kesesuaian kursus kemahiran asas di ikm · pdf filesecara penyelidikan atau disertasi bagi...

22
KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM NEGERI KEDAH TERHADAP KEPERLUAN PEKERJAAN DALAM SEKTOR INDUSTRI MOHD SUKRI BIN MOHD SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: buihanh

Post on 08-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM · PDF filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan ... Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ... Masjis Tindakan

KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM NEGERI KEDAH

TERHADAP KEPERLUAN PEKERJAAN DALAM SEKTOR INDUSTRI

MOHD SUKRI BIN MOHD SALLEH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM · PDF filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan ... Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ... Masjis Tindakan

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM NEGERI KEDAH TERHADAP KEPERLUAN PEKERJAAN DALAM SEKTOR INDUSTRI

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya MOHD SUKRI BIN MOHD SALLEH

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana /Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: PROF MADYA DR. YAHYA BIN BUNTAT F-45, KG BUKIT KECIL, Nama Penyelia SIMPOR, 08600 TIKAM BATU, KEDAH. Tarikh: APRIL 2009 Tarikh: APRIL 2009

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM · PDF filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan ... Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ... Masjis Tindakan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan Penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup).”

Tandatangan : ………………………………………………….

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. YAHYA B. BUNTAT

Tarikh : ............................................................................

Page 4: KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM · PDF filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan ... Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ... Masjis Tindakan

KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM NEGERI KEDAH

TERHADAP KEPERLUAN PEKERJAAN DALAM SEKTOR INDUSTRI

MOHD SUKRI BIN MOHD SALLEH

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 5: KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM · PDF filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan ... Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ... Masjis Tindakan

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. ”

Tandatangan : ………………………………………………….

Nama Penyelia : MOHD SUKRI BIN MOHD SALLEH

Tarikh : .............................................................................

Page 6: KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM · PDF filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan ... Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ... Masjis Tindakan

iii

DEDIKASI

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Dengan Keizinannya Jua, Ku Bersyukur Atas Rahmatnya,

Dengan Keizinannya Jua Maka Dapatlah Ku Siapkan Laporan Projek Sarjana Muda Ini.

Khas Buat, Bondaku

Che Norlia Binti Mat Zain Serta Ayahandaku

Mohd Salleh Bin Mohd Saad Yang Disanjungi Dan Di Kasihi,

Doa Dan Pengorbanan Kalian Amat Ku Hargai.

Teristimewa Buat TunangKu, Shahlida Binti Abdullah

Dorongan, Pengorbanan, Dan Kesabaran Mu Sentiasa Mengiringiku.

Buat Ahli Keluargaku, Noorhayati, Nooraini, Sukor, Noor Asmah,

Rahmad, Fazli,Hanafi Dan Ashraf Bantuan Dan Sokongan Kalian Takkan Ku Lupakan

Semoga ALLAH Akan Sentiasa Memberikan Limpah Rahmat Serta Hidayahnya Kepada Kalian

Buat Kawan-Kawan…

Teruskan Jalan Yang Kurintis Ini Sehingga Ke Puncak Jaya Jadikanlah Kejayaan Ini Sebagai Pendorong Buat Kalian.

Buat Pensyarah UTM...

Terutamanya Pensyarah Pembimbing PSM Prof Madya Dr. Yahya Bin Buntat

Jasa Kalian Amat Ku Hargai Terima Kasih Atas Segala-Galanya

Akan Ku Kenang Buat Selama-Lamanya

Page 7: KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM · PDF filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan ... Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ... Masjis Tindakan

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani

Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah yang telah memberikan kita ilmu

kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhammad s.a.w yang telah

menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus.

Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan

Kejuruteraan (JPTK), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana

memberi kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini.

