kertas kerja seminar filem guess who’s coming to dinner (1967)

28
1 1. FESTIVAL FILEM 1.0 Tema festival filem Tema festival filem yang dipilih adalah racism iaitu perkauman. Filem yang bertemakan perkauman dipilih kerana konflik etnik dan ras merupakan cemuhan terhadap peradaban manusia. Setiap kaum berbangga dengan keunikan fizikal masing-masing telah dijadikan punca perbalahan antara kaum, sungguhpun konflik etnik dan ras telah pun wujud sejak awal kewujudan manusia, namun ia masih berlarutan sehingga hari ini. Pada hari ini, konflik etnik dan ras tetap wujud di setiap pelusuk dunia. Oleh yang demikian, tema festival filem ini iaitu racism menyingkap isu-isu perkauman dalam konteks yang luas iaitu perkahwinan. Kumpulan kami telah bersetuju untuk memilih tema ini disebabkan isu-isu perkauman masih menjadi isu yang paling serius dalam konteks dunia hari ini. Kami berharap agar melalui festival filem ini, ianya akan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya penyatuan kaum dalam kalangan masyarakat dunia. Ternyata, konflik yang berpunca dari ketidakadilan dan rasa tidak puas hati antara manusia disebabkan oleh perbezaan warna kulit dan budaya yang masih ketara. Konflik yang berlaku di negara-negara bekas Persekutuan Soviet, Eropah Timur, negara-negara Bahkan, Palestin, negara Afrika seperti Rwanda, juga di negara maju seperti Amerika Syarikat dan baru-baru ini di negara jiran kita Indonesia telah membuktikan kepada manusia sejagat bahawa ketegangan suku kaum telah membawa kepada keganasan dan konfrontasi. Dari segi definisi, Ras (Race) adalah kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan yang berkongsi ciri-ciri biologi tersendiri yang diwarisi, dan dapat dibezakan dengan jelas dalam masyarakat (Macionis, 1998:214). Pada suatu ketika dahulu, manusia pernah dibahagikan kepada kategori Caucasoid, Mongoloid, Negroid dan Australoid dengan berdasarkan kepada perbezaan fizikal seperti warna kulit, warna rambut, rupa bentuk dan lain-lain. Menurut Academic American Encyclopedia (Volume 16:37), ras boleh didefinisikan sebagai teori atau falsafah yang menyatakan seseorang mewarisi ciri-ciri seperti warna kulit, rupa bentuk, warna rambut, tingkah laku, kelakuan atau tahap intelektual. Pengertian

Upload: nina-adam

Post on 22-Jun-2015

292 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

Tema filem yang mengangkat isu perkauman. Ia merupakan tugasan berkumpulan yang dilakukan oleh pelajar Sinematografi tahun 3 Universiti Malaysia Sarawak. Terdiri daripada: Azmi bin Mohd Taha Jenny Tai Norhasnina binti Adam Nur Amirah binti Ahmad Nur Hidayahtul Iffah binti Ismail

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)

1

1. FESTIVAL FILEM

1.0 Tema festival filem

Tema festival filem yang dipilih adalah racism iaitu perkauman. Filem yang

bertemakan perkauman dipilih kerana konflik etnik dan ras merupakan cemuhan terhadap

peradaban manusia. Setiap kaum berbangga dengan keunikan fizikal masing-masing telah

dijadikan punca perbalahan antara kaum, sungguhpun konflik etnik dan ras telah pun wujud

sejak awal kewujudan manusia, namun ia masih berlarutan sehingga hari ini. Pada hari ini,

konflik etnik dan ras tetap wujud di setiap pelusuk dunia.

Oleh yang demikian, tema festival filem ini iaitu racism menyingkap isu-isu

perkauman dalam konteks yang luas iaitu perkahwinan. Kumpulan kami telah bersetuju untuk

memilih tema ini disebabkan isu-isu perkauman masih menjadi isu yang paling serius dalam

konteks dunia hari ini. Kami berharap agar melalui festival filem ini, ianya akan dapat

memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya penyatuan kaum dalam

kalangan masyarakat dunia.

Ternyata, konflik yang berpunca dari ketidakadilan dan rasa tidak puas hati antara

manusia disebabkan oleh perbezaan warna kulit dan budaya yang masih ketara. Konflik yang

berlaku di negara-negara bekas Persekutuan Soviet, Eropah Timur, negara-negara Bahkan,

Palestin, negara Afrika seperti Rwanda, juga di negara maju seperti Amerika Syarikat dan

baru-baru ini di negara jiran kita Indonesia telah membuktikan kepada manusia sejagat

bahawa ketegangan suku kaum telah membawa kepada keganasan dan konfrontasi.

Dari segi definisi, Ras (Race) adalah kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki

dan perempuan yang berkongsi ciri-ciri biologi tersendiri yang diwarisi, dan dapat dibezakan

dengan jelas dalam masyarakat (Macionis, 1998:214). Pada suatu ketika dahulu, manusia

pernah dibahagikan kepada kategori Caucasoid, Mongoloid, Negroid dan Australoid dengan

berdasarkan kepada perbezaan fizikal seperti warna kulit, warna rambut, rupa bentuk dan

lain-lain.

Menurut Academic American Encyclopedia (Volume 16:37), ras boleh didefinisikan

sebagai teori atau falsafah yang menyatakan seseorang mewarisi ciri-ciri seperti warna kulit,

rupa bentuk, warna rambut, tingkah laku, kelakuan atau tahap intelektual. Pengertian

Page 2: Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)

2

sedemikian menyebabkan sesetengah manusia mengangggap kaum mereka adalah lebih

unggul daripada kaum lain.

Penyalahgunaan konsep ras dalam konteks ini menyebabkan berlakunya prasangka

dan diskriminasi di antara golongan tertentu di dalam dunia. Walau bagaimanapun,

pengertian ini telah disangkal oleh Encyclopedia of Religion. Sebaliknya, menurut

Encyclopedia of Religion (Volume 12:184), manusia tidak sepatutnya di kelaskan mengikut

ras. Manusia adalah dalam satu kelas yang sama dan setara. Tiada manusia yang lebih baik

atau lebih handal dari yang lain semata-mata kerana perbezaan warna kulit, rupa bentuk dan

sebagainya.

Etnik (ethnic) pula tidak dipengaruhi oleh faktor biologi tetapi ianya merujuk kepada

golongan yang berkongsi budaya yang diwarisi (Macionis, 1998:215). Golongan dari etnik

yang sama akan mempunyai kesamaan dari segi asal-usul, bahasa dan agama. Sebagai

contoh, di bekas negara Yugoslavia, etnik Serb, Croatia dan Bosnia secara fizikalnya adalah

sama (sama ras) tetapi mereka berbeza dari segi budaya, bahasa dan agama. Pada dasarnya,

ras dan etnik adalah hampir sama dari segi pengertian dan bagi mengelakkan kekeliruan,

konsep “kelompok etnik” digunakan bagi merujuk kepada golongan-golongan yang berbeza

dari segi kebudayaan, kepercayaan, adat resam, bahasa, agama dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, dari segi amalan perbezaan di antara konsep ras dan etnik

kadang-kala menjadi kabur dan kedua-duanya digunakan secara saling-ganti seperti di

Malaysia, di mana kelompok-kelompok Melayu, Cina dan India yang sepatutnya dikenali

sebagai kelompok-kelompok etnik juga dipanggil kelompok-kelompok ras dalam keadaan

tertentu. Oleh yang demikian, konsep racism dalam masyarakat hari ini masih menjadi duri

dalam daging. Keharmonian sejagat tidak akan tercapai sekiranya masih ada segelintir kaum

yang memandang remeh terhadap isu perkauman ini. Selain itu, sikap prejudis dan stereotaip

yang masih wujud haruslah dihapuskan demi mewujudkan penyatuan kaum dalam konteks

dunia.

