konsep masyarakat

41
KONSEP MASYARAKAT Disediakan oleh: A.Khairul Haleem, Mohd Raimi dan Abdul Radhi

Upload: sonny-bill-hasan

Post on 21-Jun-2015

403 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep masyarakat

KONSEP MASYARAKAT

Disediakan oleh:A.Khairul Haleem, Mohd Raimi dan Abdul Radhi

Page 2: Konsep masyarakat

Takrif MASYARAKAT (KN) menurut tokoh-tokoh dan kamus

• Masyarakat menurut definisi Kamus Dewan (2005) ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.

Page 3: Konsep masyarakat

• Masyarakat didefinisikan sebagai komuniti manusia yang tinggal bersama-sama di suatu tempat dengan cara dan ukuran tertentu dari segi bahasanya, manakala sudut istilah pula menerangkan bahawa, masyarakat merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup dan keseluruhan hubungan sosial. Masyarakat juga menggambarkan rakyat sesebuah negara.

Page 4: Konsep masyarakat

• Masyarakat boleh juga didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama-sama (dari sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu ) atau pergaulan hidup. (Bangsa pula ialah jenis manusia daripada satu asal keturunan atau kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan)

Page 5: Konsep masyarakat

• Selo SoemardjanMasyarakat adalah orang-orang yang hidup bersama, yang menghasilkan kebudayaan.

• J.L Gillin dan J.P GillinMasyarakat adalah kelompok manusia yang terbesar dan mempunyai kebiasaan, tradisi, sikap, dan perasaan persatuan yang sama.

Page 6: Konsep masyarakat

• Ralph LintonMasyarakat adalah setiap kelompok manusia yang hidup dan bekerjasama yang cukup lama sehingga mereka dapat mengatur diri sendiri dan menganggap diri mereka sebagai satu kesatuan sosial dengan batas-batas yang telah digariskan dengan jelas.

• Anne AhiraMasyarakat merupakan sekelompok orang yang membentuk suatu sistem yang semi tertutup ataupun semi terbuka, yang mana interaksi sebagian besar adalah antara perseorangan yang berada di dalam kelompok masyarakat tersebut.

Page 7: Konsep masyarakat

• Emile DurkheimMasyarakat adalah suatu sistem yang dibentuk daripada hubungan antara anggota sehingga menampilkan suatu realiti tertentu yang mempunyai ciri-cirinya sendiri.

• Karl Marx Masyarakat adalah suatu struktur yang menderita suatu ketegangan organisasi atau perkembangan akibat adanya pertentangan antara kelompok-kelompok yang terbahagi secara ekonomi.

Page 8: Konsep masyarakat

• M.J HerskovitsMasyarakat adalah kelompok individu yang diorganisasikan dan mengikuti satu cara hidup tertentu.

Page 9: Konsep masyarakat

Takrif MASYARAKAT (K.Terbitan)• bermasyarakat: merupakan (hidup sebagai satu) masyarakat, menggabungkan

diri.Tabiat manusia berkehendakkan hidup bermasyarakat.

• memasyarakatkan: memperkembang dan menyebarkan sehingga meresap ke dalam masyarakat, menjadikan tersebar/terkenal di kalangan masyarakat, meluaskan pengetahuan tentangnya atau penggunaannya di kalangan masyarakat.DBP terlibat langsung dalam usaha memasyarakatkan bahasa melalui penerbitan.

• kemasyarakatan: keadaan masyarakat, yang berkaitan dengan masyarakat.Penting juga kita mengetahui sejarah dan kemasyarakatan tempat puisi itu dilahirkan.

• pemasyarakatan: proses atau usaha memasyarakatkan.Tentu saja pemasyarakatan bahasa di kedua-dua negara ini akan lebih cepat dan berkesan dengan penerbitan kamus ini.

Page 10: Konsep masyarakat

Takrif MASYARAKAT (K.Majmuk)

• masyarakat majmuk: masyarakat yang terdiri daripadabeberapa bangsa (kumpulan etnik, suku bangsa dsb).

• sampah masyarakat: orang yang tidak berguna dalam sesuatu kumpulan manusia.

