kertas konsep pertandingan forum remaja 2014

19

Upload: david-harrison

Post on 29-Dec-2015

170 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Konsep Pertandingan Forum Remaja 2014
Page 2: Kertas Konsep Pertandingan Forum Remaja 2014

CLIFF/rin/FLS.KBS//forumRemaja

Anjuran BersamaDewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah

Jabatan Pelajaran Negeri SabahPersatuan Pengetua-pengetua Sekolah

Menengah SabahKementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah

dengan kerjasamaJabatan Penyiaran Malaysia

Jabatan Penerangan MalaysiaBahagian Teknologi PendidikanJabatan Kastam Diraja Malaysia

1

Page 3: Kertas Konsep Pertandingan Forum Remaja 2014

CLIFF/rin/FLS.KBS//forumRemaja

1. LATAR BELAKANG PROJEK

Pertandingan ini telah diadakan sejak tahun 1989 dimulai oleh tiga negeri iaitu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor Darul Ehsan dan Negeri Sembilan. Pada tahun 1991 pertandingan ini telah diperluas ke Sabah. Pada tahun ini, Pertandingan Forum Remaja dilaksanakan bagi kali ke-24, dan bagi negeri Sabah merupakan tahun ke-22. Kegiatan ini merupakan Manifestasi Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 1988. Tentunya yang tersirat dalam pengumuman itu ialah hasrat untuk mewujudkan penggunaan bahasa Melayu yang seragam dalam Sistem Pendidikan Negara, khususnya dalam aspek sebutan baku.

Untuk menjayakan hasrat yang murni itu, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat, Radio Televisyen Malaysia sebagai penaja utama telah menggembleng tenaga menganjurkan Pertandingan Forum Remaja.

Di peringkat negeri Sabah, Forum Remaja dianjurkan bersama oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, Jabatan Pendidikan Negeri, dan Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah serta Kementerian Belia dan Sukan Negeri.

Negeri Sabah telah meraih pencapaian terbaik dalam Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan apabila Sekolah Menengah St. Joseph Papar, menjuarai pertandingan tersebut pada tahun 1992 dan SMK Tawau pada tahun 1999, 2000 dan 2002. Berdasarkan sejarah pertandingan, daerah Tawau telah menjuarai pertandingan sebanyak tiga belas (13) kali melalui wakilnya SMK Tawau dan SMK Kuhara.

Sambutan dan penyertaan daripada pihak sekolah di seluruh negeri amat menggalakkan. Pertandingan ini telah menjadi kegiatan kokurikulum yang popular di sekolah-sekolah di seluruh negeri sejak dilaksanakan di Sabah pada tahun 1991. Malahan sesetengah mantan peserta Forum Remaja kini menjadi jurulatih di sekolah masing-masing.

2. MATLAMAT

Forum Remaja diadakan bertujuan untuk menyediakan suasana penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar sekolah agar dapat mewujudkan satu model penggunaan bahasa Melayu baku. Bahasa Melayu baku bermaksud bahasa yang sempurna dari segi penggunaan tatabahasa, sebutan dan keseluruhan gaya.

3. SASARAN/SKOP

Pertandingan ini terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah menengah (Tingkatan Empat, Lima dan Enam) termasuk semua Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Vokasional, Sekolah Agama di bawah kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Agama Islam Negeri.

4. TATACARA PELAKSANAAN PERTANDINGAN

Pertandingan diadakan di peringkat daerah, zon dan negeri.

4.1 Peringkat Daerah Zon: April 2014

Jabatan Pelajaran Sabah melalui Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan akan memaklumkan semua Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) supaya menubuhkan satu jawatankuasa kerja yang dipengerusikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah. Pemenang peringkat daerah akan bertanding di peringkat zon. Pelaksanaan pertandingan dikendalikan oleh Pejabat Pelajaran Daerah.

2

Page 4: Kertas Konsep Pertandingan Forum Remaja 2014

CLIFF/rin/FLS.KBS//forumRemaja

4.2 Peringkat Zon: Minggu terakhir Mac – minggu kedua April: enam (6) zon.

Pertandingan dilaksanakan sepenuhnya oleh Pejabat Pelajaran Daerah yang dipilih menjadi tuan rumah pertandingan peringkat zon. Pemenang akan mewakili zonnya ke peringkat negeri.

