kkp morfo kata tugas

Upload: hanif-juki

Post on 06-Mar-2016

301 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tugasan morfologi sem 5

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALANDalam Bahasa Melayu, Morfologi adalah bidang ilmu yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan perkataan. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Manakala bentuk kata adalah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal ataupun hasil daripada proses pengimbuhan, penggabungan atau penggandaan. Sementara penggolongan kata pula merupakan proses menjeniskan perkataan berdasarkan fungsi-fungsi tertentu yang terdapat dalam empat pembahagian, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.

Tugasan kali ini adalah merujuk kepada penyelesaian masalah kekeliruan yang sering berlaku dikalangan pelajar dalam penggunaan kata tugas dalam lisan dan penulisan. Walaupun kata tugas tidak membawa apa-apa maksud jika wujud atau hadir bersendirian tanpa golongan kata lain seperti kata nama atau kata adjektif namun kata tugas adalah sebagai penyempurna atau pelengkap ayat. Pengetahuan dan penguasaan dalam menggunakan kata tugas dalam lisan mahupun penulisan adalah amat penting kerana fungsinya yang bertindak sebagai pemeri, penerang, penentu, penghubung, pembenar, penguat, penegas, dan beberapa tugas yang lain. Penggunaan kata tugas yang betul dapat menghasilkan ayat yang betul dan lengkap serta mencapai objektif lisan dan penulisan yang dibuat dalam menghasilkan ayat-ayat yang lengkap dan gramatis.

Dengan adanya penerangan di dalam tugasan ini iaitu hasil daripada analisis kata tugas, ianya dapat memberikan gambaran jelas tentang penggunaan kata tugas dengan betul melalui penerangan definisi kata tugas, jenis-jenis kata tugas serta fungsi setiap jenis kata tugas dan contoh penggunaannya di dalam ayat.

DEFINISI KATA TUGAS

Menurut Nik Safiah Karim (1996), di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, atau tugas-tugas lain. Jelasnya lagi, kata tugas tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat, baik predikat frasa nama, predikat frasa kerja, mahupun predikat frasa adjktif.( Nik Safiah Karim, (1996),Tatabahasa Dewan )

Manakala menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz ,(1996) kata tugas ialah sejenis perkataan yang berbeza daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Perkataan-perkataan yang tidak digolongkan sebagai kata nama, kata kerja dan kata adjektif dapat dikelompokkan dalam golongan kata tugas iaitu perkataan yang hadir dalam ayat, kalusa dan frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu.(Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996) Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan) )

Definisi yang saya dapati dari laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu, (PRPM@DBP Malaysia : prpm.dbp.gov.my) , menyatakan takrif kata tugas ialah kata yang tidak mempunyai makna leksikal tetapi mempunyai makna tatabahasa, iaitu makna jika kata itu wujud dalam ayat, mis dan, kepada dan ialah.( prpm.dbp.gov.my/search.aspx?k=makna )

Perolehan maklumat dari ahli akademik lain, mendifinisikan kata tugas adalah sebagai satu kelompok perkataan yang kehadirannya dalam ayat sangat penting kerana tugas-tugas sintaksis yang dipikulnya. Setiap jenis kata tugas mempunyai peranan tertentu, sekiranya ia tidak hadir dalam ayat, perkara yang terjadi adalah, sama ada akan merosakkan ayat itu atau mengurangkan maksud-maksud tertentu pada ayat tersebut.

KONSEP KATA TUGASBerdasarkan buku Tatabahasa Dewan, golongan kata tugas adalah golongan kata yang bersifat pelbagai jenis heterogen, iaitu yang terkandung di dalamnya golongan-golongan kecil yang berbeza namun mempunyai satu sifat yang sama, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa andosentrik: frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Perkataan-perkataan dalam golongan kata tugas ini digunakan bersama-sama binaan ayat sama ada melalui perhubungan dengan perkataan daripada golongan kata kerja, kata nama dan kata adjektif. Selain itu ia juga boleh berlaku melalui perhubungan secara langsung dengan binaan frasa atau klausa tertentu.

