konsep multimedia

18
DISEDIAKAN OLEH : NURHIDAYATI BINTI ABDULLAH NIK NOR SUHAIRA BINTI NIK SOH SAADAH BINTI MAH HASSAN NUR ATHIRAH BINTI ABD AZIZ PISMP 5 D AMBILAN JANUARI 2010 MULTIMEDIA KREATIF DALAM MULTIMEDIA KREATIF DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN SENI VISUAL PSV3109 PSV3109 Pengenalan Konsep Multimedia Pensyarah: EN RAZMAN BIN KAMARUDDIN JABATAN SAINS SOSIAL IPG Kampus BAHASA MELAYU IPG KAMPUS BAHASA MELAYU KUALA LUMPUR

Upload: hidayah-mohamed

Post on 26-Jan-2015

154 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep multimedia

DISEDIAKAN OLEH :

NURHIDAYATI BINTI ABDULLAHNIK NOR SUHAIRA BINTI NIK SOH

SAADAH BINTI MAH HASSANNUR ATHIRAH BINTI ABD AZIZ

PISMP 5 D AMBILAN JANUARI 2010

MULTIMEDIA KREATIF DALAM MULTIMEDIA KREATIF DALAM

PENDIDIKAN SENI VISUALPENDIDIKAN SENI VISUALPSV3109PSV3109

Pengenalan Konsep Multimedia

Pensyarah:EN RAZMAN BIN KAMARUDDIN

JABATAN SAINS SOSIALIPG Kampus BAHASA MELAYU

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU KUALA LUMPUR

Page 2: Konsep multimedia

PENGENALANPENGENALAN

Multimedia merupakan satu teknologi yang semakin hebat diperkatakan dan kehadirannya merancakkan lagi perkembangan serta pembangunan teknologi maklumat yang telah sedia ada.

Dengan teknologi multimedia, penggunaan komputer dalam kehidupan menjadi semakin menarik serta menjanjikan pelbagai kemudahan yang tidak pernah terfikir oleh manusia sebelum ini.

Page 3: Konsep multimedia
Page 4: Konsep multimedia

Pengertian multimedia dari Pengertian multimedia dari pelbagai perspektifpelbagai perspektif

Sebahagian besar mengatakan bahawa multimedia merupakan suatu revolusi terbesar dalam bidang komunikasi manusia selepas terciptanya mesin percetakan.

Pada peringkat awal kemunculan multimedia, kebanyakan individu yang terlibat dalam bidang komputer dan teknologi maklumat menerangkan bahawa multimedia merujuk kepada suatu set perkakasan yang membolehkan sesebuah sistem komputer menghantar data dari sebuah mesin ke sebuah mesin yang lain.

Page 5: Konsep multimedia

Pakar-pakar alat pandang dengar atau audio-visual pula mengatakan bahawa multimedia merujuk kepada suatu corak persembahan yang menggabungkan imej-imej dari suatu sistem projektor slaid diiringi dengan kesan bunyi.

Apabila teknologi komputer semakin berkembang, kebanyakan pengeluar perisian komputer pula merujuk multimedia sebagai suatu pakej perisian yang menggabungkan elemen-elemen teks dan grafik di dalam sebuah skrin dan setiap satunya berkeupayaan untuk bergerak serta diiringi kesan-kesan bunyi yang menarik.

Page 6: Konsep multimedia

Secara dasarnya, multimedia bukan sekadar suatu sambungan kabel atau grafik yang bergerak-gerak semata-mata.

Secara idealnya, sistem multimedia merujuk kepada gabungan teknologi perkakasan dan perisian yang mampu menggabungkan elemen-elemen pandang dengar seperti teks, grafik, audio, video, animasi dan sebagainya bagi tujuan penyampaian sesuatu mesej yang lebih berkesan.

Page 7: Konsep multimedia

Hofstetetter (1995)Multimedia bermaksud integrasi elemen teks, audio, grafik,

animasi dan video yang menggunakan komputer sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan pengguna mengarah, berinteraksi, mereka cipta dan berkomunikasi

agar proses pembelajaran menjadi lebih berkesan.

Schurman (1995)Multimedia ialah kombinasi manipulasi,

penggabung jalin dan pengintegrasian media seperti teks, grafik, animasi, audio, dan video dalam suatu perisian yang direka bentuk di

dalam meningkatkan interaksi antara pengguna dan komputer.

