kertas kerja projek meja bermaklumat -2012

11
PUSAT SUMBER SMK TAMAN PANGLIMA ASSAM KUMBANG 34000 TAIPING KERTAS KERJA : PROJEK MEJA BERINFORMASI DISEDIAKAN OLEH AHMAD KAMAL B HJ SABARUDDIN DAN JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER MEI 2012

Upload: kamal-sabaruddin

Post on 29-Jan-2018

382 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja   projek meja bermaklumat -2012

PUSAT SUMBERSMK TAMAN PANGLIMA

ASSAM KUMBANG34000 TAIPING

KERTAS KERJA :PROJEK MEJA BERINFORMASI

DISEDIAKAN OLEH

AHMAD KAMAL B HJ SABARUDDIN

DAN

JAWATANKUASA KERJAPUSAT SUMBER

MEI 2012

Page 2: Kertas kerja   projek meja bermaklumat -2012

1. Pendahuluan

Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah pengembangan dari Perpustakaan Sekolah

sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. PSS memberi tafsiran kepada peranannya yang

lebih meluas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya;

PSS adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran

dan pembelajaran yang diurus secara sistematis.

PSS menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukukan

pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat

pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan

berkemahiran belajar sepanjang hayat.

Pusat Sumber Sekolah juga sebagai tempat untuk menjalankan beberapa aktiviti sekolah

seperti kuiz dan pertandingan yang sesuai dengan peranan Pusat Sumber. Oleh itu,

memang tidak dapat disangkal lagi bahawa kewujudan Pusat Sumber adalah bertujuan

untuk mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah tersebut.

Menurut Holder dan Mitson (1974), mengatakan “Pusat sumber sekolah memainkan

peranan mengoperasikan kehendak kandungan sukatan pelajaran, memperbaiki mutu dan

kaedah pengajaran dan meningkatkan mutu pendidikan secara menyeluruh. Pendapat ini

disokong oleh McGinness (1969) yang melihat peranan Pusat Sumber Sekolah sebagai

4E iaitu ekonomi (economy), kecekapan (efficiency), kecemerlangan (excellence) dan

pengayaan (enrichment).

Page 3: Kertas kerja   projek meja bermaklumat -2012

Oleh yang demikian tujuan kertas kerja ini adalah bagi memohon sumbangan dari

Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru bagi menjayakan Projek Meja Berinformasi. Adalah

diharapkan dengan terlaksananya Projek Meja Berinformasi ini dapat membantu pelajar

menambah ilmu selain dari bahan cetak dan bahan bukan cetak yang sedia ada di Pusat

Sumber.

2. Matlamat

Menjadikan Pusat Sumber SMK Taman Panglima sebagai satu gedung ilmu bagi semua

warga SMKTP mengakses pelbagai maklumat menerusi bahan-bahan bercetak (seperti

buku, jurnal, majalah, akhbar), bahan bukan bercetak (CD-ROM, CD Interaktif) dan

bahan berasaskan elektronik (e-mail, web site, portal, data base) dalam meningkatkan

prestasi akademik.

Dalam kontek projek ini, Pusat Sumber SMKTP mahu menjadikan meja rujukan itu

sendiri sebagai agen menyampai maklumat dan ilmu kepada pelajar secara tidak langsung.

3. Objektif

3.1. Menjadikan Pusat Sumber sebagai penyampaian ilmu yang boleh membantu

kepada pencapaian akademik.

3.2. Menyampaikan ilmu menerusi pelbagai media dan alatan yang terdapat dalam

Page 4: Kertas kerja   projek meja bermaklumat -2012

Pusat Sumber secara langung dan tidak langsung.

3.3 Menjadikan Pusat Sumber sebagai “teman rapat” warga SMKTP.

4. Perlaksanaan

4.1 Cermin berukuran 88cm X 180 cm akan diletakkan di atas 14 buah meja

rujukan.

4.2 Setiap meja akan mewakili setiap Panitia.

4.3 Setiap Panitia akan bekerjasama dengan Penyelaras Pusat Sumber bagi

mendapatkan bahan-bahan berkaitan dengan subjek masing-masing.

4.4 Bahan-bahan tersebut adalah berkaitan dengan Proses Pengajaran dan

Pembelajaran dan juga maklumat yang boleh membantu pelajar dalam akademik.

4.5 Penyelaras Pusat Sumber akan menguruskan bagaimana bahan-bahan tersebut

akan diorganisasikan di atas meja setiap Panitia tersebut agar maklumat-

maklumat tersebut dapat disalurkan dengan berkesan.

5. Analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities & Threats)

4.6 Strenghts

- Mempunyai tenaga kerja (guru-guru, pembantu pusat sumber dan lembaga

Page 5: Kertas kerja   projek meja bermaklumat -2012

pengawas pusat sumber) yang dedikasi dalam tugasan dan professional.

- Kemudahan yang terdapat di Pusat Sumber seperti ditutup pada jam 3.45

petang membolehkan warga SMKTP membuat rujukan selepas waktu

persekolahan.

- Mempunyai Pusat Sumber yang kerap dikunjungi oleh warga SMKTP

pada waktu rehat dan selepas sekolah.

- Prasarana Pusat Sumber yang lengkap dengan koleksi bahan cetak yang

seimbang, akses kepada talian internet dan berhawa dingin.

4.7 Weaknesses

- Sumber kewangan bagi menjayakan “Projek Paparan Berinformasi”

4.8 Opportunities

- Kaedah penyebaran ilmu berkaitan dengan akademik yang agak baru bagi

warga SMKTP akan menarik minat kearah peningkatan ilmu dan

akademik.

4.9 Threats

- Tiada

Page 6: Kertas kerja   projek meja bermaklumat -2012

6. Kos Projek

6.1 Anggaran Kos

a) 14 keping cermin 88 cm X 180 cm @ RM70-00 sekeping = RM 980-00

b) Lain-lain (kertas-kertas warna) = RM 20-00

Jumlah = RM1,000-00

7. Sumber Kewangan

7.1 Cadangan sumbangan dari Persatuan Ibu Bapa & Guru-Guru (PIBG)

8. Penghargaan

8.1 Bagi menghargai sumbangan dan sokongan PIBG setiap keeping cermin tersebut

akan mempunyai label yang menyatakan bahawa ianya adalah sumbangan ikhlas

dari PIBG SMK Taman Panglima sesi 2005/2006.

(Sila rujuk lampiran)

Page 7: Kertas kerja   projek meja bermaklumat -2012

9. Kesimpulan

Oleh yang demikian Pusat Sumber Sekolah juga semestinya berperanan bukan sahaja

sebagai pusat ilmu, tetapi berupaya membekalkan kemudahan dan perkhidmatan bagi

warga SMKTP khususnya pelajar. Pusat Sumber Sekolah yang aktif bukan sahaja

menyediakan bahan-bahan yang bermanfaat kepada penggunanya akan tetapi juga

berperanan sebagai Pusat Hubungan Masyarakat. Ini bermakna Persatuan Ibu bapa dan

Guru-guru (PIBG) merupakan jambatan penghubung di antara sekolah dengan

masyarakat. Kerjasama dan sokongan padu dari PIBG adalah sangat-sangat dialu-alukan.

Justeru itu, peranan ini boleh juga dijalankan oleh Pusat Sumber Sekolah terutamanya

tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti

Pusat Sumber perlu kepada bantuan masyarakat di mana bantuan itu akan memantapkan

dan mengeratkan lagi hubungan sekolah dan masyarakat . Oleh itu, amatlah sesuai jika

akhirnya dikatakan sekolah sebagai salah satu institusi masyarakat.

Disedia oleh Disemak oleh Disahkan oleh

Ahmad Kamal B SabaruddinPenyelaras Pusat Sumber

Page 8: Kertas kerja   projek meja bermaklumat -2012

LAMPIRAN

Page 9: Kertas kerja   projek meja bermaklumat -2012

Sumbangan dari

Persatuan Ibu Bapa & Guru-Guru (PIBG)SMK Taman Panglima

Assam Kumbang(sesi 2005 / 2006 )

180 cm

88 cm

Page 10: Kertas kerja   projek meja bermaklumat -2012

Contoh Projek Di SMK Klian Pauh, Taiping

Page 11: Kertas kerja   projek meja bermaklumat -2012

Rujukan

Ahmad Kamal Sabaruddin (2004). Keberkesanan penggunaan pusat sumber sekolah oleh murid tahap dua: Satu kajian di Sekolah Kebangsaan Changkat Jering Perak Darul Ridzuan. Selangor: Universiti Teknologi MARA. (Tidak diterbitkan)

Garret, Linda J. (1993). Teaching library skills in middle and high school. New York: Neal-Schuman Publishers.

Jamaiah & Yusuf Khan (1995). Panduan pengurusan dan penggunaan pusat sumber sekolah. KL: Danalis

Mat Jizat Abdul (1983). Panduan mengurus perpustakaan. Singapura: Eastern Universities Press.