adat perkahwinan kaum cina

24
Adat Perkahwinan Kaum Cina

Upload: andy-wong

Post on 30-Jul-2015

710 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Adat Perkahwinan Kaum Cina

Adat Perkahwinan Kaum Cina

Page 2: Adat Perkahwinan Kaum Cina

Latar Belakang Adat Perkahwinan

Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur sama ada oleh ibu bapa atau orang tengah (mei-ngin) dan implicit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada asanya adat resam perkahwinan masyarakat Cina merangkumi peningkatan merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

Page 3: Adat Perkahwinan Kaum Cina

Adat Sebelum Perkahwinan

ADAT MERISIK

ADAT MEMINANG

ADAT PERTUNANGAN

ISTIADAT PEMASANGAN KAIN MERAH PADA PINTU BESAR

ISTIADAT SONG-TIU

Page 4: Adat Perkahwinan Kaum Cina

Adat Merisik

Tujuan: untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati .

Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan.

Keputusan merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis.

Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain supaya hubungan antara kedua-dua belah keluarga dapat dieratkan .

Bakal anak menantu perlu mengadap kedua-dua ibubapa mereka untuk mendapat restu dari keluarga.

Page 5: Adat Perkahwinan Kaum Cina

Adat Meminang

Dijalankan setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing.

Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan.

Ibu perempuan akan berbincang dengan wakil tersebut tentang jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai.

Pihak lelaki tidak akan tawar-menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah.

Segala ketetapan yang telah dipersetujui diberitahu kepada ibu bapa pihak lelaki.

bu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan.

Page 6: Adat Perkahwinan Kaum Cina

Adat Pertunangan

Keluarga pihak lelaki akan memberikan “Hadiah Besar” kepada pihak keluarga perempuan.

Ini adalah untuk mengiktiraf secara rasmi dan memberikan tanda persetujuan mereka terhadap perkahwinan yang bakal berlangsung.

“Hadiah Besar” yang diberikan kebiasaanya merupakan duit penanda yang dibalut dengan sampul merah.

Duit penanda yang diberikan kebiasaannya berjumlah RM99.00 atau RM 999.00 kerana nombor sembilan pada masyarakat Cina memberi erti berpanjangan.

Budak lelaki yang belum berkahwin akan dijemput untuk tidur di atas katil pengantin pada malam sebelum hari perkahwinan bagi membawa kesuburan kepada pasangan yang baru berkahwin.

Page 7: Adat Perkahwinan Kaum Cina

Istiadat Pemasangan Kain Merah Pada Pintu Besar Caranya ialah memasang sehelai kain merahdi luar pintu

besar rumah kedua-dua pengantin.

Kain tersebut mestilah berukuran 270cm panjang.

Kain yang dipasang adalah berbentuk angka sembilan

Nombor sembilan dipilih sebagai tanda perkahwinan akan berkekalan dan panjang umur.

Page 8: Adat Perkahwinan Kaum Cina

Istiadat Song-Tiu

Dilakukan oleh kedua-dua bakal pengantin di rumah masing-masing.

Mula-mula, mereka diarahkan supaya mandi. Air mandi akan dicampurkan dengan daun-daun delima.

Sembilan biji pulut merah akan diletakkan di dalam setiap mangkuk sup.

Tujuan meletakkan sembilan biji pulut merah di dalam mangkuk sup adalah untuk menjemput tuhan-tuhan dan nenek moyang mereka agar datang majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan.

Selepas itu, pengantin akan bersembahyang. Setelah bersembahyang, bakal pengantin akan duduk di atas kerusi atau berdiri di hadapan meja.

Hal ini dipercayai membolehkan nenek moyang sedang duduk di meja menyaksikan upacara tersebut.

