penggunaan campuran pemasaran (4p) oleh · pdf filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi...

30
PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH USAHAWAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) INDUSTRI PERIKANAN DI KG. GETING, PENGKALAN KUBOR, KELANTAN. MARIANI BT CHE RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: truongnguyet

Post on 08-Feb-2018

243 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH · PDF filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH USAHAWAN

PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) INDUSTRI PERIKANAN

DI KG. GETING, PENGKALAN KUBOR, KELANTAN.

MARIANI BT CHE RAMLI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH · PDF filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH USAHAWAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) INDUSTRI PERIKANAN DI KG.GETING, PENGKALAN KUBOR, KELANTAN.

SESI PENGAJIAN: 2011/2012

Saya MARIANI BT CHE RAMLI

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: LOT 59 KG. KEDAI GETING, ENCIK SHAHRIN BIN HASHIM 16080 PENGKALAN KUBOR, KOTA BHARU, KELANTAN. PENYELIA Tarikh: 16 Januari 2012 Tarikh: 16 Januari 2012

CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH · PDF filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : ENCIK SHAHRIN BIN HASHIM

Tarikh : 16 Januari 2012 

Page 4: PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH · PDF filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

 

PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH USAHAWAN

PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) INDUSTRI PERIKANAN

DI KG. GETING, PENGKALAN KUBOR, KELANTAN.

MARIANI BT CHE RAMLI

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI 2012

Page 5: PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH · PDF filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

ii

 

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : MARIANI BT CHE RAMLI

Tarikh : 16 Januari 2012 

Page 6: PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH · PDF filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

iii

 

DEDIKASI

Bersyukur Kehadrat Ilahi Kerana Dikurniakan Insan-Insan Teristimewa…….

Mohd Muhaimin Bin Hassan suami yang sangat penyabar, penyayang, bertimbang

rasa sentiasa memahami keadaan isterimu ini, dan tiada kata untuk

menggambarkannya,

Bidah Binti Awang seorang ibu yang tabah yang sentiasa mengiringi anakmu ini

dengan sekalung doa sepanjang memperjuangan nasib di medan

ilmu…………

Allahyarham Che Ramli Bin Mamat seorang ayah yang banyak berkorban untuk

anak-anaknya, semoga Roh ayahanda ditempatkan dikalangan orang-orang

muslim yang beriman. Amin…..

Buat kakak-kakak, abang-abang dan adik-adikku sekalian, jasa dan pengorbanan

kalian akan di bawa sehingga ke penghujung nyawa…….

Sekalung jutaan terima kasih buat penyeliaku, En Shahrin Bin Hashim yang

banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehingga mampu menyiapkan

laporan ini.

Khas buat teman-teman seperjuangan yang banyak memberi tunjuk ajar dan saat

suka duka sepanjang empat tahun kita bersama. Semoga impian kita untuk

menjadi pendidik akan berjaya……AMIN…………………..

Page 7: PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH · PDF filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

iv

 

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah

kurniaNya dapat saya menjalani dan menyiapkan laporan penulisan

penyelidikan ini dengan jayanya sebagai memenuhi syarat untuk lulus Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) daripada

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Dikesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang

tidak terhingga kepada penyelia Encik Shahrin Bin Hashim yang bersedia

membimbing saya sepanjang tempoh menyiapkan laporan penulisan ini.

Berbagai-bagai perkara telah saya pelajari semasa menjalani penyelidikan

ini. Kata-kata dorongan yang diberikan menjadi pembakar semangat untuk

meneruskan penulisan ini.

Penghargaan ini ditujukan juga khas buat suami dan ibu serta

keluarga yang sentiasa memahami dan memberi sumber keewangan

sepanjang tempoh menyiapkan penyelidikan ini. Saya ingin mengucapkan

jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah-pensyarah di

Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru, rakan-rakan seperjuangan dan

individu-individu yang telah membantu saya secara langsung atau pun tidak

untuk menyiapkan laporan ini.

Sesungguhnya yang baik itu datang dariNya dan yang buruk itu

datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.

