kertas seminar joe

17
KEBERKESANAN PENGGUNAAN NOTA STIKER DALAM MENINGKATKAN KEBOLEHAN MURID TAHUN 4 MENGINGATI JENIS-JENIS RUMAH DI NEGARA LAIN oleh Mohd Farees Bin Saharudin Lawrence Aloysius Aeria Norasiah Binti Ismail Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa Abstrak Kajian Tindakan ini dijalankan bertujuan untuk menentukan sejauh manakah keberkesanan penggunaan Nota Stiker dalam meningkatkan kebolehan murid tahun 4 mengingati jenis-jenis rumah di negara lain. Sampel kajian adalah terdiri daripada 30 orang murid tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Seri Saujana, Bandar Baru Seri Petaling. Instrumen kajian melibatkan penggunaan soalan ujian, borang soal selidik, skedul temubual dan catatan jurnal. Kajian telah dijalankan selama 2 minggu mengikut perancangan. Satu topik pelajaran yang sama dijalankan terhadap dua kelas yang berbeza di mana satu kelas menggunakan kaedah nota stiker manakala satu kelas lagi menggunakan kaedah tradisonal. Hasil dapatan kajian menunjukkan murid tahun 4 masih tidak dapat mengingati jenis- jenis rumah di negara lain walaupun kaedah Nota Stiker digunakan berbanding penggunaan kaedah tradisional. Beberapa cadangan penambahbaikan telah disertakan. Kebolehan mengingat sangat penting bagi seorang murid. Ini kerana tanpa kebolehan ini mereka pasti akan ketinggalan dalam aspek kurikulum. Lee (1997), dalam bukunya Psikologi Pendidikan menyatakan, tanpa kebolehan mengingat, segala yang dipelajari menjadi sia-sia sahaja. Ini adalah kerana sebagai seorang murid, daya ingatan amat penting untuk menentukan kecemerlangan dan kejayaan dalam peperiksaan (Syed Ismail dan Ahmad Subki, 2010). Dari konteks peperiksaan pula, kebolehan mengingat menjadi asas ukuran untuk menentukan sejauhmana seseorang murid telah mencapai pembelajaran. Oleh itu kegagalan mengingat fakta atau prinsip sudah tentu akan menjejaskan prestasi calon dalam peperiksaan. Justeru, calon tersebut dianggap telah gagal dalam pembelajaran. ISU KAJIAN 1

Upload: azimah-farudz

Post on 02-Sep-2015

216 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh kertas seminar

TRANSCRIPT

KEBERKESANAN PENGGUNAAN NOTA STIKER DALAM MENINGKATKAN KEBOLEHAN MURID TAHUN 4 MENGINGATI JENIS-JENIS RUMAH DI NEGARA LAIN

oleh

Mohd Farees Bin SaharudinLawrence Aloysius AeriaNorasiah Binti Ismail

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa

AbstrakKajian Tindakan ini dijalankan bertujuan untuk menentukan sejauh manakah keberkesanan penggunaan Nota Stiker dalam meningkatkan kebolehan murid tahun 4 mengingati jenis-jenis rumah di negara lain. Sampel kajian adalah terdiri daripada 30 orang murid tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Seri Saujana, Bandar Baru Seri Petaling. Instrumen kajian melibatkan penggunaan soalan ujian, borang soal selidik, skedul temubual dan catatan jurnal. Kajian telah dijalankan selama 2 minggu mengikut perancangan. Satu topik pelajaran yang sama dijalankan terhadap dua kelas yang berbeza di mana satu kelas menggunakan kaedah nota stiker manakala satu kelas lagi menggunakan kaedah tradisonal. Hasil dapatan kajian menunjukkan murid tahun 4 masih tidak dapat mengingati jenis-jenis rumah di negara lain walaupun kaedah Nota Stiker digunakan berbanding penggunaan kaedah tradisional. Beberapa cadangan penambahbaikan telah disertakan.

Kebolehan mengingat sangat penting bagi seorang murid. Ini kerana tanpa kebolehan ini mereka pasti akan ketinggalan dalam aspek kurikulum. Lee (1997), dalam bukunya Psikologi Pendidikan menyatakan, tanpa kebolehan mengingat, segala yang dipelajari menjadi sia-sia sahaja. Ini adalah kerana sebagai seorang murid, daya ingatan amat penting untuk menentukan kecemerlangan dan kejayaan dalam peperiksaan (Syed Ismail dan Ahmad Subki, 2010). Dari konteks peperiksaan pula, kebolehan mengingat menjadi asas ukuran untuk menentukan sejauhmana seseorang murid telah mencapai pembelajaran. Oleh itu kegagalan mengingat fakta atau prinsip sudah tentu akan menjejaskan prestasi calon dalam peperiksaan. Justeru, calon tersebut dianggap telah gagal dalam pembelajaran.