4.3 Peringkat Negeri: 26 April 2014

Pemenang setiap zon (enam zon) akan bertanding di peringkat negeri. Pemenang pertandingan peringkat negeri akan mewakili Sabah ke pertandingan peringkat kebangsaan. Pertandingan peringkat negeri dikendalikan oleh jawatankuasa induk yang dipengerusikan secara bersama oleh Pengarah DBP Cawangan Sabah dan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

4.4 Jadual Pelaksanaan

4.4.1 Mesyuarat Jawatankuasa: Februari 20144.4.2 Makluman kepada Sekolah-sekolah: Februari 20144.4.3 Raptai (Peringkat Negeri): 25 April 20144.4.4 Taklimat hakim (Peringkat Negeri): 25 April 20144.4.5 Pertandingan Peringkat Negeri: 26 April 20144.4.6 Pertandingan Peringkat Kebangsaan: September 2014

5. TAJUK

Pada tahun 2014, tajuk pertandingan peringkat daerah, zon dan negeri masih sama seperti tajuk tahun 2013. Tajuk tersebut adalah seperti yang berikut:

5.1 Politik

i. Negara Demokrasi Memberi Kebebasan Bersuara kepada Rakyatnyaii. Kedaulatan Undang-undang Menjamin Keamanan dan Kesejahteraaniii. Semangat Patriotisme Mesti Kita Miliki Demi Masa Depan Negaraiv. Sistem Politik Malaysia Memantapkan Perpaduan Rakyat

5.2 Sosial

i. Gejala Lepak dan Rempit Merugikan Semua Pihakii. Kemahiran Sosial Membina Kekuatan Diri Seseorangiii. Keruntuhan Akhlak dalam Kalangan Pelajar dan Remaja: Di Mana Penyelesaiannyaiv. Semangat Kejiranan Membendung Gejala Buruk dalam Masyarakatv. Kebebasan Media Massa Menimbulkan Polemik Perlu Dihadkanvi. Kesihatan Rakyat Tanggungjawab Kerajaanvii. Kebanjiran Pekerja Asing Meningkatkan Masalah Sosialviii. Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersamaix. Rakyat Sihat Negara Sejahterax. Sistem Pengangkutan Awam yang Cekap Menjana Pembangunan Negara

5.3 Budaya

i. Budaya Nasional Memantapkan Integrasi Kaum dan Perpaduanii. Budaya Rumah Terbuka Menyemarakkan Perpaduan Masyarakat Pelbagai Kaumiii. Kebanjiran Filem Asing Lebih Banyak Membawa Keburukan

3

Page 5: Kertas Konsep Pertandingan Forum Remaja 2014

CLIFF/rin/FLS.KBS//forumRemaja

iv. Membaca Membuka Cakerawalavi. Pelancongan Desa Mempromosikan Kebudayaan Negara

5.4 Ekonomi

i. Pelancongan Menjana Kepesatan Ekonomi dan Pembangunan Negaraii. Remaja Kini Terlalu Memilih Kerjaiii. Pelan Pembangunan Ekonomiiv. Perdagangan dan Perindustrian Teras Kemajuan Negarav. Malaysia Sebagai Hab Makanan Halal Duniavi. Kemajuan Bioteknologi Memacu Kecemerlangan Industri Asas Negaravii. Industri kecil dan Sederhana Penggerak Ekonomi Desaviii. Kenaikan Harga Barang Meningkatkan Inflasi

5.5 Pendidikan

i. Sekolah Bersih dan Selamat Melahirkan Murid yang Sihat dan Ceriaii. Budaya Membaca Menjana Kecemerlangan Ilmu Pengetahuaniii. Sistem Pendidikan Negara Menjulang Kecemerlangan Ilmu Pengetahuaniv. Persekitaran Kondusif Pemangkin Kecemerlangan Pelajarv. Komunikasi Berkesan Membentuk Personaliti Seseorangvi. Kepentingan Pendidikan Agama dan Moral dalam Membentuk Sahsiah Pelajarvii. Subjek Sejarah Berkesan Membina Semangat Patriotik dan Jati Diri Pelajarviii. Kemerosotan Disiplin Pelajar Memberikan Kesan Terhadap Generasi Pelapisix. Sekolah Sukan Melahirkan Atlet Berilmux. Sistem Pendidikan Negara Berjaya Melahirkan Modal Insan Kelas Pertama

5.6 Alam Sekitar

i. Pencemaran Alam Sekitar Berpunca daripada Sikap Manusia Sendiriii. Masalah Banjir Kilat: Punca dan Cara Mengatasinyaiii. Kepesatan Pembangunan Membawa Kesan Negatif kepada Alam Sekitariv. Bencana Alam: Sediakan Payung Sebelum Hujan