Page 8: PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH · PDF filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan Campuran Pemasaran (4P)

Oleh Usahawan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Industri Perikanan di Kg

Geting, Pengkalan Kubor Kelantan. Terdapat empat persoalan yang dikaji iaitu

penggunaan produk, harga, promosi, dan lokasi penempatan barangan (4P- produk,

price, promotion, place) dalam pemasaran. Seramai 52 orang dipilih sebagai sampel

kajian, terdiri daripada usahawan lelaki dan perempuan yang mempunyai pelbagai

jenis pengeluaran barangan. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan penyelidik

mengedarkan soal selidik yang dibina kepada 52 orang responden. Borang soal

selidik merupakan instrumen kajian yang mengandungi 37 item mengikut soalan

tertutup Ya dan Tidak. Borang soal selidik dianalisis menggunakan Statistical

Packages For Social Sciencs (SPSS) versi 15.0. Nilai Alpha Cronbach adalah 0.74

menunjukkan kebolehpercayaan bagi instrumen ini adalah tinggi. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa produk merupakan pemboleh ubah yang paling dominan

digunakan dalam pemasaran. Manakala lokasi penempatan produk merupakan

pemboleh ubah yang kedua tinggi dalam pemasaran. Pemboleh ubah yang

sederhana ialah harga dan yang paling rendah ialah pemboleh ubah promosi.

Rumusan kajian menunjukkan semua usahawan menggunakan produk dalam

pemasaran dan promosi kurang digunakan. Kajian ini diakhiri dengan beberapa

cadangan dari penyelidik yang dikemukakan kepada usahawan agar dapat

meningkatkan produktiviti PKS serta kajian lanjutan diperlukan bagi pengkaji yang

berminat untuk meneruskan kajian ini di masa akan datang.

Page 9: PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH · PDF filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

vi

 

ABSTRACT

This study aims at identifying the usage of the 4P Marketing Concept by the Small

and Medium Industry (SMI) in Fishery Industry in Kg Geting, Pengkalan Kubor

Kelantan. The 4 area studied are the usage of product, pricing, promotion and

marketing location of the goods (4P- product, price, promotion, place) in marketing.

There are 52 people were selected as sample of study, comprise of male and female

entrepreneurs that produce various types of product. The study is in quantitative

form nature and researchers distributed the survey questionnaires to all 52

respondents. The questionnaires is a study instrument which consists of 37 close

ended questions of “Yes” and “No” answers. The survey is analyzed using the

Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) version 15.0. The Alpha Cronbach

is 0.74 indicated that the reliability of the instrument is high. The result of the study

shows that the products are the dominant variables used in marketing, while the

marketing location is the goods come second. Variable that is of medium important

is the pricing while the lowest is promotion. Results show that all entrepreneurs use

the variables “Products” the most, while variables “Promotions” is the least. The

study concluded with suggestions from the researchers for the entrepreneurs in the

view of improving the productivity of the SMI and a further in depth study is

required for interested researchers to continue the study further in the future.

Page 10: PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH · PDF filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

vii 

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PERAKUAN PENSYARAH

STATUS PENYELIDIKAN i

PERAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

SENARAI SINGKATAN xvi

Page 11: PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH · PDF filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

viii 

BAB PERKARA MUKA SURAT

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1-9

1.2 Latar Belakang Masalah 9-10

1.3 Pernyataan Masalah 10

1.4 Objektif Kajian 11

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Kepentingan Kajian 12-13

1.7 Skop Kajian 13

1.8 Batasan Kajian 13-14

1.9 Definisi Istilah 14

1.9.1 Usahawan PKS 14-15

1.9.2 Pemasaran 15

1.9.3 Strategi Pemasaran 15

1.9.4 Campuran Pemasaran 16

Page 12: PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH · PDF filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

ix 

BAB PERKARA MUKA SURAT

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17-20

2.2 Produk 21-22

2.3 Harga 22-23

2.4 Promosi 23-24

2.5 Lokasi Penempatan Produk 24-25

2.6 Kajian Lepas 25-27

BAB PERKARA MUKA SURAT

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 28-29

3.3 Prosedur Kajian 29-32

3.4 Kajian Deskriftif 33

3.5 Tempat Kajian 33

3.6 Populasi dan Sample Kajian 34

3.7 Instrumen Kajian 34-36

3.8 Kajian Rintis 37

3.9 Keesahan Soal Selidik 37-38

3.10 Kebolehpercayaan Soal Selidik 38

3.11 Analisis Kuantitatif 39-40

3.12 Rumusan 41

Page 13: PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH · PDF filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BAB PERKARA MUKA SURAT

