adat perkahwinan cocos.doc

19
Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh masyarakat majmuk iaitu terdiri daripada pelbagai kaum atau bangsa. Terdapat tiga bangsa utama atau majoriti di dalam negara kita yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Manakala di dalam kepelbagaian bangsa ini pula terdapat lagi kaum-kaum lain seperti Cocos, Iban, Melanau, Kadazan, dan sebagainya. Negeri Sabah merupakan salah satu negeri dalam Malaysia yang mempunyai penduduk pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, Cocos dan sebagainya. Manakala di dalam masyarakat Cocos pula dibahagikan kepada beberapa kawasan iaitu Tawau, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan. Semua kaum di Malaysia telah menggunakan satu bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Malaysia. Bahasa yang digunakan mengikut kaum masing-masing adalah berlainan seperti bangsa Melayu menggunakan bahasa Melayu, kaum Cina dengan bahasa Mandarin atau Kantonis, dan kaum India menggunakan bahasa Tamil. Di Sabah pula, kaum Kadazan dengan bahasa Kadazan, kaum Bajau menggunakan bahasa Bajau dan kaum Cocos dengan bahasa Cocos mereka. Begitu juga dengan adat perkahwinan. Setiap etnik yang wujud di Malaysia ini mempunyai keunikan adat perkahwinan tersendiri. Saya memilih untuk membuat kajian tentang etnik Cocos ini kerana, terdapat pelbagai keunikan yang terdapat dalam komuniti, budaya dan juga bahasa. Mendalami tentang etnik ini, adalah hampir sama dengan mendalami ilmu tentang bangsa Melayu di nusantara. Ini kerana, kebanyakan dari budaya yang diamalkan oleh bangsa ini berasal dari rumpun Melayu yang kuat pengaruhnya walaupun telah menduduki Kepulauan Cocos yang berada di Australia. 2.0 Sejarah kedatangan bangsa Cocos di Sabah. Kepulauan Cocos terletak jauh di kepulauan Hindi kira-kira 3600km ke barat Darwin, Australia. Terdapat seramai lebih 500 orang penduduk Melayu di sana dan pada tahun 1984 orang Melayu Cocos telah mengundi beramai-ramai untuk disatukan dengan Australia dari segi sosio-politik- ekonomi. Pengundian tersebut telah disaksikan oleh utusan khas 1

Upload: haryanie-binti-sanida

Post on 25-Oct-2015

1.143 views

Category:

Documents


33 download

DESCRIPTION

Esei ringkas

TRANSCRIPT

Page 1: Adat Perkahwinan Cocos.doc

Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh masyarakat majmuk iaitu terdiri

daripada pelbagai kaum atau bangsa. Terdapat tiga bangsa utama atau majoriti di dalam negara

kita yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Manakala di dalam kepelbagaian bangsa

ini pula terdapat lagi kaum-kaum lain seperti Cocos, Iban, Melanau, Kadazan, dan sebagainya.

Negeri Sabah merupakan salah satu negeri dalam Malaysia yang mempunyai penduduk pelbagai

bangsa iaitu Melayu, Cina, Cocos dan sebagainya. Manakala di dalam masyarakat Cocos pula

dibahagikan kepada beberapa kawasan iaitu Tawau, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan.

Semua kaum di Malaysia telah menggunakan satu bahasa rasmi atau bahasa

kebangsaan kita iaitu Bahasa Malaysia. Bahasa yang digunakan mengikut kaum masing-masing

adalah berlainan seperti bangsa Melayu menggunakan bahasa Melayu, kaum Cina dengan

bahasa Mandarin atau Kantonis, dan kaum India menggunakan bahasa Tamil. Di Sabah pula,

kaum Kadazan dengan bahasa Kadazan, kaum Bajau menggunakan bahasa Bajau dan kaum

Cocos dengan bahasa Cocos mereka. Begitu juga dengan adat perkahwinan. Setiap etnik yang

wujud di Malaysia ini mempunyai keunikan adat perkahwinan tersendiri.