Contoh 1Kata bilangan masuk ke dalam frasa nama melalui perhubungan dengan kata nama.Frasa nama

Kata bilangan (kata tugas)Penjodoh bilanganKata nama

Ramaiduabeberapatiap-tiapkebanyakan-orangekor--Pesertapolisayamcalonpenduduk

Contoh2Kata penguat masuk ke dalam frasa adjektif melalui perhubungan dengan kata adjektif.

FRASA ADJEKTIF

Kata penguatKata adjektif

Sungguhamatpalingkurangcantikmurahpintarbaik

Melalui contoh-contoh yang diberikan dapatlah difahami peranan dan konsep kata tugas seperti yang dikatakan dalam buku Tatabahasa Dewan kata-kata tugas adalah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, atau tugas-tugas lain.(Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ,1997:237)

Berikutan fungsi-fungsi kata tugas yang telah diterangkan di atas, maka jenis ataupun senarai kata tugas yang telah disenaraikan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu adalah sebanyak 16 jenis iaitu :1. Kata hubung2. Kata seru3. Kata tanya4. Kata perintah5. Kata pangkal ayat6. Kata bantu7. Kata penguat8. Kata penegas9. Kata nafi10. Kata pemeri11. Kata sendi nama12. Kata pembenar13. Kata arah14. Kata bilangan15. Kata penekan16. Kata pembenda

KATA PENYAMBUNG AYAT

Kata penyambung ayat adalah terdiri daripada kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, iaitu ayat majmuk. Terbentuk dua ayat majmuk iaitu, ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk gabungan dihubungkan dengan kata hubung gabungan, manakala ayat majmuk pancangan dihubungkan dengan kata hubung pancangan. Berdasarkan tugasnya sebagai penyambung ayat, kata hubung boleh dibahagikan kepada subgolongan seperti di bawah;

Kata hubung gabungan

Kata hubung gabungan adalah sejenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Apabila ayat yang dibina menggunakan kata hubung gabungan ini ianya dinamakan ayat majmuk gabungan.( dan, atau, tetapi, lalu,malahan, sambil, kemudian )Contoh; dan Ali menyapu sampah dan ayahnya membasuh kereta. atau Mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak. tetapi Zila lulus ujian peperiksaan tetapi adiknya gagal. sambil Dia kelihatan gembira sambil bertepuk tangan.

Kata hubung pancangan.

Kata hubung pancangan adalah kata hubung yang menyambung klausa-klausa tidak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung jenis ini mempunya tida jenis iaitu; Kata hubung pancangan relatif. Kata hubung pancangan komplemen. Kata hubung pancangan keterangan.

Penjelasan bagi setiap jenis kata hubung pancangan ini adalah seperti berikut;

Kata Hubung Pancangan Contoh ayat

1. Kata hubung pancangan relatif Kata hubung pancangan relatif disebut jugasebagai kata relatif iaitu kata yang berfungsi sebagai penghubung klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain. Bentuk kata relatif ini adalah yang.i. Budak yang menangis itu adalah adik Badrul.ii. Ayah telah menebas rumput yang tumbuh panjang dihadapan rumah.iii. Ati sedih kerana terkenang kucingnya yang hilang.iv. Rumah yang kecurian itu milik Encik Ho.

2. Kata hubung pancangan komplemen Kata komplemen adalah nama ringkas bagi kata hubung pancangan komplemen. Kata hubung jenis ini berfungsi sebagai penghubung satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Kata komplemen ini terdiri daripada perkataan bahawa dan untuk.i. Mereka mengatakan bahawa dia tidak bersalah.ii. Saya datang untuk memenuhi hajat tuan-tuan.

3. Kata hubung pancangan ketrangan Kata hubung pancangan keterangan disebut juga sebagai kata keterangan. Ia terdiri daripada perkataan yang menghubungkan klausa utama dengan klausa yang menjadi keterangan. Kata keterangan ini terdiri daripada perkataan ; Supaya Kalau Kerana Agar Semoga Sekiranya Sementara Ketika Walaupun Andai kata Jika (lau) Setelah Tatkala Sungguhpun Meskipun Kendatipun Semasa Sewaktu Untuk Apabila1. Pekerja itu sering dipuji kerana sentiasa menunjukkan komitmen yang baik dalam pekerjaannya.2. Tarikh konsert itu akan ditunda sekiranya terdapat arahan daripada pihak atasan.3. Dia telah dilanggar kereta ketika dia sedang melintas jalan.4. Sementara menunggu ibu siap memasak adik dan abang membantu ayah membersihkan halaman rumah.5. Adik mengelap pinggan itu hingga berkilat.6. Meskipun hari sudah gelap Harun belum pulang juga.7. Rosnah belajar bersungguh-sungguh supaya lulus dalam peperiksaan.

