kkp moral sem 3 elm 3101

13
1.0 PENDAHULUAN Apakah yang dimaksudkan dengan profil insan bermoral? Insan bermoral merupakan individu yang melakukan kebaikan dalam kehidupan hariannya. Insan bermoral merujuk kepada seseorang individu yang mempunyai tingkah laku baik yang diterima oleh sesebuah masyarakat. Perlakuan seseorang individu itu biasanya menggambarkan bentuk atau sifat pemikirannya terhadap perlakuan tersebut. Insan yang bermoral adalah individu yang mempunyai niat yang baik dan dijelmakan dengan perbuatan yang baik. Secara keseluruhannya insan yang bermoral tidak akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral walaupun niatnya baik. Ini kerana perbuatan yang tidak bermoral itu bertentangan dengan nilai norma dan peraturan dalam sesebuah masyarakat. 1.1 Model insan moral 2.0 Insan Moral Yang Disanjungi 1 PRINSIP-PRINSIP MORAL DIMENSI MORAL KONSEP : MORAL ETIKA AKHLAK PEMIKIRAN MORAL MODEL INSAN MORAL Dilahirkan sebagai Agnes Gonxha Bojaxhiu, pada 26 Ogos 1910. Ayahnya adalah seorang kontraktor yang berjaya dan terkenal, sedangkan ibunya adalah seorang suri rumah tangga biasa. Dia adalah anak perempuan termuda dari 3 orang adik- beradiknya. Meninggalkan rumahnya di Skopje, Yugoslavia dan menjadi seorang biarawati di Dublin, Irlandia MOTHER THERESA

Upload: datz-leo

Post on 18-Feb-2015

542 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sharing

TRANSCRIPT

Page 1: KKP MORAL sem 3 elm 3101

1.0 PENDAHULUAN

Apakah yang dimaksudkan dengan profil insan bermoral? Insan bermoral

merupakan individu yang melakukan kebaikan dalam kehidupan hariannya. Insan

bermoral merujuk kepada seseorang individu yang mempunyai tingkah laku baik

yang diterima oleh sesebuah masyarakat. Perlakuan seseorang individu itu biasanya

menggambarkan bentuk atau sifat pemikirannya terhadap perlakuan tersebut. Insan

yang bermoral adalah individu yang mempunyai niat yang baik dan dijelmakan

dengan perbuatan yang baik. Secara keseluruhannya insan yang bermoral tidak

akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral walaupun niatnya baik. Ini kerana

perbuatan yang tidak bermoral itu bertentangan dengan nilai norma dan peraturan

dalam sesebuah masyarakat.

1.1 Model insan moral

2.0 Insan Moral Yang Disanjungi

1

PRINSIP-PRINSIP MORAL

DIMENSI MORAL

KONSEP :MORALETIKAAKHLAK

PEMIKIRAN MORALMODEL INSAN

MORAL

Dilahirkan sebagai Agnes Gonxha Bojaxhiu, pada 26 Ogos 1910.Ayahnya adalah seorang kontraktor yang berjaya dan terkenal, sedangkan ibunya adalah seorang suri rumah tangga biasa. Dia adalah anak perempuan termuda dari 3 orang adik-beradiknya.Meninggalkan rumahnya di Skopje, Yugoslavia dan menjadi seorang biarawati di Dublin, IrlandiaMother Teresa menjadi lambang bagi komitmen yang tidak pernah lelah kepada yang miskin dan menderita.Meninggal dunia pada 5 September, 1997 kerana sakit jantung dan sakit tua ketika beliau berumur 87 tahun.

MOTHER THERESA

Page 2: KKP MORAL sem 3 elm 3101

Mother Theresa menerima pelbagai anugerah termasuk:

1962 Anugerah Magsaysay Yayasan.

1962 Padma Shri

1971 Paus John XXIII Keamanan Nobel.

1971 Kennedy International Anugerah Kemanusiaan.

1971 Hadiah Good Samaritan, Boston

1972 Anugerah Jawaharlal Nehru bagi Persefahaman Antarabangsa

1972 Malaikat Anugerah Amal

1973 Templeton pertama Hadiah untuk Kemajuan dalam Agama.

1975 Albert pertama Schweitzer Keamanan Nobel Antarabangsa.

1977 Doktor Kehormat dari Universiti Cambridge.

1978 Perintah Kehormat Empayar British.

1979 Hadiah Nobel Keamanan.

1980 Bharat Ratna. (Anugerah tertinggi awam di India).

1983 Perintah Kehormat Merit.

1983 Mountbatten Dunia dan Anugerah Kemanusiaan.

1985 Presidential Medal of Freedom, Amerika Syarikat

1992 Bharat Ki Suputri (Daughter Besar India) tajuk

1993 Rajiv Gandhi Sadbhavana Anugerah

1994 Kehormat Golden Albania Negara

1996 kewarganegaraan Kehormat Amerika Syarikat.

