kesan pendidikan awal kanak-kanak

Upload: rv-mala-ramachandran

Post on 03-Jun-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 kesan pendidikan awal kanak-kanak

    1/9

    1

    KESAN PENDIDIKAN AWAL TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF

    DAN SOSIO EMOSI KANAK-KANAK.

    Pengenalan

    Mengikut Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan

    pendidikan awal kanak-kanak adalah dari lahir hingga 4 tahun manakala Bustamkamri

    (2011) pula menyatakan bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah dari lahir hingga

    8 tahun.

    Pendidikan awal amat penting untuk perkembangan kognitif dan sosioemosi

    kanak-kanak. Sejak dilahirkan, kanak-kanak mengalami perkembangan kognitif yang

    pesat dan mencapai 90 peratus perkembangan otak optimum ketika berusia 5 tahun.

    Pada tahap ini kanak-kanak mampu untuk mengadptasi kemahiran asas untuk

    perkembangan hidup (Azizah Lebai Nordin,2004).

    Kesan Pendidikan Awal Terhadap Kognitif dan Sosioemosi

    Perkembangan aspek kognitif serta sosioemosi bayi telah bermula seawal bayi

    dilahirkan. Sewaktu berumur 0 hingga 2 tahun kanak-kanak dapat mengaitkan objek

    yang mereka lihat dengan isyarat tertentu. Kanak-kanak sudah mula menggunakan

    bahasa dan membentuk konsep mudah seawal 2 hingga 6 tahun. Mereka boleh

    menunjukkan emosi kerana tidak selesa dengan sesuatu keadaan ataupun berperasaan

    cemburu pada tahap umur 0 hingga 2 tahun. Seterusnya ketika berumur 2 hingga 6

    tahun kanak-kanak mula berhubung dengan jiran ataupun keluarga (Barbara, 2002).

  • 8/12/2019 kesan pendidikan awal kanak-kanak

    2/9

    2

    Spodek (1987) menyatakan bahawa kognitif merujuk kepada intelek.

    Perkembangan kognitif dalam kalangan kanak-kanak pula adalah cara kanak-kanak

    memproses maklumat. Menurut Mahani (2004) istilah kognitif diperkenalkan ketika

    teori-teori Jean Piaget dikemukakan pada tahun 1960-an.

    Pendidikan awal kanak-kanak adalah penting dalam perkembangan kognitif

    kerana pada awal usia kanak-kanak dapat menyerap kemahiran dengan mudah dan

    perkembangan kognitif kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran sosial

    kanak-kanak itu dibesarkan. Menurut Nani Menon (2008), konsep matematik sudah ada

    pada bayi di mana mereka boleh membezakan antara ibu dan bapa sejak bayi lagi.

    Mengikut Teori Ekologi Bronfenbrenner oleh Bronfenbrenner (1917) terdapat lima

    sistem yang mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Antaranya adalah:

    a) Mikrosistempersekitaran paling hampir dengan kanak-kanak iaitu rumah atautadika.

    b) Mesosistemhubungan kanak-kanak dengan orang-orang disekitarnya.c) Ekosistem- pengalaman kanak-kanak yang mempengaruhi perkembangannya.d) Makrosistem- kepercayaan dan budaya di mana kanak-kanak itu dibesarkan.e) Kronosistem- peristiwa dan transisi yang berlaku dalam persekitaran kanak-

    kanak sepanjang hayatnya.

    Teori Ekologi Bronfenbrenner menekankankan bahawa perkembangan kognitif

    kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran yang paling hampir kepada kanak-kanak. Ini

    bererti bahawa perkembangan kognitif bermula sejak bayi lagi. Pendidikan awal oleh

    orang yang paling hampir kepada bayi mempengaruhi tahap kognitif bayi tersebut.

