kkbi bmm 3123 sem. 6

10
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM Pentaksiran Kerja Kursus – Projek (Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan) Mata pelajaran/ Kursus: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN (BMM 3123) Tempoh Pelaksanaan: 4 Minggu Program: PISMP Semester/ Tahun 2/ 2014 Kumpulan: 6 PISMP BM PJ PM Disediakan oleh: Dr. Hjh. Maskiah bt. Hj. Masrom Disahkan oleh: Penyelaras Kursus Ketua Jabatan Nama & Tandatangan ____________________ (Dr. Hjh. Maskiah bt. Hj. Masrom) _______________________ (En. Nordin bin Mohd. Yusof) Tarikh Mula: Tarikh Selesai: 11 Ogos 2014 1

Upload: izzat-shukor

Post on 19-Jan-2016

117 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kkbi

TRANSCRIPT

Page 1: KKBI BMM 3123 SEM. 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMPentaksiran Kerja Kursus – Projek

(Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan)

Mata pelajaran/ Kursus: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN(BMM 3123)

Tempoh Pelaksanaan: 4 Minggu

Program: PISMP Semester/ Tahun 2/ 2014

Kumpulan:6 PISMP BM PJ PM

Disediakan oleh: Dr. Hjh. Maskiah bt. Hj. Masrom

Disahkan oleh: Penyelaras Kursus Ketua Jabatan

Nama & Tandatangan____________________

(Dr. Hjh. Maskiah bt. Hj. Masrom)

_______________________(En. Nordin bin Mohd. Yusof)

Tarikh Mula: 9 Julai 2014 Tarikh Selesai: 11 Ogos 2014

1

Page 2: KKBI BMM 3123 SEM. 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMTUGASAN PROJEK

PPG

Hasil Pembelajaran Kursus

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 2

1. Menghuraikan sejarah perkembangan bahasa Melayu2. Menjelaskan sistem ejaan rumi dan jawi

Objektif Kerja Kursus

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Memahami sejarah perkembangan bahasa Melayu 2. Menguasai sistem ejaan rumi dan jawi

2

Tarikh Mula 9 Julai 2014 Tarikh Hantar 11 Ogos 2014

NAMA PELATIH: _____________________________________________

OPSYEN/UNIT:__________________________________

PROGRAM IJAZAH SARJANAMUDA PENDIDIKAN AMBILAN JAN 2012

SEMESTER/ TAHUN : 2/ 2014

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN (BMM 3123)

Page 3: KKBI BMM 3123 SEM. 6

Tajuk Tugasan Projek

Dari segi sejarah, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya tersendiri. Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Klasik juga memperkenalkan ragam bahasa persuratan dengan munculnya tulisan jawi yang digunakan secara meluas di Alam Melayu. Peranannya juga penting sebagai asas kepada pembentukan bahasa baku, konsep kebangsaan Melayu, dan mengungkapkan pelbagai jenis laras bagi memulakan transformasi ciri budaya yang penting.

Prosa dalam bahasa Melayu yang terkenal ialah Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya disusun pada tahun 1612 oleh Tun Seri Lanang, bangsawan pada zaman kesultanan Melayu. Prosa ini mengungkapkan beberapa genre puisi Melayu iaitu pantun, syair, gurindam dan seloka. Terdapat 29 versi dan antara yang terkenal adalah versi susunan A. Samad Ahmad.

Pada abad ke-19, muncul Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dengan karyanya yang bertajuk Hikayat Abdullah. Abdullah Munsyi menganggap sekiranya nahu bahasa Melayu ditulis oleh orang asing maka nahu Bahasa Melayu yang ditulis itu hanyalah merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan terhadap bahasa Melayu. Karya Abdullah Munsyi masih memperlihatkan pengaruh bahasa Melayu Klasik walaupun dihasilkan pada zaman kedatangan Inggeris.

Berdasarkan rangsangan tersebut, buat satu kajian penggunaan bahasa, pemikiran dan budaya Melayu dalam teks Melayu Klasik dan peralihan, dan tulis teks dalam tulisan jawi.

Sub Tugasan:

Secara individu, anda perlu menggunakan dua teks cadangan iaitu Sulalatus Salatin susunan A. Samad Ahmad dan teks Hikayat Abdullah karya Abdullah Munsyi untuk membuat kajian dan penulisan berikut:

1. Menghuraikan ciri-ciri bahasa Melayu Klasik berserta contoh yang terdapat dalam kedua-dua teks ini. (30 markah)

2. Menganalisis perbandingan aspek pemikiran dan budaya masyarakat dari segi pendidikan yang terdapat dalam kedua-dua teks ini. (50 markah)

3. Menulis tangan dalam sistem ejaan jawi moden genre puisi (10 rangkap) yang terdapat dalam kedua-dua teks ini. (20 markah)

Panduan Pelaksaanan Projek

1. Tugasan ini adalah tugasan individu2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

3

Page 4: KKBI BMM 3123 SEM. 6

3.1 Muka depan hendaklah berdasarkan templat terkini3.2 Jenis Fon: Arial3.3 Saiz huruf : 123.4 Langkau 1.5 baris3.5 Rujukan mengikut APA (American Psychological Association)3.6 Tugasan ditulis dalam bahasa Melayu sahaja.