KATA PRAKLAUSA

Kata praklausa adalah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu terdiri daripada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat. Fungsi atau tugas perkataan - perkataan tersbut adalah bagi mewujudkan seruan, pertanyaan, pengiyaan, atau sebagai penerang pangkal kepada klausa :

Kata PraklausaContoh ayat

1. Kata seru Kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai melahirkan berbagai-bagai perasaan dan menggunakan penanda seru dalam ayat. Antara perkataan yang terkandung dalam kata seru ialah; Amboi Aduh Wah Ceh Eh Oh Syabas Cis

i. Wah, besarnya rumah itu!ii. Aduh, sakitnya kakiku!iii. Amboi, cantik sungguh baju kamu!iv. Ceh, berani kamu melawan aku!

2. Kata tanya Kata tanya bertugas untuk menanyakan atau menyoal sesuatu perkara atau seseorang. Ia adalah sebahagian daripada predikat ayat dan sekiranya ia diletakkan pada awal ayat, kata tanya tersebut hendaklah disertai partikel kah.

Contoh kata tanya ialah; Mengapa Bagaimana Berapa Bila Dimana

Penggunaan di hadapan ayat:i. Mengapakah dia menangis?ii. Dimanakah dia letakkan pensil saya tadi?iii. Bagaimanakah keadaannya setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya?

Penggunaan di akhir ayat:i. Harga kesemua barang itu berapa?ii. Yang sedang berucap itu siapa?iii. Kawan baik kamu itu berada dimana?

3. Kata pembenar Kata pembenar adalah perkataan yang mengesahkan atau membenarkan sesuatu pertanyaan. Antara kata pembenar ialah ya benar, dan betul.i. Ya, memang itulah orang yang mengambil basikal saya.ii. Betul, Abu adalah bapa angkat Kamilah.iii. Benar, saya telah mengambil buku awak semalam.

4. Kata Perintah Kata perintah bertugas untuk menyampaikan arahan, larangan, silaan, suruhan atau permintaan. Antara kata perintah ialah; jangan, usah, bila, sila, jemput, minta, tolong dan harap.

i. Jangan buang sampah merata-rata.ii. Usah bersedih lagi.iii. Tolong angkat buku itu ke bilik guru.iv. Sila datang ke majlis harijadi saya nanti.v. Minta kawan-kawan ambil perhatian sebentar.vi. Jemput masuk ke rumah saya yang sederhana ni.

5. Kata pangkal ayat Kata pangkal ayat berfungsi sebagai penanda kessinambungan ayat dalam wacana yang kedudukannya pada bahagian hadapan ayat. Ia banyak terdapat dalam teks-teks klasik. Antaranya, alkisah, hatta,maka, syahadan, adapun, sebermula.arakian, sekali peristiwa, dan kalakian.i. Hatta istana itupun siaplah.ii. Maka panglima itu pun diberi persalinan.iii. Syahadan baginda pun berangkat meninggalkan Melaka.iv. Alkisah tidak berapa lama kemudian hamillah permaisuri.v. Adapun kuda itu dipunyai oleh Tun Omar.

KATA PRAFRASAKata prafrasa adalah perkataan-perkataan yang terletak di hadapan frasa iaitu frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Ianya bertugas sebagai memerikan , menegaskan, menafikan, membantu, menunjukkan arah dan sebagainya. Subgolongan bagi kata prafrasa ialah seperti rajah berikut : Kata bantu Kata penguat Kata penegas Kata nafi Kata pemeri Kata sendi nama Kata arah Kata bilangan

KATA BANTUKata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas mmbantu frasa kerja, adjektif, dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna-makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Oleh yang demikian, kata bantu boleh ddibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.

