Tirmidzi) dan juga bermaksud membersihkan atau menyucikan (QS. At-Taubah :10). Seseorang yang membayar zakat kerana keimanannya nescaya akan memperoleh kebaikan yang banyak seperti mana firman Allah yang bermaksud: Pungutlah zakat dari sebahagian kekayaan mereka dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka. (surah At-Taubah :103).Menurut terminologi syariah atau mengikut istillah syarak, zakat bermaksud kewajiban atas harta atau kewajiban atas sejumlah harta tertentu untuk kelompok tertentu dalam waktu tertentu. Sementara menurut istillah infaq pula bermaksud mengeluarkan harta yang mencakupi zakat dan bukan zakat. Infaq ada yang wajib dan ada yang sunat untuk dilakukan. Infaq yang wajib diantaranya ialah zakat, kafarah, nadzar dan sebagainya. Manakala bagi infaq sunat pula ialah infaq kepada orang fakir miskin sesama muslim, infak bencana alam, infak kemanusiaan dan sebagainya. Zakat merupakan salah satu rukun Islam, dan menjadi salah satu unsur pokok bagi tegaknya syariat Islam. Oleh sebab itu hukum membayar zakat adalah wajib (fardu) atas setiap muslim yang telah memenuhi syarat-syarat tertentu. Zakat terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu zakat harta, zakat perniagaan, zakat emas dan perak, zakat ternakkan, zakat pertanian, zakat ma-din dan kekayaan laut, zakat rikaz (harta karun), dan sebagainya. Zakat merupakan ibadah yang memiliki cirri-ciri tertentu yang membawa banyak makna. Oleh itu zakat memiliki banyak hikmah yang baik dan tersendiri dalam sesuatu perkara. Zakat juga banyak menolong dan membantu seseorang dan dapat menyucikan diri seseorang muslim di dunia ini.

4.2Sejarah Perkembangan Zakat Dalam Menjadi Pembangunan Tamadun Ummah

Sejak azali lagi zakat memainkan beberapa peranannya dalam ketamadunan ummah. Syariat zakat telah diturunkan kepada nabi-nabi dan rasul terdahulu. Ini terbukti melalui firman Allah dalam Al-Quran. Kisah Qarun didalam Al-Quran adalah bukti kukuh bahawa amalan zakat bukanlah perkara baharu. Semasa zaman pra Islam, Khadijah r.a telah menggunakan seluruh harta kekayaannya demi memperjuangkan Islam. Walaubagaimanapun pada ketika itu zakat masih belum diwajibkan keatas muslim. Pada masa zaman awal Islam, Allah S.W.T masih belum mewajibkan zakat keatas orang muslim, tetapi amalan para sahabat telah selari dengan zakat. Pada zaman madinah, Allah telah menurunkan pelbagai ketetapan kehidupan. Ia termasuklah syariat berzakat. Zakat pada zaman Madinah, disyariatkan pada tahun kedua selepas hijrah. Apabila negara Islam semakin meluas, maka Nabi Muhammad SAW telah mengutuskan dikalangan sahabatnya menjadi gabenor dan sekaligus menjadi tempat rujukan rakyat dalam urusan hukum-hakam termasuklah syariat berzakat.Zakat mulai disyariatkan pada tahun kedua hijriah. Di mana pada tahun tersebut zakat fitrah diwajibkan pada bulan ramadhan, sedangkan zakat Mal diwajibkan pada bulan berikutnya (syawal). Oleh itu permulaan diwajibkan zakat fitrah kemudiannya adalah zakat mal (zakat kekayaan). Keahlian orang-orang muhajirin adalah berdagang. Pada satu hari, Saad Bin Ar-Rabi menawarkan hartanya kepada Abdurrahman Bin Auf tetapi beliau menolaknya. Ia hanya meminta ditunjukan jalan ke pasar, di sanalah dia mulai berdagang mentega dan keju. Dalam waktu tidak lama, berkat kecekapannya berdagang, dia menjadi kaya kembali. Bahkan sudah mempunyai khafilah-khafilah yang pergi dan pulang membawa dagangannya. Selain Abdurrahman orang-orang muhajirin banyak yang melakukan hal yang serupa. Perhatian orang-orang Mekah pada pedagangan ini diungkapkan dalam Al-Quran yang bermaksud orang yang tidak dilalaikan oleh pedagangan dan jual beli dari mengingati Allah, melaksanakan solat dan menunaikan zakat. Mereka takut kepada hari ketika hati dan penglihatan menjadi goncang (hari kiamat). Surah An-nur :37. Selain itu juga tedapat beberapa dalil yang menyatakan mengenai zakat. Antaranya ialah surah Ar-Rum, ayat 39:Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keredhaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang-orang yang melipat gandakan pahalanyaMenjelang tahun kedua hijriah, Rasulullah SAW telah memberi batasan mengenai aturan-aturan dasar, bentuk-bentuk harta yang wajib dizakati, siapa yang harus membayar zakat dan siapa yang berhak menerima zakat. Dan sejak saat itu zakat telah berkembang dari sebuah amalan sukarela menjadi kewajipan sosial dan keagamaan yang dilembagakan yang diharapkan dipenuhi oleh setiap muslim yang hartanya telah mencapai nisab, jumlah minimum kekayaan yang wajib dizakati.

