kesan dadah ke atas otak

41
1

Upload: khafiz

Post on 10-Jun-2015

5.616 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Dadah ke atas Otak

1

Page 2: Kesan Dadah ke atas Otak

2

Isu –isu dalam kognitif

kesannya kepada Akalkesannya kepada AkalOleh:

KHAIRUL HAFIZ BIN RAMLIM20071000283

Oleh:KHAIRUL HAFIZ BIN RAMLIM20071000283

Page 3: Kesan Dadah ke atas Otak

3

Pada tahun 1997 hingga April 1999, terdapat seramai 87,868 orang penagihdadah, terdiri daripada 45,869 penagih

baru dan 41,999 penagih tegar.

Antaranya 3,551 orang peneroka, 2,189 pekerja sektor perkilangan dan 2,620

nelayan.

Pada tahun 1997 hingga April 1999, terdapat seramai 87,868 orang penagihdadah, terdiri daripada 45,869 penagih

baru dan 41,999 penagih tegar.

Antaranya 3,551 orang peneroka, 2,189 pekerja sektor perkilangan dan 2,620

nelayan.

Isu –isu dalam kognitif

Page 4: Kesan Dadah ke atas Otak

4

Statistik

Sumber:Agensi Anti Dadah Kebangsaan

Isu –isu dalam kognitif

Page 5: Kesan Dadah ke atas Otak

5

Statistik Smbgn

Sumber:Agensi Anti Dadah Kebangsaan

Isu –isu dalam kognitif

Page 6: Kesan Dadah ke atas Otak

6

Statistik Smbgn

Sumber:Agensi Anti Dadah Kebangsaan

Isu –isu dalam kognitif

Page 7: Kesan Dadah ke atas Otak

7

Statistik Smbgn

Sumber:Agensi Anti Dadah Kebangsaan

Isu –isu dalam kognitif

Page 8: Kesan Dadah ke atas Otak

8

Statistik Smbgn

Sumber:Agensi Anti Dadah Kebangsaan

Isu –isu dalam kognitif

Page 9: Kesan Dadah ke atas Otak

9

Pembentangan akan memfokus:Takrifan AkalTakrifan OtakApa itu DadahJenis dadah yang memberi kesan kepada Akal danOtakKesan Dadah Pada AkalKesan Dadah Pada Aspek Lain Penyalahgunaan Dadah dan Dalil LarangannyaKesimpulan

Page 10: Kesan Dadah ke atas Otak

10

Takrifan AkalImam Al-Ghazali, “Akal ialah kekuatan

pemikiran semula jadi yang dikurniakan Allah kepada manusia agar dengannya manusiadapat mengenali hakikat sesuatu perkara... Akalialah tempat lahir dan tertegaknya ilmu. Hal inidisebutkan dalam Ihya Ulumuddin.

Sahabat Omar Al-Khattab pernah bertanyakepada Tamim Ad-Dari, “Menurutpandanganmu, apakah benda yang paling mulia?” Tamim Ad-Dari menjawab, “Akal.”Berkata Omar Al-Khattab, “Kamu benar. Akupernah bertanya kepada Nabi soalan yang samaseperti yang aku ajukan kepadamu dan bagindamenjawab, ‘Aku pernah bertanya Jibrailberhubung perkara yang paling mulia dan Jibrailberkata akal’.”

Page 11: Kesan Dadah ke atas Otak

11

Takrifan Akal 2

KEMULIAAN AKALSesungguhnya Allah s.w.t. telah memuliakan

anak Adam atas dasar akal yang diamanahkankepada kita. Allah telah menjadikan kita khalifahdi muka bumi ini dan memudah bagi kita segalaapa yang di langit dan di bumi. Dengarlah firmanAllah ini:

bermaksud: Dan sesungguhnya Kamitelah muliakan anak Adam, dan Kami angkatmereka di daratan dan di lautan, dan Kami berimereka rezeki dari yang baik-baik dan Kamilebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebaikan makhluk yang telahKami ciptakan.

