konsep 5p psv
TRANSCRIPT
KONSEP 5P
Konsep 5P merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran
kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan
serta menghasilkan satu pelajaranyang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan
kebosanan dalam kalangan murid.
Konsep 5P terdiri daripada proses penggabungjalinan kemahiran, penyerapan
pengetahuan, penerapan nilai murni, pemulihan dan pengayaan.
PERLAKSANAAN 5P DALAM PENGAJARAN PSV
Penggabungjalinan Penggabungjalinan ialah satu proses yang menggabungkan
pelbagai bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan
satu pelajaran yang intergratif danmenyeluruh. Penggabungjalinan ini bertujuan
untuk membantu murid dalam penguasaan pelbagaikemahiran secara serentak
dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran.
Meningkatkan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.
Menarik lebih minatpelajar kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Menjadikan proses pengajaran danpembelajaran lebih bermakna kepada murid-
murid.
Memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhandan perkembangan murid- murid
secara seimbang dan menyeluruh.
Terdapat tiga bentuk penggabungjalinan iaitu penggabungjalinan pelbagai
kemahiran dalam satu mata pelajaran, pengabungjalinan kemahiran daripada mata
pelajaran lain dan penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum.
Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran melibatkan
kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan
lain-lain. Contohnya guru menyuruh pelajar melukis lima buah-buahan tempatan
kemudian mewarna buah-buahan tersebut. Oleh itu pelbagai kemahiran yang dapat
diterapkan dalam aktiviti tersebut antaranya ialah kemahiran berfikir, melukis dan
mewarna. Kemahiran utama yang guru tersebut hendak fokuskan ialah kemahiran
melukis iaitu objektif utama pengajaran dan pembelajaran. Manakala kemahiran
sampingan ialah kemahiran yang digabung jalinkan dengan kemahiran utama iaitu
kemahiran mewarna dan berfikir.Bentuk penggabungjalinan yang seterusnya ialah
penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran yang lain.
Penggabungjalinan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain amatlah
penting untuk meningkatkan kemahiran murid. Contohnya kemahiran daripada
Pendidikan Seni Visual boleh digabungjalinkan dengan mata pelajaran Kajian
Tempatan. Bagi mata pelajaran Kajian Tempatan, pelajar perlu megenali peta Malaysia.
Oleh itu pelajar perlu melukis dan mewarna peta Malaysia mengikut nama-nama negeri
yang terdapat di Malaysia. Kemahiran dalam Pendidikan Seni Visual seperti melukis
dan mewarna digabung jalinkan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Bentuk
penggabungjalinan yang terakhir ialah penggabungjalinan merentas
kurikulum.Penggabungjalinan ini melibatkan kemahiran - kemahiran belajar untuk
belajar, kemahiran berfikir secara kreatif & kritis, kemahiran menyelesaikan masalah,
kemahiran pelbagai kecerdasan dan kemahiran generik. Penggabungjalinan merentas
kurikulum bermaksud kemahiran di luar pembelajaran. Contohnya dalam menghasilkan
kraf tangan, pelajar haruslah berfikir secara kreatif dan kritis bagaimana hendak
menghasilkan kraf yang menarik.
Penyerapan Pengetahuan
Penyerapan pengetahuan adalah proses menyebati dan menyatu padukan
pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu matapelajaran lain ke dalam
isi pelajaran bagi satu matapelajaran yang diajar. Penyerapan pengetahuan melibatkan
unsur pengetahuan dan bukannya kemahiran.Kelebihan penyerapan pengetahuan
dalam Pendidikan Seni Visual ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
menarik walaupun tajuk yangg hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya.
Kelebihan ke dua ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yng lebih produktif
danefektif. Kelebihan seterusnya ialah pemilihan isi pengetahuan yang menarik
daripada matapelajaran lain,murid menjadi lebih ceria, bersemangat dan progresif. Jadi,
murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang dipelajarinya dengan
penyerapan, hubung kait dengan pengetahuan dari mata pelajaran lain.
Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, guru boleh menambahkan
pengetahuan pelajar dengan menceritakan serba sedikit mengenai sejarah Seni Visual
serta tokoh-tokoh terkenal dalam seni. Oleh itu, guru bukanlah semata-mata mengajar
kemahiran-kemahiran mewarna dan melukis sahaja.