4.3 Program pembangunan ummah melalui zakat

Zakat merupakan salah satu cara bagi membantu orang atau golongan yang memerlukan dan seterusnya untuk melakukan proses dalam pembangunan sesebuah tempat atau Negara. Zakat bukan sahaja memberi faedah kepada Negara tetapi juga kepada seseorang individu untuk membangunkan diri mereka sendiri.Dalam agama Islam amil memainkan peranan sebagai seseorang yang menguruskan dana zakat untuk memberikan hasil yang maksimum untuk memastikan terbentuknya tamadun ummah. Kesan zakat adalah kearah mencapai pembasmi kemiskinan, peningkatan perkembangan ekonomi dan peningkatan kualiti hidup seseorang muslim dari pelbagai aspek iaitu pembangunan insan, pendidikan, kesihatan dan yang lain iaitu secara holistik yang menepati ciri-ciri tamadun. Pihak yang berkuasa telah menyusun beberapa program pembangunan mengikut keutamaan selaras dengan ketamadunan ummah. Antara program tersebut ialah program pembangunan sosial, pembangunan pendidikan, pembangunan ekonomi, pembangunan insan, dan pembangunan institusi agama.Dalam menjayakan program-program pembangunan tersebut peruntukkan dana telah ditetapkan oleh pihak yang berwajib. Dana-dana tersebut merupakan datangnya daripada pembayaran zakat oleh orang muslim diseluruh Negara Malaysia ini sendiri. Hal ini jelas menunjukkan zakat membawa banyak faedah peranan yang baik bagi pembangunan sesebuah ummah itu sendiri. Amil juga sentiasa menjadi dasar tamadun Islam sebagi garis panduan dalam melaksanakan tanggunjawab sebagai amil yang membimbing dan menentukan halatuju penggunaan dana zakat iaitu menepati matlamat sebagai pemangkin tamadun ummah yang seimbang antara spiritual dan material.Zakat mempunyai banyak peranannya dalam kehidupan seharian umat Islam itu sendiri. Terdapat pelbagai program yang telah dilaksanakan oleh jabatan agama Islam negeri mengikut keutamaan selaras dengan ketemadunan ummah. Antara program pembangunan tersebut ialah :4.3.1 Program Pembangunan Sosial Zakat digunakan dalam pembangunan sosial yang bertujuan memenuhi keperluan asasi asnaf seperti perlindungan, sara diri atau sara hidup, makanan dan kesihatan. Dengan adanya zakat seseorang individu Islam dapat terjamin kehidupan mereka dan seterusnya dapat membantu untuk memajukan diri dan negara Islam itu sendiri. Selain itu juga, pembangunan dalam bidang pendidikan juga mampu untu membangunkan pembangunan ummah. Melalui zakat juga dapat membantu anak-anak asnaf fakir dan miskin serta asnaf yang lain dalam mendapat pendidikan yang baik.Allah S.W.T telah mewajibkan zakat sebagai salah satu jaminan sosial kepada masyarakat terutama kepada golongan yang amat memerlukan, meningkatan pertumbuhan ekonomi yang seimbang melalui agihan semula kekayaan dalam masyarakat dan seterusnya sebagai penyucian dan pembangunan rohani setiap muslim. Dalam pembangunan sosial juga dapat membantu asnaf miskin memberikan tumpuan berusaha menambahkan pendapatan keluarga tanpa perlu lagi memikirkan tentang desakan tempat tinggal atau kewangan bulanan atau musibah penyakit yang dihadapi. Zakat merupakan salah satu program Islam yang dipandang sebagai hak terhadap orang-orang yang memerlukannya. Zakat juga dapat memberikan kerjasama antara orang miskin dan orang kaya kerana seorang pedangang akan memerlukan kerjasama dengan orang lain dengan cara jual beli dan juga setiap aktiviti ekonomi secara mutlak dapat dipastikan dengan adanya masyarkat dapat memberikan barang dagangan tersebut dan juga dapat membeli daripada pertanian. Ini merupakan untuk memperkukuhkan ikatan antara orang-orang muslim.Hal ini juga sekaligus memberi informasi terhadap setiap individu dari mereka, bahkan ini menjadi tanggungjawab bersama antara satu dengan yang lainnya. Kewajipan zakat mendorong perkembangan dalam pembangunan masyarakat. Dengan adanya tolong menolong dan pergaulan antara satu sama lain dapat meringankan beban, sakit dan bahaya yang kemungkinan akan berlaku dikalangan muslim.Islam menggalakkan kerjasama, tolong menolong antara individu dalam satu masyarakat kerana al-Quran menggariskan bahawa tolong menolong wajib dilakukan dalam mewujudkan kebaikan. Dalam al-Quran, Allah berfirma:Bermaksud: wajib dan bukan untuk menunjuk-nunjuk, dengan erti lain adalah menolong adalah wajib dalam setiap kebaikan. Dan ini merupakan wajib kifayah di mana jika mengerjakan maka sebahagian yang lain tidak mendapat dosa.Ada juga kalangan asnaf miskin yang memerlukan bantuan daripada segi perlindungan dan terpaksa menyewa, disamping pendapatan mereka yang tidak mencukupi, dengan adanya zakat ini dapat membantu membiayai rumah sewa mereka. Contohnya, sumbangan tersebut diberikan daripada LZS (Lembaga Zakat Selangor). Kegiatan ini adalah supaya mengelakkan kalangan tersebut tinggal di rumah uzur, bocor, reput, dan tidak selamat diduduki. Lembaga Zakat Selangor juga menyediakan bantuan baik pulih rumah untuk mereka yang mempunyai rumah tetapai menghadapi banyak kerosakan. Manakala asnaf miskin yang tidak mempunyai tanah pula Lembaga Zakat Selangor bina penempatan berkelompok untuk mereka seperti Desa Kasih dan Desa Ehsan. Sehingga kini Lembaga Zakat Selangor mempunyai 13 buah Desa Kasih.Selain itu, ada juga kalangan asnaf miskin ini mempunyai pendapatan bulanan yang amat tidak mencukupi atau tiada pendapatan tetap, seperti mana yang ditetapkan di dalam garis panduan Lembaga Zakat Selangor. Sebagai contoh, Lembaga Zakat Selangor membantu dengan meringankan hidup mereka dengan memberi bantuan makanan