adat perkahwinan masyarakat cina (1).pdf

Upload: shaniaa-eviaa

Post on 06-Jul-2018

1.914 views

Category:

Documents


74 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Adat Perkahwinan Masyarakat Cina (1).pdf

    1/13

    PAKEJAN MAKLUMAT

    ADAT RESAM PERKAHWINAN

    MASYARAKAT CINA 

    Disusun oleh:

    PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA 

    2013

     004/2013

  • 8/18/2019 Adat Perkahwinan Masyarakat Cina (1).pdf

    2/13

  • 8/18/2019 Adat Perkahwinan Masyarakat Cina (1).pdf

    3/13

  • 8/18/2019 Adat Perkahwinan Masyarakat Cina (1).pdf

    4/13

  • 8/18/2019 Adat Perkahwinan Masyarakat Cina (1).pdf

    5/13

    Senarai Kandungan

    1. Pengenalan

    2. Sumber Monograf

    2.1. Chinese Customs And Taboos

    2.2. Siri Kajian Hubungan Etnik : Memahami Masyarakat Cina

    3. Sumber Jurnal & Majalah

    3.1 Sarawak Gazette

    - Some Observations on Chinese Marriage, Family and Changes

    3.2 Dewan Masyarakat- Menanam Pokok pada Hari Perkahwinan

    4. Sumber Internet

    http://malaysiana.pnm.my 

    5. Sumber Elektronik

    5.1 Utusan Malaysia

    -  7 jenis perkahwinan tarikan Pesta Adat-  Dedahkan budaya di peringkat sekolah-  Ekspo Budaya didik pelajar adat perkahwinan kaum-kaum di Malaysia-  Festival perkahwinan pupuk perpaduan-  Perkahwinan-Adat lama kekal gemilang

    5.2 Sumber NST Emedia

    -  Adat perkahwinan etnik Malaysia-  Konsep kahwin 1Malaysia-  Malaysia destinasi perkahwinan-  Pengaruh teko dalam hidangan teh Cina

    6. Rujukan

    http://malaysiana.pnm.my/http://malaysiana.pnm.my/http://malaysiana.pnm.my/

  • 8/18/2019 Adat Perkahwinan Masyarakat Cina (1).pdf

    6/13

  • 8/18/2019 Adat Perkahwinan Masyarakat Cina (1).pdf

    7/13

    1

     ADAT PERKAHWINAN

     Adat Perkahwinan Bangsa di Malaysia 

    Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam suasana yangpenuh harmoni. Upacara perkahwinan selalu mendapat perhatian penuh dari semuagolongan di Malaysia. Di sebalik keramaian yang penuh warna warni, upacara inimelambangkan perpaduan kaum yang mempunyai latarbelakang budaya dan adatresam yang berbeza.

     Adat Perkahwinan Tradisional Masyarakat Melayu 

     Adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada beberapaproses iaitu merisik atau meninjau; upacara peminangan; upacara menghantar tanda;hantaran belanja; menjemput; upacara nikah; berinai besar; hari persandingan; jemput

    menantu.

    Merisik

    Permulaan proses perkahwinan ialah merisik atau meninjau. Biasanya dilaksanakanoleh keluarga pihak lelaki, khususnya ibubapa. Setelah teruna dan keluarganyaberkenan dengan gadis yang dipilih , usaha merisik dijalankan untuk mengetahuisamada gadis itu sudah berpunya atau tidak. Hasil daripada merisik ini akan dibuatrundingan dengan keluarga si teruna. Apabila diketahui sigadis belum berpunyaupacara peminangan diaturkan.

     Acara Peminangan

    Meminang sigadis hanya dilakukan bila keluarga sigadis menyatakan persetujuannya.Tugas meminang biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak, biasanyaketua-ketua adat dan syarak. Semasa meminang akan ditetapkan tarikh menghantartanda. Perkara-perkara yang dibincangkan semasa upacara peminangan ialah hantaranbelanja, persalinan dan tempoh bertunang. Disesetengah-sesetengah tempat beritapertunangan itu diberitahu kepada seisi kampong oleh Ketua Kampong di masjid ketikamengadakan sembahyang Jumaat.