Kata bantu aspekKata bantu aspek bertugas menimbulkan suasa perbezaan masa sama ada masa kini, masa akan datang atau masa lampau.

Contoh perkataan: belumtelah akansudah masihpernah sedang

Contoh ayat;i.Mereka belum berangkat lagi.ii.Pameran itu akan berlangsung esok.iii.Keuntungan itu sudah diagih-agihkan.iv.Anak-anaknya masih bermain di padangv.Peserta-peserta sedang mendengar ceramah.

Kata bantu ragamKata bantu ragam ialah perkataan yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan seperti dapat, boleh, mesti, hendak.

Contoh perkataan:dapathendakbolehmahumestiharus

Contoh ayat;i.Kami dapat bantuan kebajikan itu.ii.Semua orang boleh melakukan perkara itu.iii.Kita mesti berfikiran terbuka.iv.Pemuda itu hendak pulang ke kampungya.v.Semua orang mahu menjadi jutawan.

KATA PENGUAT

Kata penguat bertugas untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata ajektif. Oleh itu, kata penguat letaknya di hadapan atau ddi belakang kata adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat, iaitu, penguat hadapan, penguat belakang, dan penguat bebas.

i. Kata penguat hadapan ialah perkataan yang letaknya di hadapan kata adjektif.

Contoh perkataan :terlalupalingagak

Contoh ayat :1. Anak bongsunya terlalu nakal.2. Dia duduk di barisan paling hadapan.3. Baju yang dipakainya itu agak sempit.

ii. Kata penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif. Contoh perkataan:sekali benarnian

Contoh ayat;1. Lampu dinding itu terang sekali.2. Pakaiannya itu kotor benar.3. Pemandangan di desa itu indah nian.

iii. Kata penguat bebas pula adalah perkataan yang letaknya sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.

Contoh perkataan;sangatamatsungguh

Contoh ayat;i. Kata penguat di belakang kata adjektifLubang yang digalinya itu dalam sangat.

ii. Kata penguat di hadapan kata adjektifLubang yang digalinya itu sangat dalam.

KATA PENEGAS

Kata penegas memberi penekanan pada bahagian frasa atau ayat yang berkenaan. Terdapat dua jenis kata pengas, iaitu kata penegas predikat dan kata penegas subjek dan predikat.

i. Kata penegas predikat adalah kata yang menegaskan frasa predikat. Ia terjai apabila bahagian-bahagian yang ditegaskan atau frasa predikat itu mengalami proses pendepanan.

Contoh perkataan;-lah-tah-kah

Contoh ayat;1. Siapakah yang datang ke sini semalam?2. Apatah juga daya kita.3. Inilah masanya kita harus berjuang bersama-sama.

ii. Kata penegas subjek dan predikat adalah kata penegass yang bersifat bebas. Ia mengaskan kedua-dua bahagian ayat sama ada frasa nama sebagai subjek atau frasa predikat serta bahagian-bahagiannya.

Contoh perkataan :memangjugahanyapunlagijua

Contoh ayat;1. Dia memang suka menyalahkan orang lain.2. Hanya Cikgu Ali yang berucap pagi itu.3. Kami belum lagi mengenalinya.4. Malaysia juga sebuah negara pertanian.5. Kita pun boleh menjejakkan kaki ke universiti.6. Setelah di desak dia akhirnya pergi jua.

KATA NAFI

Kata nafi berfungsi untuk menafikan atai menidakkan seseorang atau sesuatu perkara. Maksud lainnya ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

Contoh perkataan:bukantidak

Contoh ayat;1. Aiskrim itu bukan dibeli oleh kakak tetapi dibeli oleh ayah.2. Baju yang ayah beli itu sudah tidak muat dengan adik.

KATA PEMERI

Kata pemeri adalah unsur yang menjai pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan itu dapat dilakukan melalui ua cara, iaitu;i. Secara persamaan atau ekuatif dengan penggunaan kata pemeri ialah.Contoh ayat;Rosli ialah anak sulung dalam keluarganya.ii. Secara huraian atau kualitatif dengan penggunaan kata pemeri adalah.Contoh ayat;Hadiah itu adalah daripada gurunya.