Saya memilih untuk membuat kajian tentang etnik Cocos ini kerana, terdapat pelbagai

keunikan yang terdapat dalam komuniti, budaya dan juga bahasa. Mendalami tentang etnik ini,

adalah hampir sama dengan mendalami ilmu tentang bangsa Melayu di nusantara. Ini kerana,

kebanyakan dari budaya yang diamalkan oleh bangsa ini berasal dari rumpun Melayu yang kuat

pengaruhnya walaupun telah menduduki Kepulauan Cocos yang berada di Australia.

2.0 Sejarah kedatangan bangsa Cocos di Sabah.

Kepulauan Cocos terletak jauh di kepulauan Hindi kira-kira 3600km ke barat Darwin,

Australia. Terdapat seramai lebih 500 orang penduduk Melayu di sana dan pada tahun 1984

orang Melayu Cocos telah mengundi beramai-ramai untuk disatukan dengan Australia dari segi

sosio-politik-ekonomi. Pengundian tersebut telah disaksikan oleh utusan khas Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Orang Melayu Cocos merupakan masyarakat Islam dan bertutur

dalam bahasa “Melayu Pasar”.

1

Page 2: Adat Perkahwinan Cocos.doc

Peta Kepulauan Cocos

Menurut sejarah, Kampung Cocos mula dibuka sekitar tahun 1957. Penduduk asal

kampung ini ialah mereka yang datang dari Kepulauan Kokos (Cocos) yang terdapat di

Kepulauan Krismas iaitu terletak di antara Australia dan Sri Lanka. Kedatangan kaum Kokos ini

berikutan kuasa Inggeris yang dahulunya menakluki Sabah.

Golongan Melayu perintis di Kepulauan Cocos yang dipercayai pertama kali tiba dan

menetap di Kepulauan Cocos (Keeling) adalah dari kalangan harem dan hamba abdi. Mereka

dibawa masuk oleh Alexander Hare, petualang Inggeris pada tahun 1826. Pada tahun 1827 John

Clunies-Ross menukar kehidupan para penduduk Melayu ketika beliau tinggal di Kepulauan

Cocos bersama dengan keluarganya. Terdapat orang Melayu yang sejumlah besarnya berasal

dari Tanah Melayu bekerja dengan Clunies-Ross untuk membantunya menanam pokok

kelapa dan menuai hasil kelapa. Pada bulan September 1978, keluarga Clunies-Ross telah

menjual Kepulauan Cocos (Keeling) kepada kerajaan Australia. Sejak itu, Ketua Negara

ialah Ratu Elizabeth II, diwakili oleh Penyelia Gabenor Jeneral pada masa ini B. Cunningham.

Ketua Dewan Kepulauan Haji Wahin Bynie.

2

Page 3: Adat Perkahwinan Cocos.doc

Perkataan Cocos dikatakan lahir dari perkataan Coconut Island yang bermakna Pulau

Kelapa dan perkataan Cocos adalah ringkasan dari perkataan Coconuts. Pulau itu mendapat

nama yang sedemikian kerana lingkungan pulau tersebut dipenuhi dengan pokok kelapa.

Menurut cerita orang tua-tua yang juga terdiri daripada kaum Kokos yang menetap di

Lahad Datu, kaum ini asalnya ialah orang buangan ataupun banduan. Mereka telah dijajah oleh

British dan dalam masa yang sama Sabah juga ditawan British. Pada suatu hari, British telah

memberi pilihan kepada penduduk Cocos untuk berhijrah ke Borneo untuk bekerja di Ladang

Kompeni Borneo. Lantaran menghadapi masalah kesempitan hidup di Pulau Cocos, maka

ramailah yang telah membuat keputusan untuk datang ke Borneo.

Penempatan pertama mereka yang datang ke Sabah ketika itu ialah Kunak, Ladang

Mostin, Lahad Datu dan beberapa kawasan lagi. Di Lahad Datu, pihak British telah memberikan

tanah kepada kaum ini untuk didirikan rumah. Malah itulah perkampungan yang diberi nama

Kampung Kokos seperti yang ada sekarang.