Terima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak

memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada pensyarah

penyelia, Prof. Madya Dr. Yahya Bin Buntat atas bimbingan dan tunjuk ajar yang

diberikan sepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Kerjasama dari pihak

pengarah dan tenaga pengajar di IKM yang terlibat dalam penyelidikan ini juga amat

dihargai. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dan individu yang terlibat sama ada

secara langsung atau pun tidak langsung dalam penulisan ini.

Akhir sekali buat mak, ayah, abang, kakak, adik dan tunang yang tersayang,

segala doa restu dan dorongan kalian amat dihargai. Semoga usaha ini sentiasa

diberkati Allah SWT dan dapat dimanfaatkan.

Sekian, Terima Kasih

Page 8: KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM · PDF filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan ... Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ... Masjis Tindakan

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian kursus yang ditawarkan di IKM dalam menyediakan kemahiran asas bagi membantu para pelatih di Negeri Kedah dalam mendapatkan pekerjaan di industri selepas mengikuti kursus kemahiran. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen yang berbentuk data-data dan maklumat yang diperolehi dari IKM Negeri Kedah. Kajian hanya menggunakan data dan maklumat dari tempat kajian dan diproses dengan kaedah analisis dokumen secara manual. Hasil kajian ini mendapati bahawa kursus dan latihan kemahiran yang ditawarkan di IKM adalah bersesuaian dan dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada para belia bumiputera selepas tamat mengikuti kursus yang dijalankan. Kebanyakan kursus dan latihan yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan kehendak industri dan pekerjaan masa kini. Pelatih lepasan SPM/SPMV dan GIAT MARA turut mendapatkan latihan dan kemahiran bagi meningkatkan prestasi kerjaya. Didapati juga para pelatih yang telah menamatkan kursus berjaya menempatkan diri di sektor awam dan swasta terutamanya di sektor perkilangan, permotoran dan lain-lain industri yang berkaitan. Selain daripada itu, aspek latihan yang diikuti oleh belia di IKM dapat memenuhi kehendak pekerjaan. Bagi memantapkan lagi tahap profesionalisme adalah disarankan agar perhubungan yang baik dapat dijalinkan diantara pihak IKM dengan pihak industri dalam meningkatkan taraf kursus yang dijalankan.

Page 9: KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM · PDF filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan ... Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ... Masjis Tindakan

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to know the suitability course offered in IKM in providing basic skill for helping trainees from Kedah in getting job opportunities after following the skill courses. For the study, the researcher used instruments in the form of data and information acquired from IKM in Kedah. The study sample was not used in this study because the researcher only used data and information from the place of study and they were processed manually using the document analysis method. The finding of the study shows that the courses and training offered by the IKM were able to provide job opportunities to the trainees after completing the courses. Most of the courses and training offered were relevant with the needs of industry and jobs nowadays. Trainees with SPM/SPMV and GIAT MARA are currently require training and skills in order to upgrade their career performance. It was found that the trainees who have completed the courses were able to find jobs in public and private sectors especially in manufacturing, automotive and other related industries. Besides that, the training followed by the trainees at the IKM fulfilled the needs of the jobs. In order to strengthen the level of professionalism, it is suggested that good relationships should be formed between the IKM and industry in order to develop the prestige of the course.

Page 10: KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM · PDF filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan ... Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ... Masjis Tindakan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB I PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Objektif Kajian 5

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Kepentingan Kajian 6

1.6 Batasan Kajian 7

Page 11: KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM · PDF filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan ... Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ... Masjis Tindakan

viii

1.7 Definisi Istilah 8

1.7.1 Kursus 8

1.7.2 Institut Kemahiran Mara 8

1.7.3 Pelatih 9

1.7.4 Latihan Kemahiran 9

1.7.5 Pekerjaan 9

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 10

2.1 Pengenalan Kursus Kemahiran 11

2.1.1 Kursus-kursus kemahiran yang 14

ditawarkan di IKM Alor Setar

2.1.2 Kursus-kursus kemahiran yang 16

ditawarkan di IKM Sungai Petani

2.2 Golongan Yang Terlibat 19

2.3 Prospek Kerjaya Pelatih Selepas 22

Tamat Latihan di IKM

2.4 Latihan Kemahiran Yang Didedahkan Mampu 25

Menyediakan Pelatih Mengikut Kehendak

Sektor Industri

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 29

3.1 Rekabentuk Kajian 29

3.2 Kawasan Tempat Kajian 30

3.3 Sampel Kajian 30

3.4 Kaedah Pengumpulan Data 31

3.5 Prosedur Kajian 32

Page 12: KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM · PDF filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan ... Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ... Masjis Tindakan