dan kewangan bulanan. Di samping itu juga, Lembaga Zakat Selangor membiayai rawatan yang dihadapi oleh mereka seperti sakit kronik antaranya dialysis, kanser, sakit jantung dan sebagainya.Lembaga Zakat Selangor juga memberi keutamaan kepada aspek keselesaan kehidupan, dengan memberi bantuan-bantuan harian kepada golongan yang memerlukan. Bukan hanya pada hari-hari biasa tetapi Pusat Zakat Selangor juga banyak menekankan waktu-waktu penting seperti hari perayaan, hari permulaan sekolah dan sebagainya. Pusat Zakat ini akan memberikan bantuan seperti bantuan Hari Raya yang bertujuan menggembirakan asnaf fakir dan miskin, bantuan persekolahan bagi golongan fakir dan miskin dan sebagainya. Bantuan-bantuan ini seharusnya diteruskan dari semasa ke semasa kerana ini dapat membantu golongan yang memerlukan.Asnaf sebenarnya ingin mengubah diri mereka ke arah yang lebih positif. Namun perlu difahami perubahan ini memerlukan masa yang amat panjang kerana ia melibatkan perubahan sikap dan budaya hidup seseorang terutamanya yang fakir dan miskin. Momentum perubahan ini perlu dirangsang melalui program yang berguna dan bermanfaat anjuran institusi zakat. Pada masa kini, program keusahawanan anjuran institusi zakat adalah satu program yang baik untuk mengubah hidup mereka agar keluar daripada jurang kemiskinan. Golongan asnaf ini juga perlulah diberi peluang menjalankan kegiatan yang bersifat kemasyarakatan dan diberi elaun sebagai ganti zakat bulanan atau elaun tambahan kepada bantuan zakat bulanan sebagai insentif untuk memotivasikan mereka sekurang-kurangnya melakukan sesuatu pekerjaan sosial. Walaupun aktiviti sosial yang dilakukan tidaklah begitu hebat tetapi dapat mengubah cara hidup mereka daripada selama-lamanya menerima zakat.Majoriti golongan asnaf di Malaysia ini berminat untuk menyertai khidmat sosial. Walaupun mereka mempunyai tahap pendidikan yang rendah berbanding masyarakat sekeliling. Namun mereka sebenarnya mempunyai kemahiran yang tersendiri yang boleh disumbangkan kepada masyarakat itu sendiri. Apa yang boleh diketengahkan di sini, institusi zakat perlulah untuk memikirkan satu mekanisme yang baik untuk membolehkan golongan asnaf ini terutamanya fakir dan miskin dapat menyumbangkan tenaga mereka kepada masyarakat terutamanya yang melibatkan aktiviti dan program sosial atau kemasyarakatan.Kebaikan daripada pelaksanaan program ini, golongan asnaf dapat berubah sikap ke arah perubahan kendiri yang positif secara perlahan-lahan mengikut potensi yang mereka ada. Selain itu juga, mereka boleh berubah sikap dengan bergaul rapat dengan masyarakat mengikut potensi dan kemahiran yang mereka miliki. Masyarakat boleh mendapat manfaat daripada kemahiran yang mereka ada, terutamanya daripada aktiviti masyarakat yang memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi tetapi berkemungkinan dapat dikurangkan melalui program ini. Perlaksanaan program ini dapat dilakukan secara efisien atau berkesan sekiranya wujudnya satu pemantauan yang rapat diperingkat mukin atau kampung. Oleh itu peranan amil mukim amat penting untuk menjayakan program ini memandangkan amil mukim adalah mereka yang rapat dengan masyarakat setempat, biasanya terdiri daripada imam, atau jawatan kuasa masjid yang mengendalikan modal insan penduduk kampung dan mengenali budaya tempatan dikawasan tersebut.4.3.2 Program Pembangunan EkonomiBahkan itu juga dalam memajukan pembangunan ummah pembangunan ekonomi juga dibantu oleh dana zakat. Pembangunan ekonomi adalah bertujuan bagi meningkatkan taraf ekonomi asnaf melalui projek keusahawanan. Dengan membantu ummah yang berniaga dapat meningkatkan ekonomi negara itu sendiri. Seterusnya melalui dana yang sama pembangunan dapat dijalankan dengan giat lagi. Bagi melahirkan sesebuah negara Islam, ekonomi perlulah seiring dengan pembangunan ummah. Zakat juga mampu mengikis rasa sombong golongan kaya dan mengelak golongan fakir miskin dari meminta-minta. Harta yang diperoleh golongan kaya sebenarnya terdapat sebahagian hak golongan fakir dan menjadi kewajipan golongan kaya menunaikan hak tersebut. Hal ini kerana peranan zakat adalah untuk mengimbangi jurang ekonomi antara golongan yang kaya dengan golongan yang miskin. Hal ini juga mampu untuk mengeratkan silaturahim diantara ummah negara ini.Manakala bagi ekonomi pula, Lembaga Zakat Selangor juga mewujudkan peluang pekerjaan dan peluang perniagaan. Bantuan yang diberikan berbentuk suntikan modal, meningkatan ilmu keusahawanan, pengurusan kewangan, pemasaran, kualiti produk dan jenama, bimbingan dan pemantauan berterusan. Melalui program yang dilakukan juga negara Malaysia akan dapat melahirkan ramai golongan usahawan yang berjuang dalam kehidupan untuk menjalankan perniagaan. Walhal dengan itu juga, rezeki yang ada dalam muka bumi Allah ini adalah 9/10 datangnya dari perniagaan. Oleh itu, pusat zakat banyak menekankan untuk melahirkan ramai usahawan dan mencipta peluang perniagaan kepada golongan penerima zakat ini.Sebagai contohnya, Lembaga Zakat Selangor telah memberi peluang kemahiran kepada asnaf melalui dua projek iaitu projek yang pertama adalah usahawan kelompok iaitu satu usaha yang dihimpunkan untuk membuat satu perniagaan yang sama contohnya Usahawan Bergerak, Usahawan Pasar Rakyat Asnaf dan Usahawan Bazar Ramadhan dan yang kedua pula adalah projek berkelompok merupakan projek yang melibatkan asnaf yang miskin yang berkemahiran dan mereka diberikan gaji berdasarkan kerja yang berjaya mereka hasilkan.