1997 Pingat Emas Kongres, Amerika Syarikat

2

Page 3: KKP MORAL sem 3 elm 3101

2.1 KONSEP MORAL, ETIKA DAN AKHLAK

Menurut kamus pelajar baru (1989), definisi perkataan moral adalah ajaran

atau pegangan berkenaan dengan buruk baik sesuatu perbuatan. Moralis pula

bermaksud amalan kepada ajaran keadilan dan kebaikan. Oleh itu, moral boleh

ditakrifkan sebagai tingkah laku atau amalan yang sejajar dengan tatasusila dan

undang-undang masyarakat. Kemoralan merupakan sesuatu yang berkait dengan

peraturan-peraturan masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu itu.

Dorothy Emmet (1979) mengatakan bahawa manusia bergantung kepada tatasusila,

adat , kebiasaan dan agama bagi membantu menilai tingkah laku seseorang.

Bagi saya, Mother Teresa seharusnya menjadi contoh kepada orang ramai

sebagai insan yang bermoral. Bagaimana tidak, Mother Teresa memiliki kekayaan

yang belum tentu dimiliki oleh orang lain terutamnya bagi mereka yang kaya, iaitu

memiliki kekayaan hati yang luar biasa. Mother Teresa seorang yang murah hati,

prihatin dan saksama, tidak memandang rendah pada orang lain malah sanggup

menghulurkan bantuan kepada rakyat yang miskin di seluruh dunia. Mother Teresa

sedar bahawa pada saat Tuhan memanggilnya nanti, kekayaan yang dimiliki di dunia

tidak akan dibawa bersama.

Gambar : Mother Teresa membantu kanak-kanak miskin di India

Perkataan etika atau “ethos” dalam bahasa Greek beerti cara hidup atau

adat resam. Oleh itu etika dapat ditakrifkan sebagai satu kajian sains tentang

kelakuan manusia dalam masyarakat. Ia merupakan satu bidang pentafsiran tingkah

laku manusia sebagai benar atau salah, baik atau buruk dan patut atau sengaja.

3

Page 4: KKP MORAL sem 3 elm 3101

Perkataan akhlak pula bermaksud budi pekerti seorang individu. Budi pekerti pula

dirujuk kepada kelakuan atau watak atau gerak-geri seseoang itu. Kelakuan itu boleh

berubah mengikut masa dan situasi tertentu. Oleh demikian, perkataan “akhlak” dan

“moral” mempunyai maksud yang sama iaitu membawa maksud kelakuan yang baik

atau buruk.

Jika seseorang itu mempunyai akhlak yang tinggi, bermaksud orang itu

mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi dan boleh menjadi teladan kepada orang lain.

contohnya, Paus John Paul II berkata tentang Mother Theresa iaitu “ Dia adalah

seorang wanita yang telah meninggalkan tanda pada sejarah abad ini.” Manakala

Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton turut meluahkan bahawa " Mother Teresa

telah berkhidmat kepada yang miskin, menderita dan mati, dalam berbuat demikian,

beliau berkhidmat sebagai inspirasi dan cabaran kepada semua yang lain daripada

kita". Ini menunjukkan bahawa Mother Teresa adalah seorang insan yang

mempunyai akhlak yang mampu menjadi contoh kepada orang ramai.

2.2 DIMENSI MORAL

Menurut John Wilson (1973), komponen yang perlu ada dalam diri seorang

insan bermoral dikategorikan sebagai konsep iaitu peraturan dan prinsip yang

difikirkan perlu digunakan dalam tindakan dan perasaan atau emosi yang akan

menyokong kepercayaan bahawa sesuatu konsep atau tindakan itu perlu dilakukan.

