27764365 hbml2103 pembelajaran morfo sintaksis bahasa melayu 1 definisi (1).doc g2

28
HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU 1.Definisi morfologi Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et.al 2008), morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan pergolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Pegolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya.Perkataan-perkataan yang mempunyai keserupaan yang demikian digolongkan ke dalam golongan kata yang sama. Kesimpulannya morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan pegolongan kata dalam bahasa Melayu. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1995), mendefinisikan bahawa Morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob (1993), mendefinisikan morfologi sebagai kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk kata-kata.Juga menjelaskan morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau mempelajari selok belok struktur kata serta pengaruh perubahan-perubahan struktur kata terhadap golongan dan erti kata. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), mendefinisikan morfologi sebagai kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa yang melibatkan infleksi (pengimbuhan), terbitan dan pemajmukan. SHAHARUDIN BIN BITAH SEMESTER SEPTEMBER 2008 1

Upload: jienajihah

Post on 26-Dec-2015

45 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 27764365 Hbml2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu 1 Definisi (1).Doc g2

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

1.Definisi morfologi

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et.al 2008),

morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi

struktur, bentuk dan pergolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan

susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit

bahasa yang bermakna.

Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal

atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Pegolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan

keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya.Perkataan-

perkataan yang mempunyai keserupaan yang demikian digolongkan ke dalam

golongan kata yang sama.

Kesimpulannya morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur,

bentuk dan pegolongan kata dalam bahasa Melayu.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1995), mendefinisikan bahawa

Morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang

perkataan dan cara-cara pembentukannya.

Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob (1993), mendefinisikan

morfologi sebagai kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk kata-

kata.Juga menjelaskan morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang

membicarakan atau mempelajari selok belok struktur kata serta pengaruh

perubahan-perubahan struktur kata terhadap golongan dan erti kata.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), mendefinisikan morfologi sebagai

kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa yang melibatkan

infleksi (pengimbuhan), terbitan dan pemajmukan.

SHAHARUDIN BIN BITAHSEMESTER SEPTEMBER 2008

1

Page 2: 27764365 Hbml2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu 1 Definisi (1).Doc g2

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

2. Pergolongan kata

Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu,golongan kata dalam bahasa

Melayu terbahagi kepada empat, iaitu :

a. Kata nama

b. Kata kerja

c. Kata adjektif

d. Kata tugas

a. Golongan Kata Nama

Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi

unsur inti dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan

orang,haiwan, tempat, benda atau konsep.

Za’aba (1965) memberikan definisi nama sebagai semua perkataan yang

menyebut benda atau orang dan sebagainya.Definisi Za’aba diperkemaskan

lagi oleh Abdullah Hassan (2003) yang memberikan definisi kata nama

sebagai kata yang menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan

nama perkara.

Golongan kata nama dapat dipecahkan kepada subgolongan berdasarkan

ciri-ciri semantik perkataannya iaitu :

i. Kata nama khas

ii. Kata nama am

iii. Kata ganti nama

i.Kata Nama Khas

Nik Safiah karim et al.(1996) menyatakan, kata nama khas ialah kata yang

digunakan untuk rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda,

institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya.Huruf

besar digunakan pada huruf pertama kata nama khas apabila digunakan

dalam penulisan.

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata nama khas ialah kata nama

yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya

berpangkalkan huruf besar.

SHAHARUDIN BIN BITAHSEMESTER SEPTEMBER 2008

2

Page 3: 27764365 Hbml2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu 1 Definisi (1).Doc g2

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu :

i. kata nama khas hidup

ii. kata nama khas tak hidup

Kata nama khas hidup dapat dibagikan kepada dua iaitu

i. Kata nama khas hidup manusia

ii. Kata nama khas hidup bukan manusia.

Contoh kata nama khas adalah seperti berikut :

Nama Khas Hidup

Nama khas Tak hidupManusia Bukan manusia

Muhammad Sang Bedal Pasir Gudang

Datuk Sri Shaharudin Si Tompok Gunung Mulu

Datin Sri Normah Bobo Proton Waja

Tun Perak Hibiscus rosasinensis

(Bunga raya)

Bank Simpanan

Nasional

Tun Fatimah Hibiscus sabdariffal

(roselle)

Jalan P.Ramlee

Kata nama khas hidup bagi manusia boleh didahului oleh nama panggilan

atau gelaran.Contohnya :

- Datuk Sri Paduka Shaharudin

- Toh Puan Sri Norlini

- Profesor Ismail Abdullah

- Doktor Husna

Penggunaan kata gelaran seperti si dan sang turut boleh digunakan bagi

kata nama am yang sudah diberi pengertian khas.Contohnya :

