moral tajuk4 elm 3102

Upload: zana-zerro

Post on 10-Jan-2016

36 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

moral

TRANSCRIPT

KUMPULAN 5

TAJUK 4APLIKASI KEMAHIRAN DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORALNAMA AHLI :LOGESWARAN A/L BHASKARANSURESH A/L PANNEERSELVAMROZANA BINTI MOHD NOOR

NAMA PENSYARAH:USTAZ AHMAD SABRI1Pembelajaran berasaskan teori of constraint (TOC)Pengenalan - Theory of Constraints (TOC) adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif daripada perspektif guru dan murid. - Teknik ini dapat menghidupkan pengajaran dan pembelajaran sejarah sekaligus meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran ini.

2Apakah TOC? TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah berdasar pemikiran yang logik dan sistematik. Teknik ini adalah sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Rumusan kepada apa yang dimaksudkan dengan TOC adalah sebagaimana berikut;3TOC untuk pembelajaranSatu Teknik Pengajaran danPembelajaran Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian MasalahPemikiran logikPemikiran kritis dan kreatif Sesuai untuk semua peringkat pelajarCara sistematikMudah dan konkrit4Kelebihan TOC Menerusi perlaksanaan teknik TOC dalam pengajaran dan pembelajaran, murid dan guru berupaya; -mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. -menyelesaikan masalah dengan berkesan. -membuat keputusan secara bertanggungjawab dan bersama. -berkomunikasi dengan baik dan -memperoleh pembelajaran sepanjang hayat. 5Melalui aplikasi teknik TOC, tiga kemahiran dapat digabungjalinkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu; kemahiran berfikir secara kritis kemahiran berfikir secara kreatif kemahiran generik6Aplikasi TOC dalam pendidikanDalam pendidikan, teknik TOC boleh diaplikasikan menerusi; kandungan kurikulum. pengajaran dan pembelajaran konsep. membuat keputusan berkaitan dengan permasalahan pembelajaran. perancangan strategik untuk mencapai matlamat.7contoh cadangan kaedah penggunaan teknik toc dalam pendidikan adalah sebagaimana berikut; Sesi bercerita ( pemahaman konflik dan cara watak membuat keputusan). Kajian kes ( modifikasi kelakuan dan tingkah laku, pembelajaran nilai murni dan kerohanian). Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran (kemahiran berfikir dan perancangan strategik). 8Teknik dalam TOC Dalam pendidikan terutamanya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah, terdapat tiga teknik TOC yang boleh diaplikasikan iaitu; Teknik Awan ( The Cloud ) Teknik Sebab dan Akibat ( Logic Branch ) Teknik Penyelesaian Masalah ( Problem Solving) 9Teknik Awan ( The Cloud ) Teknik ini memikirkan tentang sesuatu kejadian, idea, situasi dan penyelesaian konflik yang bertentangan kehendak. Konflik yang hendak diselesaikan mungkin berbentuk konflik internal yang hanya melibatkan satu pihak sahaja atau konflik eksternal yang melibatkan dua pihak. Aspek-aspek yang perlu diberikan penekanan dalam melaksanakan teknik awan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah ialah; Kehendak (dua kehendak yang salin bertentangan yang mewujudkan konflik). Keperluan (apa yang hendak dicapai berdasarkan kehendak).