Selain itu seorang insan bermoral juga perlu mempunyai pengetahuan tentang

keadaan persekitarannya, tahu berinteraksi dengan orang sekelilingnya dan

bertindak mengikut pertimbangan yang telah difikirkan atau keputusan yang telah

dibuat.

Insan bermoral juga adalah lahir daripada amalan nilai murni yang berasaskan

kepada dimensi dan pegangan prinsip moralnya. Kekuatan untuk mengamal dan

mempertahankan prinsip moral yang selari dengan peraturan masyarakat menjadi

faktor utama dalam melahirkan insan bermoral. Ketekalan moral menguatkan

pegangan “aku tetap aku” walau dalam apa jua keadaan dan di mana seseorang itu

berada. Insan yang bermoral meliputi tiga dimensi iaitu penaakulan, emosi dan

tingkah laku moral.

4

Page 5: KKP MORAL sem 3 elm 3101

Dimensi-dimensi moral :

Bil Dimensi Moral Huraian

1

Penaakulan moral

(Kognitif / pemikiran)

Pemikiran dan pertimbangan secara rasional dan bebas

Penting untuk keadilan Kesedaran moral Mengetahui nilai-nilai moral Empati Membuat keputusan Mengenali diri

2 Emosi / perasaan moral

Emosi atau kehalusan perasaan individu yang menagndungi sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi an murah hati

Penting untuk keadlan Nurani hati Harga diri Kawal diri Rendah diri Menyayangi yang baik

3 Perlakuan

Tingkah laku dan tindakan individu terhadap sesuatu keputusan yang ditunjukksn penuh tanggungjawab tetapi mengikut kemampuannya

Kecekapan Kekuatan diri Tabiat

Penaakulan nilai moral dalam pendidikan moral menjadi asas bagaimana

seseorang individu menterjemahkan amalan nilai-nilai murni di dalam kehidupan

sehariannya. Amalan nilai murni suatu masyarakat itu bermula dari diri individu itu

sendiri. Dengan perkataan lain, penaakulan moral bagi seseorang individu itu adalah

berdasarkan kepada pemikiran yang bebas dan rasional yang mana penekanan

utamanya ialah memahami tentang nilai-nilai moral dan bertindak atau menunjukkan

tingkah laku yang berasaskan nilai-nilai murni yang diterima dalam sesebuah

masyarakat.

Mother Teresa telah berfikir dan mengambil keputusan bertekad untuk

menjadi seorang biarawati dan menyertai ‘Sisters of Loreto’ semasa berumur 18

tahun. Semasa kecil, Agnes sangat meminati cerita pendakwahan orang Kristian dan

jasa yang disumbangkan oleh mereka untuk membantu orang miskin. Keputusannya

5

Page 6: KKP MORAL sem 3 elm 3101

itu dibuat adalah atas kehendak beliau sendiri tanpa paksaan daripada sesiapa.

Mother Teresa sedar akan kebaikan tindakannya itu.

Gambar : Mother Teresa pada tahun 1993. -Foto SCU.EDU

Perasaan moral atau emosi moral adalah berkaitan dengan emosi yang

menunjukkan kehalusan perasaan individu yang mengandungi sentimen, simpati,

empati, murah hati, motivasi dan sebagainya. Dalam amalan seharian perasaan

moral ini, ianya melibatkan kepentingan harga diri (self esteem), kepentingan

kepedulian, kawalan diri, menyayangi dan disayangi yang melibatkan hati nurani.

Perasaan moral akan menjadikan diri individu bertindak secara positif sekiranya

mengamalkan emosi yang positif dan dapat mengawal emosi yang negatif. Dengan

lain perkataan mendahulukan fikiran daripada perasaan.

Mother theresa sememangnya seorang insan yang mempunyai dimensi

perasaan moral. Mana tidaknya kerana beliau merupakan seorang biarawati yang

telah mendedikasikan hidupnya untuk menolong rakyat miskin di dunia. Gelaran

‘mother’ yang bermaksud ibu diberikan kepadanya untuk menghargai sumbangan

insaniahnya kepada yang memerlukan. Walaupun insan mulia ini tidak pernah

melahirkan anak, beliau telah mejadi ibu angkat kepada jutaan orang miskin melalui

usahanya menerusi pertubuhan ‘Missionaries of Charity’ yang diasaskannya di

Calcutta, India pada tahun 1950. Sepanjang hayatnya, dia mengetuai pertubuhan

tersebut selama 45 tahun dan telah menolong ramai fakir miskin, anak-anak yatim,

dan mereka yang sudah tidak ada harapan untuk hidup. Beliau mempunyai perasaan

simpati,empati, murah hati dan kasih sayang yang sangat mendalam terhadap insan

sesama manusia.