- si mangsa

- sang pendeta

Kata nama khas hidup bukan manusia boleh menerima kata panggilan atau

gelaran.Contohnya :

- Sang Bedal

- Si Tompok

SHAHARUDIN BIN BITAHSEMESTER SEPTEMBER 2008

3

Page 4: 27764365 Hbml2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu 1 Definisi (1).Doc g2

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Kata nama khas tak hidup

Kata nama khas jenis ini terdiri daripada perkatan yang merujuk benda-benda

yang khusus tetapi bukan hidup, misalnya nama benda, institusi, negara,

tempat, bangsa, bahasa, pangkat, undang-undang dan lain-lain.Contoh lain

selain daripada yang diberi di atas ialah:

- Sang Saka Merah Putih

- Universiti Malaya

- Iban

- Negeri Perak

- Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA)

- Datin Sri

- Piala Sumbangsih

ii. Kata Nama Am

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata nama am ialah perkataan

yang merujuk kepada benda atau perkara yang umum sifatnya.

Asraf (2007) menjelaskan bahawa kata nama am boleh digunakan untuk :

Sesuatu yang bernyawa seperti manusia dan binatang, dan yang hidup

seperti tumbuh-tumbuhan.

Sesuatu yang tidak bernyawa atau tidak hidup, iaitu benda, tempat,

dan sebagainya.

Oleh itu kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil

berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu :

Hidup atau tak hidup

Manusia atau bukan manusia

Institusi atau bukan institusi

Konkrit atau abstrak

Berbilang atau tak berbilang

SHAHARUDIN BIN BITAHSEMESTER SEPTEMBER 2008

4

Page 5: 27764365 Hbml2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu 1 Definisi (1).Doc g2

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

a. Kata nama am hidup manusia

Merupakan kata nama yang merujuk kepada manusia, iaitu bersifat hidup dan

mendukung makna nama am.Contoh kata nama am hidup bagi manusia :

- ibu

- tentera

- guru besar

- pendidik

- jutawan

b. Kata nama am hidup bukan manusia

Merupakan jenis kata nama yang terdiri daripada perkataan yang merujuk

benda-benda hidup jenis bukan manusia dan mendukung makna nama

am.Contoh kata nama am hidup bukan manusia :

- lembu

- unta

- iblis

- jin

- pokok

- itik

c. Kata nama am tak hidup institusi

Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk badan atau

institusi yang bersifat tidak hidup tetapi mendukung makna nama am.kata

nama institusi boleh dikenal pasti melalui kehadiran perkataan kepada dan

daripada sebelum kata nama institusi tersebut.

Contoh kata nama am tak hidup institusi :

- sekolah

- pertubuhan

- dewan

- balai raya

- kelas

Contoh ayat :

Bantuan dalam bentuk komputer telah diserahkan kepada pertubuhan itu.

SHAHARUDIN BIN BITAHSEMESTER SEPTEMBER 2008

5

Page 6: 27764365 Hbml2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu 1 Definisi (1).Doc g2

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit

Kata nama jenis ini merujuk benda-benda yang bukan institusi tetapi bersifat

konkrit.Kata nama golongan ini lebih merujuk kepada tempat dan dalam ayat

ia didahului oleh kata sendi nama ke dan dari.

Contoh kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit :

- lebuh raya

- pekan

- pondok

- danau

- waqaf

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang

Kata nama jenis ini merujuk benda atau perkara yang tidak hidup, bukan

institusi dan abstrak sifatnya tetapi boleh dibilang dan boleh disertai dengan

kata bilangan.Contoh kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak

berbilang :

- program

- kesedihan

- idea

- senyuman

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang

Kata nama jenis ini merujuk kepada benda atau perkara yang bukan jenis

hidup, bukan institusi, abstrak sifatnya, dan tidak dapat dibilang.