ix

3.6 Instrumen Kajian 32

3.7 Analisis Data 32

3.8 Rumusan 33

BAB IV ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 34

4.1 Latar Belakang Institut Kemahiran Mara 35

4.2 Dapatan Persoalan Kajian 1 35

4.3 Dapatan Persoalan Kajian 2 39

4.4 Dapatan Persoalan Kajian 3 44

4.5 Dapatan Persoalan Kajian 4 46

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 48

5.1 Rumusan Kajian 49

5.2 Perbincangan 51

5.2.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 51

5.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 53

5.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 55

5.2.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 56

5.3 Cadangan Kajian 58

5.4 Kajian Lanjutan 59

5.5 Penutup 60

RUJUKAN 61

LAMPIRAN A-F 66

Page 13: KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM · PDF filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan ... Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ... Masjis Tindakan

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Latar Belakang Institut Kemahiran Mara 35

4.2 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Mengikut Kursus 36

di IKM Alor Setar Pada Tahun 2008

4.3 Bilangan Dan Peratusan Pelatih mengikut kursus 37

di IKM Sungai Petani Pada Tahun 2008

4.4 Bilangan Dan Peratusan Kursus di IKM Negeri 37

Kedah Pada Tahun 2008

4.5 Bilangan Dan Peratusan Bagi Kursus Sijil 38

Teknologi di IKM Negeri Kedah Pada Tahun 2008

4.6 Bilangan Dan Peratusan Bagi Kursus Sijil 38

Kejuruteraan di IKM Negeri Kedah Pada Tahun 2008

4.7 Bilangan Dan Peratusan Pelatih yang Mengikut Jantina 39

di IKM Alor Setar Pada Tahun 2008

4.8 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Mengikut Jantina 40

di IKM Sungai Petani Pada Tahun 2008

4.9 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Mengikut Jantina 40

di IKM Negeri Kedah Pada Tahun 2008

4.10 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Mengikut Peringkat 41

Umur di IKM Alor Setar Sesi Kemasukan 2008

4.11 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Mengikut Peringkat 41

Umur di IKM Sungai Petani Sesi Kemasukan 2008

Page 14: KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM · PDF filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan ... Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ... Masjis Tindakan

xi

4.12 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Mengikut Peringkat 42

Umur di IKM Negeri Kedah Sesi Kemasukan 2008

4.13 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Mengikut 42

Kelayakan Akademik di IKM Alor Setar

Sesi Kemasukan 2008

4.14 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Mengikut 43

Kelayakan Akademik di IKM Sungai Petani

Sesi Kemasukan 2008

4.15 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Mengikut 43

Kelayakan Akademik di IKM Negeri Kedah

Sesi Kemasukan2008

4.16 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Lepasan IKM 44

Alor Setar Bagi Prospek Pekerjaan Pada Tahun

2007/2008

4.17 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Lepasan IKM 45

Sungai Petani Bagi Prospek Pekerjaan Pada Tahun

2007/2008

4.18 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Lepasan IKM 45

Alor Setar Dan IKM Sungai Petani bagi prospek

pekerjaan Pada Tahun 2007/2008

4.19 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Lepasan IKM Alor 46

Setar di Pasaran pekerjaan pada tahun 2007/2008

4.20 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Lepasan IKM Sungai 47

Petani di Pasaran Pekerjaan Pada Tahun 2007/2008

4.21 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Lepasan IKM 47

Alor Setar Dan IKM Sungai Petani Di Pasaran

Pekerjaan Pada Tahun 2007/2008

Page 15: KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM · PDF filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan ... Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ... Masjis Tindakan