KATA ARAH

Kata arah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan hala atau jurusan sesuatu perkara. Kata arah digunakanm sebelum frasa nama, dan lazimnya disertai dengan kata sendi nama.

Contoh perkataan;

luarhadapanatasdalambelakangbawahtepiantaraselatansisitengahsegi

Contoh ayat;1. Abang akan berangkat ke luar negara esok.2. Sila bergerak lima langkah ke hadapan.3. Semua buku itu ada di atas meja.4. Dia sedang berdiri di tengah padang.

KATA BILANGAN

Kata bilangan berfungsi untuk menunjukkan jumlah atau bilangan sesuatu perkara atau benda. Kata bilangan ini menjadi penerang jumlah pada frasa nama. Ia dibahagikan kepada lima kumpulan, iaitu seperti rajah berikut;

KATA SENDI NAMA

Kata sendi nama ialah perkataan-perkataan yang biasanya terdapat pada bahagian hadapan frasa nama. Dalam bahasa Melayu terdapat banyak kata sendi nama yang setiap satunya mempunyai tugas serta fungsi yang berbeza. Setiap penggunannya ditentukan oleh peraturan-praturan yang khusus dan perlu dipatuhi supaya ayat-ayat yang digunakan tepat dan gramatis.

Terdapat golongan katra tertentu yang juga menjadi golongan kata sendi nama. Contohnya, antara sebagai kata nama arah, sampai sebagai kata kerja, dalam sebagai kata adjektif dan juga akan sebagai kata bantu. Contoh penggunaan perkataan-perkataan tersebut dalam kata seni nama adalah seperti berikut;

1. Antara pendapatnya dengan pendapat saya memang ada persamaan.2. Dia tidak dapat tidur sampai pagi.3. Perkara itu tidak termassuk dalam agenda mesyuarat.4. Arahan itu akan ddilaksanakan dengan ssegera.

Contoh perkataan kata sendi nama bahasa Melayu ialah :padadisepertikepadakebagaidaripadaolehumpamadaribagailaksanauntukdemiterhadapdenganakanhinggatentangsejaksampaidalamantara

Contoh ayat;1. Pada waktu petang Aril akan pergi bermain bola.2. Ali pergi ke pekan dengan menaiki basikal

Kata pascakata

Dalam bahasa Melayu terdapat satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah perkataan nya yang mana berfungsi sebagai penekan dan pembenda.

Kata penekanKata penekan adalah perkataan yang memberi penegegasan kepada kata yang bergabung dengannya.

Contoh ayat;1. Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.2. Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat.

Kata pembenda

Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya lajunya, sakitnya, lantangnya.

Contoh ayat;1. Lajunya ialah 100 km sejam.2. Bukan kepalang sakitnya.3. Dia berhujah dengan lantangnya.4. Datangnya secara mendadak.

3.0 Analisis terperinci kata tugas yang terdapat dalam petikan.

Merujuk kepada petikan akhbar Berita Harian bertajuk DBP guna pakai perkataan popular dalam kamus dewan, kata tugas yang terdapat dalam petikan tersebut adalah seperti jadual di bawah.

BilKata tugasPerkataan yang terdapat dalam teksContoh ayat

1.0 Kata Penyambung AyatSejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk.1. Kata bantu hubungan2. Kata bantu pancangan

1.1 Kata hubung gabunganKata hubung gabungan adalah sejenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Apabila ayat yang dibina menggunakan kata hubung gabungan ini ianya dinamakan ayat majmuk gabungan

dan atau tetapi1. hashtag dan tweet akan menjadi sebahagian daripada Kamus Dewan2. penjelasan taraf dan akan dinilai3. berdasarkan ilmu leksikografi atau perkamusan4. penjelasan konteksnya sama ada rasmi atau tidak rasmi.5. Tetapi bagi yang sudah meluas

1.2 Kata hubung pancangan.- Kata hubung pancangan adalah kata hubung yang menyambung klausa-klausa tidak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung jenis ini mempunyai tiga jenis iaitu; Kata hubung pancangan relatif. Kata hubung pancangan komplemen. Kata hubung pancangan keterangan kerana bahawa untuk