Tidak banyak golongan manusia di dunia ini yang tidak begitu diketahui dan difahami

seperti salah satu etnik yang menduduki Kepulauan Cocos di Australia yang mana merupakan

salah satu rumpun bangsa Melayu. Kumpulan ini asalnya telah tertutup dari dunia luar oleh faktor

geografi, sejarah, politik dan bahasa. Hanya sebilangan kecil orang luar yang pernah hidup

bersama-sama mereka dan tidak banyak yang telah direkodkan tentang amalan dan tradisi

budaya mereka. Masyarakat yang asalnya hanya kecil ini telah wujud selama lapan generasi di

kepulauan itu oleh keadaan keterasingannya, usaha ekonomi yang mereka kongsi bersama,

kesetiaan terhadap keluarga yang begitu kukuh, penglibatan yang mendalam terhadap agama

Islam dan versi bahasa lama “Melayu Perdagangan Hindia Timur” yang unik.

Pada dasarnya, asal usul Melayu Cocos adalah berbeza, namun mereka telah

memperolehi satu identiti mereka yang tersendiri dalam tempoh satu generasi menduduki

kepulauan Cocos ini. Mengikut sejarah, etnik yang telah menduduki Kepulauan Cocos (kepulauan

Cocos sebenar yang ditemui oleh pelayar Belanda) yang terdapat di Kepulauan Krismas, terletak

antara Australia dan Sri Lanka. Pulau ini mula diduduki pada abad ke -19, ketika British

membawa puluhan warga Indonesia (Jawa, Bugis, Madura, Ambon dan Bantan) untuk dijadikan

pekerja ladang. Kedatangan mereka ke pulau ini telah menyebabkan berkembangnya

3

Page 4: Adat Perkahwinan Cocos.doc

penempatan di sini. Perkataan Cocos itu sendiri berasal dari perkataan 'Coconut Island' yang

membawa maksud Pulau Kelapa. Pulau tersebut dinamakan Cocos kerana kawasannya dipenuhi

pokok-pokok kelapa.

Apabila bilangan penduduk di pulau tersebut mulai meningkat, kerajaan British yang ketika

itu berpusat di Singapura telah mengadakan program migrasi yang melibatkan perpindahan kira-

kira 800 penduduk. Mereka yang terlibat telah dipindahkan ke beberapa kawasan di negeri Sabah

seperti yang ada pada masa kini. John Clunies Ross yang berasal dari Scotland (1786-1854)

merupakan orang yang bertanggung jawab terhadap pembukaan Kepulauan Cocos dan beliaulah

yang membawa orang-orang Indonesia bekerja di sini. Beliau yang dikenali sebagai Raja Cocos

mempunyai tujuh anak yang mana enam daripadanya telah berkahwin dengan warga Eropah

kecuali yang sulung, John George Clunies Ross (1823-1871). John George Clunies Ross

berkahwin dengan wanita Bali dan telah membawa lebih ramai pekerja dari Kepulauan Jawa ke

Cocos. Beliau juga yang bertanggung jawab membuat pemohonan perlindungan daripada

kerajaan British, namun permintaannya tidak mendapat sebarang jawapan daripada ratu

England. 

Dalam tahun 1946, John Cecil Clunies-Ross (1928-) yang sudah berusia 17 tahun kembali

ke pulau ini untuk menyambung pemerintahan nenek moyangnya. Pada waktu ini, kerajaan

Britain bersetuju untuk memindahkan pusat pemerintahan pulau Cocos dari Singapura ke

Australia. Apabila kerajaan Britain mulai menyerahkan kemerdekaan kepada negara-negara

jajahannya (termasuklah Malaya dan Australia), secara automatiknya, pulau Cocos berada di

bawah jajahan Australia sehinggalah ke hari ini. Waris keturunan ini yang masih ada pada hari

ialah John George Clunies-Ross (1957-) yang kini berada di Pulau Krismas. Menurut informasi

ini, bangsa Cocos sebenarnya berasal dari Indonesia yang dibawa oleh Britain dan Scotland

untuk melakukan aktiviti perladangan dan sebagainya. Warga Cocos di Sabah juga asalnya

penduduk Indonesia yang telah dipindahkan dari Kepulauan Cocos ke Kepulauan Borneo.