4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 42-33

4.2 Keputusan Analisis Bahagian A Latar Belakang 43-47

4.3 Keputusan Analisis Bahagian B 47

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1

Elemen Pemasaran Terhadap Produk 48-50

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2

Elemen Pemasaran Terhadap Harga 51-53

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3

Elemen Pemasaran Terhadap Promosi 54-56

4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4

Elemen Pemasaran Terhadap

Lokasi Penempatan Produk 57-59

4.4 Penutup 59-61

Page 14: PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH · PDF filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

xi 

BAB PERKARA MUKA SURAT

5 PERBINCANGAN, DAPATAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 62-63

5.2 Rumusan 63-64

5.3 Perbincangan 65

5.3.1 Bahagian A- Latarbelakang Responden 65-66

5.3.2 Bahagian B- Perbincangan Persoalan Kajian 67

5.3.2.1 Elemen Produk 67-68

5.3.2.2 Elemen Harga 68-69

5.3.2.3 Elemen Promosi 69-71

5.3.2.4 Elemen Lokasi Penempatan Produk 71-72

5.4 Cadangan 73-74

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 75

5.6 Penutup 75-76

BIBLIOGRAFI 77-82

LAMPIRAN

Page 15: PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH · PDF filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

xii 

SENARAI JADUAL

NOMBOR TAJUK MUKA SURAT

JADUAL

1.1.1 Jenis Produk Industri Perikanan

Di Malaysia 4

1.1.2 Produk Industri Perikanan

Di Kampung Geting, Pengkalan Kubor 5

1.1.3 Prestasi Syarikat PKS Berdasarkan Tahap

Pengeluaran Dan Pertumbuhan 6

1.1.4 Bilangan Vesel / Bot Mengikut

Daerah Di Negeri Kelantan 7

1.1.5 Bilangan Nelayan Yang Bekerja Di Atas Bot

Di Negeri Pantai Timur 8

3.7.1 Pengkelasan jadual Yang Digunakan 35

3.7.2 Taburan Soalan Berdasarkan Persoalan Kajian

Dan Jenis Skala Yang Digunakan 36

3.10.1 Jadual Pekali Alpha Cronbach 38

3.10.2 Analisis Kebolehpercayaan Menggunakan

Alpha Cronbach 39

3.11.1 Kriteria Menganalisis Data 40

3.11.2 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan

Peratusan 40

4.2.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan

Jantina 43

Page 16: PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH · PDF filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

xiii 

4.2.2 Taburan Bilangan dan Peratusan

Mengikut Umur 44

4.2.3 Taburan Bilangan dan Peratusan

Mengikut Status 44

4.2.4 Taburan Bilangan dan Peratusan

Mengikut Bangsa 45

4.2.5 Taburan Bilangan dan Peratusan

Mengikut Pendapatan 45

4.2.6 Taburan Bilangan dan Peratusan

Mengikut Pendidikan 45

4.2.7 Taburan Bilangan Dan Peratusan

Mengikut Tempoh Kerja 46

4.2.8 Taburan Bilangan Dan Peratusan

Mengikut Produk yang Di Hasilkan 46

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 48

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 51

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 54

4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 3 57

4.4.1 Hasil Tahap Perbandingan

Antara Keempat-Empat Elemen 60

Page 17: PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH · PDF filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

xiv 

SENARAI RAJAH

NOMBOR TAJUK RAJAH MUKA SURAT

RAJAH

2.1.1 Model Campuran Pemasaran 20

3.1 Prosedur Kajian 32

Page 18: PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH · PDF filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

xv 

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Gambar lokasi dan pemprosesan ikan 83-88