  • 8/12/2019 kesan pendidikan awal kanak-kanak

    3/9

    3

    Interaksi antara bayi dengan orang yang hampir dengan bayi amat penting dalam

    perkembangan bayi kerana menurut Jean Piaget (1930) perkembangan bayi berlaku

    melalui skema dari saat kelahiran. Proses asimilasi berlaku apabila menerima

    rangsangan mengikut pengalaman yang sedia ada. Akomodasi berlaku apabila skema

    yang sedia ada tidak dapat menjelaskan persekitaran. Tanpa input daripada orang yang

    hampir kepada bayi, skema akan tidak berkembang dan perkembangan kognitif tidak

    akan terangsang. Rangsangan- rangsangan input daripada orang yang paling rapat

    dengan bayi amat berguna dalam perkembangan kanak-kanak. Teori Vygotsky juga

    membincangkan tentang kepentingan interaksi dalam perkembangan kognitif walaupun

    menolak pendapat Piaget tentang pengetahuan kanak-kanak diperolehi melalui

    pengalaman sedia ada. Zon Perkembangan Proksimal adalah zon di mana kanak-kanak

    mencapai kematangan dengan bantuan orang lain (Goos,2004). Ini bermakna bantuan

    diberikan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam penyelesaian masalah.

    Teori Maturationis oleh Jean Jacques Rousseau (1712-1778 ) mengibaratkan

    kanak-kanak seperti bunga yang berkembang mengikut baka. Menurut teori ini

    pembesaran kanak-kanak berkembang mengikut jadual semulajadi yang ditentukan

    tetapi berubah mengikut khasiat yang didapati daripada persekitarannya. Ini bermakna

    penyemaian ilmu akan menentukan perkembangan kognitif. Tanpa didikan dari awal

    tahap kognitif tidak menunjukkan rangsangan yang positif. Kajian Asiah (2001)

    membuktikan bahawa terdapat hubungan yang positif antara kanak-kanak yang

    menghadiri tadika dengan kejayaan pada peringkat sekolah rendah. Kajian ini juga

    menunjukkan bahawa 90% daripada kanak-kanak yang dapat memasuki kelas ekspress

  • 8/12/2019 kesan pendidikan awal kanak-kanak

    4/9

    4

    adalah murid-murid yang didedahkan dengan ilmu pada peringkat awal. Terbukti

    bahawa kesan pendidikan awal penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak.

    PENDIDIKAN AWAL SOSIOEMOSI

    Emosi adalah hasil interaksi di antara proses kognitif dengan perubahan fisiologi

    dalaman. Pengalaman emosi dipengaruhi oleh faktor proses kognitif. (Mok Soon Sang,

    2010). Kesan pendidikan awal terhadap aspek kognitif dan sosioemosi kanak-kanak

    saling kait antara satu sama lain.

    Perkembangan sosioemosi merupakan kemampuan kanak-kanak untuk

    berinteraksi dan memberi tindak balas emosi terhadap sesuatu keadaan. Ia melibatkan

    tingkah laku yang positif ataupun negatif. Tingkah laku positif merupakan kemahiran

    boleh berkongsi, berdirikari malah boleh mengikut peraturan. Tingkah laku negatif pula

    adalah bergaduh, tidak mahu berkawan dan suka menggigit (Shahabuddin & Noor

    Mirza, 2013).

    Menurut Ahliahli psikologi seperti Freud (1856-1939), Erickson (1902-1994),

    tempoh umur kanak-kanak satu tahun hingga enam tahun adalah penting dalam

    perkembangan sosial dan emosi. Sahsiah kanak-kanak terbentuk hasil daripada

    interaksi dan hubungan kanak-kanak dengan orang yang dekat dengannya seperti ibu

    bapa pengasuh dan sahabat (Mahani,2004). Mengikut teori Erik Erikson kanak-kanak

    mula menunjukkan emosi sejak dilahirkan di mana keperluan kanak-kanak tersebut jika

    tidak tunaikan maka perasaan takut menyelubungi kanak-kanak tersebut. Perhubungan

    sosial antara pengasuh dengan kanak-kanak tersebut akan merangsangkan emosi kanak-

    kanak tersebut. Sewaktu kanak-kanak tersebut berumur antara 1-3 tahun mereka akan

  • 8/12/2019 kesan pendidikan awal kanak-kanak

    5/9

    5

    mula hidup berdikari. Mereka cuba untuk belajar untuk melakukan kegiatan fizikal

    dengan secara sendiri. Apabila autonomi diberikan pada mereka maka mereka akan

    percaya pada diri sendiri tanpa perasaan ragu-ragu. Jika tidak diberikan autonomi maka

    kanak-kanak itu akan sentiasa berasa ragu-ragu dalam kehidupan mereka. Pada usia 3-5

    tahun kanak-kanak mula meneroka alam sekitar dan kemahiran baru. Mereka juga

    banyak bertanya tentang perkara-perkara yang ingin diketahui. Pada waktu ini jika input

