kertas kerja & laporan bengkel big guru inivatif

12
. KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN GURU VI PISMP(PJJ) PJ AMBILAN JUN 2011 KOHOT 1 ( Bengkel Guru Inovatif ) TEMPAT : KELAS PRA SEKOLAH SK.KAMPUNG SENAU TARIKH : ( SELASA ) ANJURAN : UNIT LDP SK.KAMPUNG SENAU, OYA

Upload: noraini-razali

Post on 14-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

SEKADAR PERKONGSIAN

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja & Laporan Bengkel Big Guru Inivatif

.

KERTAS KERJAPROGRAM BINA INSAN GURU VI

PISMP(PJJ) PJ AMBILAN JUN 2011KOHOT 1

( Bengkel Guru Inovatif )

TEMPAT :KELAS PRA SEKOLAHSK.KAMPUNG SENAU

TARIKH : ( SELASA )

ANJURAN :

UNIT LDPSK.KAMPUNG SENAU, OYA

1.0 TUJUAN

Page 2: Kertas Kerja & Laporan Bengkel Big Guru Inivatif

Kursus ini bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai

kemantapan akhlak , nilai-nilai kerohanian dan keguruan , daya ketahanan diri

yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara ,

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru .

Pembinaan insan guru merupakan usaha yang berterusan berasaskan

kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah

pembina generasi negara

2.0 LATAR BELAKANG

Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar. Pelaksanaan BIG

adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah

mulia dan insan guru adalah pembina generasi , pembentuk jati diri dan role

model kepada masyarakat . Oleh itu , guru harus mampu menyesuaikan diri

dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi .

Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus

sepanjang lapan semester tempoh pengajian . Melalui aktiviti yang

dirancang , pelajar dapat mengenal diri yang sebenar (real-self) dan mampu

mengaplikasi pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah

pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.

Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan

sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia menangani

pelbagai cabaran pendidikan arus globalisasi . Resolusi Konvensyen

Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan , “...... pendidikan guru

hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk

melahir , membina , membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti

iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh

penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara.

3. ASAS PERTIMBANGAN

Page 3: Kertas Kerja & Laporan Bengkel Big Guru Inivatif

Kertas kerja ini dikemukakan kepada pihak pengurusan bagi

mendapatkan kebenaran dan kelulusan untuk mengadakan Program Bengkel

Bina Insan Guru (BIG), peringkat sekolah ini.

4. STRATEGI PELAKSANAAN.

4.1 Nama Program

Program Bina Insan Guru Komponen Bengkel Guru Inovatif

4.2 Objektif :

Pengisian kurikulum BIG semester 8 ialah Bengkel Guru Inovatif yang

bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang ciri-ciri

insan guru yang unggul dengan bersedia membantu dan mencurahkan

khidmat dan bakti kepada masyarakat . Fokus utama bengkel ini

adalah untuk memberi peluang kepada pelajar :

Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis

masalah dan situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu

dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif

untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan .

Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan

kepada komuniti.

Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan

persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran

berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.

Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan

akhlak keguruan.

Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan

mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.

Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental,

emosi, rohani dan sosial. Meningkatkan profesionalisme kendiri

secara berterusan.

4.3 Peserta

Page 4: Kertas Kerja & Laporan Bengkel Big Guru Inivatif

Peserta program ini terdiri daripada semua guru SK.Kampung

Senau

4.4 Tarikh Program

Program ini akan diadakan pada hari Selasa bertarikh 27 April 2015

bermula jam 2.00 petang

4.5. Tempat Program

Pihak penganjur merancang untuk mengadakan program ini di kelas

Pra sekolah, SK.Kampung Senau, Oya Dalat

4.6 Tentatif Program

(Rujuk Lampiran 1 )

4.7 Jawatankuasa Program

( Rujuk Lampiran 2 )

5. IMPLIKASI

6. PENUTUP

PERKARA KOS JUMLAH SUMBER

MINUMAN 1 KOTAK RM12.00 LDP

CENDERAMATA RM 20 X 1 RM20 LDP

JUMLAH BESAR RM32.00

Page 5: Kertas Kerja & Laporan Bengkel Big Guru Inivatif

Program bina insan guru ini merupakan salah satu komponen latihan

yang sangat penting. Ianya perlu didedahkan kepada semua insan yang

bergelar guru. Diharapkan program sebegini mampu memberikan ketahanan

fizikal dan mental serta jati diri guru pelatih dalam usaha melahirkan para

pendidik yang berkualiti dan mampu memberikan sumbangan yang besar

kepada sistem pendidikan negara .

.

SEKIAN.

DISEDIAKAN OLEH

....................................

(JAMILAH BINTI RAJLI) SETIAUSAHA LDP PERINGKAT SK.KAMPUNG SENAU, OYA, DALAT

Page 6: Kertas Kerja & Laporan Bengkel Big Guru Inivatif

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA

BENGKEL GURU INOVATIF

SK.KAMPUNG SENAU,OYA DALAT

Tarikh : 07 Jun 2012

Hari : Khamis

Masa : 5.30 pm- 07.00pm

Tempat : Bilik Guru

Kehadiran : Semua guru SK.Kampung Senau

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi memberi salam serta mengucapkan terima kasih dan mengalu

– alukan kedatangan semua guru untuk mesyuarat pada petang ini.

1.2 Pengerusi menerangkan tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk

menetapkan tarikh, masa, hari dan tempat untuk mengadakan Bengkel

Guru Inovatif ini.

