konsep 5p revathi

21
KONSEP 5P DALAM KBSR Disediakan oleh : Revathi Muthusamy

Upload: allen-rodriguez

Post on 23-Dec-2015

257 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

edawdsadsadsadda

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep 5P Revathi

KONSEP 5P DALAM KBSR

Disediakan oleh :

Revathi Muthusamy

Page 2: Konsep 5P Revathi

Konsep 5P merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid. Konsep 5P terdiri daripada proses penggabungjalinan kemahiran, penyerapan pengetahuan, penerapan nilai murni, pemulihan dan pengayaan.

Page 3: Konsep 5P Revathi

ASAS DALAM PROSES

PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN DALAM KBSR

Penggabungjalinan

Penyerapan

Penerapan

Pemulihan

Pengayaan

Page 4: Konsep 5P Revathi

Proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang intergratif dan menyeluruh.

Kemahiran asas :- mendengar melihat bercakap membaca mengira menulis melukis

Page 5: Konsep 5P Revathi

OBJEKTIF PENGGABUNGJALINAN

Membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran secara serentak dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran.

Meningkatkan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Menarik lebih minat pelajar kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna kepada murid-murid.

Memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid-murid secara seimbang dan menyeluruh.

Page 6: Konsep 5P Revathi

Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata

pelajaran.

Pengabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain

Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum

Page 7: Konsep 5P Revathi

Melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lain-lain.

Contohnya : - Cikgu menyuruh pelajar melukis lima buah-buahan tempatan kemudian mewarna buah-buahan tersebut Oleh itu pelbagai kemahiran yang dapat diterapkan dalam aktiviti tersebut antaranya ialah kemahiran berfikir, melukis dan mewarna. Kemahiran utama yang cikgu tersebut hendak fokuskan ialah kemahiran melukis iaitu objektif utama pengajaran dan pembelajaran. Manakala kemahiran sampingan ialah kemahiran yang digabungjalinkan dengan kemahiran utama iaitu kemahiran mewarna dan berfikir.

Page 8: Konsep 5P Revathi

Penggabungjalinan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain amatlah penting untuk meningkatkan kemahiran murid.

Contohnya : - Kemahiran daripada Pendidikan Seni Visual boleh digabungjalinkan dengan mata pelajaran Kajian Tempatan. Bagi mata pelajaran Kajian Tempatan, pelajar perlu megenali peta Malaysia. Oleh itu pelajar perlu melukis dan mewarna peta Malaysia mengikut nama-nama negeri yang terdapat di Malaysia. Kemahiran dalam Pendidikan Seni Visual seperti melukis dan mewarna digabungjalinkan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.

Page 9: Konsep 5P Revathi

Penggabungjalinan ini melibatkan kemahiran - kemahiran belajar untuk belajar, kemahiran berfikir secara kreatif & kritis, kemahiran

menyelesaikan masalah, kemahiran pelbagai kecerdasan dan kemahiran generik. Penggabungjalinan merentas kurikulum bermaksud

kemahiran diluar pembelajaran.

Contohnya : - Dalam menghasilkan kraf tangan, pelajar haruslah berfikir secara kreatif dan kritis bagaimana hendak menghasilkan kraf yang menarik.

Page 10: Konsep 5P Revathi

Proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu matapelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi satu mata pelajaran yang diajar. Penyerapan pengetahuan melibatkan unsur pengetahuan dan bukannya kemahiran.

Page 11: Konsep 5P Revathi

Kelebihan Penyerapan Pengetahuan dalam Pendidikan Seni Visual

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik walaupun tajuk yg hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yng lebih produktif dan efektif. Kelebihan seterusnya ialah pemilihan isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain,murid menjadi lebih ceria, bersemangat, dan progresif.

Murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang dipelajarinya dengan penyerapan, hubung kait dengan pengetahuan dari mata pelajaran lain. Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, guru boleh menambahkan pengetahuan pelajar dengan menceritakan serba sedikit mengenai sejarah Seni Visual serta tokoh-tokoh terkenal dalam seni. Oleh itu, guru bukanlah semata-mata mengajar kemahiran-kemahiran mewarna dan melukis sahaja

Page 12: Konsep 5P Revathi

Proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Penerapan nilai ini berlangsung melalui dua pendekatan iaitu pendekatan implisit dan pendekatan eksplisit.

Page 13: Konsep 5P Revathi

Pendekatan implisit seperti guru-guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai.

Contohnya : - Guru berpakaian bersih dan kemas apabila mengajar dan secara tidak langsung guru tersebut menerapkan nilai kebersihan dan kekemasan untuk dijadikan contoh kepada pelajar.

Page 14: Konsep 5P Revathi

Pendekatan eksplisit ialah mengadakan suatu peraturan, arahan dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang

diharapkan. Penerapan secara eksplisit adalah lebih terancang, dengan matlamat dan cara pelaksanaan serta penilaian yang jelas.

Contohnya : - Dalam konteks pendididikan seni visual, guru tersebut boleh meminta sekumpulan pelajar mengemas bilik seni sekolah. Secara tidak langsung ini dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti kerjasama, ambil berat dan sikap toleransi.

Page 15: Konsep 5P Revathi

Pengayaan adalah satu aktiviti yang lebih mencabar kebolehan pelajar disamping menambah minat dan pengalaman yang dapat membantu pelajar ke arah perkembangan dan bakat diri.

Page 16: Konsep 5P Revathi

OBJEKTIF PENGAYAAN

• Membuatkan pelajar berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur

hidup serta melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri

• Membuka peluang kepada pelajar untuk mengembang minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat.

Page 17: Konsep 5P Revathi

Contohnya : - Dalam Pendidikan Seni Visual, guru boleh mempelbagaikan aktiviti pembelajaran mengikut bidang-bidang tertentu untuk meningkatkan dan menambah minat pelajar dalam mata pelajaran seni. Aktiviti tersebut haruslah mencabar serta menguji kemahiran pelajar supaya pelajar dapat melahirkan daya kreativiti tersendiri.

Page 18: Konsep 5P Revathi

Pemulihan bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran.

Page 19: Konsep 5P Revathi

Contohnya : -Dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar yang kurang kemahiran dalam melukis akan diajar mengikut teknik-teknik yang sesuai secara berulang kali. Pelajar juga turut diberikan peluang untuk mencuba menggembangkan potensi diri mereka dalam pelajaran dan minat mereka untuk mecuba ke tahap yang lebih maju.

Melalui pendidikan pemulihan pelajar yang lemah dapat diasuh dan diberikan tumpuan yang lebih berbanding

pelajar lain.

Page 20: Konsep 5P Revathi

KESIMPULAN

Konsep integrasi dalam kurikulum & pengajaran adalah ke arah pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dalam KBSR konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni.

Dilakukan secara bersepadu dan menyeluruh.Pelaksanaan konsep kesepaduan dalam proses P&P adalah

melalui penggabungjalinan, penyerapan & penerapan baik dalam mata pelajaran yang sama mahupun secara merentasi mata pelajaran lain.

Page 21: Konsep 5P Revathi

TAMAT Disediakan oleh :-

Revathi Muthusamy