Penerapan nilai-nilai murni ialah proses menerapkan nilai-nilai dalam
pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Penerapan nilai ini berlangsung
melalui dua pendekatan iaitu pendekatan implisit dan pendekatan eksplisit.Pendekatan
implisit seperti guru-guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai. Contohnya,
guru berpakaian bersih dan kemas apabila mengajar dan secara tidak langsung guru
tersebut menerapkan nilai kebersihan dan kekemasan untuk dijadikan contoh kepada
pelajar. Pendekatan eksplisit ialah mengadakan suatu peraturan, arahan dan
sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan. Penerapan secara
eksplisit adalah lebih terancang,dengan matlamat dan cara pelaksanaan serta penilaian
yang jelas. Dalam konteks pendididikan seni visual, guru tersebut boleh meminta
sekumpulan pelajar mengemas bilik seni sekolah. Secara tidak langsung ini dapat
menerapkan nilai-nilai murni seperti kerjasama, ambil berat dan sikap toleransi.
Pengayaan adalah satu aktiviti yang lebih mencabar kebolehan pelajar di
samping menambah minat dan pengalaman yang dapat membantu pelajar ke arah
perkembangan dan bakat diri. Pengayaan juga dapat membuatkan pelajar berminat
untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka
meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya kreativiti menerusi
pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri.
Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada pelajar untuk
mengembang minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta dapat
melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat.
Dalam Pendidikan Seni Visual, guru boleh mempelbagaikan aktiviti pembelajaran
mengikut bidang-bidang tertentu untuk meningkatkan dan menambah minat pelajar
dalam mata pelajaran seni. Aktiviti tersebut haruslah mencabar serta menguji
kemahiran pelajar supaya pelajar dapat melahirkan daya kreattviti tersendiri.
Pemulihan bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran. Melalui
pendidikan pemulihan pelajar yang lemah dapat diasuh dan diberikan tumpuan yang
lebih berbanding pelajar lain.Contohnya, dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar yang
kurang kemahiran dalam melukis akan diajar mengikut teknik-teknik yang sesuai secara
berulang kali.Pelajar juga turut diberikan peluang untuk mencuba menggembangkan
potensi diri mereka dalam pelajaran dan minat mereka untuk mecuba ke tahap yang
lebih maju.
PENGURUSAN BILIK SENI
Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan
peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha
bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang
sesuai. Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi
sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh
masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, contoh-contoh hasil kraf
tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai juga dipamerkan dalam bilik seni.
Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti:
• unsur seni
• menggambar / melukis
• warna
• lukisan alam semulajadi
• seni huruf dan sebagainya.
Guru-guru pendidikan seni , terutamanya guru panatia/guru kanan juga perlu
mewujudkan bilik seni yang standard. Standard di sini bermaksud ianya mempunyai
fasiliti yang lengkap, menarik dan menekankan aspek-aspek keselamatan. Di dalam
pengurusan bilik seni, aspek-aspek yang perlu di beri perhatian yang sewajarnya
adalah seperti berikut :
1. Trapuitik - yakni bilik/studio yang menarik apabila masuk, mempunyai ciri kebersihan,
keindahan, mesra pengguna dan terasa selesa. Bilik/studio seni perlu menampilkan
suasana yang menyeronokkan apabila masuk.
2. Perabot yang sesuai - perabot perlu sesuai dengan P&P PSV. Antara ciri-cirinya
ialah ada bahagian P&P teori, Bengkel kasar dan bengkel halus.
3. Bahan P&P - teredapat bahan P&P yang sesuai di letakkan ditempat-tempat yang
sesuai, seperti carta, buku-buku dan lain=lain,
4. Alat P&P - Alat P&P seperti LCD projektor, Komputer, Printer dan lain-lain
5. Peralatan PSV - Alat-alat yang digunakan untuk Penghasilan Produk. Misalnya
mesin-mesin yang digunakan untuk membina tembikar, klin, gergaji elektrik dan
sebagainya.
6. Bahagian Pameran - bahagaian pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang kekal
dan satulagi semasa hasil dari kerja-kerja pelajar. Sebaiknya semua bidang perlu ada
dipamerkan: Bidang Seni Halus, komunikasi Visual, Kraf dan reka bentuk.
7. Singki Air - Sebaiknya ada beberapa singki air untuk membantu proses P&P.
8. Stor - Stor adalah tempat terkawal menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan P&P.
9. Poster keselamatan perlu ada agar guru dan pelajar sentiasa berhati-hati semasa
menggunakan peralatan dan bahan PSV.