Page 3: Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)

3

1.1 Cadangan dalam festival filem

Filem-filem yang bertemakan perkauman banyak memberi pendedahan mengenai

wujudnya jurang antara sesebuah negara ataupun masyarakat. Terdapat pelbagai filem dibuat

yang menjadi cadangan di dalam filem festival ini seperti The Great White Hope (1970), To

Fill A Mockingbird (1962), American History X (1998), Remember The Titans (2000), Do

The Right Things (1989), Boy In The Hood (1991), Song of the Southc (1946), dan Guess

Who‟s Coming to Dinner (1967).

Filem-filem yang dipilih banyak yang mengetengahkan mengenai diskriminasi kulit

dan ras. Amerika Syarikat, diskriminasi ras mempunyai hubungan yang rapat dengan sistem

perhambaan yang wujud di negara itu pada kurun ke-18 dan ke-19. Walaupun perhambaan

telah dihapuskan, tetapi tidak bererti ketidaksamaan di antara kaum telah dihapuskan.

Sehingga kini, masyarakat Amerika umumnya masih menuntut ke arah pembentukan

“American Creed” (cita-cita kebangsaan Amerika untuk mencapai kesamaan, demokrasi,

kebebasan, keadilan dan lain-lain) dan mengecam sebarang bentuk diskriminasi dan

prasangka ras dalam sebarang bentuk.

Meskipun begitu, filem-filem yang telah dipilih ini menyingkap isu-isu perkauman

dari pelbagai perspektif yang berbeza. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada filem-

filem ini membawa fenomena rusuhan kaum dan perpecahan antara kaum. Isu-isu ini

kelihatan serius dan sering kali terjadi dalam kalangan masyarakat hari ini. Selain itu,

terdapat juga isu yang mendedahkan isu perkauman dalam konteks sejarah sesuatu kaum

yang membenci kaum lain. Selain itu, terdapat juga filem-filem yang berkonsepkan

propaganda disusuli dengan aspek politik yang melampau. Isu-isu ini sudah terlalu biasa

untuk diperkatakan dan dibincangkan secara umum. Kebanyakan filem-filem yang telah

kumpulan kami bincangkan lebih banyak membawa impak negatif berbanding impak positif.

Oleh yang demikian, kumpulan kami telah berbincang untuk memilih satu filem yang

mengetengahkan isu perkauman dalam konteks perkahwinan campur. Manakala skop isu

perkauman ini pula mendedahkan mengenai perkahwinan campur antara kaum kulit putih

dengan kaum kulit hitam di Barat, khususnya. Dan, filem yang akan kami tayangkan ini akan

membawa impak positif dari segi tema dan persoalan yang disampaikan dalam filem ini. Hal

Page 4: Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)

4

ini demikian kerana konsep perkahwinan campur yang banyak terjadi telah membawa kepada

kesan positif dan juga kesan negatif dalam usaha menyatupadukan kaum di dunia ini.

Hal ini dapat dilihat melalui perkahwinan campur antara kaum kulit putih dengan

kaum kulit hitam di Barat, sungguhpun kesamarataan hak di antara kaum kulit putih dengan

kaum kulit hitam pernah diperjuangkan oleh Dr. Martin Luther King pada awal sejarah

Amerika Syarikat, namun rusuhan kaum di Los Angeles pada tahun 1992 telah membuktikan

kepada dunia bahawa walaupun setelah lebih daripada dua abad Amerika Syarikat mencapai

kemerdekaan, namun hubungan antara ras masih begitu rapuh.

Peristiwa hitam 1992 tercetus akibat daripada kes kekasaran ke atas Rodney King

oleh dua anggota polis kaum kulit putih, ia telah menyebabkan kemarahan kaum kulit hitam

(Associated Press, 3 Mac. 1998). Ekoran daripada itu, rusuhan kaum telah dilancarkan secara

besar-besaran di seluruh bandaraya Los Angeles. Seluruh bandaraya Los Angeles menjadi

lumpuh akibat daripada rusuhan pada ketika itu. Namun, tidak banyak yang berubah sejak itu.

Sentimen kebencian masih menebal di antara ras dan etnik.

Pada hakikatnya, diskriminasi dan prasangka atas dasar warna kulit nyata masih

berterusan di Amerika Syarikat. Sungguhpun wujudnya idea mengenai individualisme

(individualisme) dan kebebasan hak, masyarakat Amerika rata-rata masih menilai

kemampuan seseorang mengikut kaum, etnik dan kelas sosial. Kaum kulit putih diletakkan

pada status yang lebih tinggi berbanding kaum lain. Hak kaum bukan kulit putih dalam soal

pembahagian kawasan perumahan, peluang pelajaran dan pekerjaan masih dipertikaikan.

Permodenan dan pembangunan ekonomi secara dasarnya tidak memanafaatkan kaum kulit

hitam. Ramai antara mereka masih tinggal di kawasan-kawasan mundur yang dikenali

sebagai “ghettoes”.

Konflik ras dan etnik di Amerika Syarikat juga dipengaruhi oleh fenomena “Hate

crime” iaitu jenayah yang bermotifkan unsur perkauman terhadap seseorang atau harta

bendanya (Macionis, 1998: 141). Hal ini dapat dilihat dalam kes pembunuhan James Byrd Jr.

di Texas baru-baru ini. Dalam kes tersebut, James, seorang kaum kulit hitam telah diikat pada

trak dan diheret sehingga mati oleh sekumpulan kaum kulit putih yang dipercayai anti kaum

kulit hitam (New Strait Times, 11 Jun. 1998).

Page 5: Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)

5

Di Amerika Syarikat, media penyebaran juga mempunyai kesan yang mendalam

terhadap konflik ras dan etnik. Sering kali isu ketidakpuasan individu atau segelintir

masyarakat diperbesar-besarkan serta dikaitkan dengan politik dan perkauman sehinggakan

mewujudkan ketegangan antara kaum atau etnik.

Ini dapat dilihat dalam kes pembunuhan terhadap O. J. Simpson, di mana perbicaraan

ini telah mendapat liputan meluas media penyebaran (Macionis, 1998:220). Keputusan

mahkamah telah dicabar dan didakwa berat sebelah dalam menjatuhkan hukuman kepada

kaum kulit hitam. Isu individu dalam soal ini telah dikaitkan dengan ketidakadilan terhadap

kaum kulit hitam.

1.2 Cadangan Akhir dan pemilihan filem yang ditayangkan dalam festival

filem

Filem yang dipilih selepas beberapa cadangan filem yang telah diketengahkan ialah

Guess Who‟s Coming to Dinner. Filem ini dipilih kerana, lebih mengetengahkan unsur

permasalahan perkauman dalam filem terbabit dan dapat memberi sesuatu yang positif

kepada penonton apabila menonton filem ini.

Di dalam filem ini, ianya mengetengahkan unsur rasicm atau rasisme merupakan

suatu masalah rumit yang dihadapi oleh dunia masa kini. Beberapa percubaan telah dibuat

untuk menerangkan asal-usul fenomena ini. Ahli psikologi cuba untuk mencari punca rasisme

dari personaliti individu, dan dikaitkan dengan soal kekecewaan atau authoritarian

personality dan penguasaan individu dominan ke atas yang lemah (Macionis, 1998:48). Bagi

ahli sosiologi yang berhaluan Marxism pula, rasisme lebih merupakan sebahagian dari

ideologi kaum Bourgeasie (golongan kelas atasan) untuk mempertahankan eksploitasi dan

penindasan ke atas kaum bukan kulit putih dalam zaman penjajahan, perhambaan dan

imperialisme (Macionis, 1998:220).

Walau bagaimanapun, dua syarat perlu dipenuhi sebelum masalah rasisme wujud.

Syarat yang pertama ialah kewujudan dua atau lebih kelompok yang berbeza dari segi fizikal

supaya mereka dapat dibahagikan ke dalam beberapa kategori. Kedua, kelompok-kelompok

Page 6: Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)

6

tadi perlu juga berbeza dari segi kebudayaan dan berada dalam keadaan ketidaksamaan

yang institutionalized (Ting Chew Peh, 1983:91).