(Al-Isra': ayat 70)

Page 12: Kesan Dadah ke atas Otak

12

OTAK MANUSIAOtak adalah satu organ istimewa yang dikurniakan

Allah kepada manusia.Otak ialah bentuk Fizikal AkalBerat otak 3lbs(paun) sajaMengikut Making The Most Of Your Brain terbitan

Reader’s Digest, ketika seseorang bayi berumur 7 minggu di dalam rahim ibu, struktur utama otaksudah dapat dilihat dengan jelas. Ketika bayiberumur 3 bulan, urat tunjang (spinal cord) pula mulaberkembang. Di dalam rahim ibu, pertumbuhan sel-sel otak berlaku dengan pesatnya. Lebih kurang 2.5 juta sel otak yang baru (neurones) tumbuh padasetiap minit. Ketika dilahirkan jumlah sel-sel otak inimencecah 100 bilion. Setiap sel ini pula mempunyai1000 tempat di mana ia dapat berhubung dengansel-sel otak yang lain.

Page 13: Kesan Dadah ke atas Otak

13

Apa itu Dadah? Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang

amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara mindadan tubuh manusia berfungsi.

Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau"misuse of drug yang membawa maksudpenyalahgunaan dadah.

Page 14: Kesan Dadah ke atas Otak

14

Apa itu Dadah? 2

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujukkepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratankepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental danemosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akanterus bergantung hidup kepadanya.

Beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarangpengambilannya kerana dadah ini mengakibatkanketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta DadahBerbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan danpenyalahgunaan dadah seumpana ini. Jenis dadah sepertiseperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambiluntuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah inijuga dikenali sebagai "dadah yang disalahguna".

Page 15: Kesan Dadah ke atas Otak

15

Jenis-jenis Dadah? Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberape jenis

seperti berikut :Opiat dan Opiat sintetik Stimulan Ganja Halusinogen Depresen Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang

disalahguna

Kesan utama dadah berbanding dengan ubat-ubatan adalah tindakannya yang agak ketara ke atas otak dan minda manusia sehingga boleh berlaku pergantungan ataupun ketagihan.

Page 16: Kesan Dadah ke atas Otak

16

Jenis-jenis Dadah? 2

Heroin

Page 17: Kesan Dadah ke atas Otak

17

KESAN DADAH PADA OTAK

Sungguhpun kesan utama dadah adalah keatas otak dan minda, tetapi kesan ini hanyadapat diperhatikan melalui gejala-gejala luaranyang mempunyai kaitan rapat dengan aktivitiotak dan minda.

Ini termasuklah sistem-sistem yang berkaitandengan tubuh badah seperti sistem jantung, pernafasan, gastro-usus, ginjal dan sebagainya. Ini kerana otak ialah pusat utama yang mengawal segala sistem badan.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh PakarPerubatan didapati Dadah sememangnyamemberi kesan kepada otak.

Seterusnya anda akan melihat bagaimanaperbezaan otak manusia yang normal dan otakyang menghadapi masalah kesan daripadaDADAH.

Page 18: Kesan Dadah ke atas Otak

18

KESAN DADAH PADA OTAK 2

Rajah dibawah pula menunjukkan hasildaripada MRI, gambar imbasan otak bagipenagih kokain dan gambar otak manusianormal;

Imbasan Otakpenagih Kokain

Imbasan OtakNormal

Sumber:Santa Clara County Dept of Alcohol & Drug Services

Addiction Medicine Division

Page 19: Kesan Dadah ke atas Otak

19

KESAN DADAH PADA OTAK 3

KESAN PENAGIHAN KOKAIN.Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka

yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di PergununganAndes, Amerika Selatan. Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah.

Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisapNama Jalanan : "Coke", "Crack", "Snow", "Flake"

Kokain "Freebase" adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas.