10 Anggapan (penentu kepada cara untuk memenuhi keperluan yang berdasarkan kehendak). Matlamat bersama (matlamat yang hendak dicapai berdasarkan keperluan). Penyelesaian Win-Win ( penyelesaian yang dibuat supaya keduadua keperluan dan matlamat bersama berjaya dicapai).11Teknik Sebab dan Akibat (Logic Branch)Teknik ini menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea atau kejadian mengakibatkan kesan-kesan berikutnya. Murid mampu menerangkan urutan perkara-perkara penting dengan cara hubungan yang logik. Murid juga mampu mengenalpasti hubungan sebab dan akibat dengan cara yang berfokus menerusi permulaan tindakan yang berentet-rentet.12Penekanan yang perlu diberikan ketika melaksanakan teknik sebab dan akibat dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah termasuklah; Memahami teks atau maklumat yang diberikan. Mengenal pasti objektif pengajaran dan pembelajaran (what to learn). Menentukan titik tolak atau permulaan peristiwa (the begining event). Mengenalpasti perkara-perkara penting yang terkandung dalam teks. 13 Menyusun perkara-perkara tersebut mengikut turutan yang bermula dengan titik tolak peristiwa. Mengemukakan maklumat yang menyokong perkara-perkara penting (anggapan antara sebab dan akibat) yang memperkembangkan higher-order thinking.14Teknik Penyelesaian Masalah (Problem Solving) Teknik penyelesaian masalah adalah satu teknik pengajaran yang bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar lebih produktif dan bertukar pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan persoalan yang dikemukakan kepada mereka.Teknik ini boleh digunakan bagi merancang langkah-langkah dengan sistematik secara kolaboratif untuk menghadapi dan mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. 15Matlamat tidak akan dapat dicapai jika cabaran-cabaran yang menghalang pencapaian matlamat tidak diatasi terlebih dahulu. Dari itu langkah-langkah yang dikemukakan adalah langkah-langkah yang mampu mengatasi cabaran. Kelebihan teknik penyelesaian masalah ialah;- membolehkan murid bertanggungjawab ketika mengemukakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat.- membina semangat berpasukan untuk mencapai matlamat melalui motivasi kemahiran perancangan strategik yang melibatkan persetujuan ahli pasukan. 16Pembelajaran aktifPengenalanPembelajaran aktif bukanlah satu idea yang baru. Sejak zaman Socrates lagi pembelajaran aktif sudah dipraktikkan. Pendidik progresif seperti John Dewey menekankan kepentingan pembelajaran aktif. Pembelajaran aktif merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang semakin popular dalam era ini.Guru digalakkan beralih daripada pengajaran pasif ke pengajaran aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tetapi guru perlu ada inovasi dan kreativiti dalam imaginasi mereka sama ada di dalam atau di luar bilik darjah untuk melaksanakan satu set aktiviti pembelajaran aktif.

17Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pembelajaran aktif?Pembelajaran aktif merujuk kepada pendekatan di mana murid berinteraksi dengan bahan pengajaran. Murid melakukan sesuatu yang termasuk mengenali, memproses and mengaplikasi informasi (nilai) yang diterima. Menurut Meyers dan Jones (1993), pembelajaran aktif berasal daripada dua andaian: (1) pembelajaran pada hakikatnya adalah satu aktiviti yang aktif dan (2) murid yang berlainan mempunyai cara belajar yang berbeza.

18Pembelajaran aktif menjadi realisasi apabila murid diberikan peluang untuk berinteraktif dengan apa yang dipelajari. Ini sebenarnya menggalakkan mereka memahami dan mengembangkan pengetahuan dan bukan menerima pengetahuan secara pasif. Dalam persekitaran pembelajaran aktif, guru mengambil posisi fasilitator dan bukan setakat penyampai ilmu sahaja.

19

Bagaimanakah menyerap pembelajaran aktif dalam pengajaran anda?

Think-pair-share ialah aktiviti mudah yang boleh digunakan dalam kelas. Berikan masa untuk murid memikirkan tentang sesuatu topik, minta mereka berbincang dengan kawan di sebelah dan kemudian berkongsi hasil perbincangan tadi dengan seluruh kelas.Minute Papers memberi peluang kepada murid untuk sintesis pengetahuan mereka dan menanya soalan kepada isu yang tidak terjawab. Berikan murid beberapa minit untuk menjawab soalan berikut secara bertulis ataupun lisan: Apakah perkara yang paling penting yang kamu pelajari hari ini? Apa yang kamu kurang faham? Pelbagaikan soalan sebegini dan respon murid akan mengukuhkan proses pembelajaran mereka dan memberikan kamu feedback/maklum balas tentang pemahaman murid.

