khsr & kbsm

Upload: vasanthi-marimuthu

Post on 01-Mar-2016

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

perbandingan

TRANSCRIPT

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM )

KBSM memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Oleh itu kandungan kurikulum KBSM merangkumi pengetahuan, kemahiran, kefahaman dan amalan nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan serta kewarganegaraan sebagai asas untuk pendidikan seumur hidup. Konsep bersepadu dalam KBSM membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara integrasi dan menyeluruh. (Pukal Latihan KBSM, 1990)

Kesinambungan Dan Kesepaduan Dalam KBSM

Kesinambungan

Kandungannya diolah kesinambungan daripada 3 bidang utama KBSR: Komunikasi (Bahasa, Matematik) Manusia dan Alam Sekeliling (Pend Agama Islam, Peng Moral, Sains dan Kemasyarakatan) Perkembangan Diri (PJK, PS, Aktiviti Kokurikulum) Usaha perkembangan potensi pelajar dalam bidang emosi dan rohani diperluaskan dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam semua mata pelajaran.

Objektif KBSM

Membolehkan pelajar-pelajar menguasai kemahiran-kemahiran berinteraksi dalam semua situasi hidup, serta memperkembangkan pemikiran dan penaakulan. Memberi peluang pelajar memahami alam sosial dan fizikal supaya mereka dapat menikmati keadaan kehidupan daan nilai-nilai yang berkaitan serta membolehkan mereka menjadi anggota-anggota masyarakat yang berkesan dan bertanggung jawab. Menekankan pembelajaran ke arah memahami diri, mengembangkan bakat, serta mempertingkatkan peribadi dan watak. KBSM Menengah Rendah : fokus kepada pencapaian pendidikan umum dan perkembangan sifat-sifat kewarganegaraan. KBSM Menengah Atas : fokus kepada penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang lebih meluas dan mendalam. Menitikberatkan aktiviti kokurikulum. Pendekatan dan strategi pembelajaran seimbang dengan KBSR dan berpusatkan murid.

Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR)

Kurikulum KHSR tidak terikat secara nyata dengan mana - mana teori kurikulum yang utama. Ini adalah kerana teori dan model kurikulum KHSR telah digubal mengikut acuan Malaysia. Walaupun begitu tidak dinafikan bahawa kurikulum KHSR sedikit sebanyak dipengaruhi oleh teori kurikulum yang utama tersebut. Antara beberapa teori kurikulum itu, terdapat empat teori yang penting iaitu:

Teori Disiplin Mental Teori Kurikulum Saintifik Teori Fungsi Teori Konflik

Teori Disiplin Mental Ia merupakan teori kurikulum yang terawal. Menurut teori ini kuasa mental boleh dibangunkan menerusi banyak latihan seperti menghafal.Terdapat dua andaian asas tentang pembelajaran dan kurikulum :

Pembelajaran mesti dipaksakan.Justeru, dendaan patut dikenakan sekiranya matlamat pembelajaran hendak dicapai.

Kawalan yang ketat perlu dilaksanakan ke atas proses pembelajaran.Dengan demikian adalah diharapkan intelek pelajar akan bertambah maju peringkat demi peringkat.

Teori Kurikulum Saintifik Gerakan pengurusan saintifik telah mula menguasai barat pada awal kurun ke -20 dan tempiasnya turut dirasai oleh disiplin pendidikan.Pengurusan saintifik banyak bersandar pada konsep kecekapan dan kepiawaian.Kedua-dua unsur inilah yang menyebabkan peningkatan produktiviti industri dan perniagaan. Salah satu pengaruh daripada gerakan saintifik ialah pewujudan objektif pembelajaran dalam bentukperlakuan .Kaedah ini membenarkan guru mengukur kemajuan murid beliau seperti mana pengurus kilang mengukur prestasi pekerja beliau.

Teori fungsi Teori ini beranggapan bahawa peranan asas pendidikan ialah menyebarkan pengetahuan / kemahiran kepada generasi seterusnya. Pendidikan juga dikatakan sebagai agen sosialisasi - mengintegrasikan warga ke dalam masyarakat.Dalam hal ini pendidikan mengambil peranan menyebarkan nilai - nilai teras masyarakat, di samping bertindak sebagai pengawal sosial. Sebagai satu agen sosial,pendidikan bertindak menyisihkan anggota masyarakat menurut merit.Tanpa disedari pelajar cerdas dipilih untuk profesion bergaji tinggi manakala yang kurang cerdas dilatih untuk profesion kolar biru, contoh dalam sektor teknikal.

Teori Konflik Seperti teori fungsi,teori konflik turut memainkan peranan menyisih bukan atas dasar merit tetapi kelas sosial dan etnik.Secara tidak langsung teori ini beranggapan status quo akan dapat dikekalkan dalam struktur masyarakat.Kelas pekerja kekal pada lapisan bawah sosial manakala golongan berkemampuan kekal pada lapisan atas masyarakat.

Perancangan Kurikulum KHSR Membuat keputusan dalam perancangan kurikulum Mengumpul dan mentaksir data berkaitan komuniti Mengumpul dan mentaksir data berkaitan sekolah

Matlamat KHSRMatlamat KHSR bertujuan membolehkan memperolehi kemahiran praktis berasaskan teknologi keushawanan dan aspek pengurusan diri supaya mereka dapat menjalankan kerja buat sendiri.

Objektif KHSR Membolehkan murid-murid menguasai kemahiran dalam menyelenggara dan membaiki alat-alatan, perkakas dan mesin mudah;

Membolehkan murid-murid menguasai kemahiran dalam bidang keusahawanan dan pengurusan diri; dan

Membolehkan murid-murid memupuk minat dalam bidang urusniaga serta mereka bentuk alat-alatan yang berguna.