B Peta kawasan Kajian 89

C Soal selidik 90-95

D Surat Akuan Pelajar 96

E Pengesahan Pakar 97-98

F Surat Permohonan Mendapatkan Maklumat dan

Data Perikanan 99-105

Page 19: PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH · PDF filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

xvi 

SENARAI SINGKATAN

PKS Perusahaan kecil dan sederhana

MITI Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri,

DEB Melalui Dasar Ekonomi Baru

RIDA kemajuan Industri Luar Bandar

MARA Majlis Amanah Rakyat

RMK-1 Rancangan Malaysia Pertama

RMK-4 Rancangan Malaysia Keempat

LKIM. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

KDNK Keluaran Dalam Negara Kasar

WTO Pertubuhan Perdagangan Sedunia

4P (4P- Produk, Price, Promotion, Place)

AMA Persatuan Pemasaran Amerika

FAMA     Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

SDSI Pameran Satu Daerah Satu Industri

SMIDEC Perbadanan Pembangunan Perusahaan Kecil Dan Sederhana

PMR Penilaian Menengah Rendah

LCE       Lower Certificate Education

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

MCE       Malaysian Certificate of Education

SPSS Statistical Package For Social Science

Page 20: PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH · PDF filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari segi modal mengikut Bahagian

Perusahan Kecil dalam Kementerian Pembangunan Luar Bandar, ialah sebuah firma

perusahaan yang mempunyai modal pemegang saham atau aset bersih sebanyak

RM250,000 ke bawah. Perusahaan ini meliputi sektor perkilangan, perladangan dan

perkhidmatan. Manakala industri sederhana yang mempunyai modal pemegang saham

atau aset bersih lebih daripada RM500,000 dan kurang daripada RM2.5 juta (Usahawan

Malaysia, 1990).

Mengikut (MITI) Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri,

mendefinisikan PKS sebagai sebuah perusahaan yang mempunyai modal kurang

daripada RM500,000 atau mempunyai pekerja sepenuh masa kurang dari 25 orang.

Manakala perusahaan sederhana mempunyai modal antara RM500,000 hingga RM2.5

Page 21: PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH · PDF filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

juta atau bilangan pekerja sepenuh masa seramai 25 orang hingga 100 orang Ab Aziz

(2003).

Usahawan bumiputera berjumlah 6,641 orang, daripada jumlah tersebut 2,547

usahawan daripada Zon Pantai Timur yang terdiri daripada negeri Terengganu seramai

1,152 orang, Kelantan 1,036 orang dan Pahang 359 orang, Jabatan Perangkaan Negara

(2006). Masyarakat bumiputera kurang berkecimpung dalam bidang keusahawanan

kerana telah diterapkan dengan dasar pecah dan perintah iaitu golongan peniaga hanya

untuk masyarakat Cina sahaja. Manakala orang Melayu hanya bekerja di kampung

sahaja.

Melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan berhasrat mengubah golongan

bumiputera daripada petani kepada masyarakat peniaga dan usahawan moden

(Mahathir,1999). Justeru Lembaga Kemajuan Industri Luar Bandar (RIDA) ditubuhkan

pada tahun 1951 memainkan peranan untuk memberi kesedaran kepada usahawan

Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS). Setelah itu RIDA ditukar kepada Majlis

Amanah Rakyat (MARA) yang akan memantau aktiviti PKS yang melibatkan golongan

bumiputera.

Melalui Rancangan Malaysia Pertama (RMK-1) hingga Rancangan Malaysia Ke-

empat (RMK-4) kerajaan telah mempelbagaikan aktiviti seperti membangunkan PKS

yang berskala kecil. Selain Rancangan Malaysia, dasar-dasar kerajaan seperti Dasar

Ekonomi Baru ditubuhkan untuk menggalakkan serta menyeimbangkan kaum antara

bumiputera dengan bukan bumiputera khususnya kaum Cina dalam bidang perniagaan,

Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990).

