kkp (salinan pelajar)

5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU TUGASAN PROJEK PROGRAM : Program Pensiswazahan Guru (PPG) Unit SAINS (Ambilan Khas Februari 2013) NAMA PELAJAR : KOD DAN NAMA KURSUS : BMM3173E Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah SEMESTER : 1/2015 TARIKH MULA : 7 FEBRUARI 2015 TARIKH HANTAR : 21 MAC 2015 A. Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Menerangkan teori huraian bahasa dan teori pemerolehan bahasa di dalam bilik darjah. 2. Menjelaskan komponen pengajaran mikro dan makro dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. 3. Menghuraikan pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran terkini Bahasa Melayu di bilik darjah bagi memupuk potensi insan murid yang kritis, kreatif, dan inovatif. 4. Menganalisis pengisian kurikulum sebagai elemen kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di bilik darjah. 5. Mengaplikasi pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran terkini Bahasa Melayu dalam rancangan pengajaran harian dengan menyerapkan pengisian kurikulum. Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 3, 4 dan 5. B. Objektif Projek:

Upload: g-mariyal-ganarokiam

Post on 22-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ppg

TRANSCRIPT

Page 1: KKP (salinan pelajar)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYUTUGASAN PROJEK

PROGRAM : Program Pensiswazahan Guru (PPG) Unit SAINS (Ambilan Khas Februari 2013)

NAMA PELAJAR :

KOD DAN NAMA KURSUS : BMM3173EKaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

SEMESTER : 1/2015

TARIKH MULA : 7 FEBRUARI 2015 TARIKH HANTAR : 21 MAC 2015

A. Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menerangkan teori huraian bahasa dan teori pemerolehan bahasa di dalam bilik darjah.

2. Menjelaskan komponen pengajaran mikro dan makro dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah.

3. Menghuraikan pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran terkini Bahasa

Melayu di bilik darjah bagi memupuk potensi insan murid yang kritis, kreatif, dan inovatif.

4. Menganalisis pengisian kurikulum sebagai elemen kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa Melayu di bilik darjah.

5. Mengaplikasi pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran terkini Bahasa

Melayu dalam rancangan pengajaran harian dengan menyerapkan pengisian kurikulum.

Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 3, 4 dan 5.

B. Objektif Projek:

Para pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Membanding beza teknik-teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

2. Menghasilkan sebuah Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap dengan mengaplikasikan

pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran terkini Bahasa Melayu dengan

menyerapkan pengisian kurikulum.

C: Tugasan: Projek (100%)

Page 2: KKP (salinan pelajar)

1. Membanding beza teknik-teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu (40%)

Seseorang guru perlu merancang dan memilih stragtegi, pendekatan, kaedah dan teknik

pengajaran yang sesuai sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Anda diminta untuk membanding beza teknik-teknik dalam pengajaran dan pembelajaran

mata pelajaran Bahasa Melayu.

2. Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) (60%)

Anda diminta untuk menghasilkan sebuah RPH yang lengkap. RPH tersebut hendaklah

memaparkan pengaplikasian pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan

pembelajaran bahasa Melayu. Selain itu, anda juga perlu menyerapkan pengisian kurikulum

yang sesuai dengan RPH yang anda hasilkan.

D : Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus ProjekTugasan : Projek (100%)

1. Tugasan ini adalah tugasan individu

2. Format penulisan tugasan hendaklah disediakan dengan bertaip komputer menggunakan Font Arial, saiz 12 dan langkau satu setengah baris (1.5). Sumber/ bahan yang digunakan hendaklah disertakan bersama-sama penulisan yang disediakan.

3. Bahagian kulit luar tugasan kerja kursus ( kertas warna kuning ) hendaklah dilengkapkan dengan maklumat seperti logo IPG, nama pelajar, angka giliran, nombor kad pengenalan, kumpulan/ unit (Ambilan), nama pensyarah pembimbing dan tarikh serahan tugasan.

4. Menyenaraikan sumber rujukan / bibliografi yang lengkap.

5. Kerja kursus perlu dihantar dalam bentuk naskhah bercetak(hard copy ) dan cakera lembut (Soft copy / CD).

6. Panjang tugasan antara 10-15 muka surat sahaja.

7. Tugasan yang anda hasilkan perlu ada kandungan dan muka surat. Bahagian lampiran tidak perlu ditulis muka surat.

8. Tugasan ini membawa markah 100 %.

9. Format tugasan mestilah mengikut format American Psychological Association ( A.P.A.).

10. Anda WAJIB sertakan sehelai Borang Maklum Balas Tugasan sebagai muka depan tugasan anda.

11. Tugasan perlu dihantar pada atau sebelum tarikh yang telah ditetapkan. 222

E: Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

Page 3: KKP (salinan pelajar)

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah

dikemukakan (Pelbagai sumber).

3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah.

4. Format dan organisasi tugasan perlu jelas dan koheren.

5 Penulisan akademik harus menunjukkan kegramatisan bahasa, kematangan hujah dalam

menterjemahkan maklumat kritikal dan analitikal.

F. Kriteria pentaksiran.

Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang dilampirkan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

( ISMAIL BIN HASBULLAH ) (RAMLY BIN ABU )

Penyelaras Kursus (BMM3173E) Pakar Bidang (SME)

Jabatan Pengajian Melayu, Jabatan Pengajian Melayu,

Disahkan oleh:

(MOHD. RAFI BIN GHAZALI)

Ketua Jabatan,

Jabatan Pengajian Melayu,

IPGK Perempuan Melayu,Melaka.