konsep-konsep hubungan etnik

27
1.0 PENGENALAN Malaysia didiami oleh sebuah masyarakat majmuk. J.S. Furnival mentafsirkan masyarakat majmuk ialah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik (kaum) dan hidup dalam sebuah negara, tetapi dipisahkan oleh ciri-ciri ekonomi, tempat tinggal, sosial dan budaya. Etnik dan bahasa yang berbagai di Malaysia memerlukan kekuatan perpaduan dan integrasi yang tinggi bagi menjadikannya aman dan harmoni. Perpaduan negara ialah penyatuan secara fizikal antara negeri-negeri dan anggota masyarakat seluruh Malaysia. Integrasi Nasional adalah satu konsep yang lebih luas iaitu proses penyatuan antara kelompok-kelompok yang berbeza latar belakang, menjadi satu entiti yg terikat

Upload: huei-bing-yong

Post on 21-Jan-2016

162 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tugasan Hubungan Etnik untuk IPG.

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep-Konsep Hubungan Etnik

1.0 PENGENALAN

Malaysia didiami oleh sebuah masyarakat majmuk. J.S. Furnival

mentafsirkan masyarakat majmuk ialah masyarakat yang mempunyai

pelbagai etnik (kaum) dan hidup dalam sebuah negara, tetapi dipisahkan oleh

ciri-ciri ekonomi, tempat tinggal, sosial dan budaya. Etnik dan bahasa yang

berbagai di Malaysia memerlukan kekuatan perpaduan dan integrasi yang

tinggi bagi menjadikannya aman dan harmoni.

Perpaduan negara ialah penyatuan secara fizikal antara negeri-negeri

dan anggota masyarakat seluruh Malaysia. Integrasi Nasional adalah satu

konsep yang lebih luas iaitu proses penyatuan antara kelompok-kelompok

yang berbeza latar belakang, menjadi satu entiti yg terikat oleh norma dan

nilai serta kepentingan bersama. Ia adalah hasil ikatan batin dan akhirnya

berlaku perkongsian pemikiran dan hati antara kaum.

Perlaksanaan proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan

kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan ,sosial dan lokasi boleh

berlaku melalui proses akomodasi, amalgamasi, alkuturasi, asimilasi dan

segregasi.

Page 2: Konsep-Konsep Hubungan Etnik

2.0 KONSEP-KONSEP

2.1 KONSEP AKOMODASI

Akomodasi merupakan satu proses yang memerlukan kerjasama

daripada dua atau lebih pihak yang mempunyai matlamat yang berbeza untuk

membentuk satu matlamat yang dapat memuaskan kedua-dua pihak. Dalam

perkataaan lain, akomodasi juga dikenali sebagai situasi menang-menang di

mana kedua-dua pihak yang bertentangan pendapat atau matlamat akan

memperoleh faedah daripada matlamat baru yang telah dibina sebagai

bersama dan kolektif. Sebagai contoh, walaupun bahasa Melayu diiktiraf

sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia, bahasa-bahasa lain seperti bahasa

Inggeris dan bahasa Cina masih boleh digunapakai selagi ia tidak

bertentangan dengan prinsip perlembagaan.

Akomodasi juga merupakan proses di mana etnik menyedari norma

dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap

mempertahankan budaya hidup masing-masing. Maksudnya, setiap kelompok

etnik ada sistem kepercayaan masing-masing, ada perayaan masing-masing

dan ada pantang larang masing-masing. Dari segi ini semua kelompok etnik

mempunyai persamaan, namun caranya masing-masing. Misalnya, rakyat

Malaysia merayakan hari kebesaran masing-masing seperti Hari Raya, Tahun

Baharu Cina, Hari Deepavali dan Hari Krismas. Atas asas persamaan ini

setiap kelompok etnik menghormati perayaan masing-masing, malah

sanggup pula saling merayakan hari-hari kebesaran tersebut.

Selain itu, istilah dan konsep angpau sudah dihayati dan diamalkan

dalam adat resam etnik Melayu. Tindakan setiap bank dan syarikat swasta

menyediakan sampul khas untuk memberi angpau di Hari Raya Puasa sudah

diamalkan lebih dari satu dekad di Malaysia. Ada banyak lagi contoh yang

Page 3: Konsep-Konsep Hubungan Etnik

boleh kita kemukakan untuk menunjukkan bahawa wujud proses pinjam-

meminjam unsur budaya dalam kalangan kelompok etnik di Malaysia.