20Brainstorming ialah satu lagi teknik mudah yang melibatkan seluruh kelas dalam sesuatu perbincangan. Perkenalkan apa yang perlu dipelajari dan minta input daripada murid yang akan anda catat atas papan hitam.Permainan yang berkaitan dengan Pendidikan Moral mudah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menggalakkan pembelajaran aktif dan penglibatan murid. Permainan berbentuk padankan, pertandingan, permainan board, menyelesaikan puzzle dan sebagainya boleh digunakan. Kerja kumpulan membenarkan setiap ahli kumpulan bersuara, berkongsi pendapat dan mengembangkan kemahiran untuk bekerjasama dengan orang lain untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Kerja kumpulan koperatif menghendaki semua ahli kumpulan bekerjasama untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan.

21Perbahasan di kelas merupakan satu perkakas efektif yang boleh menggalakkan murid memikirkan pelbagai perspektif sesuatu isu.Kajian kes menggunakan kisah sebenar yang menerangkan apa berlaku dalam sesuatu masyarakat, keluarga, sekolah atau individu akan menggalakkan murid mengintegrasikan pengetahuan yang diperolehi dalam bilik darjah dengan pengetahuan kehidupan sebenar, tindakan dan akibat sesuatu tindakan.

22

Apakah ciri-ciri pembelajaran aktif?

Arahan berpusatkan murid Minat, motivasi dan kekuatan murid perlu dipertimbangkan apabila guru Pendidikan Moral merancang aktiviti kelas. Guru perlu sensitif terhadap latar belakang murid dan kreatif dalam menggunakan pengetahuan sedia ada murid untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.Komuniti diskusi Murid mempunyai banyak peluang untuk kolaborasi and bertukar idea antara satu sama lain (murid dengan murid, murid dengan guru, murid dengan warga sekolah). Peluang untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dikonstruk dengan pembelajaran melalui interaksi dengan lain secara inovatif agar pembelajaran menyeronokkan dan memotivasikan murid.

23Refleksi Pembelajaran aktif diimbangkan dengan refleksi. Murid perlu ada masa dan peluang untuk membuat refleksi atas maklumat yang diterima semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Refleksi ini boleh dibantu melalui kolaborasi dengan murid dan guru yang akan membawanya ke tahap equilibrium. Untuk sampai ke tahap pemahaman nilai atau konsep yang diajar, murid terpaksa melalui satu proses yang mencabar dan memerlukan refleksi yang serius. Guru yang kreatif dan inovatif boleh membantu murid membuat refleksi dengan pelbagai cara.Berkongsi tanggungjawab dalam proses pembelajaran Pembelajaran menjadi bermakna apabila murid bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri. Guru boleh membantu murid mencapai tahap tersebut dengan memberi bimbingan dalam bertindak dan berinteraksi dengan pembelajaran sendiri.

24Kesalahan sebagai perkakas untuk pembelajaran Menurut Brooks & Brooks (1993), kesalahan adalah satu komponen konflik kognitif dan perkembangan. Ianya merupakan langkah semula jadi untuk pemahaman yang baru. Apabila kesalahan dipandang daripada perspektif positif, murid tidak akan takut membuat kesalahan atau mengambil risiko apabila melaksanakan sesuatu aktiviti.Penilaian autentik Dalam Pendidikan Moral, murid dinilai melalui pelbagai cara. Melalui pembelajaran aktif, tanggungjawab untuk menilai juga dikongsi bersama murid. Misalnya, penilaian diri dan penilaian rakan sebaya membantu murid menilai pengetahuan dan pemahaman murid yang menjadikan pengajaran lebih bermakna.