6

Page 7: KKP MORAL sem 3 elm 3101

Dimensi moral seterusnya dikenali sebagai perlakuan moral. Ia bermaksud

tingkah laku dan tindakan seseorang individu terhadap tindakan dan keputusan yang

ditunjukkan dengan rasa penuh tanggungjawab berdasarkan kepada penaakulan

dan emosi moralnya. Tingkah laku yang baik dan buruk adalah hasil daripada

bagaimana seseorang itu menaakul dan menggunakan emosi moral dalam tingkah

lakunya. Di samping itu, emosi pula menyatakan rasa empati dan belas kasihan

kepada orang yang dalam kesusahan. Sebenarnya ketiga-tiga dimensi moral ini

adalah sama penting dalam penghayatan dan amalan dari segi moral. Kemoralan

bukan sahaja melibatkan perlakuan tetapi juga merangkumi aspek-aspek kerohanian

dan pemikiran.

Mother Teresa telah menunjukkan bahawa beliau bukan hanya mempunyai

penaakulan dan persaan moral sahaja malah beliau juga berjaya membuktikan yang

beliau akan melakukan apa sahaja untuk kebaikan orang lain. contohnya, Mother

Teresa mendirikan kongregasi baru di India dengan nama Missionaries of Charity

(Misionaris kasih sayang ) yang mendapat kebenaran daripada Vatikan dan disahkan

oleh Uskup Agung Kalkuta pada 7 Oktober 1950.Terdapat lebih daripada 610 pusat

servis di 123 buah negara termasuk pusat hospital untuk pesakit HIV/AIDS dan

pelbagai jenis lagi pusat yang menawarkan bantuan untuk masyarakat miskin, yang

bernaung di bawah Missionaries of Charity.

7

The Missionaries Of Chartity (MC)

Page 8: KKP MORAL sem 3 elm 3101

2.3 PRINSIP-PRINSIP INDIVIDU BERMORAL

Insan bermoral juga perlu mempunyai ciri keperibadian mulia yang boleh dipuji

dari segi prinsip-prinsip individu bermoral. Pemikir-pemikir moral telah

mengemukakan tiga prinsip sebagai panduan menentukan insan bermoral iaitu

prinsip keadilan, prinsip alturisme dan prinsip autonom

Sesungguhnya, saya mempunyai pandangan bahawa Mother Theresa adalah

seorang wanita yang lebih berpegang kepada prinsip alturisme. Beliau mempunyai

hasrat yang tinggi dan tanggungjawab yang sangat besar iaitu membantu rakyat

yang dalam golongan miskin di dunia. Beliau sanggup untuk meninggalkan keluarga

tercinta negara tempat lahir sendiri semata-mata untuk membantu mereka yang

hidup dalam keadaan susah di negara lain. apa yang kita lihat, Mother Theresa

begitu mengambil berat dan lebih mementingkan kebaikan dan kesenangan orang

lain berbanding dengan kepentingan hidupnya sendiri. Kalau saya lihat, Mother

Teresa adalah insan yang tidak memiliki apa-apa. Hampir semua kekayaan yang

8

PRINSIP-PRINSIP INDIVIDU BEMRORAL

PRINSIP KEADILAN

Ada orang mengatakan adil itu saksama,

seimbang, samarata dan samarasa. Aristotle

menyatakan adil itu sebagai fair-minded

iaitu tidak berat sebelah, sesuai dan berpatutan. Keadilan

merupakan satu piawai penting dalam penilaian

moral. Keadilan membawa maksud tidak pilih kasih dan tidak tamak untuk

kepentingan diri sendiri.

PRINSIP ALTURISME

Perlakuan yang mempunyai ciri-ciri

bertujuan untuk kebaikan orang lain

mengatasi kepentingan diri sendiri. Biasanya

keputusan yang diambil atau perlakuan yang dijelmakan bersifat

moral dan berperikemanusiaan.