10. Papan Maklumat - iaitu Notis Board, maklumat notis semasa, jadual pengagihan
tugas dan jadual waktu penggunaan bilik seni.
11. Sebaiknya di bilik/studio PSV juga terletaknya pejabat seni kerana memudahkan
segala pengurusan PSV samada darisegi pengurusan Fail dan pengurusan P&P.
PENGURUSAN RUANG PENDIDIKAN SENI VISUAL BERKONSEPKAN
FUTURISTIK
Seiring dengan era globalisasi, pendidikan seni juga turut berubah kearah kesenian
yang lebih kontemporari. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum melalui peredaran
masa dan zaman, telah berlaku banyak perubahan di sekeliling kita tanpa kita sedari.
Murid-murid semakin kreatif dalam menterjemahkan idea secara lisan tulisan mahupun
melalui seni khususnya melalui subjek Pendidikan Seni dan Visual. Justeru, perlu ada
satu arena yang kondusif dan sesuai serta lengkap prasarana juga infrastruktur supaya
bakat-bakat seni dapat digilap.
Untuk itu saya telah melengkapkan satu pelan lantai yang futuristik, dengan harapan
dapat diterima pakai oleh pencinta-pencinta seni berkarya dan meluahkan hasil-hasil
karya mereka apabila berada di ruang pendidikan seni visual futuristik ini. Konsep bilik
seni yang saya bawakan adalah lebih kontemporari dengan mengekalkan keperluan
asas di dalam bilik seni. Terdapat beberapa ruang utama didalam bilik seperti ruang
utama pengajaran dan pembelajaran, ruang cetakan , ruang tembikar, ruang tekstil,
ruang pejabat seni, ruang akses ict, stor dan sebagainya.
Semuanya ini bertujuan untuk memberi keselesaan yang optimum kepada pengkarya-
pengkarya yang menggunakan ruang futuristik yang saya ciptakan ini. Tidak dapat
dinafikan bahawa setiap kejayaan yang dicapai itu memerlukan sokongan dari perkara-
perkara yang lain iaitu ruang pembelajaran yang dapat mencetuskan idea-idea hebat
melalui penggunaan ruang atau prasarana yang kontemporari.
HURAIAN PELAN LANTAI BILIK SENI
A. RUANG CETAKAN
Ruang cetakan penting agar pelajar dapat mencetak hasil-hasil seni mereka. Pelbagai
alat cetakan yang menggunakan teknologi canggih mahupun yang bersifat
konvensional disediakan di ruangan ini. Pelajar boleh mempelajari teknik cetak
konvensional seperti 1) Cetak tinggi (relief print), wood cutprint, wood engraving print,
lino cut print, 2) Cetak dalam (Intaglio) dry print, etsa, mizotint, sugartint 3) Sablon (Silk
screen). Teknik cetak dengan teknologi moden adalah seperti offset dan digital print.
Dengan ini ruangan cetakan banyak membantu pelajar menghasilkan karya-karya seni
hasil gabungan teknologi moden dan konvensional.
B. RUANG AKSES ICT
Ruang ini digunakan untuk mendapatkan sebarang maklumat yang dikehendaki oleh
pengguna-pengguna khususnya maklumat yang berkaitan dengan pendidikan seni dan
visual. Ruang ini boleh memuatkan antara 10 hingga 15 orang pada satu-satu masa.
Ruang ini juga dilengkapi dengan pendingin hawa untuk keselesaan yang optimum.
Pendingin hawa ini juga telah dilaraskan secara automatik mengikut keselesaan
pengunjung-pengunjung yang berada di dalam bilik tersebut. Untuk menjaga
kebersihan bilik ini, rak kasut disediakan dan pengunjung-pengunjung boleh meletakkan
kasut pada arak kasut yang telah disediakan. Seperti yang telah dinyatakan tadi, bilik ini
adalah berkonsepkan futuristik maka rak kasut yang terdapat di sini juga dapat dikawal
hanya dengan menekan butang yang disediakan dan rak kasut tadi akan masuk ke
dalam satu ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Komputer-komputer yang digunakan
juga berkonsepkan futuristik dan tidak dapat dilihat kecuali dengan menekan butang
untuk mengeluarkan skrin komputer dan seterusnya dapat digunakan. Begitulah juga
sewaktu komputer itu akan dimatikan, komputer ini akan masuk semula ke dalam
ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Ini bertujuan untuk menjimatkan ruang dan
melindungi jangka hayat komputer supaya dapat bertahan lebih lama lagi.