5.7 Bahasa dan Sastera

i. Bahasa Melayu Bahasa Ilmuii. Bahasa dan Sastera Mencerminkan Citra Masyarakat dan Budaya Bangsaiii. Agenda Memperkasakan Bahasa Melayu Tanggungjawab Bersamaiv. Bahasa Rojak: Sekerat Belut, Sekerat Ularv. Bahasa Melayu Selepas 55 Tahun Merdekavi. Bahasa Melayu dan Sastera di Pentas Dunia

5.8 Sains dan Teknologi

i. Perkembangan Sains dan Teknologi Berasaskan Pertanian Memacu Kecemerlangan Ekonomi

ii. Pembangunan Teknologi Maklumat Memudahkan Kehidupaniii. Internet: Antara Baik dan Buruknya dalam Kalangan Pelajar

4

Page 6: Kertas Konsep Pertandingan Forum Remaja 2014

CLIFF/rin/FLS.KBS//forumRemaja

6. HADIAH

6.1 Pemenang pertandingan di Peringkat Zon (6 zon) menerima sijil, piala iringan sumbangan KBS, dan buku sumbangan Syarikat Dawama Sdn. Bhd.

6.2 Pemenang Peringkat Negeri akan menerima hadiah seperti yang berikut:

6.2.1 JohanPiala Iringan (sumbangan KBS)Wang Tunai RM150.00 seorangBuku Terbitan DBPSijil

6.2.2 Naib JohanPiala Iringan (sumbangan KBS)Wang Tunai RM130.00 seorangBuku Terbitan DBPSijil

6.2.3 KetigaPiala Iringan (sumbangan KBS)Wang Tunai RM110.00 seorangBuku Terbitan DBPSijil

6.2.4 Sagu HatiWang Tunai RM50.00 seorangSijil(Sagu hati hanya untuk pasukan yang

tidak mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga)

6.2.5 Pengerusi Terbaik :Piala Iringan (sumbangan KBS)Wang Tunai RM100.00Buku Terbitan DBPSijil

6.2.6 Ahli Forum TerbaikPiala Iringan (sumbangan KBS)Wang Tunai RM100.00Buku Terbitan DBPSijil

7. ALAMAT URUS SETIAUrus Setia,Forum Remaja 2014 Peringkat Negeri Sabah,Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah,Beg Berkunci 149,88999 KOTA KINABALU.(u.p.: Zaharudin Abdul Rahman/Cliff A. Kamijan)Telefon: 088-439260/439314/315, Faksimile: 088-439318E-mel: [email protected]

5

Page 7: Kertas Konsep Pertandingan Forum Remaja 2014

CLIFF/rin/FLS.KBS//forumRemaja

8. KESIMPULAN

Projek ini dapat melahirkan pelajar yang menjadi model pengguna bahasa Melayu baku dan terampil berhujah spontan. Selain itu, kegiatan ini juga dapat memantapkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

9. TATACARA PERTANDINGAN

9.1 Setiap pasukan akan diberi masa selama 20 minit untuk berforum.

9.2 Loceng amaran akan dibunyikan sekali, tiga minit sebelum masa tamat termasuk ulasan akhir pengerusi dan dua kali apabila masa tamat.

9.3 Apa-apa yang disampaikan oleh ahli forum setelah loceng penamat dibunyikan tidak akan diberikan perhatian oleh hakim.

9.4 Ahli forum dibenarkan merujuk kertas sekali-sekala. Jika berlaku gangguan kepada ahli forum semasa pertandingan, juruacara majlis boleh menangguhkan pertandingan selama lima minit untuk membolehkan peserta simpanan mengambil tempat yang dikosongkan.

9.5 Untuk pertandingan Peringkat Daerah, Zon, Peringkat Negeri dan Pertandingan Peringkat Kebangsaan, soalan berbentuk lisan akan dikemukakan kepada pasukan selepas tamat tempoh 20 minit dan perlu dijawab dalam tempoh 5 minit.

10. LARANGAN KEPADA KUMPULAN

10.1 Isu-Isu SensitifIsu-isu sensitif yang boleh menyinggung perasaan dan sentimen agama, politik, kaum, tokoh tertentu dan orang perseorangan tidak dibenarkan sama sekali.

10.2 Main PerananMain peranan, yakni memainkan peranan atau melakonkan perwatakan dan juga menggayakan tingkah laku, cara bercakap dan peribadi seseorang tidak dibenarkan. Markah akan dipotong sekiranya masih ada pasukan yang tidak mematuhi syarat ini.