Page 9: Adat Perkahwinan Kaum Cina

Adat Semasa Perkahwinan

UPACARA MENGHIAS RAMBUT

UPACARA MENUTUP PENGANTIN LELAKI

PERMAINAN PINTU PERKAHWINAN

UPACARA MINUM TEH

MAKANAN PERKAHWINAN DAN KEK

Page 10: Adat Perkahwinan Kaum Cina

Upacara Menghias Rambut Pada pagi hari perkahwinan, upacara menghias rambut

akan dijalankan ke atas pengantin perempuan.

Wanita yang dianggap mempunyai nasib yang baik akan datang untuk menolong menghias rambut pengantin perempuan bersama-sama wanita yang masih mempunyai ibubapa, suami isteri dan anak-anak mereka.

Wanita-wanita ini akan mengucapkan kata-kata yang baik ketika mengikat sanggul pengantin perempuan dalam cara wanita yang sudah berumah tangga.

Page 11: Adat Perkahwinan Kaum Cina

Upaca Menutup Pengantin Lelaki

Upacara menutup pengantin lelaki akan dilakukan di rumah keluarga pengantin lelaki.

Bapa pengantin akan meletakkan topi yang dihias dengan daun pokok saru di atas kepala pengantin lelaki.

Pengantin lelaki tersebut akan membawa tandu yang mana kebanyakan masyarakat Cina hari ini lebih cenderung untuk memilih kereta mewah bersama sekumpulan saudara-mara dan kawan untuk menjemput pengantin perempuan.

Page 12: Adat Perkahwinan Kaum Cina

Permainan Pintu Perkahwinan Permainan Pintu berasal daripada zaman nenek moyang

masyarakat Cina yang menggambarkan bahawa pengantin perempuan merupakan wanita yang cantik dan keluarga serta kawan-kawannya tidak sanggup berpisah dengannya.

Pengantin lelaki akan dihalang oleh pintu rumah pengantin perempuan

Kawan pengantin perempuan ini akan berusaha menghalang pengantin lelaki daripada memasuki rumah dengan mengajukan beberapa soalan berkenaan pengantin perempuan.

Page 13: Adat Perkahwinan Kaum Cina

Ini bertujuan untuk menduga sejauh mana pengantin lelaki menyayangi pengantin perempuan tersebut.

Pihak lelaki akan cuba membayar pihak perempuan dengan memberikan Li Shi iaitu duit tanda yang dibalut dengan sampul bewarna merah untuk mempertemukan pasangan terbabit.

Page 14: Adat Perkahwinan Kaum Cina

Upacara Minum Teh

Pengapit perempuan akan membawa payung merah untuk melindungi pengantin perempuan ke tandu pengantin lelaki. Beras, kacang merah dan kacang hijau dilontarkan ke arahnya.

Payung merah tersebut akan melindunginya daripada roh jahat, manakala beras dan kacang akan menarik perhatian ayam emas yang membawa tuah.

Setelah pengantin perempuan tiba di rumah pengantin lelaki, bunga api dan muzik dengan bunyi gong dan drum akan dimainkan untuk menyambut ketibaannya.

Page 15: Adat Perkahwinan Kaum Cina

Pengantin perempuan akan melangkah di atas besen besi yang mempunyai colok yang menyala. Ia merupakan upacara untuk membawa kebahagiaan dan menjauhkan roh-roh jahat.

Ketika di rumah pihak lelaki, pasangan pengantin tersebut akan melutut sebanyak tiga kali kepada syurga dan bumi, nenek moyang dan ibubapa mereka. Pasangan terbabit akan tunduk antara satu sama lain dan selepas itu, pengantin perempuan akan memberikan minuman teh kepada keluarga dan saudara-mara mengikut pangkat.

Kebiasaanya, mereka yang menerima minuman teh akan memberikan hadiah berbentuk barang kemas atau Li Shi kepada pengantin perempuan. 

Page 16: Adat Perkahwinan Kaum Cina

Makanan Perkahwinan Dan Kek Makanan yang dihidangkan di majlis perkahwinan masyarakat Cina

membawa maksud yang tertentu.