Dalam pembangunan usahawan Lembaga Zakat Selangor memberikan peluang bagi menjalani berbagai projek latihan dalam usaha membudayakan usahawan. Antaranya kursus perintis usahawan dan kursus pemasaran. Malahan Lembaga Zakat Selangor turut mengahdakan kerjasama dengan agensi-agensi luar seperti Kolej Inspen dan Institusi Islam Malaysia. Oleh itu golongan asnaf dan masyarakat Islam sendiri haruslah mengambil peluang yang diberikan oleh Pusat Zakat Negeri bagi melahirkan ramai usahawan dan seterusnya dapat meningkatkan ekonomi keluarga masing-masing. Selain itu juga, golongan asnaf akan dapat berpeluang untuk menjana pendapatan dan menaik taraf hidup mereka sendiri.Kewajipan zakat merupakan suatu tanggungjawab yang membawa berkat dan memberi kesan yang berterusan bukan sahaja kepada mereka yang memerlukan, tetapi juga mereka yang menerimanya. Perlaksanaan zakat memberi kesan bukan sahaja kepada individu tetapi juga kepada seluruh lapisan masyarakat. Dengan adanya zakat yang dikeluarkan oleh mereka yang berkemampuan, mereka secara tidak langsung mereka akan membantu golongan yang memerlukan dan dapat menyucikan harta mereka itu sendiri. Hal ini telah dinyatakan dalam Surah An-Nur yang menerangkan tentang penyucian harta melalui pembayaran zakat oleh golongan yang berkemampuan.Zakat boleh dikatakan sebagai satu bentuk penyucian dan pembangunan rohani setiap muslim. Zakat juga bertindak sebagai satu mekanisme yang penting kepada sesebuah negara Islam bagi menjamin kemaslahatan rakyat seluruhnya kerana zakat mempunyai keupayaan dan kekuatan bagi menjamin kemiskinan dan menjamin keseimbangan jurang antara golongan kaya dan miskin melalui mekanisme agihan semula kekayaan dalam masyarakat.Pusat Zakat Negeri telah memperuntukkan sara hidup kepada golongan yang tidak mampu bekerja dengan sebab-sebab cacat anggota atau sebagainya. Saraan hidup ini hendaklah mencukupi untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan kesihaan. Malahan modal juga dberikan kepada golongan yang mampu bekerja tetapi tidak mempunyai modal untuk menjalankan pekerjaan. Kedua-dua peruntukkan ini diberi kadar yang mencukupi sesuai dengan keadaan ekonomi, masa, tempat dan keperluan fakir miskin itu. Modal pula hendaklah mencukupi kadar modal sesuatu projek yang hendak dijalankan.

