kkp pra 3109 ( 22.10.12)

11
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK JABATAN ILMU PENDIDIKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN SEMESTER 5 AMBILAN JANUARI 2011 SIDANG AKADEMIK JAN – JUN 2013 0 KERJA KURSUS PROJEK PRA 3109 : KANAK-KANAK PRASEKOLAH BERKEPERLUAN KHAS

Upload: zulaikha-rusman

Post on 03-Jan-2016

362 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

gdeh

TRANSCRIPT

Page 1: KKP PRA 3109  ( 22.10.12)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIKJABATAN ILMU PENDIDIKAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIANSEMESTER 5

AMBILAN JANUARI 2011

SIDANG AKADEMIK JAN – JUN 2013

IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIKJADUAL PENENTUAN TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK

0

KERJA KURSUS PROJEK

PRA 3109 : KANAK-KANAK PRASEKOLAH BERKEPERLUAN KHAS

Page 2: KKP PRA 3109  ( 22.10.12)

JABATAN : ILMU PENDIDIKANUNIT : PRASEKOLAH (MAJOR)KURSUS : PRA 3109

Tarikh Mula 18 Mac 2013 Tarikh hantar 30 April 2013

HASIL PEMBELAJARAN:

1. Mengenal pasti jenis-jenis kanak-kanak berkeperluan khas.2. Mengenal pasti ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas bagi membolehkan tindakan selanjutnya dapat diambil terutama semasa

kanak-kanak tersebut berada di prasekolah3. Merancang dan menguruskan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan perbezaan individu dan cara melayani kanak-kanak berkeperluan

khas di prasekolah.4. Mempamerkan komitmen kepada kecemerlangan, akauntabiliti integriti, bertanggungjawab dan empati untuk melaksanakan tugas

sebagai seorang guru.5. Kebolehan untuk bertahan serta memberi perhatian sepenuhnya terhadap tanggung-jawab yang diberi.

Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2 dan 3 .

OBJEKTIF TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK

1. Mengenal pasti jenis-jenis kanak-kanak berkeperluan khas. 2. Mengenal pasti klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas 3. Mengaplikasikan tindakan yang sepatutnya diambil semasa kanak- kanak tersebut berada di prasekolah.4. Mengaplikasikan pelaksanaan kaedah dan strategi p&p dalam pendidikan khas.

.

1

Page 3: KKP PRA 3109  ( 22.10.12)

JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN PROJEK

MATA PELAJARAN : Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan KhasTUGASAN PROJEK : Mengenal pasti ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas dan merancang pelaksanaan strategi pengajaran dan

pembelajaran kanak-kanak prasekolah yang berkeperluan khas.

TOPIK TUGASAN WAJARAN CATATAN

Topik 2: Klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas.

.

Tugasan 1: Peta Grafik

Bina peta grafik berkaitan dengan topik berikut :

8 jenis klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas.

10%

Mengumpulkan maklumat mengenai kanak-kanak prasekolah yang berkeperluan khas.

Mengenal pasti klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas.

Menganalisis klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas tertentu.

Topik 3 : Jenis kanak-kanak berkeperluan khas dan cirinya.

Topik 4 : Pelaksanaan Strategi P&P dalam P.Khas

Tugasan 2 : Penulisan analisis

Berdasarkan pembacaan beberapa jurnal, sediakan satu penulisan analitikal berkaitan dengan satu jenis kanak-kanak berkeperluan khas yang telah anda kenal pasti. Bincangkan cara yang terbaik untuk mengendalikan tingkah laku kanak-kanak tersebut dan rancangkan stategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuknya.

40% Menganalisis ciri-ciri kanak-kanak

berkeperluan khas yang dikenal pasti. Membuat perkaitan di antara pemerhatian

menerusi lawatan dan hasil temubual dengan huraian jurnal yang dipilih.

Membuat pertimbangan tentang pendekatan dan strategi p&p yang sesuai dengan kanak-kanak berkeperluan khas tersebut.

2

Page 4: KKP PRA 3109  ( 22.10.12)

TOPIK TUGASAN WAJARAN CATATAN

Topik 1 (A) :Pelaksanaan Strategi P&P dalam P.Khas

Topik 2 (A) : Pelaksanaan Kaedah dan teknik mengajar.

Topik 3(A): Pengajaran Tunjang-tunjang Prasekolah Kanak-kanak berkeperluan khas.

Tugasan 3 : Pelaksanaan pengajaran mikro

Bina satu slot Rancangan Pengajaran Harian untuk jenis kanak-kanak berkeperluan khas yang anda telah kenalpasti di atas. Rancangan anda harus berlandaskan salah satu daripada Tunjang yang terdapat dalam KSPK. Laksanakan pengajaran mikro berdasarkan slot yang anda telah rancang.

50%

Membina satu slot Rancangan Pengajaran Harian terhadap jenis kanak-kanak berkeperluan khas yang dipilih.

Mempertimbangkan strategi p&p yang berkesan untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

Mengaplikasikan pengetahuan dalam pelaksanaan kaedah dan teknik yang sesuai dalam pendidikan khas.

Membuat perkaitan di antara pengajaran tunjang-tunjang prasekolah dengan jenis kanak-kanak berkeperluan khas tertentu.

TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK3

Page 5: KKP PRA 3109  ( 22.10.12)

PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2011

Nama pelajar : No. K.P :

Angka giliran : Semester : 5

Tarikh mula : 18 Mac 2013 Tarikh hantar : 30 April 2013

Sebagai bakal guru prasekolah anda perlu memahami ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas. Kanak-kanak seperti ini amat memerlukan suatu program pengajaran yang berbeza daripada kanak-kanak normal yang lain. Guru perlu menggunakan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan mereka. Guru perlu mempamerkan komitmen , akauntabiliti dan rasa empati untuk melaksanakan tanggung jawab terhadap murid-murid prasekolah yang berkeperluan khas ini.