Kedatangan ramai buruh kontrak dari Jawa ke Pulau Cocos telah menghidupkan dan

memberi nafas baru kepada amalan-amalan budaya penduduk di kepulauan ini. Di kalangan

pendatang ini adalah dari golongan yang berpelajaran yang terdiri daripada ahli muzik, penari,

pencerita, tukang dan guru agama. Pengaruh yang dibawa oleh buruh kontrak ini amat kuat

hingga mengubah budaya penduduk asal Pulau Cocos ini. Sejak tahun 1880-an hinggalah tahun

1930-an mereka ini terpisah dari dunia luar.

4

Page 5: Adat Perkahwinan Cocos.doc

Unsur tradisi Scotland-Inggeris juga telah menyerap ke dalam amalan budaya orang

Melayu Cocos. Beberapa jenis makanan, tarian dan muzik jelas mempunyai unsur kebaratan.

Perkara ini dapat dilihat dengan jelas terutamanya pada musim-musim perayaan seperti

menyambut tahun baru. Dalam perayaan ini tarian scotland yang rancak ditarikan dengan penuh

bersemangat oleh orang Melayu Cocos yang memakai pakaian tradisi dengan iringan gendang

Melayu dan biola.

Pada hari ini asas orang Melayu Cocos dan fokus setiap kehidupan individu ialah agama

Islam. Orang Cocos telah disebut sebagai orang Islam sejak penempatan awal di Kepulauan

Cocos. Pengetahuan dan amalan agama mereka telah meningkat dibawah pengaruh buruh

kontrak dari Kepualauan Jawa. Hubungan kekeluargaan yang telah lama tidak ditemui di Pulau

Christmas, Australia, Malaysia dan Singapura telah memberi dorongan kepada identiti

keagamaan penduduk pulau-pulau ini.

3.0 Pengaruh Islam dalam Perkahwinan Melayu Cocos

Bangsa melayu merupakan salah satu bangsa yang sangat sinonim dengan agama Islam.

Masyarakat Melayu cocos juga adalah menganut agama islam dan berfahaman Sunah

Waljamaah Orang Melayu Cocos mempunyai ajaran agama Islam adalah melibatkan pematuhan

terhadap satu set rutin yang dilakukan setiap hari, bulan dan tahun dalam kehidupan seseorang.

Sepertimana yang terdapat dalam rukun Islam, orang Melayu Cocos ini juga mengamalkan

budaya hidup yang berlandaskan Islam. Sebagai contoh mendirikan solat lima waktu. Orang

Melayu Cocos amat displin dalam memastikan rukun Islam kedua ini dilaksanakan. Ini dapat

dilihat menjadi kesan kepada pola masa yang teratur bagi setiap hari yang dijalani. Semua aktiviti

harian termasuk mandi,masak,makan dan bekerja kesemuanya diintegrasikan di sekitar waktu

solat. Ini tidak ketinggalan adat perkahwinan Cocos.

Setiap bulan dalam kalendar Islam mempunyai fokus yang istimewa dan amalannya yang

tersendiri. Hari pertama dalam bulan terawal dalam kalendar Islam merupakan berikutan peristiwa

Hijrah Nabi Muhammad s.a.w dari Makkah ke Kota Madinah untuk membentuk komuniti Islam

yang pertama di Madinah pada tahun 622 Masihi. Manakala hari ke dua belas, bulan ketiga pula

5

Page 6: Adat Perkahwinan Cocos.doc

merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Orang Melayu Cocos akan mengadakan

beberapa aktiviti keagamaan untuk menyambut hari-hari penting dalam kalendar Islam ini

termasuk dalam pemilihan tarikh perkahwinan. Selain itu, bulan yang ke lapan dikenali pula

sebagai Bulan Arwah. Dalam bulan ini, masyarakat Cocos akan mengadakan perhimpunan atau

kenduri di rumah masing-masing dengan menjemput penduduk kampung untuk sama-sama

memperingati saudara-mara yang telah meninggal dunia. Ini di lakukan dengan mengadakan

perhimpunan setiap tiga atau empat hari di rumah-rumah tertentuyang mewakili setiap keluarga di

kampung. Bulan ke Sembilan ialah bulan Ramadan . di sepanjang bulan ini orang dewasa tidak

boleh makan dan minum pada waktu siang. Hari pertama bulan ke sepuluh merupakan Hari Raya

Puasa dan hari ke sepuluh bulan ke dua belas ialah Hari Raya Haji iaitu kemuncak menunaikan

haji di Makkah.