Ikan bererti kekayaan, anak babi panggang bererti kesucian, ayam yang dimasak dengan minyak merah bererti kebahagiaan, udang galah bererti keserasian.

“Kek kebahagiaan" yang juga dikenali sebagai kek naga dan burung phoenix akan diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan untuk dipersembahkan beberapa bahagian daripada kek tersebut bagi tujuan memuja nenek moyang dan diagihkan kepada saudara dan rakan-rakan. 

Page 17: Adat Perkahwinan Kaum Cina

Pada malam perkahwinan, pasangan pengantin berkenaan akan meminum arak daripada dua cawan yang diikat bersama oleh tali bewarna merah dan menyilangkan tangan sesama mereka.

Mengikut kebudayaan masyarakat Cina, perbuatan ini merupakan ikatan janji perkahwinan yang biasa dilakukan ketika perkahwinan.

Kemudian, pengantin perempuan akan diberikan ladu separuh masak dan akan ditanya sama ada ia ladu tersebut mentah. Pengantin perempuan haruslah menjawab "mentah" melambangkan dia akan melahirkan anak dan menunjukkan keluarga yang bahagia.

Page 18: Adat Perkahwinan Kaum Cina

Adat Selepas Perkahwinan

Page 19: Adat Perkahwinan Kaum Cina

Menyediakan Makanan

Sehari selepas hari perkahwinan, pengantin perempuan seharusnya bangun lebih awal dan menyediakan makanan untuk keluarga pengantin lelaki.

Ini akan menggambarkan pengantin berkenaan diasuh dengan baik dan layak untuk menjadi isteri kepada pengantin lelaki.

Page 20: Adat Perkahwinan Kaum Cina

Melawat Keluarga

Pengantin perempuan akan pulang melawat keluarganya bersama-sama suaminya tiga hari selepas hari perkahwinan.

Pengantin lelaki akan mempersembahkan anak babi panggang kepada keluarga pengantin perempuan yang menggambarkan kesucian pengantin perempuan.

Keluarga pengantin perempuan akan mengagihkan makanan berkenaan kepada saudara-mara dan jiran-jiran.

Page 21: Adat Perkahwinan Kaum Cina

Pantang Larang Semasa Perkahwinan

Semasa permainan pintu perkahwinan dijalankan, pihak pengantin perempuan perlu memperuntukkan masa tertentu kerana upacara di rumah pengantin lelaki harus berjalan seperti yang telah dijadualkan.

Pengantin perempuan harus memakai kasut yang biasa dipakainya semasa meninggalkan rumahnya menuju ke kereta pengantin kerana ia menggambarkan bahawa pengantin perempuan berkenaan tidak membawa sesuatu bersamanya walaupun nasib baik ibu bapanya.

Apabila pengantin perempuan memasuki rumah pengantin lelaki, mentua dan kakak ipar pengantin lelaki tidak seharusnya menghadap pintu memerhatikan pengantin perempuan masuk bagi menghalang sebarang pertelingkahan pada masa akan datang.

Page 22: Adat Perkahwinan Kaum Cina

Bakal pengantin  tidak digalakkan untuk menghadiri majlis kebumian selama 3 bulan sebelum dan selepas majlis perkhawinan. 

Hiasan dalam majlis perkhawinan tidak digalak untuk menggunakan warna putih, biru tua, hitam dan hijau.

Dalam bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan yang biasa dan bukannya sudut bilik. 

Nombor genap sering digunakan dalam majlis perkhawinan. Menurut keparcayaan orang cina, majlis perkhawinan yang tidak mengikut protokol yang ditetapkan adalah perkhawinan yang tidak sah.

Page 23: Adat Perkahwinan Kaum Cina

VIDEO

PERKAHWINAN KAUM CINA

Page 24: Adat Perkahwinan Kaum Cina

TAMAT

Dipersembahkan oleh: Andrea Yet Janice

Ting Phoebe

Hoo Sii Yuh

En Wong

Siaw Ying