25Peranan guru sebagai fasilitator Murid belajar melalui pelbagai cara. Seorang guru yang kreatif akan membantu mengembangkan pemikiran kritikal murid. Guru akan menjadi fasilitator yang membantu murid menyelesaikan masalah dan membawa makna kepada pengajarannya daripada hanya setakat menyampaikan ilmu. Menggunakan masalah autentik Penggunaan masalah autentik seperti kajian kes adalah satu perkakas pembelajaran yang efektif. Apabila berhadapan dengan situasi kehidupan sebenar yang tidak mempunyai satu cara penyelesaian yang mutlak, murid perlu menggunakan kemahiran berfikir secara kritikal. 26 Peranan guru Pendidikan Moral dalam KSSR

Sebagai guru yang perlu mengajar tiga domain (penaakulan moral, perasaan moral, tingkah laku moral), guru berhadapan dengan cabaran yang agak kompleks dalam penyediaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Perhatian perlu diberikan terhadap aktiviti yang akan membantu meningkatkan tanggungjawab murid dalam pembelajaran mereka. Guru juga perlu membantu murid dengan menyediakan garis panduan bagaimana mereka bekerja dalam kumpulan atau melaksanakan aktiviti kolaborasi. Guru menyediakan peluang untuk komunikasi yang akan memberi kesan kepada murid dari aspek berkongsi idea, melaksanakan aktiviti dan mencapai kata sepakat. Tahap penglibatan murid secara aktif juga bergantung kepada jumlah masa dan tahap kedalaman dalam penglibatan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 27Pembelajaran kontekstualismeMatlamat:Matlamat modul ini ialah untuk membantu guru memahami, menguasai dan menggunakan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran.Objektif: Setelah menggunakan modul ini, guru berupaya :Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual.Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjah dengan yakin dan berkesan.Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual.28APAKAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL?Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.Pembelajaran Secara Kontekstual - Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.29KUMPULAN SASARAN MURID YANG MANAKAH BOLEH MENDAPAT MANFAAT YANG LEBIH DARIPADA PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL?Jenis murid :- Kumpulan sederhanaCiri murid :- cenderung kepada aplikasi konsep terdorong melalui aktiviti hands-on tidak yakin mempelajari matematik dan sains secara abstrakLokasi :- sekolah-sekolah menengah teknik dan vokasional sekolah-sekolah menengah harian

30MENGAPAKAH PENDEKATAN KONTEKSTUAL PERLU DALAM PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN?Individu mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman sendiri.Individu memiliki pelbagai jenis kecerdasan.Pembelajaran kontekstual mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran.31Faedah Pembelajaran KontekstualMURID Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian Boleh memindahkan kemahiran Boleh meneroka dan mendapatkan bukti Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit Dapat belajar secara kerjasama32GURU Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya. Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan. Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.33INDUSTRI Menerima tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula secara berkesan mengikut keperluan. Menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi34PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

35Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkankepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. (McBrien & Brandt,1997)

Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sediawujud.(Briner,M.,1999)36Berdasarkan kepada pandangan-pandangan di atas maka pengertian pembelajaran secara konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai yang berikut:Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.37Konsep umumPelajar aktif membina pengetahuan berasaskan pengalaman yang sudah ada. Dalam konteks pembelajaran, pelajar seharusnya membina sendiri pengetahuan mereka.Pentingnya membina pengetahuan secara aktif oleh pelajar sendiri melalui proses saling mempengaruhi antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru.Unsur terpenting dalam teori ini ialah seseorang membina pengetahuan dirinya secara aktif dengan cara membandingkan informasi baru dengan pemahamannya yang sudah ada.Bahan pengajaran yang disediakan perlu mempunyai perkaitan dengan pengalaman pelajar untuk menarik minat pelajar.38Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran.Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru.Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid.Menyokong pembelajaran secara koperatif.Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenarMenggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen.Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea.

Ciri ciri pembelajaran konstruktivisme39Peranan muridMurid mengemukakan soalan-soalan dan isu, kemudian secara individu mereka membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu.Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. 40 Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan.Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.

41Peranan GuruMenggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka.Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid.Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka.Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas, bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis.Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis.42Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka.Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain.Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan setelah soalan dikemukakan.Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan.Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu.Membimbing murid mendapatkan jawapan yang tepat.

43Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

44Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami45Tujuan KBKKmendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijakmengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolahmenghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatifmengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit.

46meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek merekabersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik47Pemikiran secara kritiskeupayaan dan kecekapan yang ada pada minda untuk membuat keputusan yang wajar berkenaan sesuatu idea, menilai logiknya sesuatu perkara, meneliti kebernasan dan membuat pertimbangan yang wajar berdasarkan bukti-bukti yang kukuh untuk menyokong lagi keputusan yang telah dibuat.

Menurut Mohd Micheal Abdullah; pemikiran kritis ialah membincangkan bagaimana untuk menimbangkan iaitu samada baik atau buruk terhadap sesuatu perkara dengan teliti dan menggunakan fakta samada benar atau salah dan susunan hujah sama ada sah atau batal.48Contoh-contoh Kemahiran Berfikir Secara KritisMembanding dan MembezaMembuat KategoriMeneliti Bahagian Kecil & KeseluruhanMembuat SekuensMenerangkan SebabMembuat RamalanMengusul Periksa AndaianMembuat InferensMengesahkan Sumber Maklumat

49Pemikiran secara kreatifkecekapan menggunakan minda untuk: menjana danmenghasilkan idea. mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud,abstrak, idea atau gagasan.menerokai dan mencari makna , pemahamandan penyelesaian masalah seacara inovatif.50Menurut Samsu Yaacub; 1993, pemikiran kreatif membincangkan bagaimana cara-cara atau teknik-teknik untuk memperluaskan dan memperkembangkan daya imaginasi, inovasi dan kreativiti individu.

51Contoh-contoh Kemahiran Berfikir Secara KreatifMenjana Kemungkinan IdeaMencipta analogi - kenyataan yang dicipta daripada perbandingan antara satu perkara dengan perkara yang lain berdasarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan untuk menyatakan maksud tertentu.

52Mencipta metafora - sejenis bahasa figuratif yang dicipta untuk menyatakan makna sesuatuperkara dengan menggunakan kata lain.

53

KEMAHIRAN KAJIAN MASA DEPAN54OHP 3Definisi Kajian Masa Depan Definisi Kajian Masa Depan Apa Pilihan Anda?Senario:Gambaran Yang Boleh DidapatiKEHIDUPAN ANDAPERSEKITARANNEGARASELURUH DUNIAMasa Lalu:Perspektif

Masa Kini:Trend Utama

Masa Depan:Perubahan55CONTOH:PILIHAN KERJAYA KERJA TRADISI

IKUT ARUS MASA

MENEROKA ALIRAN BARUAPA BOLEH BERLAKU 20 TAHUN DI HADAPAN?Keadaan dan Trend SemasaTrend Masa DepanCita-Cita dan ImpianPilihan dan Perbincangan Pekerjaan56OHP 9Rasional Pengajaran Kajian Masa Depan.

Prinsip Perubahan

Prinsip Pandangan Jauh

Prinsip Perancangan Strategik

Prinsip Pengupayaan RASIONAL PENGAJARAN KAJIAN MASA DEPAN57OHP 5Alvin Toffler: FUTURE SHOCKAlvin Toffler:FUTURE SHOCKKEKEJUTANFUTURE SHOCKPERUBAHAN YANG PESATKEKELIRUANPSIKOLOGI (PsychologicalDisorientation)MempunyaiKemahiranmemandang masa depanBolehmenangani masalahPENYESUAIANDIRITidak mempunyaikemahiran memandang masa depanMenghadapi masalah menangani perubahan58OHP 6Kauffman, Mengapa Mengajar Tentang Masa Depan? ...What we can and must do is to give our studentsan understanding of the most important issues,problems and opportunities they may face, teachthem the skills they will need to continue to lookahead on their own; and prepare them to copesuccessfully with the dislocations and stresses ofrapid change.Mengapa Mengajar Tentang Masa Depan?Why Teach The Future?D.L. Kauffman (1976) , Teaching The Future. ETC Publication, California

59OHP 8Umar Alkhatab

Berilah pendidikan kepada anak-anak kamu yang dilahirkanuntuk zaman laindaripada zaman kamuUmar Alkhatab60

Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan.PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN61

KAJIAN MASA DEPANSatu Cara Kita Menyusun PemikiranSatu Cara Kita Mengkonsepsikan KehidupanTindakan-Tindakan Seharian Serta Jangka PanjangKeputusan-Keputusan Yang Kita Akan AmbilPENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPANStrategi pengajaran untuk memikirkan tentang Masa Depan secara berkaedah, bermakna dan bertanggungjawab

GENERASI MASA DEPAN YANG BERKEYAKINAN, BERUPAYA DAN BERTANGGUNGJAWAB62Kenapakah tajuk ini penting bagi masa depan?

Bagaimanakah tajuk ini boleh dikaitkan dengan Kajian Masa Depan?

Apakah yang diberi perhatian?

BERFIKIR TENTANG MASA DEPAN63OHP 21Tiga Cara PengajaranPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN Perancangan Seorang Guru

Perancangan Yang Strategik Isu dan Tema Yang RelevanBerpusatkan MuridAplikasi Sebagai Projek, Kerja Kokrikulum atau Sepanjang HayatPeranan Guru Sebagai Fasilitator 64PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN Strategi pengajaran untuk memikirkan tentang masa depan secara berkaedah, bermakna dan bertanggungjawab

KANDUNGAN MODUL PENERANGAN AM BAHAGIAN1BAHAGIAN2BAHAGIAN3BAHAGIAN4BAHAGIAN5 MENAMBAHKAN ILMUBELAJARSENDIRI CARAPENGAJARANCARA BERKONGSI 65BAHAGIAN 1

PENERANGAN AM

Guru boleh mendapat satu gambaran dan kefahaman tentang modul latihan pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan.

PengenalanObjektif Modul Latihan Prinsip OrganisasiPengoperasian Modul Latihan66BAHAGIAN 2BELAJAR SENDIRIGuru boleh mendapat kefahaman Kajian Masa Depan dengan lebih mendalam dan mengaplikasikan pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan

APA?MENGAPA?BAGAIMANA?MEMAHAMI KONSEP UTAMA Apakah Kajian Masa Depan?Rasional Pengajaran Kajian Masa DepanObjektif Faedah Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan

MEMAHAMI TEKNIK DAN ALAT KAJIAN MASA DEPANKomponen Kajian Masa Depan Bagaimana bahan pengajaran digunakan

67BAHAGIAN 3

CARA MENJALANKAN PERANCANGAN PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN

Guru boleh merancang pembelajaran berasaskan pengetahuan dan Kemahiran Kajian Masa Depan.

PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PELAJARANRangka perancanganCara Pengajaran Contoh mata pelajaran

PENILAIAN KENDIRI68BAHAGIAN 4

Guru boleh menggunakan bahan untuk melatih guru lain ke arah pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan

MENGAPLIKASIKAN KAJIAN MASA DEPAN DALAM MATA PELAJARAN 1Kandungan Sesi Latihan Berkongsi Apa Yang Saya TahuPerincian Sesi LatihanNota-Nota PenceramahKandungan Buku Kursus PesertaSenarai bahan lutsinarKoleksi bahan lutsinar 69MENGAPLIKASIKAN KAJIAN MASA DEPAN DALAM MATA PELAJARAN 1 Kandungan Sesi Latihan Berkongsi Apa Yang Saya Tahu Perincian Sesi Latihan Nota-Nota Penceramah Kandungan Buku Kursus Peserta Senarai bahan lutsinar Koleksi bahan lutsinar MENGAPLIKASIKAN KAJIAN MASA DEPAN DALAM MATA PELAJARAN 1 Kandungan Sesi Latihan Berkongsi Apa Yang Saya Tahu Perincian Sesi Latihan Nota-Nota Penceramah Kandungan Buku Kursus Peserta Senarai bahan lutsinar Koleksi bahan lutsinar

BAHAGIAN 5

MENAMBAHKAN ILMUGuru boleh dapat maklumat tambahan tentang Kajian Masa Depan.