Contoh kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang:

- kemesraan

- hawa

- roh

- ketibaan

- kedamaian

SHAHARUDIN BIN BITAHSEMESTER SEPTEMBER 2008

6

Page 7: 27764365 Hbml2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu 1 Definisi (1).Doc g2

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

iii. Kata ganti nama

Asraf (2007) memberikan definisi kata ganti nama sebagai kata yang

mengambil tempat kata nama sebagai pengganti .Beliau membahagikan kata

ganti nama kepada lima, iaitu :

kata ganti diri

kata ganti Tanya

kata ganti tempat

kata ganti tunjuk

kata ganti tak tentu

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata ganti nama ialah perkataan

yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am.Penggolongan

kata ganti nama adalah seperti berikut :

tunjuk

SHAHARUDIN BIN BITAHSEMESTER SEPTEMBER 2008

7

Kata ganti nama

Kata ganti nama tunjuk

Kata ganti nama

diri

Kata ganti nama tunjuk

Kata ganti nama tunjuk umum

Kata ganti nama tunjuk tempat

Kata ganti nama diri tanya

Kata ganti nama diri orang

pertama

kedua

ketiga

Page 8: 27764365 Hbml2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu 1 Definisi (1).Doc g2

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Kata ganti nama tunjuk merupakan perkataan yang menjadi pengganti kata

nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk

itu.

Kata ganti nama tunjuk umum adalah kata ganti nama yang menunjuk pada

perkara atau benda.Terdapat dua kata ganti nama tunjuk umum iaitu itu yang

menunjuk pada yang jauh dan ini yang menunjuk pada yang dekat.Manakala

kata ganti nama tunjuk tempat merujuk kepada kata ganti nama yang

menunjukkan tempat yang terdiri daripada sini (menunjuk pada arah dekat),

situ (menunjuk pada arah agak jauh) dan sana (menunjuk pada arah

jauh).

Kata ganti nama diri tanya ialah perkataan yang merujuk benda atau orang

dalam bentuk tanya.Terdapat tiga kata ganti nama diri Tanya iaitu apa yang

merujuk benda atau perkara, siapa yang merujuk orang dan mana yang

merujuk benda atau orang.

Kata ganti nama diri orang merupakan perkataan yang merujuk diri orang

tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga.

Kata ganti nama diri orang pertama adalah seperti saya, aku, beta, patik,

kami dan kita.

Kata ganti nama diri orang kedua adalah seperti anda, saudara, engkau,

awak dan kamu.

Kata ganti nama diri orang ketiga pula ialah ia, dia, beliau, mereka dan nya.

SHAHARUDIN BIN BITAHSEMESTER SEPTEMBER 2008

8

Page 9: 27764365 Hbml2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu 1 Definisi (1).Doc g2

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

b.Kata Kerja

Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008), kata kerja ialah perkataan yang

menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja.Frasa kerja terdiri

daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata

bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan.

Penggolongan kata kerja

Kata kerja digolongkan kepada dua kumpulan utama, iaitu:

i. kata kerja aktif

ii. kata kerja pasif

Kata kerja aktif

Merupakan kata kerja yang hadir dalam ayat aktif, iaitu ayat yang

mengutamakan subjek asal sebagai judul atau perkara yang diterangkan.

Kata kerja aktif terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

1. Kata kerja aktif tak transitif

2. Kata kerja aktif transitif

Kata kerja aktif tak transitif

Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut

atau objek sesudahnya manakala kata kerja transitif ialah kata kerja yang

mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan

maksudnya.

Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua subgolongan, iaitu:

i. kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap

- Kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau penyambut .

ii. kata kerja aktif tak transitif berpelengkap

-Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk

menyempurnakan maksud ayat.

Kata kerja aktif transitif

i. Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek

yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.

SHAHARUDIN BIN BITAHSEMESTER SEPTEMBER 2008

9

Page 10: 27764365 Hbml2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu 1 Definisi (1).Doc g2

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Kata kerja pasif

Merupakan kata kerja hasil daripada transformasi atau perubahan ayat

aktif menjadi ayat pasif.

c.Kata adjektif

Kata adjektif ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa

adjektif.Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau

beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur

keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat.

Jenis kata adjektif

Menurut Nik Safiah Karim et.al (2004), kata adjektif terbahagi kepada

sekurang-kurangnya sembilan jenis, iaitu:

i. Kata adjektif sifatan atau keadaan

Contoh: pandai, gagah, gelojoh

ii. Kata adjektif warna

Contoh: kuning, jingga,ungu

iii. Kata adjektif ukuran

Contoh: tinggi, rendah, renek

iv. Kata adjektif bentuk

Contoh: leper, bundar, bujur, tirus

v. Kata adjektif waktu

Contoh: silam, awal, segera

vi. Kata adjektif jarak

Contoh: rapat, dekat, hampir

vii. Kata adjektif cara

Contoh: deras, sering, selalu

viii. Kata adjektif perasaan

Contoh: marah, berahi, gembira

ix. Kata adjektif pancaindera

Contoh: masam, masin, tawar, payau

SHAHARUDIN BIN BITAHSEMESTER SEPTEMBER 2008

10

Page 11: 27764365 Hbml2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu 1 Definisi (1).Doc g2

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

d.Kata tugas

Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa

untuk mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat,

berfungsi sebagai kata praklausa, prafrasa atau sebagai kata pascakata.