Page 22: PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH · PDF filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Mengikut Perbadanan Perusahaan Kecil Dan Sederhana, jumlah PKS di Kg.

Geting adalah sebanyak 100 orang yang berdaftar serta meliputi pelbagai jenis

pengeluaran. Antara barangan yang biasa dihasilkan oleh usahawan PKS ini adalah

seperti pengeluaran makanan yang terdiri daripada industri pemprosesan keropok, ikan

kering, ikan bilis kering, dan budu (Majlis Daerah Tumpat).

Daerah Tumpat, terdiri beberapa jajahan antaranya ialah Pengkalan Kubor,

keluasan Pengkalan Kubor adalah 15022 Km/Persegi. Jajahan ini terdiri daripada 8

mukim, antaranya Mukim Tanjung, Mukim Ketil, Mukim Tebing, Mukim Geting,

Mukim Simpangan, Mukim Jubakar Darat dan Mukim Bendang Pakyong serta Mukim

Jejuluk. Manakala di dalam Mukim Geting, terdapat beberapa kampung antaranya

seperti Kampung Kedai Geting, Kampung Neting, Kampung Chabang Tiga Geting,

Kampung Pondok Haji Ahmad, Kampung Kual Lama, Kampung Kual Baru, Kampung

Pantai Geting, Kampung Banjir, Kampung Raja, Kampung Tengah Geting, Kampung

Tujuh, Kampung Pondok Haji Hussin, dan Kampung Pulai Seratus. Penduduk di

Mukim Geting, adalah seramai 25,560 orang. Kegiatan utama penduduk di Mukim

Geting adalah nelayan, berniaga, kakitangan awam atau swasta dan petani Majlis Daerah

Tumpat.

Pemilihan PKS industri Perikanan di Kampung Geting, Pengkalan Kubor yang

mengusahakan industri pemprosesan keropok, ikan kering, ikan bilis kering dan budu

kerana kawasan Kampung Geting, Pengkalan Kubor merupakan kawasan PKS yang

terpinggir. Lokasi Kampung Geting, di dalam jajahan Pengkalan Kubor merupakan

kawasan yang bersebelahan dengan Laut China Selatan, bahan mentah senang untuk

diperolehi, antara bahan mentah yang diperlukan adalah ikan. Contoh produk yang

dikeluarkan oleh sektor perikanan adalah seperti jadual 1.1.1

Page 23: PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH · PDF filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Jadual 1.1.1: Jenis Produk Industri Perikanan Di Malaysia

Bil Jenis Produk Industri Perikanan 1 Bebola Ikan 2 Kek Ikan 3 Nugget 4 Burger 5 Jejari 6 Sosej Ikan 7 Keropok Kering 8 Keropok Lekor 9 Keropok Sira 10 Keropok Segera 11 Sata 12 Otak-Otak 13 Meruku Ikan 14 Amplang 15 Ikan Kering 16 Sotong Kering 17 Kupang 18 Ikan Bilis Kering 19 Ikan Salai 20 Serunding Ikan 21 Sesar Unjur 22 Budu 23 Pekasam 24 Cencaluk 25 Belacan 26 Ikan Jeruk 27 Filet 28 Ikan 29 Udang 30 Ketam 31 Kerang 32 Ikan Bakar Sumber: Jabatan Perikanan Negeri Kelantan (2011)

Page 24: PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH · PDF filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Menurut Jabatan Perikanan Negeri Kelantan terdapat 32 produk yang

dikeluarkan oleh usahawan PKS industri Perikanan di Malaysia. Namun, setiap negeri

adalah berbeza-beza produk yang dikeluarkan, bergantung kepada kepakaran usahawan

tempatan dan bantuan daripada Pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Usahawan PKS industri Perikanan di Negeri Kelantan hanya mengusahakan beberapa

produk sahaja seperti keropok kering, keropok lekor, keropok sira, keropok segera, sata,

ikan kering, serunding ikan, budu, pekasam, belacan, ikan jeruk, ikan, udang, ketam dan

ikan bakar. Manakala produk yang di usahakan oleh usahawan PKS di Kampung

Geting, Pengkalan Kubor Kelantan hanya mengusahakan tujuh jenis produk sahaja.