Oleh yang demikian, filem “Guess Who‟s Coming to Dinner” yang bergenre

drama/romantis ini menyingkap isu perkauman dalam konteks perkahwinan campur antara

kaum kulit putih dengan kaum kulit hitam di Amerika pada sekitar 60-an. Filem ini akhirnya

dipilih untuk mengetengahkan isu yang paling popular dan menarik untuk dibincangkan iaitu

mengenai perkahwinan. Filem ini membawa mesej perkauman secara halus dan penuh

simbolik dalam setiap babak yang ditunjukkan. Oleh yang demikian, festival filem kali ini

diharap dapat memberi kesedaran kepada segenap lapisan masyarakat mengenai penyatuan

kaum dalam konteks yang lebih luas.

Page 7: Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)

7

1.3 Reka bentuk logo, poster, tiket wayang dan penanda buku

Page 8: Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)

8

a) Poster

Dalam festival filem ini, kumpulan kami telah menggunakan konsep „colourful‟ atau

warna-warni dalam menyampaikan tema „Racism‟ itu sendiri. Hal ini demikian kerana

kami mendapati bahawa tema „racism‟ ini sangat berkait rapat dengan perbezaan

budaya dan etnik dalam sesebuah kaum. Perbezaan yang dinilai dari pelbagai

perspektif itu menjadi sumber inspirasi pada kami untuk memberi penjelasan

mengenai perbezaan sesebuah kaum. Oleh yang demikian, kami telah menggunakan

konsep warna bagi menyatakan tema dan isu-isu yang akan dibangkitkan melalui

festival filem ini. Warna kelabu dan hitam pada latar belakang poster ini

menyampaikan makna tersirat bagi menunjukkan sikap segelintir kaum yang prejudis

terhadap kaum lain dan tidak mahu menerima budaya sesuatu kaum itu.

b) Logo

Logo yang direka sempena festival filem ini adalah diilhamkan daripada „puzzle‟ yang

merupakan alat permainan moden yang bertujuan menyelesaikan masalah yang

diberikan. Selain itu, puzzle yang berwarna-warni melambangkan penyatuan antara

kaum tanpa mengira warna kulit, budaya, adat dan kaum. Tanpa penyatuan kaum ini,

keharmonian antara kaum tidak akan tercapai. Sama seperti puzzle yang tidak

lengkap, ianya akan mencacatkan puzzle tersebut kerana salah satu daripadanya telah

hilang.

Page 9: Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)

9

c) Tiket wayang

Untuk tiket wayang, kumpulan kami telah memilih untuk mengambil contoh daripada

tiket wayang yang sebenar bagi menarik perhatian penonton. Hal ini demikian kerana

kami ingin menonjolkan tiket wayang yang di inovasi daripada tiket wayang yang

biasa dikeluarkan.

d) Penanda buku

Bahan kreatif tambahan yang dipilih adalah penanda buku. Dari segi reka bentuk dan

warna, kami telah membuat beberapa jenis penanda buku yang mempunyai pelbagai

jenis warna seperti merah jambu, kelabu, hijau dan biru untuk menggambarkan variasi

identiti, warna dan mood. Selain itu, kata-kata hikmat dan nasihat yang terdapat dalam

penanda buku ini juga sedikit sebanyak menggambarkan filem yang telah kami pilih

Page 10: Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)

10

untuk ditayangkan dalam festival filem ini. Walau bagaimanapun, penanda buku ini

sebenarnya bertujuan untuk memberi penghargaan dan kerjasama yang diberikan oleh

audiens sepanjang festival filem ini diadakan.

1.4 Slot ruangan soal jawab

Di dalam slot ini, audiens akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A

dan kumpulan B. Slot soal jawab ini akan membantu audiens mengaplikasikan dan memberi

pandangan peribadi terhadap filem yang telah ditonton. Dalam laporan penulisan ini, kami

juga menyediakan set soalan dan disertakan dengan jawapan sebagai rujukan umum. Dalam

slot ini, terdapat 10 soalan yang akan dikemukakan merangkumi:

Soalan 1

Pada pendapat anda, adakah berlaku banyak perubahan dari segi tanggapan masyarakat

terhadap perkahwinan campur sejak tahun 1967? Adakah perkahwinan antara orang kulit

putih dan orang kulit hitam masih menjadi halangan bagi masyarakat di Amerika Syarikat?

Dan bagaimana dengan di negara kita, Malaysia?

Jawapan

Berdasarkan pandangan penonton.

Soalan 2

Siapakah nama pengarah bagi filem “Guess Who‟s Coming to Dinner”?

A. Stanley Kremer

B. Stanley Kramer

C. Stanley Creamer

D. Stanley Cremer

Jawapan:

B. Stanley Kramer

Page 11: Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)

11

Soalan 3

Menurut pemahaman anda, adakah terdapat unsur-unsur simbolik yang menyatakan tentang

isu perkauman? Nyatakan unsur simbolik tersebut.

Jawapan

Berdasarkan pandangan penonton.

Soalan 4

Apakah reaksi ibu bapa Joanna apabila mengetahui anaknya ingin berkahwin dengan John?

A. Terkejut

B. Serba Salah

C. Gelisah

D. Sedih

E. Semua di atas

Jawapan:

D. Semua di atas

Soalan 5

Pada pendapat anda, mengapakah keluarga Joanna mengambil Tillie (orang berkulit hitam)

sebagai orang gaji dalam keluarga mereka?

Jawapan

Berdasarkan pandangan penonton.

Soalan 6

Matt Drayton (ayah Joanna) bukanlah seorang yang bersifat perkauman, tetapi beliau amat

prihatin tentang kesukaran yang bakal dihadapi oleh John dan Joanna. Adakah ini satu

kebimbangan yang sah? Adakah ayah Joanna wajar untuk menentang perkahwinan itu atas

alasan itu sahaja?

Jawapan

Berdasarkan pandangan penonton.

Page 12: Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)

12

Soalan 7

Tahun berapakah filem ini ditayangkan?

A. 1967

B. 1968

C. 1969

D. 1989

Jawapan:

A. 1967

Soalan 8

Apakah tujuan Joanna membawa John pulang ke San Francisco?

A. Untuk makan malam bersama keluarganya

B. Untuk melancong bersama

C. Untuk merasmikan galeri seni ibunya

D. Untuk memberitahu tentang rancangan mereka untuk berkahwin

E. Semua di atas

Jawapan:

E. Untuk memberitahu tentang rancangan mereka untuk berkahwin

Soalan 9

Apakah perbezaan watak dan perwatakan antara Joanna dan Ayahnya?

Jawapan

Berdasarkan pandangan penonton.

Soalan 10

Jika anda menjadi Joanna, adakah anda akan berkahwin dengan John walaupun terdapatnya

perbezaan dari segi warna kulit, budaya, adat dan etnik?

A. Ya

B. Tidak

Jawapan

Berdasarkan pandangan penonton.

Page 13: Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)

13

2. LATAR BELAKANG FILEM “GUESS WHO’S COMING TO DINNER”

2.0 Sinopsis filem

Filem Guess Who‟s Coming to Dinner mengisahkan tentang Joanna Drayton iaitu

wanita muda warga Amerika (berkulit putih) membawa tunangnya, Dr. John Prentice iaitu

lelaki muda warga Amerika Afrika (berkulit hitam), ke rumahnya di San Francisco untuk

makam malam bersama-sama dengan ibu bapa Joanna. Filem yang berlatarkan satu hari yang

sibuk di rumah Drayton, di mana berlakunya sesi perbualan di antara Dr. John Prentice

dengan ibu bapa Joanna Drayton dan pada hari itu juga, di rumah Joanna Drayton satu majlis

makan malam yang akan di hadiri oleh ibu bapa Dr. John Prentice yang terbang dari Los

Angeles, ibu bapa Joanna Drayton dan seorang paderi yang merupakan kawan lama keluarga

Drayton. Oleh yang demikian, tajuk filem ini ialah Guess Who‟s Coming to Dinner.