ISU KAJIAN Setiap kali di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, saya akan memastikan murid dapat mengimbas kembali tentang isi pelajaran yang telah dipelajari pada hari tersebut. Sebelum menamatkan sesi pengajaran dan pembelajaran, saya akan menyoal beberapa orang murid tentang apa yang telah mereka pelajari pada hari tersebut. Tujuan saya melakukan perkara ini adalah untuk memastikan hasil pembelajaran bagi tajuk yang diajar pada hari tersebut tercapai dengan jayanya. Selain itu, hal ini juga bertujuan untuk melihat keberkesanan pengajaran saya pada hari tersebut. Sekiranya hasil pembelajaran pada hari tersebut tidak dapat dicapai, saya akan mengubah cara pengajaran saya pada minggu berikutnya bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya berjaya dilaksanakan.Namun, sepanjang tiga kali saya praktikum, saya dapati murid sukar untuk mengingati isi pelajaran tentang tajuk Jenis-Jenis Rumah Di Negara Lain. Apabila saya meminta mereka menyatakan kembali beberapa isi pelajaran yang baru dipelajari tentang tajuk ini, respon dan jawapan yang diterima daripada murid agak mengecewakan. Kebanyakan murid gagal memberikan jawapan seperti yang diharapkan. Mereka seolah-olah sukar untuk mengingati isi pelajaran yang baru sahaja dipelajari. Contohnya ditunjukkan melalui catatan jurnal saya:Bahagian penutup kurang berjaya kerana apabila saya bertanya kembali soalan yang sama kepada murid mereka gagal untuk menjawab meskipun penerangan tentang topik jenis-jenis rumah di negara lain itu telah dilakukan banyak kali. (Catatan jurnal, 28 Jun 2012)Saya terpaksa membantu mereka dalam mengingat kembali apa yang telah mereka pelajari. Masalah ini bukan sahaja berlaku kepada murid di kelas yang kedua dan ketiga, malah ia turut terjadi kepada kelas yang pertama.Melihat kepada perkara ini, saya mula mencari punca-punca masalah ini berlaku. Menerusi kaedah pemerhatian yang dijalankan, saya mendapati punca utama masalah ini berlaku adalah disebabkan oleh isi pelajaran tajuk itu sendiri. Tajuk Jenis-jenis Rumah Di Negara Lain mengajar murid tentang jenis-jenis rumah di negara lain mengikut zon iklim yang berbeza-beza. Selain itu, ia juga mengajar murid tentang ciri-ciri rumah di negara lain. Kebanyakan murid tiada pengalaman sedia ada tentang jenis-jenis rumah di negara lain kerana mereka tidak pernah melancong ke luar negara. Jadi, ini merupakan sesuatu yang asing dan baru bagi murid.Satu lagi punca masalah ini berlaku adalah disebabkan murid kurang memberikan tumpuan ketika guru mengajar. Mereka sering bercakap dengan rakan di sebelah ketika saya sedang memberi penerangan di hadapan kelas. Mereka juga membuat kerja lain seperti melukis dan membuat kerja rumah mata pelajaran lain. Walaupun telah ditegur berulang kali, mereka masih melakukannya:Semasa saya sedang mengajar terdapat beberapa orang murid yang tidak memberi tumpuan kepada saya. Mereka membuat aktiviti lain seperti bermain secara senyap-senyap dengan rakan sebelah. Ada juga murid yang membuat kerja rumah mata pelajaran lain. Saya telah menegur mereka dan mereka terus memberi tumpuan kepada pengajaran saya. Namun selepas beberapa ketika mereka mengulangi perbuatan itu semula. (Catatan jurnal, 26 Jun 2012)Apabila murid tidak memberi perhatian ketika guru sedang mengajar, secara tidak langsung mereka tidak mendapat input-input penting tentang isi pelajaran pada hari tersebut. Ini akan membuatkan mereka tidak dapat mengimbas kembali isi pelajaran yang telah di ajar ketika di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dikukuhkan lagi berdasarkan Teori Pemprosesan Maklumat (Slavin, 1997) menyatakan bahawa tumpuan sangat penting dalam pembelajaran kerana tanpa tumpuan boleh membawa kepada lupaan dan maklumat baru yang diterima tidak akan diproses oleh ingatan jangka masa pendek kita.Memandangkan hal ini sesuatu yang tidak boleh dibiarkan berterusan, maka saya mula memikirkan beberapa cara untuk menangani masalah ini daripada berlarutan. Saya mula menyenaraikan beberapa cara yang difikirkan sesuai untuk mengatasi masalah ini. Setelah memikirkan dengan lebih mendalam, saya merasakan kaedah penggunaan nota dalam pembelajaran mampu membantu murid dalam mengingati isi pelajaran. Bagi menjadikan kaedah ini lebih menarik, saya menjadikan nota tersebut dalam bentuk pelekat. Ini membolehkan murid melekatkan nota yang diberi di tempat yang mereka mudah lihat. Secara tidak langsung, semakin kerap murid melihat dan membaca nota tersebut, semakin mudah murid mengingatinya. Kenyataan ini disokong oleh Abd. Fatah (2001) yang mengatakan bahawa ulangan atau membuat tinjauan semula bahan pembelajaran boleh meningkatkan daya ingatan.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian saya adalah untuk menentukan sejauh manakah kaedah Nota Stiker berkesan dalam membantu murid tahun 4 mengingati isi pelajaran bagi tajuk Jenis-Jenis Rumah Di Negara Lain.

