kkbi bmm3101

Upload: shantene-naidu

Post on 18-Jul-2015

402 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TUGASAN PROJEK

TUGASAN PROJEK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

TAJUK PROGRAM: PISMP KS & PSV

NAMA PELAJAR:

KURSUS

: PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH.

SEMESTER TAHUN

: :

1 2

KOD KURSUS : BMM3101

KOD : BMM 3103 TARIKH MULA: 13 FEBRUARI 2012

TARIKH HANTAR: 26 MAC 2012

HASIL PEMBELAJARAN

:

1. Menghuraikan dan menjelaskan falsafah, objektif dan organisasi kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. 2. Menjelaskan Huraian Sukatan Pelajaran dan Aras Pembelajaran mengikut tahap. 3. Menganalisis dan menghuraikan hasil pembelajaran kemahiran- kemahiran bahasa. 4. Menganalisis dan mengaplikasikan Pengisian Kurikulum dan Kemahiran Bernilai Tambah dalam langkah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kerja kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 2, 3 dan 4OBJEKTIF:

Pada akhir tugasan ini, pelajar dapat: 1. Mengenal pasti falsafah, objektif dan organisasi kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah serta Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah. 2. Menjelaskan kemahiran bahasa, aspek bahasa, dan tatabahasa Melayu dengan merujuk kepada Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah serta Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah. 3. Menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian dengan memilih kemahiran bahasa, aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa yang sesuai. 4. Melaksanakan sesi pengajaran dan membuat refleksi.

1

TUGASAN PROJEK

Bagi melaksanakan tugasan ini, pelajar diminta: i. Membincangkan perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2003, dan Matlamat Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah 2010. Membanding beza perkara berikut dalam bentuk peta minda, jadual atau pengurusan grafik; a. Matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KBSR) dengan Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) b. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KBSR) dengan Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). c. Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KBSR) dengan fokus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Memilih kemahiran bahasa, aspek seni bahasa, dan Tatabahasa Melayu Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah 2010 untuk pengajaran Bahasa Malaysia tahun satu. Rancang isi pelajaran dan aktiviti pengajaran dengan menunjukkan prosedur pelaksanaan aktiviti dengan jelas. Menghasilkan satu rancangan persediaan mengajar (RPH) yang lengkap untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah Tahun Satu. Menghasilkan satu bahan bantu belajar aspek seni bahasa, dan aspek tatabahasa untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah Tahun Satu. Serahkan bahan bantu belajar tersebut dalam bentuk soft copy (CD). Melaksanakan sesi pengajaran dan membuat refleksi.

ii.

iii.

iv. v.

vi.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus 1. Tugasan ini ialah tugasan individu. 2. Format penulisan adalah seperti yang berikut: a. Font Arial b. Saiz huruf 12. c. Langkau satu setengah baris. d. Rujukan mengikut format APA. e. Lampiran. 3. Amalan plagiat tidak dibenarkan. 4. Panjang tugasan tidak kurang daripada 15 muka surat (termasuk persembahan visual). 5. Hasil tugasan perlu diserahkan kepada pensyarah mengikut format berikut: a. RPH dan bahan bantu belajar diserahkan juga dalam bentuk soft copy (CD)2

TUGASAN PROJEK

b. Hasil tugasan (a, b, c) perlu dijilidkan dan bahagian kulit hadapan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut: i. ii. iii. iv. Nama Pelatih dan No. Kad Pengenalan Nama Pensyarah Nama Kursus Tahun Pengajian

6. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 50%. 7. Bahan-bahan bukti yang digunakan untuk menjelaskan tugasan projek hendaklah disertakan dalam lampiran.

Kriteria Pentaksiran Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pentaksiran yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh,

Disahkan oleh,

_____________________ ( MOHD BIN BODOT)

_______________________ ( MHD YUSOF BIN ZAKARIA)

3