Kokain "Crack" adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk "granusles". "Crack" mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana kesannya boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.

Bagaimana kesan kokain keatas otak lihat slide seterusnya...............

Page 20: Kesan Dadah ke atas Otak

20

KESAN DADAH PADA OTAK 4

Rajah dibawah pula menunjukkan hasildaripada imbasan MRI, kesan kepada otak bagipenagih kokain;

Imbasan otak penagih Kokain

Warna kuning menunjukkan terdapatnya kesan kokain

Penagih Kokain

Sumber:Santa Clara County Dept of Alcohol & Drug Services

Addiction Medicine Division

Page 21: Kesan Dadah ke atas Otak

21

KESAN DADAH PADA OTAK 5

KESAN STIMULANStimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang

merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau "Amphetamine-type-stimulants (ATS)" dan kokain..

Dadah seperti Amfitemin, merencatkan pengeluaranhormon norendepherine dan serotonin untukmenghasilkan kesan gembira yang semulajadi danmemerlukan dadah ini untuk rasa riang.

Dadah perangsang jenis amfetamin sepertimethamphetamine (ice/syabu) dan "Methylenedioxymethamphetamine" adalah dadah yang sangat berbahaya.

Page 22: Kesan Dadah ke atas Otak

22

KESAN DADAH PADA OTAK 6

Dadah juga merangsang otak dan minda dengan memberi kesan keriangan yang`palsu’ seperti ketawa yang berlebihan. Tingkah lakunya turut menjadi agak luar biasa daripada berbagai segi, termasuk kelincahan mahupun dari segi pertuturan.

Page 23: Kesan Dadah ke atas Otak

23

KESAN DADAH PADA OTAK 6

Dadah juga merangsang otak dan minda dengan memberi kesan dimana boleh mencetus keganansan.

Page 24: Kesan Dadah ke atas Otak

24

KESAN DADAH PADA OTAK 7

KESAN DADAH DEPRESEN Ubat "depresen" termasuk juga ubat-ubat "sedative" dan

"tranquilizer". Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraftunjang manusia untuk memperlahankan ataumenghentikan fungsi-fungsi tubuh.

Kesan daripada pengambilan depresenseseorang menjadi tidak aktif tetapi sebaliknya dalam keadaan tertekan dan sugul.Tumpuannya begitu rendah sekali sehinggakan ia tidak

begitu memperdulikan persekitaranya.Contoh Dadah Depresen: kodein, ubat tidur/pelali

berfungsi dengan menekan aktiviti otak sehingga dapat menghasilkan rasa mengantuk dan tidur.Apabila otak terus tertekan, orang itu akan berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri. Berbagai tekanan fungsi badan seperti jantung, pernafasan mahupun buah pinggang turut terjejas.

Page 25: Kesan Dadah ke atas Otak

25

KESAN DADAH PADA OTAK 8

CONTOH KESAN DADAH DEPRESEN Imbasan MRI keatas otak pesakit yang mengalamiDepresen

Imbasan otak normal

Sum

ber:

Harvard M

edical School

Page 26: Kesan Dadah ke atas Otak

26

KESAN DADAH PADA OTAK 9

KESAN akibat DADAH DEPRESEN keatas manusia

Page 27: Kesan Dadah ke atas Otak

27

KESAN DADAH PADA OTAK 10

KESAN DADAH HALUSINOGENHalusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang

mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar.

Orang yang menggunakan Dadah ini, seolah-olah tidak berpijak di alam nyata. Misalnya seorang pengguna dadah jenis halusinogen mungkin merasakan dirinya boleh terbang dan apabila cuba melakukan sedemikian, ianya akan mendapat kecederaan dan mungkin maut. Ada juga ketikanya mereka-mereka yang menggunakan ubat-ubatan LSD misalnya mendakwa dapat berjumpa dengan Tuhan. Kesemuanya ini adalah khayalan yang mirip kepada fenomena halusinasi.

Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan. LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.

Page 28: Kesan Dadah ke atas Otak

28

KESAN DADAH PADA OTAK 11

KESAN DADAH HALUSINOGENUbat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh

golongan "hippies" pada tahun 1960-70. Kini ia digunaoleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.

Dadah halusinogen adalah antara dadah tertua yang pernah digunakan oleh manusia. Dadah ini terhasil secara semulajadi dalam cendawan, kaktus, dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Etika pengunaan dadah halusinogen bergantung kepada masyarakat dan budaya setempat. Dadah halusinogen diharamkan di kebanyakan negara tetapi sesetengah negara atau masyarakat membenarkan pengambilan dadah halusinogen untuk tujuan tertentu. Misalnya di Amerika Syarikat, pengunaan kaktus peyot (sejenis kaktus yang mempunyai kandungan alkaloid fenetilamina yang tinggi) dibenarkan untuk hal hal keagamaan bagi kaum asli Amerika ( Native American )

Sumber:

www.drugs.indiana.edu

Page 29: Kesan Dadah ke atas Otak

29

KESAN DADAH PADA OTAK 12

Asal DADAH HALUSINOGEN adalah dari……

Pokok CendawanPokok Cendawan

Sumber:

www.drugs.indiana.edu

Pokok CendawanPokok Cendawan

Pokok dan buah PalaPokok dan buah Pala

Page 30: Kesan Dadah ke atas Otak

30

KESAN DADAH PADA ASPEK LAINKesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :-

kesan kepada penagihkesan kepada keluargakesan kepada masyarakatkesan kepada Negara

Kesan Kepada Penagih

Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah. Tidak bertanggungjawap kepada persekolahan dan prestasi kerja. Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan.Pitam, pengsan, berperasan ganas, rasa ketagihan berlebihan.Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.

Page 31: Kesan Dadah ke atas Otak

31

KESAN DADAH PADA ASPEK LAIN

Kesan Kepada KeluargaMenjatuhkan maruah dan nama baik keluarga Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.Rumah tangga menjadi porak peranda. Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.

Kesan Kepada Masyarakatmengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan dan pembunuhan. Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah. Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.

Page 32: Kesan Dadah ke atas Otak

32

KESAN DADAH PADA ASPEK LAIN

Kesan Kepada NegaraNegara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripan masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan. Kos tersebut termasuklah :

•Kehilangan./ kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.•Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah.•Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.•Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku•Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.•Kos kerugian tenaga dan modal insan yang kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.

Page 33: Kesan Dadah ke atas Otak

33

PENYALAHGUNAAN DADAH DAN DALIL LARANGANNYA

Antara kewajipan yang dituntut dalam memelihara akal ialahmenuntut dan menguasai ilmu. Dadah menutup Fungsi Akal dan Otak yang penting untukmenguasai Ilmu, sedangkan manusia diwajibkan menuntut Ilmu. Seperti kata Imam Al-Ghazali tadi “Akal ialah tempat lahir & tegaknya Ilmu”

Surah Ali-Imran ayat 190-191, Allah berfirman, “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silihbergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi ululalbab (iaitu golongan yang berakal). (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaanberbaring dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langitdan bumi seraya berkata, ‘Wahai Tuhan kami Kamu tidakmenciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, makapeliharalah kami dari seksa neraka’.”

Satu di antara ciri yang terdapat pada golongan ulul albabialah banyak berfikir. Banyak berfikir tentang penciptaanAllah akan melahirkan ilmu serta penemuan baru

Page 34: Kesan Dadah ke atas Otak

34

PENYALAHGUNAAN DADAH DAN DALIL LARANGANNYA

Seorang penagih dikatakan tidak berakal kerana akalnya tidakberfungsi secara normal dan hanya memikirkan ‘najis’ itu sematahingga sanggup melakukan jenayah seperti merompak danmembunuh.