2.1 Naratif filem

Filem Guess Who‟s Coming to Dinner (1967) merupakan filem yang berlatarkan satu

hari yang sibuk di rumah Drayton. Filem ini menceritakan kisah Joanna Drayton iaitu wanita

muda warga Amerika (berkulit putih) yang membawa tunangnya, Dr. John Prentice iaitu

lelaki muda warga Amerika Afrika (berkulit hitam), ke rumahnya di San Francisco untuk

makam malam bersama-sama dengan ibu bapa Joanna Drayton serta bertemu dengan ibu

bapanya iaitu Christine Drayton dan Matt Drayton yang bekerja sebagai pemilik seni galeri

kecil dan penerbit akhbar di San Francisco. Tujuan Joanna Drayton membawa tunangnya

bertemu dengan ibu bapanya adalah bagi memberitahu rancangan mereka untuk berkahwin

dan tinggal di Switzerland. Joanna Drayton dan Dr. John Prentice bertemu semasa bercuti di

Hawai.

Joanna Drayton terlalu yakin bahawa ibu bapanya tidak mempunyai masalah dengan

perkahwinan mereka, kerana ibu bapa Joanna Drayton telah mengajarnya untuk mempercayai

bahawa kulit hitam dan putih adalah sama dan bahawa mana-mana jenis intoleransi antara

kaum yang ada tidak boleh diterima. Walau bagaimanapun, semasa Joanna Drayton

memperkenalkan tunangnya, Dr. John Prentice, kepada ibu bapanya iaitu Christine Drayton

dan Matt Drayton, mereka amat terkejut dan tidak tahu apa yang harus di katakana kerana

perkara ini berlaku dengan pantasnya dan bapa Joanna Drayton tidak menyukai lelaki pilihan

Page 14: Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)

14

anaknya kerana Dr. John Prentice adalah lelaki muda yang berkulit hitam. Walaupun Dr.

John Prentice merupakan seorang yang dihormati di peringkat antarabangsa dalam bidang

perubatan, dan dia seorang yang baik dan bersopan santun, kacak, berpendidikan dan

keluarganya amat dihormati di California, tetapi itu tidak dapat diterima oleh bapa Joanna

Drayton. Hal ini kerana Matt Drayton risau akan masa depan anak dan cucunya sekiranya

Joanna Drayton dan Dr. John Prentice berkahwin kerana perkahwinan campur antara orang

berkulit hitam dengan orang berkulit putih di negara Amerika pada masa itu tidak diterima

oleh masyarakat. Manakala ibu Joanna Drayton, sentiasa menyokong anaknya walaupun dia

sendiri tidak menyukai pilihan anaknya itu.

Tanpa pengetahuan Joanna Drayton, Dr. John Prentice telah pergi berjumpa dengan

ayah Joanna Drayton iaitu Matt Drayton di bilik bacaannya bagi membincangkan

perkahwinan mereka dan Dr. John Prentice telah meletakkan syarat ke atas perkahwinan

mereka dimana perkahwinan mereka bergantung kepada persetujuan Matt Drayton. Hal ini

telah menyebabkan Matt Drayton menjadi serba salah kerana dia mengenali anak

perempuannya, sekiranya Joanna Drayton inginkan sesuatu dia akan lakukan walaupun

dihalang oleh ibu bapanya dan Matt Drayton tidak mahu menyakiti hati anaknya itu.

Semasa mereka semua berada di dalam rumah ketika itu, Cecil Kellaway yang

melakonkan watak Monsignor Ryan yang merupakan seorang paderi dan kawan lama

keluarga Drayton telah datang melawat mereka sekeluarga dan Monsignor Ryan menerima

pilihan Joanna Drayton dengan hati terbuka serta merestui perhubungan mereka. Selain

daripada itu, Monsignor Ryanjuga telah menasihati ibu bapa Joanna Drayton untuk menerima

pilihan anak perempuan mereka. Watak Hilary St. George yang di lakonkan oleh Virginia

Christine merupakan pengurus galeri seni Christine Drayton datang untuk berjumpa

dengannya dan dia juga amat terkejut apabila Joanna Drayton memperkenalkan Dr. John

Prentice sebagai tunangnya kerana Hilary St. George tidak menyukai perkahwinan campur

antara kaum kulit hitam dan kulit putih. Selepas itu, Christine Drayton telah meminta Hilary

St. George pulang dan Christine Drayton telah memecat Hilary St. George dari pekerjaannya

itu dan meminta Hilary St. George jangan lagi muncul di hadapannya.

Pada masa itu, Dr. John Prentice telah mendapat satu panggilan dari ibu bapanya yang

berada di Los Angeles dan Joanna Drayton telah mengajak ibu bapa Dr. John Prentice iaitu

Mrs. Prentice dan Mr. Prentice untuk makan malam bersama-sama dengan mereka. Mrs.

Prentice dan Mr. Prentice bersetuju dan meminta Dr. John Prentice menjemputnya di

lapangan terbang. Joanna Drayton telah memberitahu ibunya bahawa ibu bapa Dr. John

Page 15: Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)

15

Prentice akan bersama-sama mereka untuk makan malam nanti dan ibu bapa Joanna Drayton

terkejut kerana risau akan penerimaan ibu bapa Dr. John Prentice terhadap keluarganya nanti.

Ibu bapa Joanna Drayton telah keluar jalan-jalan bagi memikirkan hubungan antara

Joanna Drayton dengana tunangnya itu. Manakala di rumah Drayton, Joanna Drayton telah

meminta Tillie iaitu pembantu rumahnya untuk menyediakan air mandian kerana Dr. John

Prentice ingin mandi. Semasa Dr. John Prentice berada di dalam bilik, Tillie telah masuk dan

memberi amaran kepada Dr. John Prentice sekiranya dia mempunyai niat jahat ke atas

Joanna Drayton, Dr. John Prentice akan menyesal dan Tillie akan memastikan Dr. John

Prentice mendapat balasannya.

Semasa Christine Drayton dan Matt Drayton keluar jalan-jalan, mereka telah berhenti

di sebuah restoran kerana Matt Drayton ingin makan aiskrim, manakala Christine Drayton

hanya mahu minum kopi. Semasa mereka ingin pulang Drayton dan Matt Drayton telah

terlibat dalam satu kemalangan tetapi mereka tidak mengalami sebarang kecederaan. Mereka

telah membayar kerugian akibat kemalangan dan pulang ke rumah untuk bersiap-siap kerana

ibu bapa Dr. John Prentice akan datang ke rumah mereka untuk makan malam bersama-sama.

Joanna Drayton dan Dr. John Prentice telah keluar untuk berjumpa dengan kawan

Joanna Drayton. Joanna Drayton memperkenalkan tunangnya dan memberitahu rancangan

mereka untuk berkahwin dan kawan Joanna Drayton amat gembira mendengar khabar

gembira itu dan merestui hubungan Joanna Drayton dan tunangnya. Selepas itu, Joanna

Drayton dan Dr. John Prentice telah pergi ke lapangan terbang untuk menjemput ibu bapa Dr.

John Prentice.Ibu bapa Dr. John Prentice terbang dari Los Angeles untuk majlis makan

malam di rumah Draytons tetapi mereka tidak tahu bahawa Joanna Draytons adalah wanita

muda warga Amerika yang berkulit putih sehinggalah mereka bertemu di lapangan terbang.

Ibu bapa Dr. John Prentice amat terkejut dengan gadis pilihan anaknya dan tidak tahu

apa yang harus di katakan. Bapa Dr. John Prentice tidak menyukai gadis pilihan anaknya

kerana dia juga seperti ayah Joanna Draytons yang risau akan masa depan anak dan cucunya

sekiranya Joanna Drayton dan Dr. John Prentice berkahwin kerana perkahwinan campur

antara orang berkulit hitam dengan orang berkulit putih di negara Amerika pada masa itu

tidak diterima oleh masyarakat.