xii

SENARAI SINGKATAN

MARA : Majlis Amanah Rakyat

IKM : Institut Kemahiran Mara

IKMAS : Institut Kemahiran Mara Alor Setar

IKMSP : Institut Kemahiran Mara Sungai Petani

ILP : Institut Latihan Perindustrian

SPM : Sijil Pelajaran Malaysia

STPM : Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

SPMV : Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional

SMT : Sekolah Menengah Teknik

SMV : Sekolah Menengah Vokasional

IPTA : Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS : Institut Pengajian Tinggi Swasta

MLVK : Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan

NOSS : National Occupational Skills Standards

MTEN : Masjis Tindakan Ekonomi Negara

PUSTIKA : Pusat latihan KEDA

Page 16: KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM · PDF filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan ... Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ... Masjis Tindakan

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Permohonan Kebenaran 66

B Surat Kelulusan Menjalankan Kajian 68

Dari IKM Alor Setar Dan IKM Sungai Petani

C Data Dan Maklumat Dari IKM Alor Setar 70

D Data Dan Maklumat Dari IKM Sungai Petani 78

E Contoh Modul Latihan Kemahiran IKM 87

F Surat Pengesahan Dari Fakulti Pendidikan 91

Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM · PDF filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan ... Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ... Masjis Tindakan

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Malaysia telah berjaya membentuk satu sistem hubungan perusahaan yang

pragmatik sejak mencapai kemerdekaannya pada 1957. Ini penting dalam membantu

Malaysia mengubah corak ekonomi dan kehidupannya daripada pertanian kepada

perindustrian dan menyasarkan menjadi status negara maju menjelang 2020, Salmah

(Utusan Malaysia, 7 April 2008).

Kemajuan sesebuah negara banyak bergantung kepada sumber tenaga

manusia yang dimilikinya. Oleh itu kerajaan berusaha meningkatkan kursus ke arah

pembangunan modal insan berkualiti membabitkan pelbagai kursus latihan dan

kemahiran supaya generasi yang dilahirkan dapat merialisasikan wawasan 2020

untuk menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian yang maju.

Page 18: KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM · PDF filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan ... Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ... Masjis Tindakan

2

Abdullah Ahmad Badawi (Bernama, 29 Ogos 2008), dalam ucapannya

menyatakan sebanyak RM47.7 bilion atau 23 peratus daripada bajet tahun 2009

diperuntukkan untuk pendidikan dan latihan semata-mata bagi melahirkan tenaga

kerja terlatih untuk berdaya saing baik di dalam negara mahupun di peringkat

antarabangsa.

Institut Kemahiran Mara (IKM) ditubuhkan pada tahun 1968 turut

memainkan peranan bagi mendukung wawasan negara. Asalnya dikenali sebagai

"Sekolah Tukang" iaitu pusat latihan yang melahirkan tukang membuat sesuatu.

Institut Kemahiran Mara telah berkembang mengikut peredaran zaman. Selaras

dengan perkembangan di dalam dunia pendidikan yang diterajui oleh perkembangan

ekonomi berasaskan teknologi.

Institut Kemahiran Mara juga ditubuhkan bagi menggalakkan penyertaan

masyarakat bumiputera untuk mempelajari pelbagai disiplin ilmu kemahiran

ketukangan khususnya yang berkait rapat dengan aspek perdagangan dan

perindustrian dalam jangkamasa 12 hingga 36 bulan iaitu kursus pengajian yang

membawa kepada penganugerahan sijil mengikut bidang kursus.