Ini jelas dalam Surah Al-Anfal:22, “Sejahat-jahat makhlukialah mereka yang tidak berakal”

Allah berfirman: “Jangan kamu membunuh dirimu sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih kepadamu.” (An-Nisa4:29)

Larangan pengambilan dadah adalah jelas HARAM berdasarkan dalil yang diqiaskan kepada ARAK berdasarkanketerangan nas-nas (Al-Quran & Hadis)

Page 35: Kesan Dadah ke atas Otak

35

PENYALAHGUNAAN DADAH DAN DALIL LARANGANNYA

Surah Al-Maidah ayat 90 dan 91.“Wahai orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnyakhamar (arak), berjudi, dan pemujaan berhala sertamerenung nasib adalah perbuatan keji dan merupakanamalan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinyasemoga kamu beroleh kejayaan. Sesungguhnya syaitan ituhanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dankebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi danmahu memalingkan kamu daripada mengerjakan solat….”

SABDA RASULULLAH SAW :”Setiap yang memabukkanadalah Khamar dan setiap khamar adalah haram”

Di dalam sebuah hadis, Ummu Salamah telah berkata: “Rasulullah melarang dari mengambil setiap bahan yang memabukkan (muskir) dan yang melemahkan badan(muftir).” (Ahmad dan Abu Daud)

Page 36: Kesan Dadah ke atas Otak

36

CARA MENGATASI

Ada terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan bagimengatasi masalah penagihan dadah. Seperti mengunakanterapi gantian menggunakan metadon.

Terapi Gantian bermaksud menggantikan dadah heroin danmorfin dengan ubatan dari kumpulan yang sama tetapimempunyai tahap ketagihan dan gian yang lebih rendah sepertiMetadon yang dilakukan dibawah preskripsi, pengawasanperubatan dan kaunseling yang sistematik.

Projek rintis telah dijalankan oleh: Kementerian Kesihatan, bekerjasama dengan Agensi Anti- Dadah Kebangsaan (AADK), Badan-badan bukan Kerajaan, Universiti dan sektor swasta.

Melibatkan 1240 penagih dadah.Bermula pada Oktober 2005 selama 6 bulan di 4 zon (Utara,

Timur, Tengah & Selatan).Peruntukkan perbelanjaan: RM 2.3 juta- 72% daripada

peruntukkan (RM1,665,072) dibelanjakan untuk pembelianmetadon.

hasilnya…….

Page 37: Kesan Dadah ke atas Otak

37

Kesan otak setelah menjalanipemulihan

Sumber:Santa Clara County Dept of Alcohol & Drug Services

Addiction Medicine Division

Page 38: Kesan Dadah ke atas Otak

38

KESIMPULAN

Akal adalah sesuatu yang amat berharga bagi manusia dantidak dikurniakan kepada haiwan mahupun benda hidup lain. Disebabkan kelebihan akal yang dikurniakan oleh Allah ini, manusia mampu untuk mencipta malah merekacipta pelbagaibentuk teknologi yang memberikan lebih banyak kemudahandalam kehidupan.

Di dalam memelihara kemurnian dan kesihatan akal, setiapindividu harus menyedari bahawa anugerah Allah yang amatberharga itu tidak akan berguna andainya tidak disusuli olehamalan dan kewajipan yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Sebagai seorang Islam, kita perlu meyakini menjaga danmemelihara akal serta menggunakan untuk mencari nikmat Allah adalah salah satu perkara wajib dan amat dituntut oleh agama. Oleh itu, kita perlu menjauhi Penyalahgunaan Dadah dan sama-sama membenterasnya DADAH boleh melemahkan umat Islam dan membawa kepada maut. Umat yang lemah tidak akanmampu memperjuangkan maruah agama.

Page 39: Kesan Dadah ke atas Otak

39

Page 40: Kesan Dadah ke atas Otak

40

MRIMRIIsu –isu dalam kognitif

Page 41: Kesan Dadah ke atas Otak

41

Isu –isu dalam kognitif