Joanna Drayton, Dr. John Prentice dan ibu bapa Dr. John Prentice terus bergerak ke

rumah Joanna Drayton untuk makan malam bersama-sama. Setibanya mereka di rumah

Joanna Drayton, ibu bapa Dr. John Prentice di sambut dengan mesra oleh ibu Joanna

Drayton. Pada masa yang sama paderi yang merupakan kawan baik keluarga Drayton lebih

awal sampai ke rumah Drayton. Ibu bapa Joanna Drayton dan Dr. John Prentice telah

Page 16: Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)

16

meminta masa seketika untuk mereka berbincang. Bapa Joanna Drayton dan Dr. John

Prentice telah pergi ke bilik bacaan manakala ibu Joanna Drayton dan Dr. John Prentice telah

pergi ke laman rumah mereka untuk berbincang mengenai anak mereka. Bapa Joanna

Drayton dan Dr. John Prentice telah menyatakan ketidaksetujuan mereka mengenai

perhubungan anak-anak mereka manakala ibu Joanna Drayton dan Dr. John Prentice

mempunyai pandangan yang sama dan berharap suami mereka merestui perhubungan anak-

anak mereka.

Selepas beberapa lama mereka berbincang, akhirnya ibu bapa Joanna Drayton dan Dr.

John Prentice terpaksa juga merestui perhubungan di antara Joanna Drayton dan Dr. John

Prentice demi kebahagiaan dan kegembiraan anak-anak mereka. Selepas itu, mereka semua

menuju ke ruang makan dan makan malam bersama-sama dengan gembiranya.

2.2 Isu-isu yang ditimbulkan

Filem Guess Who‟s Coming to Dinner (1967) merupakan sebuah filem yang

dihasilkan berdasarkan perkahwinan campur antara orang berkulit hitam dengan orang

berkulit putih di negara Amerika. Perkahwinan antara kaum masih diharamkan di 17 buah

negeri di Amerika sehingga musim panas 1967. Selain daripada itu, filem ini

menggambarkan reaksi di antara keluarga dan rakan-rakan berkaitan dengan perkahwinan

campur di Amerika pada tahun 1967. Filem ini juga menyentuh isu perkauman di antara

kaum kulit hitam dengan kulit hitam yang lain, di mana kita dapat lihat pada watak Tillie,

warga Amerika Afrika (berkulit hitam) iaitu pembantu rumah keluarga Joanna Drayton yang

tidak menyukai perhubungan diantara Joanna Drayton dengan tunangnya Dr. John Prentice,

lelaki muda warga Amerika Afrika (berkulit hitam).

Apabila filem Guess Who‟s Coming to Dinner mula-mula di tayangkan, filem ini

telah mendapat kritikan yang hebat daripada kedua-dua spektrum budaya iaitu orang berkulit

hitam dan orang yang berkulit putih, dimana filem ini telah menimbulkan kontroversi kerana

hanya meneroka subjek kahwin campur antara kaum. Selain itu, filem ini terlalu ringkas dan

seolah-olah kurang kesungguhan untuk menghasilkan filem ini. Filem Guess Who‟s Coming

To Dinner membincangkan isu-isu perkauman yang berlaku di Amerika pada pertengahan

tahun 1960 yang masih lagi tidak di terima oleh masyarakat.

Filem Guess Who‟s Coming to Dinner (1967) juga merupakan salah satu filem klasik

yang bertemakan perkauman. Pengarah bagi filem Guess Who‟s Coming to Dinner ialah

Page 17: Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)

17

Stanley Kramer dan penulis skrip bagi filem Guess Who‟s Coming to Dinner ialah William

Rose. Manakala barisan pelakon di dalam filem ini ialah Spencer Tracy sebagai Matt

Drayton, Sidney Poitier sebagai John Prentice, Katharine Hepburn sebagai Christina Drayton,

Katharine Houghton sebagai Joanna Drayton, Beah Richards sebagai Mrs. Prentice, Roy

Glenn sebagai Mr. Prentice, Cecil Kellaway sebagai Monsignor Ryan, Isabel Sanford sebagai

Tillie, Virginia Christine sebagai Hilary St. George, Alexandra Hay sebagai Carhop, Barbara

Randolph sebagai Dorothy, D'Urville Martin sebagai Frankie, Tom Heaton sebagai Peter,

Grace Gaynor sebagai Judith dan Skip Martin sebagai Delivery Boy.

2.3 Anugerah yang dimenangi

Filem Guess Who‟s Coming to Dinner (1967) telah banyak menerima anugerah

setelah filem ini menemui penonton di pawagam. Antara anugerah yang dimenangi ialah

anugerah Oscar di dalam kategori Best Actress in a Leading Role dan Best Writing, Story and

Screenplay. Manakala bagi anugerah BAFTA Film Award, filem ini telah memenangi

kategori Best Actor dan Best Actress. Bagi anugerah David filem ini telah memenangi

kategori Best Foreign Actor, Best Foreign Actress dan Best Foreign Production. Selain itu,

filem ini juga telah memenangi anugerah Fotogramas de Plata bagi ketegori Best Foreign

Performer dan mendapat tempat ketiga di dalam anugerah Golden Laurel bagi kategori

Comedy.

Dicalonkan untuk beberapa Anugerah Akademi, filem Guess Who‟s Coming to

Dinner (1967) ini telah mencapai status klasik kerana beberapa sebab. Sebab yang pertama

dan yang paling jelas ialah penerokaan awal perkahwinan antara kaum di Amerika Syarikat

di mana ianya masih tertakluk kepada pengharaman perkahwinan antara kaum pada masa itu

dan pada masa itu juga telah berlaku rusuhan kaum yang ganas di bandar-bandar di seluruh

Amerika Syarikat. Pengarah filem ini, Stanley Kramer pada masa itu dipanggil untuk

mendedahkan isu-isu sosial yang serius di dalam filem-filem arahan beliau.

Dalam peranan terakhir Spencer Tracy sebagai Matt Drayton di dalam filem Guess

Who‟s Coming to Dinner beliau telah menyampaikan monolog kepada Katherine Hepburn

yang melakonkan watak Christine Drayton di dalam filem Guess Who‟s Coming to Dinner

tentang kegigihan mempertahankan sebuah cinta yang suci supaya bertahan lama di mana

akan membuka hati mereka untuk menerima percintaan mereka yang sebenar.

Page 18: Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)

18

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan di dalam filem Guess Who‟s

Coming to Dinner. Antara kelemahan filem ini ialah skor muzik yang tidak sesuai yang

dihasilkan oleh Frank De Vol yang tanpa henti menggunakan lagu popular "Glory of Love."

Seterusnya adalah kelemahan aspek penyuntingan yang mengelirukan pada pertengahan

filem dimana ianya telah mengganggu penonton untuk melihat watak Matt Drayton yang

dilakonkan oleh Spencer Tracy, yang kelihatan begitu sihat di dalam kebanyakan babak. Hal

ini kerana selepas dua minggu filem Guess Who‟s Coming to Dinner selesai penggambaran,

Spencer Tracy telah meninggal dunia.

3. HUBUNGKAIT FILEM “GUESS WHO’S COMING TO DINNER” TERHADAP

SEJARAH ISU PERKAUMAN DALAM KEHIDUPAN SOSIAL MASYARAKAT

HARI INI

3.0 Semangat perkauman di Barat

Stereotaip dan perkauman di dalam filem ini cuba dirungkaikan dari sudut pandangan

yang positif apabila wujudnya filem berbentuk perkauman bagi menyedarkan semua

masyarakat. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak telah dipupuk dengan cara pergaulan yang

boleh mempengaruhi pemikiran mereka sehingga dewasa melalui pengaruh rakan, ibu bapa

dan persekitaran masyakakat. Maka, terhasillah tanggapan tersendiri terhadap perkauman dari

sudut pandangan sendiri.

Guess Who‟s Coming to Dinner adalah sebuah filem kisah klasik yang menceritakan

tentang kehidupan gadis bernama Joanna yang berpewatakan muda, menarik dan seorang

yang baik hati. Joanna telah jatuh cinta dengan seorang doktor berkulit hitam; John dan

mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya. Filem ini cuba menunjukkan kepada

penonton bagaimana reaksi dan tanggapan masyarakat sekeliling mereka termasuklah ibu

bapa, saudara-mara dan rakan-rakan terhadap perkahwinan campur antara orang kulit hitam

dan orang kulit putih.

