kesepaduan ilmu

10
KESEPADUAN ILMU: KESENIAN, KESIHATAN DAN TEKNOLOGI A. PENDAHULUAN Kesepaduan ilmu merupakan ilmu-ilmu yang bersumberkan al-Qur’an dan Hadith di samping adanya integrasi ilmu-ilmu lain ke arah membina komuniti ummah yang berteraskan aqidah. Oleh itu, guru-guru Islam sewajarnya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara bersepadu untuk melahirkan pelajar-pelajar yang memperoleh “hasanah fid dunia dan hasanah fil akhirah”.

Upload: zamzam

Post on 12-Jun-2015

1.036 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESEPADUAN ILMU

KESEPADUAN ILMU: KESENIAN, KESIHATAN DAN

TEKNOLOGI

A. PENDAHULUAN

Kesepaduan ilmu merupakan ilmu-ilmu yang bersumberkan al-

Qur’an dan Hadith di samping adanya integrasi ilmu-ilmu lain ke

arah membina komuniti ummah yang berteraskan aqidah. Oleh

itu, guru-guru Islam sewajarnya melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran secara bersepadu untuk melahirkan pelajar-pelajar

yang memperoleh “hasanah fid dunia dan hasanah fil akhirah”.

B. KESEPADUAN ILMU: KESENIAN, KESIHATAN DAN

TEKNOLOGI

1. KESENIAN

Setiap insan dikurniakan Allah SWT bakat dan kebolehan

tersendiri, seperti kebolehan mencipta, menghasilkan dan

mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Guru-guru mestilah

mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut.

Page 2: KESEPADUAN ILMU

Peranan guru-guru dalam mencungkil bakat dan kebolehan

pelajar dalam bidang seni ialah:

i. Mempelbagaikan aktiviti kesenian yang bersifat

keagamaan.

Contoh: pertandingan-pertandingan, lakonan berunsur

Islam, persembahan dan sebagainya.

ii. Menyedarkan pelajar tentang kehebatan dan

keindahan kesenian Islam.

iii. Menghasilkan novel, cerpen dan sajak yang

beunsurkan Islam.

iv. Menggalakkan pelajar menulis lirik lagu nasyid.

v. Menggiatkan usaha untuk menerbitkan ensiklopedia

Islam.

vi. Menerbitkan buku-buku Islam yang bermutu sesuai

dengan minat remaja sekarang.

vii. Membimbing pelajar membuat kajian dan

membongkar khazanah serta pusaka kesenian Islam.

Page 3: KESEPADUAN ILMU

viii. Mempamerkan hasil kesenian melalui pameran

kesenian di sekolah.

2. KESIHATAN

Memelihara kesihatan zahir dan batin merupakan satu

tuntutan agama. Kesihatan yang baik menghasilkan akal yang

sihat. Akal yang sihat diperlukan untuk melaksanakan

tanggungjawab sebagai pendidik yang berwibawa. “ Akal yang

sihat dan sejahtera datang dari tubuh badan yang sihat”.

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:

“Orang Islam yang kuat itu lebih baik daripada orang

Islam yang lemah”.

Cara-cara memelihara kesihatan mental dan fizikal:

i. Mengamalkan diet pemakanan yang seimbang.

Page 4: KESEPADUAN ILMU

ii. Memilih makanan yang halal dan cara

memperolehinya dengan cara yang halal menurut

syari’at.

iii. Mengamalkan aktiviti riadhah yang berterusan.

iv. Menjaga kebersihan diri, pakaian, tempat tinggal dan

tempat kerja.

v. Waktu rehat dan tidur yang cukup.

vi. Menjauhkan diri daripada melakukan sesuatu yang

boleh membinasakan diri seperti minum arak,

merokok, menghisap ganja, mengambil dadah dan

benda-benda lain yang memabukkan.

vii. Mengelakkan diri daripada memakan makanan yang

syubhat dan memudaratkan kesihatan.

3. TEKNOLOGI

Perkembangan teknologi yang pesat menyebabkan

pengaruh agama semakin terpinggir dalam masyarakat moden

hari ini. Kemajuan ini menjadikan dunia tanpa sempadan telah

menimbulkan berbagai gejala negatif di kalangan pelajar-pelajar

sekolah.

Page 5: KESEPADUAN ILMU

Peranan alat teknologi yang menjadi ahli keluarga baru,

telah mengambil tempat utama dan berpengaruh di kalangan

generasi muda anak-anak didik kita.

Alat-alat ini seperti televisyen, computer, radio, video dan

alat-alat muzik mempunyai ruang dan masa yang terbanyak untuk

berkomunikasi dengan anak-anak, seolah-olah mereka

mengambil peranan ibu bapa dalam keluarga.

Justeru itu, kita sebagai pendidik haruslah peka dan

berusaha mempersiapkan keupayaan diri dengan pengetahuan

dan kemahiran dalam penggunaan teknologi.

Penggunaan alat teknologi dalam pendidikan menjadikan

pengajaran lebih baik dan berkesan serta menarik minat pelajar.

Guru-guru hendaklah mendedahkan kepada pelajar tentang

kebaikan dan keburukan penggunaan alat teknologi tanpa

batasan.

PENUTUP

Page 6: KESEPADUAN ILMU

Kesepaduan ilmu dalam pendidikan memenuhi keperluan

manusia mempelajari ilmu agama, ilmu kemanusiaan dan ilmu

sains tabi’e (alam). Penerapan ilmu-ilmu kesenian, kesihatan dan

teknologi dalam pengajaran, menjadikan mata pelajaran

Pendidikan Islam setara dengan mata pelajaran lain dari segi

daya tarikan media dan teknologi, berkesan, diminati dan seronok

dipelajari.

Disediakan oleh:

1.Pn. Mazora Binti Hj. Md Pol

2.Pn. Paizah Binti A. Rahaman