KUMPULAN SASARAN/SAMPEL

Tajuk kajian saya adalah berdasarkan tajuk Jenis-Jenis Rumah Di Negara Lain dalam mata pelajaran Kajian Tempatan tahun 4. Justeru, responden saya adalah terdiri daripada murid-murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Seri Saujana di mana saya menjalani praktikum. Kajian ini melibatkan dua buah kelas yang berbeza. Dengan menggunakan responden daripada dua kelas yang berbeza ia memudahkan saya untuk melihat keberkesanan kaedah Nota Stiker. Kebiasaannya kelas yang berbeza sudah pasti tahap kognitif muridnya juga berbeza. Namun demikian, mengikut pemerhatian saya terhadap kedua-dua buah kelas, tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran Kajian Tempatan adalah lebih kurang sama. Hal ini ditunjukkan melalui catatan jurnal saya:

Ketika mengedarkan keputusan kertas ujian bulanan, saya terkejut melihat markah mata pelajaran Kajian Tempatan yang dicatatkan oleh kelas 4 A dan 4 B. Markah mereka lebih kurang sama. Ini menunjukkan tahap kognitif mereka tiada perbezaan yang ketara. (Catatan jurnal, 26 Jun 2012)

Justeru pemilihan kedua-dua buah kelas yang mempunyai tahap penguasaan yang sama adalah penting supaya keputusan kajian tidak boleh dipertikaikan disebabkan faktor pemilihan dua kelas yang berbeza. Saya telah menggunakan kaedah tradisional bagi kelas yang pertama iaitu kelas 4 A manakala kaedah Nota Stiker saya telah praktikkan kepada kelas yang kedua iaitu kelas 4 B.

CARA MENGUMPUL DATA

Bagi tujuan pengumpulan data saya telah menggunakan soalan ujian, soal selidik, catatan jurnal dan skedul temubual bersama murid saya. Ujian (lampiran 1) digunapakai untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah Nota Stiker dalam meningkatkan kebolehan murid mengingati jenis-jenis rumah di negara lain. Ujian ini terdiri daripada empat bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D. Bentuk soalan pada setiap bahagian adalah berbeza. Markah penuh bagi ujian ini adalah sebanyak 50 markah. Bagi mendapatkan markah dalam bentuk peratus, jumlah markah yang diperolehi oleh murid akan didarab dengan 2. Ujian dijalankan pada minggu kedua dalam tempoh pelaksanaan kajian tindakan ini. Masa menjawab bagi soalan ujian ini adalah selama 30 minit. Soalan-soalan ujian yang di bina adalah berdasarkan perbincangan bersama pensyarah penyelia di samping merujuk beberapa contoh soalan daripada buku latihan.