    Menghantar Tanda

    Semasa upacara menghantar tanda, kebiasaannya sebentuk cincin akan dihantar olehpihak teruna untuk disarungkan ke jari tunangannya. Menyampai dan menerima cincinitu dilakukan dalam majlis di rumah sigadis. Cincin ini disebut sebagai ‘cincin tanda’. Iabiasanya diiringi juga dengan sebahagian wang hantaran belanja. Tarikh perkahwinan

     juga dibincangkan bersama.Hantaran belanja

  • 8/18/2019 Adat Perkahwinan Masyarakat Cina (1).pdf

    8/13

    2

    Pada tarikh yang dijanjikan upacara menghantar belanja dijalankan. Kedua-dua belahpihak diketuai oleh Ketua Kampong atau Ketua Syarak. Wang hantaran itu biasanyadiiringi dengan persalinan untuk sigadis. Ia digubah dalam berbagai bentuk ataudibungkus dalam kain sahaja mengikut adat daerah masing-masing. Iringan yang laintermasuk bunga rampai; sirih junjung atau tepak sireh sahaja; pahar telor merah dan

    nasi semangat; alat solek; buah-buah atau lain-lain.

    Menjemput

    Waris bakal pengantin ( ayah atau ibu, atau orang yang wajib dan diwakilkan) akanberkunjung ke rumah orang tua-tua di kampong itu untuk membritahu tentang hariperkahwinan itu. Mereka akan membawa tepak sireh dan terus menjemput danmeminta sanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya bagi mengelolakanmajlis itu. Majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan.

    Upacara Nikah

    Upacara akad nikah dijalankan sebelum upacara berinai besar dan bersanding. Imammewakili wali perempuan menjadi jurunikah. Dalam upacara ini juga disahkan hantarandan lain-lain. Mas kahwin disebut samada hutang atau tunai. Mas kahwin akandiserahkan kepada pangantin perempuan dan menjadi haknya. Dari saat ini sahlahmereka menjadi suami isteri.

    Berinai Besar

    Kedua pengantin memakai pakaian pengantin. Pengantin lelaki datang ke rumahpengantin perempuan dengan iringan arakan rebana. Upacara berinai didahului olehpengantin lelaki yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankanupacara itu. Pengantin perempuan akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki.

    Majlis persandingan

    Dihari persandingan, jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantinperempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi denganselawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumahpengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama sekiranya ia belum dihantarterlebih dahulu.

    Jemput menantu

    Majlis jemput menantu atau ‘menyambut menantu’ diadakan di rumah pengantin lelaki.Pengantin perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat padahari ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan.

  • 8/18/2019 Adat Perkahwinan Masyarakat Cina (1).pdf

    9/13

    3

    Perkahwinan Masyarakat Cina

    Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikuttempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinansekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu

    mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidakmanis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan.Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah.Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuatdaripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihiasdengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah ataukuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan padamasa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama.Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin

    akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acarabersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing.Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepadaisterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua pengantin akanmeminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga,upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisimasyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri.

     Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalamkeluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepadasaudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minumteh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu

     jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah,dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagaihadiah kepada pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akancuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhirsekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani duapucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan secara tradisisebaliknya menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkanperkahwinan di gereja, terutamanya di kalangan mereka yang beragama Kristian.

    Perkahwinan Masyarakat India

    Di Malaysia majlis perkahwinan masyarakat India dijalankan oleh pendanda. Pedandamemulakan upacara perkahwinan dengan sembahyang memohon restu kepada Tuhansupaya perkahwinan berjalan lancar tanpa apa-apa halangan. Dulang berisi atchataidibawa kepada hadirin. Atchatai ialah beras yang dicampur kunyit serta bunga yangditaburkan diatasnya.