Firman Allah S.W.T. bermaksud :katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dikalangan hamba-hamba-Nya, dan Dia juga yang menyempitkan bagi-Nya. Apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan mengantikannya dan Dia jugalah sebaik-baik pemberi rezeki.. (Saba :39)Agihan zakat yang cekap, sistematik dan berkesan terhadap kumpulan sasaran dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi. Kesannya juga dapat dilihat melalui agihan pendapatn yang lebih setara (jurang perbezaan pendapatan berkurang) dan penurunan kadar kemiskinan yang akhirnya dapat meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat. Walaupun zakat adalah ibadat yang wajib bagi umat Islam, kemampuan institusi mentranformasikannya kepada imej baru adalah nilai tambah yang baik dan menguntungkan Islam dan umatnya serta seterusnya dapat meningkatkan pembangunan ummah. Oleh itu inisiatif mengkomersialkan zakat atau memperkenalkan zakat perlu ditinjau daripada pandangan yang positif. Bahkan itu juga usaha tersebut perlulah dijalankan bermula dari sekarang untuk merialisasikan matlamat institusi zakat itu sendiri. Pelaburan wang zakat mungkin dianggap perkara baru dalam pengurusan zakat di negara ini. Walhal dengan itu, pusat zakat perlulah mengkaji lebih mendalam mengenai potensi dan kaedah perlaksaan mengikut perspektif Islam. Melalui aktiviti ini juga dapat mengembangkan dana masyarakat Islam yang bukan kecil jumlahnya untuk digunakan dalam kemaslahatan pembangunan ekonomi ummah. Selain itu juga, masyarakat awam perlu diberi penjelasan tentang konsep pelaburan wang zakat. Kefahaman ini penting agar tidak berlaku salah faham terhadap baitulmal ataupun pusat zakat dalam merancang dan menagihkan zakat secara telus, amanah dan adil saksama.

4.3.3 Program Pembangunan PendidikanZakat bukan sahaja berperanan dalam material tetapi bahkan juga dalam membentuk jati diri seseorang insan yang kurang berkemampuan. Hal ini kerana dalam pembangunan insan juga dapat mewujudkan pembangunan ummah yang berkualiti. Pembangunan ummah bukan sahaja bagi orang yang berkemampuan tetapi juga bagi seseorang yang kurang bernasib baik juga. Oleh itu, zakat memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan seseorang yang berpendidikan dan berdaya saing bagi sesebuah negara. Melalui zakat boleh mewujudkan kursus-kursus untuk memperkasakan asnaf fakir dan miskin.Setiap manusia dimanapun, memang memerlukan pendidikan. Hal ini kerana pendidikan adalah sangat penting. Apa lagi jika dikaitkan dengan kedudukan manusia sebagai hamba Allah dan merupakan khalifah Allah dimuka bumi, jika tanpa pendidikan manusia akan sulit berkembang sesuai dengan tuntutan fitrahnya dan akan ketinggalan. Dengan demikian pendidikan haruslah betul-betul diuruskan bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai ciri-ciri yang berkualiti serta memiliki akhlak yang baik supaya tidak menjadi beban kepada masyarakat sekitarnya. Peranan zakat untuk pendidikan memiliki visi jangka panjang, yakni bagi meningkatkan kualiti hidup umat Islam bagi menjamin akidah, pemikiran, ideologi, dan perilaku yang kurang baik dalam masyarakat.Sebagai contoh, Lembaga Zakat Selangor juga memberikan agenda utama dalam membantu asnaf miskin dari segi pendidikan. Malahan kepentingan ini bukan sahaja diterapkan kepada ibu bapa malahan dikalangan anak-anak agar meraka sedar bahawa hanya dengan adanya pendidikan dan ilmu mereka mampu mengubah hidup keluarga mereka agar tidak mewarisi kemiskinan dan tidak sentiasa dipandang rendah dan ditindas oleh sesetengah golongan.Dengan adanya program ini telah membuka peluang kepada anak-anak asnaf untuk belajar ke peringkat yang lebih tingi serta bebas dari buta huruf dan masa depan akan lebih cerah dan mampu membantu keluarga mereka pula. Keadaan ini membantu Negara dalam meningkatkan taraf ilmu anak-anak ansaf daripada dibelenggu kemiskinan keluarga. Selain itu, program ini juga membuka minda mereka untuk memberanikan diri untuk berdepan dengan masyarakat luar. Hal ini kerana, mereka sering ditindas sehingga takut untuk berdepan dengan dunia luar kerana merasa diri mereka hina untuk bergaul dengan masyarakat. Terdapat sesetengah masyarakat memperlekehkan golongan ini dan merendahkan mereka hanya kerana taraf kehidupan mereka yang miskin. Terdapat firman Allah yang menyatakan bahawasanya, ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya denganya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka ( dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan ingatlah Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (at-Taubah, 9:103).Contohnya, Lembaga Zakat Selangor telah meyediakan pendidikan dari pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan pusat kemahiran. Bantuan yang disediakan adalah membiayai yuran sekolah dan pusat pengajian, kelengkapan persekolahan, tusyen, komputer riba, wang sagu hati, pengangkutan dan sebagainya. Segala bantuan yang dilakukan adalah fisabilillah kerana Allah S.W.T.Pusat zakat di Malaysia ada memperuntukkan dana kewangan bagi membantu golongan asnaf dalam pendidikan mereka. Hal ini, kerana bagi memastikan kebajikan asnaf seiring dengan pembangunan ummah. Dengan adanya pendidikan ini golongan asnaf dapat meningkatkan kualiti dan jati diri mereka dan dapat mambantu keluarga mereka. Selain itu juga, dapat melahirkan golongan asnaf yang berketerampilan dan berdaya saing dengan pembangunan negara.