Soal selidik (lampiran 2) pula adalah bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada murid tentang keberkesanan kaedah Nota Stiker. Terdapat 7 soal selidik pada borang tersebut. Borang soal selidik yang dibina adalah berdasarkan skala Likert 5 mata. Soal selidik yang di bina adalah selari dengan objektif kajian. Skedul temubual yang dijalankan pula adalah untuk mendapatkan maklum balas secara langsung daripada murid. Temubual dijalankan bagi mendapatkan maklum balas yang lebih mendalam berkaitan kaedah Nota Stiker. Hanya beberapa orang murid sahaja yang dipilih secara rawak untuk ditemubual. Item borang soal selidik dan skedul temu bual di bina hasil perbincangan bersama pensyarah penyelia. Perbincangan ini dilakukan bertujuan agar item yang di bina adalah bertepatan dengan objektif kajian. Selain itu, saya juga telah merujuk kepada kajian yang lepas iaitu Hamzah (2010) dan Akmal (2011) untuk membina item soal selidik dan skedul temubual.

Setelah siap di bina, kesemua item soal selidik dan skedul temubual tersebut dihantar semula kepada pensyarah penyelia untuk disemak. Selepas disemak, pensyarah meminta saya membetulkan beberapa item soal selidik kerana ianya tidak sesuai dengan objektif kajian saya. Justeru, saya telah melakukan beberapa pembetulan terhadap item soal selidik misalnya Saya suka menjawab soalan yang diajukan oleh guru kepada Cara pengajaran guru membantu saya mengingati tajuk Jenis-Jenis Rumah di Negara Lain dengan baik. Bagi memudahkan pemahaman murid ketika mengisi borang soal selidik, saya telah menjelaskan tentang cara-cara mengisi borang soal selidik. Selain itu, saya juga telah menerangkan satu per satu item soal selidik kepada murid supaya mereka faham maksud setiap item tersebut.

Bagi skedul temubual, ianya dilakukan selepas murid selesai menjawab soalan ujian dan mengisi borang soal selidik. Saya telah memilih dua orang murid iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan secara rawak daripada kedua-dua buah kelas untuk ditemubual. Temubual dilakukan di pusat sumber sekolah. Temubual dilakukan secara individu bagi mengelakkan jawapan yang diberikan oleh murid dipengaruhi oleh jawapan rakannya. Tempoh masa temubual bagi setiap responden adalah lebih kurang 5 minit. Sebanyak 5 soalan telah di bina untuk skedul temubual ini. Soalan-soalan yang di bina ini juga adalah selari dengan objektif kajian. Sesi temubual turut direkodkan sebagai bukti.

Instrumen terakhir yang saya gunakan ialah catatan jurnal. Catatan jurnal ini merupakan penulisan refleksi saya selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Catatan jurnal dibuat setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran berakhir. Hal ini bertujuan untuk mengimbas kembali situasi yang berlaku semasa pengajaran dijalankan berdasarkan pandangan dan pengalaman yang dialami (Mohd Majid, 2004). Dengan adanya catatan jurnal, ia membantu saya untuk melihat dengan lebih jelas tentang kekurangan dan kelemahan saya ketika mengajar. Secara tidak langsung saya dapat melakukan penambahbaikan terhadap teknik pengajaran saya pada masa hadapan.Keempat-empat instrumen yang digunakan ini adalah bersesuaian dengan objektif kajian saya iaitu untuk melihat kebolehan murid untuk mengingati sesuatu topik pembelajaran. Misalnya item dalam instrumen soal selidik seperti Saya dapat mengingati ciri-ciri rumah di setiap zon iklim adalah untuk melihat adakah murid dapat mengingati ciri-ciri rumah di setiap zon iklim yang telah mereka pelajari sebelum ini. Jika mereka memilih skala 4 atau 5 pada borang soal selidik tersebut, ini menunjukkan mereka mengingati topik pembelajaran sebelumnya.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Kajian ini telah dilakukan selama dua minggu melibatkan dua kelas yang berbeza iaitu kelas 4 A dan 4 B. Tetapi tajuk pelajaran adalah sama bagi kedua-dua kelas iaitu Jenis-Jenis Rumah di Negara Lain. Pada minggu yang pertama, saya mengajar kelas 4 A menggunakan kaedah tradisional (rujuk lampiran 5 untuk rancangan pengajaran harian) manakala untuk kelas 4 B pula saya mengajar menggunakan kaedah Nota Stiker yang telah dirancang (rujuk lampiran 6 untuk rancangan pengajaran harian). Berbeza dengan kelas 4 A, setiap murid kelas 4 B dibekalkan dengan nota stiker tentang tajuk Jenis-Jenis Rumah Di Negara Lain di akhir pengajaran. Kemudian mereka diminta untuk melekatkan nota stiker tersebut pada tempat yang mereka mudah dan sering lihat seperti bekas pensil, meja, almari pakaian dan sebagainya. Ini bertujuan agar murid tersebut kerap membaca nota stiker tersebut secara tidak langsung dapat meningkatkan ingatan mereka terhadap tajuk ini.Pada minggu kedua, saya telah mentadbirkan satu ujian terhadap kedua-dua buah kelas. (rujuk lampiran 1 untuk soalan ujian) Murid di kedua-dua buah kelas tidak dimaklumkan tentang ujian tersebut. Ini dilakukan bertujuan untuk melihat sama ada murid masih ingat lagi atau tidak tentang isi-isi pelajaran pada minggu sebelumnya. Jika saya memaklumkan tentang ujian yang akan dijalankan dikhuatiri murid akan membuat ulangkaji sebelum menjawab soalan ujian. Sekiranya itu berlaku sudah tentu ia akan memudahkan murid menjawab soalan ujian tersebut. Soalan ujian adalah berkaitan tajuk Jenis-Jenis Rumah di Negara Lain yang diajar pada minggu pertama. Soalan-soalan ujian yang di bina adalah berdasarkan rujukan daripada buku teks dan juga buku latihan Kajian Tempatan. Ujian selama 20 minit ini telah diberikan kepada kedua dua kelas.