Page 11: Konsep masyarakat

• Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka (dua hala). Daripada pergaulan ini, terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti kegiatan gotong royong, berkumpul menyambut pembesar yang datang berkunjung, menghadiri kenduri majlis perkahwinan, membantu mereka yang ditimpa malapetaka atau menziarahi jiran yang sakit tenat atau yang telah meninggal dunia.

Page 12: Konsep masyarakat

• Bermula dengan beberapa anggota manusia yang saling berinteraksi membentuk sebuah masyarakat dan kemudiannya terwujudlah budaya masyarakat yang dipersetujui. Setiap masyarakat pula mempunyai budayanya yang tersendiri.

• Sebagai contoh, masyarakat melayu kampung di kawasan luar bandar Malaysia telah wujud berpuluh abad lamanya sebelum kedatangan pengaruh asing seperti pedagang, imigran dan penjajah.

• Masyarakat melayu luar bandar yang paling baru terbentuk ialah pada tahun 1956 ialah perkampungan FELDA seterusnya merujuk kepada masyarakat FELDA.

Page 13: Konsep masyarakat

• Para sarjana sains sosial dan kajian kemanusiaan telah menegaskan bahawa kebudayaan tidak wujud jika tidak ada masyarakat.

• Pendapat ini berasaskan fakta sejagat bahawa manusia sebagai anggota masyarakat telah bertanggungjawab mencipta, mengubah, menokok dan melestarikan budaya, dan telah menurunkannya daripada generasi kepada generasi untuk jutaan tahun dalam peradaban manusia sedunia.

Page 14: Konsep masyarakat

• Proses mewariskan budaya melibatkan interaksi dua generasi : 1. Generasi yang menurunkan budaya.2. Generasi yang menerima budaya.

Page 15: Konsep masyarakat

• Generasi yang menurunkannya ketika menerima budaya tersebut telah pun mengubahsuaikannya secocok dengan keadaan persekitaran sosial dan fizikal semasa mereka.

• Begitu jugalah yang dilakukan oleh generasi yang menerima, iaitu anak-anak mereka pun turut mengubah suai budaya yang mereka terima berasaskan situasi sosial dan fizikal semasa.

• Dengan cara inilah, sesuatu budaya terus menerus diperturun, diubah suai dan dilestarikan sepanjang zaman, yang selanjutnya menjadi asas pembinaan sesebuah tamadun besar seperti di Mesir, negara China, India atau di wilayah yang lain.

Page 16: Konsep masyarakat

• Masyarakat yang berbudaya berkembang dengan menurunkan dua bentuk budaya :

1. Budaya material seperti pakaian, senibina, seniukir, persenjataan, permainan dsb.2. budaya bukan material sepeti sistem kepercayaan dan agama, falsafah dan kesusasteraan, dan pemikiran sains serta kemampuan mencipta teknologi.

Page 17: Konsep masyarakat

• Paduan kedua-dua komponen budaya inilah yang menjadi pemacu kepada perkembangan dan kemajuan sesebuah masyarakat.

• Penglibatan setiap anggota masyarakat diperlukan bukan setakat untuk mengatur kehidupan berlandaskan undang-undang, sistem politik, ekonomi dan pentadbiran tetapi juga dari segi nilai, norma, emosi dan semangat mencintai masyarakat atau sesebuah negara, yang seterusnya pula mengandungi pelbagai rupa bentuk masyarakat.

Page 18: Konsep masyarakat

Konsep masyarakat itu berlaku atas sebab:

• Manusia secara fitrah hidup secara berkumpulan dan manusia memahami hakikat kehidupan memerlukan hidup bermasyarakat demi kelangsungan hidup.

Page 19: Konsep masyarakat

Ciri-ciri utama MASYARAKAT

• Berkelompok• Berbudaya• mengalami perubahan• Berinteraksi (dalaman dan dengan pihak luar)• mempunyai kepimpinan• mempunyai aturan sosialnya

Page 20: Konsep masyarakat

• Malaysia terdiri daripada masyarakat yang ‘multiracial’ dan ‘multiculture’ yang mempunyai asas-asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral, dan mendokong cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa.

Page 21: Konsep masyarakat

• Melalui konsep negara bangsa ini, semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama yang di menifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri.