4.3.4 Program Pembangunan Institusi KeagamaanMaksud sebenar zakat iaitu menyuci dan penyuburan diri, ianya telah telah menjelaskan akan kepentingannya bagi seluruh umat Islam. Sejak zaman Rasulullah lagi telah wujudnya kepentingan zakat. Pada awalnya, pengagihan zakat dilakukan di dalam masjid pada zaman baginda. Keadaan ini diteruskan dan diperbaharui oleh para khalifah selepas kewafatan baginda. Selain itu, pembangunan institusi keagamaan juga bermula dengan peranan zakat itu sendiri. Hal ini kerana institusi keagamaan merupakan tempat seseorang untuk mengabdikan diri mereka kepada Allah S.W.T. Pembentukkan ummah yang cemerlang bermula daripada jati diri seseorang muslim itu sendiri. Maka dengan itu pusat zakat telah memperuntukkan dana dalam pembangunan institusi agama itu sendiri. Pembangunan institusi keagamaan ini adalah bertujuan untuk memberikan keselesaan untuk beribadat serta sebagai tempat untuk menyatupadukan umat Islam.Dalam peningkatan tersebut bukan sahaja berlaku dalam pembangunan ummah bahkan juga dapat menyatupadukan golongan umat Islam yang kini kian berpecah-belah. Nilai kemasyarakatan juga dapat dipupuk melalui kaedah pembangunan institusi keagamaan. Hal ini juga merupakan hasil daripada pembayaran zakat daripada umat Islam itu sendiri.Selain itu juga, zakat ini memainkan peranan yang penting dalam memastikan institusi keagamaan sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Melalui dana zakat yang dikumpulkan, pusat zakat boleh melakukan aktiviti dakwah khusus bagi umat Islam itu sendiri. Sebagai contoh aktiviti yang dilakukan oleh pusat zakat Selangor yang menyebarkan dakwah mengenai zakat kepada seramai mungkin umat Islam di Selangor agar mewujudkan ummah yang arif tentang ibadah zakat khususnya. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah operasi masjid, ceramah dan forum, program bersama jemaah haji, dan sebagainya.Melalui ceramah dan forum, seseorang individu atau umat Islam itu sendiri akan dapat mengetahui bagaimana hukum-hakam mengenai zakat itu sendiri. Sebagai contoh, pusat zakat Selangor ini sendiri mengadakan ceramah secara purata sebanyak 15 kali dalam tempoh seminggu. Ceramah juga diadakan termasuklah melalui media seperti radio dan televisyen, masjid dan surau, kilang-kilang, pejabat kerajaan dan swasta, pusat membeli-belah serta taman-taman perumahan. Di samping itu juga, beberapa aktiviti forum berjaya diadakan dengan kerjasama surau, masjid dan majlis perumahan yang terpilih. Pembacaan khutbah tentang zakat telah dilaksanakan di masjid-masjid terpilih dan disampaikan oleh khatib-khatib masjid serta khatib daripada Lembaga Zakat Selangor. Selain itu, satu khutbah juga ditulis khas untuk dibaca bersemperna bulan Disember dan ramadhan. Disamping itu Lembaga Zakat Selangor telah melatih 15 khatib yang terdiri daripada kakitangan Lembaga Zakat Selangor. Latihan yang diberikan telah berjaya menjadikan khutbah zakat itu disampaikan dengan baik dan berjaya menarik perhatian jemaah solat Jumaat.Program ini merupakan program tahunan yang dijalankan oleh Lembaga zakat Selangor dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji. Sebanyak 10 ceramah diadakan khursus untuk bakal jemaah haji. Setiap ceramah memberi penekanan terhadap qadar zakat dan juga wasiat untuk menzakatkan harta sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini ketika ditanah suci. Sepanjang ceramah berlangsung sebanyak 5000 risalah telah diedarkan kepada bakal haji.Skuad Dakwah Zakat berperanan sebagai pasukan pemasaran bagi menyebarkan maklumat zakat yang merangkumi aspek kutipan dan agihan keseluruh negeri. Disamping itu juga ia berperanan sebagai salah satu medium dakwah zakat. Dengan menggunakan tema Sahabat Zakat Prihatin, Skuad Dakwah Zakat telah meletakkan sasaran program kepada seluruh umat Islam di negeri Selangor terutamanya. Ia dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu skuad kutipan dan skuad agihan.Tujuan pembangunan institusi agama seperti surau, sekolah dan surau sekolah di seluruh Selangor. Ini bertujuan bagi menjamin kebajikan dan keselesaan, di samping mengatasi pemasalahan struktur bangunan, kerosakan agar pembinaan institusi agama dapat dilaksakan dengan sempurna. Bukan itu sahaja, malah pembinaan dan baik pulih institusi agama ini akan dipantau supaya menepati spesifikasi pembinaan, agar kualiti pembinaan benar-benar terjamin dengan keselesaan umat Islam. Sebagai contoh, dana agihan zakat dibawah program pembangunan Lemabaga Zakat Selangor telah membelanjakan hampir RM15 juta untuk bantuan seperti peralatan masjid atau surau dan sekolah agama serta bantuan pembinaan masjid dan surau, sekolah agama dan institusi agama luar negara.Selain itu, antara asrama anak-anak ansaf fakir dan miskin yang didirikan oleh Lembaga Zakat Selangor bagi menangani keciciran pendidikan anak-anak ansaf fakir dan miskin khursusnya diperingkat umur 8 hingga 12 tahun. Lembaga Zakat Selangor juga telah membina sebuah kompleks asrama pusat yang boleh menempatkan 200 orang anak-anak ansaf fakir dan miskin di Klang.