Sejurus selepas menjawab soalan ujian, saya telah mengedarkan satu borang soal selidik (rujuk lampiran 2) kepada setiap murid. Terlebih dahulu, saya telah menerangkan kepada murid cara-cara mengisi borang soal selidik agar murid faham dan jelas tentang borang soal selidik tersebut. Bagi kebanyakan mereka, ini adalah kali pertama mereka mengisi borang soal selidik. Situasi ini dicatatkan melalui jurnal saya:

Semasa mengedarkan borang soal selidik, ramai murid yang mengadu kepada saya tentang bagaimana cara untuk menjawab soalan ujian tersebut. Setelah diberitahu kertas tersebut adalah borang soal selidik mereka bertanya pula apa itu borang soal selidik. Maka saya terpaksa menerangkan kepada mereka tentang apa itu soal selidik dan cara-cara mengisi borang soal selidik. (Catatan jurnal, 19 Julai 2012)

Oleh itu penerangan awal adalah perlu supaya murid dapat mengisi borang soal selidik dengan betul. Saya juga membimbing murid mengisi borang soal selidik tersebut dengan memberi penerangan satu per satu item-item soal selidik kepada mereka.

Setelah semua murid selesai mengisi borang soal selidik, saya telah memanggil dua orang murid secara rawak yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan untuk ditemubual (rujuk lampiran 3 untuk soalan temubual). Temubual dijalankan di pusat sumber sekolah. Tempat ini dipilih kerana suasananya yang senyap memudahkan murid untuk ditemubual. Sebelum proses temubual dijalankan, kedua-dua mereka diasingkan agar jawapan yang mereka berikan tidak dipengaruhi oleh jawapan rakannya. Proses temubual ini mengambil masa lebih kurang 10 minit.

KEPUTUSAN

Jadual 4 menunjukkan skor yang dicapai oleh murid kelas 4 A dan kelas 4 B dalam ujian yang telah dijalankan.

Jadual 4 : Skor ujian murid kelas 4 A dan 4 B

NamaKelas 4 A (%)NamaKelas 4 B (%)