10.3 Setiap peserta dibenarkan mencelah sewaktu berforum tetapi janganlah sampai mengganggu kelancaran forum.

11. SYARAT TAMBAHAN SEJAK TAHUN 2011 (DIGALAKKAN)

Salah seorang peserta yang bukan peserta simpanan hendaklah terdiri daripada bukan Melayu.

6

Page 8: Kertas Konsep Pertandingan Forum Remaja 2014

CLIFF/rin/FLS.KBS//forumRemaja

12. PEMARKAHAN

Markah akan diberikan berdasarkan prestasi setiap peserta dan prestasi kumpulan. Setiap hakim akan mengadili keseluruhan aspek yang ditetapkan iaitu:

12.1 Isi (40 markah)

Akan diadili dari segi pengutaraan isi yang bernas, data dan bahan yang tepat serta munasabah.

12.2 Bahasa (50 markah)

Akan diadili dari segi bahasa yang jelas, tepat dan baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan menepati maksud yang disampaikan.

12.3 Penyampaian (30 markah)

Akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada serta persembahan yang meyakinkan. Perlu menunjukkan gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib.

12.4 Kelancaran Forum (30 markah)

Akan diadili dari segi gaya perlakuan dan tutur kata atau kesantunan bahasa, termasuk kerja sebagai satu pasukan dan cara pengerusi memulakan perbincangan, mengawal perbincangan dan menggulung perbincangan.

13. HAKIM

13.1 Di peringkat zon, hakim akan dilantik oleh jawatankuasa pelaksana. Hakim boleh dilantik daripada kalangan guru atau mereka yang berpengalaman dalam penghakiman sebagai hakim pertandingan. Jumlah hakim di peringkat zon ialah tiga (3) orang termasuk ketua hakim.

13.2 Tiga orang atau lima orang hakim pertandingan peringkat negeri akan dilantik oleh Jawatankuasa Induk Peringkat Negeri.

14. TUGAS HAKIM

14.1 Panel hakim diberi mandat untuk membuat keputusan muktamad. Setiap hakim perlulah menggunakan pertimbangan yang wajar ketika membuat pemarkahan kepada pasukan yang bertanding.

14.2 Jika berlaku dua atau lebih pasukan yang mendapat markah yang sama banyak, pasukan yang mendapat markah aspek bahasa yang terbanyak akan diisytiharkan menang.

14.3 Jika markah aspek bahasa sama banyak, pemenang akan diputuskan melalui sistem juri.

14.4 Panel Hakim tidak perlu membuat sebarang ulasan.

15. PEMILIHAN PEMENANG

Keputusan untuk johan, naib johan, tempat ketiga, pemenang sagu hati, pengerusi dan ahli forum terbaik akan diputuskan dengan menggunakan sistem juri. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

7

Page 9: Kertas Konsep Pertandingan Forum Remaja 2014

CLIFF/rin/FLS.KBS//forumRemaja

16. PANDUAN PENGHAKIMAN

16.1 Forum diselenggarakan dalam bentuk perbincangan. Peserta akan memforumkan tajuk-tajuk yang dipilih berdasarkan skop yang ditetapkan.

16.2 Penyertaan kumpulan yang tidak menggambarkan kepelbagaian kumpulan etnik di Malaysia tidak didenda.

16.3 Penilaian markah diberikan keutamaan mengikut isi, bahasa, penyampaian dan pengendalian forum.

16.4 Larangan kepada kumpulan:

16.4.1 Peserta tidak dibenarkan membuat lakonan, seperti melakonkan watak sebagai Tan Sri, Datuk, Profesor, doktor dan sebagainya. Peserta juga tidak dibenarkan melakonkan watak sebenar seperti nama-nama tokoh kenamaan, politik dan sebagainya yang wujud ketika ini. Main peranan tidak dibenarkan.

16.4.2 Isu-isu sensitif yang boleh menyinggung perasaan dan sentimen agama, politik, kaum, tokoh tertentu dan orang perseorangan tidak dibenarkan sama sekali. Setiap peserta dibenarkan mencelah sewaktu berforum tetapi janganlah sampai mengganggu kelancaran perjalanan forum.