(rujuk jadual 1.1.2). Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (2011).

Jadual 1.1.2: Produk Industri Perikanan Di Kg. Geting, Pengkalan Kubor.

Bil Produk Industri Perikanan Di Kg. Geting, Pengkalan Kubor 1 Keropok Kering 2 Keropok Sira 3 Keropok Lekor 4 Keropok Segera 5 Budu 6 Ikan Kering 7 Ikan Bilis Kering

Sumber: Jabatan Perikanan Negeri Kelantan (2011)

Pertumbuhan produktiviti PKS pada tahun 2007 adalah pada kadar 5.3% dengan

nilai sebanyak RM46.6 juta, pertambahan daripada RM44.2 juta pada tahun 2006.

Peningkatan ini disebabkan oleh pewujudan nilai tambah dan penggunaan kapasiti yang

lebih tinggi dalam sektor yang terpilih. Kenyataan ini dapat diterangkan melalui jadual

1.1.3 menerangkan tentang jumlah dan hasil pada setiap tahun. Jabatan Perangkaan,

Malaysia (2008). Sektor perikanan negara yang merangkumi perikanan marin (terdiri

daripada laut pantai dan laut dalam), perairan umum dan akuakultur termasuk rumpai

laut telah menghasilkan pengeluaran ikan sebanyak 1,870,000.81 tan metrik bernilai

RM8,683.81 juta pada tahun 2009. Perbandingan pengeluaran ikan pada tahun 2009

Page 25: PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH · PDF filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

dengan tahun 2008 telah mencatatkan peningkatan sebanyak 6.66%, dengan peningkatan

ini sektor perikanan telah menyumbangkan 1.3% Keluaran Dalam Negara Kasar

(KDNK) negara.

Jadual 1.1.3: Prestasi Syarikat PKS Berdasarkan Tahap Pengeluaran Dan Pertumbuhan.

Tahun 2003 2004 2005 2006 2007

Tahap (RM ‘000) 37.02 39.42 42.00 44.22 46.57

Pertumbuhan (peratus) % 5.94 6.48 6.54 5.28 5.31 Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (2008)

Namun, dari jumlah pengeluaran ikan negara sektor perikanan marin (laut pantai

dan laut dalam) telah mengalami penurunan tangkapan sebanyak 0.09% atau bernilai

RM6,322.57 juta daripada tahun 2008. Sektor perikanan pantai merupakan penyumbang

utama dengan pengeluaran sebanyak 1,096,63 tan metrik bernilai RM5,184.45 juta atau

78.71%. Perikanan laut dalam menyumbang sebanyak 296,563 tan metrik bernilai

RM1,138.11 juta Jabatan Perikanan Malaysia, (2011). Keadaaan ini dapat dikaitkan

dengan jumlah bot yang dimiliki oleh usahawan yang telah menyumbang kepada

peningkatan jumlah tangkapan ikan. (Rujuk jadual 1.1.4)

Bot atau kapal adalah perkara asas untuk sektor perikanan sama ada persisir

pantai atau laut dalam. Mengikut akta perikanan “vesel penangkapan ikan” bermaksud

mana-mana bot, lancang, kapal yang dilengkapi dengan peralatan untuk menangkap

ikan, termasuk aktiviti menyelia, memproses, menyejuk beku, menyimpan, membekal

atau mengangkut ikan. Aktiviti memproses, berhubungan dengan ikan, termasuklah

membersih, memotong, membubuh ais, membeku, mengetin, membubuh garam,

menyalai, memasak, menjeruk, mengering, mengawet, atau menyedia ikan dan lain-lain

aktiviti yang melibatkan ikan (Akta Perikanan, 1985). Bilangan “vesel penangkapan

ikan” yang telah didaftarkan dan mempunyai lesen di Malaysia adalah sebanyak 48,745

Page 26: PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH · PDF filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

buah pada tahun 2009 berbanding dengan 40,959 buah pada tahun 2008, jumlah ini telah

meningkat sebanyak 19.01%.