    diberikan maka kanak-kanak ini menjadi lebih yakin pada diri sendiri tanpa terasa ragu-

    ragu. Pada usia 6 tahun jika kanak-kanak itu tidak menguasai sesuatu kemahiran maka

    ia akan berasa rendah diri (Azizi Yahya,2007). Sejak bayi lagi minda kanak-kanak perlu

    dipupuk dan dididik agar dapat mengawal kemahiran sosioemosi mereka kelak. Kanak-

    kanak yang dididik akan mula melangkah kealam sekolah dengan penuh keyakinan dan

    mampu untuk berhadapan dengan masalah tanpa merasa takut.

    Keluarga memainkan peranan yang penting dalam membentuk sosioemosi

    kanak-kanak Mengikut Model Perkembangan Persahabatan Buhrmester & Furman

    (1986), kanak-kanak baru lahir hingga dua tahun berasa selamat dengan ibu bapa. Ibu

    bapa adalah orang yang paling dekat untuk mendidik mereka untuk membentuk tingkah

    laku yang secara langsung mempengaruhi sosioemosi mereka. Kanak-kanak yang

    berumur antara dua hingga enam tahun pula bersahabat dengan ibu bapa. Persahabatan

    ini membolehkan kanak-kanak menyesuaikan diri dengan persekitaran dan

    mempengaruhi perkembangan sosial mereka. Menurut Ernawulan (2010 ), tahap umur

    3-6 tahun adalah fasa di mana rangsangan perlu dipupuk untuk memperkembangkan

    sosioemosi kanak-kanak (Standing,1962).

  • 8/12/2019 kesan pendidikan awal kanak-kanak

    6/9

    6

    Pendidikan awal di sekolah juga mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak.

    Dapatan kajian Mashburn (2008) mendapati bahawa hubungan guru dan kanak-kanak

    di taman bimbingan kanak-kanak meningkatkan kompetensi sosial kanak-kanak.

    Tingkah laku mereka juga boleh dibentuk di sini. Kajian William (2009) mendapati

    bahawa pendidikan awal kanak-kanak membolehkan kanak-kanak itu melangkah ke

    sekolah dengan penuh keyakinan. Kajiannya juga mendapati bahawa kanak-kanak yang

    tidak mendapat pendidikan awal mengalami masalah di alam sekolah kerana tidak dapat

    berinteraksi dengan rakan-rakannya. Pergaulannya terbatas dan tahap emosi mereka

    terganggu. Pergaulan yang hanya terbatas di rumah tanpa pendedahan dengan rakan

    sebaya menjadikan kanakkanak mementingkan diri tanpa boleh bertolak ansur.

    Pemupukan kemahiran interpersonal dan intrapersonal akan meningkatkan kecerdasan

    emosi kanak-kanak. Kecerdasan untuk memahami diri sendiri dan orang lain serta

    dapat mengawal emosi sendiri. Selain daripada itu kemahiran untuk hidup bersosial dan

    bermasyarakat.

    Menurut Lamy & Jung (2005) pendidikan awal kanak-kanak mempengaruhi tingkah

    laku mereka kerana kanak-kanak yang dibajai dengan ilmu dan berhubung dengan

    rakan sebaya didapati bertingkah laku baik dan sosioemosi mereka terkawal berbanding

    dengan kanak-kanak yang tidak diluangkan masa untuk berinteraksi di rumah ataupun

    tidak pernah ke sekolah atau berhubung dengan rakan sebaya. Menurut Kostelnik

    (2006), kanak-kanak yang tidak mempunyai rakan akan menyendiri,tidak berpeluang

    untuk mempraktikkan kemahiran sosial dan berisiko untuk melakukan tingkah laku

    delinkuen.

  • 8/12/2019 kesan pendidikan awal kanak-kanak

    7/9

    7

    Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak

    Di Malaysia Program Permata Negara diperkenalkan khususnya untuk bayi baru

    lahir hingga 4 tahun. Mengikut kurikulum Permata, program ini mengintegrasikan

    Program Asuhan dan Program Pendidikan awal kanak-kanak. Program Permata tidak

    hanya memberi penekanan kepada aspek kognitif tetapi juga pembinaan sahsiah,

    sosioemosi dan kerohanian kanak-kanak memandangkan strategi untuk menangani

    masalah sosial dan membina modal insan Negara ialah dengan mendedahkan

    pendidikan awal yang berkualiti semasa kanak-kanak kecil lagi .

