pendaftaran lawatan teknikal tajaan ...skor.mardi.gov.my/documents/brochure skor 2020 update...

2
Penganjur: Disokong oleh: PENDAFTARAN Penyertaan adalah terhad selaras dengan norma baharu pasca COVID-19. Peserta hendaklah mendaftar secara dalam talian di alamat berikut skor.mardi.gov.my YURAN* Peserta : RM150 * Yuran merangkumi material persidangan, jamuan ringan dan makan tengah hari. * Yuran pendaftaran hendaklah dibayar selewat- lewatnya 24 November 2020 MAKLUMAT UNTUK PEMBAYARAN Nama Akaun: Dana Persidangan MARDI No. Akaun: 8002159290 Nama Bank: CIMB Bank Berhad SIAPA WAJAR HADIR? Penggubal dasar √ Pengusaha produk organik √ Pegawai Penyelidik √ Persatuan pertanian organik √ Pegawai pengembangan √ Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) √ Ahli akademik √ Aktivis Pertanian Organik √ Pengusaha ladang organik √ Siswazah/pelajar PERTANYAAN LANJUT Berkaitan pendaftaran Berkaitan kertas kerja, Berkaitan penyertaan dan pembayaran yuran: program dan poster: tajaan: Mariana Mat Yasin Noor Sarinah Mohd Noor Haryati Mansor Pusat Pemindahan Teknologi Pusat Penyelidikan Sains Tanah, Pusat Penyelidikan Sains & Pembangunan Usahawan, Air & Baja, MARDI Tanah, Air & Baja, MARDI MARDI Tel: (03) 8953 7257 Tel: (03) 8953 6723 Tel: (603) 8953 6805/6803 Faks: (03) 8953 6699 Faks: (603) 8953 6699 Faks: (603) 8953 6789 E-mel: [email protected] E-mel: [email protected] E-mel: [email protected] TAJAAN Individu, syarikat dan organisasi dijemput untuk menyertai pakej tajaan SKOr 2020 untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan yang diberikan kepada para peserta yang terlibat dalam pertanian organik. Maklumat pakej tersebut boleh didapati dengan melayari skor.mardi.gov.my LAWATAN TEKNIKAL Lawatan teknikal ke Ladang Organik Bersepadu MARDI akan diadakan pada 2 Disember 2020. Ladang ini menggunakan sistem integrasi pertanian antara tanaman, ternakan dan kelulut. Demonstrasi pembuatan baja, kompos dan tanaman akan ditunjukkan semasa lawatan tersebut. Sila layari laman web SKOr 2020 untuk maklumat lanjut.

Upload: others

Post on 20-Oct-2020

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Penganjur: Disokong oleh:

    PENDAFTARAN

    Penyertaan adalah terhad selaras dengan norma baharu pasca COVID-19. Peserta hendaklah mendaftar secara dalam talian di alamat berikut skor.mardi.gov.my

    YURAN*

    Peserta : RM150

    * Yuran merangkumi material persidangan, jamuan ringan dan makan tengah hari.

    * Yuran pendaftaran hendaklah dibayar selewat-lewatnya 24 November 2020

    MAKLUMAT UNTUK PEMBAYARAN

    Nama Akaun: Dana Persidangan MARDINo. Akaun: 8002159290Nama Bank: CIMB Bank Berhad

    SIAPA WAJAR HADIR?

    √ Penggubal dasar √ Pengusaha produk organik√ Pegawai Penyelidik √ Persatuan pertanian organik√ Pegawai pengembangan √ Pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

    √ Ahli akademik √ Aktivis Pertanian Organik

    √ Pengusaha ladang organik √ Siswazah/pelajar

    PERTANYAAN LANJUT

    Berkaitan pendaftaran Berkaitan kertas kerja, Berkaitan penyertaan dan pembayaran yuran: program dan poster: tajaan: Mariana Mat Yasin Noor Sarinah Mohd Noor Haryati MansorPusat Pemindahan Teknologi Pusat Penyelidikan Sains Tanah, Pusat Penyelidikan Sains& Pembangunan Usahawan, Air & Baja, MARDI Tanah, Air & Baja, MARDIMARDI Tel: (03) 8953 7257 Tel: (03) 8953 6723Tel: (603) 8953 6805/6803 Faks: (03) 8953 6699 Faks: (603) 8953 6699Faks: (603) 8953 6789 E-mel: [email protected] E-mel: [email protected]: [email protected]

    TAJAAN

    Individu, syarikat dan organisasi dijemput untuk menyertai pakej tajaan SKOr 2020 untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan yang diberikan kepada para peserta yang terlibat dalam pertanian organik. Maklumat pakej tersebut boleh didapati dengan melayari skor.mardi.gov.my

    LAWATAN TEKNIKAL

    Lawatan teknikal ke Ladang Organik Bersepadu MARDI akan diadakan pada 2 Disember 2020. Ladang ini menggunakan sistem integrasi pertanian antara tanaman, ternakan dan kelulut. Demonstrasi pembuatan baja, kompos dan tanaman akan ditunjukkan semasa lawatan tersebut. Sila layari laman web SKOr 2020 untuk maklumat lanjut.