C. STOR
Stor berada bersebelahan dengan ruang pejabat seni. Stor ini digunakan untuk
menyimpan pelbagai barangan yang diperlukan sewaktu sebarang proses membuat
aktiviti yang diperlukan. Stor penyimpanan alatan amat diperlukan sama sekali. Ini
kerana di dalam bilik seni ini guru perlu menyediakan pelbagai stok alatan serta bahan-
bahan keperluan dalam kuantiti yang banyak. Selain itu juga terdapat pelbagai jenis
alatan serta bahan untuk kegunaan pelajar contohnya ialah berus dalam pelbagai saiz,
cat dalam pelbagai warna dan jenis seperti cat minyak, cat air, cat paster, lilin, gunting,
pisau dan sebagainya. Oleh itu alat dan bahan ini perlu diasingkan dan disimpan
ditempat yang selamat. Selain itu, stor juga boleh digunakan untuk menyimpan alat
atau bahan seperti buku-buku, folio-folio dan hasil kerja pelajar di atas rak kayu yang
dibina di dalam stor. Stor ini juga dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih
untuk memudahkan semua aktiviti yang berlaku di dalam stor ini.
Untuk menjaga kebersihan stor ini supaya sentiasa kemas, jadual tugasan disediakan
supaya setiap kali stor ini digunakan kekemasan stor akan sentiasa terpelihara. Stor
yang tidak dijaga dengan rapi akan menyebabkan penggunaannya terganggu kerana
sudah pasti ada habuk, kotoran dan yang seumpamanya.
Walau bagaimanapun oleh kerana peralatan yang digunakan adalah canggih, maka
habuk dan kekotoran hampir tidak berlaku di bilik ini kerana ada alat pengesan yang
dapat mengesan sebarang kekotoran dan perkara ini dapat diatasi dengan begitu
mudah.
D. RUANG PEJABAT SENI
Ruang pejabat seni juga penting untuk melaksanakan aktiviti pengkeranian. Ianya juga
berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan penerimaan, merekod,
penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok. Di ruang pejabat ini juga
digunakan sebagai tempat menerima, mengesah dan memperakukan barang yang
diterima daripada pembekal.
E. BILIK AIR/TANDAS
Keperluan asas didalam bilik seni juga dititikberatkan. Bilik air dan tandas yang selesa
disediakan untuk sesiapa sahaja yang menggunakan bilik seni. Semua tandas di sini
juga berkonsepkan futuristik dan mesra pengguna. Revolusi reka bentuk kepala paip
menunjukkan satu inovasi baru diadaptasikan di sini. Kepala paip diaplikasikan dengan
teknologi sensor, pengguna cuma perlu menghulurkan tangan untuk mengeluarkan air.
Kepala paip ini sungguh berkesan untuk mengurangkan pembaziran air ketika tidak
digunakan dan juga memudahkan pengguna kerana tidak perlu memusing kepala paip
sekiranya tangan licin atau berminyak. Bilik air dan tandas ini juga dilengkapi dengan
exhaustfan untuk menyedut udara panas.
IKLIM BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL DARI ASPEK FIZIKAL, EMOSI DAN
SOSIAL
Iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
sama ada di bilik seni ataupun di sebuah bilik darjah biasa, merangkumi keadaan fizikal
dan suasana pembelajaran yang sesuai dan kondusif untuk sesuatu pelajaran.
(a) Aspek fizikal
Dari aspek fizikal, guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah atau
bilik seni adalah bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti yang
akan dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar perlu ada
dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. Ianya dapat dilakukan dengan cara-cara
berikut:
(i) Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan.
(ii) Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta,
gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.
(iii) Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi
keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan.
(b) Aspek Sosial
Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid
dengan murid, khasnya dalam bilik darjah. Murid yang dapat berinteraksi dalam
pembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan melalui
sosiometri dalam penguasaan berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan disinilah
proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Aspek emosi ini akan dapat:
(i) menarik minat murid, masyarakat dan guru-guru;
(ii) berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan
inovatif;
(iii) mewujudkan suasana interaksi sesama murid;
(c) Aspek emosi
Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka.
Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan
oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah
yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang,
bertimbang rasa, peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan adil,
bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. Anda
boleh mewujudkan suasana ‘rapport’ dan disenangi oleh murid dengan:
(i) memenuhi kehendak fisiologi iaitu memuaskan deria;
(ii) memenuhi kehendak mental, untuk keperluan berfikir;
iii) membentuk suasana yang meransang kreativiti; dan
PERANAN GURU PSV
PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL
1. Guru Pendidikan Seni Visual perlu menerapkan aspek pemahaman,
penghayatan dan kritikan mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti melalui
imaginasi dan konsepsi murid.
2. Menimbulkan rasa kesedarankepada masyarakat terhadap kepentingan
Pendidikan SeniVisual dalam kehidupan.
3. Selain itu juga mengajar murid-murid melakar atau melukis pelbagai jenis bentuk
dan gambar.
4. Pemupukan minat dalam bidang artistik supaya murid-murid berkeinginan untuk
menghasilkan karya-karya yang bersifat lakarandan memperlihatkan
kepentingan konsep visual.
5. Peranan guru PSV juga sebagai pelaksana dalam kurikulum yang telah
diselaraskan.
6. Membantu murid-murid menghadapi cabaran masa depan dalam Pendidikan
Seni Visual.
7. Peranan guru juga menyatukan pelbagai pelajar yang berlainan latar belakang.
dalam PSV dapat menyatukan mereka.
8. Meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, mengharga ikeindahan alam
persekitaran,keindahan seni warisan bangsa.
9. Selain itu juga menggalakkan murid-murid melaksanakan pemerhatian aktif,
interaksi yang kreatif dengan alatan, serta aspresiasi seni.
TOPIK 7 APRESIASI SENI
PENGENALAN
Apresiasi seni merupakan aspek penting di dalam pengajaran pendidikan seni
visual.
Apresiasi seni ini adalah proses penghayatan seni yang merangkumi aspek-aspek
pengetahuan, membuat pertimbangan, penyataan diskriminasi dan penghargaan
terhadap
karya seni. Apresiasi seni juga menitikberatkan aspek kritikal serta aspek emosional
terhadap karya seni. Menjalankan proses apresiasi seni sebenar tidak sukar kerana
proses ini boleh diumpamakan sebagai memberi penghargaan terhadap karya seni.
Menurut Ecker (1966), pendekatan apresiasi seni dapat memberikan penghargaan
yang
menyeronokkan terhadap karya seni, dilakukan dengan cara naratif dan tersusun
untuk
memahami sesuatu karya seni. Ia mencakupi aspek pengetahuan, penilaian,
diskriminasi,
dan juga kesedaran emosi terhadap karya seni. Pendekatan ini juga diperlukan
untuk
memberikan penilaian estetika dan artistik untuk setiap karya seni yang dihasilkan.
OBJEKTIF
Di akhir topik ini anda seharusnya dapat:
1. memahami proses di dalam apresiasi seni kanak-kanak;
2. mengenal pasti kategori-kategori penting di dalam membuat apresiasi seni; dan
3. mampu melakukan apresiasi seni apabila berhadapan dengan karya seni.
7.1 DEFINISI DAN KONSEP
Apakah yang dapat anda fahami dengan istilah ‘apresiasi seni’?
Bagi Hurwitz dan Day (2001), apresiasi bermaksud ‘menghargai’ dan pemahaman
mengenai konsep apresiasi seni adalah melalui pencarian dan penyaluran
maklumat
yang terdapat pada karya seperti maklumat mengenai artis atau pengkarya,
maklumat
mengenai bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya, gaya dan aliran seni
karya
serta aspek sejarah karya tersebut.
Konsep apresiasi seni sebenarnya antara lain bertujuan untuk membina keyakinan
seseorang untuk berbincang dan menghurai serta membuat diskriminasi terhadap
karya
seni. Apabila seseorang itu menjalankan proses apresiasi seni, proses ini tidak akan
menyentuh soal-soal berkaitan betul atau salah interpretasi individu tersebut
mengenai
karya, kerana tujuan apresiasi seni adalah untuk memahami karya melalui apa
yang dilihat
secara langsung. Seabolt (2001) menjelaskan bahawa aktiviti kritikan seni
melibatkan
perbincangan dan diskusi mengenai sesuatu karya seni manakala apresiasi seni
pula
merujuk kepada aktiviti menghayati seni dengan melibatkan pengetahuan
berkaitan
dengan sejarah seni dan perbincangan serta diskusi mengenai seni.