4.3.5 Program Peningkatan Modal InsanManakala melalui program ini pula adalah diterapkan elemen keseimbangan dunia dan akhirat dijiwa asnaf. Walaupun mereka miskin harta diharapkan mereka kaya dengan jiwa. Pelbagai program, kursus dan latihan kemahiran disediakan untuk mereka. Setiap program, kursus dan latihan yang disediakan mempunyai kumpulan sasar tertentu iaitu anak-anak fakir miskin, warga emas, ibu bapa, ibu tunggal, bapa tunggal, belia, pelajar dan juga mahasiswa/i. Program-program ini seharusnya diteruskan dan melalui program yang dijalankan akan banyak melahirkan insan-insan yang cemerlang.Kaedah ini membantu, membina dan membanggunkan kaum dhuafa yang lemah dengan harta sekadar untuk memenuhi keperluan asas. Dengan keadaan tersebut mereka mampu melaksanakan kewajibannya terhadap Allah S.W.T. Membanteras penyakit iri hati, dengki dan benci dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana supaya golongan ansaf tidak melakukan perkara yang bertentangan untuk mendapatkan kekayaan dan kehidupan yang lebih baik. Dengan adanya zakat membantu mereka untuk tidak melakukan perkara seperti mencuri, merompak untuk memperbaiki kehidupan mereka.Program ini pada asalnya wujud untuk mengimbangi hubungan sosial masyarakat antara manusia. Wujudnya sistem kemasyarakatan Islam yang terdiri atas prinsip-prinsip Ummat Wahidan (umat yang satu), Musawah (persamaan darjat dan kewajipan), Ukhwah Islamiyah (persaudaraan Islam) dan Takaful Ijtima (tanggungjawab bersama). Menjadi unsur penting dalam mewujudkan keseimbangan dalam distribusi (pengagihan) harta dan keseimbangan individu dalam masyarakat.Selain itu, ianya mewujudkan tatamasyarakat yang sejahtera dimana hubungan seseorang dengan yang lainnya menjadi rukun, damai dan harmoni yang akhirnya dapat menciptakan situasi yang tenteram. Akhirnya sesuai dengan janji Allah S.W.T, akan terciptalah sebuah masyarakat yang baldatun thoyibatun wa Rabbun Ghafur. Program yang dilaksanakan dalam pusat zakat biasanya akan menerapkan elemen keseimbangan dunia dan akhirat didalam jiwa asnaf itu sendiri. Walhal dengan itu juga akan melahirkan seseorang atau individu yang mempunyai jiwa yang mulia dan tidak mementingkan diri sendiri.

Peranan zakat secara tidak langsung adalah mengenai penyucian jiwa yang akan mengaitkan dengan persoalan akhlak. Imam Al-Ghazali mendefinisikan bahawa akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa yang menimbulkan pelbagai bentuk perbuatan dengan mudah, tanpa memerlukan pemikiran dan perbincangan.Contohnya, Lembaga Zakat Selangor bertanggungjawab memastikan tiada ansaf yang mengalami masalah tempat tinggal, nafkah, sara hidup serta mendapat peluang pendidikan sebagaimana orang lain. Sehubungan dengan itu, pelbagai bentuk bantuan ihsan telah disediakan bertujuan untuk memenuhi keperluan asasi dan sekali gus membolehkan ansaf tersebut menjalani kehidupan yang lebih seimbang. Pada setiap tahun Lembaga Zakat Selangor telah membelanjakan hampir RM50 juta wang zakat dibawah program ini, antara bantuan yang diberikan termasuklah bantuan bina/baik pulih/sewa rumah, caruman skim perlindungan takaful untuk fakir miskin, untuk bantuan makanan dan kewangan bulanan, ramadhan dan hari raya, bantuan kecemasan/dan perubatan, bantuan untuk program semperna Hari Kebesaran Islam, hari keluarga, gotong-royong dan ziarah. Program ini diwujudkan khursus untuk asnaf miskin dan fakir sebagai usaha untuk melahirkan golongan ansaf yang berkeyakinan, berdaya saing dan berilmu melalui program-program yang berbentuk rohani, jasmani dan motivasi yang seimbang didunia dan akhirat. Sebagai contoh, Lembaga Zakat Selangor membelanjakan hampir RM8 juta wang zakat dibawah program ini yang diadakan dengan mensasarkan peserta terdiri daripada warga emas, ibubapa, ibu tunggal, bapa tunggal, belia, pelajar dan juga mahasiswa/i. keberkesanan modul program pembangunan ini juga sentiasa dipantau bagi memastikan hasrat untuk mengeluarkan 10% kemiskinan eletif dengan pelbagai aktiviti disusun sepanjang tahun.Contohnya, Desa Ihsan dan Desa Kasih adalah sebuah pendapatan kelompok ansaf fakir atau miskin yang diwujudkan sejak tahun 1998 di beberapa daerah negeri Selangor. Terdapat hamper 500 unit rumah telah dibina berbentuk rumah sebuah dan kembar. Mereka yang terpilih mendiami pendapatan adalah mereka yang tidak mempunyai tanah untuk mendirikan rumah dan mempunyai tanggungan yang ramai.