Komuniti Cocos mempunyai tiga buah masjid, setiap satu mempunyai imam dan beberapa

pembantu imam.Imam-imam ini bukanlah imam sepenuh masa. Mereka mempunyai pekerjaan

tetap di samping tanggungjawab terhadap masjid. Setiap sembahyang di lakukan secara

berjemaah di masjid, jika tidak dapat sembahyang berjemaah di masjid mereka bersembahyang

di satu bahagian rumah atau tempat kerja yang tertentu. Sebagai menghormati keadaan inilah,

maka seseorang haruslah menanggalkan kasut sebelum memasuki rumah orang melayu kerana

rumah juga merupakan tempat beribadah.

Orang Melayu Cocos amat mengambil berat tentang makanan dan minimam. Seperti

orang islam yang lain juga, mereka tidak memakan babi dan hasil keluarannya. Begitu juga

mereka amat tegas tentang makanan binatang yang halal dimakan. Ini bermaksud mereka mesti

menyembelih binatang tersebut sebagaimana yang di tuntut oleh islam. Islam melarang

menyembelih binatang kecuali ia diperlukan untuk makanan manusia. Dengan itu, menyembelih

binatang mesti diiringi dengan bacaan yang telah ditentukan dalam islam.

6

Page 7: Adat Perkahwinan Cocos.doc

4.0 Pengaruh budaya Melayu dalam adat perkahwinan Cocos

Baju adat perkahwinan masyarakat cocos

Dalam adat perkahwinan juga banyak budaya Melayu yang telah terserap dan

digabungkan dengan pengaruh agama Islam dan juga pengaruh budaya kebaratan. Bagi

masyarakat Cocos, sebaik sahaja seseorang itu berkahwin,tarafnya dalam masyarakat akan

meningkat dan peningkatan status yang mana seterusnya akan berlaku dengan melahirkan

cahaya mata. Perkahwinan masyarakat Cocos merupakan perayaan yang besar yang melibatkan

hampir semua orang dalam komuniti. Perkahwinan bagi etnik ini adalah tidak dibenarkan

diadakan pada bulan Safar dan bulan Ramadan dalam kalendar Islam. Manakala digalakkan

pada bulan Muharram, Rejab dan Syawal. Bagi masyarakat asli di kepulauan Cocos,

perkahwinan memakan masa tiga minggu perayaannya. Dua minggu sebelum majlis perkahwinan

diadakan adat melamar. Ini adalah sama dengan adat melayu yang lain. Yang paling menarik,

lamaran ini seperti adat Melayu asli menggunakan pantun. Selain itu, barangan hantaran juga

diberi serba sedikit.

7

Page 8: Adat Perkahwinan Cocos.doc

Seminggu sebelum majlis perkahwinan kebanyakan orang lelaki berkumpul dirumah

kedua-dua keluarga dan mendirikan khemah atau dalam bahasa Cocos dipanggil tarup. Khemah

ini akan didirikan di kedua-dua rumah bakal pengantin lelaki dan perempuan. Pada minggu yang

berikutnya pengantin lelaki dan perempuan tidak dibenarkan keluar dari rumah masing-masing,

dan muka , lengan dan kaki mereka selalunya akan dilumur dengan bahan khas dibuat oleh “mak

penganten” atau dalam budaya Melayu dipanggil mak andam. Dipercayai bahan yang dibuat khas

ini akan dapat melembutkan dan mencerahkan kulit mereka dalam masa yang singkat. Semakin

dekat dengan hari perkahwinan, maka semakinlah ramai ahli keluarga yang turut sama-sama

menjayakan perayaan ini.