Vesel penangkapan ikan atau bot Negeri Kelantan mencatat jumlah 1,969 buah

dan paling banyak terdapat di kawasan Bachok dan Pasir Putih sebanyak 749 buah.

Kawasan Tumpat merekodkan sebanyak 702 buah (Rujuk jadual 1.1.4) dan Kota Bharu

sebanyak 518 buah. Bot-bot nelayan dilengkapi dengan enjen jentera seperti bot enjin

Berjentera Dalam, Berjentera Sangkut Jabatan Perikanan Negeri Kelantan, (2011).

Manakala Akta Perikanan pula menerangankan “vesel” atau bot penangkapan ikan

tempatan bermaksud semua jenis bot yang tidak didaftarkan di luar Negara Malaysia

serta kepunyaan rakyat warganegara Malaysia, atau berdaftar dengan mana-mana

perbadanan berkanun di bawah undang-undang Malaysia Akta Perikanan (1985).

Jadual 1.1.4: Bilangan Vesel / Bot Mengikut Daerah di Negeri Kelantan.

Daerah Bot Enjin Sangkut Bot Enjin Dalam Jumlah Kota Bharu 349 169 518 Bachok/ Pasir Putih 475 274 749 Tumpat 297 405 702

Sumber: Jabatan Perikanan Negeri Kelantan (2009)

Industri perikanan telah memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk

mendapatkan perkerjaan. Mengikut perangkaan Jabatan Perikanan jumlah nelayan di

negeri Pantai Timur yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan adalah sebanyak 18,113

orang nelayan (rujuk jadual 1.1.5) bilangan nelayan di tiga buah negeri di Pantai Timur

iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Mengikut statistik tersebut nelayan yang

terdapat di Pantai Timur terdiri daripada kaum bumiputera, bukan bumiputera dan juga

rakyat negara Thailand dan lain-lain.

Page 27: PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH · PDF filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Rakyat Thailand yang bekerja sebagai nelayan di perairan Kelantan berjumlah

3,850 orang keadaan ini di sebabkan oleh faktor sempadan antara Malaysia dan

Thailand. Bagi negeri Pantai Timur nelayan yang terdiri daripada keturunan India dan

Portugis tidak terdapat dikawasan perairan ini. Oleh kerana terdapat jumlah bilangan

nelayan yang ramai menjadikan sektor perikanan sebagai penyumbang utama ikan yang

membekalkan sumber protein yang penting kepada penduduk tempatan. Melalui

perangkaan Jabatan Perikanan Peningkatan sebanyak 0.38% pada tahun 2004

berbanding tahun 2003 hanya sebanyak 1.35% sahaja yang menyumbang kepada KDNK

Negara Jabatan Perikanan Malaysia (2011).

Jadual 1.1.5: Bilangan Nelayan Yang Bekerja Di Atas Bot Di Negeri Pantai Timur

Negeri / keturunaan Pantai Timur Kelantan Terengganu Pahang

Bumiputera 1,766 5,979 3,059 Cina 0 9 533 Thai 3,850 2,600 246 Indonesia 0 66 0 Jumlah 5,616 8,654 3,843 Jumlah keseluruhan 18,113

Sumber: Jabatan Perikanan Malaysia, (2011)

Jabatan Perikanan (2011), telah mengeluarkan perangkaan yang menunjukkan

bahawa penggunaan bot yang berkelengkapan tinggi, jumlah nelayan yang bekerja di

atas bot tidak kira nelayan tempatan atau rakyat asing, menjadi penyumbang kepada

peningkatan hasil tangkapan sektor perikanan di negeri Kelantan.

Page 28: PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH · PDF filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

1.2 Latar Belakang Masalah

  

PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor tidak begitu membangun, hanya diketahui

oleh penduduk sekitar serta kawasan sempadan sahaja, keadaan ini memberi kesan yang

negatif kepada ekonomi penduduk setempat. Keadaan ini dapat dikukuhkan dengan

laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (2006), mengatakan bahawa 99%

syarikat adalah daripada PKS yang hanya menyumbang sebanyak 6% sahaja kepada

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sumbangan 6% terhadap KDNK Negara

menggambarkan industri PKS berada pada tahap yang rendah. Oleh itu, penyelidik akan

mengenal pasti penggunaan campuran pemasaran (4P) paling dominan yang digunakan

oleh usahawan PKS industri Perikanan di Kg Geting, Pengkalan Kubor, Kelantan bagi

memasarkan produk mereka.