Di samping itu, konsep dan pelaksanaan apresiasi seni juga bertujuan untuk
membina
tatabahasa visual dan meningkatkan daya estetik seseorang. Pengalaman estetik
akan
meningkat kerana proses ini juga mendedahkan seseorang itu dengan bahasa
tampak
yang membantu menyelami perasaan penghasil karya. Apresiasi seni mengajar
pengkritik
dan pemerhati seni menghargai rasa dan perasaan seniman (Johari Abdul Hamid,
2004).
7.2 KATEGORI APRESIASI SENI
Terdapat dua pandangan berbeza mengenai apresiasi. Pandangan pertama
merupakan
pendapat Walter dan Clive Bell yang menyatakan bahawa penghayatan dan
apresiasi seni
tidak memerlukan pengetahuan mengenai idea, kerana kehidupan normal bagi
seseorang
adalah berbeza-beza. Mereka juga berpendapat bahawa membuat apresiasi itu
adalah
sesuatu yang berbeza daripada pengalaman biasa.
Pandangan kedua berasal daripada psikologi eksperimental yang diutarakan oleh
John
Dewey dan Otto Krash. Kedua-keduanya bersetuju bahawa apa saja maklumat yang
berkaitan dengan seni termasuk pengetahuan asas seni boleh membawa kepada
kefahaman terhadap karya seni, seterusnya memudahkan proses ke arah apresiasi
seni.
Walau bagaimanapun, terdapat banyak persoalan mengapa seseorang perlu
melakukan
apresiasi terhadap karya seni. Persoalan-persoalan seperti apa yang anda lihat?
Apakah
pengalaman dan memori yang lalu tentang karya yang dilihat? Sejauh manakah
karya
tersebut berkesan dari segi penghasilan karya oleh pengkaryanya? Apakah maksud
karya
tersebut? Bagaimana elemen dan prinsip seni di gunakan?
Walau bagaimanapun, menurut Ecker (1966) kategori utama dalam apresiasi seni
ialah
apresiasi bercorak analitikal. Apresiasi analitikal adalah satu kaedah bagi melihat
aspek
penghasilan karya seni visual. Kategori apresiasi bercorak analitikal ini disusun dari
konsep mudah kepada yang lebih kompleks.
7.2.1 Peringkat Analitikal
(a) Kenal Pasti (Identification)
Aspek kenal pasti yang paling mudah ialah menyatakan aspek-aspek seperti tajuk
karya, jenis karya, pereka atau seniman karya, tarikh dihasilkan, asal-usul karya,
gaya, medium yang digunakan, teknik dan fungsi karya.
7.2.2 Peringkat Penerangan
Peringkat penerangan boleh diklasifikasikan kepada tiga peringkat yang utama iaitu
peringkat penerangan literari, penerangan teknikal dan penerangan formal.
(a) Penerangan Literary (Literary Description)
Penerangan literari digunakan ke atas karya seperti potret, landskap, lukisan objek
dan lain-lain. Contohnya, karya Monalisa menggambarkan seorang wanita yang
sedang terukir senyum di bibirnya. Penerangan literari ini terbahagi pula kepada
dua
bahagian iaitu penerangan teknikal dan penerangan formal.
(b) Penerangan Teknikal (Technical Description)
Penerangan teknikal merujuk kepada aspek teknikal dalam penghasilan karya seni.
Proses ini termasuk perkara-perkara seperti penggunaan teknikal dan bahan-bahan
oleh pengkarya.
(c) Penerangan Formal (Formal Description)
Penerangan formal merujuk kepada struktur fizikal karya seni iaitu perkara-perkara
yang berkaitan dengan apa yang dilihat. Ini termasuklah aspek warna, garisan,
jalinan, bentuk, rupa dan lain-lain. Organisasi rekaan seperti imbangan, susunan,
ritma, dan prinsip-prinsip serta elemen seni yang lain.
7.2.3 Konteks dan Skop
Seterusnya ialah aspek konteks dan skop sesuatu karya itu dihasilkan sama ada
mempunyai kaitan dengan budaya, sumbangan karya di dalam masyarakat,
peranan
pengkarya dan lain-lain.
7.2.4 Aspek Assosiasi
Aspek ini bergantung kepada assosiasi seseorang apabila menikmati sesuatu karya.
Adakah karya itu mengingatkan sesuatu kepada apa yang dilihatnya? Misalnya,
potret
Monalisa mengingatkan kepada kekasihnya atau lukisan peperangan
membayangkan
kekejaman sesuatu bangsa yang sombong dan angkuh. Ringkasnya, perkaitan ini
juga
merupakan persoalan yang menyentuh peribadi seseorang.