Rumah perlindungan orang tua diwujudkan untuk penempatan warga emas yang kurang bernasib baik atau tersisih dari keluarga kerana dibelenggu kemiskinan. Selain tempat perlindungan mereka juga diberi pengisian rohani dan jasmani untuk memanfaatkan usia tuanya kepada perkara yang baik. Antara pengisian rohani yang diberikan kepada golongan ini seperti fardu ain dan fardu kifayah untuk memenuhi masa lapang dan ini merupakan tuntutan agama yang wajib dipelajari oleh semua umat Islam tidak kira tua atau muda.

5.0 KESIMPULAN ATAU CADANGANKesimpulanya, zakat memainkan peranan yang penting dalam institusi pembangunan ummah di Malaysia. Oleh itu, kerajaan Malaysia seharusnya menitik beratkan mengenai zakat dalam ekonomi negara. Sebagai langkah untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam, pemimpin seharusnya memainkan peranan penting dalam merialisasikan matlamat tersebut.Baitulmal juga seharusnya dititik beratkan dalam sesebuah negara Islam. Melalui institusi baitulmal ini akan memastikan kepentingan zakat diperolehi oleh masyarakat Islam itu sendiri bagi menjamin kesejahteraan ummah di Malaysia. Baitulmal seharusnya mengambil tahu atau mengenal pasti dengan lebih terperinci mengenai golongan asnaf yang memerlukan bantuan zakat supaya tidak ada golongan asnaf yang tercicir. Selain itu juga, sebagai cadangan institusi masjid juga boleh menguruskan permasalahan zakat yang berlaku dalam masyarakat Islam sekarang ini. Hal ini juga, berikutan masalah kebanyakkan golongan asnaf yang sudah uzur dan kurang berkemampuan untuk mendapat bantuan daripada institusi zakat. Dengan wujudnya institusi masjid sebagai tempat pungutan zakat akan dapat memastikan golongan asnaf yang kurang berkemampuan terbela nasibnya.Walau bagaimanapun, golongan yang berkemampuan seharusnya diberikan kesedaran untuk mengeluarkan zakat kerana pada masa kini ramai golongan yang tidak mahu mengeluarkan zakat. Selain itu juga golongan ini kurang ilmu agama dan tidak mengetahui hukum hakam mengeluarkan zakat. Seperti yang diketahui zakat merupakan ibadat yang wajib dikeluarkan oleh umat Islam terutamanya yang berkemampuan. Oleh itu, institusi zakat perlulah memainkan peranan yang penting bagi memastikan golongan ini mengeluarkan zakat.Manakala bagi golongan yang kurang berkemampuan seharusnya tidak merasa selesa dengan bantuan yang diberikan oleh pusat zakat negeri. Mereka perlulah menggunakan zakat yang diterima dengan sebaik-baiknya. Selain itu juga, mereka perlulah memastikan ekonomi keluarga mereka dapat berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya dan mereka pula berupaya untuk mengeluarkan zakat. Hal ini kerana, tangan diatas lebih mulia dari tangan di bawah. Golongan ini juga tidak seharusnya selalu mengharapkan bantuan semata-mata. Dalam agama Islam juga menerapkan nilai murni seperti berusaha untuk memajukan kehidupan keluarga mereka sendiri.

6.0 RUJUKANwww.ukm.my/hairun/.../paper-zakat-zahri-usm.dochttp://www.jurnal-ekonomi.org/definisi-infaq-shadaqah-dan-zakat/http://www.slideshare.net/meppie/taSAWwuf-dan-ummahhttp://www.izakat.com/index.php?option=com_content&view=article&id=105%3Aperanan-zakat-dalam-pembangunan-ekonomi&catid=31%3Atazkirah&Itemid=52&lang=bmhttp://www.e-zakat.com.my/artikel/3161/print/http://www.izakat.com/index.php?option=com_content&view=article&id=105%3Aperanan-zakat-dalam-pembangunan-ekonomi&catid=31%3Atazkirah&Itemid=52&lang=bmhttp://www.e-zakat.com.my/terkini/peranan-lzs-menangani-kemiskinan/http://y-peramu.blogspot.com/2008/06/peran-zakat-dalam-pertumbuhan-sosial.html

7.0 LAMPIRANi. artikel surat khabar

ASAS EKONOMI ISLAM (BPE 2033)Page 6