Pembangunan dan perkembangan PKS tempatan terutamanya di Negeri Kelantan

tidak begitu berkembang dengan jayanya lantaran kesan globalisasi yang melanda dunia.

Kemasukan Negara China sebagai anggota baru dalam Pertubuhan Perdagangan Sedunia

(WTO) yang menawarkan barangan pada harga yang rendah serta kualiti yang bermutu.

Keadaan ini langsung tidak melemahkan semangat para pengusaha PKS tempatan

(Fozian Ismail, 2001). Tetapi, bagi pengusaha PKS di Malaysia menghadapi keadaan

yang bertentangan dengan negara China, kerana masalah utama PKS di Malaysia ialah

tahap kualiti barangan Malaysia masih berada di tahap yang rendah. Fenomena ini

terjadi kerana pengusaha PKS tempatan hanya mensasarkan pemasaran produk mereka

kepada golongan penduduk setempat dan kawasan yang berdekatan sahaja tanpa

memikirkan untuk memenuhi pasaran luar.

Penyelidik mengambil peluang supaya usahawan PKS dapat membuka minda

kerana PKS menjadi penyokong kepada proses perindustrian negara. Proses

perindustrian negara tidak hanya semata-mata bergantung kepada industri besar sahaja,

tetapi bergantung juga kepada PKS yang akan membekalkan industri hiliran kepada

Page 29: PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH · PDF filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

10 

sektor perindustrian negara. Dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke-2 (1991-

2000) peranan PKS sebagai tulang belakang proses pembangunan negara dengan

membekalan sumber makanan dan bahan mentah (Perikanan) kepada negara Ab Aziz

(2003).

PKS memberi sumbangan kepada pembangunan kawasan luar bandar. Hal ini

berlaku kerana pembangunan PKS di kawasan luar bandar tidak memerlukan

kemudahan tempat dan prasarana yang besar atau canggih kerana kilang atau syarikat

boleh didirikan di kawasan luar bandar. Pembinaan kilang di kawasan luar bandar

membolehkan syarikat menyediakan peluang pekerjaan serta memudahkan usahawan

memasarkan produk mereka Ab Aziz (2003).

1.3 Pernyataan Masalah

Usahawan PKS khususnya di Kawasan Kampung Geting, Pengkalan Kubor,

Kelantan sering menghadapi masalah untuk memasarkan produk. Mereka hanya

memasarkan produk mengikut kaedah tradisional seperti yang diamalkan sejak turun

temurun iaitu memasarkan produk kepada jiran tetangga, saudara mara. Oleh sebab itu,

penyelidik mengambil kesempatan untuk mengenal pasti penggunaan campuran

pemasaran (4P) oleh usahawan PKS. Penyelidik akan mengkaji adakah usahawan PKS

menggunakan campuran pemasaran (4P) untuk memajukan sektor PKS di Kampung

Geting, Pengkalan Kubor.

Page 30: PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH · PDF filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

11 

1.4 Objektif Kajian

i. Mengenalpasti adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor,

menggunakan produk dalam pemasaran.

ii. Mengenalpasti adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor,

menggunakan harga dalam pemasaran.

iii. Mengenalpasti adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor,

menggunakan promosi dalam pemasaran.

iv. Mengenalpasti adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor,

menggunakan lokasi penempatan barangan dalam pemasaran.

1.5 Persoalan Kajian

i. Adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor, menggunakan produk

dalam pemasaran.

ii. Adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor, menggunakan harga

dalam pemasaran.

iii. Adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor, menggunakan promosi

dalam pemasaran.

iv. Adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor, menggunakan lokasi

penempatan barangan dalam pemasaran.