Murid 170Murid 156

Murid 252Murid 260

Murid 358Murid 382

Murid 470Murid 456

Murid 572Murid 580

Murid 660Murid 676

Murid 758Murid 762

Murid 888Murid 856

Murid 936Murid 950

Murid 1040Murid 1090

Murid 1176Murid 1148

Murid 1292Murid 1244

Murid 1360Murid 1372

Murid 1470Murid 1452

Murid 1536Murid 1580

Murid 1650Murid 1634

Murid 1752Murid 1734

Murid 1864Murid 1856

Murid 1990Murid 1970

Murid 2082Murid 2030

--Murid 2152

--Murid 2264

Peratus lulus90 %Peratus lulus86.4 %

Berdasarkan Jadual 4, kedua-dua kelas mempunyai bilangan murid yang berbeza iaitu kelas 4 A seramai 20 orang manakala kelas 4 B seramai 22 orang. Kelas 4 A yang tidak menggunakan kaedah Nota Stiker mencatatkan peratus murid yang lulus sebanyak 90%. Manakala kelas 4 B yang menggunakan kaedah Nota Stiker pula mencatatkan peratus murid yang lulus sebanyak 86.4%. Peratus lulus bagi murid kelas 4 B adalah rendah berbanding kelas 4 A menunjukkan bahawa kaedah Nota Stiker tidak mampu membantu murid dalam meningkatkan kebolehan mereka mengingati jenis-jenis rumah di negara lain. Ini adalah kerana murid kelas 4 A masih mampu mencatatkan peratus lulus yang lebih tinggi meskipun tidak menggunakan kaedah Nota Stiker.

Jadual 4 di atas juga menunjukkan jumlah murid yang mendapat keputusan gagal iaitu murid yang mencatatkan jumlah markah di bawah paras 40% bagi kelas 4 A adalah lebih rendah berbanding kelas 4 B. Bagi kelas 4 A, hanya 2 orang mendapat keputusan gagal dalam ujian yang diberikan berbanding 3 orang yang mendapat keputusan gagal di kelas 4 B. Data ini sekali gus mengukuhkan lagi dapatan kajian di mana objektif kaedah Nota Stiker gagal di capai. Dapatan kajian ini dijelaskan lagi dengan analisis pencapaian murid mengikut skor markah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5 dan Rajah 1.

Jadual 5: Analisis Pencapaian Murid Mengikut Skor Markah

Skor MarkahKelas 4 AKelas 4 B

Bil.%Bil.%

Cemerlang (80%-100%)420418.1

Memuaskan (60%-79%)840627.3

Sederhana (40%-59%)630941

Tidak Memuaskan (20%-39%)210313.6

Lemah (0%-19%)0000

Berdasarkan Jadual 5, terdapat 5 kategori skor markah yang disenaraikan. Skor markah bagi kategori Cemerlang, Memuaskan dan Sederhana adalah dikira sebagai lulus manakala kategori Tidak Memuaskan dan Lemah dikira sebagai gagal. Seramai 19 orang murid kelas 4 B lulus berbanding hanya 18 orang murid kelas 4 A yang lulus. Jika dilihat daripada jumlah murid yang lulus jelas menunjukkan kelas 4 B lebih ramai. Namun begitu peratusan murid yang lulus bagi murid kelas 4 A adalah lebih tinggi berbanding kelas 4 B. Ini adalah kerana bilangan murid kelas 4 B lebih ramai berbanding murid kelas 4 A.

Jika dilihat dari sudut kegagalan murid pula, kelas 4 B mencatatkan peratusan murid yang gagal lebih tinggi daripada murid kelas 4 A iaitu sebanyak 13.6% berbanding dengan 10% bagi kelas 4 A. Dari segi bilangan murid juga menunjukkan bahawa seramai 3 orang murid 4 B mendapat keputusan gagal berbanding 2 orang sahaja murid kelas 4 A. Keputusan ini sekaligus menyokong dapatan bahawa kaedah Nota Stiker tidak memberi sebarang impak dalam meningkatkan kebolehan murid mengingati jenis-jenis rumah di negara lain.

Jadual 6 menunjukkan analisis data berdasarkan respon yang diterima daripada borang soal selidik.

Jadual 6: Perbandingan Min Respon Murid Terhadap Item Soal Selidik

Bil.ItemMinPerbezaan

Kelas 4 AKelas 4 B

1.Saya masih mengingati tajuk yang dipelajari pada minggu lepas.4.003.330.67

2.Saya masih mengingati apa yang diajar oleh guru pada minggu lepas.4.063.660.40

3.Saya dapat mengingati ke semua zon iklim yang telah dipelajari.4.533.461.07

4.Saya dapat mengingati contoh rumah di setiap zon iklim.4.133.530.60

5.Saya dapat mengingati ciri-ciri rumah di setiap zon iklim.3.733.130.60

6.Cara pengajaran guru membantu saya mengingati tajuk Jenis rumah di Negara Lain dengan baik.4.733.601.13