16.5 Adab semasa berforum juga diberikan perhatian.

16.6 Pengerusi tidak diberikan markah isi. Markah bagi isi sebanyak 40 adalah untuk prestasi pasukan. Markah penuh bagi setiap isi ialah 8. Perincian seperti yang berikut:

16.6.1 Penyataan isi - 3 markah16.6.2 Huraian/penjelasan - 3 markah16.6.3 Contoh - 2 markah

16.7 Bahasa dikira daripada markah penuh (50) dan merangkumi empat aspek seperti yang berikut:

16.7.1 Sebutan baku - 20 markah16.7.2 Tatabahasa - 10 markah16.7.3 Diksi - 10 markah16.7.4 Pertautan - 10 markah

Markah minimum bagi setiap aspek ialah separuh daripada markah penuh dan pertambahan markah (2 untuk tatabahasa dan 1 untuk aspek yang lain) dikira berdasarkan bahasa yang berkesan dan tepat kepada maksud yang hendak disampaikan, diksi serta pertautan idea yang jelas.

16.8 Tafsiran dan terjemahan bagi firman, hadis atau petikan dalam bahasa Melayu diutamakan.

16.9 Markah penuh bagi penyampaian ialah 30, dan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada, serta persembahan yang meyakinkan. Perlu menunjukkan gaya yang menarik dan persembahan susunan isi yang teratur termasuk kerja sebagai satu pasukan.

8

Page 10: Kertas Konsep Pertandingan Forum Remaja 2014

CLIFF/rin/FLS.KBS//forumRemaja

16.10 Markah penuh bagi pengendalian forum ialah 30 markah dengan pecahan seperti berikut:

a) Adab - 5 markahb) Gaya perlakuan - 5 markahc) Tutur kata/kesantunan bahasa - 5 markahd) Memulakan perbincangan - 5 markahe) Mengawal perbincangan - 5 markahf) Menggulung perbincangan - 5 markah

6.11 Pengerusi mungkin mendapat banyak markah bagi aspek bahasa, penyampaian dan pengendalian forum. Markah pengendalian forum untuk pengerusi ialah sebanyak 30 markah.

6.12 Ahli forum juga diberi markah bagi aspek pengendalian forum kerana unsur adab, gaya perlakuan dan kesantunan bahasa dan markah penuh yang boleh diberi kepada ahli forum ialah 15 markah.

6.13 Markah maksimum bagi setiap ahli forum untuk aspek bahasa, penyampaian dan pengendalian forum ialah 95 markah manakala bagi pengerusi pula markah maksimumnya ialah 110 markah.

6.14 Ahli forum dibenarkan merujuk kertas sekali-sekala. Sekiranya hakim berpendapat ada peserta yang merujuk melebihi daripada yang sepatutnya, markah maksimum yang boleh dipotong ialah 5 markah daripada seluruh markah penyampaian.

16.15 Setiap pasukan diberi masa 20 minit untuk berforum. Loceng amaran akan dibunyikan sekali, 3 minit sebelum masa tamat, dan 2 kali apabila masa tamat. Apa-apa yang disampaikan oleh Ahli Forum setelah loceng penamat dibunyikan tidak akan diberikan markah.

16.16 Setelah tamat 20 minit pasukan berforum, pengerusi pasukan akan memberi ruang kepada ketua hakim untuk menanyakan soalan. Ketua hakim akan mengajukan satu soalan kepada pasukan yang bertanding pada peringkat bahagian negeri dan kebangsaan. Masa untuk ketua hakim mengajukan soalan tidak akan dikira. Tempoh masa selama 5 minit diperuntukkan untuk peserta menjawab soalan ini.

16.17 Ketiga-tiga ahli forum mestilah menjawab soalan yang diajukan secara bergilir kerana jawapan yang diberikan akan diambil kira dalam pemberian markah bonus kepada pasukan. Setiap ahli forum yang dapat memberikan jawapan dengan memuaskan diberikan 3 markah. Markah untuk pengerusi pasukan ialah 1 markah. Markah penuh pasukan ialah 10 markah. Loceng akan dibunyikan sekali, 3 minit sebelum masa tamat, dan 2 kali apabila masa tamat.

16.18 Jika berlaku gangguan kepada ahli forum semasa pertandingan, Pengerusi Pertandingan boleh menangguhkan pertandingan selama 5 minit untuk membolehkan peserta simpanan mengambil tempat yang dikosongkan.

16.19 Panel hakim berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu masa, misalnya apabila berlaku putus bekalan elektrik, peserta pitam dan sebagainya ketika pertandingan diadakan.