Pelbagai langkah telah diambil sejak dahulu lagi oleh negara bagi

meningkatkan mutu pendidikan di institusi kemahiran di negara ini. Ia bertujuan

menyediakan tenaga kerja yang berkualiti bagi memenuhi kehendak pasaran

pekerjaan di industri yang bekembang pesat pada masa kini. Secara tidak langsung

ia juga membuka peluang golongan individu yang lemah dalam akademik bagi

mndapatkan pekerjaan melalui kemahiran yang diperolehinya. Melalui pendekatan

ini masalah pengangguran serta kekurangan tenaga kerja dapat diatasi dengan lebih

berkesan.

Page 19: KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM · PDF filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan ... Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ... Masjis Tindakan

3

1.1 Latar Belakang Masalah

Institut Kemahiran Mara telah ditubuhkan bagi mengendalikan latihan-latihan

secara bermodul dan juga sistem aperentis atau latihan sambil bekerja di industri.

Institut Kemahiran Mara berperanan menggalak, membimbing, melatih dan

membantu Bumiputera, supaya menyertai dengan aktif dalam kegiatan perdagangan

dan perusahaan ke arah membentuk masyarakat usahawan bumiputera yang berdaya

tahan, profesional dan kukuh serta bersesuaian dengan keperluan sebenar industri

agar segala pengetahuan dan pengalaman itu dapat digunakan terus untuk

meninggikan taraf hidup mereka melalui peluang pekerjaan, (Samsuri, 2005).

Ini menunjukkan kursus latihan kemahiran yang diadakan oleh institusi-

institusi latihan kemahiran di Malaysia adalah bertujuan merealisasikan matlamat

menyediakan tenaga kerja golongan bumiputera yang mencukupi bagi memenuhi

kehendak pekerjaan di sektor industri. Selain itu, ia juga dapat memberi peluang

yang sama rata kepada golongan bumiputera meningkatkan taraf hidup melalui

kursus kemahiran yang diikuti walaupun mereka lemah dalam akademik. Disamping

mendapatkan pekerjaan yang baik golongan ini juga dapat menceburkan diri dalam

bidang keusahawanan. Ini disokong oleh Norhaizan (2005), latihan kemahiran

didapati dapat membantu golongan belia yang tidak bernasib baik melanjutkan

pelajaran di IPT kerana tidak semua pelajar dilahirkan memiliki kecerdikan dalam

bidang akademik semata-mata. Mereka yang tidak cemerlang ini seharusnya

diberikan peluang memajukan pendidikan mereka dalam bidang yang boleh

meningkatkan taraf hidup mereka selain mengurangkan kadar pengangguran di

negara ini.

Menurut Najib Tun Razak (Utusan Malaysia, 5 Mac 2006), masalah

pengangguran di kalangan 70,000 siswazah di negara ini akan dapat diatasi dengan

kewujudan akademi latihan kemahiran yang boleh melahirkan tenaga yang

bersesuaian dengan kehendak industri agar ketidakseimbangan antara keperluan

tenaga kerja dengan kemahiran yang dimiliki oleh penganggur tersebut tidak berlaku.

Page 20: KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM · PDF filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan ... Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ... Masjis Tindakan

4

Kenyataan ini turut disokong oleh Abdul Taib Mahmud (Utusan Malaysia, 3 Mac

2008), menyatakan graduan di negara ini tidak mendapat pekerjaan kerana kelulusan

mereka tidak menepati keperluan sektor pekerjaan dalam pasaran sekarang.