Di dalam filem ini, Joanna yakin bahawa ibu bapanya tidak mempunyai halangan

dengan perkahwinan campur yang berbeza dari segi warna kulit dan kaum. Hal ini demikian

kerana mereka sering didedahkan dengan kepercayaan supaya bertoleransi dengan

masyarakat lain yang berbeza dari segi warna kulit, budaya, adat dan kaum. Kesedaran yang

Page 19: Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)

19

telah ditekankan oleh ibubapa Joanna dapat dikaitkan dengan pendidikan dari awal kanak-

kanaknya di mana keterbukaan cara pemikiran keluarganya telah menemukan jodoh Joanna

dengan orang kulit hitam.

Walau bagaimanapun, apabila ibu Joanna mendengar tentang rancangan perkahwinan

anaknya dengan John, reaksi ibunya kelihatan agak terkejut, manakala ayahnya tidak

menyokong tindakan Joanna. Apabila Joanna menyatakan tujuannya untuk berkahwin dengan

orang kulit hitam, persepsi terhadap perkahwinan campur telah mengubah pandangan ibu

bapanya. Idealisme-idealisme yang bertentangan dengan perkauman seperti orang kulit putih

yang paling konservatif memberi cabaran kepada Joanna ketika itu, di mana perkahwinan

campur adalah diharamkan. Sifat berprasangka atau prejudis yang telah menjadi akar-umbi

segala bentuk perkauman.

Prasangka adalah satu pandangan yang buruk terhadap individu atau kelompok

manusia lain dengan hanya merujuk kepada ciri-ciri tertentu seperti ras, agama, pekerjaan,

jantina atau kelas. Walau bagaimanapun, filem Guess Who‟s Coming to Dinner cuba

membawa mesej yang positif kepada penonton bahawa dengan mudahnya seseorang yang

lahir dari kaum yang berbeza dapat menerima kaum lain melalui pendekatan yang amat

mudah, sekaligus mengubah tanggapan negatif terhadap perkahwinan campur.

3.1 Definisi dan isu perkauman dalam konteks sosial

Merujuk kepada filem Guess Who‟s Coming to Dinner yang telah diterbitkan pada

1967, kaum didefinisikan sebagai suatu kumpulan manusia berdasarkan konstruk sosial, sifat

fizikal, daripada kontijen yang sama dan daripada nenek moyang yang sama. Secara

ideologinya, perkauman dinilai melalui ciri-ciri fizikal yang berbeza melibatkan personaliti,

mental dan tingkah laku moral yang berkaitan dengan bangsa tertentu. Kecanggihan

teknologi sains biologi telah membuktikan bahawa manusia boleh mempengaruhi pemikiran

melalui perkauman dan kebanyakannya memberikan tanggapan yang buruk terhadap

terhadap isu perkahwinan campur. Dengan mengaitkan ciri-ciri perkauman kepada perbezaan

biologi dan menegaskan pada hubungan antara faktor dan ciri-ciri sosial, sains dan

ketamadunan ke dalam bentuk keadaan yang kekal. Sejarah telah membuktikan bahawa isu

perkauman ini telah berlaku pada zaman masyarakat Arab jahiliah di Semenanjung Tanah

Arab apabila amalan sistem kabilah telah mendatangkan kesan negatif dalam masyarakat

Arab jahiliah. Kesannya, muncul semangat Assabiyah atau semangat kesukuan yang

Page 20: Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)

20

melampau. Peperangan antara satu kabilah dengan kabilah yang lain sering terjadi di dalam

masyarakat Arab Jahiliah.

3.2 Sejarah Awal Amerika Syarikat dalam konteks Perkahwinan Campur

Begitu juga dengan sejarah Amerika Syarikat, apabila suatu masa dulu beberapa

negara Barat pernah mengharamkan atau menyekat perkahwinan campur termasuklah Jerman

semasa zaman pemerintahan Nazi, Afrika Selatan sewaktu dasar apartheid dan begitu juga di

kebanyakan negeri di Amerika Syarikat. Perkahwinan campur yang dimaksudkan adalah

penyatuan dua bangsa berlainan yang boleh dilihat dalam satu perspektif yang lebih luas iaitu

percampuran bangsa. Pandangan masyarakat Amerika Syarikat terhadap perkahwinan

campur berbeza-beza mengikut umur dan generasi dan ianya terbahagi kepada dua iaitu

golongan egalitarianisme iaitu fahaman yang memandang semua orang sama rata walaupun

berbeza keturunan, bangsa serta agama dan golongan konservatif budaya iaitu terlalu

mementingkan dan mempertahankan budaya, adat dan nilai. Egalitarianisme lazimnya

melibatkan golongan muda, yang melihat perkahwinan campur sebagai satu fenomena yang

boleh diterima, sementara golongan konservatif menyifatkan ia sebagai satu larangan dan

tidak boleh diterima dari segi sosial.

Walau bagaimanapun, pandangan tersebut hanyalah pandangan masyarakat yang

berfikiran sempit. Biarpun 40 tahun lalu eksogami dianggap sebagai satu larangan di

Amerika Syarikat, segalanya berubah pada 12 Jun 1967 apabila mahkamah agung Amerika

Syarikat memansuhkan undang-undang yang melarang perkahwinan antara golongan kulit

putih dengan bangsa lain. Keputusan itu turut dilaksanakan di 15 buah negeri lain. Berikutan

peristiwa penting yang membenarkan penyatuan bangsa berbeza melalui perkahwinan itu,

bilangan perkahwinan campur di Amerika Syarikat dilaporkan semakin meningkat. Sejak

tahun 1960, jumlah pasangan suami isteri yang berbeza bangsa di Amerika Syarikat

dilaporkan bertambah lebih sepuluh kali ganda, termasuk perkahwinan dengan bangsa

Amerika Latin (Shamsiah Zulkafli, 2009). Menurut laporan badan kajian Gallop Poll,

bilangan perkahwinan campur di Amerika Syarikat meningkat daripada 150,000 pasangan

pada tahun 1970 kepada 1.1 juta pasangan pada tahun 1994. Bilangan anak hasil perkahwinan

itu juga naik mendadak daripada 460,300 orang pada 1970 kepada 1.9 juta pada 1994

(Shamsiah Zulkafli, 2009). Menggunakan formula pemfaktoran dengan mengambil kira

kombinasi semua kaum, pakar sosiologi dari Universiti Stanford, Michael

Page 21: Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)

21

Rosenfeld mendapati, lebih 7 peratus daripada 59 juta rakyat Amerika yang telah berkahwin

mengamalkan eksogami pada 2005 berbanding hanya 2 peratus pada 1970. Statistik itu jelas

menunjukkan tabu tersebut sudah semakin diterima oleh masyarakat Amerika Syarikat

dengan hati terbuka.

Biarpun masih ramai rakyat Amerika Syarikat berpandangan konservatif terhadap isu

ini, realitinya mereka tetap mengakui kehebatan Obama, anak hasil perkahwinan campur

yang kini mencatat sejarah apabila diangkat sebagai presiden pertama berketurunan Afrika

Amerika. Ibunya merupakan wanita kulit putih dari Kansas, sementara bapanya pula warga

kulit hitam dari Kenya. Pelantikan Obama sebagai presiden berkulit hitam telah membuktikan

bahawa penerimaan masyarakat Amerika Syarikat terhadap kaum lain mula diterima oleh

orang ramai. Berbicara mengenai perkahwinan campur, masyarakat tidak boleh mengelak

daripada mengaitkannya dengan isu perbezaan kaum. Tidak dinafikan, perkahwinan

sedemikian sedikit sebanyak boleh mengurangkan jurang antara kaum. Begitu pun masih

ramai yang memandang skeptikal perkahwinan campur. Mungkin disebabkan itu, masih ada

segelintir rakyat Amerika Syarikat sendiri enggan atau tidak dapat menerima langsung

eksogami. Aura dan perjuangan Obama untuk menghakis perbezaan kaum, nampaknya masih

tidak mengubah pendirian golongan tersebut.