Setelah sampai masa untuk bersanding, pengantin akan diarak dengan lagu qasidah yang

dinyanyikan oleh orang-orang kampung diiringi oleh paluan kompang. Pengantin akan

dipersembahkan dengan persembahan silat pengantin dan seterusnya akan diiring hingga

didalam rumah untuk menjalankan adat-adat yang berlandaskan budaya Melayu dan pengaruh

Islam.

Kedatangan Masyarakat Melayu Cocos ke Sabah turut membawa bersama keunikan

gandingan budaya Scotland dan Melayu dalam tarian Dansa. Dansa amat popular di kalangan

Masyarakat Cocos. “Dansa” berasal daripada perkataan “dance” (menari) dalam bahasa Inggeris.

Sejarah timbulnya tarian dansa ini bermula sebaik sahaja orang-orang dari Kepualaun Jawa dan

juga orang-orang serantau Asia yang telah dibawa ke Kepulauan Cocos telah diperkenalkan

tarian-tarian orang Inggeris dan Scottish dan telah diubahsuai mengikut keadaan semasa. Dansa

dipersembahkan pada majlis-majlis perkahwinan mahupun keramaian sebagai satu bentuk

hiburan disamping dapat merapatkan hubungan di antara ahli masyarakat.

8

Page 9: Adat Perkahwinan Cocos.doc

Tarian Dansa Cocos

Tarian Melenggok

Tarian melenggok ini sedah sinonim dengan masyarakat Melayu Cocos yang mana tarian

ini di tarikan oleh kaum lelaki pada hari perkahwinan masyarakat Cocos. Tarian ini menggunakan

selendang yang diletakkan dibahu dan mempunyai pelbagai pergerakan. Selalunya tarian ini juga

akan ditarikan oleh pengantin lelaki bersama bapa pengantin sebagai memeriahkan majlis dan

tanda kemesraan.

9

Page 10: Adat Perkahwinan Cocos.doc

Baju kurung tradisional etnik Cocos

Orang Melayu Cocos mempunyai kod pakaian mereka sendiri. Baju kurung untuk wanita

dan Baju Melayu untuk lelaki. 'Baju Kurung' terdiri daripada tunik longgar (dalam yang merujuk

pada kerah baju panjang dengan kerah pendek yang ditempelkan bersama-sama dengan bros)

dan dikenakan di atas skirt atau sarung. 'Baju Melayu' adalah baju longgar (baik dengan kerah

dengan tiga atau lebih kancing atau kerah dengan garis leher).

Pemakaian pakaian seharian juga adalah mirip dengan budaya pemakaian bangsa

melayu yang terdapat di Malaysia ini. Sistem berpakaian harian yang sopan dan tidak menonjol

mata adalah budaya pemakaian etnik Cocos ini. Pada dasarnya cara berpakaian etnik ini adalah

berlandaskan pegangan dan pengaruh Islam yang telah menjadi pegangan etnik ini sejak berada

di kepulauan Cocos hinggalah setelah berhijrah ke Malaysia terutamanya di Sabah.

Etika berpakaian untuk pengantin baru juga amat unik. Untuk pakaian pengantin akan

diuruskan oleh mak andam dan juga pak andam yang dipanggil “pak kemantin” dan “mak

kemantin”. Ini adalah amat perlu kerana bagi etnik ini, setiap kali pengantin baru mengenakan

pakaian pasti diikuti ucapan selawat. Ini dilakukan dengan kepercayaan boleh menambahkan lagi

seri muka pengantin ketika duduk di pelamin. Namun bila dilihat pada budaya ini, sebenarnya

juga ada dilakukan oleh beberapa bangsa-bangsa tertentu yang terdapat di Malaysia ini yang

mana asalnya dari rumpun Melayu.

10

Page 11: Adat Perkahwinan Cocos.doc

Makanan tradisional etnik Cocos

Etnik Cocos amat menitik beratkan perkara hidangan makanan dalam majlis perkahwinan.

Makanan masyarakat Melayu Cocos kebanyakannya daripada makanan tradisional tersendiri.