Page 22: Konsep masyarakat

KonsepMasyarakat Melayu

Page 23: Konsep masyarakat

• Terdapat beberapa takrifan mengenai ‘Melayu’ dan juga asal istilah Melayu.

• Definisi ‘Melayu’ itu terbahagi kepada definisi istilah awal Melayu, definisi daripada segi etimologi dan definisi berdasarkan bangsa.

Takrif Melayu

Page 24: Konsep masyarakat

Menurut Perlembagaan Malaysia telah memberikan takrif yang jelas terhadap makna Orang Melayu. Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan telah menakrifkan orang Melayu sebagai:

• Seorang yang beragama Islam.• Bertutur Bahasa Melayu.• Mengamalkan Adat istiadat Melayu.• Lahir sebelum hari merdeka sama ada di

Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Definisi ‘MELAYU’ dalam Perlembagaan Persekutuan

Page 25: Konsep masyarakat

Definisi ‘MELAYU’ menurut UNESCO

• Istilah ‘Melayu’ digunakan UNESCO untuk merujuk suku bangsa Melayu di Semananjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagascar.

Page 26: Konsep masyarakat

Definisi ‘Melayu’ mengikut Perlembagaan Negeri Johor

• ‘Orang Melayu yang terdiri daripada individu yang mengamalkan agama Islam, lahir di Johor atau di kepulauan Melayu, bercakap atau berbahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Page 27: Konsep masyarakat

Perlembagaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Bahagian 140

• Orang Melayu ialah orang yang mengamalkan agama Islam, adat istiadat Melayu, berbahasa Melayu serta mengamalkan kebudayaan Melayu.

Page 28: Konsep masyarakat

Definisi ‘Melayu’ oleh Wemdly

• Perkataan Melayu berasal daripada perkataan ‘Melaju’. Perkataan ini berasal daripada kata dasar ‘laju’ yang diertikan cepat, deras dan tangkas. Oleh itu, orang Melayu disifatkan sebagai tangkas dan cerdas.

Page 29: Konsep masyarakat

‘Melayu’ dari sudut pandang Hollander

• Melayu ialah orang yang suka mengembara atau menjelajah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Page 30: Konsep masyarakat

Definisi Omar Amir Husin

• Perkataan Melayu berasal dari satu daerah di negeri Persia yang bernama Mahaluyah. Penduduk Mahaluyah telah mengembara ke Asia Tenggara lalu menetap di Sumatera dan di kepulauan sekitarnya.

Page 31: Konsep masyarakat

Kesimpulannya, • Masyarakat Melayu adalah salah satu

komponen daripada bangsa Malaysia. • Masyarakat Melayu ini juga merupakan kaum

terbesar dan mendominasi politik negara boleh didapati menghuni di semenanjung Malaysia dan Kepulauan Borneo (Sabah dan Sarawak).

Page 32: Konsep masyarakat

• Walaupun Perlembagaan Persekutuan mendefinisikan ’Melayu’ sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan menjalankan atau mengamalkan adat-istiadat Melayu. Tetapi dari segi definisi budaya (cultural definition), ‘Melayu’ itu merangkumi seluruh penduduk pribumi di Nusantara yang dikenali sebagai bangsa serumpun yang tidak mengira agama, bahasa, dan adat istiadat masing-masing yang diikuti oleh masing-masing kelompok serumpun tersebut.

Page 33: Konsep masyarakat

• Kepelbagaian etnik-etnik seperti Minangkabau, Jawa, Aceh, Bugis dan sebagainya, yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan mengikuti adat-istiadat Melayu, semuanya dianggap sebagai orang Melayu. Bahkan orang bukan pribumi yang berkahwin dengan orang Melayu dan memeluk agama Islam juga diterima sebagai orang Melayu.

Page 34: Konsep masyarakat

Sistem Ekonomi Masyarakat Melayu

• Bagi orang Melayu yang tinggal di desa, majoriti mereka menjalankan aktiviti pertanian dan menangkap ikan. Aktiviti pertanian termasuk mengusahakan tanaman padi, kelapa sawit, kelapa, dan tanaman campuran (mixed farming).