Tugasan 1 :

Sediakan peta grafik berkaitan dengan klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas.

( 10 markah )Tugasan 2 :

Pilih artikel menerusi jurnal berkaitan dengan kanak-kanak prasekolah yang berkeperluan khas. Hasilkan satu penulisan analisis kritikal tentang ciri-ciri dan tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas yang anda pilih. Anda boleh membuat perkaitan berdasarkan pembacaan jurnal, lawatan anda ke sekolah pendidikan khas. dan juga temubual anda terhadap guru pendidikan khas yang anda kenalpasti. Bincangkan dan beri cadangan tentang cara yang terbaik untuk anda mengendalikan tingkah laku kanak-kanak tersebut dan rancangkan stategi p&p yang sesuai untuk jenis kanak-kanak berkeperluan khas tersebut .

( 40 markah )

4

Page 6: KKP PRA 3109  ( 22.10.12)

Tugasan 3

Laksanakan pengajaran mikro di kelas anda tentang strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Persediaan anda perlu mengambil kira aspek-aspek yang berikut:

a) Pemilihan kaedah dan teknik pengajaran.b) Kenal pasti jenis pendekatan pengajaran.c) Memilih salah satu daripada tunjang yang terdapat dalam KSPK dan juga d) Kesepaduan tunjang yang berkaitan.

(50 markah)

A rahan Tugasan:

A. Persembahan peta grafik ( 10 markah )

1. Persembahan anda hendaklah meliputi maklumat yang berkaitan dengan 8 klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas.2. Anda diminta menyediakan 8 peta grafik yang meliputi satu peta grafik bagi setiap satu jenis klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas.3. Maklumat dan rujukan yang diperolehi hendaklah dipaparkan dalam bentuk peta grafik .4. Maklumat yang dipaparkan mestilah diperolehi daripada sekurang-kurangnya 6 sumber rujukan.5. Tugasan hendaklah disediakan secara individu mengikut topik yang diberikan.6. Segala penyataan dalam peta grafik perlu dinyatakan sumber maklumatnya7. Hasil persembahan hendaklah diserahkan kepada pensyarah beserta dengan salinan cetakan rujukan. 8. Sumber rujukan perlu disenaraikan pada akhir salinan yang dicetak dengan menulis rujukan mengikut format APA.9. Muka depan tugasan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:

a. NAMA PELAJAR (mengikut kumpulan)b. NO MATRIKc. NO. KAD PENGENALANd. KUMPULAN/UNITe. KOD DAN MATAPELAJARANf. NAMA PENSYARAH PEMBIMBINGg. TARIKH SERAHAN : 30 April 2013

5

Page 7: KKP PRA 3109  ( 22.10.12)

B. Penulisan analisis kritikal ( 40 markah )

1. Tuliskan satu penulisan analisis kritikal yang menjelaskan artikel daripada beberapa jurnal berkaitan dengan kanak-kanak prasekolah berkeperluan khas.2. Bincangkan artikel tersebut dengan mengenal pasti jenis dan ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas tersebut.3. Anda boleh mengaitkan penulisan anda melalui pemerhatian anda semasa melawat ke sekolah pendidikan khas atau melalui temu bual anda dengan guru pendidikan khas tertentu.3. Tugasan ini hendaklah dihasilkan secara individu dengan menghuraikan secara terperinci tentang ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas tersebut serta cadangan tentang cara merancang strategi pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak tersebut.4. Hasil penulisan hendaklah tidak melebihi 1500 patah perkataan.5. Penulisan mestilah mengikut format APA serta dinyatakan sumber rujukannya.6. Muka depan tugasan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat pelajar seperti yang dinyatakan dalam arahan tugasan A.

C. Pelaksanaan slot pengajaran mikro ( 50 markah)

1. Tuliskan satu Rancangan Pengajaran bagi satu slot pengajaran 30 minit kanak-kanak berkeperluan khas yang anda pilih. 2. Laksanakan pengajaran mikro di dalam bilik darjah anda .3. Hasilkan bahan bantuan mengajar yang sesuai untuk kanak-kanak berkeperluan khas yang anda kenalpasti.4. Slot pengaran anda perlu mengambil kira aspek berikut :

a) Pemilihan kaedah dan teknik pengajaran.b) Kenal pasti jenis pendekatan pengajaran.c) Memilih salah satu daripada tunjang yang terdapat dalam KSPK dan juga d) kesepaduan tunjang yang berkaitan.

5. Rancangan slot harian anda mestilah diserahkan kepada pensyarah sekurang-kurangnya 2 hari sebelum sesi slot pengajaran anda. 6. Muka depan tugasan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat pelajar seperti yang dinyatakan dalam arahan tugasan A. 8. Tuliskan satu laporan releksi berdasarkan perkara yang anda pelajari sepanjang menjalankan sesi pengajaran ini.

6

Page 8: KKP PRA 3109  ( 22.10.12)

Tarikh penyerahan tugasan : 30 April 2013

Markah Penuh Tugasan :

Persembahan peta grafik : 10 markah Laporan analisis : 40 markah Slot pengajaran : 50 markah _____________________________________

___ Jumlah : 100 markah__

Disediakan Oleh: Disahkan oleh:

( NOORIZAN BT BABA) (HALIZA BT HAMZAH)

Penyelaras PRA 3109 Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan

Jabatan Ilmu Pendidikan IPG KP Teknik

IPG KP Teknik

7

Page 9: KKP PRA 3109  ( 22.10.12)

8