  • 8/18/2019 Adat Perkahwinan Masyarakat Cina (1).pdf

    10/13

    4

    Beras ini digunakan untuk merestui pengantin sewaktu upacara mengikat thaliberlangsung. Pedanda akan menyerahkan thaali kepada pengantin lelaki. Sebaiksahaja diarahkan oleh pedanda, pengantin lelaki akan mengikat thaali pada leherpengantin perempuan. Thaali hendaklah menyentuh dada dan benang suci akandisimpul sebanyak tiga kali.

    Sewaktu upacara ini berlangsung atchatai akan ditaburkan ke atas pengantin sebagaitanda restu. Seterusnya pengantin akan bertukar kalungan bunga yang dipakaisebanyak tiga kali. Selepas itu pengantin lelaki akan memegang tangan pengantinperempuan dan mengelilingi api sebanyak tiga kali.

    Perkahwinan Cina Peranakan

    Orang-orang Cina peranakan adalah orang Malaysia yang dilahirkan di Negeri-negeriSelat iaitu negeri Melaka, Singapura dan Pulau Pinang. Ahli wanitanya dipanggilnyonya dan ahli lelaki dipanggil Baba. Adat-adat yang serupa masyarakat Melayu bolehdi dapati di dalam perkahwinan mereka iaitu dari tepak sireh yang melambangkan

    kesucian wanita yang akan berkahwin itu. Adat lain termasuk ‘mas kahwin’ diserahkan kepada ibu bapa gadis itu kerana kesuciangadis itu. Upacara lain ialah pertukaran cincin dan hadiah, penggunaan bunga rampaidan pembakaran setanggi. Muzik dimainkan oleh kumpulan ronggeng, boria danpancaragam serunai Cina. Upacara berlangsung selama 12 hari bagi orang-orang kayamanakala golongan biasa ialah pada hari pertama dan hari kedua belas sahaja.

    Perkahwinan Orang Asli 

    Perkahwinan orang asli (Puak Mahmeri) mempunyai banyak persamaan denganperkahwinan masyarakat Melayu seperti adat merisik, menghantar tanda danmeminang. Sehari sebelum hari perkahwinan beberapa istiadat akan diadakan sepertiistiadat menepung tawar/menghalau hantu syaitan; istiadat mengasah gigi/mengandam; membuang sial; menggantung kelambu dan berinai. Semasa majlisperkahwinan berlangsung, beberapa adat istiadat diadakan sempena majlis tersebutiaitu menjulang pengantin; pertarungan pencak silat; mengelilingi busut; membasuhkaki; nasi dalam/ sirih perancang dan mandi bunga gomba.

    Perkahwinan Masyarakat Iban

    Istiadat perkahwinan orang Iban adalah sungguh meriah. Pengantin perempuan akandipakaikan dengan pakaian yang indah dan berbagai bentuk perhiasan. Dia akan diarakke rumah pengantin lelaki dengan iringan pukulan alat-alat muzik yang kuat. Merekapercaya bahawa bunyian alat muzik yang kuat akan menghalang alamat-alamat yangtidak baik. Pada malam pengantin, mereka akan masuk tidur awal bagi mengelakkandari mendengar alamat-alamat yang tidak baik.Di rumah pengantin lelaki, pengantin perempuan harus bangun pagi untuk menumbukpadi kerana ibu mertuanya akan memastikan tiada beras untuk dimasak. Selepas tigahari mereka akan tinggal dirumah pengantin perempuan pula selama tiga hari juga.Pengantin lelaki akan ditugaskan untuk mencari kayu api.

