keunikan adat perkahwinan tradisional melayu

3
KEUNIKAN ADAT PERKAHWINAN MELAYU Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, adat bermaksud peraturan yang lazim dilakukan sejak dahulu kala. Adat perkahwinan masyarakat kaum Melayu merupakan suatu adat yang masih diikuti hingga kini. Walaupun adat-adat ini telah banyak diubah mengikut kesesuaian zaman dan peredaran masa, namun keunikannya masih kukuh. Adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa proses iaitu merisik atau meninjau; upacara peminangan; upacara menghantar tanda; hantaran belanja; menjemput; upacara nikah; berinai besar; hari persandingan; jemput menantu. Permulaan proses perkahwinan ialah merisik atau meninjau. Setelah seorang lelaki dan keluarganya berkenan dengan gadis yang dipilih, usaha merisik dijalankan untuk mengetahui sama ada gadis itu sudah berpunya atau tidak. Biasanya proses ini dilaksanakan oleh keluarga pihak lelaki, khususnya ibubapa atau saudara mara terdekat. Proses ini melibatkan keluarga pihak lelaki pergi menziarahi keluarga pihak perempuan dan berkenalan. Hasil daripada merisik ini akan dibuat rundingan dengan keluarga pihak lelaki. Apabila diketahui si gadis belum berpunya, maka upacara peminangan diaturkan. Proses meminang si gadis hanya dilakukan bila keluarga si gadis menyatakan persetujuannya. Tugas meminang biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak. Sekali lagi keluarga pihak lelaki akan menziarahi keluarga pihak perempuan untuk proses ini. Semasa meminang, tarikh menghantar tanda akan ditetapkan. Perkara-perkara yang dibincangkan semasa upacara peminangan ialah hantaran belanja, persalinan dan tempoh bertunang. Disesetengah tempat, berita pertunangan itu diberitahu kepada seisi kampung oleh Ketua Kampung di masjid ketika mengadakan sembahyang Jumaat. Semasa upacara menghantar tanda atau majlis pertunangan, kebiasaannya sebentuk cincin akan dihantar oleh pihak lelaki untuk disarungkan ke jari tunangannya. Semasa majlis pertunangan, si lelaki tidak akan berada dalam majlis berkenaan. Hanya wakil dan keluarga pihak lelaki yang akan berada di majlis itu dan cincin akan disarungkan oleh ibu atau wanita yang dihormati oleh si lelaki seperti nenek atau mak cik. Menyampai dan menerima cincin itu dilakukan dalam majlis di rumah pihak perempuan. Cincin ini disebut sebagai cincin tanda . Ia biasanya diiringi juga dengan sebahagian wang hantaran belanja. Tarikh perkahwinan juga dibincangkan bersama. Seterusnya upacara menghantar belanja akan dijalankan pada tarikh yang telah ditetapkan. Kedua-dua belah pihak diketuai oleh Ketua Kampung atau Ketua Syarak. Wang hantaran itu biasanya diiringi dengan persalinan untuk si gadis. Ia digubah dalam berbagai bentuk atau dibungkus dalam kain sahaja mengikut adat daerah masing-masing. Iringan yang lain termasuk bunga rampai;