7.Latihan yang diberikan oleh guru membantu saya mengingati tajuk Jenis Rumah di Negara Lain.4.133.860.27

Berdasarkan Jadual 6 di atas, kelas 4 A mencatatkan purata min yang lebih tinggi berbanding kelas 4 B pada setiap item soal selidik. Berdasarkan item yang pertama, kelas 4 A mencatatkan min sebanyak 4.00 manakala kelas 4 B mencatatkan min sebanyak 3.33. Ini menunjukkan bahawa murid kelas 4 A masih mengingati tajuk yang dipelajari pada minggu lepas walaupun tidak menggunakan kaedah Nota Stiker. Selain itu, item 6 dan 7 menunjukkan bahawa kaedah pengajaran tradisional yang saya gunakan terhadap kelas 4 A lebih berjaya berbanding kaedah Nota Stiker. Dapatan daripada soal selidik ini disokong dengan temubual yang dijalankan ke atas 4 orang murid daripada kedua-dua buah kelas yang dipilih secara rawak. Berikut merupakan temubual yang dilakukan ke atas murid:

Murid 1 Kelas 4 AGuru :Ingat lagi tak apa yang cikgu ajar pada minggu lepas?Murid :Hmmm..(diam lalu menggelengkan kepala).Guru :Kita belajar tentang jenis-jenis rumah di negara lain kan? Murid :Oo baru saya ingat.Guru :Ingat lagi tak contoh rumah di negara lain? Kalau ingat cuba beritahu cikgu.Murid :Ingat. Contoh rumah di negara lain yang saya tahu ialah iglu, tupik dan khemah.Guru :Ok sekarang cikgu nak kamu sebutkan keempat-empat zon iklim yang kamu belajar minggu lepas.Murid : Zon Panas, Zon Sejuk, errrtak ingat la cikgu.

Murid 2 Kelas 4 AGuru :Ingat lagi tak apa yang cikgu ajar pada minggu lepas?Murid :Ingat.Guru :Kita belajar tentang apa? Murid :hmmlupa la cikgu.Guru :Ok minggu lepas kita belajar tentang jenis-jenis rumah di negara lain. Ingat lagi tak contoh rumah di negara lain? Kalau ingat cuba bagi cikgu satu contoh.Murid :IgluGuru :Cuba terangkan kat cikgu macam mana bentuk iglu tu. Murid : Bulat.Guru : Kurang tepat jawapan kamu tu. Kalau separuh bulat kita panggil apa?Murid :Hmtak tahu la cikgu

Murid 1 Kelas 4 BGuru :Ingat lagi tak kita belajar apa minggu lepas?Murid :Ingat. Kita belajar tajuk Jenis-Jenis Rumah Di Negara Lain.Guru :Bagus. Ingat lagi tak contoh rumah di negara lain? Kalau ingat cuba beritahu cikgu.Murid :Ingat. Contoh rumah di negara lain seperti iglu dan tupik.Guru :Bagus. Tupik diperbuat daripada apa?Murid :Tupik dibuat daripada kulit binatang. Tapi saya tak ingat binatang apa

Murid 2 Kelas 4 BGuru :Ingat lagi tak apa yang cikgu ajar pada minggu lepas?Murid :Tak ingat.Guru :Ok minggu lepas kita belajar tentang jenis-jenis rumah di negara lain. Boleh beritahu cikgu satu contoh jenis rumah di negara lain tak?Murid :Boleh. Tapi saya ingat satu je. Iglu.Guru :Ok bagus. Kenapa rumah di zon iklim sejuk ada serombong asap kat atas bumbungnya?Murid : Sebab kat situ sejuk.Guru :Memang la dekat situ sejuk. Tapi kenapa rumah kat situ ada serombong asap?Murid :Hm..tak tahu la cikgu. Saya tak ingat

Daripada temubual yang dilakukan dapat dilihat keempat-empat murid tersebut hanya mengingati sedikit sahaja daripada apa yang mereka telah pelajari. Mereka masih mampu mengingati tajuk pelajaran pada minggu sebelumnya. Namun, kebanyakkan isi-isi penting tentang tajuk Jenis-Jenis Rumah Di Negara Lain tidak dapat diingati. Saya terpaksa membimbing dengan memberikan sedikit petunjuk supaya mereka dapat mengingatinya. Hal ini menunjukkan bahawa kaedah Nota Stiker yang saya gunakan tidak dapat membantu murid dalam mengingati jenis-jenis rumah di negara lain.