1. dinilai oleh pekamus kerana ada kaedah tertentu untuk memasukkan sesuatu kata dalam kamus2. memasukkan banyak bahasa asing kerana fungsi kamus3. supaya tidak ada salah anggap bahawa semua kata di dalam kamus adalah perkataan baku4. ada kaedah tertentu untuk memasukkan sesuatu kata dalam kamus5. mengambil gambar sendiri untuk dimuat naik ke laman sosial

2.0Kata Praklausa

Kata praklausa tidak terdapat dalam petikan

3.0Kata prafrasa dan pascafrasa3.1 kata bantu Kata yang hadir sebelum frasa ialah, jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama iaitu dengan menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu dan ragam

1. kata bantu aspek2. kata bantu ragam

3.1.1 kata bantu aspekMenimbulkan suasana berbeza masa iaitu sama ada masa lampau, masa kini, atau masa hadapan. akan belum1. perkataan yang belum diterima sebagai bahasa standard2. Perkataan itu juga tidak akan dimasukkan sekali gus3. penjelasan taraf dan akan dinilai oleh pekamus

3.1.2 kata bantu ragam-bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan.Tidak terdapat dalam petikan yang dikaji.Tidak terdapat dalam petikan yang dikaji.

3.2 Kata Penguat-menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektifi. kata penguat hadapanii. kata penguat belakangiii. kata penguat bebas

3.2.1 kata penguat hadapan- terletak di hadapan frasa atau kata adjektif paling

1. menjadi perkataan paling popular pada tahun 2013.

3.3 Kata penegas-memberikan penekanan pada bahagian bahagian tertentu dalam ayat juga1. Awang juga berharap masyarakat tidak membuat tanggapan DBP2. Beliau berkata, kemasukan perkataan itu juga berdasarkan ilmu leksikografi

3.4 kata nafi- perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat tidak1. supaya tidak ada salah anggap bahawa semua kata di dalam kamus adalah perkataan baku2. Perkataan itu juga tidak akan dimasukkan sekali gus

3.5 Kata pemeri- unsur yang menjadi pemerihal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat- ialah -adalah1. fungsi kamus ialah perakam kata2. semua kata di dalam kamus adalah perkataan baku

3.6 Kata Sendi NamaPerkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. di ke daripada kepada pada bagi seperti akan oleh untuk dengan

1. semua kata di dalam kamus2. dimuat naik ke laman sosial3. dimasukkan ke dalam beberapa kamus4. menjadi sebahagian daripada Kamus Dewan5. Perkataan seperti selfie merujuk kepada perbuatan mengambil gambar sendiri6. Hashtag yang merujuk kepada simbol #7. bahasa percakapan yang dilabel pada perkataan yang belum diterima sebagai bahasa standard8. perkataan paling popular pada tahun 2013.9. Tetapi bagi yang sudah meluas10. topik hangat bagi memudahkan pencarian

11. Perkataan popular yang lahir seiring perkembangan teknologi seperti selfie12. hashtag dan tweet akan menjadi sebahagian daripada Kamus Dewan13. Perkataan itu juga tidak akan dimasukkan sekali gus14. akan dinilai oleh pekamus15. digunakan secara meluas oleh masyarakat.16. ada kaedah tertentu untuk memasukkan sesuatu kata dalam kamus17. mengambil gambar sendiri untuk dimuat naik ke laman sosial18. ia selari dengan peranan kamus19. dalam wawancara dengan media baru-baru ini

3.7 Kata ArahSejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. dalam 1. semua kata di dalam kamus

3.8 Kata BilanganSejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Semua Beberapa Banyak 1. semua kata di dalam kamus2. dimasukkan ke dalam beberapa kamus terkemuka dunia

3. DBP memasukkan banyak bahasa asing

3.9 Kata adverba Perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat.i. Kata adverba jatiii. Kata adverba yang asalnya kata adjektifiii. Kata adverba yang asalnaya kata kerjaiv. Kata adverba bentuk gandaan

3.9.1 bentuk kata adverbaa) kata adverba jatiTerdiri daripada perkataan yang sememangnya berfungsi sebagai penerang kepada golongan kata yang terdiri daripada kata kerja dan frasa kerja, kata adjektif dan frasa adjektif atau frasa sendi nama

sekali gus

1. Perkataan itu juga tidak akan dimasukkan sekali gus

d) kata adverba bentuk gandaanPerkataan yang mengalami proses penggandaan yang berfungsi menerangkan kata kerja, kata adjektif, atau kata frasa sendi nama.(i) kata adverba gandaan penuh - perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan seluruh kata dasarnya. baru-baru 1. wawancara dengan media baru-baru ini

4.0Kata PascakataTidak terdapat dalam petikan yang dikaji.Tidak terdapat dalam petikan yang dikaji.