Upload: nina-dapris

Post on 02-Oct-2015

175 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Budaya

TRANSCRIPT

KEUNIKAN ADAT PERKAHWINAN MELAYUMenurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, adat bermaksud peraturan yang lazim dilakukan sejak dahulu kala. Adat perkahwinan masyarakat kaum Melayu merupakan suatu adat yang masih diikuti hingga kini. Walaupun adat-adat ini telah banyak diubah mengikut kesesuaian zaman dan peredaran masa, namun keunikannya masih kukuh. Adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa proses iaitu merisik atau meninjau; upacara peminangan; upacara menghantar tanda; hantaran belanja; menjemput; upacara nikah; berinai besar; hari persandingan; jemput menantu. Permulaan proses perkahwinan ialah merisik atau meninjau. Setelah seorang lelaki dan keluarganya berkenan dengan gadis yang dipilih, usaha merisik dijalankan untuk mengetahui sama ada gadis itu sudah berpunya atau tidak. Biasanya proses ini dilaksanakan oleh keluarga pihak lelaki, khususnya ibubapa atau saudara mara terdekat. Proses ini melibatkan keluarga pihak lelaki pergi menziarahi keluarga pihak perempuan dan berkenalan. Hasil daripada merisik ini akan dibuat rundingan dengan keluarga pihak lelaki. Apabila diketahui si gadis belum berpunya, maka upacara peminangan diaturkan.Proses meminang si gadis hanya dilakukan bila keluarga si gadis menyatakan persetujuannya. Tugas meminang biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak. Sekali lagi keluarga pihak lelaki akan menziarahi keluarga pihak perempuan untuk proses ini. Semasa meminang, tarikh menghantar tanda akan ditetapkan. Perkara-perkara yang dibincangkan semasa upacara peminangan ialah hantaran belanja, persalinan dan tempoh bertunang. Disesetengah tempat, berita pertunangan itu diberitahu kepada seisi kampung oleh Ketua Kampung di masjid ketika mengadakan sembahyang Jumaat.Semasa upacara menghantar tanda atau majlis pertunangan, kebiasaannya sebentuk cincin akan dihantar oleh pihak lelaki untuk disarungkan ke jari tunangannya. Semasa majlis pertunangan, si lelaki tidak akan berada dalam majlis berkenaan. Hanya wakil dan keluarga pihak lelaki yang akan berada di majlis itu dan cincin akan disarungkan oleh ibu atau wanita yang dihormati oleh si lelaki seperti nenek atau mak cik. Menyampai dan menerima cincin itu dilakukan dalam majlis di rumah pihak perempuan. Cincin ini disebut sebagai cincin tanda. Ia biasanya diiringi juga dengan sebahagian wang hantaran belanja. Tarikh perkahwinan juga dibincangkan bersama. Seterusnya upacara menghantar belanja akan dijalankan pada tarikh yang telah ditetapkan. Kedua-dua belah pihak diketuai oleh Ketua Kampung atau Ketua Syarak. Wang hantaran itu biasanya diiringi dengan persalinan untuk si gadis. Ia digubah dalam berbagai bentuk atau dibungkus dalam kain sahaja mengikut adat daerah masing-masing. Iringan yang lain termasuk bunga rampai; sirih junjung atau tepak sireh sahaja; pahar telor merah dan nasi semangat; alat solek; buah-buah atau lain-lain.Waris bakal pengantin ( ayah atau ibu, atau orang yang wajib dan diwakilkan) akan berkunjung ke rumah orang tua-tua di kampong itu untuk memberitahu tentang hari perkahwinan itu. Mereka akan membawa tepak sireh dan terus menjemput dan meminta sanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya bagi mengelolakan majlis itu. Majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan.Upacara akad nikah merupakan rukun dalam agama Islam. Oleh itu, upacara ini adalah wajib bagi pengantin yang beragama Islam. Upacara akad nikah dijalankan sebelum upacara berinai besar dan bersanding. Imam mewakili wali perempuan menjadi jurunikah. Dalam upacara ini juga disahkan hantaran dan lain-lain. Mas kahwin disebut sama ada hutang atau tunai. Mas kahwin akan diserahkan kepada pangantin perempuan dan menjadi haknya. Dari saat ini sahlah mereka menjadi suami isteri.Selepas selesai upacara akad nikah, upacra berinai akan dilakukan. Kedua pengantin akan memakai pakaian pengantin. Pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan dengan iringan arakan rebana. Upacara berinai didahului oleh pengantin lelaki yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan upacara itu. Pengantin perempuan akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki.Dihari persandingan, jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi dengan selawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama sekiranya ia belum dihantar terlebih dahulu. Pengantin perempuan akan menyambut pengantin lelaki dan akan sama-sama diiring ke pelamin. Di atas pelamin, acara menepung tawar akan dijalankan. Keluarga dan rakan-rakan kedua-dua belah pengantin akan merenjis pengantin dengan bunga rampai dan air mawar. Upacara merenjis ini sebagai simbolik bahawa mereka merestui dan meraikan pengantin.Adat perkahwinan kaum Melayu akan diakhiri dengan majlis menyambut menantu. Majlis jemput menantu atau menyambut menantu akan diadakan di rumah pengantin lelaki. Pihak pengantin perempuan akan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat pada hari ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan di rumah pengantin perempuan.Secara keseluruhannya, dalam adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu ini, pihak pengantin lelaki lebih banyak memainkan peranan bermula daripada awal proses merisik lagi. Ini merupakan adat perkahwinan bagi masyarakat Melayu yang mengamalkan adat Temenggung. Ia berbeza dengan adat perkahwinan masyarakat Melayu tradisional yang mengamalkan adat Perpatih. Adat perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan proses perkahwinan lebih banyak melibatkan pihak perempuan. Kesimpulannya, adat perkahwinan masyarakat Melayu merupakan suatu adat yang unik kerana prosesnya yang berperingkat dan upacara-upacara yang menggabungkan adat-istiadat dan mengikut syarak Islam. Proses perkahwinan akan memakan masa dan memerlukan belanja yang besar. Oleh itu, pada masa kini, kebanyakan proses-proses ini digabungkan atau tidak dijalankan untuk menjimatkan masa dan belanja. Perubahan-perubahan kerap dilakukan mengikut hasrat kedua-dua belah pihak pengantin. Hal ini boleh dilakukan asalkan tidak melanggar syarak dan boleh diterima oleh masyarakat.