KESIMPULAN

Sebagai seorang guru, kita bukan hanya perlu mengetahui dan mendalami tentang pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang perlu digunakan, malah seseorang guru itu harus mempunyai kreativiti tersendiri dalam usaha menjadikan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu berkesan dan mampu menarik minat murid. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan motivasi ekstrinsik terhadap diri murid seperti yang disokong oleh Mok Soon Sang (2008) di mana motivasi ekstrinsik ini boleh dirangsangkan dalam bentuk-bentuk seperti memberi peneguhan positif dan membentuk iklim belajar yang kondusif untuk mendorong mereka belajar.

Di samping itu juga, guru perlu menerima bahawa, setiap kaedah mahupun strategi pengajaran yang digunakan terhadap sesuatu kelas yang diajarnya mungkin perlu berbeza antara satu sama lain. Contohnya pengajaran yang menggunakan kaedah nota stiker mungkin sesuai digunakan kepada kelas A tetapi ianya tidak sesuai digunakan kepada kelas B. Hal ini dijelaskan seperti berikut:

No single set of strategies or remedial procedures is effective under all conditions with all children. We must remain open minded and give thoughtful consideration to many theoretical and methodological points of view if we are to effectively aid children. (Walker, Shea & Bauer 2007, hlm. 5)

Justeru, guru tidak seharusnya terlalu bergantung dengan satu kaedah pengajaran sahaja. Perkara ini disebabkan, tidak semua murid sesuai dengan kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran yang digunapakai oleh guru. Maka, guru harus peka dalam menilai kesesuaian pendekatan yang dipilih untuk dilaksanakan dalam bilik darjah.

Secara keseluruhannya, saya kurang berpuas hati kerana kaedah yang saya cipta ini tidak dapat mencapai objektifnya untuk meningkatkan daya ingatan murid. Namun begitu, secara peribadinya saya yakin bahawa kaedah ini ada potensi untuk berjaya jika ia lebih banyak kajian dilakukan dengan lebih mendalam. Saya amat berharap kajian ini dapat diteruskan pada masa hadapan supaya saya dapat membuktikan keberkesanan penggunaan kaedah Nota Stiker ini.

SENARAI RUJUKANAbd Fatah Hasan. (2001). Siri kemahiran berfikir, penggunaan minda secara optimum dalam pembelajaran. Bentong: PTS Publications and Distributors.Akmal Hazimin. (2011). Keberkesanan penggunaan bahan maujud sebagai bahan bantu mengajar dalam menarik minat murid tahun 5 terhadap mata pelajaran kajian tempatan. Tesis sarjana muda tidak diterbitkan, IPG kampus Bahasa Antarabangsa. Kuala Lumpur: Malaysia.

Hamzah Mohamad. (2010). Penggunaan teknik kuwarsi dalam meningkatkan ingatan murid tentang geografi fizikal tanah tinggi di Malaysia serta kepentingannya. Tesis sarjana muda tidak diterbitkan, IPG kampus Bahasa Antarabangsa. Kuala Lumpur: Malaysia.

Lee, S. M. (1997). Psikologi pendidikan 2, Subang Jaya: Kumpulan Budiman.

Mohd Majid Konting (2004). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.Mok Soon Sang. (2008). Siri pendidikan, psikologi pendidikan dan pedagogi, murid dan alam belajar. Ipoh: Penerbitan Multimedia.Slavin, R. E (1997). Educational psychology: theory and practise. Boston: Allyn Bacon.Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010). Siri kemahiran generik, kemahiran belajar. KualaLumpur: Penerbitan Multimedia. Walker, J., E., Shea, T., M., & Bauer, A., M. (2007). Behavior management: A practical approach for educators (9th ed.). Ohio: Pearson, Merrill Prentice Hall.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSALEMBAH PANTAI,59200 KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUANAMBILAN JANUARI 2009

PENYELIDIKAN TINDAKAN(Draf)

Keberkesanan Penggunaan Nota Stiker Dalam Meningkatkan Kebolehan Murid Tahun 4 Mengingati Jenis-Jenis Rumah Di Negara Lain

Nama:Mohd Farees Bin Saharudin

No. MyKad:890326055181

Pensyarah pembimbing:Dr. Lawrence Aloysius AeriaDr. Norasiah Bt. Ismail

1