Perasaan kasih sayang, simpati dan empati

menghilangkan rasa kepentingan diri sendiri, kebencian dan tamak.

PRINSIP AUTONOMI

Autonomi berasal daripada perkataan

autos beerti diri sendiri dan nomos beerti

undang-undang. Prinsip ini meliputi

pertimbangan bebas dan kebebasan memilih sesuatu. Perlakuan dan pertimbangan individu adalah hasil daripada tekanan kuasa atasan.

Page 9: KKP MORAL sem 3 elm 3101

beliau miliki telah digunakan untuk membantu orang lain yang amat memerlukan

pertolongan daripadanya . Tetapi di mata saya, Mother Teresa adalah orang yang

sangat kaya dengan perasaan simpati juga empati. Mother Teresa telah membantu

jutaan orang yang menderita dan telah mengilhamkan kepada orang kaya dan miskin

agar sama-sama hidup penuh dengan kasih sayang.

2.4 Pemikiran moral

Bil Pemikiran moral

Penerangan

1 Naturalisme

Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan kepada keadaan yang sebenarnya. Mereka akan menerima apa yang ada dan tidak menyoal hakikat atau sebab-sebab wujudnya keadaan itu. Sifatnya sentiasa merendahkan diri dan tidak mahu mengeluarkan pendapatnya serta tidak mahu berinteraksi dengan orang lain. orang ini tiada motivasi dan kurang berusaha. Ini akan menghalang usaha dan matlamat hidup yang sempurna. Orang beraliran pemikiran ini cepat memenuhi kepuasan hidup, kurang membantah dan menjadi pengikut setia.

2 Emotivisme

Emotivisme berasal daripada perkataan emosi. Emosi adalah kebangkitan perasaan terhadap sesuatu objek atau situasi. Perasaan ini boleh wujud sama ada gembira atau benci. Tiap-tiap orang suka kepada situasi yang gembira dan bertindak menjauhi diri daripada perasaan yang tidak menyeronokkan dirinya. Oleh itu, aliran pemikiran emotivis merujuk kepada manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi dan tidak melihat kepada fakta atau bukti. Peraan ini diketahui atau ditunjukkan melaui tingkah laku, air muka, suara tinggi dan kata-kata yang digunakan. Orang beraliran pemikiran ini boleh menjadi serius, bertanggungjawab dan mengambil berat tarhadap kerjanya.

3 Intuisionisme Perkataan intuision dalam bahasa latin ‘intueror’ bermakna memandang tepat kepada sesuatu. Ia merupakan suatu proses melihat dan memahami sesuatu perkara secara intelektual. Orang beraliran intuision ini biasanya bertindak mengikut bisikan kecil hatinya. Unsur intuision boleh melahirkan perasaan dalaman yang lebih bermakna dengan mengikut pengetahuan dan kefaham individu. Orang yang beraliran ini akan melihat, mentafsir dan bertindak mengikut gerak hatinya tanpa memikirkan akibat, kualiti atau kesannya. Individu ini cepat

9

Page 10: KKP MORAL sem 3 elm 3101

membuat keputusan, mudah menerima arahan dan selalu mengubah pemikirannya. Mereka juga mudah berkawan dan tidak mudah tersinggung atau mengambil hati atas sesuatu perkara.

4 Rasionalisme

Rasionalisme berasal daripada perkataan ‘ratio’ yang bermakna ‘reason’ atau sebab. Segala tingkah laku moral adalah berasaskan hasil pemikiran rasional yakni sentiasa memikirkan sesuatu dengan waras dan logik. Pemikiran ini adalah pemikiran yang akan mewujudkan pengalaman, pemikiran logik sendiri dan fikiran kerohanian yakni hasil ciptaan Tuhan. Orang yang beraliran pemikiran ini akan sentiasa mencari bukti dan kebenaran. Usaha dan ketekunan akan membawa kejayaan dan kemajuan diri.