Penyediaan menggunakan bahan-bahan dan rempah yang biasa digunakan oleh Masyarakat

melayu seperti Kunyit, kari, ketumbar, jintan putih , jintan manis dan sebagainya. Kebiasaannya

makanan Cocos ini banyak menggunakan santan Terdapat beberapa lagi makanan tradisional

etnik Cocos seperti nasi begana, ayam begana, kerak nasi (yang di keringkan) dimakan bersama

serunding Cocos dan itik masak ros atau masak hutan. Selalunya makanan seperti ini akan

dihidangkan pada hari-hari peraya, kenduri dan majlis perkahwinan masyarakat Melayu Cocos.

Belawis masak brengkes

Terdapat juga lebih seratus jenis kuih tradisional melayu Cocos yang mempunyai

persamaan dengan budaya Melayu antaranya puding cocos, kuih koci, kuih Kuping Gajah, Kuih

Nek Katek, Kuih Epok-Epok dan bermacam jenis lagi. Persembahan pelbagai jenis kuih ini bukan

sahaja sering dilihat pada majlis-majlis perkahwinan, lebaran atau sambutan Aidilfitri mahupun

Aidiladha tetapi dalam kehidupan sehari-hari. Jika dilihat pada jenis-jenis kuih ini juga ada

terdapat sentuhan-sentuhan kuih muih tradisional Melayu dan cina.

11

Page 12: Adat Perkahwinan Cocos.doc

Secara umumnya komuniti etnik Cocos adalah antara kaum yang kaya dengan pelbagai

jenis juadah makanan. Pada masa sekarang, terdapat ramai pengusaha-pengusaha restoran

mahupun gerai-gerai makanan diusahakan oleh etnik ini dan dilihat amat berjaya. Ini kerana

kualiti makanan yang dipersembahkan amat mempesonakan pelanggan dari pelbagai jenis

bangsa lain yang terdapat di Malaysia ini.

Kuih tradisional Etnik Cocos

12

Page 13: Adat Perkahwinan Cocos.doc

Tarian Masyarakat Cocos

Tarian adalah satu bentuk universal perhubungan bukan lisan. Melaluinya kita dapat

menghayati ciri-ciri budaya sesuatu suku kaum seperti nilai, norma, emosi dan tabiat semula jadi.

Ia membentuk aspek integral dalam jalinan sosial dan menyediakan fungsi keagamaan atau

sekular atau kedua-duanya dan bergantung pada bentuk masyarakat itu. Seni tari dipercayai di

dalam kehidupan manusia sebagai salah satu alat komunikasi awal manusia dalam bahasa gerak

dan bunyi yang mereka tiru dari alam di sekitar kehidupan mereka. Pergerakan dan bunyi-bunyi

semula jadi inilah yang melahirkan tarian-tarian awal yang berkait rapat dengan kebudayaan

masing-masing.

Suku kaum Cocos yang merupakan etnik minoriti di Sabah bukan sahaja menetap di

Lahad Datu, malah terdapat juga di Kunak, Sandakan dan yang paling ramai menetap di Tawau.

Keunikan kaum ini adalah pada status bumiputera yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan di

samping penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara mereka. Suku kaum Kokos

turut terkenal dengan keunikan kebudayaan seperti adat perkahwinan, makanan tradisi dan

tarian-tarian yang dipersembahkan semasa majlis keramaian seperti Tarian Selong, Melenggok

dan Dansa. Berdasarkan faktor sejarah, kedatangan kaum Kokos ke Negeri Sabah telah

membawa bersama keunikan gandingan budaya Scotland dan Jawa di dalam tarian-tarian

tersebut. Gandingan keunikan tarian-tarian tersebut masih kekal di kalangan suku kaum Cocos

sehingga ke hari ini.

13

Page 14: Adat Perkahwinan Cocos.doc

Sejarah timbulnya tarian-tarian tersebut bermula ketika penduduk dari Kepulauan Jawa

dan serantau Asia telah dibawa ke Kepulauan Cocos dan mereka diperkenalkan dengan tarian

Inggeris dan Scottish. Seterusnya tarian tersebut telah diubahsuai mengikut keadaan semasa.