7.2.5 Aspek Kritikal
Aspek kritikal merupakan persoalan penilaian atau pertimbangan peribadi
termasuklah
kritikan yang membolehkan seseorang membuat apresiasi kepada sesuatu karya itu
dengan lebih menyeronokkan.
7.2.6 Aspek Hubungan Baik
Aspek hubungan baik ini amat kuat dalam membuat apresiasi kepada seni bina.
Aspek
fizikal, spiritual dan lebih daripada itu aspek kemanusiaan adalah menjadi
keutamaan.
Tetapi aspek ini boleh juga diaplikasikan kepada kesemua jenis seni rupa atau seni
visual. Tambahan pula, pengalaman lampau seperti yang menyentuh persepsi
diserapkan
dalam membuat apresiasi kepada objek yang dilihat.
8.0
OUM
RUMUSAN
Di dalam topik ini, anda telah mempelajari peranan apresiasi seni di dalam mata
pelajaran
seni visual di sekolah. Tanpa apresiasi seni, murid tidak dapat membuat
pertimbangan
yang penting apabila melihat sesuatu karya seni sama ada seni lukis, seni reka atau
bidang seni visual yang lain. Apresiasi seni juga dapat membantu seseorang
daripada
membuat penilaian yang singkat atau yang pendek sebelum membuat penilaian
atau
kritikan yang munasabah.
FUNGSI DAN PERANAN PENGEMBANGAN KURIKULUM
A.Fungsi Pengembangan Kurikulum
Kurikulum merupakan seperangkat rencana dan pengaturan mengenai isi dan bahan pelajaran serta cara yang digunakan sebagai pedoman untuk menggunakan aktivitas belajar mengajar. Kurikulum dipandang sebagai program pendidikan yang direncanakan dan dilaksanakan dalam mencapai tujuan pendidikan. Apabila masyarakat dinamis maka kebutuhan anak didik akan dinamis pula, sehingga tidak terasing dalam masyarakat karena memang masyarakat berubah berdasarkan kebutuhan masyarakat itu sendiri.
Dalam aktivitas belajar mengajar kedudukan kurikulum sangat krusial disebabkan dengan kurikulum anak didik akan memperoleh manfaat. Namun demikian disamping kurikulum bermanfaat bagi anak didik ia juga mempunyai fungsi-fungsi lain, yakni;1. Fungsi kurikulum dalam rangka pencapaian tujuan pendidikan
Kurikulum pada suatu sekolah merupakan suatu alat atau usaha dalam mencapai tujuan-tujuan pendidikan yang diingini oleh sekolah tertentu yang dianggap cukup tepat dan krusial untuk
dicapai. Sehingga salah satu langkah yang perlu dilakukan adalah meninjau kembali yang selama ini digunakan oleh sekolah yang bersangkutan.
Di Indonesia dapat diketahui ada empat tujuan pendidikan yang utama yang secara hierarkis dapat dikemukakan;
a.Tujuan Nasionalb.Tujuan Institusionalc.Tujuan Kurikulerd.Tujuan Instruksional
Dalam pencapaian tujuan pendidikan yang dicita-citakan maka tujuan–tujuan tersebut mesti dicapai secara bertingkat yang saling mendukung keberadaan kurikulum disini adalah suatu alat mencapai tujuan pendidikan.
2. Fungsi Kurikulum bagi anak didik
Keberadaan kurikulum sebagai organisasi belajar tersusun merupakan suatu persiapan bagi anak didik, anak didik diharapkan dapat dikembangkan seirama dengan perkembangan anak, agar dapat memenuhi bekal hidupnya nanti.
3. Fungsi kurikulum bagi pendidik
Guru merupakan pendidik profesional, yang mana secara implisit ia telah merelakan dirinya untuk memikul sebagian tanggungjawab pendidikan. dipundak orang tua. Para orangtua tatkala menyerahkan anaknya kesekolah, sekaligus berarti pelimpahan sebagian tanggungjawab pendidikan anaknya kepada guru, tentunya orang tua mengharapkan agar anaknya akan menemukan guru yang baik, berkompetensi dan berkualitas.
Adapun fungsi kurikulum bagi guru atau pendidik adalah;
Pedoman kerja dalam menyusun dan mengorganisir pengalaman belajar para anak didik. Pedoman untuk mengadakan evaluasi terhadap perkembangan anak didik dalam rangka
menyerap sejumlah pengalaman yang diberikan.