Pada pendapat saya, Mother Teresa adalah salah seorang individu yang

mengamalakan pemikiran moral intuisionisme. Beliau telah membuat semua perkara

berasaskan kehendak hatinya yang ikhlas. Beliau langsung tidak menharapkan

balasan daripada orang yang dibantunya. Walaupun beliau tidak mempunyai dana,

beliau mula membina sebuah sekolah yang terbuka untuk kanak-kanak yang tidak

mempunyai rumah untuk berlindung di Calcutta pada tahun 1948. Tidak lama

kemudian beliau telah disertai oleh beberapa orang pembantu sukarelawan, dan

mendapat pelbagai sokongan kewangan daripada pelbagai organisasi gereja, serta

daripada pihak berkuasa perbandaran. Dengan itu beliau telah berusaha dengan

lebih gigih untuk mengembangkan lagi skop kerjanya dan pada 7 Oktober 1950,

beliau menerima kelulusan Paus untuk memulakan matlamat sendiri iaitu

"pendakwah sedekah", di mana tugas utamanya adalah untuk mengasihi dan

menjaga bagi orang yang tiada siapa yang sanggup untuk menjaga mereka. Pada

tahun 1950, Mother Teresa telah mengambil kewarganegaraan India. Selain itu,

Mother Teresa juga merupakan seorang yang mudah bermesra dengan orang ramai

tanpa mengira status mereka malah beliau sanggup meletakkan diri untuk berada di

tempat orang-orang yang miskin. Mother Teresa menjadi lambang bagi komitmen

yang tidak pernah lelah menolong kepada orang yang miskin dan menderita.

10

Page 11: KKP MORAL sem 3 elm 3101

Gambar : Mother Teresa bersama kanak-kanak miskin di India

Tambahan lagi, Mother Teresa sememangnya seorang insan yang lebih

kepada mengamalkan pemikiran moral secara rasionalisme. Segala tindakan yang

beliau lakukan adalah berpunca daripada pemikirannya yang sentiasa berfikir dan

membuat pertimbangan dengan penuh rasional. Pada 10 September 1948, semasa

menaiki kereta api ke kota pergunungan Darjeeling untuk merawat penyakit

tuberculosis yang dihidapinya, beliau telah memberitahu bahawa beliau telah

menerima panggilan daripada Tuhan untuk "melayani dia di antara kaum yang

termiskin dari yang miskin". Maksudnya, Tuhan telah menyuruhnya untuk

meninggalkan biara dan membantu bagi menunjukkan kasih Tuhan kepada mereka

yang miskin, menderita dan tertindas. Lebih kurang setahun kemudian, beliau telah

mendapatkan kebenaran untuk meninggalkan Ordo dan berpindah ke Calcutta untuk

mendirikan sekolah pertamanya. Untuk menyamakan dirinya dengan orang miskin,

beliau telah mengambil keputusan untuk memilih kain Sari putih dengan pinggiran

biru dan pin salib yang sederhana di bahu kirinya. Tidak lama kemudian, beliau juga

telah membuka Nirmal Hriday ("Hati Suci"), iaitu rumah untuk orang yang miskin,

Shanti Nagar (Kota kedamaian) dan kemudian rumah yatim piatu pertamanya.

Mother Teresa dan pengikutnya terus membuka tempat-tempat di seluruh India

untuk merawat orang miskin. Mother Teresa meninggal dunia pada 5 September,

1997 kerana penyakit jantung dan sakit tua ketika beliau berumur 87 tahun. Seorang

yang datang melawat di hari kematiannya berkata '' Apabila saya lapar, dia

memberikan saya makanan. Semasa kaki saya patah, dialah yang membawakan

saya tongkat,'' kata Lal, 60. ''Apabila saya pergi untuk melihat tubuhnya beberapa

hari lalu, saya menangisdengan hati yang pahit. Tetapi saya tahu,dia bukan

meninggalkan dunia, lebih seperti dia sedang berehat.” Begitulah luahan hati salah

seorang yang pernah menerima pertolongan daripada Mother Teresa.

11

Page 12: KKP MORAL sem 3 elm 3101

Rumusan : MOTHER TERESA

12

PENAAKULAN :-Mengambil keputusan

untuk menjadi biarawati tanpa paksaan orang lain.

PERASAAN :-Mempunyai perasaan simpati, kasih sayang dan juga empati

terhadap rakyat yang miskin dan menderita

PERLAKUAN :-Menubuhkan ‘Missionaries Of Charity’ di India dan 610

pusat servis di 123 buah negara termasuk hospital

INTUISIONISME :-mengambil keputusan untuk menjadi warganegara India

-membina sekolah di Calcutta walaupun dana tidak cukup

RASIONALISME :-Menolong orang miskin di seluruh dunia setelah

mendengar panggilan daripada Tuhan dan meninggalkan kerja sebagai biarawati.

