kkbi jawi

3
KAJIAN TEKS JAWI: ANALISIS KAEDAH EJAAN MENGIKUT PANDUAN EJAAN JAWI YANG DISEMPURNAKAN (PEJYD) PENGAKUAN Pengakuan pengkaji bahawa hasil kajian ini adalah hasil usaha sendiri dan bebas daripada plagiat. PENGHARGAAN Dedikasi penghargaan pengkaji kepada semua yang berkaitan dengan kajian sepanjang penghasilan kajian. PENDAHULUAN Menyatakan latar belakang kajian dan tujuan kajian, iaitu bagi menyatakan sejarah tulisan jawi di Malaysia; menyatakan pengenalan PEJYD dan mengenal pasti kaedah ejaan perkataan-perkataan dalam tulisan jawi mengikut PEJYD. SEJARAH JAWI Menghuraikan asal-usul perkataan jawi dan bagaimana tulisan jawi mula berkembang di Malaysia dari zaman permulaan hingga kini. Penerangan hendaklah memasukkan fakta-fakta berkaitan dengan factor-faktor kemerosotan dan usaha-usaha menghidupkan kembali tulisan jawi di Malaysia. PANDUAN EJAAN JAWI YANG DISEMPURNAKAN Menghuraikan fakta-fakta berhubung dengan kelahiran kedah ejaan jawi yang dikenali dengan Panduan Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (PEJYD). Kaedah-kaedah ejaan jawi seperti ejaan tradisi, ejaan lazim, ejaan

Upload: roslan-hamid

Post on 30-Jun-2015

275 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: kkbi jawi

KAJIAN TEKS JAWI: ANALISIS KAEDAH EJAAN MENGIKUT PANDUAN EJAAN JAWI YANG DISEMPURNAKAN (PEJYD)

PENGAKUAN

Pengakuan pengkaji bahawa hasil kajian ini adalah hasil usaha sendiri dan bebas daripada plagiat.

PENGHARGAAN

Dedikasi penghargaan pengkaji kepada semua yang berkaitan dengan kajian sepanjang penghasilan kajian.

PENDAHULUAN

Menyatakan latar belakang kajian dan tujuan kajian, iaitu bagi menyatakan sejarah tulisan jawi di Malaysia; menyatakan pengenalan PEJYD dan mengenal pasti kaedah ejaan perkataan-perkataan dalam tulisan jawi mengikut PEJYD.

SEJARAH JAWI

Menghuraikan asal-usul perkataan jawi dan bagaimana tulisan jawi mula berkembang di Malaysia dari zaman permulaan hingga kini. Penerangan hendaklah memasukkan fakta-fakta berkaitan dengan factor-faktor kemerosotan dan usaha-usaha menghidupkan kembali tulisan jawi di Malaysia.

PANDUAN EJAAN JAWI YANG DISEMPURNAKAN

Menghuraikan fakta-fakta berhubung dengan kelahiran kedah ejaan jawi yang dikenali dengan Panduan Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (PEJYD). Kaedah-kaedah ejaan jawi seperti ejaan tradisi, ejaan lazim, ejaan mengikut hukum dan ejaan lampau hukum hendaklah dijelaskan beserta contoh-contoh.

Page 2: kkbi jawi

ANALISIS PETIKAN JAWI

Memilih satu petikan jawi daripada mana-mana teks teks klasik dan menyenarai seratus patah perkataan yang berbeza untuk dianalisis kaedah ejaan yang digunakan. Kemudian, kenal pasti kaedah ejaan yang sepatutnya mengikut kaedah yang disyorkan oleh PEJYD. Tulis semula petikan teks berkenaan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah dimurnikan mengikut kaedah tersebut.

RUMUSAN

Membuat rumusan keseluruhan terhadap analisis ejaan jawi di atas dan memberi saranan bagi penambahbaikan atau bagi melestarikan penggunaan tulisan jawi di kalangan rakyat Malaysia, khususnya orang-orang Melayu.

RUJUKAN

Menyenaraikan rujukan sekurang-kurangnya daripada LIMA sumber rujukan.

PENULISAN

Penyelidikan hendaklah ditaip menggunakan tulisan jawi sepenuhnya.

LAMPIRAN

Melampirkan salinan teks jawi yang dianalisis dengan menandakan permulaan perkataan hingga akhir perkataan yang dirujuk dengan pen penanda. Bahan-bahan lain yang berkenaan juga, sekiranya ada boleh disertakan.