Kesimpulan Analisis

Secara keseluruhan, petikan yang dikaji hanya menggunakan dua kelompok dasar kata tugas iaitu kata penyambung ayat dan kata prafrasa dan pascafrasa. Struktur ayat didalam petikan ini ialah struktur berita. Oleh itu, penggunaan kata dasar kelompok kata praklausa yang mengandungi kata tanya, kata perintah dan kata seru adalah tidak sesuai digunakan. Penyampaian berita adalah melibatkan hubungan sehala , maka ia tidak bertanya, menyeru hatta memberi arahan. Walaubagaimanapun, petikan ini masih boleh menggunakan kata praklausa jika orang yang memberi kenyataan atau orang yang ditemu ramah memberikan membuat ucapan menyeru , bertanya ataupun memberikan arahan akan sesuatu hal yang tertentu. Selain itu, kata pascakata iaitu kata penekan dan kata pembenda juga tidak terdapat didalam petikan ini. Kata pascakata kurang sesuai digunakan dalam struktur ayat berita namun, jika ada, penggunaannya adalah sangat minimum.

Lampiran

Berita Harian http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/DBPgunapakaiperkataanpopulardalamKamusDewan/Article/index_htmlKuala Lumpur: Perkataan popular yang lahir seiring perkembangan teknologi seperti selfie, hashtag dan tweet akan menjadi sebahagian daripada Kamus Dewan.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Awang Sariyan, berkata ia selari dengan peranan kamus iaitu merakam penggunaan kata secara meluas oleh masyarakat.Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa perkataan itu akan diberi tanda bp iaitu bahasa percakapan yang dilabel pada perkataan yang belum diterima sebagai bahasa standard.

Pengguna kamus perlu membaca bahagian pendahuluan yang menjelaskan cara penggunaan kamus, termasuk bahagian dilabel bp, supaya tidak ada salah anggap bahawa semua kata di dalam kamus adalah perkataan baku, katanya.

Beliau berkata, kemasukan perkataan itu juga berdasarkan ilmu leksikografi atau perkamusan memasukkan kosa kata yang digunakan secara meluas, disertai penjelasan konteksnya sama ada rasmi atau tidak rasmi.

Perkataan itu juga tidak akan dimasukkan sekali gus. Tetapi bagi yang sudah meluas (penggunaannya), ia akan dimasukkan berserta penjelasan taraf dan akan dinilai oleh pekamus kerana ada kaedah tertentu untuk memasukkan sesuatu kata dalam kamus, katanya.

Awang juga berharap masyarakat tidak membuat tanggapan DBP memasukkan banyak bahasa asing kerana fungsi kamus ialah perakam kata yang digunakan secara meluas oleh masyarakat.Perkataan seperti selfie merujuk kepada perbuatan mengambil gambar sendiri untuk dimuat naik ke laman sosial yang semakin menjadi trend, termasuk dalam kalangan pemimpin, selepas telefon bimbit pintar dilengkapi aplikasi kamera.Hashtag yang merujuk kepada simbol # pula digunakan pengguna Twitter untuk menandakan kata kunci atau topik hangat bagi memudahkan pencarian dalam kalangan pengguna laman sosial itu.

Penggunaan perkataan moden itu juga dimasukkan ke dalam beberapa kamus terkemuka dunia, termasuk Kamus Oxford, yang mana selfie menjadi perkataan paling popular pada tahun 2013.

Kamus Merriam-Webster juga menambah perkataan selfie, hashtag dan tweet yang menyaksikan editornya, Peter Sokolowski, dalam wawancara dengan media baru-baru ini menyifatkan ia sebagai kesan perkembangan teknologi dalam kehidupan.BERNAMA

Rujukan