-Sentiasa berfikir secara rasional dalam segala tindakan beliau.

ALTURISME :-Kesanggupan untuk meninggalkan

negara dan ahli keluarga demi membantu orang lain yang

memerlukan bantuan-sanggup menjadi biarawati dan

tidak bersuami

Moral

AkhlakEtika

Pemikiran moral

Prinsip moralDimensi moral

-Seorang yang berpegang teguh kepada ajaran agama iaitu agama Kristian dan

mengikut ajarannya.-Menjadi contoh teladan kepada rakyat

seluruh dunia atas sumbangan yang diberikan kepada rakyat miskin.

-Seorang yang murah hati, prihatin dengan nasib orang

lain, kasih sayang sesama manusia dan menjalankan kerja tanpa mengharapkan balasan.

-Menyamakan diri dengan orang miskin di India dengan mengambil keputusan untuk memilih kain Sari

putih dengan pinggiran biru dan pin salib yang sederhana di bahu

kiri

Page 13: KKP MORAL sem 3 elm 3101

3.0 RUMUSAN

Rumusannya, insan yang bermoral adalah individu yang sentiasa untuk

mengembangkan penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral dengan

seimbang dalam kehidupan seharian. Dengan lain perkataan, ketiga-tiga dimensi ini

mesti saling berinteraksi atau mempengaruhi antara satu sama lain untuk membina

satu insan yang bermoral. Secara umumnya, seseorang insan yang bermoral adalah

insan yang berautonomi, rasional dan bebas dalam penaakulan, perlakuan dan

perasaannya.

Selain itu, Insan bermoral juga merupakan seorang invidividu yang mempunyai

konsep moral, akhlak dan etika yang tinggi. Tambahan lagi individu bermoral juga

mempunyai ciri keperibadian mulia yang boleh dipuji dari segi moral. Keperibadian

mulia adalah kecenderungan dan pembawaan diri yang stabil untuk bertindakbalas

kepada sesuatu situasi dengan bermoral, manifestasi dari sifat-sifat kebaikan,

kejujuran, tanggungjawab, menghormati orang lain dan lain-lain. Mereka adalah

insan yang mempunyai pemikiran-pemikiran moral tersendiri.

Secara keseluruhannya insan yang bermoral tidak akan melakukan perbuatan yang

tidak bermoral walaupun niatnya baik. Ini kerana perbuatan yang tidak bermoral itu

bertentangan dengan nilai norma dan peraturan dalam sesebuah masyarakat. Insan

moral sebenarnya hanya menerima nilai-nilai murni dan peraturan masyarakat yang

diterima secara sejagat sebagai bermoral, patut, baik dan benar. Oleh itu, insan

bermoral perlu peka dan memahami keperluan terhadap peraturan dalam

masyarakat.

13

Page 14: KKP MORAL sem 3 elm 3101

Rujukan

Dr. Tam Yeow Kwai. 2006. Pendidikan moral Konsep Dan Pedagogi Pendidikan

Guru. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Eow Boon Hin. 2000. Pendidikan Moral. Selangor. Pearson Education Malaysian

Sdn. Bhd.

S. Allimalai Anandan. 16 Ogos 2011. Model Insan Moral.

http://blogallimalai.blogspot.com/2011/08/model-insan-moral-2.html. Dicapai pada 7 Mac 2013.

Tanpa Pengarang. 11 Disember 2012. Mother Teresa Indian Social Ctavist.

http://www.successfulwomens.com/famous-woman-mother-teresa-gods-gift-

to-humanity.html. Dicapai pada 12 Mac 2013.

Tree Builder. 2011. Profil insan moral.

http://treebuilder.blogspot.com/2011/02/tajuk-4-insan-bermoral.html. Dicapai

pada 11 Mac 2013.

Rozita & Noradibah Roslan. 2009. Peranan Guru Dalam Membentuk Generasi Yang Bermoral Pada Masa Akan Datang.http://nroslan1.blogspot.com/2009/07/peranan-guru-dalam-membentuk-generasi.html. Dicapai pada 10 Mac 2013.

14