  • LATAR BELAKANG

    Pertanian organik adalah sistem pengeluaran yang mengekalkan kesihatan tanah, ekosistem dan manusia. Ia bergantung kepada proses ekologi dan kepelbagaian biologi yang disesuaikan dengan keadaan setempat, dan bukannya menggunakan input luar yang memberi kesan negatif kepada ekologi dan persekitaran. Pertanian organik di Malaysia sedang dalam fasa membangun di mana terdapat beberapa kelemahan dalam rangkaian nilai pertanian yang perlu diberi perhatian. Di antaranya ialah kos pengeluaran yang tinggi, pengeluaran hasil yang rendah, pengurusan perosak dan penyakit yang lemah, pengendalian selepas penuaian, strategi pemasaran yang lemah dan hasil pengeluaran produk segar yang tidak konsisten. Ini semua menjurus kepada harga jualan yang tinggi yang memberi impak kepada ketidakmampuan golongan B40 sebagai konsumer produk organik. Sejajar dengan strategi dan pendekatan yang telah dibangunkan oleh IFOAM (International Federation of Organic Agriculture Movements), SKOr 2020 akan memperkenal dan berkongsi visi serta komitmen Organik 3.0 untuk dilaksanakan di Malaysia. Organik 3.0 menggunakan pendekatan menyeluruh bagi memperluaskan penggunaan sistem pertanian yang mampan berasaskan prinsip organik yang holistik dan lebih moden serta inovatif. Ini adalah sejajar dengan tema SKOr 2020 “Organik 3.0 : Fasa Baru Pembangunan Pertanian Organik”. SKOr 2020 bertindak sebagai pemacu kepada pemerkasaan pertanian dan pasaran organik dengan memfokuskan kepada inovasi, pemodenan, ketelusan dan kepelbagaian teknologi dalam pertanian organik. Kertas-kertas teknikal yang menjurus kepada prinsip Organik 3.0 akan dibentangkan oleh kumpulan pakar, penyelidik dan pemain industri. Selain itu, sesi pembentangan serta pameran oleh pemegang taruh dan usahawan organik juga akan diberi keutamaan. Lawatan teknikal ke ladang organik berhampiran dijadualkan pada hari kedua seminar bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman melalui contoh ladang oganik yang telah dianugerahkan sijil amalan pertanian organik di Malaysia.

    OBJEKTIF

    • Memperkenalkan prinsip organik 3.0 yang berasaskan pendekatan yang menyeluruh dalam setiap rangkaian nilai pertanian organik

    • Membincangkan pemerkasaan pertanian organik secara holistik, inovatif dan mapan

    • Menyediakan perkongsian maklumat dan teknologi antara pemegang taruh, penyelidik, usahawan, petani dan pegawai pertanian

    • Memperluaskan jaringan hubungan komuniti pertanian organik

    POSTER

    Saiz poster: Potret 45 cm x 71 cm(18 inci x 28 inci)

    KERTAS KERJA SEMINAR

    Abstrak untuk kertas kerja oral dan poster hendaklah ditulis dalam bentuk ‘Times New Roman’ bersaiz 12. Margin untuk setiap sisi bersaiz 25 mm. Jumlah perkataan tidak melebihi 300 patah perkataan. Tarikh akhir

    penghantaran abstrak untuk kertas kerja lisan dan poster ialah 30 September 2020 hendaklah dihantar melalui e-mel kepada: [email protected]

    TARIKH PENTINGTarikh akhir penghantaran abstrak :30 September 2020

    TOPIK KERTAS KERJA TEKNIKAL

    • Pengeluaran tanaman organik secara mapan dan kos-efektif• Sistem pertanian organik secara bersepadu menggunakan

    konsep circular farming dan mix faming• Pengurusan penyakit dan perosak secara bersepadu, lestari

    dan efektif• Kepelbagaian biodiversiti dan agro-ekologi• Pengurusan sisa organik sebagai input ladang• Pengurusan agro-ekologi dan kejuruteraan ekologi• Pengeluaran ternakan dan makanan ternakan secara organik• Pengeluaran cendawan organik• Pengeluaran herba organik• Pensijilan organik di Malaysia dan luar negara• Pemasaran dan promosi hasilan organik• Pengurusan lepas tuai secara organik• Pemprosesan makanan organik setempat• Kualiti dan nilai nutrisi makanan organik• Pertanian organik secara agrotourism dan farmers field school• Analisa ekonomi dan daya saing pasaran produk organik

    UCAPTAMA

    • Adaptasi dan hala tuju standard myOrganik di peringkat kebangsaan dan global – DOA• Organik 3.0: Anjakan paradigma pertanian organik yang berkonsepkan teknologi dan

    inovasi – MARDI• Kriteria kualiti makanan organik bagi menjamin pemakanan selamat dan bebas kimia –

    KKM• Perlukah pertanian organik di Malaysia? Pengenalan kepada keselamatan makanan dan

    prosedur kuarantin - MAQIS