Penggolongan kata tugas

Kata tugas dapat dikelompokkan ke dalam empat kelompok berdasarkan

kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat.Kelompok tersebut

adalah:

i. Kata penyambung ayat

ii. Kata praklausa

iii. Kata prafrasa dan pascafrasa

iv. Kata pascakata

i.Kata penyambung ayat

Terdiri daripada kata hubung yang terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

1. Kata hubung gabungan

2. Kata hubung pancangan

a. Keterangan

b. Komplemen

c. Relatif

ii.Kata praklausa

a. Kata seru

b. Kata tanya

c. Kata perintah

d. Kata pembenar

e. Kata pangkal ayat

iii.Kata prafrasa dan pascafrasa

a. Kata bantu

b. Kata penguat

SHAHARUDIN BIN BITAHSEMESTER SEPTEMBER 2008

11

Page 12: 27764365 Hbml2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu 1 Definisi (1).Doc g2

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

c. Kata penegas

d. Kata naïf

e. Kata pemeri

f. Kata sendi nama

g. Kata arah

h. Kata bilangan

i. Kata adverba

iv.Kata paskakata

a. Kata penekan

b. Kata pembeda

SHAHARUDIN BIN BITAHSEMESTER SEPTEMBER 2008

12

Page 13: 27764365 Hbml2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu 1 Definisi (1).Doc g2

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

3.(i) a. Analisis penggolongan kata nama berdasarkan petikan pertama.

Berdasarkan petikan satu yang bertajuk “Panglima Awang”,terdapat beberapa

perkataan yang dapat digolongkan sebagai kata nama.Berikut disenaraikan

perkataan-perkataan berdasarkan penggolongan kata nama.

Kata nama khas hidup manusia

Merupakan perkataan yang merujuk manusia.

1. Azli

2. Harun Aminurrashid

3. Panglima Awang

4. Panglima Hitam

5. Enrique

6. Henry the Black

7. Kapten Ferdinand Magellan

8. Alfonso

9. Raja Sepanyol

10.Raja Hamabun

Perkataan Panglima Awang, Panglima Hitam, Raja Sepanyol dan Raja

Hamabun merupakan kata nama khas hidup manusia yang didahului oleh

nama panggilan atau gelaran.

Kata nama khas tak hidup

Kata nama khas jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-

benda yang khusus tetapi bukan hidup, misalnya nama benda, institusi,

Negara, tempat, bangsa, bahasa, pangkat, undang-undang dan

seumpamanya.(Nik Safiah Karim et.al (2008).

Kata nama khas tak hidup yang terdapat dalam petikan satu antaranya ialah:

1. Kota Melaka

2. Portugis

3. Ogos

4. India

5. Afrika

SHAHARUDIN BIN BITAHSEMESTER SEPTEMBER 2008

13

Page 14: 27764365 Hbml2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu 1 Definisi (1).Doc g2

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

6. Maghribi

7. Sepanyol

8. Sevilla

9. Pulau Cebu

10.Filipina

11.Pulau Mactan

12.Melaka

13.Siam

14.Kuala sungai Brunei

15.Brunei

16.Eropah

17.Benua Amerika Selatan

Keseluruhan kata nama khas tak hidup dalam petikan satu merujuk kepada

nama tempat.Hanya satu perkataan sahaja kata nama khas tak hidup yang

merujuk kepada nama bulan dalam kiraan kalendar,iaitu Ogos.

Kata nama am hidup manusia

Kata nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk manusia, iaitu bersifat hidup

dan mendukung makna nama am.Contoh kata nama daripada jenis ini adalah

seperti berikut:

1. penduduk

2. kaum

3. lelaki

4. sultan

5. pasukan

6. pejuang

7. Benggali Putih

8. pengikut

9. orang

10.askar

11.penjajah

12.pembantu

SHAHARUDIN BIN BITAHSEMESTER SEPTEMBER 2008

14

Page 15: 27764365 Hbml2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu 1 Definisi (1).Doc g2

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

13.kelasi

14.pemerintah

15.pemberontak

Kata nama am hidup manusia yang terkandung dalam petikan satu merujuk

kepada manusia dalam bilangan sedikit dan ramai.

Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit.