4. Fungsi kurikulum bagi kepala sekolah dan pembina sekolah
Kepala sekolah merupakan administrator dan supervisor yang mempunyai tanggungjawab kurikulum. fungsi kurikulum kepala sekolah dan para pembina sekolah lainnya adalah;
Sebagai pedoman dalam mengadakan fungsi supervisi yakni memperbaiki situasi belajar Sebagai pedoman dalam melaksanakan fungsi supervisi dalam menciptakan situasi untuk
menunjang situasi belajar anak ke arah yang lebih baik. Sebagai pedoman dalam melaksanakan fungsi supervisi dalam memberikan bantuan
kepada guru atau pendidik agar dapat memperbaiki situasi mengajar.
5.Fungsi kurikulum bagi orangtua anak didik
Kurikulum bagi orang tua mempunyai fungsi agar orangtua dapat berpartisipasi membantu usaha sekolah dalam memajukan putra – putrinya. bantuan yang dimaksud dapat berupa konsultasi langsung dengan sekolah atau guru mengenai masalah – masalah yang menyangkut anak–anak mereka. Bantuan yang berupa materi dari para orangtua dapat melalui lembaga BP3 dengan membaca dan memahami kurikulum sekolah, para orangtua tersebut dapat mengetahui pengalaman belajar yang diperlukan anak–anak mereka dengan demikian partisipasi orangtua ini pun tidak kalah pentingnya dalam menyukseskan proses belajar mengajar disekolah.
6. Fungsi bagi sekolah pada tingkat diatasnya
Fungsi kurikulum dalam hal ini dapat dibagi menjadi dua jenis tertentu, yakni;
a. Pemeliharaan keseimbangan proses pendidikan
Pemahaman kurikulum yang digunakan oleh suatu sekolah tertentu, sekolah pada tingkatan diatasnya dapat melakukan penyesuaian di dalam kurikulumnya, yakni;
Jika sebagian dari kurikulum sekolah bersangkutan telah diajar pada sekolah yang berada di bawahnya, maka sekolah dapat meninjau kembali atas perlu tidaknya bagian tersebut diajarkan
Jika keterampilan–keterampilan tertentu yang diperlukan dalam mempelajari kurikulum suatu sekolah belum diajarkan pada sekolah yang berada di bawahnya. sekolah dapat mempertimbangkan dalam memasukkan program tentang keterampilan–keterampilan itu ke dalam kurikulum nya.
b. Penyiapan Tenaga Kerja
Jika suatu sekolah berfungsi menyiapkan tenaga pendidik bagi sekolah yang berada di bawahny, maka perlu sekali sekolah tersebut memahami kurikulum sekolah yang berada di bawahnya, maka perlu sekali sekolah tersebut memahami kurikulum sekolah yang berada di bawahnya.
7. Fungsi bagi masyarakat dan pemakai lulusan sekolah
Dengan mengetahui kurikulum pada suatu sekolah, masyarakat, sebagai pemakai lulusan dapat melaksanakan sekurang–kurangnya dua macam;
Ikut memberikan kontribusi dalam memperlancarkan pelaksanaan program pendidikan yang membutuhkan kerjasama dengan pihak orangtua dan masyarakat.
Ikut memberikan kritik dan saran yang konstruktis demi penyempurnaan program pendidikan di sekolah, agar lebih serasi dengan kebutuhan masyarakat dan lapangan kerja.
B. Peranan Pengembangan Kurikulum
1. Peranan konservatif
Kebudayaan telah ada lebih dahulu daripada lahirnya sesuatu generasi tertentu dan tidak akan mati dan habisnya generasi yang bersangkutan.
2. Peranan kritis atau evaluatif
Kebudayaan senantiasa berubah dan bertumbuh sejalan perkembangan zaman yang terus berputar. sekolah tidak hanya mewariskan kebudayaan yang ada melainkan juga menilai, memilih unsur–unsur kebudayaan yang akan diwariskan.
3. Peranan kreatif
Kurikulum melakukan kegiatan-kegiatan kreatif dan konstruktif dalam arti menciptakan dan menyusun sesuatu yang baru sesuai dengan kebutuhan masa sekarang dan masa mendatang dalam masyarakat guna membantu setiap individu dalam mengembangkan potensi yang ada padanya. kurikulum menciptakan pelajaran, pengalaman, cara berpikir, berkemampuan dan keterampilan yang baru, dalam arti memberikan manfaat bagi masyarakat