Ini jelas menunjukkan bahawa wujudnya ketidaksetaraan dalam kehendak

dan keperluan antara institusi kemahiran dan industri pada hari ini. Oleh itu, institusi

kemahiran perlulah mengkaji semula kurikulum kemahiran yang dilaksanakan serta

meningkatkan kelengkapan infrastruktur dan prasarana dari masa ke semasa

mengikut kesesuaian teknologi di industri masa kini. Selain itu, institusi perlu

memperbanyakkan serta mempelbagaikan jenis kursus yang ditawarkan supaya ia

semtiasa seiring dengan perkembangan pesat serta penemuan terkini teknologi di

industri. Ini akan lebih memudahkan lepasan institusi kemahiran bersaing di

peringkat yang lebih tinggi bagi memperolehi pekerjaan yang bersesuaian dengan

bidang yang dipelajari. Kenyataan ini disokong oleh Idris Haron (Utusan Malaysia,

24 April 2008), Universiti berkenaan perlulah membuat penambahbaikan pada

silibus dan kurikulum di universiti masing-masing sekiranya terdapat kelemahan-

kelemahan sehingga menganggu pekerjaan graduan di industri.

Oleh itu, Jabatan pembangunan institusi kemahiran serta pihak industri

perlulah bekerjasama dari segi kepakaran, dan kelegkapan teknologi pembelajaran

bagi mengeluarkan tenaga kerja yang mencukupi serta benar-benar mengikut

keperluan industri. Ini selaras dengan kenyataan Pengarah Institut Latihan

Perindustrian (ILP) menyatakan kerjasama jabatan pembangunan kemahiran kursus

kemahiran dapat dijalankan di kilang milik syarikat-syarikat berkenaan bagi

memantapkan lagi kemahiran pekerja dalam mengendalikan mesin-mesin yang

digunakan oleh industri, (Utusan Malaysia, 5 Jun 2008). Idris Haron (Utusan

Malaysia, 24 April 2008), universiti dan pusat pengajian teknikal diminta

mendapatkan maklum balas daripada pihak majikan berhubung prestasi bekas

graduan yang bekerja di pelbagai syarikat swasta. Penting untuk universiti

menyediakan graduan yang dapat memenuhi kehendak industri dan sekiranya

terdapat kelemahan yang perlu di baiki

Page 21: KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM · PDF filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan ... Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ... Masjis Tindakan

5

1.2 Penyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kesesuaian kursus kemahiran asas di

IKM Negeri Kedah terhadap keperluan pekerjaan dalam sektor industri. Kajian ini

meliputi jenis-jenis kursus atau kursus yang ditawarkan, golongan yang terlibat,

prospek kerjaya para pelatih setelah tamat latihan dan aspek latihan kemahiran asas

yang disediakan kepada pelatih.

1.3 Objektif kajian

Objektif kajian adalah mengenai kesesuaian kursus kemahiran asas di IKM

Negeri Kedah terhadap keperluan pekerjaan dalam sektor industri adalah seperti

berikut :

i. Mengenalpasti jenis kursus kemahiran yang ditawarkan di Institut

Kemahiran Mara yang dipilih di Negeri Kedah.

ii. Mengenalpasti golongan yang terlibat dalam kursus kemahiran yang

ditawarkan di Institut Kemahiran Mara yang dipilih di Negeri Kedah.

iii. Mengenalpasti kursus kemahiran yang ditawarkan mempunyai prospek

kerjaya di sektor industri.

iv. Mengenalpasti latihan kemahiran asas yang didedahkan kepada pelatih di

Institut Kemahiran Mara memenuhi kehendak sektor industri.

Page 22: KESESUAIAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS DI IKM · PDF filesecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan ... Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ... Masjis Tindakan

6

1.4 Persoalan kajian.

Persoalan-persoalan di dalam kajian ini menyentuh aspek-aspek yang

difikirkan perlu seperti berikut :

i. Apakah jenis kursus kemahiran yang ditawarkan di Institut Kemahiran

Mara yang dipilih di Negeri Kedah?

ii. Golongan manakah yang terlibat dalam kursus kemahiran yang

ditawarkan di Institut Kemahiran Mara yang dipilih di Negeri Kedah?

iii. Adakah kursus kemahiran yang ditawarkan mempunyai prospek kerjaya

di sektor industri?

iv. Adakah latihan kemahiran asas yang didedahkan kepada pelatih di Institut

Kemahiran Mara memenuhi kehendak sektor industri?