Kata nama jenis ini merujuk benda-benda yang bukan institusi tetapi konkrit

sifatnya.Kebanyakkan kata nama dalam golongan ini merujuk tempat.Contoh

yang terdapat dalam petikan satu ialah:

1. kota

2. pos kawalan

3. pelabuhan

4. bumi

5. dunia

Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit dalam petikan satu merujuk

kepada tempat yang tdak dikhususkan akan tempat tersebut.Lebih jelas lagi

tempat itu disebut secara umum dan tidak dinamakan secara khusus.

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang

Kata nama jenis ini merujuk benda atau perkara yang tidak hidup, bukan

institusi dan abstrak sifatnya tetapi boleh dibilang.Contoh-contoh kata nama

jenis ini yang terdapat dalam petikan satu ialah:

1. pelayaran

2. kawalan

3. pembebasan

4. persiapan

5. persahabatan

6. peperangan

Kata nama am tak hidup bukan instusi abstrak berbilang dalam petikan satu

lebih menggambarkan perkara yang melibatkan perbuatan.Namun sifatnya

abstrak tetapi perbuatan itu boleh dibilang.Perkataan-perkataan di atas boleh

SHAHARUDIN BIN BITAHSEMESTER SEPTEMBER 2008

15

Page 16: 27764365 Hbml2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu 1 Definisi (1).Doc g2

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

disertai dengan kata bilangan.Contoh ayat ‘Pelayaran tersebut melalui India

dan Afrika’.Jika diletakkan kata bilangan tiap-tiap, ayatnya akan menjadi

“Tiap-tiap pelayaran melalui India dan Afrika”

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang

Kata nama jenis ini merujuk benda atau perkara yang bukan jenis hidup,

bukan institusi, abstrak sifatnya dan tidak dapat dibilang.Contoh kata nama

jenis ini yang terdapat dalam petikan satu ialah:

3. huru-hara

4. maju

5. makmur

6. licik

7. malang

SHAHARUDIN BIN BITAHSEMESTER SEPTEMBER 2008

16

Page 17: 27764365 Hbml2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu 1 Definisi (1).Doc g2

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

3.(ii) a. Analisis penggolongan kata kerja berdasarkan petikan pertama.

Di dalam petikan pertama, terdapat kata kerja aktif tak transitif tanpa

pelengkap, iaitu kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau

penyambut.Contoh-contoh adalah seperti berikut:

1. Sultan pula telah berundur meninggalkan kota.

Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap di atas diikuti oleh unsur

keterangan, iaitu berfungsi sebagai memberikan maklumat tambahan.Dalam

ayat di atas, kata kerja berundur telah diikuti unsur keterangan iaitu

meninggalkan kota.

Kata kerja tersebut masih boleh berdiri sendiri jika unsur keterangan itu

digugurkan.

2. Pada tahun 1513, Panglima Awang mengikuti Magellan berpindah ke

Sepanyol.

Dalam ayat di atas, berpindah merupakan kata kerja manakala ke Sepanyol

adalah unsur keterangan.

Dalam petikan pertama ini juga terdapat kata kerja aktif tak transitif

berpelengkap yang menjadikan ayat di dalam petikan ini sempurna.Kata kerja

jenis ini mempunyai pelengkap untuk menyempurnakan maksud

ayat.Pelengkap ialah unsur atau keterangan yang hadir selepas kata kerja tak

transitif untuk menyempurnakan maksud ayat.Contoh kata kerja aktif tak

transitif berpelengkap ialah:

1. Novel yang diterbitkan pada tahun 1958 itu ditulis berdasarkan kisah

benar.

Dalam ayat di atas ditulis merupakan kata kerja tak transitif manakala

berdasarkan kisah benar merupakan pelengkap.

2. Beliau mengetuai satu pasukan pejuang untuk menentang Portugis.

3. Esoknya mereka berjaya membunuh beberapa orang askar Benggali

Putih.

Dalam ayat 2 dan 3,perkataan yang condong itu ialah kata kerja aktif tak

transitif, sementara unsur yang mengikutinya ialah pelengkap.Ayat-ayat akan

menjadi tidak sempurna sekiranya pelengkap digugurkan.Sebagai contoh:

- Beliau mengetuai satu pasukan pejuang untuk menentang.

SHAHARUDIN BIN BITAHSEMESTER SEPTEMBER 2008

17

Page 18: 27764365 Hbml2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu 1 Definisi (1).Doc g2

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Di dalam petikan pertama, terdapat juga perkataan-perkataan yang

digolongkan dalam kata kerja aktif transitif.Kata kerja ini mengandungi objek

yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.Contoh

kata kerja aktif transitif dalam ayat:

1. Azli telah membaca novel bertajuk “Panglima Awang” karya Harun

Aminurrashid.