Page 8: Konsep multimedia

Hakikatnya, kesemua definisi ini mempunyai empat komponen utama iaitu:Komputer dijadikan alat untuk mengkoordinasikan apa yang dilihat, didengar dan seterusnya berinteraksi dengannya.Perlunya hubungan untuk menghubungkan kesemua maklumatAlat perhubungan diperlukan untuk maklumat jaringanTerdapat kaedah untuk mengumpul, memproses dan mengkomunikasikan segala idea dan maklumat

Page 9: Konsep multimedia

Apakah yang dimaksudkan dengan Apakah yang dimaksudkan dengan Multimedia?Multimedia?

Multi: Banyak (many), Pelbagai (multiple)

Media: Medium atau alat-alat yang digunakan

sebagai saluran untuk tujuan berkomunikasi.

MultimediaMultimediaMultiMulti MediaMedia

Page 10: Konsep multimedia

Dari segi perspektif bahasa, perkataan multimedia merujuk kepada penggunaan lebih dari satu medium bagi tujuan berkomunikasi atau menyampaikan maklumat.

Pada peringkat awalnya, penggunaan radio, televisyen, akhbar, projektor slaid, mesin lutsinar atau OHP, poster, carta, kaset video, kaset audio dan sebagainya diterima sebagai multimedia sekiranya ia digunakan secara bersama.

Dalam erti kata lain, penggunaan kombinasi dua atau lebih media dalam proses penyampaian maklumat boleh dikatakan sebagai multimedia suatu masa dahulu.

Page 11: Konsep multimedia

Sejarah awal multimediaSejarah awal multimedia

Perkataan multimedia mula digunakan sejak awal 1970-an lagi.

Pada masa itu, penggunaan multimedia amat digemari ramai dalam mempersembahkan sesuatu maklumat kerana ia dikatakan mampu meningkatkan kualiti serta keberkesanan sesuatu persembahan.

Kombinasi kesan bunyi dan suara latar digunakan dalam persembahan radio, kombinasi penggunaan teks dan grafik di dalam akhbar, kombinasi teks, grafik, audio, video dan animasi dalam rancangan televisyen merupakan antara beberapa contoh penggunaan multimedia dalam persembahan maklumat

Page 12: Konsep multimedia

Pada pertengahan 1980-an, multimedia mula dikaitkan dengan persembahan menerusi penggunaan komputer yang menggabungjalinkan lima media utama iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi.

Kini, masyarakat umum menerima multimedia sebagai kombinasi pelbagai jenis media yang berhubung terus dengan penggunaan teknologi komputer.

Page 13: Konsep multimedia

Oleh yang demikian, multimedia yang diterima oleh masyarakat umum masa kini secara amnya boleh didefinisikan sebagai :

“ Suatu proses komunikasi interaktif berasaskan penggunaan teknologi komputer yang merangkumi penggunaan media audio visual seperti teks, grafik, audio, video dan animasi”

Page 14: Konsep multimedia

Peranan multimedia dalam pengajaran Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajarandan pembelajaran

Jamalludin dan Zaidatun (2000)Menerusi multimedia, dokumen dapat dihubungkan

secara global. Ianya dapat dilihat menerusi formatnya yang interaktif dan merangsangkan, komunikasi

maklumatnya yang efektif, pengekalan informasinya yang berkesan, pemudah cara dalam proses

pengajaran dan pembelajaran serta membenarkan pelajar belajar mengikut kehendak mereka sendiri.

Kurshan (1991)Kelebihan dan keberkesanan aplikasi multimedia

dalam pendidikan juga turut dapat dilihat berdasarkan peningkatan motivasi pelajar, reka bentuk

pembelajaran yang menepati cita rasa pelajar, sumber maklumat yang multisensori, menggalakkan kebolehan metakognisi pelajar, mewujudkan proses pembelajaran yang aktif serta susunan dan gaya pembelajaran yang

ditentukan sendiri oleh pelajar.

Page 15: Konsep multimedia

McGloughlin (1997)Pengintegrasian multimedia di dalam pembelajaran berasaskan laman web mampu meningkatkan minat

pelajar, mengurangkan masa bagi menguasai aplikasi, kos pembangunan yang rendah,

meningkatkan keboleh capaian dan meningkatkan pemahaman dan pengekalan informasi dalam

ingatan.

Kulik (1985)Penggunaan multimedia juga telah

menurunkan purata masa pembelajaran secara berkesan sebanyak 80 peratus dan sekaligus meningkatkan tahap pencapaian

pelajar.

Page 16: Konsep multimedia
Page 17: Konsep multimedia

Rujukan Rujukan

Jamaluddin Harun dan Zaidatun Tasir, (2005). Multimedia Konsep & Praktis. Selangor : Venton Publishing (M) Sdn Bhd

Topik 8 : Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Multimedia dan Internet Dalam Pengajaran dan Pembelajaran , OUM

Page 18: Konsep multimedia

Sekian, terima kasih Sekian, terima kasih