1.3 Pengerusi mencadangkan tarikh yang bersesuaian adalah pada 4 Julai

2012, jam 8.00 pagi, bersamaan hari Rabu di Bilik Prasekolah

SK.Kampung Senau

1.4 Kesemua guru yang hadir telah bersetuju sebulat suara.

2. Ucapan Guru Besar

2.1 Encik Adam memberi salam dan mengucapkan tahniah di atas

Penganjuran Bengkel Guru Inovatif ini.

2.2 Beliau telah mengutarakan beberapa cadangan kepada semua ajk

terlibat antaranya ialah :

2.2.1 AJK Cenderahati diminta menyediakan cenderahati untuk

Guru yang akan membentangkan inovasi beliau

Page 7: Kertas Kerja & Laporan Bengkel Big Guru Inivatif

2.2.2 AJK Sijil diminta menyediakan sjil penyertaan kepada semua

peserta serta sijil penghargaan kepada penceramah..

2.2.3 AJK Persiapan Tempat diminta menyediakan PA Sistem termasuk

LCD dan Lattop serta pembesar suara (jika perlu)

2.2.4 Penceramah untuk sesi pertama membentang inovasi ini ialah

Encik Mohd.Shahril Bin Mat Isa (Guru Pemulihan SK.Kampung

Senau) . .

2.2.5 Bagi sumber kewangan berjumlah RM32.00 adalah daripada

tabung guru

3. Hal – hal lain

3.1 Pengerusi mengingatkan agar semua ajk yang dilantik dapat memberikan

kerjasama yang baik dan juga menjalankan tugas yang telah

diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab..

3.2 Pengerusi meminta agar setiausaha mencatatkan nama semua ajak,

Pengerusi juga meminta semua ajk yang dilantik dapat memainkan

peranan serta memantau semua perkembangan kerja yang akan

dilaksanakan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Disediakan oleh : ………………………………

(JAMILAH BINTI RAJLI)

SETIAUSAHA LDP

SK.KAMPUNG SENAU,

LAPORAN BENGKEL GURU INOVATIF 2015

Page 8: Kertas Kerja & Laporan Bengkel Big Guru Inivatif

Saya telah diamanahkan untuk memegang jawatan sebagai setiausaha untuk

bengkel guru Inovatif yang diadakan pada 27 April 2014 bertempat di kelas Pra

Sekolah SK.Kampung Senau, bagi peringkat SK.Kampung Senau ini.

Pada awalnya, saya berasa amat berat hati untuk memikul tanggungjawab ini

memandangkan ia merupakan satu jawatan yang memerlukan komitmen yang

tinggi. Namun , saya tetap menjalankan tanggungjawab saya dengan penuh azam

serta mendapat bantuan serta dorongan daripada rakan – rakan seperjuangan.

Tambahan pula ini adalah program baru yang pihak sekolah anjurkan di bawah

program Unit LDP sekolah ini. Di samping masalah bebanan kerja yang terlalu

banyak, saya terpaksa juga menguruskan bengkel ini, dengan tujuan saya dapat

menyiapkan tugasan BIG saya untuk bengkel Guru Inovatif yang kebetulan pada

masa itu saya menerima tugasan yang sama dengan kerja kursus saya ini. Saya

telah menjalankan tugas saya sebaik mengkin sehingga kami dapat melaksanakan

program ini dengan jayanya walaupun tidak seberapa.

Sebagai persiapan untuk program ini, saya telah menghadapi sedikit

masalah tentang tarikh pelaksanaan. Pada mulanya, kami ingin menjalankan

program ini pada 20 April 2015 , akan tetapi masa terpaksa ditunda kerana

sepanjang minggu tersebut kami akan dilawati oleh jemaah Nazir dari Sibu untuk

tujuan variafisifikasi SKPM sekolah kami. Walau bagaimanapun, saya berasa amat

bersyukur kerana segala kesukaran yang dialami sebelum terlaksananya program ini

dapat diatasi dengan bantuan dan kerjasama dari semua pihak. Walaupun sibuk

dengan pelbagai acara yang diadakan, namun bengkel guru inovatif ini dapat juga

dijalankan akhirnya.

Dalam menjalankan program ini, semua ahli jawatankuasa telah memberi

kerjasama yang sepenuhnya bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan

lancar dan sempurna. Tidak dilupakan, jutaan terima kasih diucapkan kepada

penceramah inovasi jemputan kerana mahu berkongsi ide bersama kami guru-guru

lain berkaitan dengan inovasi beliau ini. Segala kerjasama dan sokongan antara

semua ahli jawatankuasa juga amat saya hargai dan di ucapkan jutaan terima kasih.

Page 9: Kertas Kerja & Laporan Bengkel Big Guru Inivatif

Akhir kata , saya amat berharap agar kerjasama yang seumpama ini akan

berterusan sampai bila-bila dan selepas ini diharapkan aka nada lagi inovasi lain lagi

yang akan pihak guru bentangkan. Diharapkan penghasilan inovasi ini akan

membawa SK.Kampung Senau ke mercu kejayaan dan dapat bersaing dengan

sekolah-sekolah lain pada masa akan datang.

Sekian , Terima Kasih.

Yang Menjalankan Tugas,

( JAMILAH BINTI RAJLI)

Setiausaha LDP

SK.KAMPUNG SENAU, OYA

Page 10: Kertas Kerja & Laporan Bengkel Big Guru Inivatif

LAMPIRAN