konsep budi bahasa dalam masyarakat malaysia

17
BAB 1: KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA NAMA AHLI: NURUL SYAZWANI BINTI NAJIB FATHIN NABILAH BINTI HAMIDI

Upload: demolish-wolf

Post on 12-Apr-2017

1.224 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia

BAB 1:KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

NAMA AHLI: NURUL SYAZWANI BINTI NAJIB FATHIN NABILAH BINTI HAMIDI

Page 2: Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia

PENGERTIAN BUDI

Perkataan budi berasal daripada kata Sanskrit iaitu Buddhi yang bermaksud bijak, pekerti baik dan mulia.

Pengertian ini merujuk kepada tingkah laku manusia yang baik, mulia dan memberikan kebaikan kepada orang lain.

Hal ini bersesuaian dengan maksud budi yang ditakrifkan oleh Zaidi Daud(1996) iaitu sifat yang menggambarkanperibadi insan yang mulia.

Page 3: Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia

Kamus Dewan (2005)

Budi ialah akal dan kebijaksanaan,atau perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak atau sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara daya upaya yang baik.

Membawa maksud budi ialah kebaikan atau kebijaksanaan yang dilakukan oleh seseorang individu atau kumpulan terhadap individu atau kumpulan lain.

Page 4: Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia

Islam

Budi ialah adab, sopan santun yang menggambarkan seseorang yang berakhlak dan beriman.

Akhlak mulia penting dalam menjalani kehidupan di dunia.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Paling dekat dengan aku kedudukannya pada hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya”. (Riwayat Ar-Ridha)

Page 5: Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia

Imam Al-Ghazali (2002)

Budi pekerti berasaskan kepada pertimbangan akal, hawa nafsu dan marah.

Keseimbangan ketiga-tiga aspek ini sangat penting untuk mencernakan budi yang baik kepada seseorang individu.

Budi lahir daripada pertimbangan akal yang baik, seterusnya akan menjelmakan tabiat, akhlak atau watak yang terpuji.

Page 6: Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia

Mustapa Haji Daud (1995)

Apabila ditambah dengan awalan “ber” ,emjadi berbudi atau “man” di akhirnya menjadi budiman akan membawa maksud seseorang yang mempunyai budi bahasa, adab sopan, bersungguh-sungguh dalam pekerjaan, mempunyai daya ikhtiar yang tinggi, matng, bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan & banyak menabur bakti.

Merangkumi aspek pertuturan, tingkah laku, dan pemikiran yang berakhlak mulia dan terpuji.

Page 7: Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia

Mayarakat Melayu

Budi membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain.

Budi ialah satu sifat atau perbuatan yang merujuk kepada perbuatan yang menyenangkan hati orang lain.

Budi utu baik dari segi tenaga dan material, mestilah diberikan dengan ikhlas jika ingin diberkati Allah SWT. Orang yang menerima budi tidak dituntut untuk membalas budi yang diterima, memadai budi diterima dengan penuh ikhlas dan kesyukuran.

Page 8: Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia

PENGERTIAN BAHASA

Bahasa ialah sIstem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, percakapan yang baik dan sopan santun.

Setiap bangsa mempunyai system lambing bunti ang berbeza dengan bangsa-bangsa lain.

Sistem ini menjadi medium komunikasi masyarakat dalam menjalani kehidupan, menjadi identiti bangsa itu sendiri & terus akan diperturunkan kepada generasi seterusnya.

Kamus Dewan (2002)

Page 9: Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia

Ferdinand de Saussure (1960)

Bahasa merupakan satu system isyarat abstark yang mempunyai struktur tertentu yang digunakan untuk berinteraksi dalama masyarakat.

Pertuturan merupakan hasil perlakuan bahasa untuk melahirkan perasaan.

Sistem isyarat yang digunakan dalam sesuatu masyarakat bergantung kepada sosiobudaya, politik, kepercayaan dan nilai yang didukung dalam sesuatu masyarakat.

Page 10: Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia

Noam Chomsky (1957)

Bahasa mengandungi satu set ayat yang tidak terhingga dan tidak terbatas yang terbentuk daripada unsur bahasa yang dikenali sebagai fonem.

Setiap bahasa mempunyai susunan tertentu sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, tatabahasa atau sintaksis yang dikatakan bersistem.

Penting untuk membolehkan penyampaian idea, fikiran , gagasan dan pendapat dengan berkesan dan bermakna.

Page 11: Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia

Asmah Hj. Omar (1986)

Bahasa merupakan bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia.

Mempunyai susunan tertentu sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, sususnan perkataan, tatabahasa atau sintaksis

Mempunyai bentuk-bentuk tertentu seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat yang bersistem dan sistematik yang akan menghasilkan.