3.3 Isu Perkahwinan Campur

Biarpun undang-undang AS telah mengiktiraf perkahwinan jenis itu, sama seperti

perkahwinan lain, ia tetap ada halangan dan sekatan. Hal ini demikian kerana pasangan suami

isteri daripada perkahwinan campur masih sukar diterima sebagai pasangan berkahwin yang

lain disebabkan perbezaan latar belakang, budaya dan warna kulit. Cabaran yang mendatang

dalam perkahwinan ini dilihat lebih hebat berbanding perkahwinan sesama kaum. Antara

kerumitan yang mungkin dihadapi pasangan kahwin campur adalah perbezaan budaya, sosial,

latar belakang keluarga, komunikasi dan pengurusan hidup. Pada permulaan perkahwinan,

kebanyakan pasangan berlainan kaum tidak melihat perbezaan tersebut sebagai masalah,

namun disebabkan kesulitan komunikasi seharian, ia akhirnya membawa kepada

pertelingkahan apabila pasangan masing-masing kurang memahami antara satu sama lain.

Perbezaan kaum dan budaya meletakkan tekanan dalam hubungan pasangan seumpama ini.

Dengan dua budaya berlainan, keluarga terlibat dengan eksogami perlu menyedari perbezaan-

perbezaan tertentu agar dapat memahami sesama mereka.

Page 22: Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)

22

Sesetengah pasangan mengambil keputusan berkahwin dengan pasangan berlainan

kaum hanya kerana memberontak, lari daripada kenyataan hidup atau sebab-sebab negatif

lain. Kebanyakan ibu bapa mahu anak mereka gembira, namun sebaliknya bagi anak-anak

hasil perkahwinan campur. Satu lagi masalah nyata yang timbul daripada perkahwinan ini

adalah, masyarakat Amerika Syarikat tidak menerima kewujudan anak-anak daripada

perkahwinan campur kerana tidak tahu bagaimana untuk melayan mereka kecuali keluarga

eksogami yang tinggal di kawasan bandar di mana perkahwinan campur menjadi satu

kebiasaan, anak-anak akan berdepan cabaran tidak seperti anak-anak daripada perkahwinan

sesama kaum. Anak-anak ini memerlukan kekuatan dan imaginasi yang lebih bagi

menyeimbangkan dan menyanjungi dua budaya berlainan. Kebanyakan rakyat Amerika

Syarikat menganggap diri mereka sebagai idealis dan tidak prejudis. Mereka tidak kisah

dengan idea perkahwinan campur, namun apabila melibatkan anak-anak hasil perkahwinan

tersebut, isu itu berubah sama sekali. Kebiasaannya, orang ramai akan mengkategorikan

anak-anak hasil eksogami kepada kelas tertentu sama ada kulit hitam atau kulit putih.

Impaknya, anak-anak akan mengalami krisis kekeliruan identiti. Sedangkan yang sepatutnya

berlaku ialah mereka perlu hidup dalam persekitaran di mana mereka boleh merasai

pengalaman budaya kedua-dua ibu bapa mereka. Kebanyakan ibu bapa tidak kira kulit putih

atau hitam turut membantah sekiranya anak-anak mereka berkahwin campur. Bagi mereka,

individu yang berkahwin campur cuba menafikan atau menyangkal warisan keluarga dan

akan kehilangan budaya serta identiti. Ibu bapa juga melihat proses asimilasi itu sebagai

sesuatu perkara yang boleh mengundang tumpuan masyarakat terhadap keluarga mereka.

Golongan Afrika Amerika turut menentang perkahwinan seumpama itu disebabkan

kekurangan lelaki kulit hitam yang layak berkahwin. Perkara terpenting yang perlu ada dalam

perkahwinan campur adalah kefahaman di mana hubungan yang dibina merupakan satu

pertalian yang unik, iaitu sikap toleransi dan persefahaman. Sehubungan itu, perlu ada sikap

saling membantu dan pasangan harus menyokong antara satu sama lain.

Di Malaysia, peristiwa 13 Mei 1969 menyaksikan beberapa impak positif dan negatif

dalam jiwa setiap anak bangsa yang lahir di Tanah Melayu apabila berlaku rusuhan dan

pergolakan perpaduan kaum utama di Malaysia. Walau bagaimanapun, atas dasar

persefahaman dan kesedaran yang tinggi antara semua kaum, dipertemukan dengan akal budi,

kewarasan dan kasih sayang, beberapa masalah dapat diselesaikan dengan baik dengan

wujudnya masyarakat Malaysia yang harmoni sehingga ke hari ini. Walaupun berbeza kaum,

Page 23: Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)

23

berlainan warna kulit, berbeza pegangan agama dan kepercayaan, bertutur dalam bahasa

ibunda yang berlainan akhirnya disatukan dalam integriti kaum yang majmuk. Kewujudan

rukun tetangga sedikit sebanyak berjaya menyatukan tiga kaum utama di Malaysia. Namun,

pergolakan dalaman masih wujud apabila isu-isu agama dan sejarah 13 Mei dibangkitkan.

Keutamaan darjat, keturunan dan sensitiviti agama menjadi penyebab utama kepada isu

perkauman.

Kesimpulannya, kehangatan isu perkauman tiada kesudahannya selagi cara pemikiran

masyarakat di seluruh dunia dalam membangkitkan segala isu perkauman dilakukan melalui

saluran yang betul tanpa menimbulkan kepincangan kepada mana-mana pihak. Melalui gaya

pemikiran yang positif, isu perkauman tidak akan timbul langsung apabila tiada kepincangan

yang berlaku dan bukan bertujuan untuk kepentingan pihak tertentu untuk mengambil

kesempatan terhadap isu perkauman dalam mencapai keamanan sejagat.

4. APLIKASI TEORI “GUESS WHO’S COMING TO DINNER”

4.0 Teori Cultural Marxism

Secara umumnya, teori cultural marxism berperanan dalam memanipulasi sebuah

masyarakat untuk mencapai tujuan tertentu. Teori cultural marxism mengandungi elemen

kekeluargaan, jantina, bangsa, dan identiti budaya dalam masyarakat setempat. Jika teori ini

diaplikasikan dalam filem Guess Who‟s Coming to Dinner, ia dapat dijadikan sebagai alat

analisis untuk mengkaji ideologi yang cuba disampaikan melalui filem ini. Hal ini demikian

kerana, filem Guess Who‟s Coming to Dinner mengandungi elemen kekeluargaan dan identiti

budaya yang cuba disampaikan melalui jalan cerita dan naratif filem. Ideologi yang cuba

disampaikan melalui filem ini lebih kepada aspek positif kepada masyarakat setempat. Ia

berperanan dalam menghapuskan ideologi negatif yang terdapat di barat pada masa itu, iaitu

perbezaan identiti budaya dan etnik. Melalui filem Guess Who‟s Coming to Dinner, ideologi

mengenai perbezaan identiti budaya dan etnik dapat dikikis secara beransur-ansur.

Page 24: Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)

24

4.1 Teori Cultural Marxism dalam aspek hubungan sosial

Filem Guess Who‟s Comming to Dinner merupakan sebuah filem yang mengandungi

unsur perkauman. Skop unsur perkauman dalam filem ini diperkecilkan lagi dengan melihat

kepada aspek isu sosial masyarakat barat sekitar tahun 60-an iaitu isu perkahwinan campur.

Filem ini mengandungi dua identiti bangsa yang berbeza iaitu keluarga wanita berkulit putih

dan keluarga lelaki berkulit hitam yang berasal dari Amerika. Ideologi perbezaan bangsa

dalam filem ini disampaikan melalui perbezaan ciri fizikal, yang dilihat dari segi perbezaan

warna kulit dan etnik. Teori cultural marxism dikemukakan oleh cendiakawan barat apabila

berlaku pengkelasan terhadap hubungan sosial dalam masyarakat. Dalam konteks ini, ia

bertujuan untuk mengkaji pengkelasan masyarakat yang dikategorikan mengikut

kekeluargaan, jantina, bangsa dan identiti budaya. Hal ini demikian kerana terdapat satu

undang-undang yang cuba untuk mengharamkan perkahwinan campur di barat sekitar tahun

1960. Undang-undang berkenaan cuba untuk mengehadkan hubungan sosial masyarakat

kerana perbezaaan identiti budaya.