2. Azli telah menulis cerita tentang kisah Panglima Awang.

3. “Saudara-saudaraku, kita akan menyerang Benggali Putih di pos

kawalan di sebelah timur pada malam ini,”

4. Panglima Awang menumpang sebuah kapal Siam.

Dalam contoh-contoh di atas, kata kerja membaca, menulis, menyerang

dan menumpang ialah kata kerja transitif.

SHAHARUDIN BIN BITAHSEMESTER SEPTEMBER 2008

18

Page 19: 27764365 Hbml2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu 1 Definisi (1).Doc g2

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

3.(i)b. Analisis penggolongan kata nama berdasarkan petikan kedua.

Berdasarkan petikan kedua yang bertajuk “Roselle Bunga yang Enak

Dimakan”,terdapat beberapa perkataan yang dapat digolongkan sebagai kata

nama.Berikut disenaraikan perkataan-perkataan berdasarkan penggolongan

kata nama.

Kata nama khas hidup bukan manusia

Dalam petikan kedua, kata nama khas hidup bukan manusia lebih banyak

merujuk kepada tumbuh-tumbuhan.Contoh-contoh kata nama khas hidup

bukan manusia ialah:

1. Hibiscus rosasinensis

2. Hibiscus sabdariffal

3. Jamaican Sorrel

Kata nama khas tak hidup

Dalam petikan kedua, kata nama khas tak hidup digunakan untuk merujuk

kepada negara seperti Malaysia, India, Afrika barat, West Indies dan

Sudan.

Kata nama am hidup manusia

Beberapa perkataan yang terdapat dalam petikan kedua yang digolongkan

sebagai kata nama am hidup manusia ialah:

1. rakyat

2. usahawan

Perkataan-perkataan di atas merujuk kepada manusia.

Kata nama am hidup bukan manusia

Perkataan-perkataan yang digolongkan kata nama am hidup bukan manusia

dalam petikan kedua ialah:

1. bunga

2. pokok

3. biji benih

SHAHARUDIN BIN BITAHSEMESTER SEPTEMBER 2008

19

Page 20: 27764365 Hbml2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu 1 Definisi (1).Doc g2

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

4. daun

5. batang

6. ulam

7. salad

Kata nama am tak hidup institusi

Hanya terdapat satu perkataan sahaja yang digolongkan dalam kata nama

jenis ini, iaitu negara.

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang

Perkataan-perkataan yang digolongkan dalam kata nama jenis ini yang

terdapat dalam petikan kedua ialah:

1. minuman

2. makanan

3. hasilan

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang

Contoh-contoh perkataan yang digolongkan dalam jenis kata nama ini ialah:

1. kebanggaan

2. kebangsaan

3. ketengahkan

4. beriklim

5. kesihatan

SHAHARUDIN BIN BITAHSEMESTER SEPTEMBER 2008

20

Page 21: 27764365 Hbml2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu 1 Definisi (1).Doc g2

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

3.(ii) b. Analisis penggolongan kata kerja berdasarkan petikan kedua.

Kata kerja aktif tak transitif yang terdapat dalam petikan kedua adalah kata

kerja yang diikuti oleh unsur keterangan.Unsur keterangan ini berfungsi

memberikan maklumat tambahan.Contoh kata kerja tersebut adalah:

1. Pokok roselle tumbuh daripada biji benih atau keratan.

Perkataan yang bergaris merupakan unsur keterangan yang memberi

maklumat tambahan.Jika tanpa unsur keterangan, kata kerja itu masih boleh

berdiri.Jadi kata kerja ini digolongkan dalam kata kerja aktif tak transitif tanpa

pelengkap.

Dalam petikan kedua juga terdapat kata kerja aktif transitif.Kata kerja ini

mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan

maksudnya.Contoh kata kerja aktif transitif yang terdapat dalam petikan

kedua ialah:

1. Ketinggiannya boleh mencapai sehingga tiga hingga lima meter serta

mengeluarkan bunga hampir sepanjang tahun.

2. Teknologi memproses pelbagai hasilan roselle juga telah disediakan

oleh MARDI untuk dimanfaatkan oleh usahawan yang berminat.

Dalam ayat-ayat di atas kata kerja mengeluarkan dan memproses merupakan

kata kerja transitif.

SHAHARUDIN BIN BITAHSEMESTER SEPTEMBER 2008

21

Page 22: 27764365 Hbml2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu 1 Definisi (1).Doc g2

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Bahagian B: Sintaksis

1. Definisi ayat majmuk berdasarkan buku Tatabahasa Dewan.

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal

atau lebih, dan pencantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu

sehingga menjadikannya ayat baharu.