• Orang Melayu yang tinggal di kota kebanyakannya bekerja sebagai pekerja di sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan lain-lain. Penguasaan ekonomi dan pemilikan ekuiti dalam kalangan orang Melayu dikatakan masih rendah jika dibandingkan dengan penguasaan ekonomi oleh kaum lain, terutamanya orang Cina.

• Tetapi pada waktu ini, kita dapat melihat sudah ramai cerdik pandai dalam bidang korporat dan perniagaan ini berjaya dihasilkan yang sedikit banyak membantu untuk tidak terus tercicir dengan kaum lain.

Page 35: Konsep masyarakat

Agama dan Kepercayaan Masyarakat Melayu

• Ada beberapa pendapat yang mengatakan sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu mengamalkan kepercayaan Animisme memandangkan alam semula amat rapat dengan masyarakat ini.

• Setelah itu kedatangan pengaruh Hindu/Sanskrit telah sedikit banyak banyak meresap dalam amalan adat dan bahasa Orang Melayu, malah sehingga hari ini amalan berunsur Hinduisme masih boleh dilihat walaupun hampir seluruhnya masyarakat ini telah beragama Islam.

Page 36: Konsep masyarakat

Adat Istiadat Masyarakat Melayu

• Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur tempatan dan pengaruh luar kesan daripada kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu.

• Pada waktu sekarang, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dibenarkan. Melalui principle of co-existence ini orang Melayu dapat menyesuaikan adat dan agama secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek tertentu yang bertentangan tapi terus diamalkan.

Page 37: Konsep masyarakat

Kesenian Masyarakat Melayu

• Dalam masyarakat Melayu, seni dapat dibagi menjadi dua: 1. Seni persembahan (tarian, nyanyian, persembahan pentas

seperti makyong, wayang kulit, ghazal, hadrah, kuda kepang).

2. Seni tampak (seni ukir, seni bina, seni hias,pertukangan tangan, tenunan, anyaman dll).

• Permainan tradisi seperti gasing, wau, congkak, juga termasuk dalam kategori seni persembahan. Kegiatan seni Melayu mempunyai identiti dan makna tersendiri yang juga memperlihatkan gabungan berbagai-bagai unsur tempatan dan luar.

Page 38: Konsep masyarakat

Sistem Kekeluargaan Masyarakat Melayu

• Dari segi kekeluargaan, masyarakat Melayu dibagikan kepada dua kelompok:

1. Menerapkan sistem kekeluargaan dwisisi (bilateral)2. Menerapkan sistem kekeluargaan nasab ibu (matrilineal), yang

digunakan oleh orang Minangkabau Malaysia.

• Tetapi disebabkan kedua-dua kelompok tersebut menganut agama Islam, maka sistem kekeluargaan Melayu itu banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan Islam.

• Orang Melayu melakukan perkahwinan monogami dan poligami. Bentuk perkawinan endogami (pipit sama pipit, enggang sama enggang), eksogami juga terjadi, malah di sesetengah tempat ia diutamakan. Perkawinan campur juga wujud walaupun tidak banyak berlaku. Semua perkawinan Melayu dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang perkawinan Islam.

Page 39: Konsep masyarakat

Pendidikan Masyarakat Melayu

• Sebelum era penjajahan, orang Melayu mengamalkan sistem pendidikan pondok yang menjurus kepada pendidikan agama.

• Semasa era penjajahan, peluang orang Melayu mendapatkan pendidikan sekular agak terbatas, dan lebih terfokus di bandar dan peluang kepada keluarga pembesar Melayu. Namun, sistem Pendidikan sekular berjaya dikembangkan setelah kemerdekaan dicapai. Kini sistem pendidikan ini telah menjadi saluran atau pilihan yang utama dalam kalangan orang Melayu.

Page 40: Konsep masyarakat

Bahasa Melayu

• Pada suatu ketika dahulu, Bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca di awal Kesultanan Melayu Melaka. Bahasa Melayu telah melalui pelbagai tahap dan zaman sehinggalah dipilih menjadi bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan bangsa Malaysia dan bahasa pengantar di semua pejabat kerajaan dan sekolah. Pengiktirafan bahasa Melayu ini dimuatkan dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 152.

Page 41: Konsep masyarakat

SEKIAN, TERIMA KASIH