kertas kerja sivik form 3

5
PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KHIDMAT MASYARAKAT TINGKATAN 3 2015

Upload: zuriyana84

Post on 05-Nov-2015

26 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kertas kerja sivik form 3

TRANSCRIPT

PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

KHIDMAT MASYARAKAT TINGKATAN 32015

KERTAS KERJA - KHIDMAT MASYARAKATPENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAANTINGKATAN 3 ( 2015)

Tema : SEKOLAH CERIA, LAGI INDAH

1. PENGENALANKhidmat Masyarakat ialah komponen amali dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Setiap murid dikehendaki menjalani projek tertentu di luar waktu sekurang-kurangnya 10 jam setahun. Projek ini memerlukan murid melibatkan secara aktif terhadap kerja khidmat komuniti sekolah atau komuniti luar sekolah.Melalui Khidmat Masyarakat ini murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari di dalam kelas. Murid juga dapat berasakan dirinya sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan ini murid dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

2. Objektif

I.Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah. II.Memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara. III.Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. 3.Cadangan Projek Projek adalah berbentuk cadangan meningkatkan minat murid ke sekolah dan mencantikkan persekitaran sekolah . Antara aktiviti yang dirancangkan ialah :

I.Melukis mural yang berunsurkan informasi dan meluaskan pengetahuan untuk semua warga smksm.

5.Tarikh , Masa dan Sasaran Tarikh : 16 Oktober November ( Sehingga Selesai) Masa : 2.30 pm 5.30 pm Sasaran : Murid tingkatan 3 Berlian, Delima dan Nilam Lokasi : Blok Angsana (aras 3) berdekatan kelas 4 Berlian Blok Bougainvilla (aras 4) berdekatan kelas tingkatan 6

6.Guru Penasihat En. Raduan Bin Moahamed Saad

7.Pelaksanaan ProjekSemua pelajar tingkatan 3 Berlian, Delima dan Nilam dibahagikan kumpulan di dalam kelas masing-masing

8. Kos Projek Berikut adalah anggaran perbelanjaan projek:

BilAktivitiKos (RM) x Unit x Kumpulan PelajarJumlah (RM)

1.Melukis Mural Pendidikan

I. Cat Pelaka (1kg)

II. Cat Base (1.5 kg)

RM 18 x 3 (cat) x 3 (kumpulan) RM 20 x 2

RM 216

RM 40

JumlahRM 256

9. PenutupAdalah diharapkan program ini akan dapat dilaksanakan dengan sepenuh jiwa raga pelajar dan mendapat bantuan dari Pihak Pengetua dan sekolah. Sesungguhnya Khidmat Masyarakat setempat PSK ini adalah bertujuan melahirkan pelajar yang sanggup dan boleh memberi sumbangan kepada keceriaan sekolah.Di samping itu, penglibatan pelajar ini akan membuat pelajar melihat keistimewaan yang terdapat di sekolah dan menjadi pengalaman baru kepada pelajar. Dengan ini,diharap para pelajar dapat menjadikan program ini sebagai batu loncatan ke arah kemajuan diri dan pemantapan sahsiah diri pelajar.

Disediakan Oleh:

Disemak Oleh:Disahkan Oleh:

.. .(NUR ZURIYANA YUSOF) (PUAN MAIMUNAH BT.MUSTAFFA) GURU MP SIVIK PENGETUA SMK SG MANGGIS