Tarian Dansa yang merupakan tarian popular di kalangan masyarakat Melayu Cocos turut

dikenali dengan nama Nona Madsaya. Tarian ini dipersembahkan ketika majlis perkahwinan

mahupun keramaian sebagai satu bentuk hiburan, di samping dapat merapatkan hubungan di

antara masyarakat. Corak kehidupan dan kebudayaan suku kaum Cocos yang dipamerkan

melalui tarian ini secara langsung boleh di promosi dan dijadikan produk pelancongan bagi

menarik lebih ramai pelancong luar dan domestik mengenali adat budaya suku kaum Cocos.

Selain itu, semua tarian-tarian ini menjadi persembahan yang pasti ada dalam satu-satu majlis

perkahwinan etnik Cocos.

Alat Muzik Digunakan Dalam Majlis Perkahwinan Cocos

Etnik Cocos amat terkenal dengan kesenian yang amat bermutu tinggi. Ini termasuk juga

dalam seni muzik. Tarian-tarian tradisional Cocos, qasidah ketika membawa pengantin diarak

yang diiringi dengan nyanyian dan alat-alat muzik tradisional Cocos. Dibawah adalah beberapa

alat muzik tradisional Cocos;

1) Biola

14

Page 15: Adat Perkahwinan Cocos.doc

2) Kompang

3) Gendang

15

Page 16: Adat Perkahwinan Cocos.doc

6.0 Kesimpulan

Secara amnya komuniti etnik Cocos di Malaysia terutamanya di Sabah yang telah

dibincangkan di atas dapat dijelaskan berdasarkan pengaruh bahasa dan budaya Melayu dan

agama Islam dalam adat perkahwinan. Perbincangan tentang perkara-perkara tersebut dapat

memberikan kita pengetahuan tentang etnik Cocos di sini. Pengetahuan ini penting dalam usaha

untuk memahami dan mendalami adat perkahwinan etnik minority yang terdapat di Malaysia ini.

Penerapan budaya dari luar seperti Melayu, Jawa, dan Belanda telah mengakibatkan berlakunya

evolusi dalam budaya etnik Cocos seperti yang tergambar bukan sahaja dala perkahwinan malah

dalam kelahiran dan kematian.

Adanya organisasi dan hubungan sosial serta kesenian membolehkan tradisi, dan identiti

budaya Cocos dapat dikekalkan dan dipelihara. Penerimaan budaya bangsa Cocos di Sabah

dalam budaya Melayu pula dapat kita lihat seperti yang tergambar dalam tarian Joget,

penggunaan pantun dan silat Melayu. Hubungan budaya komuniti Cocos dengan budaya Melayu

dan Cina menyebabkan berlakunya asimilasi budaya. Dalam upacara-upacara keagamaan,

kepercayaan, adat, pantang larang, perayaan dan pesta yang dijalankan di sini telah dapat

memperlihatkan pengukuhan lambang etnik Cocos ini sebagai penganut agama Islam yang asli.

Dapat kita katakan bahawa penduduk di sini masih mengekalkan ciri-ciri semiotik iaitu bahasa

Cocos, budaya Cocos dan sosial komuniti Cocos serta pengaruh pegangan agama Islam itu

sendiri. Sistem semiotik seperti yang dijelaskan oleh Asmah Hj. Omar (2006: 6) ialah “Sistem

16

Page 17: Adat Perkahwinan Cocos.doc

yang menggunakan lambang-lambang dalam menggambarkan fikiran, kepercayaan, cita-cita dan

cara hidup manusia”.

Rujukan

Azhar Wahid dan Razali Ayob (2011). Sejarah Bahasa Melayu. Perak Darul Ridzuan : Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Ensiklopedia Bahasa Utama Dunia. (1998). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gibson-Hill (1948), Journal of the Malayan Branch Of the Royal Asiatic Society: Relating to

J.Clunies-Ross.

Pauline Bunce, (1993). Kepulauan Cocos (Keeling): Masyarakat Melayu di Australia: Terjemahan

Padilah Haji Ali. Dewan Bahasa dan Pustaka.

17