9

Page 11: Kertas Konsep Pertandingan Forum Remaja 2014

CLIFF/rin/FLS.KBS//forumRemaja

16.20 Penentuan pasukan yang menjadi johan, naib johan, tempat ketiga, pemenang sagu hati, pengerusi terbaik dan ahli forum terbaik di peringkat negeri dan kebangsaan akan ditentukan dengan menggunakan sistem juri. Pada peringkat awal, keputusan 2 orang hakim/4 orang hakim akan diambil kira jika keputusannya seri barulah keputusan ketua hakim pula diambil kira.

10

Page 12: Kertas Konsep Pertandingan Forum Remaja 2014

CLIFF/rin/FLS.KBS//forumRemaja

KEPUTUSAN

PERTANDINGAN FORUM REMAJA 2014

PERINGKAT ..........................................

KEDUDUKAN NAMA SEKOLAH/PELAJAR MARKAH

JOHAN

NAIB JOHAN

PEMENANG KETIGA

PENGERUSI TERBAIKNama:

Sekolah:

AHLI FORUM TERBAIK

Nama:

Sekolah:

HAKIM BERTUGAS:

BIL. NAMA TANDATANGAN

1.

2.

3.

Disahkan oleh:

(...................................................) Ketua Hakim

Tarikh: …………………………..

11

Page 13: Kertas Konsep Pertandingan Forum Remaja 2014

CLIFF/rin/FLS.KBS//forumRemaja

JADUAL PERTANDINGAN FORUM REMAJA 2014

1. Peringkat Zon (Pelaksanaan diserahkan oleh setiap PPD yang telah dipilih menjadi tuan rumah pertandingan).

Pelaksanaan pertandingan di peringkat daerah diadakan pada bulan Februari 2014 – April 2014. Semua pertandingan di peringkat ini hendaklah selesai pada atau sebelum tarikh tersebut.

1.1

Zon Tenggara 1.4 Zon Selatan

Tarikh: ................................................. Tarikh: .................................................

Tempat: ................................................ Tempat: ................................................

Pemenang: ............................................ Pemenang: ............................................

1.2

Zon Utara 1.5 Zon Barat

Tarikh: ................................................. Tarikh: .................................................

Tempat: ................................................ Tempat: ................................................

Pemenang: ............................................ Pemenang: ............................................

1.3

Zon Pedalaman 1.6 Zon Sandakan

Tarikh: ................................................. Tarikh: .................................................

Tempat: ................................................ Tempat: ................................................

Pemenang: ............................................ Pemenang: ............................................

2. Peringkat Negeri

Tempat: TawauTarikh: 25 April 2014 - Pendaftaran dan raptai

26 April 2014 - Pertandingan

3. Peringkat Kebangsaan

Tarikh: September 2014Tuan Rumah: DBP Kuala Lumpur

12

Page 14: Kertas Konsep Pertandingan Forum Remaja 2014

CLIFF/rin/FLS.KBS//forumRemaja

PETA KEDUDUKAN PASUKANPERTANDINGAN FORUM REMAJA 2014

13

AHLI FORUM2

AHLI FORUM1

PENGERUSI

MEJA

AHLI FORUM3

Page 15: Kertas Konsep Pertandingan Forum Remaja 2014

CLIFF/rin/FLS.KBS//forumRemaja

JOHAN PERTANDINGAN FORUM REMAJA(1991-2013)

1991Sekolah Berasrama Penuh Wilayah Persekutuan Labuan

1992Sekolah Menengah St. Joseph, Papar

1993Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau

1994Sekolah Menengah Kebangsaan Tenom

1995Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau

1996Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal

1997Sekolah Menengah Konven St. Francis, Kota Kinabalu

1998 Tiada pertandingan

1999Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau

2000Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau

2001Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau

2002Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau

2003Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau

2004Maktab Sabah

2005Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara, Tawau

2006Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara, Tawau

2007Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau

2008Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau

2009Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara,Tawau

2010Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau

2011Sekolah Menengah Kuhara, Tawau

2012Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau II

2013Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau

14

Page 16: Kertas Konsep Pertandingan Forum Remaja 2014

CLIFF/rin/FLS.KBS//forumRemaja

PEMBAHAGIAN KUMPULANPERINGKAT KEBANGSAAN 2014

KUMPULAN A KUMPULAN B

1. Terengganu 1. Kuala Lumpur

2. Melaka 2. Pulau Pinang

3. Sarawak 3. Sabah

4. Selangor 4. Negeri Sembilan

5. Perak 5. Pahang

6. Kelantan 6. Perlis

7. WP Labuan 7. Kedah

8. WP Putrajaya 8. Johor

15