  • 8/18/2019 Adat Perkahwinan Masyarakat Cina (1).pdf

    11/13

    5

    Perkahwinan Masyarakat Murut 

    Perkahwinan orang Murut adalah seawal umur 15 hingga 18 tahun bagi si teruna dan13 tahun bagi si gadis. Mas kahwin yang biasa dipohon oleh ibu bapa si gadis orang

    Murut adalah 2 ekor kerbau; 1 tajau sejenis “tilauan; 1 tajau jenis minukul; 1 tajau jenisbelaying, 1 tajau jenis “manila 1 buah gong dan 1 sumpitan. Istiadat perkahwinan akandijalankan selama lima hari berturut-turut, tiga hari di rumah pihak perempuan dan duahari di rumah pihak lelaki. Dalam masa tiga hari tetamu akan bersukaria sambil makandan meminum air tuak. Pertandingan meminum tuak secara persahabatan jugadiadakan.Sumber: Kementerian Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan

    Perkahwinan Masyarakat Portugis (Serani) 

    Pada zaman dahulu perkahwinan orang portugis diadakan pada hari Selasa. Di hari

    tersebut pengantin perempuan akan memakai kebaya laboh (cabaia) dan kain sarungsutera berwarna putih (saia) beserta kasut yang bermanik. Rambutnya didandandengan cucuk sanggul dan permata tiruan. Sebelum ke gereja dia mencium tangan ibudan ayahnya serta seluruh keluarga. Upacara ini dinamakan “large Noiba?.Pengantin lelaki pula memakai suit hitam, baju dan bow berwarna putih berserta topitinggi yang diikat pita hitam. Pengantin lelaki harus tiba terlebih dahulu di gereja danmenunggu pengantin perempuan. Upacara perkahwinan ini dilangsungkan di gereja.Selepas upacara perkahwinan, kedua-dua mempelai ini akan melawat orang-orangyang telah menolong menjayakan perkahwinan mereka untuk mengucapkan terimakasih. Adat ini dinamakan “noiba missa I gereja.

    Sumber : pmr.penerangan.gov.myTarikh Akses : 11 Mac 2013

  • 8/18/2019 Adat Perkahwinan Masyarakat Cina (1).pdf

    12/13

  • 8/18/2019 Adat Perkahwinan Masyarakat Cina (1).pdf

    13/13

    RUJUKAN

     A d a t P e r k a h w i n a n , .   [ O n l i n e ] . A v a i l a b l e : h t t p : / / p m r . p e n e r a n g a n . g o v . m y ( 1 1 M a c

    2 0 1 3 )

     A n n W a n S e n g , .C h i n e s e C u s t o m s A n d T a b o o s . S e l a n g o r : P e n e r b i tF a j a r B a k t i S d n . B h d . , 1 9 9 5 .

    D a n i A h m a d , .S i r i K a j i a n H u b u n g a n E t n i k : M e m a h a m i M a s y a r a k a tC i n a . S e l a n g o r : P U S T A K A K E L I S A . , 2 0 1 0 .

    E u H o w C h i i , .S o m e O b s e r v a t i o n s o n C h i n e s e M a r r i a g e , F a m i l y a n dC h a n g e s . S a r a w a k G a z e t t e : 2 2 - 2 4 ; D e c e m b e r 1 9 9 5 .

     A l i a h A b d u l R a h i m , .M e n a n a m P o k o k p a d a H a r i P e r k a h w i n a n . D e w a nM a s y a r a k a t : 4 4 - 4 5 ; J u n 2 0 0 0 .

     A d a t R e s a m P e r k a h w i n a n C i n a , . A v a i l a b l e : h t t p : / / m a l a y s i a n a . p n m . m y   ( 1 1 M a c 2 0 1 3 )

     A d a t R e s a m P e r k a h w i n a n C i n a , .

     A v a i l a b l e : h t t p : / / . u t u s a n . c o m . m y   ( 2 5 F e b r u a r i 2 0 1 3 )

     A d a t R e s a m P e r k a h w i n a n C i n a , .

     A v a i l a b l e : h t t p : / / e m e d i a . c o m . m y   ( 2 5 F e b r u a r i 2 0 1 3 )

    http://pmr./http://pmr./http://malaysiana.pnm.my/http://malaysiana.pnm.my/http://.utusan.com.my/http://.utusan.com.my/http://emedia.com.my/http://emedia.com.my/http://emedia.com.my/http://.utusan.com.my/http://malaysiana.pnm.my/http://pmr./