    Di barat Program Head Start dan Montessori diperkenalkan untuk memberi

    pendidikan kepada kanak-kanak miskin. Menurut Zabariah (2007), program Head Start

    memberi fokus kepada intelektual, sosial dan perkembangan emosi dan tumpuannya

    kepada penyelesaian masalah dengan pendidikan manakala Program Montessori adalah

    program pendidikan kepada orang miskin. Program Montessori bermula kepada kanak-

    kanak terencat akal dan kemudiannya pada kanak-kanak biasa. Matlamat Program

    Montessori pula untuk mengatasi kelemahan kognitif. Hasilnya terbukti bahawa anak-

    kanak miskin yang terlibat dengan kedua-dua program ini menunjukkan prestasi yang

    cemerlang apabila melangkah ke sekolah (Bustam Kamri). Pendidikan awal memberi

    kesan terhadap minda dan emosi kanak-kanak walaupun kanak-kanak tersebut adalah

    daripada keluarga yang miskin. Keadaan sosioekonomi, budaya dan kepercayaan

    keluarga boleh diubah dengan pemupukan ilmu kepada kanak-kanak seawal umur 0

    tahun.

  • 8/12/2019 kesan pendidikan awal kanak-kanak

    8/9

    8

    Kajian Brody (2003) dan Winslow (2001) mendapati bahawa kanak-kanak yang

    tidak dididik pada usia awal akan terasa bimbang dan cuba melakukan tingkah laku

    yang tidak baik semasa awal remaja. Emosi kanak-kanak tersebut terganggu kerana

    tidak mempunyai keyakinan diri dan tidak bijak berkomunikasi di antara satu sama lain.

    Maka kemunculan program-program pendidikan awal di Malaysia dan barat

    membuktikan bahawa adalah penting untuk mendidik kanak-kanak dari awal usia iaitu

    usia sebaik bayi itu dilahirkan.

    Aspek Perkembangan Kognitif dan Sosioemosi

    Terdapat pendapat menyatakan bahawa baka memberi kesan kepada kognitif

    dan sosioemosi kanak-kanak. Menurut McDevitt dan Ormrod (2002), baka memberi

    kesan secara langsung dan tidak langsung kepada perkembangan kognitif dan

    sosioemosi. Kenyataannya selari dengan Teori Kematangan di mana keturunan adalah

    faktor penting yang memandu kepada proses kematangan. Manusia telah dilahirkan

    dengan genetik dan perubahan tingkah laku hasil daripada kematangan. Kanak-kanak

    dididik apabila sudah bersedia menerima pelajaran. Namun kajian Balinsky (1983),

    terhadap anak kembar seiras membuktikan bahawa persekitaran memainkan peranan

    yang penting dalam perkembangan kognitif. Kanak-kanak kembar yang dilatih untuk

    memanipulasi kuib didapati menguasai kemahiran lebih daripada kanak-kanak yang

    tidak dilatih. Kanak-kanak kembar seiras mengongsi 100% gen yang sama. Maka kajian

    ini membuktikan bahawa persekitaran memberi kesan kepada perkembangan kognitif.

    Maka ternyata pendidikan memberi kesan kepada kognitif dan sosioemosi kanak-kanak.

    Mengikut Teori Interaktionis pula, faktor persekitaran dan baka saling bantu

    membantu antara satu sama lain dalam perkembangan kognitif dan sosioemosi kanak-

  • 8/12/2019 kesan pendidikan awal kanak-kanak

    9/9

    9

    kanak. Mengikut teori ini pembelajaran berlaku gabungan antara faktor semulajadi dan

    persekitaran. Rangsangan daripada persekitaran akan memperkembangkan pengetahuan

    yang sedia ada pada kanak-kanak (Nor Hashimah,2008). Kanak-kanak yang lahir

    daripada keturunan bijak tidak dapat memperkembangkan minda jika pendidikan tidak

    diberikan pada mereka. Maka pendidikan awal memainkan peranan yang penting dalam

    membentuk kognitif dan sosioemosi kanak-kanak. Kenyataan ini disokong oleh ahli

    falsafah Vgotsky di mana beliau berpendapat bahawa perkembangan kognitif dan

    sosioemosi kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor semulajadi, persekitaran dan sosial

    (Yahya,2008).