4. Panjang tugasan tidak kurang daripada 15 muka surat.5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan6. Amalan plagiat tidak dibenarkan.7. Tugasan perlu disiapkan dalam masa 4 minggu.8. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.2. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dilampirkan.3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dan sokongan ilmiah. Contoh: petikan (quotation) nama pengarang, nama buku, majalah dan lain-lain.4. Format dan organisasi tugasan perlu jelas dan koheren.5. Penulisan esei/refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan, mematuhi sistem tatabahasa Bahasa Melayu.6. Rujukan perlu dibuat dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber dari 10 buah buku, 2 jurnal, 2 internet dan 1 bahan bercetak yang lain)

Disediakan oleh; Disemak oleh Disahkan oleh:

(DR. HJH. MASKIAH BT. HJ. MASROM) (EN. ABD JALIL BIN MD YUNOS) (EN. NORDIN BIN MOHD YUNOS) Penyelaras Kursus BMM3123 Pakar Bidang (SME) Bahasa Melayu Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Melayu Jabatan Pengajian Melayu Jabatan Pengajian Melayu IPGKTI IPGKTI IPGKTI

4

Page 5: KKBI BMM 3123 SEM. 6

KRITERIA PEMARKAHAN (HOLISTIK)UNTUK PENULISAN ESEI

SKALA WAJARAN(50%) KRITERIAAMAT CEMERLANG

90-10036 – 50% Liputan dan Kandungan

Liputan kandungan tepat, relevan dan terperinci. Skop literatur luas dan komprehensif dipilih dan sesuai.Hubungkait idea jelas ditunjukkan.

Kualiti ReviuReviu kritikal yang sangat baik. Analisis idea dan isu tepat, komprehensif dan lengkap.

OrganisasiSusun atur terbaik,logikal, dan koheren. Idea dikembang secara menyeluruh dan jelas dengan contoh-contoh sesuai,penerangan dan huraian tambahan.

Kualiti SumberKemahiran membuat rujukan dan bibliografi sangat baik.Mempunyai pelbagai sumber utama dan sekunder.

CEMERLANG75-89

30-35 % Liputan dan KandunganLiputan kandungan relevan dan sangat mencukupi. Skop literatur luas dipilih dan digunakan dengan sesuai. Perhubungan idea yang jelas.

Kualiti ReviuReviu kritikal yang baik. Analisis idea tepat, dan padat.

OrganisasiSusun atur terbaik,logikal, dan koheren. Idea dikembang secara menyeluruh dan jelas dengan contoh-contoh sesuai,penerangan dan huraian tambahan.

5

Page 6: KKBI BMM 3123 SEM. 6

Kualiti SumberKemahiran membuat rujukan dan bibliografi sangat baik dengan sedikit kesilapan. Bahan sumber utama dan sekunder lebih daripada mencukupi..

KEPUJIAN60 – 74

24-29% Liputan dan KandunganLiputan kandungan relevan dan baik.Jumlah tinjauan literatur relevan memuaskan. Perhubungan idea agak jelas.

Kualiti ReviuReviu kritikal agak baik. Analisis idea agak tepat, dan mendalam.

OrganisasiSusun atur agak baik dengan beberapa kesilapan. Idea dikembang dengan agak baik dan mengandungi fakta/contoh sokongan yang agak mencukupi.

Kualiti SumberKemahiran membuat rujukan dan bibliografi baik. Bahan sumber utama dan sekunder yang mencukupi.

LULUS50- 59

20-23% Liputan dan KandunganLiputan kandungan mencukupi dan relevan. Hanya bilanghan kecil literatur dipilih dan digunakan. Sebahagian perhubungan idea jelas.

Kualiti ReviuReviu kritikal mencukupi. Analisis idea mencukupi.

OrganisasiSusun atur memuaskan agak baik dengan beberapa kesilapan signifikan. Beberapa idea dikembang dengan sokongan fakta/contoh.Kualiti Sumber

6

Page 7: KKBI BMM 3123 SEM. 6

Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi agak baikbeberapa baik. Mempunyai bilangan bahan sumber yang tidak mencukupi.

GAGAL 0 – 49

<20% Liputan dan KandunganLiputan kandungan tidak mencukupi dan tidak relevan. Perhubungan idea tidak jelas.

Kualiti ReviuSedikit atau tiada reviu kritikal. Analisis idea tidak logikal dan tidak meyakinkan .

OrganisasiSusun atur lemah dengan kesilapan yang nyata.Idea dikembang secara lemah dengan sedikit atau tiada huraian tambahan.

Kualiti SumberKemahiran membuat rujukan dan bibliografi lemah.Kekurangan bahan sumber utama dan sekunder.

Disediakan oleh; Disemak oleh Disahkan oleh:

(DR MASKIAH BT. MASROM) (EN. ABD JALIL BIN MD YUNOS) (EN. NORDIN BIN MOHD YUNOS) Penyelaras Kursus BMM3123 Pakar Bidang (SME) Bahasa Melayu Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Melayu Jabatan Pengajian Melayu Jabatan Pengajian Melayu IPGKTI IPGKTI IPGKTI Johor Bahru

7