Melalui teori cultural marxism yang diaplikasikan kedalam filem Guess Who‟s

Coming to Dinner, ia menjadikan masyarakat setempat untuk berfikir secara terbuka dan

kreatif dalam menangani isu perbezaan identiti budaya dan etnik. Melalui filem ini, ia cuba

untuk menghapuskan dan membuat masyarakat setempat lupa akan undang-undang

pengharaman untuk berkahwin campur. Hal ini demikian kerana, pengharaman perkahwinan

campur di barat adalah untuk menjaga identiti sesuatu bangsa. Jika dilihat dalam filem Guess

Who‟s Coming to Dinner, wanita berkulit putih mendapat tentangan keras dari ayahnya

kerana ayahnya tidak membenarkan anaknya berkahwin dengan seorang lelaki berkulit hitam.

Hal ini demikian kerana, timbul satu isu bagi menentukan identiti bangsa seseorang anak, jika

wanita itu melahirkan anak hasil dari perkahwinan campur wanita berkulit putih dan lelaki

berkulit hitam.

4.2 Teori Cultural Marxism dalam penganalisaan bentuk-bentuk budaya

Teori cultural marxism turut berperanan dalam menganalisis bentuk-bentuk budaya.

Dalam konteks ini, budaya masyarakat barat yang berkulit putih dan masyarakat barat yang

berkulit hitam tidak memiliki banyak perbezaan. Sekiranya dilihat dalam filem Guess Who‟s

Page 25: Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)

25

Coming to Dinner, wanita berkulit putih dan lelaki berkilit hitam masih menggunakan bahasa

pertuturan yang sama dan mengamalkan budaya yang sama. Perbezaan antara kedua-dua

kaum tersebut dinilai berdasarkan perbezaan fizikal iaitu perbezaan warna kulit yang menjadi

identiti sesuatu bangsa. Namun, wanita berkulit putih akhirnya berkahwin dengan lelaki

berkulit hitam dan mengetepikan isu identiti bangsa kerana mereka mengamalkan budaya

yang hampir sama. Dalam konteks ini, ia memberi impak dan pengaruh yang besar kepada

penonton dan kehidupan sosial masyarakat setempat.

Melalui filem Guess Who‟s Coming to Dinner dan aplikasi teori cultural marxism,

ianya dapat digunakan sebagai satu alat untuk mendominasi masyarakat setempat. Dalam

konteks ini, ideologi pengharaman perkahwinan campur di barat sekitar tahun 60-an dapat

dilupuskan secara beransur-ansur apabila masyarakat setempat tidak lagi melihat pada

perbezaan identiti bangsa untuk menjalin hubungan sosial. Filem ini secara fizikalnya berjaya

mendominasi masyarakat setempat untuk tidak terpengaruh dengan undang-undang

pengharaman perkahwinan campur. Dalam masa yang sama, undang-undang pengharaman

perkahwinan campur turut menggugat hak asasi kebebasan seseorang individu untuk

bersosial. Hal ini demikian kerana, pengharaman perkahwinan campur menjadikan

masyarakat barat pada ketika itu terpisah antara masyarakat yang berkulit putih dan berkulit

hitam. Keadaan ini menjadikan isu perkauman di barat bertambah runcing kerana perbezaan

warna kulit.

Filem hasil arahan Stanley Kramer, merupakan sebuah filem yang cuba untuk

menghakis satu ideologi yang terdapat di barat pada tahun 1960 iaitu penentuan identiti anak

yang dilahirkan hasil perkahwinan campur. Dalam konteks ini, sekiranya pasangan itu

berkahwin campur (lelaki berkulit hitam dan wanita berkulit putih dan sebaliknya) maka anak

yang dilahirkan itu tidak dapat ditentukan identiti bangsanya, sama ada berketurunan kulit

putih atau kulit hitam. Keadaan ini membawa kepada pengharaman perkahwinan campur

pada sekitar tahun 60-an di barat. Melalui filem ini, ia dapat menyedarkan masyarakat

setempat tentang tindakan penubuhan undang-undang pengharaman perkahwinan campur

yang tidak wajar. Dalam konteks ini, identiti seseorang anak yang dilahirkan akan ditentukan

kepada negara kelahirannya dan bukan ditentukan oleh perbezaan identiti budaya dan fizikal.

Melalui teori cultural marxism yang diaplikasikan ke dalam filem Guess Who‟s Coming to

Dinner, ianya mampu menerangkan ideologi yang cuba disampaikan melalui filem ini kepada

masyarakat setempat.

Page 26: Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)

26

5. RUMUSAN

5.0 Rumusan

Kesimpulannya, festival filem ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada segenap

lapisan masyarakat mengenai isu-isu perkauman yang begitu meluas dalam konteks dunia

hari ini. Festival filem yang bertemakan racism ini menyingkap isu mengenai perkahwinan

campur antara orang kulit putih dan orang kulit hitam yang berbeza dari segi warna kulit,

budaya, adat dan etnik. Melalui filem “Guess Who‟s Coming to Dinner” ini, diharap dapat

menangkis dan mengubah tanggapan mengenai isu perkauman kepada tahap yang positif

dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya.

Page 27: Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)

27

Rujukan

BUKU

Dollard, T., Frustration and Aggression, dalam Macionis, J.J., 1989. Society: The Basics,

Prentice-Hall: New Jersey.

Dollard, T., Frustration and Aggression, dalam Macionis, J.J., 1989. Society: The Basics,

Prentice-Hall: New Jersey.

Macionis, J.J., 1989. Society: The Basics, Prentice-Hall: New Jersey.

Ting Chew Peh, 1983. Konsep Asas Sosiologi, DBP: Kuala Lumpur.

Van den Berghe, 1967. Race and Racism, dalam Ting, C.P., 1983. Konsep Asas Sosiologi,

DBP: Kuala Lumpur.

WEB

Don Willmott, 2001. Guess Who‟s Coming to Dinner. Daripada

http://www.filmcritic.com/reviews/1967/guess-whos-coming-to-dinner/. Dilayari pada 20

March 2012.

The Internet Movie Database (IMDb). Awards for Guess Who‟s Coming to Dinner (1967).

Daripada Daripada http://www.imdb.com.Dilayari pada 20 March 2012.

The Internet Movie Database (IMDb).Guess Who‟s Coming to Dinner (1967). Daripada

Daripada http://www.imdb.com.Dilayari pada 20 March 2012.

Alicia, F. C. & Florence G. D. (1999). Racial and ethnic identity and development: new

directions for adult and continuing education. San Francisco: Jossey-Bass Publishers.

Ismail.I. (2011).Jahiliah Moden Sautu Kupasan. AkedemiTarbiyahDewanPemuda Pas

Malaysia. Retreived March 29, 2012 from http://tarbawi .my/

John, L. (2012) Sistem pendidikan di Malaysia – punca masalah perkauman?.Retrieved April

1, 2012 fromwww.projectmalaysia.org/

Konflik Etnik dan Ras.(2012). Kertas Kerja Seminar Pembangunan &Isu-Isu Global.

Retreived April 5, 2012, from http://sarjana.tripod.com/konflik1.html

Page 28: Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)

28

Raymond, W. (2000). Guess Who‟s Coming to Dinner (drama/comedy) (1967).

Shamsiah, Z. ( 2009). Keluarga-Perkahwinan Campur Cetus Konflik di AS. Kuala Lumpur:

Utusan Malaysia.

Yaacob, H. (2012). Masyarakat Melayu dan Pengaruh Barat:Perubahan dan Konflik Nilai:

(Tumpuan dalam Bidang Kekeluargaan), Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Retreived April

5, 2012 from http://members.multimania.co.uk/nabirz/soc11.htm