konsep 5p

10
Asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR Penggabungjalinan. Penyerapan. Penerapan. Pemulihan. Pengayaan. Proses menggabungkan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan satu pelajar Kemahiran asas :- mendengar. melihat. bercakap. membaca mengira. menulis. melukis KONSEP 5P 1

Upload: siti-nurdiyana

Post on 02-Dec-2015

530 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KONSEP 5P

Asas dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dalam KBSR

Penggabungjalinan.

Penyerapan.

Penerapan.

Pemulihan.

Pengayaan.

Proses menggabungkan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan satu pelajaran yang integratif dan menyeluruh.

Kemahiran asas :- mendengar. melihat. bercakap. membaca mengira.menulis. melukis

KONSEP 5P

1

Page 2: KONSEP 5P

Penguasaan pelbagai kemahiran dalam sesuatu masa pengajaran dan pembelajaran.

Meningkatkan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Menarik lebih minat pelajar kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna kepada murid-murid.

Memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid-murid secara seimbang dan menyeluruh.

Penggabungjalinan pelbgai kemahiran dalam satu mata pelajaran.Pengabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain.

Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum.

2

Page 3: KONSEP 5P

Melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lain-lain.

Kemahiran ini boleh dibahagikan kepada dua kategori : - Kemahiran fokus. ~ Suatu kemahiran utama yang hendak disampaikan sebagai yang terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran sampingan. ~ Kemahiran yang digabungjalinkan dipilih berdasarkan kaitannya dengan kemahiran memfokus.

Meneliti untuk mengenal pasti kemahiran fokus dan kemahiran sampingan yang akan terlibat.

Menetapkan susunan atau tertib kedudukan kemahiran2 tersebut dlm proses P&P.

Menyediakan keperluan bahan2 yang diperlukan bagi pelaksanaan kemahiran2 tersebut.

Memastikan keutamaan agar kemahiran fokus dapat dikuasai berbanding dengan kemahiran sampingan.

3

Page 4: KONSEP 5P

Contoh penggabungjalinan adalah menggabungkan mata pelajaran matematik dan sains

Kemahiran daripada Pendidikan Seni Visual juga boleh digabungjalinkan dengan mata pelajaran Kajian Tempatan. Cth, melukis Jalur gemilang.

Perlu wujud penggabugjalinan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajarn lain bagi meningkatkan kemahiran murid.

Melibatkan kemahiran2 :- Kemahiran belajar untuk belajar. Kemahiran berfikir secara kreatif & kritis. Kemahiran menyelesaikan masalah.Kemahiran pelbagai kecerdasan.Kemahiran generik.

4

Page 5: KONSEP 5P

Kebaikan Penggabungjalinan dalam Pengajaran

Sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperoleh daripada mata pelajaran lain.Kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran fokus sebagai yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran (p&p).Murid-murid berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran yang perlu dalam kehidupan.Penggabungjalinan berkeupayaan menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan mengelakkan kebosanan.Menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan murid-murid secara seimbang, harmonis dan bersepadu.

PENYERAPAN

Proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi satu mata pelajaran yang diajar.

Perbezaan dengan penggabungjalinan, penyerapan lebih kepada unsur pengetahuan.

Dalam proses ini murid akan dapat melihat perkaitan antara satu mata pelajaran dengan yang lain Perkara-perkara yang dipelajari dalam satu-satu mata pelajran adalah saling berkaitan, petang dan berguna dalam mata pelajaran lain.

5

Page 6: KONSEP 5P

Kelebihan Penyerapan dalam PengajaranAktiviti P&P menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada aslnya bersifat sebaliknya.Penguasaan ilmu yang lebih luas oleh murid kerana pelbagai maklumat dapat disampaikan.Aktiviti P&P yang lebih produktif.Dengan memilih isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajran lain, murid menjadi lebih ceria, aktif dan progresif.

Murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang dipelajarinya dengan penyerapan, hubung kait dengan pengetahuan lain adalah dilakukan.

PENERAPAN

Menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum .Penerapan nilai berlangsung melalui dua pendekatan :-

Pendekatan implisit Pendekatan eksplisit

6

Page 7: KONSEP 5P

Guru-guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai. Contoh, guru bercakap benar, berpakaian kemas dan sebagainya.

Pendekatan ini boleh berlangsung secara merentas kurikulum serta oleh semua guru kerana nasihat, bimbingan, teguran, contoh dan teladan boleh berlangsung pada bila-bila masa dan di mana-mana yang difikirkan sesuai.

Mengadakan suatu peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan.

Penerapan secara eksplisit adalah lebih terancang, dengan matlamat dan cara pelaksanaan serta penilaian yang jelas.

Program atau aktiviti yang khusus juga adakalanya diadakan untuk menerapkan sesuatu nilai seperti program motivasi, sambutan hari merdeka, hari guru, kempen kebersihan dan sebagainya.

7

Page 8: KONSEP 5P

PEMULIHAN

Aktiviti ini dilaksanakan bagi membantu murid yg mengalami masalah dlm kemahiran asas 3M.

Faktor Kepada Masalah pembelajaran

Masalah pembelajaran wujud disebabkan oleh perasaan tidak yakin, rendah diri, takut dan sebagainya.

Ada juga yang disebabkan oleh sikap negatif seperti tidak mengikut kata, tingkah laku yang kurang baik, disiplin diri yang rendah dan sebagainya.

Selain itu, kecacatan sejak lahir dan selepas lahir juga menjadi faktor masalah pembelajaran.

Aktiviti ini adalah utk murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana atau murid-murid pintar cerdas.

Konsep ini adalah mengambil kira bahawa murid-murid yang pintar cerdas ini adalah cepat dalam menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan kepada mereka.

8