kertas kerja program penigkatan hoki sks3 2010

Upload: raja-firdaus

Post on 07-Apr-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 Kertas Kerja Program Penigkatan Hoki SKS3 2010

    1/3

    1.0 NAMA PROGRAM:

    PROGRAM PENINGKATAN SUKAN (HOKI)

    2.0 PENGENALAN PROGRAM

    Program Peningkatan Sukan (Hoki) ini merupakan satu projek yang

    akan dikelolakan oleh guru-guru Pendidikan Jasmani khususnya yang

    mana ia dijadualkan berlangsung selama seminggu, iaitu bermula pada 8

    hingga 12 November 2010. Kewujudan program ini dapat memupuk

    semangat kesukan yang tinggi di kalangan murid selain dari memberi

    mereka peluang untuk berehat setelah mereka penat memerah otak

    menghadapi peperiksaan akhir tahun. Secara tidak langsung, program ini

    merupakan latihan awal pasukan hoki sekolah dalam menghadapi

    kejohanan peringkat sekolah pada tahun hadapan.

    3.0 OBJEKTIF PROGRAM

    3.1 Menerapkan amalan gaya hidup sihat ke arah kecerdasan dikalangan murid-murid sekolah.

    3.2 Sebagai salah satu aktiviti untuk murid mengisi masa lapang

    selepas tamat peperiksaan akhir tahun.

    3.3 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam permainan hoki.

    3.4 Menerapkan nilai-nilai murni di kalangan murid dan guru.

    3.5 Mencungkil bakat murid dan menjadi landasan untuk

    mengenalpasti dan memilih pemain khususnya bagi mewakili

    sekolah ke sebarang kejohanan yang dianjurkan pada tahun

    hadapan.

    1

  • 8/4/2019 Kertas Kerja Program Penigkatan Hoki SKS3 2010

    2/3

    4.0 TEMPAT, TARIKH DAN MASA PELAKSANAAN PROGRAM

    Tempat : Padang sekolah SK Seafield 3

    Tarikh : 8 12 November 2010

    Masa : 4.00 hingga 6.00 petang

    5.0 PERANCANGAN PROGRAM

    Dalam program ini, murid akan diberi latihan secara amali bermula dari:

    i Pengenalan padang dan alatan,

    ii Kemahiran asas individu,

    iii Kemahiran-kemahiran berkumpulan,

    iv Kemahiran menjaga gol, dan

    v Kemahiran strategi asas di dalam sesuatu perlawanan.

    6.0 KUMPULAN SASARAN

    15 murid lelaki dan 15 murid perempuan, termasuk mereka yang pernah

    mewakili sekolah dalam permainan hoki sebelum ini.

    7.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

    Makan/minuman peserta : RM 3.00 x 30 orang pesertaRM 90.00 (satu hari)

    Jumlah : RM 90.00 x 5 hari

    JUMLAH BESAR : RM 450.00

    2

  • 8/4/2019 Kertas Kerja Program Penigkatan Hoki SKS3 2010

    3/3

    8.0 PENUTUP

    Program Peningkatan Sukan (HOKI) ini diharap dapat menjadi

    aktiviti yang membentuk keperibadian positif murid termasuk semangat

    kerjasama, perpaduan, saling tolong-menolong, komitmen dan

    tanggungjawab. Melalui dari program ini juga diharapkan dapat membantu

    guru dalam mencari bakat-bakat baru untuk dilatih untuk kejohanan pada

    tahun hadapan.

    Disediakan oleh:

    ................................................................

    (RAJA FIRDAUS BIN RAJA SULAIMAN)

    JURULATIH PASUKAN HOKI

    SEKOLAH KEBANGSAAN SEAFIELD 3

    3