Bahasa ialah kebolehan semula jadi manusia dalam bentuk satu system symbol bunyi suara yang arbitrari.

Page 12: Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia

Raminah Hj Sabran & Rahim Syam(1985)

Bahasa sebagai alat untuk menyatakan perasaan, pendapat , fikiran dan sebagainya.

Selaras dengan pengertian yang diberikan oleh Edward Sapir : Bahasa ialah suatu system lambang pertuturan yang digunakn oleh manusia secara arbitrari .

Begitu juga dengan Raja Mukhtaruddin: Bahasa ialah suatu system lambing-lambing peruturan yang arbitrary yang digunakan olen ahli-ahli masyarkat.

Page 13: Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia

Lutfi Abas (1985)

Bahasa ialah data yang dianalisis dalam linguistik.

Bahasa ialah suatu system symbol-symbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, dipersetujui bersama, dipelajari oleh sekelompok manusia dan dengan simbol-simbolnya manusia itu berkomunikasi.

Simbol-symbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi itu merupakan gabungan vocal dan konsonan yang disusun secara sistematik dan berperaturan.

Page 14: Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia

CIRI-CIRI BAHASA

Bersistem dan sistematik: bahasa mempunyai peraturan-peraturan atau pola-pola tertentu yang perlu dipatuhi. Pada umumnya bahasa terdiri daripada dua sisem iaitu system bunyi dan system makna.

Arbitrari: bahasa yang wujud dalam masyarakat tidak mempunyai peraturan khusus yang dapat mengatur pembentukan kata-kata atau makna yang diberikan dalam sesuatu bahasa. Mekanisme yang ada hanyalah kesepakatan yang diterima bersama-sama dalam masyarakat itu saja.

Vokal: bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi bersifst lisan (vokal). Simbol: bunyi yang diucapkan oleh seseorang hasil daripada penggabungan

symbol-symbol atau lambing bahasa yang disusun secara sistematik. Simbol-symbol itu akan dapat dilihat apabila bahasa itu diungkapkan secar bertulis dan mempunyai makmna yang disepakati bersama.

Alat komunikasi: manusia menggunakan bahasa untuk berinterkasi dalam kehidupan seharian.

Dinamis: sesuatu bahsa akan terus mengalami perubahan dan perkembangan mengikut peredaran zaman.

Page 15: Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia

PENGERTIAN BUDI BAHASA

Budi bermaksud kebaikan yang dilakukan oleh seseorang individu & bahasa bermaksud sistem lambing bunyi suara yang digunakan dlam perhubungan.

Pengertian budi bahasa meliputi tutur kata, tingkah laku, pemikiran dan perasaan seseorang individu atau masyarakat.

Orang yang berbudi bahasa dikenali sebagai budiman.

Kamus Elektronik Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Budi bahasa merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni.

Nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia adalah nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat rasmi dan kebudayaan.

Page 16: Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia

Berbudi bahasa membawa erti berbudi melalui bahasa atau bahasa sebagai budi. Pengertiannya termasuk berbudi dengan harta, membantu dengan tulang empat

kerat, memberi nasihat, memberi buah fikiran yang bernas, dan bermanis muka. Penting bagi menjamin keharmonian bangsa yang pelbagai kaum. Menyedar kepentingannya, kerajaan menganjurkan kempen Budi Bahasa Amalan

Kita pada tahun 2005.

Islam

Budi bahasa bermaksud akhlak atau peribadi yang mulia. Akhlak yang mulia dinilai daripada tutur kata yang baik.

Nabi SAW bersabda: “Apabila kamu saling berjumpa, maka saling mengucap salam dan bersalam-salaman, dan apabila berpisah maka berpisahlah dengan ucapan istighfar”

Pujian Allah terhadap akhlak nabi: “ Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang mulia”

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berbicara dengan baik atau diam saja”

Page 17: Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia

Agama Buddha

Nilai berbudi bahasa mempunyai kedudukan yang tinggi. “Words have the power to both destroy and heal. When words are both true and kind, they can change our world”.

Ajaran Knfiusus menekakankan konsep 5 hubungan dikenali sebagai Wulan yang mementingkan hubungan yang harmonis antara raja dan menteri, ayah dengan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik & kawan dengan kawan.

Lima hubungan tersebut akan terjalin sekiranya wujud nilai berbudi bahasa antara satu sama lain.

Agama Hindu

Nilai ini dalam sistem kekeluargaan sangat dititikberatkan bagi mewujudkan perpaduan yang erat.

Nilai ini berteraskan kepada aspek ashrama dharma iaitu tahap yang harus dilalui oleh manusia dan aspek purusharta yang merangkumi 4 objektif mulia iaitu aramldharma, porullartha, inbamlkama dan vidulmoksha yang berasaskan moral dan etika berbudi bahasa dalam kehidupan.