Konsep akomodasi yang diamalkan di Malaysia menyebabkan

hubungan antara etnik saling membuat penyesuaian dan bebas

mengamalkan budaya masing-masing dalam keadaan harmoni. Oleh yang

demikian, Malaysia mempunyai masyarakat majmuk yang unik. Walaupun

Malaysia mengamalkan konsep akomodasi, masyarakat Malaysia juga

berkongsi dari segi perayaan, aktiviti kebudayaan dan makanan. Masyarakat

Malaysia berkongsi perasaan gembira apabila tiba musim perayaan sesuatu

kaum. Contohnya, perayaan Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh

masyarakat Melayu turut diraikan bersama oleh etnik yang bukan beragama

Islam. Perayaan sambutan kemerdekaan juga mengeratkan hubungan antara

etnik melalui aktiviti yang dijalankan dan dapat melahirkan perasaan

patriotisme dan saling kerjasama.

Gambar 1 : Perayaan di Malaysia disambut bersama-sama oleh semua kaum.

Page 4: Konsep-Konsep Hubungan Etnik

2.2 KONSEP ASIMILASI

Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara

kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok

dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Menurut Vander Zanden

(seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-

kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi

satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Asimilasi mutlak atau

sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari

segi kebudayaan dan identiti. konsep ini diwakili dengan formula A+B+C =A,

di sini A dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara B dan C

mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya, orang Melayu di Thailand telah

mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir

semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan

amalan dan cara hidup orang Thai. Kejayaan pemerintahan Thailand

menjadikan orang-orang Melayu di Selatan Thai mengambil nama-nama Thai

sebagai tanda berlakunya asimilasi dengan bangsa Thai. Misalnya, nama

Wan Sulaiman telah disiamkan menjadi Waeselame.

Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli

kumpulan etnik-etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama.

Kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti

menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti,

wujudnya banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik, dan

kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti.

Hakikatnya, asimilasi bukanlah konsep perpaduan yang baru atau asing

Page 5: Konsep-Konsep Hubungan Etnik

di tanah air. Ini dapat dilihat pada masyarakat Baba dan Nyonya sebagai

rujukan terbaik hasil daripada proses asimilasi etnik Cina dengan kebudayaan

Melayu. Namun, bagi etnik Cina di Kelantan serta Baba dan Nyonya, asimilasi

berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau

agama.

Malah, proses tersebut tetap berjalan seperti mana yang berlaku dalam

masyarakat Cina Kelantan. Orang bukan Melayu juga sudah dapat

diasimilasikan dengan dari segi pakaian dan makanan. Hari ini bukan suatu

yang janggal untuk melihat orang Cina dan India berbaju kurung dan

menjamah nasi lemak. Malah, berkat daripada sistem pendidikan

kebangsaan, generasi muda bukan Melayu begitu fasih berbahasa

kebangsaan.

Cina Peranakan di Negeri-negeri Selat satu ketika dulu dan Sikh

Peranakan di Sabah pada waktu selepas Merdeka adalah contoh asimilasi

yang jelas. Apatah lagi mereka yang hendak bernikah dengan orang Melayu

Islam, diwajibkan oleh undang-undang untuk masuk Islam, yang menuntut

asimilasi sebagai pra-syarat.

Page 6: Konsep-Konsep Hubungan Etnik

2.3 KONSEP AMALGAMASI

Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras

bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam

menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan

campur antara kumpulan etnik.

Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, di sini A,B,

dan C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu

kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A, B dan C. Sebagai contoh,

kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan perkahwinan

campur lalu membentuk satu genarasi baru atau budaya baru tanpa menuruti

budaya asal mereka.

Yang agak jarang berlaku di Malaysia adalah proses amalgamasi.

Mungkin contoh Sekolah Wawasan boleh kita gunakan di sini. Tersulam

dalam usaha ini adalah unsur akomodasi dan akulturasi. Cuma dalam kes

Sekolah Wawasan ianya merupakan proses amalgamasi bersifat top-down,

bukan yang terpancar daripada bawah memanjat ke atas. Sekolah Wawasan

yang menempatkan tiga aliran sekolah yang berbeza akan membolehkan

pelajar-pelajar SJK menguasai bahasa Melayu. Para pelajar juga dapat

memahami budaya,bahasa dan pemikitan kaum lain.

Antara contoh amalgamasi yang terjadi sekarang iaitu melalui kaedah

percampuran budayaPortugal dan budaya Melayu lalu terjadinya

percantuman budaya terbentuknya budaya baru.