Pernyataan di atas menjelaskan bahawa ayat-ayat yang terbentuk hasil

daripada gabungan dua ayat atau lebih, digolongkan sebagai ayat

majmuk.Dua ayat atau lebih ayat yang membentuk ayat majmuk dihubungkan

dengan kata sendi dan kata hubung.

Contoh ayat majmuk adalah seperti berikut:

1. Adik menyanyi sambil menari.

Ayat di atas adalah gabungan daripada ayat:

a. Adik menyanyi

b. Adik menari.

Apabila dua ayat ini dicantumkan, subjek yang sama pada ayat yang kedua

digugurkan dan tidak diulang.Sebagai contoh,perkataan adik pada ayat kedua

tidak diulang apabila kedua-dua ayat itu digabungkan.

Contoh-contoh lain ayat majmuk ialah:

a. Emak sedang memasak manakala ayah mencuci kereta.

b. Aman menangis kerana diganggu oleh abangnya.

c. Din berbaring di atas katil lalu tertidur.

Perkataan yang bergaris merupakan kata yang menghubungkan dua ayat.

Terdapat tiga jenis ayat majmuk yang dikenalpasti,iaitu:

1. Ayat majmuk gabungan

2. Ayat majmuk pancangan

3. Ayat majmuk campuran

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih

yang disatukan dengan kata kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan

sebagainya.manakala ayat majmuk pancangan pula ialah di mana terdapat

satu ayat utama dan satu atau beberapa ayat kecil yang dipancangkan dan

menjadi sebahagian ayat induk.ayat majmuk campuran pula ialah ayat yang

terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk.

SHAHARUDIN BIN BITAHSEMESTER SEPTEMBER 2008

22

Page 23: 27764365 Hbml2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu 1 Definisi (1).Doc g2

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

2. Analisis contoh ayat majmuk berdasarkan petikan.

i. Ayat majmuk gabungan

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih

yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-

ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya.

Dalam petikan pertama terdapat beberapa ayat yang digolongkan sebagai

ayat majmuk gabungan.Ayat-ayat yang digolongkan sebagai ayat majmuk

gabungan ialah:

1. kaum lelaki dibunuh atau ditangkap.

2. Beliau berjaya ditawan oleh askar penjajah lalu dibawa ke Portugis

untuk dijual.

3. Pelayaran tersebut melalui India dan Afrika.

4. Armada ini disertai lima buah lima kapal dengan 280 orang kelasi.

5. Harta benda penduduk dirampas,manakala kaum lelaki di bunuh atau

ditangkap.

Dalam contoh-contoh di atas,perkataan-perkataan yang bergaris merupakan

kata hubung yang mencantumkan dua ayat menjadi satu ayat.Ayat 1 terdiri

daripada dua ayat iaitu:

a. Kaum lelaki dibunuh.

b. Kaum lelaki ditangkap.

Ayat 2 terdiri daripada dua ayat utama iaitu:

a. Beliau berjaya ditawan oleh askar penjajah.

b. Beliau dibawa ke Portugis untuk dijual.

Dua ayat yang terdapat dalam contoh ayat 3 ialah:

a. Pelayaran tersebut India.

b. Pelayaran tersebut melalui Afrika.

Contoh ayat 3 terdiri daripada ayat:

a. Armada ini disertai lima buah kapal perang.

b. Armada ini disertai 280 orang kelasi.

Ayat 5 adalah gabungan tiga ayat tunggal iaitu:

( a )Harta benda penduduk dirampas.

( b )Kaum lelaki dibunuh. ( c ) Kaum lelaki ditangkap.

SHAHARUDIN BIN BITAHSEMESTER SEPTEMBER 2008

23

Page 24: 27764365 Hbml2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu 1 Definisi (1).Doc g2

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

ii. Ayat majmuk pancangan

Dalam ayat majmuk pancangan, terdapat terdapat satu ayat utama atau ayat

induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam

ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu.

Dalam bahasa melayu terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan.Jenis ayat

majmuk pancangan itu ditentukan oleh cara pembentukan dan jenis ayat yang

dipancangkan.Jenis-jenis ayat majmuk pancangan ialah:

a. Ayat relatif

b. Ayat komplemen

c. Ayat keterangan

Ayat relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan yang

seperti contoh yang terdapat dalam petikan pertama,iaitu:

1. Novel yang diterbitkan pada tahun 1958 itu ditulis berdasarkan kisah

benar.