Guru boleh gunakan bahan mengajar semasa menjalankan latihanKAJIAN KES

GLOSARI DAN RUJUKANPengertian Istilah Senarai Bahan Bacaan dan Laman Web

70MENUNGU SESUATU JUGA SATU KEPERLUAN KAJIAN MASA DEPAN71INTEGRASI KECERDASAN EMOSI (KKE) DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Emotional Quotient (EQ)72DEFINISI KECERDASAN EMOSI (EQ)

Istilah emotional intelligence (EQ) mula-mula sekali digunakan pada tahun 1990 oleh ahli psikologi iaitu Peter Salovey (Universiti Harvard) dan John Mayer (Universiti New Hampshire). Ia digunakan bagi menjelaskan kualiti-kualiti diri khusus yang terdapat pada emosi yang penting supaya seseorang dapat mencapai kejayaan.Lima tahun selepas itu, Daniel Goleman (1995) mempopularkan EQ dalam bukunya Emotional Intelligence dan sekali gus berjaya membangkitkan kesedaran orang ramai berkenaan konsep ini.73Seperti aspek lain dalam kehidupan, kecerdasan emosi mempunyai peranan yang besar dalam bidang pendidikan. Hakikatnya kecerdasan emosi menjadi pendukung kepada kecerdasan intelek dalam menjamin kualiti produk yang dihasilkan. Apabila diperhalusi dalam segala aspek pendidikan sama pendidikan secara umum, pendidikan kanak-kanak, pendidikan orang dewasa apatah lagi pendidikan tinggi menekan aspek kecerdasan emosi sama ada dalam pembentukan dan perlaksanaan kurikulum ataupun dalam aspek pembangunan profesionalisme pendidiknya.74Apabila kecerdasan emosi mula-mula diperkenalkan kepada dunia banyak sarjana dan pemikir yang mempersoalkan berkenaan keperluan dan signifikannya kepada kepintaran manusia.

Hal ini kerana, kepintaran menurut pandangan mereka merujuk kepada kepintaran kognitif yang menggunaan simbol IQ.

Namun selepas beberapa tahun ia diperkenalkan secara giat dan komprehensif oleh sarjana-sarjana psikologi daripada sekolah-sekolah psikologi ternama seperti Havard dan Yale, kepintaran emosi menjadi kesedaran dan momentum baru kepada mana-mana individu, institusi dan masyarakat seluruh dunia. 75Justeru itu, kepintaran tidak lagi menjadi faktor dominan sebagai penentu penentu kepintaran manusia. Manusia pintar dan bijaksana dalam dekad ini bukan sahaja memiliki IQ yang tinggi malah EQ yang tinggi.76KEPENTINGAN EMOTIONAL QUOTIENT (EQ) ATAU KECERDASAN EMOSI DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

77Pertumbuhan kecerdasan emosi seseorang dipengaruhi oleh :

keluarga lingkungan persekitaran contoh-contoh pengalaman yang diperoleh sejak lahir dari kedua ibu bapanya. Kecerdasan emosi mempunyai kaitan dengan pelbagai aspek yang dirasakan semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia yang semakin moden dan maju kini.78Antara objektif-objektif Pendidikan Moral untuk sekolah rendah ialah:

1.Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia

2. Meningkatkan amalan budi pekerti mulia

3. Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat, negara serta alam sekitar.

794. Mengembangkan dan mengaplikasi pemikiran moral, perasaan moral dan perlakuan moral dalam membuat sesuatu pilihan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.80Seseorang insan bermoral adalah seseorang yang memahami keperluan untuk mengamalkan peraturan dalam masyarakat tetapi tidaklah pula mematuhinya tanpa berfikir.

Antara empat kepentingan Emotional Quotient (EQ) atau kecerdasan emosi dalam pengajaran Pendidikan Moral adalah berdasarkan aspek-aspek berikut:

Kesedaran kendiri Mengendalikan emosi Penentuan matlamat Kemahiran bersosial81