Page 7: Konsep-Konsep Hubungan Etnik

Selain itu , kaum yang terhasil daripada almagamasi di Malaysia adalah

perkahwinan Baba dan Nyonya. Saudagar Cina di Melaka zaman silam

gemar menmperisterikan wanita Melayu dari Semenanjung Tanah Melayu

atau Sumatera. Hasilnya, suku Baba dan Nyonya memperlihatkan campuran

budaya Cina dan Melayu yang bersinergi. Perkahwinan kaum ini banyak

mengikut cara perkahwinan seperti masyarakat Cina seperti upacara Cheo

Thau. Dari segi budaya ,Kaum Baba dan Nyonya ini juga amat terkenal

dengan pelbagai masakan asam pedas dan kuih tradisional yang begitu

sedap dan menarik di mana resepinya ada persamaan dengan masakan

masyarakat Melayu seperti ondeh-ondeh, kuih apom balik, cendol dan tapai

pulut. Walau bagaimanapun, masakan Baba adalah masakan campuran

masyrakat Cina dan Melayu tetapi masih beridentitikan masakan Baba dan

Nyonya.

Page 8: Konsep-Konsep Hubungan Etnik

Gambar 2: Perkahwinan baba nyonya. Gambar 3: Murid-murid di sekolah wawasan.

2.4 KONSEP AKULTURASI

Akulturasi boleh didefinisikan sebagai proses penerimaan unsur budaya

dari satu kelompok kepada satu kelompok yang lain. Tahap penerimaan

sesebuah masyarakat adalah bergantung kepada sejauh mana kebudayaan

asing tersebut mampu memberikan kelebihan dan manfaat kepada kelompok

tersebut. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti

penggunaan angpau, tali leher, hiburan dan sebagainya.

Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan

tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang

berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah

dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses

akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima.

Dari segi budaya, komuniti Baba dan Nyonya ini telah mengalami proses

akulturasi dalam budaya masyarakat tempatan, iaitu masyarakat Melayu.

Identiti utama masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka dapat dilihat melalui

penggunaan dialek Melayu-Baba. Ketidakupayaan komuniti ini untuk

berbahasa Cina telah secara langsung memisahkan mereka daripada

masyarakat Cina. Namun, kehidupan mereka masih dipengaruhi adat dan

Page 9: Konsep-Konsep Hubungan Etnik

budaya masyarakat Cina. Proses akulturasi yang dialami oleh masyarakat

Baba dan Nyonya telah membolehkan mereka terus kekal sebagai sub-etnik

dalam kategori ras Cina di Malaysia.

Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau

pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan

berlakunya proses pinjam-meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman

digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta dijadikan unsur

kebudayaan sendiri. Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat

yang mencapai tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila

melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti

pakaian barat. Unsur-unsur budaya yang tidak berbentuk kebendaan seperti

ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima.

Rakyat Malaysia juga terkenal dengan pelbagai jenis makanan dan ini

dapat melambangkan jati diri rakyat yang berbilang kaum. Makanan-makanan

tersebut pada asalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku kaum, tetapi kini

telah disediakan sebagai hidangan biasa umum di Malaysia. Di antara

makanan tradisi yang terkenal di Malaysia ialah nasi lemak, char koay teow,

roti canai dan banyak lagi. Makanan tradisi ini bukan hanya digemari oleh

kaum asalnya malahan turut digemari oleh kaum lain. Kini, rakyat Malaysia

boleh menikmati pelbagai makanan yang sebelum ini berasal daripada kaum

tertentu.

Selain itu, rakyat Malaysia juga mempunyai pakaian tradisi. Pakaian

seperti baju kurung, baju Melayu, cheongsam dan sari adalah contoh pakaian

tradisi masyarakat majmuk di Malaysia. Cara pemakaian memainkan peranan

penting dalam menentukan perbezaan kedudukan atau martabat setiap

kumpulan dalam kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan kaum etnik

kecil yang lain di Malaysia. Baju kurung ialah pakaian tradisi orang Melayu

Page 10: Konsep-Konsep Hubungan Etnik

tetapi jika diperhatikan sekarang kaum lain juga turut menggayakan baju

kurung. Keadaan seperti ini boleh didapati di sekolah ataupun tempat kerja.

Konsep penerimaan unsur kebudayaan ini melibatkan proses akulturasi yang

mana tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima.

2.5 KONSEP SEGREGASI

Segregasi merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu

kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara.

Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan

tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam.

Segregasi atau pengelompokan etnik merupakan satu keadaan yang

biasa di mana-mana tempat di muka bumi. Keadaan ini bukan sahaja berlaku

dalam kehidupan manusia, akan tetapi boleh berlaku secara tidak sengaja

pada kehidupan lain seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Pola taburan

seperti ini merupakan satu corak dan strategi hidupan secara semula jadi

untuk membolehkan hidup bertahan dalam satu komuniti yang kukuh.

Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya

seperti Dasar Aparteid di Afrika Selatan yang dilaksanakan antara tahun

1948-1994.

Secara umumnya, segregasi ini wujud dalam aspek-aspek seperti tempat

kediaman, perkhidmatan dan juga dari segi sosial, adat resam, tradisi dan

agama. Segregasi ini berlaku atas dasar ras, agama, kebudayaan dan lain-

Page 11: Konsep-Konsep Hubungan Etnik

lain ciri etnik. Sebelum tahun 1960-an, orang kulit hitam di Amerika Syarikat

mengalami keadaan segregasi ini. Pemisahan bukan sahaja berlaku di

sekolah dan gereja tetapi juga di restoran dan tempat hiburan. Pendek kata,

kaum ini diasingkan dan dipisahkan daripada kaum kulit putih dalam segala

aspek kehidupan.

Segregasi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu segregasi rela dan

segregasi tidak rela. Segregasi rela merujuk kepada keadaan di mana

golongan manusia yang memencilkan diri dengan tujuan menentang asimilasi

manakala segregasi tidak rela pula timbul kerana paksaan daripada pihak

yang berkuasa.

Segregasi etnik merupakan satu keadaan yang lazim di Malaysia yang

mempunyai penduduk berbilang kaum. Sejarah dan asal-usul sesuatu etnik

telah membuktikan bahawa pewujudan segregasi etnik ini sudah berlangsung

sejak sekian lama.

Di Malaysia, meskipun tanpa kehadiran pihak penjajah barat, pola segregasi

ini tetap terjadi kerana atas alasan faktor amalan budaya, amalan nilai,

kegiatan ekonomi dan faktor agama. Ini dapat dilihat daripada pola taburan

suku kaum masyarakat di Malaysia yang hidup secara mengelompok

berdasarkan budaya, amalan nilai, kegiatan ekonomi dan kepercayaan yang

sama di sesuatu tempat. Pengaruh daripada faktor–faktor ini, telah

memberikan satu pegangan tanpa paksaan dan diterima oleh semua lapisan

masyarakat tanpa ada pertikaian. Senario ini telah mewujudkan nama-nama

kampung seperti perkampungan orang Melayu, perkampungan orang Cina dan

perkampungan orang India. Di Sabah khususnya kita dapat mengenal

segregasi etnik yang amat jelas berdasarkan kaum. Ini dapat dilihat daripada

melalui pola taburan suku kaum mengikut suku kaum, misalnya suku kaum

Page 12: Konsep-Konsep Hubungan Etnik

Rungus, Dusun, Bajau, Eranun, Sungai, Kimaragang, Suluk, Murut mendiami

satu-satu kawasan tanpa bercampur dengan suku kaum yang lain.

Pada zaman kolonial Inggeris pula, dasar Pecah dan Perintah telah

mengasing-asingkan kaum-kaum mengikut pekerjaan dan petempatan. Kaum

Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan yang tinggal di kawasan luar

bandar dan pedalaman. Orang Cina menjadi pelombong dan peniaga.

Kebanyakan daripada mereka tinggal di kawasan bandar. Kaum India pula

bekerja dan tinggal di ladang getah. Kesan dari dasar penjajah, interaksi antara

kaum adalah sangat terhad.

Perubahan pembangunan yang pesat di Malaysia telah mengubah sedikit

senario pola taburan etnik. Dasar kerajaan yang sangat progresif ke arah

meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup yang lebih baik kepada rakyat, telah

membantu mempercepat mengurangkan segregasi mengikut etnik secara

nyata terutamanya di kawasan-kawasan bandar. Walau bagaimanapun,

perubahan mekanisme ini tidak selalunya berjalan lancar dan sentiasa ada

pengaruh lain yang boleh menyeragamkan semula seperti keadaan sedia kala.

2.6 PENUTUP

Kefahaman tentang istilah dan konsep sosiologi membolehkan kita

mendalami hubungan etnik secara mendalam. Secara tidak langsung,

pemahaman ini menimbulkan suatu kesedaran baru memupuk keharmonian

dalam kehidupan dan seterusnya menyumbang kepada perpaduan dan

integrasi nasional. Di samping itu , kita dapat memahami perkara-perkara

tersebut secara ilmiah dengan merealisasikan dan mengaplikasikan dalam

kehidupan seharian dengan memupuk nilai-nilai murni dan mengelak tingkah

laku negatif.

Page 13: Konsep-Konsep Hubungan Etnik

Oleh yang demikian, sifat-sifat ini akan menghasilkan sikap rakyat yang

lebih memahami budaya masyarakat lain ke arah pembinaan generasi

bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Gambar 4: Rakyat Malaysia yang berbilang kaum.