Contoh ayat di atas sebenarnya terdiri daripada dua ayat, iaitu:

a. Novel itu diterbitkan pada tahun 1958.

b. Novel itu ditulis berdasarkan kisah benar.

Apabila kedua-dua ayat itu dimajmukkan, ayat Novel itu ditulis berdasarkan

kisah benar dipancangkan ke dalam ayat induk Novel itu diterbitkan pada

tahun 1958.Oleh sebab frasa novel itu diulang maka frasa nama kedua yang

serupa digugurkan dan digantikan dengan kata hubung relatif yang

Contoh lain ayat majmuk pancangan relatif yang terdapat dalam petikan

pertama ialah:

a. Kota yang maju dan makmur itu telah jatuh ke tangan Portugis.

SHAHARUDIN BIN BITAHSEMESTER SEPTEMBER 2008

24

Page 25: 27764365 Hbml2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu 1 Definisi (1).Doc g2

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

iii. Ayat Majmuk Campuran

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu

jenis ayat, yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk

atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk.Ayat sedemikian biasanya

panjang.Contoh ayat majmuk campuran dalam petikan pertama ialah:

a. Panglima Awang yang berbadan sasa serta menguasai ilmu persilatan

tidak berdiam diri.

Terdapat tiga ayat kecil dalam ayat majmuk di atas, iaitu:

a. Panglima Awang berbadan sasa

b. Panglima Awang menguasai ilmu persilatan.

c. Panglima Awang tidak berdiam diri.

Ayat a dan ayat b digabungkan dengan perkataan yang sementara ayat c

dipancangkan melalui proses relatif ke dalam ayat induk.

SHAHARUDIN BIN BITAHSEMESTER SEPTEMBER 2008

25

Page 26: 27764365 Hbml2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu 1 Definisi (1).Doc g2

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

2. Analisis contoh ayat majmuk berdasarkan petikan kedua.

i. Ayat majmuk gabungan

ayat majmuk gabungan yang terdapat dalam petikan kedua ialah:

a. Spesies bunga raya yang dimaksudkan ialah Hibiscus sadariffal

atau lebih dikenali dengan nama roselle.

b. Pokok roselle tumbuh daripada biji benih atau keratan batang.

c. Bahagian ini mempunyai rasa yang amat masam dan dapat

diproses menjadi minuman.

d. Seperti pokok bunga raya yang lain, pokok roselle sukar

dijangkiti penyakit dan penjagaannya di ladang tidak sukar.

e. Di sudan pula, roselle diproses menjadi minuman tradisional

yang dinamakan karkadeh dan merupakan minuman

kebangsaan orang Sudan.

ii. Ayat majmuk pancangan

Ayat majmuk pancangan yang terdapat dalam petikan kedua ialah:

a. Hibiscus rosasinensis ialah bunga raya yang menjadi kebanggaan

rakyat Malaysia sebagai bunga kebangsaan negara.

b. Pokok roselle mudah tumbuh di negara kita yang beriklim tropika.

c. Di Afrika, biji roselle dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak

yang baik untuk kesihatan.

Ayat-ayat di atas merupakan ayat majmuk pancangan ayat relatif di mana

ayatnya ditandai dengan penggunaan perkataan yang.

iii. Ayat majmuk campuran.

Contoh ayat majmuk campuran dalam petikan kedua ialah:

a. Salut bunga atau kaliksnya berwarna merah gelap dan lebih tebal jika

dibandingkan dengan bunga raya biasa.

b. Tahukah kamu daun dan batang muda roselle juga boleh dimakan

sebagai ulam atau salad dan boleh dijadikan perasa dalam kuah kari?

SHAHARUDIN BIN BITAHSEMESTER SEPTEMBER 2008

26

Page 27: 27764365 Hbml2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu 1 Definisi (1).Doc g2

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Bibliografi

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj.Musa dan Abdul Hamid

Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr. Ali Mahmood, Mashudi Bahari, Dr. Seman Salleh dan Munsyi

Zainal Abidin kasim. (2008). Pembelajaran Morfsintaksis Bahasa

Melayu. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

Abdullah Hassan. (2003). Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan

Sintaksis. Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Asraf. (2007). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya:

Sasbadi Sdn. Bhd.

Abdul Talib Mohd. Hassan. (1995). Saga. Kuala Lumpur: Utusan

Publication and Distributors Sdn. Bhd.

http://www.tutor.com.my/tutor

http://www.ideal.upmedu.my/~ideal/tugasan/bacelor/BBM3202 minggu

o5.ppt.

SHAHARUDIN BIN BITAHSEMESTER SEPTEMBER 2008

27